Sabtu, 16 Julai 2011

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Program Intervensi Murid

Posted: 27 May 2011 11:26 PM PDT

Program Intervensi Murid (PIM) ini bermatlamat dalam memperkasakan murid supaya mempunyai kesedaran menghargai kehidupan dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab kecemerlangan pencapaian prestasi murid agar menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat. Program ini berlansung pada 5 Mei 2011  hingga 7 Mei 2011. Sasaran program ini adalah melibatkan pelajar sekolah rendah yang mempunyai latar belakang ibu bapa yang berisiko tinggi serta ujian air kencing yang dilaksanakan oleh pihak AADK didapati positif.

Antara pengisian program yang dijalankan adalah:

~ Taklimat Program
~ Ujian Urin
~ Slot Ceramah daripada pihak sekolah
~ Slot Ceramah AADK
~ Latihan dalam Kumpulan
~ Exsplorace
~ Night Walk
~ Kawad
~ Riadah
~ Pengisian Rohani
~ Penilaian program


Kebanyakan maklum balas yang dinilai oleh peserta adalah baik. Peserta mendapat latihan dan kemahiran dalam membina jati diri yang dinamik. Mereka juga sedar serta tahu bahaya penyalahgunaan dadah. Ada di antara mereka yang sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, mereka jujur serta rela berkongsi masalah yang dihadapi dengan fasilitator daripada AADK. Kemahiran untuk mengelak serta membiarkan diri daripada terus terjebak dalam kancah dadah diberi perhatian dalam membantu para peserta. Kesemua aktiviti yang dilaksanakan dapat diterima baik oleh peserta kem.

Program Intervensi Murid atau tidak asing dengan nama singkatan PIM ini perlu di teruskan dalam mencegah gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di sekolah. Melalui program ini juga, pihak sekolah serta AADK sendiri dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan berisiko tinggi. Ini dapat mencegah murid dari terus terlibat dan bertambah teruk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads