Kosmo Online - Varia Posted: 21 May 2011 11:13 AM PDT Monumen warisan 79 tahun Posted: Monumen warisan 79 tahun Monumen warisan 79 tahun LEMBAGA Pemuliharaan Monumen mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai salah satu daripada 64 monumen negara itu.
STESEN Keretapi Tanjung Pagar yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah bukan sahaja kepada Singapura malah, Malaysia. Apa pun berkuat kuasa 1 Julai ini, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP). Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada tahun 1932 dan stesen Bukit Timah pula pada tahun 1903 dijangka menyaksikan peranan baru. Tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md. Hussin Nayan, langkah mewartakan kedua-dua stesen itu sebagai tapak warisan adalah antara Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) yang dicapai pada 1990. Beliau memberitahu, Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak. Md. Hussin berkata, persiapan bagi perkhidmatan KTMB berakhir di WTCP sedang berjalan lancar dan mengikut jadual. Bagi generasi masa depan Memandangkan nilai sejarah kedua-dua stesen itu selain sebagai melindungi peninggalan fizikal warisan sejarah, kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk memulihara kedua-dua stesen itu. SENI bina stesen keretapi yang mempunyai pengaruh neo-classical dan art-decoe.
Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai monumen negara, sementara Lembaga Pembangunan Bandar (URA) mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah Railway sebagai bangunan terpelihara. Pada 24 Mei tahun lalu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa khidmat KTMB akan berakhir di WTCP dan bukan lagi di Tanjung Pagar. Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa struktur Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Stesen Keretapi Bukit Timah di Blackmore akan dikekalkan kerana nilai sejarahnya. Ciri-ciri seni bina Stesen Tanjung Pagar khasnya, dianggap sebagai tanda tempat yang jelas kerana bentuk seni bina muka hadapannya yang menampilkan ciri-ciri neo-classical dan art-decoe. Ciri seni bina lain yang dianggap menarik di stesen itu ialah bumbung barrel-vault setinggi 22 meter di atas balai menunggu serta lukisan mural yang menampilkan pemandangan dari Malaya. Pada zaman di mana perjalanan dengan kereta api dikaitkan dengan kemewahan, stesen itu menampilkan keanggunan dan kemewahan. Menurut Jean Wee, Pengarah PMB, stesen tersebut akan terus kekal sebagai tanda tempat walaupun selepas ia mengambil peranan baru iaitu lambang ciri dan kekuatan hubungan antara kedua-dua negara. Dengan Stesen Keretapi Tanjung Pagar diwartakan sebagai struktur warisan, bilangan monumen negara di Singapura berjumlah kepada 64. Stesen keretapi Bukit Timah Stesen Keretapi Bukit Timah berhampiran King Albert Park adalah antara stesen kecil yang dibina untuk menghubungkan kawasan luar bandar Singapura. Bangunan ringkas diperbuat daripada batu-bata itu bersama dewan menunggu terbuka dilihat sebagai satu lagi tanda tempat yang menarik.
|
STESEN Keretapi Tanjung Pagar mula beroperasi sejak tahun 1932 lagi.
|
Bangunan satu tingkat tersebut mengikut gaya tradisional yang lazim boleh ditemui di stesen bandar-bandar kecil di United Kingdom dan Malaya pada tahun 1930-an. Ler Seng Ann, Pengarah Kumpulan Khidmat Pemuliharaan dan Pembangunan di URA berkata, bangunan serta struktur berkaitan dengan perkhidmatan kereta api di Singapura mewakili memori sosial kolektif Singapura. "Program pemuliharaan URA diwujudkan untuk mengekalkan warisan binaan kita. "Di bawah program yang memenangi anugerah ini, kami berjaya mengekalkan Clifford Pier dan bekas lapangan terbang Kallang yang menjadi gerbang keluar masuk Singapura semasa zaman kegemilangannya. "Apabila struktur-struktur utama perjalanan kereta api dipulihara, maka secara sendiri lengkaplah warisan sejarah pengangkutan Singapura," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 21 May 2011 09:38 AM PDT Beli 40 lori sampah baru Posted: Beli 40 lori sampah baruBeli 40 lori sampah baru Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD utusanjohor@utusan.com.my JOHOR BAHRU 20 Mei - Syarikat pengurusan sisa pepejal SWM Enviroment Sdn. Bhd., akan menambah 40 lori sampah baru yang dilengkapi teknologi moden sebagai salah satu usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik di negeri ini. Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim berkata, lori-lori berkenaan akan dilengkapi sistem 'tailgate' dan fungsi navigasi sistem penentu kedudukan global (GPS) sebagai persiapan ke arah penswastaan penuh berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Untuk tujuan itu, kata Adnan, pada tahun ini, sebanyak 10 lori baru dibeli dan 30 buah lagi kini dalam proses pemasangan dengan lima daripadanya dikhususkan bagi kawasan Bandar Baru Uda, Taman Melodies, Taman Molek, Taman Redang, Ponderosa dan pusat bandar raya. "Sementara itu bagi pelan tindakan jangka pendek SWM kini menyusun semula kawasan kontraktor menerusi perlaksanaan secara '1 Taman 1 Kontraktor' bertujuan meningkatkan pemantauan dan khidmat bantuan yang lebih berkesan. "SWM berharap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dapat segera dikuatkuasakan bagi menyelesaikan masalah yang wujud serta membuktikan komitmen dan langkah proaktif Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan yang mesra alam dan lebih baik kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Adnan mengulas kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Johor (MBJB), Datuk Yahya Jaafar yang mahu kerajaan negeri melantik satu lagi kontraktor pungutan sampah sebagai pesaing kepada SWM yang dilihat sudah tidak berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan. Jelasnya, pihak SWM telah membuat siasatan serta-merta dan memang tidak dinafikan terdapat kelewatan pungutan sampah di beberapa kawasan termasuk Bandar Baru Uda dan Majidee disebabkan kerosakan lori. "Kami juga percaya dakwaan mengenai penduduk membakar sampah adalah merujuk kepada tong Roll On Roll Off dan Rear End Loader yang ditempatkan di Kampung Datuk Sulaiman Menteri tanpa caj khusus agar tidak berlaku pembuangan sampah ke dalam sungai," katanya. Menurutnya, tong tersebut adalah untuk menampung janaan sampah penduduk di kawasan setinggan iaitu Desa Makmur, Desa Jaya dan Desa Melayu tetapi turut diambil kesempatan oleh kontraktor lantikan pihak pengurusan penduduk Flat Sri Setanggi menyebabkan ia melimpah dan menyebabkan bau busuk. Adnan berkata, pihaknya akan berusaha meningkatkan kekerapan kutipan dan memohon bantuan pihak MBJB untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kontraktor terbabit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan Malaysia Posted: SK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan MalaysiaSK Taman Rinting 2 langgan 10,000 Utusan Malaysia
|
Mohd. Shahrullazhar Yacob menyerahkan replika berjumlah 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Mazara Mansor di Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 20 Mei - Atas kesedaran bahawa sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) berpotensi dalam meningkatkan prestasi murid-murid terutama yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 2 di sini melanggan 10,000 naskhah Utusan Malaysia untuk kegunaan mereka. Walaupun majlis penyampaian replika cek langganan akhbar itu dilangsungkan dalam suasana ringkas, ia membawa erti besar bagi warga sekolah berkenaan. Majlis penyerahan replika cek itu disampaikan Guru Besarnya, Mazara Mansor kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Shahrullazhar Ya'cob. Mazara berkata, sisipan ADaP yang terkandung di dalam akhbar Utusan Malaysia merupakan salah satu daripada sumber pembelajaran yang sangat efektif dan sesuai dengan keperluan murid-murid di sekolah berkenaan. "Nyata soalan-soalan yang dibekalkan dalam ADaP membantu murid-murid untuk membuat latihan dan menjadikan mereka lebih aktif di dalam kelas serta sering melakukan perbincangan secara berkumpulan. "Bila ada bahan seperti ini mereka berebut untuk menjadi murid yang pertama menjawab soalan apabila ditanya," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perkongsian Pintar dan Kios Bacaan Bersama Utusan Melayu (M) Berhad di dewan sekolah tersebut di sini hari ini. Menurut beliau lagi, pembukaan kios bacaan itu bertujuan mewujudkan budaya membaca di kalangan murid sekolah berkenaan dan pada masa sama ingin menggalakkan mereka mengisi masa terluang dengan perkara-perkara berfaedah. Jelasnya, ia juga bertujuan memberikan pendedahan kepada murid mengenai Hari Buku Sedunia dan Hari Hak Cipta Sedunia selain membantu kerajaan dalam melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi keperluan pada masa akan datang. "Kita juga akan turut memberi insentif kepada murid yang paling banyak membaca buku bagi menyemarakkan budaya membaca di kalangan mereka," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 21 May 2011 09:19 AM PDT Koleksi terakhir Scarlet Johannsen Posted: Koleksi terakhir Scarlet JohannsenKoleksi terakhir Scarlet Johannsen Oleh NOOR FAZRINA KAMAL pengarang@utusan.com.my
|
KOLEKSI terbaru ini bercirikan penampilan moden dan ringkas yang menerima sentuhan elemen warna terang.
|
SETELAH empat musim berturut-turut pelakon Hollywood, Scarlet Johannsen menawarkan khidmat sebagai model jenama terkenal dari Amerika Syarikat, Mango, beliau baru-baru ini mengakhiri khidmatnya. Kata aktres tersebut, dia begitu berbangga dapat bekerjasama dengan Mario Sorrenti yang menjadi jurugambar rasmi Mango sepanjang menjadi wajah rasmi jenama tersebut. Koleksi terakhir yang diperagakan Johannsen diberi nama Modernist Resort. Ia bercirikan penampilan moden dan ringkas yang ditambah dengan elemen warna terang, selain kontras dalam kombinasi menarik. Koleksi tersebut dipertontonkan kepada media Malaysia dalam satu sesi peragaan bertempat di Hotel Sunway Resort and Spa, Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Elaine Daly, Carmen Soo, Yasmin Yusoff dan Genevie Sambhi. Terdapat pelbagai pilihan daripada seluar hingga skirt labuh yang memfokuskan kepada penampilan wanita sejati. Paduan rona terang seperti warna lemon, merah buah tembikai dan hijau daun pudina menambah elemen mewah pada koleksi kali ini. Bersesuaian dengan iklim Malaysia yang panas, koleksi Mango musim panas ini dibuat khas menggunakan fabrik yang telap peluh dan selesa untuk kulit. Fabriknya juga lebih ringan dan sesuai digunakan untuk majlis formal atau pun santai. Untuk musim ini, fesyen lelaki juga diberi perhatian dan mempertaruhkan konsep retro-sukan. Ia dijangka memberi satu tarikan istimewa buat golongan lelaki metroseksual di negara ini. Menggunakan label H.E. by Mango, koleksi ini juga lebih natural dan menggunakan fabrik yang sama dengan koleksi wanita. Malah penggunaan warna yang terang dan ceria dijangka menarik perhatian dan memberi kelainan pada penampilan lelaki. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kreativiti tudung tampil kelainan Posted: Kreativiti tudung tampil kelainanKreativiti tudung tampil kelainan COMEL apabila melihat kanak-kanak memakai cekak rambut di atas kepala. Motif reben, bunga, butang dan apa saja yang comel pasti menarik perhatian kalau namanya wanita. Tapi bagi wanita bertudung pastinya tidak pernah menyangka yang mereka juga boleh mencuba gaya yang sama. Buat saja seperti kanak-kanak, tapi tidak semestinya hasilnya sama seperti mereka. Dua beradik yang gemar membuat kraf, terfikir satu idea yang boleh memberi wanita penampilan yang bergaya khususnya untuk mereka yang bertudung. Nur Irda Suriani Zainal Abiddin, 31, dan adiknya, Nur Azrina, 30, kini mengusahakan aksesori untuk wanita bertudung menerusi blog mereka yang diberi nama sistarcreative.blogspot. Nur Irda yang juga seorang pensyarah di Kusza berkata, idea ini dizahirkan sendiri ketika menjahit pada waktu lapang di rumahnya. "Saya memang sukakan kraf dan kebetulan saya menghasilkan satu kraf menggunakan kain felt. Apabila hasilnya menjadi sekuntum bunga seakan ros, saya tunjukkan kepada adik saya dan dia terus menzahirkan idea selanjutnya," jelasnya yang ditemui di studio S2, baru-baru ini. Bermula dari itu, Nur Irda dan Nur Azrina melakukan eksperimen sendiri dan menghasilkan lebih banyak lagi aksesori untuk tudung. Mereka menggunakan reben, butang, dan pelbagai lagi aksesori untuk menambah seri rekaan mereka. "Tema kami ialah untuk menghasilkan sesuatu yang comel, tidak terlalu bergaya malah tidak juga terlalu ringkas," ujar Nur Irda yang merupakan anak sulung dari tujuh beradik. Sejak dari kecil lagi, mereka berdua gemar menghasilkan sesuatu barangan kreatif. Nur Azrina pula gemar bergaya dari kecil. Justeru minat mereka digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan wanita. "Apa yang kami buat bukanlah khusus untuk remaja sahaja, malah wanita dewasa juga boleh menggayakannya. Terdapat banyak kategori untuk dipilih, untuk majlis formal, santai dan ke pejabat, terpulang kepada anda untuk menggayakannya," jelas Nur Azrina pula. Istimewanya aksesori tudung dua beradik ini ialah ia boleh disesuaikan dengan saiz kepala setiap orang. "Kami akan menghasilkan pelbagai motif yang bersesuaian dengan kehendak pelbagai usia wanita. "Malah kami juga dalam perancangan untuk menghasilkan motif bunga ros, bukan setakat dalam pemakaian malah untuk hiasan rumah juga," ujarnya. Nur Azrina juga berkongsi tips pemakaian aksesori tudung ini: n Kalau memilih reben bercorak, sebaiknya tudung polos n Bunga bersaiz kecil sesuai diletak di atas kepala, manakala yang bersaiz besar pula sesuai dijadikan perhiasan di dada n Untuk menghadiri majlis formal gunakan aksesori yang berwarna hitam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 21 May 2011 01:18 AM PDT Cinta Marion Posted: 13 May 2011 07:06 PM PDT Ratu Buang perangai lama demi suamiPERKAHWINAN pasangan ini Disember tahun lalu tidak mendapat liputan meluas di kalangan media tempatan. Barangkali Marion Rose Caunter Abdullah, 30, mahupun suaminya, Nasarudin SM Nazimudin, 27, mempunyai alasan tersendiri tidak mahu mengundang wartawan di hari bersejarah mereka. Mereka memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup, dimulakan dengan akad nikah pada 16 Disember, diikuti majlis bersanding pada 17 dan 18 Disember yang dihadiri keluarga serta kawan terdekat dan seminggu selepas itu majlis resepsi di Maldives. Tetapi kalau sudah bergelar figura awam, gambar mereka di beberapa majlis yang diadakan, pantas tersebar di laman maya. Ada saja tetamu yang memuat naik gambar perkahwinan mereka sama ada melalui Facebook atau Twitter. Melewati kira-kira lima bulan usia rumah tangga yang dibina, Marion dihubungi INSPIRASI untuk berkongsi sedikit bingkisan indahnya melayari kehidupan sebagai isteri kepada Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza itu. Mengimbas kembali detik perkenalan, mereka mula bersua di sebuah majlis yang dikendalikan Marion sebagai pengacara. Sejak itu, perasaan suka bertukar cinta. Tepat usia lima tahun percintaan mereka, si suami melamarnya. "Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat melupakan perasaan gementar dan takut saat menghitung hari bahagia kami menjelma. Masa seakan mencemburui kerana bayangkan komitmen saya terhadap kerjaya seperti mengacarakan E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua begitu padat. "Tetapi Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir dan menjadi kenyataan. Kini saya boleh memberi tumpuan lebih kepada rumah tangga kerana setakat ini saya hanya terikat dengan tugasan mengacara di E! News Asia saja. Cuma dalam seminggu itu saya akan terbang sehari dua ke Singapura untuk melaksanakan tanggung jawab itu," ungkapnya yang ditemui pada 22 April lalu di Butik Syomir Izwa, Solaris Dutamas. Pertama kali tinggal sebumbung bersama suami, gadis kelahiran Pulau Pinang itu mengakui agak cuak untuk membiasakan diri bergelar isteri. Bayangkan selama ini, Marion hidup berdikari seorang diri. Marion juga mengakui dirinya juga seorang yang tidak terlalu terurus terutama dalam soal mengemas rumah. "Dia (suami) pula seorang yang sangat tersusun dalam segala macam aspek. Sedikit demi sedikit, saya cuba untuk membuang perangai lama. Ini fasa baru untuk saya. Tambah pula, rumah kami tidak ada pembantu rumah sendiri. Yang ada pun hanya pembantu rumah milik keluarganya yang datang seminggu sekali. "Pernah sekali saya membiarkan gelas yang digunakan di atas meja. Apa lagi, dia menjeling dan mula menyindir saya. Pada akhirnya, saya bersyukur kerana situasi ini semua mula mengajar saya menjadi lebih disiplin sekali gus menghargai dan menghormati pasangan kita," ungkapnya yang secara rasmi bakal bergelar duta dan wajah Asia jenama Estee Lauder selama setahun mulai Jun depan. Sekalipun masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja, Marion dan suaminya tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk terus menjarakkan diri. Pernah dua minggu mereka tidak bersua tetapi ruang bersama pantas diisi dengan penuh manfaat contohnya seperti pergi bercuti. Minggu lalu sebelum fotografi ini berlangsung, mereka berdua sempat mengembara ke Paris. Biarpun tidak lama, ia masih menjadi momen yang cukup berharga. Februari lalu, mereka berbulan madu di Eropah menjejakkan kaki ke Rome, Itali dan London selama 10 hari. "Kami tak banyak ambil gambar sepanjang di sana. Sebab pergi berdua. Lebih banyak gambar seorang daripada berdua kerana kami masing-masing bergilir mengambil gambar," tuturnya kepada INSPIRASI yang turut meminta gambar yang diabadikan mereka ketika berbulan madu. Mahu bikin kejutan HINGGA kini, Marion memanjat kesyukuran kerana suaminya masih boleh bertolak ansur dalam beberapa hal. Tanpa berselindung, Marion memberitahu dia belum berkesempatan memasak untuk suaminya. Tambah pula, si suami tidak cerewet dan tak kisah makan di luar. "Kami jarang makan tengah hari bersama. Tetapi makan malam itu memang selalu. Saya ini nak kata boleh memasak, kira bolehlah. Insya-Allah, suatu hari nanti, saya mahu kejutkan dia dengan hidangan yang dimasak sendiri. Saya nak buat ini secara diam-diam. Tunggu dan lihat saja. "Setakat menu biasa yang tidak beberapa istimewa itu bolehlah rasanya saya bikin. Tetapi, mak mentua saya memang diakui cukup berbisa di dapur dengan sentuhannya. Pada kebiasaannya, hari Ahad akan jadi hari bertandang ke rumahnya untuk kami menjamu selera. "Hari Ahad juga kami namakan sebagai Hari Ibu. Separuh hari kami habiskan masa di rumah mentua dan sebaliknya di rumah keluarga saya. Sekarang lebih senang kerana ibu saya pun sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak lagi tinggal di Pulau Pinang," katanya yang pernah tiga musim mengacarakan One In A Million di 8TV bergandingan dengan Awal Ashaari. Ditanya bagaimana Islam memberi refleksi di dalam hidup dan rumah tangganya, bekas pengacara Channel (V) itu tidak melihatnya sebagai tekanan buat saudara baru sepertinya. Begitu juga dalam soal anak, dia dan suami sentiasa berusaha untuk memiliki anak yang diharap akan menambah seri kehidupan mereka. "Saya memeluk Islam beberapa bulan sebelum nikah. Ia berlaku tanpa sebarang paksaan. Dalam tempoh mengenali suami, saya juga berasa semakin dekat dengan Islam. Saya gembira dengan pilihan ini. Ia seperti perjalanan indah dan tenang dalam hidup saya. Saya membiasakannya perlahan demi perlahan. "Keluarga mentua saya juga cukup tebal dengan pegangan Islam. Sembahyang jemaah bersama-sama di rumah keluarga mentua seperti rutin hairan dalam kehidupan saya kini. Kehidupan kami semestinya akan lebih istimewa jika dihadiri insan bernama anak. Kami juga mahu bergelar ibu dan bapa," katanya yang sudah genap setahun lebih bersama E! News Asia sejak Mac lalu. Nasa masih seperti dulu IKUTKAN fotografi ini dirancang bagi mengabadikan Marion dan suaminya. Bagaimanapun, Marion menjelaskan, mereka memilih untuk tidak bergambar bersama secara baik. Ia boleh dianggap sebagai prinsip yang dipegang untuk tidak mencampur adukkan urusan kerjaya dengan peribadi. Marion sudi membawakan beberapa keping gambar perkahwinannya untuk disiarkan. Terlanjur bertanyakan soal suami, wanita kacukan Inggeris, Portugis dan Cina ini berkata, beliau masih seperti lelaki yang pernah dikenalinya dulu. Nasarudin masih tebal dengan sikap 'gila-gila' dan lucu. "Boleh dikatakan hampir sepanjang waktu bersama, kami akan ketawa besar. Ada saja modal untuknya mengusik. Namun di sebalik sikapnya itu, dia seorang yang sangat komited terhadap kerja. Dia juga seorang yang merendah diri dan menyayangi ibunya. "Hatinya bersih. Dia tak suka bergosip. Dia pernah cakap kepada saya, jangan buang masa bercakap mengenai hal atau masalah orang. Sebaliknya, dia gemar mengingatkan saya untuk mencari aura positif dalam meneruskan kehidupan," katanya yang pernah mengacarakan 8TV Quickie. Selain itu, Marion dan suaminya turut berkongsi keghairahan terutama dalam soal bergaya dan fesyen. Lalu tidak hairan, Marion sudah mula mempertimbangkan hasrat untuk serius di dalam bidang terbabit daripada menanam cita-cita untuk memiliki program TV sendiri seiring dengan bakat pengacaraan. "Suami pun mahu saya membantunya mengembangkan lagi rangkaian butik fesyen, InAddMinus yang beroperasi di Los Angeles. Jadi tak salah, saya mempertimbangkannya. Butik itu menyediakan busana yang sedia dipakai. Saya sendiri pernah memakai jenama ini ketika mengacarakan E! News Asia. "Ikut perancangan kami nak majukan perniagaan itu di luar negara dan kemudian selepas itu mungkin boleh difikirkan untuk membawa jenama ini ke dalam negara. Fesyen ini bukan sekadar bergaya semata-mata, sebaliknya ia cara kita menterjemahkan diri di hadapan khalayak," katanya usai selesai fotografi petang itu. Sepintas
Bagaimana kawan baik menggambarkan diri Marion? - Setia, menyeronokkan dan pendengar yang baik. Apakah perkara pertama yang dilakukan anda setiap pagi? - Memeriksa telefon pintar, Blackberry Apa yang membuatkan anda ketawa? - Suami menonton gelagat Joan Rivers di dalam program Fashion Police, menonton sitkom Friends berulang kali dan saya sendiri suka ketawa. Lokasi menarik untuk merehatkan dan menenangkan diri? - Bali, Maldives atau mana-mana tempat yang memiliki pulau. Saya cintakan pulau. Tempat menarik untuk membeli belah? - Topshop antara butik kegemaran saya dan M Shop di Gardens Mall. Saya juga suka membeli-belah di Los Angeles dan London. Gaya yang paling utama ada di dalam kabinet pakaian anda? - Sepasang kasut tumit tinggi berwarna nude, sepasang skinny jeans, jaket dan tas tangan Chanel. Anda takkan meninggalkan rumah tanpa? - Blackberry saya (Blackberry lagi) Panggilan manja Marion kepada Nasa dan sebaliknya? - Sayang, baby, b dan boo.Penghargaan • Solekan: Sheng Saw, Dandanan rambut: Shawn Yap • Lokasi, busana dan aksesori: Syomir Izwa, Unit A1-1-09, Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur (03-62079720) Terima kasih Syomir Izwa dan Ena Rusli Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dari dalam diri: Terkenang gulung popia Posted: 13 May 2011 06:49 PM PDT Ratu SITI bersama ibu (dua dari kiri) serta ibu mentua dan suaminya. ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca INSPIRASI. Alhamdulillah pada minggu ini Siti mula menulis dalam ruangan Dari Dalam Diri Siti. Begitu banyak keistimewaan bulan Mei ini termasuklah hari yang kita raikan iaitu sambutan Hari Ibu. Ibu adalah insan yang amat istimewa dalam hidup setiap insan. Tanpa ibu tidak lahirlah kita ke dunia ini. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu dalam hidup setiap seorang daripada kita. Insan bergelar ibu ini bertarung nyawa melahirkan kita, mengandungkan kita selama sembilan bulan dan mendidik sejak kita lahir hinggalah dewasa. Tidak ternilai apa yang telah mereka curahkan kepada kita. Sebagai anak, selagi ibu masih bernyawa, kita haruslah sentiasa menghargai dan mengasihi mereka. Bagi Siti, ibu adalah tempat yang paling damai untuk kita berteduh, hati yang paling dingin untuk kita sentuh. Ibu adalah anugerah yang paling hebat untuk setiap insan di dunia ini. Saban tahun kita meraikan hari istimewa iaitu Hari Ibu. Pelbagai cara kita lakukan untuk menghargai kasih seorang ibu. Pihak penganjur juga sudah banyak mengadakan majlis meraikan Hari Ibu. Turut diadakan saban tahun ialah Anugerah Ibu Mithali. Ini menggambarkan betapa kita amat menghargai seorang wanita yang bergelar ibu. Siti juga berasa amat bertuah dikurniakan seorang ibu yang bernama Siti Salmah Bachik. Siti tidak pernah jemu menyatakan kesyukuran memiliki seorang ibu seperti beliau. Bagi Siti, ibu adalah cerminan diri Siti. Beliau seorang wanita yang amat tabah, sanggup berkorban membesarkan anak-anak walaupun kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah mana tetapi ibu tidak pernah mengeluh. Ibu cekal membantu arwah abah Siti mencari rezeki seperti menjual kuih dan bekerja di kantin di dalam berek polis tempat kami tinggal. Ibu Siti seorang yang amat lembut dari segi cara dan tutur bicaranya namun hatinya amat tegas. Meskipun ibu terkenal dengan kelembutannya tetapi dalam mendidik anak-anak ibu amat tegas. Sikap ibu itulah yang telah membuatkan Siti mampu berfikir lebih matang dari usia Siti sejak kecil. Siti tidak malu membantu ibu Siti berniaga kuih meskipun harus bangun seawal jam 5 pagi untuk membantu ibu di dapur. Sempat lagi Siti tidur di dapur setelah menggulung popia dan juga mengelim karipap. Kemudian Siti bersiap-siap pula ke sekolah dengan membawa kuih dalam bakul yang disediakan ibu. Hari-hari lainnya kami akan berniaga di hadapan balai polis ataupun di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Siti lakukan ini kerana melihatkan kecekalan ibu Siti. Ibu seorang yang amat pandai mengendalikan soal wang dan kami sekeluarga menamakannya Menteri Kewangan. Walaupun Siti sudah berkahwin tetapi ibu masih juga menjaga soal kewangan Siti. Walaupun ibu tidak berpendidikan tinggi tetapi kemampuan ibu untuk berfikir dan merancang masa depan amat Siti kagumi. Sebetulnya Siti amat bersyukur kerana sebagai anak, apa yang terdaya telah Siti lakukan untuk membahagiakan ibu Siti. Siti tahu kami sekeluarga pernah susah dan apabila ada sedikit rezeki, kami menyediakan rumah yang selesa buat ibu dan arwah abah. Siti juga gembira kerana dapat mengerjakan ibadah haji dengan ibu beberapa tahun dulu. Ia adalah pengalaman yang amat manis kerana selain ke Tanah Suci bersama suami, Siti juga akan mengerjakan haji bersama ibu yang turut ditemani abang Siti. Jika pada hari ini ada di antara kita yang lalai atau terlepas pandang betapa berharganya ibu dalam hidup kita, Siti amat berharap agar kita segera mengubah sikap itu kerana tidak ternilai jasa yang telah mereka curahkan. Bagaimana keadaan kita pada hari ini jika ibu tidak memberikan belaian yang baik sejak kecil? Doa ibu juga sangat berkat untuk kesejahteraan anak-anak. Siti bertuah kerana ibu telah mengajar kami untuk memohon restu dalam apa jua pekerjaan atau perkara yang kami mahu lakukan. Ibu tidak pernah lupa mendoakan kejayaan dan kebaikan anak-anaknya. Alangkah bertuahnya kita memiliki ibu dan berikan kasih sayang kita semampunya kerana itulah yang mereka mahu. Seorang ibu tidak memerlukan wang ringgit atau harta sebagai tanda kasih anaknya tetapi cukuplah perhatian, kasih sayang dan juga cara kita melayan mereka hingga ke hari tua. Pada sambutan Hari Ibu setiap tahun, jika Siti mengadakan persembahan, Siti akan mengundang ibu Siti dan kini Siti juga mempunyai ibu mentua. Pernah dalam satu majlis Hari Ibu, Siti berpeluang menyanyi berduet dengan ibu Siti. Meskipun sudah tiga tahun ibu berseorangan kerana pemergian arwah abah, Siti melihat ibu amat tabah. Ibu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun Siti akui yang ibu juga merindui arwah abah. Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan, Siti akan berusaha menjaga ibu dengan baik. Sesekali ibu datang ke Kuala Lumpur, Siti akan minta ibu tinggal di rumah Siti. Lazimnya orang tua tidak betah kerana mahu kembali ke rumah mereka juga tetapi sekurang-kurangnya ada masa Siti dapat luangkan bersama ibu. Jika tidak ada aktiviti, Siti juga turut pulang ke Kuala Lipis menemui ibu. Masakan ibu pasti Siti nanti-nantikan. Rasanya tiada bandingan air tangan ibu terutama ikan patin masak tempoyak dan juga kari. Pada kesempatan ini, Siti ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Semoga terus dilindungi Allah selalu. Bertemu kembali kita dua minggu lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rekreasi Posted: 21 May 2011 01:16 AM PDT Ketakjuban Rinjani Posted: Ketakjuban RinjaniKetakjuban Rinjani
|
SEBAHAGIAN pendaki bergambar kenangan di puncak bukit yang terletak tidak jauh dari tapak perkhemahan.
|
HARI Pertama: Sudah berjam-jam lamanya kami menyusuri denai berjarak lebih tujuh kilometer ini. Setibanya di Pos 3, kami terduduk keletihan sambil membasahkan tekak yang telah lama kering. Sedikit makanan dijamah bagi melapik perut. Selesai menunaikan solat jamak takdim zuhur dan asar, kami meneruskan pendakian. Kali ini, tiada lagi hutan tebal, sebaliknya terhampar luas kawasan savanah yang berbukit-bukau dengan rumput dan lalang tebal. Pepohon kayu tumbuh jarang-jarang serta tanah gunung berapi berona coklat kehitaman jelas kelihatan. Tanah tinggi ini sememangnya indah, seindah hari cerah berawan tanpa mentari. Cuaca redup mengiringi perjalanan kami. Tatkala bayu tanah tinggi bertiup lembut, kedinginan mula terasa. Ia amat menyegarkan. Keletihan semakin menguasai diri. Ini kerana kami mula berjalan sejak pukul 5 pagi. Setiap langkah terasa berat. Saya mengambil masa yang panjang untuk sampai ke Pos 4 di mana sekumpulan pendaki dari Barat bersama porter dan juru pandu arah telah mendirikan khemah di situ. Hampir-hampir sahaja saya menyerah kalah dek keletihan yang terlampau. Walaupun demikian, perjalanan harus diteruskan. Sementara itu, saya kerap menggigil kesejukan dalam kedinginan lewat petang dengan kabus tebal yang datang menyapa secara tiba-tiba. Setelah berhempas pulas menongkah laluan yang mencanak, berbatu dan berdebu, ketika mentari merah keemasan mewarnai horizon Barat, tatkala malam mula melabuhkan tirainya, saya berhenti berjalan sambil menarik nafas penuh kelegaan. Kini, saya tidak perlu bimbang lagi sebaik sahaja tiba di Pelawangan Senaru, tempat kami berkhemah untuk malam itu. Hari Kedua: Pagi ini sungguh indah dengan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan. Nun jauh di ufuk barat, sayup-sayup kelihatan pulau Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Di sebelah timur pula, kelihatan gunung Rinjani di ketinggian 3,726 meter sekali gus muncul puncak tertinggi di pulau Lombok. Ia dikelilingi banjaran tanah tinggi yang menceracak, termasuk Danau Segara Anak dengan gunung Barujari terpacak di tengahnya. Kami memulakan perjalanan hari kedua dengan hanya menggalas beg kecil. Kami menuruni tebing curam berbatu menuju ke tepi danau yang kaya dengan ikan talapia itu. Kelihatan banyak pokok camar gunung. Hari pula cerah dengan langit biru dihiasi kepulan awan putih serta kelabu. Saya kerap berhenti untuk merakamkan imej kawasan tanah tinggi yang mengelilingi Danau Segara Anak dengan kedalaman maksimum kira-kira 200 meter. Sememangnya tiada kata-kata yang dapat menafsirkan kecantikannya yang penuh keajaiban ciptaan Ilahi. Panorama ini begitu menenangkan fikiran dan menyejukkan pandangan. Danau Segara Anak mempunyai luas permukaan 11.3 kilometer persegi. Saya lihat sekumpulan pengembara sibuk mengail berhampiran khemah mereka. Kami kemudian meneruskan perjalanan melalui birai danau yang berbatu. Perjalanan yang sukar itu akhirnya membawa kami ke pondok istirehat sebaik sahaja kami menyeberang sebatang sungai yang mengalir dari danau. Kami berjalan mengikut aliran sungai yang membentuk air terjun bertingkat. Panorama di sebelah sini tidak kurang hebatnya dengan kolam air panas berhampiran air terjun. Agak ramai rakan berendam di dalam kolam air panas yang kaya dengan sulfur itu. Pemandangannya memang mengasyikkan, sesuatu yang tidak pernah ditatap dalam mana-mana siri pengembaraan di tanah air. Terik mentari tidak terasa dek terlalu leka dengan kamera, merakam di sini dan sana. Kawasan tersebut turut dibayangi gunung Sangkeriang yang menjulang 2,912 meter. Seperti lazimnya, kabus tebal datang dan pergi, mewujudkan suasana misteri yang imej-imejnya hanya mampu ditatap pada skrin televisyen mahupun komputer peribadi. Keindahan alam maya ciptaan Tuhan ini memang mengasyikkan. Setelah puas meneroka dan merakam imej, kami kembali ke pondok istirehat untuk makan tengahari. Kira-kira pukul 2 petang, kami memulakan langkah untuk balik semula ke Pelawangan Senaru. Kami meniti batu-batu licin untuk menyeberangi sungai, mendaki dan menempuh trek berbatu serta berliku dan tidak sampai tiga jam kemudian, kami tiba di Pelawangan Senaru. Kami menghabiskan sisa-sisa siang duduk di puncak bukit tidak jauh dari tapak perkhemahan sambil menatap panorama kala senja yang mengasyikkan dengan rona oren keemasan. Hari Ketiga: Hati terasa berat untuk meninggalkan dunia tanah tinggi yang serba hening dan indah ini. Namun, setiap yang bermula pasti berakhir. Perjalanan menuruni kawasan savanah dengan denai yang kering berdebu membawa kami ke Pos 3, kira-kira sejam kemudian. Kami berhenti rehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke Pos 2. Selepas makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pos 1 sebelum berjalan ke pintu masuk Taman Nasional Rinjani. Walaupun kembara ini telah tamat, namun kami masih perlu berjalan kaki untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke tempat penginapan di Desa Senaru. Fasa perjalanan terakhir kami mengambil masa kira-kira 30 minit melalui denai sejauh 1.5 kilometer. Bas yang dinaiki membawa kami ke tempat penginapan di Desa Senaru. Walaupun keseluruhan perjalanan ini memenatkan, namun ia penuh dengan kenangan manis yang sukar dilupakan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Hati Posted: 20 May 2011 07:16 PM PDT Ringkas tetapi menyegarkan Posted: 20 May 2011 11:50 AM PDT ASALNYA, jauh nun di bumi Sepanyol. Walaupun berlainan benua dan dipisahkan lautan, tetapi cita rasa fesyen menyatukan jenama terkenal, Mango dengan wanita di negara ini. Lebih dikenali sebagai MNG, jenama butik fesyen itu cenderung untuk menampilkan rekaan berunsur pakaian jalanan bersesuaian dengan cita rasa wanita muda hari ini.
Faktor fesyen terkini yang disajikan di butik fesyen itu mempengaruhi penampilan gaya penggemar fesyen rekaan jalanan kerana fungsinya lebih praktikal untuk kebanyakan majlis formal dan santai. Tampil menceriakan lagi musim bunga dan panas kali ini, jenama berkenaan menampilkan himpunan rekaan pakaian terbaru yang moden dan segar. Koleksi terbaru yang dinamakan Modernist Resort itu menyerlahkan rekaan minimalis yang serba sederhana, tetapi pada masa sama, masih tampak elegan dan bergaya. Setiap helaian koleksi berkenaan mempunyai perincian sangat ringkas, namun ia diserlahkan pemilihan gaya terang seperti oren, merah, hijau, kuning dan biru ceria.
Seperti musim sebelumnya, rekaan jenama itu kali ini juga tidak mengecewakan penggemar setianya. Himpunan pakaian kasual yang ditampilkan sama ada skirt, celana, baju paras pinggang, kardigan, jaket mahupun seluar pendek mampu menjelmakan imej tersendiri untuk wanita. Sedikit waktu dulu, potongan skirt memang tiada bezanya meskipun berlainan jenama tetapi kini, Mango memperkenalkan rekaan terbaru yang bukan saja lebih selesa, malah menyerlahkan lagi keindahan bentuk kaki wanita. Rekaan blausnya memang pelbagai termasuk blaus tanpa lengan serta berlengan pendek dan panjang. Tidak hanya motif bunga-bungaan atau abstrak, ia menampilkan rekaan tidak bercorak yang boleh dipadankan dengan seluar panjang. Blaus panjang berlengan yang ditampilkan dalam koleksi itu boleh dikatakan mempunyai dwi fungsi kerana selain sesuai digayakan pada acara santai, ia turut menarik untuk dipakai pada majlis keraian. Umum sedia maklum sesuatu gaya yang ditampilkan bukan sekadar menonjolkan pembawaan fesyen, sebaliknya wanita harus peka dan bijak membentuk karakter untuk menampakkan gaya semula jadi. Bagaimanapun, kalau diperhatikan, remaja dan wanita muda hari ini semakin berani menzahirkan gaya mereka dengan fesyen rekaan jalanan. Justeru, keputusan Mango untuk menampilkan koleksi warna terang kali ini sedikit sebanyak menjadikan himpunan berkenaan sebagai pilihan untuk digayakan dengan teknik suai dan padan. Jenama yang memiliki 1,900 rangkaian di 105 negara di seluruh dunia itu adalah pengeksport fesyen kedua terbesar Sepanyol. Kepelbagaian rekaan yang mengikut aliran fesyen semasa menjadi faktor utama mengapa jenama itu mampu menambat hati wanita di seluruh dunia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Untuk bumi dan gaya Posted: 20 May 2011 09:29 AM PDT JIKA gemarkan bergaya sambil menitikberatkan bahan yang digunakan untuk menjaga alam sekitar, antara pilihan di pasaran adalah jenama Timberland. Koleksinya kali ini lebih memberi fokus kepada siri Earthkeepers iaitu bagi menjaga alam sekitar melalui bahan yang digunakan dalam proses pembuatan pakaian yang ditampilkan.
Misalnya, kemeja bercorak empat segi dihasilkan dengan kesedaran menjaga alam sekitar menerusi penggunaan bahan 100 peratus kain linen yang memberikan keselesaan dan lebih ringan untuk digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti luar.
Selain itu, baju-T jenis jersi dengan perincian sulaman ditampilkan kali ini nampak ringkas dan selesa dihasilkan menggunakan kain kapas organik sepenuhnya.
Ia didatangkan dengan warna putih, biru, merah dan hijau melalui aplikasi penggunaan grafik percetakan berasaskan air bagi menampilkan kelainan pada rekaan baju yang dipakai.
Selain itu, jenama ini turut menampilkan kemeja dan baju-T untuk digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai yang nampak lebih sporty dan kemas.
Sementara itu, Timberland juga menghasilkan rekaan kasut dengan koleksi kali ini menampilkan rekaan kasut klasik yang diberikan nafas baru melalui penggunaan warna terang dan aksesori tambahan seperti tali supaya lebih selesa dan tahan lama.
Dihasilkan dengan jahitan tangan yang kemas pada tapak dapat menimbulkan gaya klasik yang diminati jejaka hari ini yang boleh digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai.
Menggunakan bahan getah pada tapaknya dapat memberikan cengkaman yang berupaya mengelakkan langkahan kaki berasa licin ketika berjalan di tempat berair.
Jenama ini turut menampilkan rekaan kasut yang memboleh–kan anda bergaya tanpa gangguan kerana mudah dipakai dan ditanggalkan sesuai bagi mereka yang mementingkan masa.
Penggabungan warna yang menarik seperti krim dan coklat serta biru dan merah menjadikannya unik dan bergaya ketika bersantai bersama teman.
Semua koleksi Timberland ini boleh didapati di pasaran dengan harga bermula RM129 hingga RM439. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Pemotoran Posted: 20 May 2011 01:51 PM PDT Himpunan terbesar kereta vintaj, klasik di Asia Tenggara Posted: Himpunan terbesar kereta vintaj, klasik di Asia Tenggara Himpunan terbesar kereta vintaj, klasik di Asia Tenggara Oleh SHAWKATH AZDE shawkath.ashraf@kosmo.com.my
JENTERA berwarna putih yang sudah berusia hampir 73 tahun itu amat dekat dihatinya. Meskipun baru setahun menjadi miliknya, sejarah kenderaan itu sudah diketahui secara mendalam. Bukan mudah untuk memperoleh model tersebut kerana pemilik asal enggan menjualnya. Namun berkat kesabaran Angus E. Campos, seorang ahli perniagaan minyak maritim, Mercedes-Benz model 170 V Roadster akhirnya beralih tangan. Pemilik asalnya ialah keluarga Veledrom dari Belanda yang berkecimpung dalam perniagaan import dan mengeluar kenderaan di Surabaya, Indonesia. Sewaktu bertemu Angus, beliau menyatakan model Roadster itu menjadi kereta kesayangannya disebabkan sejarahnya yang luar biasa. Kereta itu pernah dibom oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua! "Sewaktu Jepun menyerang Indonesia, pemiliknya menyembunyikan kereta ini dalam sebuah kontena di dalam gudangnya. Askar Jepun fikir gudang tersebut menjadi lokasi penghasilan senjata api. Jadi, gudang itu dibom. "Selepas perang tamat, pemiliknya menemui kereta 170 V Roadster itu dalam keadaan yang amat teruk. Pada tahun 1946, ia dihantar ke kilang Mercedes-Benz di Jerman untuk dibaik pulih," ceritanya. Ketika model itu sampai ke Jerman, pemilik asalnya menerima satu panggilan telefon untuk meminta kebenaran membuat sedikit modifikasi yang melibatkan pemindahan lampu hadapan pada dapra. Modifikasi yang dilakukan pada model 170 V Roadster menjadi prototaip untuk pengeluaran model-model keluarga 220. Angus ditemui pada pameran pertandingan Historic Mercedes-Benz Concours 2011. Berlangsung di Palace of the Golden Horses, Mines Resort City di Selangor, ia merupakan acara yang julung-julung kali dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia). MODEL 500K yang bernilai RM25 juta milik Eugenio Campos.
Acara tersebut diadakan sempena ulang tahun jenama Mercedes-Benz ke-125. Pelbagai model vintaj, klasik dan moden klasik dipertandingkan. Angka rasmi kenderaan yang diperagakan ialah sebanyak 125 buah. Tiga buah teksi Suasana pameran cukup meriah. Para pemilik kenderaan tidak melepaskan peluang berbual dan melayan pertanyaan pengunjung mengenai kereta yang mereka dipamerkan. Tiga buah teksi lama berwarna biru kuning dan dua buah lori Mercedes-Benz turut memeriahkan pameran. Di bawah pancaran matahari yang terik, pengunjung masih sempat berkongsi idea dan pengetahuan mengenai kenderaan Mercedes-Benz. Lokasi pameran kereta vintaj secara tiba-tiba lengang seketika apabila sebuah Mercedes-Benz Mclaren SLR dipandu masuk dan ditempatkan di hadapan barisan kereta Vintaj. Orang ramai termasuk beberapa peserta pameran terus berkerumun disekeliling model terbaru itu. MODEL Mercedes-Benz 300SL Gullwing memenangi kategori vintaj.
Perlu diketahui, pengumpulan kenderaan yang bernaung di bawah jenama Mercedes-Benz itu merupakan himpunan terbesar pernah diadakan di rantau Asia Tenggara. Nilai keseluruhan model-model tersebut melebihi RM80 juta. Penyertaan diterima dari seluruh negara termasuk enam model yang dipandu terus oleh peserta dari Singapura. Kesinambungan pameran ini untuk dijadikan satu acara tahunan masih belum diputuskan oleh Mercedes-Benz Malaysia. Perkara itu perlu mengambil kira kejayaan pameran kali ini, sambutan, jumlah penyertaan serta aspek-aspek lain termasuklah peruntukan kewangan. 30 juta unit dijual Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland S. Folger memberitahu, pameran itu menampilkan barisan model yang menceritakan sejarah, kualiti binaan, peneraju rekaan, inovasi teknologi serta usaha-usaha yang dilakukan oleh peserta demi mengekalkan keaslian kenderaan masing-masing. "Antara model yang diperagakan ialah Mercedes-Benz 300SL Gullwing, Mercedes-Benz 320B tahun 1938, Mercedes-Benz 220SE Ponton Cabriolet dan beberapa model terbaru keluaran Mercedes-Benz," katanya. Sejak tahun 1945, sebanyak 30 juta kenderaan Mercedes-Benz berjaya dijual di seluruh dunia dengan 100,000 daripadanya dimiliki oleh pengguna di Malaysia. Menurut S. Folger, pemilik pertama Mercedes-Benz di Malaysia ialah Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1910. Bapa Angus, Tan Sri Eugenio Campos membawa kenderaan paling rare di dunia iaitu model Mercedes-Benz 500K. Hanya 354 unit sahaja dihasilkan pada tahun 1936. Apa yang menariknya, ini adalah model buatan tangan dan menggunakan enjin 5,000cc dengan supercharger. Kini cuma tinggal tiga buah model tersebut di dunia. Selain Eugenio Campos, dua lagi jentera sama dikatakan berada di Jepun dan Eropah. Nilai kereta itu dikatakan sudah mencecah RM25 juta sebuah. Eugenio Campos berjaya membeli model itu daripada seorang pengumpul kenderaan antik di Australia pada tahun 1996. Beliau kemudian membelanjakan lebih RM1 juta untuk kerja-kerja membaikpulih di Mercedes-Benz Classic Centre di Jerman. ANGUS bersama model kesayangannya 170V Roadster.
Angus memberitahu, antara kelebihan Mercedes-Benz ialah pengeluar kenderaan itu masih menghasilkan komponen untuk model-model kereta lama dan klasik. "Jika komponen tiada, tidak timbul masalah kerana mereka masih menyimpan lukisan asal yang boleh digunakan untuk penghasilan semula alat yang diperlukan pelanggan. Mereka akan mengambil masa dua minggu untuk menghantar alat ganti yang kami pesan," jelasnya. Pemilik model 250SL Automatik keluaran tahun 1967, Datuk Shamshul Baharain Sulaiman menyatakan bahawa penjagaan kenderaan klasik tidaklah sesusah yang disangka kerana ia tidak menggunakan kotak komputer. Semuanya mekanikal. Penyelenggaraan perlu dilakukan tiga bulan sekali meliputi penukaran minyak hitam dan palam pencucuh. Inisiatif Mercedes-Benz yang turut mengetengahkan beberapa model terbaru sekali gus menjadikan ia satu pameran yang boleh dianggap lengkap. Antara model terkini yang dipamerkan termasuklah model ML350 AMG Sport Edition, E63 AMG, R300L, S350L, E25 CGI BlueEFFICIENCY, E250 Coupe, SL300, C300 Estate dan B180. Sementara itu, Azmi Aziz yang memiliki model 280S tahun 1969 dibelinya daripada pelumba rali, Karamjit Singh berharap institusi kewangan tempatan memudahkan pinjaman untuk pembelian kenderaan klasik. Langkah itu pasti memberi peluang kepada lebih ramai peminat memiliki kereta klasik idaman mereka. Historic Mercedes-Benz Concours ternyata menjadi platform terbaik menceritakan perkembangan inovasi dan revolusi perjalanan jenama Mercedes-Benz kepada umum. Pameran itu juga membolehkan pemilik-pemilik kenderaan vintage dan klasik diraikan secara langsung oleh pihak Mercedes-Benz. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Beli Vios dapat Altis Posted: Beli Vios dapat AltisBeli Vios dapat Altis ISMET SUKI (lima dari kanan) bersama para pemenang peraduan New Year, New Drive, New Prize anjuran UMW Toyota.
TIGA individu bertuah masing-masing membawa pulang sebuah kenderaan jenama Toyota baru sempena peraduan New Year, New Drive, New Prize anjuran UMW Toyota Motor (UMW Toyota). Peraduan tersebut diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 yang lalu. Para peserta perlu membuat tempahan atau pembelian kenderaan Toyota di antara tempoh 1 Januari sehingga 28 Februari 2011. Mereka kemudian perlu menjawab tiga soalan mudah berkaitan model-model keluaran Toyota. Pemenang utama, Chan Huan Hian dari Kuala Lumpur membawa pulang sebuah Toyota Altis 2.0 (V), manakala hadiah tempat kedua yang berupa sebuah Toyota Vios TRD dimenangi oleh Nur Haslinda Yusof dari Sungai Petani, Kedah. Tempat ketiga milik Chan Guan Kien dari ibu negara dengan sebuah Toyota Avanza 1.5 (S). Huan Hian mengakui dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemenangannya itu. Sewaktu tempoh peraduan berlangsung, dia membeli sebuah model Vios 1.5G. Nur Haslinda dan Guan Kien pula menempah model Toyota Vios 1.5E dan Toyota Avanza 1.5G. Selain itu, hadiah lumayan lain turut diberikan. Ini termasuklah percutian ke Jepun untuk lima pasangan, sepuluh unit televisyen LED Full HD Panasonic 42 inci dan 88 unit Apple IPad 3G 16GB. Hadiah disampaikan oleh Presiden UMW Toyota, Ismet Suki. Hadir bersama ialah Pengarah Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Toyota, Khong Man Cheong. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Legasi Accord menerusi foto Posted: Legasi Accord menerusi foto Legasi Accord menerusi foto PAMERAN ini mendekatkan lagi pengguna dengan sejarah Honda Accord.
SEMPENA kehadiran model Accord terbaru yang menerima pelbagai penambahbaikan, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) telah mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk mengetengahkan legasi inovasi Accord. Inovasi yang dipacu oleh semangat kejuruteraan Honda dan cita-cita tanpa sempadan itu ditunjukkan menerusi pameran foto melibatkan lapan generasi Accord. GAMBAR ini dirakamkan di kilang Honda di Alor Gajah, Melaka.
Foto-foto tersebut dipersembahkan menerusi kerja tangan tiga orang jurugambar berpengalaman iaitu Darren Chang, Ashraf Lee dan Patrick Yap. Menggunakan konsep hitam putih, legasi Accord diserlahkan dengan penuh artistik. Menjelaskan mengenai rasional pameran yang diberi nama The Journey of Ambition itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata: "Accord memiliki sejarah penuh warna sepanjang 35 tahun. Dalam tempoh itu, ia telah menjadi sebuah kereta global bersama legasi anugerah serta inovasi." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 20 May 2011 01:47 PM PDT Nenek ajar Chef Ammar memasak Posted: Nenek ajar Chef Ammar memasak Nenek ajar Chef Ammar memasak rekreasi@utusan.com.my Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN BIJAK menilai makanan kegemaran masyarakat dunia, beliau sememangnya kreatif dalam penyediaan pelbagai resipi masakan terutamanya masakan Mediterranean yang telah sebati dengannya. Chef Ammar mula serius dalam bidang masakan sejak dari kecil dan banyak belajar daripada ibu dan nenek beliau. Daripada situ, beliau mula mendalami bidang tersebut dengan mempelajari pelbagai jenis resipi dan cara penyediaan berdasarkan pengalaman yang diperolehi tanpa sebarang pendidikan formal sejak berkecimpung dalam bidang tersebut. "Penglibatan saya dalam bidang masakan atas dasar minat yang mendalam terhadap makanan yang enak dan di awalnya saya banyak mempelajari cara-cara memasak daripada ibu dan nenek saya. "Di tempat kelahiran saya, dapur merupakan tempat buat wanita dan saya pernah dimarahi oleh nenek dan ibu saya apabila cuba untuk membantu mereka di dapur," katanya yang berasal dari Jordan. Walaupun demikian, minat terhadap masakan tidak pernah luntur dan beliau mula bercita-cita untuk menjadi seorang chef. Memandangkan bidang masakan merupakan nadi kehidupan dan rezekinya, Chef Ammar sentiasa mahukan kelainan gaya ataupun identiti tersendiri dalam setiap masakkannya. Rempah ratus dari Malaysia sering menjadi perhatiannya untuk mendapatkan ilham dalam penyediaan resipi baru. Mengulas lanjut mengenai bidangnya itu, setiap resipi yang dihasilkan lebih kepada konsep makanan asli. Ini kerana jelasnya lagi, konsep masakan seperti itu lebih enak selain dapat mengekalkan budaya yang terdapat pada masakan tersebut tanpa gabungan daripada mana-mana konsep masakan. "Saya suka mengekalkan tradisi masakan tersebut kerana ia lebih enak dimakan. Jika kita masak sesuatu yang diubah, ia memerlukan masa untuk masyarakat di sekeliling menerima masakan tersebut," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tabik atas mereka Posted: Tabik atas merekaTabik atas mereka rekreasi@utusan.com.my PERIBAHASA ini mungkin cukup tepat untuk didedikasikan kepada para seniman tanah air yang telah pergi dengan meninggalkan banyak jasa dalam menyemarakkan dunia seni tanah air biar apa pun genrenya. Tabik atas kehadiran dan pengorbanan yang pernah di lakukan oleh seniman-seniman ini yang tidak pernah jemu memperjuangkan martabat seni negara. Sesungguhnya karya seni mereka tidak ada penghujungnya, tiada hadnya dan tiada sempadannya walaupun kita telah kehilangan mereka bertahun dahulu. Atas dasa itu, Balai Seni Lukis Negara kini memberi penghormatan kepada pelukis-pelukis yang telah meninggal dunia melalui penerbitan buku Tabik Tribute To Late Artists yang merupakan koleksi himpunan tetap negara. Ia ditujukan bagi memperingati 27 pelukis tanah air yang lahir dari 1900 dan telah meninggal dunia. Serentak dengan itu diadakan pameran himpunan lukisan 27 pelukis berkenaan di Galeri Reka pada 26 April hingga 19 Jun. Mereka yang dimaksudkan ialah Abdullah Ariff (1904-1960), Ahmad Azhari Mohd. Noor (1955- 2006), A.J. Rahman (1922-1995), Ibrahim Abu Bakar (1925-1977), Ahmad Khalid Yusof (1934-1997), Chia Yu Chian (1936- 1990), Mohamad Daham Sulaiman (1950- 2000), Dzulkafli Buyong (1948-2004), Ibrahim Hussein (1936-2009), Idris Abdul Salam (1920-2005), Ismail Zain (1930-1991), Joseph Tan Chin Jin (1941-2001), Kok Yew Puah (1947-1999), Lai Foong Moi (1931-1995), Mansor Ghazali (1930-2009), Mazeli Mat Som (1938-1991), Mohd Sallehuddin @Ismail Abdul Jalal (1914-1982), Nik Zainal Abidin Nik Salleh (1936-1993), Omar Bassaree Sheikh Abdul Hamid (1918- 1987), Patrick Ng Kah Onn (1932-1989), Redza Piyadasa (1962-2007), Syed Shaharuddin Syed Bakeri (1947-2006), Tan Choon Ghee (1930-2010), Tay Hooi Keat (1910-1989), Yong Mun Sen (1896-1962), Yusuf Abdullah (1928 - 2006) dan Zulkifli Md. Dahlan (1952-1977). Sememangnya amat wajar untuk kita sama-sama melihat dan merenung kembali sumbangan, peranan, jasa dan semangat mereka dalam perkembangan seni visual negara. Bagi mereka, seni merupakan rencah kehidupan seperti dalam petikan Al-Ghazali yang menggambarkan seni bagi seorang pelukis itu melambangkan aspek batiniah yang subjektif. Sesungguhnya karya seni seni mereka itu tidak ada penghujungnya, tiada hadnya dan tiada sempadannya walaupun seni visual telah kehilangan meraka. Seniman ikon Malaysia Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein, seniman ikon Malaysia merupakan antara pelukis yang dikenali ramai, malah lukisan-lukisan beliau kini ada yang bernilai jutaan ringgit. Pengasas kepada Musium Seni dan Landasan Budaya Ibrahim Hussein di Langkawi itu diiktiraf sebagai seorang seniman luar biasa yang banyak menyentuh lukisan berkisar pada kehidupan, kemanusiaan, peristiwa dan personaliti. Maka tidak hairanlah mengapa beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada tahun 2007. Selain itu, menyentuh kembali kejayaan beliau sebelum terkenal, Ibrahim pernah memenangi anugerah kerja berdasarkan mesin cetak ketika beliau menuntut di Byam Shaw School, London pada tahun 1959 hingga 1963. Ibrahim juga diberikan biasiswa daripada Royal Academy selepas tamat pengajian, di mana dia memenangi Griffin Prize untuk kerja beliau bertajuk Lovers dan biasiswa-biasiswa Rockefeller pada tahun 1967. Kontroversi lukisan 13 Mei telah dihasilkan beliau empat bulan selepas rusuhan perkauman itu berlaku. Ketika itu, beliau berada di New York dan menganggap tragedi tersebut sebagai satu tragedi manusia, bukan satu tragedi negara. Apabila beliau menjelaskan lukisan tersebut kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak ketika itu, mengapa dia melukis di atas Bendera Malaysia sepanjang 12 kaki, Tun Abdul Razak telah berjanji kepada beliau bahawa lukisan itu tidak akan dijual atau dikeluarkan dari negara. Baginya, kebolehan melukis yang dimiliki beliau itu merupakan suatu pemberian Tuhan kepadanya dan beliau pernah berkata, "lukisan merupakan satu doa yang menyatakan kesyukuran kepada Tuhan." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan