13 di batu rakit - Google Blog Search |
TEROPONG TEROPONG: Masjid As-Salam, <b>Batu Rakit</b>, Kuala Terengganu Posted: 29 May 2011 09:07 PM PDT Ini sebuah lagi masjid diBatu Rakit. Aku singgah ketika dalam perjalanan untuk meronda ronda ke bandar Kuala Terengganu. Aku lihat masjid ini lebih kurang sama dengan masjid ini yang aku singgah kelmarin. Cuma lihat gambar bangunannyayg dilihat dari pagar masuk kedua dua masjid. Mungkin menggunakan plan yang sama. Apa yang menjadi cabaran kepada pentadbir masjid sekarang ialah bagaimana untuk meningkatkan jumlah jemaahnya. Semua perkara boleh dibuat dengan mudah sekiranya ada duit. Nak tambah besarkan masjid. Nak indahkan masjid. Nak bersihkan masjid. Tetapi nak ramaikan masjid belum tentu berjaya kalau guna duit sahaja. Perkara yang menjadi lebih sukar lagi apabila duit ada tetapi ajk kedekut nak keluarkan duit. Longgok duit banyak banyak dalam bank kononnya ajak bijak sebab duit banyak. Sebenarnya ajak yang bijak ialah bukan dilihat daripada banyak duit tetapi banyak mana aktiviti yang dilaksanakan. Buat apa duit banyak dalam bank kalau masjid kotor tanpa diurus dengan baik. Buat apa duit banyak dalam bank kalau kuliah agama pun kadang kadang. Sebaiknya panggil ustaz mengajar. Buat program supaya orang datang ke masjid. Biarkan orang biasa dengan persekitaran masjid. Rasa seronok bila berada di masjid. Cuba bandingkan sekali lagi ruang hadapan dewan solat ini dengan masjid pada n3 sebelum ni. Lebih kurang sama juga. Ruang bumbung gambar di bawah juga sema dengan masjid pada n3 sebelum ini. Cuma masjid ini tidak memasang mozek pada binaan tersebut.Bagi kita orang islam kena memuliakan masjid sentiasa. Perkara yang terbaik perlu dilakukan untuk masjid. Seperti kata ustaz malam kelmarin di surau kami. Banyak masjid dah cantik cantik dibina tetapi sound system masjid masih mendukacitakan. Kadangkala suara ustaz dah kuat tetapi ceramahnya itu tidak tahu buji butir yang disebut. Belanjalah lebih sikit agar apa yang disampaikan tidak sia sia jer. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di batu rakit - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan