Khamis, 25 Ogos 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Murtabak Maggi Makin Popular <b>Di Kuala Terengganu</b>

Posted: 24 Aug 2011 07:22 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Sekalipun baru diperkenalkan, "murtabak maggi" semakin popular dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Dek kerana kelainan rasa, ramai yang ingin mencuba juadah ini ciptaan Wan Ahmad Rodhi Wan Muhamad, 21, terutama pada bulan puasa ini.

"Biarpun ia sesuatu yang baru, sambutan amat menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat," kata Wan Ahmad Rodhi yang kini dapat menjual sehingga 200 keping sehari berbanding 60 keping pada minggu pertama bulan puasa di Bazar Ramadan Shahbandar di sini.

Beliau berkata murtabak maggi menggunakan bahan asas mee segera, isi ketam, telur, kubis, lobak merah dan bawang.

WanAhmad Rodhi berkata keistimewaan murtabak itu adalah pada sambal daging dan isi ketam, dan lebih lazat dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Sekeping murtabak maggi berharga antara RM3 dan RM3.50.

Seorang pelanggan yang ditemui, Mohamed Fairus Nizam Mohd Zaid, 30, berkata: "Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Ini kerana ia mengandungi isi ketam serta mee segera." – BERNAMA

onggon.com: Ronda-Ronda <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 25 Jul 2011 05:15 PM PDT

DSC07686
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas Mersing, destinasi seterusnya ialah Kuala Terengganu kali ini 5 malam iaitu dari 18-23 Julai 2011. Cuaca di KT sangatlah panas. Ini kali ke berapa ntah aku ke KT aku pun tak ingat. Cuma first time menginap di Hotel Tanjong Vista. Hotel ni memang best! Primula dah, Batu Burok Beach Resort pun dah, Mingstar pun pernah dan Mid Town Hotel pun pernah. Grand Con je tak pernah duduk lagi hehe.. Tu pun sebab kerja punya pasal.. 
So, aku berkesempatan untuk meronda-ronda di bandar Kuala Terengganu dan ambik apa je gambar yang aku sempat nak ambik. Bila tengok bot tambang kat Jeti Shahbandar, teringat ngan Pak Tambang di tebingan sungai Kuching. Terengganu memang unik.. Makanan dia.. Kain songket tenun dia.. Batik dia.. Orang dia.. Opps! Hehe.. Semuanya memang kelass! Terengganu banyak tempat chantek-chantek. Aku gi lagi Masjid Kristal, gi ala-ala iCity kat waterfront dia tapi sayang tak dan nak ambik gambar. :P
Aku akui orang Terengganu ni lawa-lawa ler.. Bak kata kawan aku, hidung tajam boleh patuk-patuk orang hehehe.. Kulit putih sokmo.. Manis-manis je orang Ganu ni. Nak wat macamane kan.. Aku punya great-great-great grandfather pun asal Terengganu.. Opppss!! Pecah lobang haha.. Yupp.. memang asal dari Terengganu.. Then dia kawen ngan orang Sarawak sampailah keturunan aku yang ke berapa entah ni hehehe... Okeh sebelum aku lebih melalut wahai blog, biar kita berhenti dulu di sini. Esok nak up gambar kat Pantai Batu Burok pulak hehe.. Adios amigos.. Carpe manana!
Hentian Shahbandar
DSC07378
DSC07392
Durians!
Shahbandar
Pasar Payang
Jeti Shahbandar
DSC07674

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads