Pulau Kapas terletak di
Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti
Marang,
Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau
kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Sejarah
Pulau Kapas disebut oleh
Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Cara ke sana
- Melalui jeti di bandar Marang, Terengganu.
Keistimewaan
- Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
- Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
- Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.
Penginapan
- Tanco Resorts Bhd
- Beautisland Resort Sdn Bhd
- Makcik Gemuk Beach Resort
- Nazri Place
jom baca ini juga...:
= Tasik Kenyir
mai baca sini sat :) laut china selatan, marang, pulau kapas, rantau abang, tasik kenyir, tempat pelancongan, Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan