Selasa, 7 Jun 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Anwar gesa pengundi pertahan parlimen <b>Marang</b>

Posted: 07 May 2011 09:45 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/ceramahkeadibuluh%20004.jpgMARANG - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pengundi Marang supaya mempertahankan parlimen tersebut dari jatuh ke tangan Umno dan Barsian Nasional (BN).

"Sebab itu kawan-kawan di Marang ini kena ingat, Marang ini kawasan yang dipimpin oleh tokoh besar, bukan sahaja (kepada) PAS tetapi (kepada) umat Melayu dan umat Islam,

"kita kena pertahankan kerusi (parlimen) ini dan maruah kita lebih-lebih lagi sekarang,"tegasnya kepada lebih 5,000 orang hadirin pada majlis ceramah isu-isu semasa di Kedai Buluh, Bukit Payung, disini Jumaat 6 Mei.

Menurutnya, Umno dan BN akan melakukakan apa sahaja untuk merampas kerusi tersebut yang kini diwakili oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"dan percayalah....Umno akan buat apa sahaja, beli (undi) ugut, upah...apa sahaja, untuk melemahkan kubu kita disini,"jelasnya.

Katanya, tanggungjawab mempertahankan parlimen Marang bukan kerana peribadi Ustaz Hadi sahaja.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/ceramahkeadibuluh%20016.jpgTetapi, katanya, Ustaz Hadi dengan ketokohan, prinsip dan peribadinya telah membawa mesej perubahan dan memperkuatkan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kemenangan Presiden PAS dan beberapa kawasan parlimen lain di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang, akan membawa perubahan dalam negara.

Beliau menafikan, kenyataannya untuk menawan Puterajaya adalah 'mimpi' kerana menurutnya PAS pernah menang di negeri Terengganu pada tahun 1999..

Selain itu, menurutnya, pada tahun 2008, Pakatan Rakyat menang di enam buah negeri termasuk Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.

"Mereka boleh kata kita mimpi...tak apa, tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu pada tahun 1999, (pada tahun 2008) kita menang di Selangor, Perak, Kedah Pualau Pinang dan Kelantan, (di) Kuala Lumpur, (daripada) 11 kawasan parlimen, kita menang 10,"katanya

Menurutnya, Pakaran Rakyat kalah di parlimen Setiawangsa hanya kerana undi pos, dimana kawasan tersebut mempunyai 14,000 undi pos, terbanyak di Malaysia.

turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha, Haji Yahya Ali dan Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah

[Dengar ceramah Anwar di Buletinonline Radio]

&feature=channel_video_title

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads