13 di jabor - Google Blog Search |
Karnival Emping popularkan Dadong | Darul Iman Posted: 30 Jul 2011 04:52 PM PDT Oleh RADHUAN HUSSAIN - utusanpahang@utusan.com.myKEMAMAN 30 Julai – Selama ini mungkin tidak ramai mengenali Kampung Dadong yang terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Cukai dan jika ingin ke kampung itu, ia lebih dekat melalui Jalan Jerangau-Jabor. Namun, bermula tanggal 28 Julai lalu, segalanya mulai berubah dan nama kampung itu terus terpahat dalam kalangan orang ramai yang pada mereka, akan wujud suatu sinonim baru iaitu Dadong-Emping. Dengan kata lain, Kampung Dadong menjadi tumpuan dan akan terus dikenali, malah dikenang sebagai tarikan emping, sejenis makanan tradisional yang dihasilkan daripada padi. Sepintas lalu, makanan ruji itu digoreng terlebih dahulu untuk beberapa ketika yang kemudiannya ditumbuk di dalam lesung lalu digaul dengan kelapa sebelum dimakan. Emping bercampur kelapa itu juga enak dimakan setelah diadun dengan garam serta gula dengan diperap selama kira-kira sejam agar bijiran padi lebih rapuh serta lembut dimakan. Malah penggemar emping juga mempunyai satu lagi pilihan dengan memakannya dengan kuah santan yang bercampur telur dan manisan gula Melaka. Demikianlah keenakan emping yang kini menjadi satu tarikan baru serta cukup unik bagi Kampung Dadong dekat sini apatah lagi dengan kelangsungan Karnival Emping 2011 selama tiga hari berakhir 30 Julai lepas. Karnival itu yang julung kali pernah diadakan di negara ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Program tiga hari itu sarat dengan pelbagai acara menarik serta menghiburkan pada hari pertama dan kedua yang dimulakan perlawanan futsal di gelanggang yang baru dirasmikan oleh Ahmad Shabery sendiri. Lain-lain pengisian program adalah tadarus al-Quran di Masjid Kampung Dadong serta pelancaran Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan di masjid yang sama selain mini MAHA, perarakan masuk peserta 4 x 4 Emping Challenge, kayak dan berakit. Tidak ketinggalan pertandingan motor cross, pertandingan menumbuk emping dan kacau kubang, pelepasan anak tuntung dan jamuan rakyat di pekarangan Masjid Kampung Dadong. Pada hari kedua program itu berlangsung, satu konsert 'lain dari yang lain' diadakan di tengah-tengah kawasan bendang di Kampung Dadong yang dijayakan barisan artis terkenal tanah air. Mereka ialah Ramli Sarip, Hattan, Black Mentor, Zarina AF, Lina AF, Rudy Kristal, Yus Raja Lawak serta Acong di samping band pengiring, Super Friend. Disebabkan konsert itu, kawasan sawah yang sebelum ini sunyi telah bertukar gamat dan sesak dengan kehadiran kira-kira 7,000 penduduk kampung itu dan sekitarnya yang ternyata teruja dengan persembahan artis pujaan mereka. Tidak berakhir di situ, hari ketiga yang juga hari penutup karnival, acara sukaneka dan sukan rakyat, explorace Dadong, perlawanan akhir futsal terbuka bawah 18 tahun turut dilangsungkan. Seperti kata Ahmad Shabery, Karnival Emping 2011 itu dipercayai menjadi program pertama yang pernah diadakan di negara ini dan jika mendapat sambutan menggalakkan, ia akan diteruskan malah dijadikan program tahunan. Selain itu jelas beliau, sekiranya segala berjalan lancar, program itu juga akan dimuatkan ke dalam kalendar pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Kampung Dadong kelak. Katanya, program itu juga diadakan sebagai simbol keunikan kehidupan tradisi masyarakat setempat menjalankan aktiviti memproses padi bagi menghasilkan emping. Pendek kata, Karnival Emping 2011 itu berjaya mencapai objektifnya dalam usaha merapatkan hubungan di kalangan penduduk dan masyarakat sekeliling, malah keunikan emping turut mampu menggamit pelancong ke situ. Syabas dan setinggi tahniah diucapkan kepada beberapa pihak yang terlibat menganjurkan program itu antaranya Pejabat Parlimen Kemaman, Kementerian Belia dan Sukan, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih dan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman. Begitu juga sumbangan serta kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman serta Kelab Rakan Muda Daerah Kemaman yang turut membantu menjayakan program tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan