Ahad, 19 Jun 2011

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


.::My JouRNey::: KemBaRa PaNTai TiMuR

Posted: 14 Jun 2011 08:51 PM PDT


04May, bulan lepas kami bertiga ( faziel, kaery & Pen) pergi ke negeri pantai timur iaitu Terengganu.. Balik kampung Ct Kaery..haha..Kami bertolak dari Kl pukul 11.00pm menaiki kereta myhousemate "Kaery ND" –(Bukan nama sebenar, nama FB jer)hahahaha… Kebetulan masa tu kakak Kaery ikut sekali, so kami berempat makan dulu kat Ampang.. Tup tap tup tap, lambat jugak kami bertolak dari K.L,, Perjalanan dari KL to Terengganu selama 6 jam…aduh..!! kalo naik flight dari klia, ibarat pergi Incheon, Korea… hahahhaha… jauh siot… Sakit Butttt i…hahahhahaa… nasib baik myPepad menemani I sepanjang perjalanan.. LAYAN game Angry Birds & Bejeweled…kalo ade Ipad tu, xlaa I bored tahap gaban dalam kereta selama 6jam.. Tapi kan, sbb "kengantokan" & kepenatan, so masa I banyak dihabiskan untuk masa lena (tidow)…hihihi. Kami sampai kat rumah Kaery jam 05.00am lebih.. Badan kepenatan & mata still mengantuk, so sampai rumah Kaery kami sambung tidur balik..hahaha…sampai pagi buta,!!

05May-bangun lambat sikit..kalo x silap, kol 11.00 lebih..ermmm..bangun siap2x, then g mandi.. rumah org beb.! Bangun jer tidur teros mandi..kalo rumah sendiri, I nk jer bangun pas Asar…hahahaha.. opss.. "Faziel, jaga tata tertib kat rumah org".hah..bisikan hati I berkata..hahahahahaa..

Okey laa…malaz laa nk cerita panjang lebar…korang tgk laa pic yang I daa upload…hihihihihi..


Jika anda ingin merasai pengalaman baru menaiki perahu tradisional menyusuri di Terengganu, anda boleh mendapatkan menaiki TTI River Cruise di Pulau Wan Man yang terletaknya juga Masjid Kristal dan Taman Monumen,Taman Tamadun Islam yang namanya makin tersohor di seantaro dunia.


Perjalanan sepanjang 2.5km menyusuri Sungai Terengganu akan bermula dan berakhir di Jeti Tok Ku Paloh yang terletak di antara Masjid Kristal dan Taman Monumen akan membawa pengunjung melalui 14 buah tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu termasuklah Muzium Terengganu, Pulau Sekati, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bazar Warisan, Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pengkalan Keropok.


Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pantai Batu Buruk merupakan pantai yang boleh dijalankan aktiviti mandi-manda yang terletak di Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan tempat popular bagi menjalani aktiviti berkelah dan mandi manda.


Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu..





Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini...


Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.



Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.



Kami juga berpeluang melawat negeri Cik Siti Wan Kembang,, Negeri Kelantan Darul Naim. sememangnya percutian kami kali ini amat menyeronokkan kerana dapat menjelah 2 negeri pantai timur.. Thank you very much to Maa & Bak dan semua keluarga Kaery kerana melayan i dengan baik dan membawa i jelajah bumi pantai timur.. Pastinya percutian selama 6 hari ini amat bermakna bagi i...

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu..Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga

kami mkn kat atas pasar Siti Khatijah... udang yg besar2x..ermm,.. i ambek nasik campur jer..hihi

Kami juga berpeluang melawat ke Pantai Irama Bachok.

Salah satu tempat peranginan yang popular di Kelantan. Pantainya lebih cantik kalau dibandingkan dengan Pantai Cahaya Bulan. Pantai ini sesuai dijadikan tempat perkelahan seisi keluarga..

Kami juga berpeluang untuk mengunjungi Wakaf Che Yeh.

Kalau di KL, Wakaf Che Yeh ni bolehla diibaratkan cam uptown. Buka dalam pukul 9-10 malam dan ditutup pagi. Parking kalau time public holiday or cuti sekolah memang agak pening juga laa mencari nya. Yang pasti barangan di sini memang murah,.



Antara tempat-tempat lain yang kami lawati di Terengganu seperti :


P/S: PANTUN UNTUK KAERY & FAMILY

GUNUNG BINTAN LEKUK DITENGAH
SAYANG PENYENGAT KUBUNYA TIGA.
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH.
BUDI KUSANJUNG KUINGAT JUGA.

BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG  DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH SAYA UCAPKAN..

KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH PERGI GANU LAGI.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads