Ahad, 26 Jun 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Qul Amirul Hakim: Ziarah Guru Mursyid Tariqat Mahyuddin <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 11:09 PM PDT

Assalamu'alaikum,
Selepas urusan di Pasar Payang, masih hari Selasa, 7 Jun 2011,  5 Rejab 1432, kami menuju ke rumah Pak Senu.  Semasa ekspedisi ke Pantai Timur pada Disember 2010, seorang sahabat hamba, Sheikh Mangkuk telah memberitahu akan seorang guru mursyid bernama Hj Shuib Hj Ahmad (yang telah meninggal dunia) di Alur Tuman, Marang. Hamba mencari-cari Alur Tuman dan surau Hj Shuib dan akhirnya bertemu dengan anaknya yang membawa hamba ziarah ke makam ayahnya. Ceritanya ada di sini.  Sewaktu kunjungan tersebut, Encik Naim telah memberitahu hamba, bahawa ayahnya diganti oleh salah seorang anak muridnya yang dipanggil Pak Senu. Katanya, Pak Senu tinggal di Marang, betul-betul bertentangan dengan Pasaraya Marang yang terletak selepas Balai Polis Marang (jika dari Marang ke Kuala Terengganu, Pasaraya Marang terletak di sebelah kiri jalan). Hamba dah simpan lokasi rumah Pak Senu waktu tersebut dalam GPS hamba, cuma tak sempat singgah kerana masa yang suntuk.

Jadi kali ini, kami bercadang singgah di rumah Pak Senu. Semalamnya hamba dah bertanya si isteri, nak ikut tak? Kalau taknak ikut, hamba akan ziarah Pak Senu semalam, kalau nak ikut, kita akan ziarah dalam perjalanan balik ke Selangor.  Isteri bersetuju nak ziarah sekali, jadi ini merupakan lokasi terakhir dalam jelajah kali ini. Pak Senu atau nama sebenarnya ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Muhammad kini tidak ke mana-mana dan tinggal di rumahnya kerana sedikit uzur.

Kami sampai ke rumahnya dalam jam 1200 tengahari. Selepas memberhentikan kereta, hamba ke pintu rumahnya dan bertanya sama ada ini betul rumah Pak Senu. Pak Senu keluar dan mengiyakan. Hamba tanya semula, niat nak ziarah, boleh ke? Pak Senu kata boleh. Hamba ke kereta dan panggil anak isteri untuk masuk ke rumahnya.  Kami berada di rumah Pak Senu sehingga 230 petang.  Satu tanda jelas rumah Pak Senu yang bertentangan dengan Pasaraya Marang adalah  kewujudan 'musolla' yang bercantum dengan rumahnya. Musolla ini beliau sediakan kepada mana-mana musafir yang ingin singgah bersolat, berehat dan sebagainya.  Kiranya musolla ini sebahagian dari rumahnya...Mengapa??? Kena kaji sejarah RSAW, rumah baginda dan Masjid Nabawi yang asal...

Hamba malu juga sebab terlupa nak bawa buah tangan, rasa ralat betul.  Walaupun ianya adat, tapi adat yang baik tiada salahnya diteruskan.   Banyak perkara yang dibualkan dengan Pak Senu. Beliau yang bercakap, hamba dengar sahaja. Isteri turut sama mendengar dan 'boleh faham' kerana suara Pak Senu adalah jelas. Pak Senu sebenarnya diwasiatkan oleh gurunya Hj Shuib Hj Ahmad, supaya 'meneruskan usahanya'.  Sewaktu Tuan Hj Shuib Hj Ahmad masih hidup lagi, Pak Senu telah dipertanggungjawabkan untuk 'baca kitab' di surau Hj Shuib.  Malam sebelum Hj Shuib kembali ke rahmat Allah, beliau telah berpesan pada anaknya, 'Pak Senu diminta menggantikan tempatnya'....


Walaupun kini sedikit uzur, Pak Senu menyatakan banyak rahmatnya sambil tersenyum. Beliau ada bercerita tentang sejarah tariqat Naqsyabandi yang asal di zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., tentang 'jalan pahlawan' di zaman RSAW dan ...lupa le...  Beliau juga mendirikan surau sendiri (bukan musolla di rumahnya) untuk anak muridnya beramal...dan kalau hamba tak silap, amal tariqat Pak Senu memerlukan suluk/khalwat.  Dalam percakapannya dengan kami, petikan-petikan Al-Quran dan Al-Hadis lancar di mulutnya. Apa sahaja perkara, nas dari Al-Quran dan Al-Hadis itu yang menjadi sandarannya.  Beliau juga ada membincangkan pandangannya tentang Tariqat lain, cuma cara beliau adalah tidak menyalahkan mana-mana tariqat lain.

Selain itu, beliau ada berbincang tentang 'hakikat masjid', 'hakikat wudhuk', menyatakan pandangannya tentang Solat Jamak dan Qasar, sumber perselisihan pendapat ulamak dalam memahami Hadis, perbezaan antara Mazhab dan apa yang beliau pegang dalam beramal dan beribadat. Alhamdulillah, hamba memanglah 'memakai Fiqh Syafie' tetapi dalam beberapa perkara hamba agak terbuka tentang perbezaan Mazhab kerana pengalaman hidup di luar negara membolehkan hamba sekeluarga 'jumpa macam-macam'.  Beliau juga 'menegur' ulamak2 yang terlalu taksub dgn Fiqh Syafie tetapi tidak bertindak sebagaimana yang disarankan oleh Imam Syafie.  Alhamdulillah, hamba dapat satu ilmu baru berkaitan Solat Jamak ni...

Dalam berbual-bual itu, isteri Pak Senu dah menyiapkan makanan tengahari dan menjemput kami sekeluarga makan bersama. Malu, memang le malu, gi ziarah nak kena makan pulak...:-)...namun Pak Senu kata tak paksa, tak nak makan puk tak apa tetapi beliau mengambil Sunnah Nabi SAW tentang 'meraikan para musafir'. Kami dianggap musafir dan meraikan musafir amat penting dalam Islam. Walaupun malu, kami makanlah jugak bersama Pak Senu dan isterinya. Walaupun lauknya mudah, Alhamdulillah, hamba makan dengan berselera juga (tambah nasi le tu)...:-)   ....Itu yang dikatakan rahmat apabila makan ramai-ramai, lauknya tidak penting, keikhlasan kita dalam meraikan tetamu itu yang lebih penting... Pak Senu kata apa yang mereka makan, itulah yang tetamu makan.

Selepas itu, hamba bersolat Jamak secara berjemaah dengan keluarga di musolla Pak Senu. Habis bersolat, sambung bicara lagi dengan Pak Senu. Hamba bertanyakan juga tentang didikan anak-anak, pandangan Pak Senu, orang yang beriman memang Allah Taala uji dengan 'masalah anak2', dalam Al-Quran dah disebut tentang perkara ini. Nak kena sabar banyak, katanya.  Insya-Allah bila besar, OK lah tu...


Pak Senu menyebut tentang kebiasaannya di mana2, orang sekeliling yang 'mengata2' kalau jadi apa2 dengan 'anak seorang guru', yang sebenarnya menghijabkan orang2 luar dengan seseorang guru.  Hamba kira dalam ziarah-ziarah guru, seperti satu yang lumrah Allah Taala menghijabkan orang yang tinggal berdekatan dengan seseorang guru itu dengan 1001 perkara berkaitan keluarga guru tersebut....Mengapa?  Allah Taala lebih mengetahui.  Hamba kira ini antara perkara yang boleh dikongsikan dengan pembaca. 

Jam 230 petang kami meninggalkan rumah Pak Senu dan  menuju ke Selatan.   Isteri hamba kata 'belum puas dengar cerita dah nak balik'. Nak buat macam mana, kami perlu sampai ke rumah hari Selasa juga sebab hari Rabu hamba dah mula bekerja. Tapi hamba bersyukur ke hadrat Allah kerana kemesraan dan layanan Pak Senu dan isterinya menyebabkan hamba sekeluarga tak malu lagi untuk ziarah di lain kali dan menimba ilmu. Bersyukur kerana dah ada 'tempat parkir' di Marang. Sebelum ini di Kerteh saja (Tuan AA)...Kalau di Kelantan, baru satu 'tempat parkir' iaitu di rumah PokTeh Enggong.

Kami singgah sekejap di sebuah pantai (lupa namanya) kerana anak-anak nak main di pantai sekejap. Sambil anak-anak main, hamba rehat le, esok nak kerja!!! Kemudian kami singgah lagi di kedai keropok lekor (selepas Geliga dan baru masuk sempadan Pahang) untuk beli keropok lekor. Hamba kira keropok lekor di sini lebih sedap berbanding di Marang dan Kuala Terengganu sebab 'rasa ikannya'... Itupun sahabat hamba, Tuan AA dari Kerteh yang beritahu.   Akhir sekali kami singgah di Perhentian Gombak (selepas R&R Genting Sempah) untuk bersolat dan makan malam. Alhamdulillah, sampai di rumah dalam jam 10-11 malam...Tamatlah ekspedisi Kelantan & Terengganu 2011.  Tamatlah cerita hamba berkaitan ekspedisi ini, Alhamdulillah.  Hamba bersyukur ke hadrat Allah Taala  kerana dapat ziarah dua orang guru mursyid (PokTeh di Kuala Krai, Kelantan dan Pak Senu di Marang, Terengganu), satu Makam Pahlawan Melayu iaitu Makam Tok Janggut di Tumpat, 5 Makam Wali Allah iaitu Makam Tok Selehor juga di Tumpat, Makam Tuan Tabal di Kubur Banggol, Makam Tok Kenali di Kubang Kerian, Makam Tok Pauh di Kuala Berang,  dan Makam Tokku Tuan Besar di Kuala Terengganu. Ada banyak lagi makam nak diziarahi di kedua-dua negeri ini, Insya-Allah lain kali. Hamba sendiri tak tahu bila lagi akan ke dua negeri ini. Hanya Allah Taala yang maha tahu..

Destinasi seterusnya kemungkinannya adalah Kedah dan Pulau Pinang. Hamba dok tinjau Johor dan Negeri Sembilan tapi masih mengumpulkan maklumatnya. Pulau Pinang walaupun kecil jangan disangka tiada Makam Wali Allah di situ...tunggu!!!

wassalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads