Ahad, 12 Jun 2011

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Tiga sahabat dituduh mengedar dadah <b>di Dungun</b> - Komunitikini

Posted: 09 Jun 2011 09:20 PM PDT

Tiga sahabat, termasuk seorang buruh dan mekanik, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di tepi jalan kawasan Rumah Murah Kos Rendah Nibong Stesen, Dungun, 29 Mei lepas.

Mohd Mikey Hidayatullah Junus, 28, Ahmad Zawawi Badaruddin, 37, dan Syed Mohd Hafizie Syed Zahari, 27, ketiga-tiganya dari Dungun, yang didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 6.30 petang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengedar heroin seberat 43 gram mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.8 gram mengikut Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Faraziana Zainuddin menetapkan 7 Julai sebagai sebutan kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmood.

- Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads