13 di kijal - Google Blog Search |
Dua guru mati lemas <b>di</b> Pantai <b>Kijal</b> ~ SUNGAI RAPAT ONLINE Posted: 17 May 2011 02:12 AM PDT KEMAMAN: Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di sini dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya meninggal dunia. "Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan. Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. "Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua guru itu meninggal dunia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kijal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan