13 di kerteh - Google Blog Search |
Kuala <b>Kerteh</b> : Jalan-jalan cuti-cuti ke Terengganu « Makan Angin <b>...</b> Posted: 16 Apr 2010 11:03 PM PDT Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog kami. Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai sebelah timur semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur perjalanan Kuala Lumpur Terengganu akan memakan masa di antara 3 hingga 4 jam dengan menggunakan laluan Lebuhraya Karak dan LebuhRaya Pantai Timur hingga ke Jabor. Bagi yang datang dari sebelah selatan ataupun Johor perjalanan akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam dengan melalui laluan Johor Bahru – Segamat – Muadzam Shah – Lebuhraya MEC masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Jabor. Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu tetapi yang paling menarik sekali ialah pantai-pantai Terengganu yang bersih dan indah. Bagi memulakan kisah perjalanan kami pada kali ini kita mulakan dengan pantai Kemasik yang terletak di Kerteh, Terengganu. Inilah dia pantai Kemasik yang terkenal di kalangan pelancong tempatan. Pantai nya bersih dan indah tetapi awas musim tengkujuh terutamanya pada bulan 12, 1 dan 2 lautnya agak bergelora dan merbahaya untuk mandi – manda. Kelihatan Ieman, Amir dan Arman mengutip karangan dan kulit-kulit cengkerang hidupan laut yang terdapat pada pasir di pantai. Foto di atas menujukkan bot-bot nelayan yang diletakkan berhampiran dengan pantai Kemasik. Nelayan-nelayan ini tinggal di sekitar kampung-kampung berdekatan dengan pantai Kemasik. Nampaknya budak-budak ni tak dapatlah mandi-manda dek kerana air laut yang agak bergelora serta ombak yang agak kuat. Mungkin juga arusnya di bawah agak kuat. Foto di atas pula menunjukkan kompleks membeli-belah yang pertama di Kerteh iaitu Mesra Mall yang baru sahaja dibuka julung-julung kalinya pada bulan December 2009. Pembukaan kompleks ini memberi peluang kepada penduduk tempatan terutamanya kepada mereka yang bekerja di Kerteh mengunjungi kompleks ini ketika cuti hujung minggu. Bagi mereka yang ingin bermain bowling maka tidak perlulah lagi mengunjungi Kuantan, Pahang. Foto di atas pula menujukkan sepinggan nasi dagang yang menjadi hidangan sarapan pagi kami. Gerainya hanya terletak di seberang jalan berdepan dengan Mesra Mall , Kerteh. Memang sedap, kalau nak tau berkunjunglah ke gerai ini. Satu lagi pemandangan yang cantik di Kuala Kerteh, iaitu tempat para nelayan menaikkan hasil tangkapan . Lokasi juga bersebelahan dengan Kampung Kuala Kerteh. Medan Ikan Bakar Kuala Kerteh Untuk semua pembaca nikmatilah gambar kampung nelayan Kuala Kerteh! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan