Sabtu, 2 Julai 2011

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


animasi: Kaunter Jualan <b>Di Kemaman</b>

Posted: 29 Jun 2011 01:47 AM PDT

Tanggal 21hb Jun 2011 minggu lepas saya berkesempatan membuka kaunter jualan di Padang Astaka, Cukai, Kemaman selama 4 hari (22hb - 25 Jun 2011). Persiapan pembukaan dilakukan sebelah petang dan pagi Rabu. Banyak juga persiapan yang perlu dilakukan memandangkan kami kekurangan kakitangan. Setiap warga KOPERAT memerah kudrat pada hari tersebut. Letih memang letih tapi kami yakin mampu tangani bersama-sama.... Banyak juga rintangan/masalah yang terpaksa kami tempuhi semasa menyiapkan kaunter kami....
Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan). Penat lelah kami disiang hari berbaloi dengan penyampaian Sijil Penyertaan disusuli dengan pancutan bunga api pada malam perasmian. Kejutan pula berlaku apabila 'booth' kami terpilih tempat ke - 2 kategori 'booth' tercantik pada malam tersebut. Tersenyum bangga kami semua malam itu. Hadiah disampaikan oleh YB kepada Pengurus Besar KOPERAT, E. Azizul bin Hashim. Yb juga berkesempatan melawat 'booth' kami buat seketika. YB juga terpegun melihat model replika Perumahan terbaru kami di kawasan Bukit Kuang Kemaman, Rumah Teres 2 Tingkat. Masih ada berbaki 24 unit untuk diduduki. Harga permulaan RM 240,00.00 ke atas. Peringkat terkini di tapak 25%. YB nampak yakin pihak KOPERAT mampu menjual kesemua unit Rumah Teres 2 Tingkat ini dan seterusnya merancakkan lagi pembangunan perumahan di kawasan sekitar Kemaman.
Tak menang tangan kami melayani pelanggan pada malam tersebut. Apa pun kami warga koperat berharap orang ramai dapat memiliki Rumah idaman masing-masing.

KOPERAT berharap Rumah ini mampu dimiliki dan selesa didiami. 
Rekabentuk anggun, ruang yang selesa dan lokasi stategik hanya 6 km dari Bandar Cukai, Kemaman.
Berdekatan dengan Sekolah, Masjid, Stesen Petronas, Klinik Desa, Pasaraya, Taman Rekreasi serta laluan utama Terengganu - Kuantan menjadikan Kawasan ini tidak wajar dilepaskan. 
~ Buatlah pilihan bijak ~

HUBUNGI KAMI SEKARANG :

Laman Portal Kami : http://koperat.com.my/

Laman Page Facebook : https://www.facebook.com/pages/Koperat/197111670306770?sk=info

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads