Selasa, 5 Julai 2011

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Pemuda PAS DUN <b>Kemasik</b>: Slot Orang Muda Geng Kita <b>di</b> Ops Al Falah <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 07:58 AM PDT

Pemain pasukan K5 - Bess dan Kocok FC bergambar bersama Pengarah PAS MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, pimpinan PAS DUN Kemasik dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sebelum perlawanan akhir bermula.

Ustaz Alias sedang menyampaikan sumbangan hamper kepada salah seorang pemuda yang berjaya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sedang menyampaikan hamper kepada salah seorang Pengurus Pasukan.

Pemain pasukan K5 - Bess yang muncul sebagai Juara bergambar bersama Ustaz Alias dan pimpinan PAS DUN Kemasik.

Pemain pasukan di pusingan awal bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid.

FELDA Kerteh 05, 25hb. Jun - PAS MTD Kemasik dengan kerjasama Unit Peti Undi (UPU) FELDA Kerteh 05 telah melancarkan OPS Al Falah II dalam rangka kerja memberi keyakinan kepada masyarakat di FELDA kenapa perlunya slogan 'PAS Ganti UMNO' diadaptasikan oleh pengundi di sana.

Selama dua hari para petugas PAS mendekati golongan sasaran di FELDA Kerteh 05 dan reaksi yang amat positif menandakan peluang untuk PAS kembali ke Wisma Darul Iman dan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di Putra Jaya bakal menjadi impian dan sekaligus menjadi igaun ngeri buat UMNO/BN.

Sambutan para pemuda yang merupakan pengundi majoriti di UPU tersebut menunjukkan angin perubahan bakal melanda dalam PRU Ke-13 nanti.

Pemuda PAS DUN Kemasik melapangkan masa sehari suntuk untuk bersama generasi kedua dan ketiga para peneroka FELDA Kerteh 05.

Pertandingan futsal berjaya menarik minat para pemuda. Sebanyak16 buah pasukan telah menyertai pertandingan 5-sebelah tersebut dengan johan dan naib johan merangkul hadiah wang tunai RM 100 dan RM70 manakala pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing - masing membawa pulang RM30.

Pasukan K5 - Bess berjaya muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan Kocok dengan penentuan sepakan penalti 5 - 4 setelah kedua - dua pasukan terikat dengan seri dalam masa penuh.

K5 - Bess melangkah ke perlawanan akhir setelah menang bergaya pada separuh akhir dengan pasukan Bolox Serox 5 - 1 manakala pasukan Kocok menewaskan Permata FC 3 - 0 pada separuh akhir 2.

Ketua DPPKK, Ustaz Hishamuddin memaklumkan pasukan yang berjaya akan dijemput untuk menyertai pertandingan di peringkat Kawasan Kemaman dalam masa terdekat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads