Ahad, 5 Jun 2011

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


...MEMORY...: <b>Pulau Bidong</b>... Stuck In My Mind... ^^

Posted: 22 May 2011 12:22 AM PDT

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Korang ingat lagi tak sebelum pergi pulau, aku da janji nak bawak balik sebanyak2 memori untuk dikongsi dengan korang??? kalo tak ingat tak pe la. yang penting aku ingat. hari ni, aku nak berkongsi segala pengalaman manis sepanjang kat pulau bidong.

Pengalaman sepanjang lima hari empat malam di stesen penyelidikan UMT - pulau bidong ni membawa memori indah. antara aktiviti paling menarik yang kitorang jalankan kat pulau ialah manta tow dan snorkeling. melalui aktiviti2 macam ni la yang membuatkan aku jatuh cinta dengan keindahan lautan. aku boleh tengok sume hidupan2 yang ada bawah laut tu. dengan peluang yang diberi ni, aku tak lepaskan setiap saat dan setiap inci pergerakan aku di laut untuk menghayati keistimewaan setiap ciptaan Maha Pencipta yang ada. tak sume orang berpeluang macam ni.

Aktiviti yang paling aku suka ialah MANTA TOW. aku kena pegang manta board sambil ditunda oleh speed boat dengan kelajuan 2 knot (2 batu nautika/jam). tak laju pun, tak perlu risau. mula2 tu takut sangat nak turun. tapi bila da turun, rasa macam tak mau naik boat dah. best sangat. kalau masa banyak, memang aku nak lagi. ye, sedikit ketamakan disitu. hehe... tujuan manta tow ni untuk buat general observation di dasar laut pada kedalaman lebih kurang tak sampai lima meter. antara benda yang kitorang kena observe ialah dead coral, life coral, COT (crown of thorn) dan scars.

Selain manta tow, aku suka aktiviti snorkeling. tujuan snorkeling pun lebih kurang sama macam manta tow. tapi snorkeling tak perlukan speed boat. kita kena bergerak sendiri. tujuan snorkeling lebih specific untuk observe komuniti coral yang ada kat situ. contoh coral yang banyak kat situ adalah acropora branching coral. bentuk dia senang nak kenal pasti. sayang nye, aku tak da gamba time snorkeling. sebab camera aku tak leh masuk air. selain tu, aku boleh tengok macam2 ikan dengan pelbagai kaler. cantik sangat. nemo pun ada. jangan jeles. rasa macam dalam national geography tu. hehe... ada juga yang berpeluang untuk diving. aku tak dive pun sebab tak pandai nak dive pun. hehe... tapi, kalo dapat dive lagi bagus sebenarnye.

Selain tu, ada aktiviti candat sotong. tapi bab candat sotong ni aku kecewa sikit. sebab tak da rezeki. sekor sotong pun tak pandang kat umpan aku. cian aku... aku siap pi dok sebelah staf yang dapat banyak sotong lagi. tapi bertambah kecewa lagi ada la. da setengah jam lepas umpan pun sotong tak sangkut2. staf yang dok sebelah aku tu lima minit je lepas umpan da lekat sotong. kecewa betol. frust melutut aku dibuatnye. da la mengantuk sangat time tu. bosan, sekor pun tak dapat. 

Trawling atau pukat tunda merupakan salah satu aktiviti yang menarik jugak. banyak sangat hasil tangkapan. macam2 spesies ikan aku jumpa. dari yang beracun, berduri, kecik and besar. sume ada. ikan yang paling banyak dapat ikan kekek dengan ikan bayan. ikan lain ada jugak, tapi tak banyak pun...

Lagi... kitorang ada wat benthic community sampling. tapi yang ni tak banyak pun dapat. masa wat benthic sledge, paling banyak dapat heart urchin. cantik2 sangat. macam kuih raya je tengok banyak2. tapi tak boleh makan... berduri, nanti aku pulak yang jadi landak. elok2 nama linda jadi landak pulak. hehe...

Banyak lagi pengalaman yang aku tak tercerita kat sini. terlalu banyak. tapi biar la separuh daripada memory2 tu jadi memori peribadi aku. hehe... jangan mara... sangat indah... =)

Ok. korang boleh tengok lagi memory2 yang sempat aku rakam sepanjang di pulau. klik SINI.

Setakat ini dulu entry kali ni. tenkiu sudi bace...^^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads