Jumaat, 20 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 20 May 2011 11:08 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Dokumentari ibu hamil dalam talian

Posted:

Dokumentari ibu hamil dalam talian

Dokumentari ibu hamil dalam talian

Oleh NURUL IZZA ROSLY


SAZZY yang menjadi hos rancangan Friso Miracle of Love berkongsi pengalaman kehamilannya.


BAGI wanita yang baru menempuh alam kehamilan, mereka mungkin tidak mengetahui bahawa selepas minggu ke-20, si ibu mungkin sudah boleh merasai tendangan pertama bayi.

Tidak lama selepas itu, bayi dalam kandungan boleh bertindak balas terhadap suara dan rangsangan fizikal seperti ketukan jari pada perut.

Demikian antara maklumat berguna yang terkandung dalam sebuah dokumentari khusus buat ibu hamil Friso Miracle of Love. Ia memuatkan informasi dalam talian untuk semua ibu hamil yang dilancarkan oleh Friso jenama terkemuka dalam nutrisi tenusu baru-baru ini.

Program yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu sebuah dokumentari selama 40 minit dan sembilan episod web secara dalam talian berpotensi mengubah cara ibu-ibu hamil membuat persiapan kelahiran si kecil.

Ia merupakan panduan kehamilan lengkap terbitan tempatan berbentuk dalam talian yang pertama dengan sokongan daripada para profesional dalam bidang kesihatan.

Pengarah Pemasaran FrieslandCampina Malaysia, Rahul Colaco memberitahu, panduan yang disediakan itu adalah secara percuma dan boleh ditonton oleh orang ramai.

"Di Friso, kami sentiasa menyokong ibu-ibu dan kami mahu membina sebuah program yang dapat membantu wanita terutamanya wanita hamil yang sibuk bekerja supaya mereka lebih bersedia menghadapi saat-saat kehamilan serta orang baharu.

"Inilah sebabnya kami menghasilkan panduan kehamilan holistik yang akan memberikan maklumat lengkap tentang perkembangan janin dan juga menerangkan bagaimana ibu-ibu boleh memastikan kesihatan diri dan anak mereka," katanya ketika Majlis pelancaran Friso Miracle of Love.

Dengan bantuan kamera 35 mm dan optik khas terkini, dokumentari tersebut menggambarkan proses tumbesaran anak dalam janin bermula daripada peringkat persenyawaan hinggalah anak itu dilahirkan.

Ia merupakan dokumentari pertama yang memberikan bahan visual terperinci tentang pembentukan nyawa di dalam rahim ibu, sekali gus meningkatkan pemahaman ibu-ibu tentang betapa hebat dan ajaibnya proses penciptaan manusia.

Di sinilah panduan kehamilan dalam talian memainkan peranan utama. Panduan yang baru dilancarkan itu akan menerangkan pelbagai spektrum penjagaan kehamilan menerusi sembilan web berepisod sepanjang 15 minit setiap satu.

Panduan dalam talian tersebut akan menampilkan selebriti Sazzy Falak selaku hos rancangan yang akan berkongsi pengalaman kehamilannya sendiri.

Sazzy akan menemuramah pakar industri dan profesional kesihatan tentang perkembangannya sendiri serta mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang lazim ditanya oleh ibu-ibu.

Topik-topik perbincangan terbahagi kepada trimester kandungan, tip-tip kesihatan, tabiat pemakanan dan cara menangani emosi serta perubahan bentuk badan.

"Kelas-kelas ini bukan sahaja untuk mereka yang bakal menjadi ibu buat pertama kali. Dengan kehadiran teknologi baharu, ibu-ibu hamil kini boleh mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dengan mudah secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal di dalam kelas dan menontonnya bersama suami tercinta.

"Lebih menarik lagi, setiap episod boleh ditonton seberapa banyak kali yang diingini," kata Rahul.

Dokumentari dan panduan kehamilan itu akan dimuat naik untuk ditonton secara percuma mulai 6 Mei lalu di www.growinguptogether.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpul RM5,000 kitar semula barang

Posted:

Kumpul RM5,000 kitar semula barang

Kumpul RM5,000 kitar semula barang


ISSAM (kiri) menyampaikan sumbangan RM5,000 hasil jualan barangan kitar semula oleh kakitangan Colgate-Palmolive kepada Vivian (kanan).


SEDAR atau tidak, alam sekitar memainkan peranan yang amat penting untuk meneruskan kesinambungan survival kehidupan manusia.

Tanggungjawab menjaga alam sekitar tidak perlu diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya melibatkan pelbagai pihak seperti masyarakat, media massa, para akademik, sektor awam dan badan korporat.

Setiap agensi mempunyai peranan tersendiri bagi membantu orang ramai agar lebih peka terhadap persekitaran mereka tanpa mengira perbezaaan darjat, keturunan, kaum, agama dan fahaman politik.

Menyedari hakikat itu, Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (Colgate-Palmolive) mengadakan kempen kitar semula sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

Dalam kempen sempena meraikan Hari Bumi 2011 pada 22 April lalu, kakitangan syarikat itu berjaya mengumpulkan kira-kira RM5,000 hasil jualan pelbagai barangan kitar semula seperti surat khabar, botol dan kotak.

Kesemua wang itu kemudiannya disumbangkan kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), sebuah agensi bukan kerajaan yang aktif dalam menangani kejadian keganasan terhadap wanita di negara ini.

Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Malaysia, Issam Bachaalani berkata, kempen yang diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran sivik dan menyemai sikap kerjasama dalam kalangan kakitangan syarikat itu untuk memelihara kebersihan serta keindahan alam sekitar.

"Kami sentiasa komited dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar dalam setiap operasi syarikat terutama berkaitan dengan air, tenaga dan bahan buangan.

"Ia bukan sesuatu yang harus dilakukan demi melestarikan alam semula jadi tetapi juga memberi manfaat besar dalam perniagaan," katanya.

Tambah Issam, pihaknya sentiasa menerapkan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan kakitangan syarikat melalui nota peringatan yang dihantar melalui komputer mereka setiap hari.

"Kami mengingatkan mereka sentiasa memastikan suis lampu dan peralatan yang tidak digunakan dimatikan, mencetak kertas apabila perlu, berkongsi kenderaan untuk mengurangkan pembebasan karbon di udara, mengurangkan kebergantungan terhadap beg plastik dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, Eksekutif Projek WOA, Vivian Yap melahirkan kegembiraannya terhadap sumbangan yang dilakukan oleh Colgate-Palmolive.

"Tahun ini kami memerlukan dana sehingga RM1.2 juta bagi melaksana dan meneruskan usaha-usaha yang sedang dilakukan.

"Sumbangan ini akan digunakan untuk membayar kakitangan, makanan, keperluan perubatan, sewa, pengangkutan, utiliti serta pengurusan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dan Pelarian yang diselia oleh WOA," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, sempena sambutan Hari Bumi 2011 itu juga Colgate-Palmolive turut memperkenalkan Strategi Pengukuhan Global Colgate-Palmolive's 2011-2015.

Ia menonjolkan beberapa objektif utama seperti menghormati alam sekitar, menghormati orang ramai dan prestasi syarikat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 20 May 2011 09:48 AM PDT

Utusan Online - Johor


Aksinya buat ramai geram

Posted:

Aksinya buat ramai geram

Aksinya buat ramai geram

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
editjohor@utusangroup.com.my


ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan ICS 2011 di ruang legar IOI Mall Bandar Putra, Kulaijaya, Johor, baru-baru ini. - utusan/Baazlan Ibrahim


KULAIJAYA 19 Mei - Putih, gebu, lembut dan manja! Siapa sahaja yang melihat aksinya pasti akan berasa geram dan tidak sabar mendakap atau membelainya.

Apatah lagi apabila melihat kelincahannya dengan aksi berbaring, bergolek dan meliuk-lentuk dengan bulu halus bak sutera.

Itu antara ragam yang dapat disaksikan pada Pertandingan Kucing Antarabangsa (ICS) 2011 di ruang legar IOI Mall Bandar Putra, di sini baru-baru ini.

Bagi penggemar haiwan peliharaan itu, kehadiran lebih 60 ekor kucing pelbagai baka yang menyertai pertandingan selama dua hari tersebut cukup mengujakan dengan pelbagai keletahnya.

Ada si manja berbulu panjang, lebat, halus dan kasar serta tidak kurang juga kucing yang mempunyai mata, telinga, bentuk muka berlainan selain perbezaan dari segi saiz.

Pendek kata, telatah si comel amat menghiburkan lebih-lebih lagi apabila melihat kucing gergasi yang bentuk dan perwatakannya seakan-akan seperti seekor anak harimau.

Ramai pengunjung terpegun dengan seekor kucing yang seakan-akan tidak berbulu dengan warna kulitnya coklat menyamai warna tanah dengan badannya tirus memanjang.

Menarik perhatian apabila ada kucing yang mempunyai belang luar biasa seakan-akan corak permaidani begitu juga dengan warna unik seakan-akan 'diwarnakan' bulunya.

Kucing-kucing itu adalah baka dari Amerika Syarikat, Norway, Britain, Siberia, Turki, Iran, Mesir, Jepun, Indonesia, India, Thailand dan Hong Kong.

Semua spesies tersebut adalah asli dan bukan kacukan bagi mengekalkan bentuk fizikal dan sifat-sifat semula jadinya.

Pengurus ICS 2011, Syahrun Najah berkata, pertandingan kali keempat itu dibahagikan kepada empat kategori dengan pemarkahan berdasarkan saiz, bulu dan warna selain keaktifan dan kepekaan apabila dipanggil juri.

Kategori pertama bagi anak kucing berumur empat hingga lapan tahun, kedua, kucing belum dikembiri (lapan bulan ke atas), ketiga, kucing yang telah dikembiri (lapan bulan ke atas) dan terakhir kucing biasa.

"Semua kucing yang bertanding berdaftar di bawah Persatuan Penggemar Kucing (CFA) bagi memastikan semua aspek dan piawaian persatuan itu dipatuhi sebelum menyertai ICS.

"Pada kali ini, 35 peserta dari seluruh negara menyertai ICS yang kebanyakannya adalah pembiak baka kucing," katanya kepada Utusan Malaysia sambil memberitahu juri ICS 2011 terdiri daripada Denis Turner dan Allan Davies dari Australia dan Wakako Ngayama dan Yaeko Takano dari Jepun.

Menurutnya, pertandingan tersebut bagi mempromosi dan mendidik pencinta haiwan serba jinak dan manja itu mengenai habitat serta kehidupan kucing yang sebenar.

Pegawai Pengiklanan dan Promosi IOI Mall Bandar Putra, Muhamad Fadli Bakri berkata, pemenang kategori Yang Paling Baik di Antara Yang Baik ialah pasangan Suhaiza Mohd. Abdullah dan Norazam Shah.

Muhamad Fadli berkata, pasangan itu yang mempertaruhkan kucing Calico & Bi-color membawa pulang trofi, makanan kucing dan produk Haiwan Peliharaan Global (GPC) bernilai RM500.

Kategori kucing berumur empat hingga lapan tahun dan sudah dikembiri dimenangi oleh Naqiuddin Fajhrie dan menerima baucar RM500 manakala kategori belum kembiri dimenangi Mohd. Effindi Saniran (RM300) dan kategori kucing biasa turut menjadi milik Suhaiza dan Norazam (RM200).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seronok, puas dapat sertai ICS

Posted:

Seronok, puas dapat sertai ICS

Seronok, puas dapat sertai ICS


JUWAYRIYA Abd. Aziz (kiri) dan Jimmy Lee menunjukkan kucing masing-masing dari spesies Amerika Syarikat.


KULAIJAYA 19 Mei - Keseronokan dan kepuasan adalah antara faktor yang mendorong peminat kucing menyertai Pertandingan Kucing Antarabangsa (ICS) 2011 di ruang legar IOI Mall Bandar Putra, di sini baru-baru ini.

Bagi mereka, banyak pengalaman baru dapat diperolehi selain berkongsi cerita dengan peserta lain kerana masing-masing mempunyai spesies berlainan.

Seorang peserta, Juwayriya Abd. Aziz, 28, yang mempertaruhkan dua ekor kucingnya iaitu jenis American Curls dan White Exotic yang kedua-duanya dari Amerika Syarikat (AS) mengakui haiwan peliharaannya itu mempunyai ciri-ciri tersendiri.

"American Curls memiliki bentuk mata bulat di bawah dan lonjong di atas. Telinganya terlipat di bahagian hujung secara semula jadi dan bulunya sangat halus.

"Bagi White Exotic pula, mukanya agak rata tetapi bulat, badan dan kakinya pendek. Sifatnya adalah suka bermain dengan apa sahaja objek yang diacah kepadanya," katanya yang bekerja sebagai arkitek di ibu kota.

Hafizul Shahrizam Meor Hamzah, 24, pula berbangga dengan kucingnya jenis Maine Coon yang berasal dari AS kerana haiwan peliharaannya itu berbulu lembut dan panjang selain saiznya yang besar serta panjang.

"Saya membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk kos makanan dan penjagaan empat ekor kucing Maine Coon setiap bulan," katanya yang meminati haiwan tersebut sejak kecil.

Adilah Roose, 42, pula membawa kucing jenis Abyssinians dari Mesir dan dia merupakan satu-satunya pembiak kucing jenis berkenaan di rantau Asia.

Dia yang menyertai banyak pertandingan kucing di luar negara, memiliki 18 ekor Abyssinians dan membelanjakan lebih RM3,000 sebulan untuk menjaganya.

Razali Rashid, 29, yang memiliki kucing White Exotic pula membelanjakan kira-kira RM500 sebulan dan apabila menyertai pertandingan RM1,500 diperlukan.

"Belanja tersebut agak tinggi daripada bulan biasa kerana perlu membeli beberapa jenis syampu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 20 May 2011 09:45 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Coklat Aslinah ke luar negara

Posted:

Coklat Aslinah ke luar negara

Coklat Aslinah ke luar negara

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar AMIN FARIJ


ASLINAH Aslam yakin coklat keluaran syarikatnya mampu menembusi pasaran antarabangsa.


SEBUT sahaja coklat, pasti ramai di kalangan kita akan terbayang kelazatan dan keenakannya. Apa lagi kini, coklat bukan sahaja boleh diperolehi dalam bentuk bar tetapi pelbagai rekaan yang cantik lagi menarik pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya.

Keadaan itu mendorong Aslinah Aslam, 27, menjadikan pembuatan coklat sebagai mata pencarian utama.

Akuinya, biarpun pernah mengecapi kehidupan selesa dengan bekerja di syarikat perbankan di ibu kota namun 'cinta' yang mendalam terhadap dunia coklat mendorongnya menceburi bidang itu secara serius.

Malah, graduan dalam bidang kejuruteraan itu sanggup bermula dari bawah untuk membuktikan bahawa bidang coklat menembusi pasaran antarabangsa sekiranya dibuat secara komersial.

Melalui perniagaan Azaib Holdings yang mulanya diusahakan di rumah selama beberapa tahun kini mula melangkah dengan lebih serius.

''Alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat untuk menceburi bidang ini akhirnya saya berjaya mengharunginya.

''Permintaan terhadap coklat begitu tinggi tambahan pula coklat yang dibuat beraneka bentuk .

''Secara umumnya, coklat sesuai untuk semua majlis dan ia juga sesuai untuk dijadikan cendera mata kepada tetamu,'' ujarnya ketika ditemui di kilangnya yang terletak di Selayang, Selangor baru-baru ini.

Kata Aslinah, pembuatan coklat mudah. Yang penting perlu kreatif dan rajin berusaha. Dia turut menyediakan kelas membuat coklat.

Dia yang merupakan anak sulung kepada pasangan Aslam Hussin dan Azaib Bibi Sher Mohd. itu memberitahu, semasa bekerja dia sentiasa mendapat tempahan membuat coklat.

Malah tegasnya, mutu coklat juga diutamakan bagi memastikan coklat yang dihasilkan betul-betul berkualiti.

Ceritanya lagi, biarpun sudah selesa dengan pencapaian yang dimiliki, namun wanita cekal ini tidak pernah berbangga dengannya.

Baginya, kejayaan hari ini adalah semangat dan dorongan yang diberikan oleh kedua ibu bapa.

Malah keempat-empat adiknya juga turut menjadi tulang belakang kepada perniagaannya itu hingga mencapai ke peringkat sekarang.

"Sehingga kini, saya masih lakukan semua kerja. Malah saya juga tidak pernah malu untuk menjadi jurujual di kiosk kami,'' ujarnya yang mempunyai dua kiosk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Ditanya mengenai cabaran dalam bidang perniagaan, wanita cekal itu memberitahu selain memerlukan komitmen yang tinggi ia juga merupakan satu cabang pekerjaan yang memerlukan seseorang itu tabah dan sanggup menghadapi risiko.

Tambahan pula, perniagaan yang dipilih mempunyai banyak persaingan terutama daripada syarikat multinasional.

"Sebab itu, setiap coklat yang dihasilkan harus betul-betul berkualiti,'' ujarnya yang mendapat bekalan coklat dari Belgium.

Katanya lagi, sehingga kini, syarikatnya hanya mengeluarkan empat jenis coklat untuk dipasarkan.

"Walaupun jenisnya amat sedikit tetapi keadaan ini adalah untuk memastikan kualiti coklat yang di jual betulbetul mempunyai jaminan,'' ujarnya.

Ditanya mengenai harapan dirinya, dengan pantas usahawan wanita itu memberitahu, dia ingin menjadikan coklat hasil air tangannya terkenal di seluruh dunia.

Malah akui Aslinah lagi, syarikatnya kini sedang proses terakhir untuk menghasilkan coklat yang disalut dengan buah-buahan tempatan.

Sementara itu untuk mempelajari cara-cara pembuatan coklat, bolehlah hubungi Aslinah di talian 019-3587786 atau layari azaibholding@ gmail.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 20 May 2011 07:02 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Kasih Rafidah ke hujung nyawa

Posted:

Kasih Rafidah ke hujung nyawa

Kasih Rafidah ke hujung nyawa

Oleh ADHAM SHADAN



ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.

Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.

Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.

Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.

Api menyambar tubuh

Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.

Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.

Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.

Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.

Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.

Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya 'disambut' dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.

"Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda," ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.

Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.

Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.

"Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api," katanya.

Jeritan sayu Rafidah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.

Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: "Abah tolong Along!" dan "Ji, tolong Along Ji!" sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.

Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.

Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.

Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.

"Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.

"Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi," katanya.

Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.

"Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik," katanya.

Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.

"Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini," katanya sebak.

Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

"Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya," katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.

Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.

Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuiz ibu dan anak

Posted:

Kuiz ibu dan anak

Kuiz ibu dan anak

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SUASANA jadi gamat dan meriah ketika permainan Sejauh Mana Anda Mengenali Ibu berlangsung.


SUASANA Restoran The Garden di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya bertambah meriah dengan dekorasi segar rona putih dan hijau baru-baru ini. Semua itu bagi menyambut kehadiran pasangan ibu dan anak bagi meraikan sambutan Hari Ibu Bersama Farmasi Colours Cosmetic (FCC).

Sebanyak 17 pasangan gandingan ibu dan anak perempuan telah menyertainya. Ada yang mengenakan pakaian sedondon malah tidak kurang pula yang memakai pakaian dengan rona yang sama.

Paling jelas, pada hari tersebut pasangan anak-beranak itu kelihatan anggun terutamanya buat golongan ibu yang diraikan. Mereka yang hadir terdiri daripada pengguna setia produk FCC sendiri.

FCC adalah jenama kosmetik dari Istanbul, Turki yang telah dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia sejak tiga tahun laluk oleh syarikat Naturalife Solution Sdn. Bhd.


KIRI: Aksi ini merupakan salah satu jenis 'denda' yang dikenakan dalam permainan Kotak Beracun Bergerak.
KUMPULAN ibu dan anak berentap dalam permainan teka-teki melalui aksi gerak tubuh tanpa suara.


Rangkaian produk FCC yang berkualiti bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan dan berbau wangi, malah boleh digunakan ketika bersolat.

"Tujuan kami mengadakan sambutan Hari Ibu hari ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anak kerana sebelum ini mungkin mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

"Pelbagai aktiviti dirancang untuk menjadikan sambutan hari ini penuh makna buat ibu dan anak," ujar Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn. Bhd., Ili Zawani Ismail, 24.

Tambah beliau, sambutan Hari Ibu pada hari tersebut merupakan sambutan julung-julung kali diadakan bagi menghargai jasa para ibu.

Sambil duduk di meja makan secara bertentangan, kelihatan kebanyakan pasangan ibu dan anak berborak kosong sambil disulami canda tawa sebelum permainan dimulakan.



Sambil menjamu selera, keintiman pasangan ibu dan anak yang hadir diuji dengan pelbagai permainan.

Permainan yang membuka tirai berupa kuiz yang menguji sejauh mana si anak mengenali ibu masing-masing.

Sebelum permainan dimulakan, suasana jadi kecoh seketika. Semuanya kelam-kabut berbisik-bisik sesama sendiri malah ada anak yang baru terfikir untuk bertanya itu dan ini kepada ibu masing-masing

Terlukis kegusaran pada wajah beberapa orang anak ketika menjawab 10 soalan yang diberikan, mungkin mereka khuatir jika memberi jawapan yang salah.


AKTIVITI anjuran FCC ini ternyata dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
SEORANG anak berpeluang menyolek ibunya dengan menggunakan produk FCC.


Si anak perlu menjawab soalan mengenai saiz kasut, umur ibu ketika berkahwin, horoskop, personaliti, filem kegemaran, barang kesayangan, warna tidak disukai, perkataan kesukaan dan nama timangan.

Ternyata pelbagai jawapan yang diberikan kerap kali mengundang hilai tawa dalam kalangan pengunjung di situ.

Permainan kedua pula menyaksikan kumpulan ibu berentap dengan kumpulan anak untuk memberikan jawapan melalui aksi gerak tubuh tanpa suara.

Suasana bertambah gamat apabila masuk permainan ketiga iaitu Kotak Racun Bergerak yang mengandungi pelbagai jenis denda di dalamnya.

Denda yang dikenakan bukanlah kejam tetapi lebih kepada menyemarakkan lagi kasih sayang di antara ibu dan anak.



Antara denda yang wajib dilaksanakan ialah si anak perlu mencium seseorang yang bukan ibunya, menyanyikan lagu kegemaran ibu anda, menyuap makanan kepada ibu dan bercerita tentang ibu anda.

"Penganjuran aktiviti seperti ini sangat baik untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Dengan cara ini, saya dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak.

"Semua ibu perlu rapat dengan anak mereka terutamanya anak perempuan. Ibu perlu selalu bertanya tentang aktiviti mereka memandangkan persekitaran kini jauh berbeza dengan dahulu," kata Janu Sidik, 45, yang merupakan seorang suri rumah.


PARA hadirin berpeluang mencuba rangkaian produk terbaharu daripada FCC.


Tambahnya, ada masanya seseorang ibu perlu garang dan ada masa pula perlu mempamerkan kelembutan.

Baginya, anak tetap anak dan mereka perlu hormat ibu masing-masing kerana ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Penuntut Kolej Taylor's, Tasnim Hisham, 18, sangat teruja apabila dapat meluangkan masa dengan ibunya kerana baginya ia salah satu cara untuk mengenali ibunya itu dengan lebih baik.

"Kami selalu meluangkan masa bersama. Ibu merupakan insan yang paling rapat dan bersifat terbuka apabila saya mahu berkongsi masalah.

"Walaupun kadangkala dimarahi ibu, saya tidak berkecil hati mahupun memberontak kerana saya faham tindakan ibu itu hanya untuk menegur kesilapan yang saya lakukan. Selamat Hari Ibu!," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berhemah didik anak degil

Posted:

Berhemah didik anak degil

Berhemah didik anak degil


JIKA tidak mahu si comel ini bercakap kasar, ibu bapa perlu memberi contoh baik dengan bercakap lembut dan berhemah. - Gambar hiasan


DALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.

Komunikasi unggul

Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.

Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.

Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.

Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.

Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.

Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.

Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.

Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.

Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.

Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?

Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.

Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.

Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.

Utamakan solat dan berdoa

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.

Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.

Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!

Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.

Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.

Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.

Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.

Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.

Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;

Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.

Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.

Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 20 May 2011 01:46 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Tawan hati mentua

Posted: 19 May 2011 06:42 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Perlu tolak ansur bakal menantu, mentua

BAKAL menantu pilihan ibu mentua pastinya berada di zon paling selesa kerana tidak perlu memikirkan cara terbaik memikat dan menawan hati ibu lelaki yang dicintai.

Namun, bagi mereka yang bukan pilihan bakal mentua, apakah langkah terbaik dan titik keserasian yang perlu dicari supaya mata dan hati ibu bakal suami tertumpu dan menjadi milik kita selamanya? Pengalaman beberapa rakan yang kini sudah berumah tangga amat mengerikan apabila menceritakan kepayahan mengambil hati bakal ibu mentua masing-masing, yang mempunyai pelbagai kerenah sehingga kadangkala timbul rasa meluat.

Seorang rakan, Rina, 27, (bukan nama sebenar) berkongsi pengalaman ngeri apabila kehadirannya dalam kehidupan keluarga bakal mentua seperti tidak direstui pada mulanya.

"Macam-macam cara saya lakukan untuk tambat hati bakal mentua tetapi semuanya tidak menjadi. Ada saja yang tidak kena di matanya.

"Sampai satu tahap saya mula bosan dan tidak mahu lagi mengambil hatinya. Saya juga ada ego dan keegoan bakal ibu mentua membuatkan saya berputus asa kerana saya melihat diri tidak sempurna di hatinya," katanya.
Beliau mengakui, menambat hati mentua bukan perkara mudah, terutama bagi wanita kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan lebih penting, perlu membuang ego yang ada dalam diri.

Keadaan berbeza bagi bakal menantu lelaki. Biasanya menantu lelaki lebih mudah diterima dan tidak banyak kerenah yang perlu dilalui untuk menjadi ahli keluarga baru pasangan.

"Bagi bakal menantu lelaki, ia agak mudah kerana tidak banyak keserasian yang perlu dicari, tetapi bagi bakal menantu wanita, ia adalah cabaran, tambahan pula bakal suami anak emas atau tunggal," katanya.

Berkongsi pendapat, Rina tidak menafikan ada ibu mentua yang baik dan menerima bakal menantu seadanya kerana mungkin lebih mengutamakan kegembiraan anak berbanding kepuasan hati sendiri.

Gadis berasal dari Perak ini juga tidak lokek menceritakan pengalaman pertama kali mengunjungi rumah bakal ibu mentua di Kedah.

"Sebelum berangkat ke rumah bakal mentua, saya sudah siap membeli telekung, kain pasang mengikut warna kegemarannya, kek, puding dan beberapa barangan lain sebagai persediaan awal menawan hatinya.

"Sepanjang perjalanan hati saya berdebar kerana sudah dengar cerita daripada kekasih, ibunya seorang yang tegas. Mulut pula terkumat-kamit membaca doa sebagai penguat semangat," katanya.

Masa yang dinanti tiba dan kehadirannya disambut dengan wajah mencuka bakal ibu mentuanya. Walaupun hatinya terasa, Rina tidak menolak, keadaan itu mungkin disebabkan salah dirinya.

"Mungkin silap saya juga kerana tidak dengar cakap bekas kekasih bahawa ibunya tidak suka gadis tidak bertudung. Tetapi, saya berpuas hati kerana saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit, "katanya mengakhiri perbualan.
Nur Diyanah Mohd Ali, 18, pula berpendapat setiap bakal menantu perlu bijak mengambil hati bakal ibu mentua.

Ego perlu dibuang jauh, katanya dan paling utama, hormati ibu dan keluarga mentua seperti menghormati orang tua yang lain.

"Setiap orang perlu perubahan dalam diri. Jika perkara yang tidak disukai bakal ibu mentua menjurus kepada kebaikan, apa salahnya kita ikut dan lakukan perubahan," katanya.

Nur Diyanah, berkata dia sudah bersedia untuk bertemu bakal mentuanya dan antara persediaan yang dilakukan bagi menambat hati adalah dengan membawa buah tangan tetapi perlu memastikan apa yang dibawa itu disukai.

"Pada saya, tak salah jika kita bertanya pada kekasih apa yang disukai ibunya. Jika ibunya suka warna hijau, kita mungkin boleh membeli baju, tudung, beg tangan atau sebagainya mengikut warna yang disukainya.

"Apa saja yang dibeli, pastikan hati kita ikhlas kerana keikhlasan pastinya terpancar pada riak wajah kita ketika mengunjungi bakal ibu mentua. Paling penting jadi diri sendiri," katanya.

Bagi Farah Fathiah Fauzi, 18, dalam hubungan menantu, mentua, kedua-duanya perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik.

"Bukan saja menantu yang perlu mengambil hati bakal mentua, pihak mentua juga harus bertolak ansur dan berusaha bagi memastikan hubungan mesra terjalin antara mereka. Bakal mentua juga harus rendahkan ego untuk mencari keserasian dengan menantu.

"Paling penting untuk menantu, hormati mereka yang lebih tua dan bersedia memperbaiki segala kelemahan," katanya.

Farah Fathiah, penuntut guaman yang sudah tiga tahun bercinta dengan kekasih, bagaimanapun tidak menolak akan terus mempertahankan hubungan dengan kekasih andai dihalang bakal mentua.

"Jika saya ditolak, saya perlu tahu alasan saya ditolak dan jika memang berpunca daripada saya, saya akan terus berubah. Jika bukan salah saya dan alasan yang diberikan tidak munasabah, saya akan cuba buktikan saya di pihak yang benar," katanya yang sehingga kini belum pernah bertemu ibu kekasih hatinya.

Sementara itu, Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata perkara utama bagi mencapai titik keserasian antara bakal menantu dan ibu mentua adalah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran.

Katanya, sebagai bakal menantu, ilmu dan kemahiran seperti memasak dan menjahit dapat membantu menambat hati bakal mentua selain tertib ketika bercakap, pandai mengaji dan bijak menyesuaikan diri.

Beliau berkata, bakal menantu tidak sepatutnya membuat tanggapan awal dan negatif terhadap bakal ibu mentua kerana ia akan memberikan kesan pada pembinaan sesuatu hubungan.

Katanya, bakal menantu juga perlu mengelakkan sifat hipokrit atau berpura-pura dalam mengambil hati bakal mentua dan pada masa sama, perlu banyak memperbaiki kekurangan selain belajar mengawal diri.

Dr Robiah, berkata sebagai ibu mentua, golongan ini berhak mempunyai ego dalam memilih bakal menantu yang terbaik dalam kehidupan anak lelaki masing-masing.

"Tidak salah mereka mempunyai ego. Ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka ego disebabkan mereka terpaksa berpisah dengan anak mereka. Oleh itu, mereka sangat berhati-hati dan mencari wanita yang baik untuk anak mereka," katanya.

Justeru, beliau menasihati wanita supaya belajar menjadi gadis yang baik dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Baik di sini bermaksud perlu jadi baik, baik hubungannya dengan Tuhan, baik dari paras rupa, baik dengan keluarga, baik peribadi dan baik dengan diri sendiri.

"Perlu ingat, jodoh itu di tangan Tuhan dan paling penting menjadi diri sendiri. Jika bakal ibu mentua suka menantu yang bertudung, ikutlah kerana ia ke arah kebaikan tetapi elakkan berpura-pura. Tindakan perlu ikhlas," katanya sambil menambah pasangan lelaki juga berperanan besar membantu mengukuhkan hubungan baik dua wanita penting dalam hidupnya.

INFO: Panduan menjadi menantu kesayangan

1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

9. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jururawat turun padang

Posted: 19 May 2011 06:35 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Dekati, fahami masalah Orang Asli

PENGALAMAN menarik, membuka mata dan memberikan beberapa pengetahuan baru bagi membantu meningkatkan kerjaya. Itulah antara manfaat diperoleh 44 jururawat dari hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Gleneagles) hasil kunjungan ke Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia dan kampung Orang Asli Bukit Kala di Gombak, baru-baru ini.

Lawatan itu dibuat bersempena dengan sambutan istimewa Hari Jururawat Sedunia, yang disambut seluruh dunia setiap 12 Mei. Aktiviti amal lawatan itu pertama kali diadakan dan dianggap berbeza bagi meraikan sambutan Hari Jururawat tahun ini. Bertolak dari Gleneagles di Ampang seawal jam 9.30 pagi, rombongan menaiki bas itu menuju ke Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia sebagai destinasi pertama. Tiba di hospital berkenaan, jururawat terbabit memberi ceramah mengenai kepentingan penjagaan kebersihan kepada komuniti di situ dan membuat lawatan ke beberapa wad sambil memberikan sumbangan.

Usai melawat hospital, rombongan meneruskan perjalanan ke kampung Orang Asli Bukit Kala, yang menempatkan 550 keluarga daripada 18 etnik Orang Asli. Di kampung itu, rombongan mengambil kesempatan mendekati kehidupan dan beramah mesra dengan penduduk di situ.

Pengurus Jururawat, Zainab Mat Jaffin, 50, berkata lawatan itu memberi peluang dan pengalaman untuk meninjau lebih dekat suasana kehidupan serta tahap kesihatan orang awam, khususnya masyarakat Orang Asli yang duduk di kampung berkenaan.

Katanya, berdasarkan pengamatan, soal kebersihan diri perlu lebih banyak ditekankan di kalangan orang ramai terutama kanak-kanak dan wanita, yang menjadi tunggak utama dalam menjaga kebersihan di rumah.
"Jika boleh, kita perlu selalu nasihatkan penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan diri kerana saya lihat, ada kanak-kanak yang mengalami masalah kudis dan keadaan itu tidak elok jika dibiarkan berterusan," katanya menceritakan pengalaman menyertai lawatan itu.

Pengurus Jururawat Wad Medikal, Sheela Anamalai, yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang kejururawatan pula berkata, itu adalah lawatan keduanya ke kampung Orang Asli sepanjang kerjayanya.

Sheela berkata, lawatan itu bukan saja memberikan pengalaman menarik tetapi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

"Sesekali sememangnya amat baik jururawat turun padang dan melihat sendiri cara hidup di kawasan seperti kampung Orang Asli. Lawatan seumpama ini juga dapat memberikan ilmu baru kepada jururawat, khususnya yang tidak pernah bertugas di luar bandar atau kawasan pedalaman," katanya turut gembira berpeluang dapat meluangkan masa berkenalan dengan komuniti di kampung berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jururawat Gleneagles, Chan Lai Kong, berkata Hari Jururawat Sedunia amat signifikan dan tidak akan bermakna jika mereka yang berkecimpung dalam bidang kejururawatan berhenti menyumbang dengan memilih untuk mengambil cuti dan beristirehat di rumah.

"Kerja kemasyarakatan kami tidak akan terhenti di sini. Kami akan terus menjalankan program sebegini, memberi bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 19 May 2011 01:50 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Reda ujian Allah

Posted:

Reda ujian Allah

Reda ujian Allah

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar IHSAN PERTUBUHAN IRM


Presiden IRM, Zawahir Abdullah beramah mesra dengan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah.


HIDUP ini sememangnya suatu ujian. Apa jua yang Allah SWT sediakan kepada setiap hamba-Nya, sama ada diuji dengan masa yang lapang, masa yang sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat tidak akan pernah tersisih daripada yang dinamakan ujian.

Yakinlah segala yang berlaku adalah dengan takdir-Nya. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup.

Semua itu untuk mengangkat martabat manusia.

Yang pastinya, setiap ujian dalam hidup adalah medan tarbiah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ibnu Qayyim pernah menyebut: "Dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT."

Lantas, peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul paling sesuai bagi menyimpulkan keseluruhan program Jejak Prihatin Peringkat Wilayah Utara anjuran Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) awal April lalu.

Program tiga hari dua malam itu juga tidak akan mencapai misi utamanya iaitu membantu rakyat Malaysia yang miskin dan daif yang benar-benar memerlukan pertolongan tanpa sokongan padu dan keikhlasan daripada kumpulan sukarelawan cawangan Kedah.

Ini membuktikan Islam adalah agama yang bersatu padu umpama sebuah binaan yang teguh.

Ikuti beberapa kisah penderitaan dan kesengsaraan penerima sumbangan yang berjaya dijejaki di negeri yang diberi jolokan negeri Jelapang Padi, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara

Posted:

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara

Jejak Prihatin akan ke seluruh negara


Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. itulah kekuatan Pertubuhan IRM ketika para sukarelawannya keluar menyumbang tenaga dan masa.


PRESIDEN Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) Zawahir Abdullah berkata, IRM ditubuhkan setelah melihat kepada keperluan dan situasi semasa.

Pihaknya merasakan perlu ada satu organisasi yang prihatin kepada keperluan masyarakat setempat khususnya di Malaysia.

Zawahir yang berpengalaman luas dalam bidang kebajikan dalam dan luar negara pendapat, masyarakat Malaysia adalah penyayang dan sangat prihatin.

Katanya, semua kaum tidak terkecuali dalam membantu sesama insan baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain.

"Bermotifkan rakyat didahulukan, kami mengadakan program khusus untuk rakyat Malaysia iaitu Jejak Prihatin.

"Ia adalah antara program peringkat tempatan yang direncanakan oleh Pertubuhan IRM untuk tahun 2011 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya.

Kaedah bantuan yang dilaksanakan berbeza, di mana konsep ziarah atau kunjungan ke rumah penerima telah diamalkan bagi menilai dan merasai kesusahan mereka.

Program sulungnya adalah berkunjung di sekitar utara Semenanjung dan memfokuskan kepada masyarakat di sekitar Kedah.

Menurut Zawahir, melalui program itu, pihaknya akan menghulurkan bantuan berbentuk pek makanan bagi meringankan beban kesusahan penerima manfaat tersebut.

"Pemilihan penerima manfaat adalah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak pertubuhan," katanya.

Selain itu, melalui lawatan singkat itu, ia memberi peluang kepada Pertubuhan IRM melihat keperluan lain yang diperlukan oleh penerima seperti pembaikan rumah, peralatan berbentuk kerusi roda, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Pertubuhan IRM akan turut mengusahakan penaja yang prihatin untuk turut serta membantu mereka menjayakan program ini.

"Ini merupakan program berterusan kami dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam menghulurkan bantuan.

"Destinasi terakhir program ini disasarkan di sekitar Lembah Klang," jelasnya.

Di samping itu, Zawahir turut berbangga atas penyertaan dan penglibatan rakan kerjasama dan para sukarelawan Pertubuhan IRM.

Katanya, walaupun mereka berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza tetapi sanggup bersatu atas semangat ingin membantu meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program seumpama ini.

Beliau juga menyeru penyertaan orang ramai untuk bersama-sama Pertubuhan IRM dalam program dan usaha-usaha kemanusiaan pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads