Isnin, 25 Julai 2011

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Karnival Mini <b>Batu Rakit</b> meriah

Posted: 25 Jul 2011 04:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Julai Karnival Mini Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit Bersama Nelayan berlangsung di Taman Rekreasi Pantai, Batu Rakit dekat sini baru-baru ini, dalam suasana meriah dan menarik penglibatan masyarakat dalam pelbagai kegiatan.

Program lebih terarah kepada komuniti nelayan, kelompok terbesar dalam DUN berkenaan yang membuka penempatan terawal di situ yang namanya mengambil sempena hamparan batu di permukaan laut seumpama rakit kira-kira 300 meter dari pantai.

Program sehari itu dapat membantu merapatkan hubungan antara penduduk dan mengukuhkan semangat kekitaan yang menjadi kekuatan dalam kehidupan masyarakat di perkampungan tradisi.

Pada masa yang sama, ia mencerminkan komitmen para pemimpin setempat yang terus mengorak langkah menggerakkan agenda pembangunan dalam usaha merealisasikan harapan dan impian, seiring aspirasi rakyat Batu Rakit.

Perasmian karnival itu disempurnakan Tengku Seri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktabillah Shah yang kemudiannya turut serta dalam kegiatan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN itu.

Tengku Baharuddin yang juga Presiden Persatuan Permotoran Terengganu tiba dengan konvoi 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kerabat diraja itu turut beramah-mesra dengan penduduk dan turun padang untuk menziarah empat buah rumah keluarga miskin di Kampung Hilir Darat Batu Rakit dan Wakaf Chagak selain menangkap ikan bersama nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat memberitahu, kehadiran Tengku Seri Temenggong Raja ke majlis itu menunjukkan kerabat diraja dekat dengan kehidupan rakyat.

Antara acara yang meriahkan suasana adalah sukaneka yang menarik penglibatan masyarakat pelbagai peringkat usia selain pertandingan memancing, mewarna, persembahan silat gayong, demonstrasi kebakaran dan membakar biji gajus di samping cabutan bertuah.

Program yang diadakan ini merupakan salah satu usaha kami merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa di kawasan ini. Ia dapat dijayakan dengan kesepakatan penduduk, ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit berkata, kegiatan itu juga secara tidak langsung dapat memperkasakan perjuangan rakyat bersama pemimpin setempat bagi meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Tengku Baharuddin ketika berucap merasmikan majlis tersebut berharap program seumpama itu dapat dianjurkan secara berkala yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai terutama golongan muda.

Pendedahan pelbagai kegiatan kepada orang muda amat diperlukan agar kehidupan mereka tidak terbiar serta terjebak dalam kegiatan tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri, katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Lua Beng Soon, 54, dari Kampung Pantai Batu Rakit berkata, program itu meriah dan menggembirakan penduduk.

Masyarakat Cina di sini tidak ketinggalan menyertai acara pada karnival ini bersama orang Melayu supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami dengan mereka, ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Azuar Aripin, 30, dari Kampung Pengkalan Atap mencadangkan supaya kerajaan mengadakan karnival seperti itu setiap tahun di DUN berkenaan.

Ini kerana, katanya, kerajaan dapat menyalurkan sebarang maklumat serta mengadakan gerai-gerai pameran dari jabatan kerajaan bagi manfaat kepada pengunjung.

Menerusi program ini juga, kita dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk kampung serta dapat melakukan kerja-kerja amal seperti gotong-royong membersih kubur, membaikpulih atau membina rumah orang miskin, ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads