Isnin, 20 Jun 2011

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Dua Guru Mati Lemas <b>di</b> Pantai <b>Kijal</b>

Posted: 17 May 2011 04:15 AM PDT

Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di Kemaman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.

"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras menghanyutkan kedua-dua guru muda ini.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di Kemaman, hari ini.

Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan.

Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, berkata, beliau sedang berkelah di pantai itu bersama keluarga apabila diberitahu mengenai kejadian lemas oleh seorang lelaki yang sedang mengutip sampah di pantai itu.

"Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua guru itu meninggal dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads