Utusan Online - Keluarga Posted: 18 May 2011 01:05 PM PDT Jelajah dunia melalui penulisan Posted: Jelajah dunia melalui penulisanJelajah dunia melalui penulisan Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar HAYAT SUEET
|
BERNICE Narayanan
|
KETIKA di sekolah rendah, Bernice Narayanan merupakan satu-satunya pelajar bukan Melayu yang menerima anugerah karangan Bahasa Melayu terbaik. Ia satu pencapaian yang membanggakan buat dirinya dan ahli keluarga. Malah ketika guru bertanya tentang cita-citanya, Bernice dengan bangga berdiri di hadapan kelas di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur menjawab: "Saya ingin menjadi seorang penulis!" Cinta Bernice kepada dunia penulisan membuatkan beliau tidak pernah berkompromi dalam segala hal berkaitan tugasnya. Segala amanah yang dipegang, dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya sehingga beliau juga sanggup meninggalkan rakan-rakan dan keluarga di tanah air untuk menimba pengalaman bertugas di luar negara selama bertahun-tahun. "Pernah satu hari apabila saya bangun dari tidur dan tertanya-tanya saya ada di negara mana ketika itu. Kerja betul-betul membuatkan saya terlupa segalanya termasuklah keperluan diri sendiri," jelasnya yang ditemui di Royal Commanwealth Society, Damansara Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dek kerana kesibukannya, anak ke lapan daripada 11 beradik ini juga pernah melalui pengalaman jatuh pengsan ketika satu lawatan kerja di Singapura. "Saya dimasukkan ke hospital dan diberitahu bahawa perut saya mengalami pendarahan dan kebocoran dalaman sebesar ibu jari. "Malah doktor juga berkata bahawa saya hanya mempunyai 48 jam sahaja untuk hidup. Ketika itu usia saya 29 tahun dan saya berdoa agar Tuhan memberikan memanjangkan usia. "Saya yakin bahawa Tuhan memakbulkan doa saya akhirnya sihat dan segar hingga kini," imbas Bernice. Bercerita tentang pengalamannya, Bernice memulakan karier pertamanya sebagai penulis pelancongan di Kuala Lumpur. Cinta Bernice pada dunia pelancongan dan penulisan membuatkan dia akhirnya berhijrah ke beberapa negara termasuk Australia, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Asia untuk menambah pengalaman hidup. "Setelah bertahun-tahun di luar negara, saya akhirnya pulang ke Malaysia dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan, BN & Associates Sdn. Bhd. pada tahun 1987," ujarnya. Kerana terlalu lama berkhidmat di luar negara, kemahiran Bernice bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu telah pudar sama sekali. Malah beliau mengaku kini lebih selesa berbahasa Inggeris sahaja kerana apabila takut mesej yang hendak disampaikan menjadi lain apabila berbahasa Melayu. Walau apa pun cabarannya, syarikat Bernice meraih pelbagai anugerah termasuk Penerbitan Pelancongan Terbaik melalui dua buah buku terbitannya Mystical Malaysia dan 90 Reasons To Visit Malaysia. Tidak cukup dengan itu, Bernice sendiri turut memenangi anugerah Penulis Pelancongan Terbaik sebanyak dua kali oleh Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia. Cintanya terhadap dunia penulisan tidak terhad kepada penulisan pelancongan, sebaliknya genre-genre lain termasuk buku cerita untuk kanak-kanak dan sebagainya. Pada 2003, Bernice menulis buku meja kopinya sendiri bertajuk Mystical Malaysia... Remembering. Buku itu mengandungi catatan peribadi beliau tentang perjalanan ke segenap negeri di Malaysia dan gambar-gambar yang diambilnya sendiri. Buku meja kopi kedua Bernice adalah tentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia diterbitkan pada tahun 2007. "Ketika saya bertanya kepada Tun bahawa saya ingin menulis satu buku tentangnya, Tun berkata 'ada ke orang yang mahu tahu tentang saya'? Malah apabila ia diterbitkan Tun tidak percaya ada yang mahu membelinya," imbas Bernice lagi. Selepas itu satu demi satu buku tulisan Bernice diterbitkan termasuk buku cerita untuk dewasa bertajuk Tangled Emotion yang diterbitkan dalam dwi bahasa Inggeris dan Melayu. Hasi kredibiliti yang dibina, Bernice turut diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa projek penulisan dan penerbitan. Tahun lepas sahaja, Bernice telah berjaya menyiapkan biografi Datuk Seri S. Samy Vellu diikuti dengan buku meja kopi yang bertajuk A Life. A Legend. A Legacy. Terkini, Bernice menghasilkan koleksi cerita kanak-kanak terbitan Oxford Fajar bertajuk The Fisherman's Daughter and Other Stories. Ia merupakan pengalamannya sendiri yang berada di sebuah perkampungan nelayan. "Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, duduk di salah satu rumah nelayan, makan ikan kering dan merasai kehidupan seperti mereka," katanya yang sehingga kini masih menggemari kisah dongeng pari-pari. Pencapaian hebat Bernice membolehkan dirinya tersenarai dalam 16 Marquis Who's Who dalam dunia profesional pada tahun 1999. Malah Pusat Biografi Antarabangsa Cambridge England turut mengiktiraf Bernice dalam kategori World's Outstanding People. "Saya tidak suka merangka matlamat dalam satu jangka masa panjang, jika diberi hari ini maka saya akan pastikan saya melakukan tugasan yang terbaik untuk hari ini," katanya berkongsi rahsia kejayaan. Bagaimanapun Bernice punya satu impian iaitu untuk menghasilkan skrip dan filem sendiri. "Ia akan tercapai satu hari nanti," katanya yang gemar berkebun pada masa lapang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Beri keselesaan pada anak Posted: Beri keselesaan pada anakBeri keselesaan pada anak
|
(dari kiri) Terence Fu, Sheila Majid, Charis Patrick, Selina Ding dan Shazmin Shamsuddin pada majlis pelancaran pelancaran rangkaian baru tisu muka dan tandas Kleenex baru-baru ini.
|
PERSEKITARAN yang selesa, selamat dan kondusif menyumbang kepada pertumbuhan sihat kanak-kanak sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Justeru keselesaan dalam bentuk perlindungan, keselamatan emosi dan kesejahteraan diri adalah faktor penting yang membabitkan bimbingan ibu bapa. Ahli Psikologi Klinikal dan Pendidikan, Selina Ding berkata, daripada perspektif emosi, keselesaan adalah konsep yang amat penting. "Kanak-kanak perlu merasai kasih sayang dan rasa selamat untuk membesar sebagai individu yang berfikiran mantap dan matang serta mampu memperlihatkan rasa kasih sayang dan perasaan simpati terhadap orang lain," katanya. Justeru, ibu bapa adalah penentu dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk anak mereka belajar dan membesar. "Perasaan selamat yang datang dari persekitaran positif dari segi fizikal dan emosi memperkuatkan lagi perhubungan keluarga," katanya. Beliau berkata demikian dalam ceramah keibubapaan Kleenex yang dianjurkan sempena pelancaran rangkaian baru tisu muka dan tandas Kleenex baru-baru ini. Turut berkongsi cerita pada sesi setengah hari itu ialah penghibur terkenal Datuk Sheila Majid dan pakar pendidik kekeluargaan, Charis Patrick. Sementara itu sebagai ibu kepada empat anak, Sheila amat mengutamakan kepentingan keselesaan keluarga terutama anak-anak. "Amat penting bagi saya untuk memastikan anak-anak membesar menjadi individu yang matang dan mantap, berupaya menyayangi insan yang lain dan berbakti kepada masyarakat. "Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk menggabungkan rasa keselesaan dan keselamatan dalam kehidupan mereka, selain menjadi contoh yang baik untuk memupuk sifat penyayang dan bertimbang rasa," katanya. Beliau percaya aspek fizikal dalam keselesaan juga memainkan peranan dalam mewujudkan rumah tangga yang dirasakan selamat dan terjamin. Katanya, seperti juga orang dewasa yang inginkan tempat rehat yang selesa selepas seharian penat berkerja, kanak-kanak juga memerlukan tempat untuk berlindung yang selamat dan tenteram. Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Penjagaan Keluarga, Kimberly-Clark Malaysia, Terence Fu, mengakui keselesaan adalah elemen penting dalam kehidupan seharian tanpa mengira peringkat usia. Katanya, setiap orang memilih perkara yang selesa dan menyenangkan daripada pakaian, permainan kanak-kanak, set sofa dan bantal mewah hinggalah kepada jenis tisu yang digunakan. "Kami di Kleenex sememangnya memahami kepentingan keselesaan kepada seluruh keluarga," katanya. Menurutnya, tisu Kleenex adalah hiper alergenik yang membuatkan ia sesuai walaupun untuk kulit sensitif. Ia dihasilkan daripada 100 peratus fabrik asli berkualiti tinggi untuk kelembutan tambahan. Selain itu, Kleenex kini menggunakan teknologi baru untuk menghasilkan tisu dua dan tiga lapisan yang lebih lembut dan pada masa yang sama tetap mengekalkan kekuatannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 18 May 2011 11:20 AM PDT Nilai tambah BSN Zing PLUSMiles Posted: Nilai tambah BSN Zing PLUSMilesNilai tambah BSN Zing PLUSMiles Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my KESESAKAN yang biasa terjadi di plaza tol pada waktu puncak adalah senario yang mahu dielakkan pengguna lebuh raya.
BERDEPAN kesesakan lalu lintas di plaza tol tentu sekali akan memeningkan kepala seseorang apatah lagi kalau terpaksa menunggu terlalu lama untuk membayar tol. Lebih membingungkan apabila seseorang pemandu yang menggunakan laluan Touch n Go tidak mempunyai nilai mencukupi sehingga menimbulkan kemarahan pengguna kenderaan lain yang sudah menunggu giliran di belakangnya. Menyedari kepentingan itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama Touch n Go Sdn. Bhd. (TnG) dan PLUS Expressways Bhd. (PLUS) baru-baru ini telah melancarkan kad BSN Zing PLUSMiles untuk memenuhi kehendak pengguna. Kad BSN Zing PLUSMiles bukan sahaja akan memudahkan dan menjimatkan masa pengguna semasa menggunakan laluan TnG malah menawarkan ganjaran rebat tol serta mata tambahan kepada pemandu yang menggunakan kad itu di lebuh raya PLUS. Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata, kad yang menampilkan kombinasi ciri-ciri tambah nilai automatik TNG dan program PLUSMiles dalam satu kad itu merupakan satu inisiatif tambahan kepada para pemegang kad kredit BSN yang baru dan sedia ada. "Kad BSN Zing PLUSMiles mempunyai fungsi tambah nilai automatik yang dihubungkan kepada kad kredit Visa atau Mastercard BSN. "Apabila baki nilai kad BSN Zing PLUSMiles ini kurang daripada RM50 ketika melalui mana-mana lorong tol, nilai kad akan ditambah RM100 secara automatik dan dicaj ke akaun pemegang kad kredit BSN," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kad tersebut dan kempen Happy Driving dengan Kad BSN Zing PLUSMiles baru-baru ini di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Kempen itu akan berlangsung sehingga 30 September ini. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif TnG, Hasni Zarina Mohamed Khan dan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Tajul Azwa Bani Hashim. Adinan menambah, berbanding kad-kad Zing lain, pemegang kad kredit BSN Visa atau Mastercard boleh memohon sehingga lima kad BSN Zing PLUSMiles untuk berkongsi bersama ahli keluarga yang lain. Katanya, BSN merupakan bank pertama di negara ini yang memperkenalkan konsep lima kad Zing yang dihubungkan kepada satu kad kredit. "Selain daripada itu, pemegang kad BSN Zing PLUSMiles turut berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan di bawah Program PLUSMiles termasuk rebat tol sebanyak lima peratus, diskaun sehingga 30 peratus daripada rakan niaganya dan mata ganjaran yang boleh ditukar kepada tambah nilai percuma. ADINAN (tiga dari kiri) melancarkan kad BSN Zing PLUSMiles baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Hasni Zarina (dua dari kiri) dan Tajul Azwa (kiri).
"Para pengguna kad juga layak menikmati rebat tol 20 peratus di bawah Program Rebat Pengguna Kerap Lebuh Raya tajaan kerajaan untuk semua pengguna kad TNG di semua tol lebuh raya, dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan," ujarnya. Katanya, pengguna boleh menggunakan kad tersebut bersama alat SmartTAG, pengangkutan awam, tempat letak kereta, pembayaran runcit atau di mana sahaja lambang TnG dipamerkan. BSN menyasarkan sebanyak 30,000 kad BSN Zing PLUSMiles dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Dalam pada itu, sepanjang kempen Happy Driving Dengan Kad BSN Zing PlusMiles, para pemegang kad kredit BSN layak mendapat satu kad Zing percuma dan pengecualian caj tambah nilai. Bagi menggalakkan pemegang kad kredit BSN memohon kad tersebut, BSN turut mengadakan peraduan bulanan untuk memenangi iPad dan SmartTAG. Kempen promosi akan berlangsung sehingga 30 September ini dan untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.mybsn.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Q-Tap perintis ujian perisian Posted: Q-Tap perintis ujian perisianQ-Tap perintis ujian perisian DARI kiri: Mastura dan Gopi Kurup menandatangani memorandum persefahaman (MOU) semasa pelancaran Q-TAP sambil disaksikan Fadillah (berdiri ditengah).
LEMBAGA Ujian Perisian Malaysia (MSTB) baru-baru ini melancarkan Program Bantuan Ujian-Ujian (Q-Tap) yang dirangka khusus untuk membantu syarikat dan organisasi tempatan memperoleh kemahiran ujian perisian. Program yang diperkenalkan di bawah Pusat Ujian Perisian Malaysia (MSTH) itu dijangka mampu membangunkan keupayaan terhadap syarikat dan organisasi tempatan melaksanakan ujian profesional ke atas produk mereka sendiri. Presiden MSTB, Mastura Abu Samah berkata, negara ini mempunyai potensi tinggi untuk menjadi pusat sehenti serantau bagi ujian perisian dalam tempoh lima tahun akan datang. "Industri ujian perisian sedang berkembang dengan pesat di Malaysia dan ia mempunyai nilai kritikal kerana boleh menghasilkan pulangan berfaedah kepada negara. "Nilai bersih pasaran ujian perisian global pula dianggarkan berjumlah AS$18.3 bilion (RM56 bilion) menjelang tahun 2013," katanya. Majlis yang dilancarkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof di Kuala Lumpur, baru-baru ini turut disaksikan Pengarah MSTB, Amiruddin Jaafar Sidek, Pengarah Urusan Mesiniaga Berhad, Fathil Sulaiman Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan TM, Dr. Gopi Kurup. Mastura menambah, program berkenaan meliputi latihan dan pensijilan ahli pasukan ujian perisian daripada syarikat serta organisasi yang turut serta. Sepanjang tempoh program, beliau menjelaskan, peserta akan didedahkan kepada kelengkapan dan metodologi ujian yang diguna pakai di Q-Lab, malah bantuan rundingan turut akan diperoleh daripada pakar-pakar berpengalaman. "Q-Tap juga bertujuan membantu syarikat dan organisasi terlibat untuk melahirkan profesional bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam bidang ujian perisian dan jaminan kualiti perisian (SOA). "Pengkhususan dalam bidang ini akan menyumbang ke arah usaha menunaikan cita-cita negara untuk mencapai status ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi," ujarnya lagi. Mastura menambah, ia sejajar dengan pendekatan yang diterapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) berasaskan 10 Premis Utama yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Katanya, industri ujian perisian mempunyai nilai strategik di Malaysia dari segi pulangan wang langsung dan pertumbuhan industri lain menerusi peningkatan kualiti produk, perkhidmatan serta budaya kerja. "Pertumbuhan permintaan bagi perkhidmatan ujian perisian dijangka meningkat dengan pelaksanaan perisian dalam semua sektor," ujarnya. Sementara itu, Mastura turut mengumumkan penganjuran persidangan Softec 2011 bermula 6 hingga 8 Julai ini dengan bertemakan Uji Dengan Betul. "Ia akan merangkumi satu siri tutorial dan bengkel yang bakal menampilkan lapan penceramah terkemuka dunia dalam bidang ujian perisian dan jaminan kualiti perisian. "Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ia menunjukkan persidangan Softec bakal memberikan kesan positif di peringkat antarabangsa. Ia turut diiktiraf oleh komuniti ujian perisian dan SQA global," katanya. Softec 2011 bertujuan memberi peluang terbaik kepada pemain industri ujian perisian negara berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini daripada pakar, pengamal dan pemikir utama dunia dalam bidang ujian perisian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 18 May 2011 09:51 AM PDT Lantik kontraktor saingi SWM Posted: Lantik kontraktor saingi SWMLantik kontraktor saingi SWM Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD utusanjohor@utusan.com.my JOHOR BAHRU 17 Mei - Kerajaan negeri disaran untuk melantik satu lagi kontraktor penyelenggara sistem pungutan sampah di negeri ini, bagi memberi saingan kepada SWM Environment Sdn. Bhd., yang dilihat sudah tidak berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan. Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Yahya Jaafar berkata, langkah itu wajar kerana sejak kebelakangan ini perkhidmatan pungutan sisa pepejal yang dikendalikan SWM banyak dipersoalkan kerana kegagalan syarikat itu mengurus dan mengangkut sampah dengan lancar. "SWM dilihat lalai dalam melaksanakan tanggungjawab, sebagai contoh di kawasan Zon Majidee, ada kalanya dua minggu sampah tidak dipungut. Perkara ini membuat keadaan persekitaran kotor dan berbau busuk. "Malah hasil laporan saya dapat dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), lapan daripada 10 kenderaan dan jentera-jentera yang diguna pakai oleh SWM gagal menepati syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya kenderaan lama yang memerlukan gantian," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Yahya berkata, kebanyakan penduduk di Zon Majidee dan warga bandar raya ini termasuk di Bandar Baru UDA kini dalam keadaan sangat tidak berpuas hati dengan keadaan yang membelenggu mereka. "Berikutan itu penduduk di kawasan itu bertindak membakar sampah kerana tidak tahan dengan bau busuk dan sampah yang melambak dikhuatiri akan merebak wabak-wabak seperti taun, denggi, malaria dan banyak lagi," katanya lagi. Oleh itu kata Yahya, pihaknya menyeru kerajaan negeri mengambil tindakan berhubung perkara ini dan mengusulkan pelantikan syarikat pesaing dengan tidak memberi kebenaran konsesi kepada satu syarikat sahaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 205 kanak-kanak sertai Program Pengamalan Sakinah Posted: 205 kanak-kanak sertai Program Pengamalan Sakinah205 kanak-kanak sertai Program Pengamalan Sakinah
|
Sebahagian ibu bapa menyertai acara melafazkan penyerahan 'taklif' kepada anak mereka pada Program Pengamalan Sakinah di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 17 Mei - Seramai 205 kanak-kanak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Puteri menyertai Program Pengamalan Sakinah yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di sini hari ini. Program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan DUN Tanjung Puteri itu dijayakan melibatkan 205 kanak-kanak dengan 60 kanak-kanak melakukan lafaz 'taklif,' 135 orang lagi khatam al-Quran manakala 10 bayi bercukur rambut. Pegawai Penggerak YPK DUN Tanjung Puteri, Syed Mohamed Nasir S.A. Rahman berkata, amalan Sakinah yang dijalankan mengikut tuntutan sunnah Nabi Muhammad S.A.W bermula seawal peringkat bayi sehinggalah mencapai umur akil baligh. Jelasnya, amalan tersebut ialah menamakan bayi berkenaan dengan nama yang baik dalam masa seminggu, bercukur dan apabila seseorang anak itu mencapai umur akil baligh, maka satu aktiviti khas dinamakan penyerahan taklif dibuat khusus untuk anak-anak remaja. "Justeru YPK terpanggil untuk mengadakan program Pengamalan Sakinah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan amalan-amalan ataupun sunnah yang dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W., bagi membentuk generasi muda yang terpuji akhlaknya serta cemerlang di dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan turut dihadiri Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad. Jelas Syed Mohamed Nasir, antara objektif Pengamalan Sakinah itu untuk memupuk sikap lebih bertanggungjawab dan kerjasama antara pasangan suami isteri dalam urusan kekeluargaan bagi membentuk keperibadian anak-anak. "Ia juga dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan bimbingan dan didikan kepada anak-anak seperti mengajar membaca al-Quran selain tuntutan-tuntutan yang perlu diselesaikan bagi anak-anak mereka sedari bayi sehinggalah sampai ke alam remaja iaitu baligh," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 18 May 2011 09:31 AM PDT Kasut lukisan tangan Posted: Kasut lukisan tanganKasut lukisan tangan Oleh SITI ZALEHA JORIMAI zaleha.jorimai@utusan.com.my Gambar SAZALI CHE DIN
|
Rasdiana Ahmad turut melukis pada Jeans.
|
APA yang diperlukan hanya sepasang kasut kanvas kosong, sebatang pen dan sedikit kreativiti. Gambarannya mungkin mudah namun realitinya kerja-kerja seni memang menuntut ketekunan dan kesabaran di samping minat yang menebal. Rasdiana Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Diana, mula mengusahakan kasut lukisan tangan hanya pada sekitar November tahun lalu dengan menggunakan jenama Matahari Diana. Buat masa ini pemasaran dilakukan sepenuhnya melalui Internet sama ada capaian menerusi Facebook - Diana Matahai Handpainted atau www.mataharihps.blogspot.com . Menurut wanita muda ini, bakat melukis diasah sejak dari sekolah lagi dengan pelbagai medium digunakan sebagai kanvas untuk dia meluahkan apa yang tersirat. "Saya pernah melukis batik di kain dan wayang kulit di atas kulit kambing. Sebahagian hasil seni saya ini pernah dipamerkan di Balai Seni Lukis Alor Setar, Kedah. "Sebelum ini juga saya banyak melukis di atas mug, beg kanvas, seluar denim dan sebagainya," jelasnya yang juga melakukan kerja-kerja reka letak (graphic designer) untuk pengiklanan dalam majalah dan akhbar. Pendek kata apa juga tawaran kerja yang mendatangkan pendapatan dan memerlukan kemahirannya diterima waima mereka cipta bungkusan untuk kotak kosmetik pelbagai jenama di Malaysia. Diana mendapat idea melukis pada kasut apabila mendapati medium tersebut unik selain cantik untuk dipakai juga sebagai hadiah. "Sebelum ini saya melukis di atas botol kaca, juga kayu. Pada mulanya saya ingin menghasilkan tempat kunci di mana terdapat lukisan di atasnya tetapi kesukaran dan kesuntukan masa sebab terpaksa membuat kotak kunci tersebut dahulu sebelum mula melukis membuatkan saya berfikir sesuatu yang tidak melibatkan pihak lain, jadi saya saya memilih kasut," katanya. Setakat ini beliau mengusahakannya secara sendirian kerana menganggap setiap lukisan itu adalah hasil kerja seni yang ikhlas dan memiliki sentuhan peribadi. Mengenai teknik yang digunakan, menurut Diana, sepenuhnya dilakukan dengan tangan membuatkan setiap kasut adalah eksklusif. Biasanya dia melukis motif-motif yang disukai orang ramai seperti karakter-karakter kartun popular, grafik, abstrak dan sebagainya. Namun ada juga rekaan yang mengikut permintaan dan idea pelanggan "Biasanya pelanggan hanya perlu menyatakan motif atau corak yang diingini serta warna dan jenis kasut. "Bagi pelanggan lelaki mereka lebih memilih motif-motif masa kini yang menggambarkan maskulin seperti motif tengkorak, pistol, gitar, dan sebagainya," katanya. Apa yang pasti setiap pelanggan boleh berbangga dengan nilai eksklusif yang diperoleh kerana Diana hanya menghasil satu corak untuk satu kasut. Diana mengakui semua orang boleh menghasilkan kasut lukisan tangan jika mempunyai peralatan yang betul seperti berus lukisan, pen dan pensil untuk melakar, serta warna kekal yang tidak luntur. "Tidak ada peralatan istimewa, segala-galanya bergantung kepada kreativiti dan nilai seni tangan sendiri. "Biasanya sepasang kasut mengambil masa dalam sehari untuk dilukis dan sehari lagi untuk warnanya sebati. Namun jika corak yang senang saya boleh menyiapkan tiga pasang kasut dalam sehari," kata pemegang Diploma Perbankan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini. Mengenai pelanggan yang menempah kerja tangannya, Diana berkata ia tiada batas usia daripada remaja hinggalah kepada golongan ibu bapa. Harga bagi sepasang kasut bermula serendah RM45 hinggalah kepada RM130 bergantung pada jenama kasut dan corak yang diminta. Beliau turut menghasilkan koleksi edisi terhad seperti yang bertatahkan batu kristal swarzoski atau menggunakan warna-warna luminious yang bercahaya dalam gelap. Biarpun melakukannya sekadar sambilan demi memenuhi minat dalam seni lukis, Diana tetap berbangga dengan apa yang dicapai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Asas untuk solekan menawan Posted: Asas untuk solekan menawanAsas untuk solekan menawan Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
|
Suzana Abidin memberi sentuhan akhir pada solekan untuk gaya lebih trendy.
|
Mungkin ada yang pernah terfikir mengapa seseorang wanita yang berjerawat boleh disolek hingga tiada langsung kesan cela pada wajahnya. Persoalan yang sama juga timbul apabila seseorang yang tidak mempunyai masalah kulit masih tidak kelihatan cantik apabila disolek. Perunding kecantikan Mary Kay, Suzana Abidin ternyata mempunyai jawapannya. Katanya, seperti membina rumah, perkara paling penting ialah asasnya, begitu juga untuk solekan. Justeru sebelum memulakan sebarang solekan, wajah perlu bersih dan menggunakan asas solekan. Suzana juga menekankan, paling perlu diberi keutamaan ialah bahagian bibir. "Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini akan menjadi bertambah tipis. "Lebih memburukkan keadaan, bibir tidak mempunyai kelenjar peluh atau sebum. Tanpa perlindungan semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat dari masa yang sepatutnya. "Maka wanita perlu memberi perhatian dengan menggunakan Satin Lips Lips Mask yang amat berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati pada permukaan yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tidak bermaya," jelas Suzana. Hasilnya bibir yang dipakai gincu akan kurang kelihatan garis halus, lebih gebu dan warna gincu juga akan lebih berkilau. Tidak puas dengan hanya menjelaskan teori, Suzana turut memberi tunjuk ajar solekan bergaya untuk Muslimah. Solekan trendy ini dimulakan dengan pemakaian krim asas Primer SPF15 yang disapu ke seluruh wajah sebelum mengoles bedak. Ia dirumus dengan ramuan yang mempunyai faedah penyerapan cahaya supaya nada kulit kelihatan lebih sekata di samping penghalang matahari berkesan untuk melindungi kulit daripada sebarang kerosakan. Mary Kay Full Coverage Foundation disapukan dari arah atas ke bawah mengikut arah pori-pori untuk membenarkan tekstur yang halus dan tahan lama. Ia juga mengekalkan warna solekan di wajah serta membantu melembapkan kulit hingga enam jam. Mary Kay Medium Coverage Foundation pula akan mengekalkan warna solekan di wajah dan mengawal minyak berlebihan sekurangkurangnya selama lapan jam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 18 May 2011 01:47 AM PDT Kekalkan kesihatan kaki Posted: 17 May 2011 06:49 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain, himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit. Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan lelong mahupun pasar malam? | Romantik bunga-bungaan Posted: 17 May 2011 06:41 PM PDT [unable to retrieve full-text content]FESYEN 70-an terus menjadi inspirasi fesyen terkini tambah pula sebagai kunci utama dalam menampilkan ciri kesederhanaan dengan gaya romantik. Mainan warna pula lebih menekankan kepada rona berani untuk mencipta suasana positif sempena berlangsungnya musim panas. | |
Kosmo Online - Infiniti Posted: 17 May 2011 09:14 PM PDT Perkenal konsep beli-belah berkelompok Posted: Perkenal konsep beli-belah berkelompok Perkenal konsep beli-belah berkelompok Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
PERKEMBANGAN teknologi banyak memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan demi untuk meningkatkan lagi ekonomi sesebuah negara. Platform menggunakan teknologi turut dilihat dapat membantu memudahkan lagi pengguna dalam pelbagai urus niaga bersama peniaga. Terkini, portal MyDeal.com.my (MyDeal) menawarkan platform terbaru dalam urus niaga alam maya bagi memudahkan pengguna dan peniaga melakukan transaksi menerusi internet. Dengan menggunakan kuasa pembelian berkelompok, menawarkan harga tiada tandingan dan berkualiti. Portal MyDeal dapat membantu mencetuskan situasi menang-menang bagi pelanggan dan rakan niaga. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif MyDeal, Jan Croeni, berkata, portal MyDeal telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu. "Ia dibangunkan untuk memberi peluang kepada pengguna internet tempatan menikmati pengalaman membeli-belah dengan lebih selesa dan menjimatkan masa mereka. "Produk yang ditawarkan dalam portal ini lebih murah dan berkualiti tinggi agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan," katanya. MyDeal yang dimiliki sepenuhnya DealGuru Holdings menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada jenama terkenal termasuk segmen pelancongan, hiburan, kesihatan dan banyak lagi. Dia menambah, antara rakan niaga MyDeal termasuk LaGomera, La Bomba, Milkshake Factory, Maya SWS, Diva Nails, Poise, Suji's Hair Studio dan Timers Beauty. Katanya, MyDeal membantu pelanggan dalam menikmati urus niaga selain mereka dapat berkongsi dengan keluarga serta kawan-kawan melalui pemasaran alam maya. "Malah, menariknya rakan-rakan niaga kami tidak perlu membuat bayaran untuk mempromosi produk, perkhidmatan dan sebagainya dalam portal kami. "Mereka turut akan mendapat pelanggan baru dan publisiti tanpa sebarang risiko," ujarnya. Jan Croeni memberitahu, MyDeal menggunakan kuasa pembelian berkelompok untuk menawarkan harga tiada tandingan dan mencetuskan situasi menang-menang bagi pelanggan dan rakan niaga. Katanya, pembelian berkelompok adalah produk dan perkhidmatan ditawarkan dengan potongan harga dengan syarat terdapat bilangan pembeli yang minimum akan membuat pembelian. Medium baru beli-belah AMIRUL (kiri) dan Ashley memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di MyDeal sentiasa memenuhi cita rasa pengguna.
Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Awamnya, Ashley Gayle Robertson menambah, MyDeal merupakan portal gaya hidup yang memudahkan peniaga dan pelanggan berurus niaga dalam talian. "Sebagai pelanggan, mereka hanya perlu memilih tawaran yang diingini dan membuat bayaran menggunakan kad kredit ataupun kaedah perbankan dalam talian. Ia selamat, mudah dan menjimatkan masa. "Selepas membuat bayaran, baucar akan dihantar melalui e-mel dan mereka hanya perlu mencetak terlebih dahulu sebelum menebus produk atau pun perkhidmatan di tempat rakan niaga kami," katanya. Bagi memudahkan lagi pelanggan-pelanggan dia menambah, mereka boleh mendaftar secara percuma dalam talian untuk mengetahui tawaran terbaru yang ditawarkan MyDeal melalui saluran surat berita dihantar kepada emel setiap hari. Pada kebiasaannya, dia memberitahu, tawaran yang terdapat di portal berkenaan akan berlangsung selama satu sehingga tiga hari sahaja kerana permintaan tinggi daripada pelanggan-pelanggan. "Kami akan sentiasa memastikan setiap tawaran yang dipaparkan melalui portal berkenaan adalah eksklusif dan tidak terdapat di pasaran lain. "Setiap tawaran sudah semestinya berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan. Menariknya tentang tawaran yang terdapat di portal ini adalah ia memberi diskaun 50 sehingga 90 peratus bergantung kepada produk atau perkhidmatan untuk memastikan mereka berpuas hati," ujarnya lagi. Selain pelanggan mendapat faedah, dia menambah, rakan niaga juga tidak terkecuali memperoleh manfaat menarik. Katanya, rakan niaga bukan sahaja dapat mempromosikan produk atau perkhidmatan secara percuma tetapi, berpeluang mengetahui penjualan dan pengunjung melihat tawaran mereka. "Ia sekali gus dapat membantu rakan niaga memperkembangkan lagi segmen sasaran pengguna mereka dengan lebih meluas dan berkesan," tambahnya. Ashley Gayle turut memberitahu, MyDeal kini sedang giat merangka promosi pakej-pakej tawaran pelancongan untuk memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan. "Kita akan mencari agensi pelancongan yang memberi perkhidmatan dan tawaran terbaik. "Ini kerana perkhidmatan terbaik amatlah penting untuk memperoleh kepercayaan pelanggan dalam perniagaan talian ini," katanya. Kuasa rangkaian sosial PARA pekerja MyDeal sentiasa melakukan pemantauan yang teliti sebelum mencari rakan niaga.
Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam, Amirul Aswad berkata, terdapat banyak perkara yang memberangsangkan berlaku dalam dunia sosial dari segi aktiviti pembelian berkelompok dan urus niaga harian. "Apabila melihat urus niaga dikongsi antara kawan-kawan melalui Facebook dan Twitter tentu saja kita akan terdorong bersama-sama mencuba perkhidmatan yang ditawarkan tersebut. "Sehingga kini, MyDeal sudah mempunyai lebih daripada 65,000 pengikut Facebook dan telah berjaya menjual lebih daripada 80,000 baucar dalam masa tidak sampai setahun sejak dimulakan kali pertama di Malaysia," katanya. Amirul menambah, buat masa ini, MyDeal beroperasi di empat negeri di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Katanya, MyDeal bercadang mengembangkan sayap ke semua bandar raya utama di negara ini menjelang akhir tahun 2011 untuk memastikan semua pelanggan menikmati kemudahan tawaran portal terbaru itu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MyDeal dan tawaran terkini yang ditawarkan setiap hari boleh melayari laman web www.MyDeal.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Program cegah kehamilan monyet liar Posted: Program cegah kehamilan monyet liarProgram cegah kehamilan monyet liar MAKANAN yang mudah diperoleh di kawasan bandar menyebabkan monyet mula menyerang bandar-bandar besar seperti Kowloon.
POPULASI monyet liar terus berkembang dengan menjadikan Hong Kong, sebuah hutan konkrit sebagai habitatnya. Tanpa menghiraukan hiruk-pikuk Hong Kong, ia menyebabkan kerajaan negara itu memperkenalkan kawalan kelahiran untuk mengawal ledakan populasi haiwan tersebut. Keprihatinan segelintir masyarakat bandar kosmopolitan yang menempatkan kira-kira 7 juta penduduk dengan memberi makanan kepada monyet-monyet berkenaan turut membantu meningkatkan lagi spesies haiwan itu sehingga melebihi 2,000 ekor kebelakangan ini. Ledakan populasi haiwan itu juga telah meningkatkan aduan gangguan mengenai monyet-monyet berkenaan yang sudah luntur perasaan semula jadi gentar kepada manusia. "Saya rasa masih banyak kawasan untuk hidupan liar. Bagaimanapun, apabila desa dan bandar raya terletak hanya bersebelahan antara satu sama lain ia menimbulkan konflik apabila monyet-monyet ini sudah berani memasuki kawasan bandar," kata Chung-tong Shek dari Jabatan Pemuliharaan Kerajaan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aduan mengenai monyet agresif mengejar pejalan kaki, menyambar beg dan mencapai saku untuk mendapat makanan telah meningkat seiring dengan peningkatan spesies berkenaan. Pada bulan April lalu, terdapat seekor monyet yang berjaya meloloskan diri sehingga berada di pusat Kowloon berdekatan deretan kedai-kedai kamera, hotel dan butik fesyen. "Terdapat banyak makanan yang boleh diperoleh di tong sampah di bandar ini. Setengah daripada haiwan ini akan tersesat di bandar dari semasa ke semasa," kata Shek kepada AFP. Walaupun larangan memberi makanan kepada monyet sudah dikuatkuasakan kerajaan dengan denda akan dikenakan sehingga AS$1,287 (RM3,850), namun nampaknya ia tidak berhasil. Jadi, kerajaan telah menukar strategi kepada kawalan kelahiran. Pada tahun 2002, ujian lapangan telah dilaksanakan. Ia merupakan program menyekat kelahiran pertama di dunia menyasarkan populasi monyet dengan menggunakan kaedah tertentu termasuk vasektomi pada beruk jantan dan suntikan sementara pada monyet betina. Kini program berkenaan menumpukan kepada pensterilan beruk betina yang dilakukan sebanyak dua kali sebulan. Kaedah tersebut yang mengasi monyet tersebut buat selama-lamanya atau sementara waktu telah berjaya mengumpulkan hampir 1,500 ekor. Namun, masalah utama yang timbul melalui keadah itu adalah untuk menangkap monyet-monyet tersebut. Kebanyakan monyet berkenaan berada di semenanjung Kowloon terutamanya sekitar Kam Shan dan taman-taman Lion Rock. Ada juga kumpulan-kumpulan berada di sempadan utara barat. "Amat sukar untuk menangkap monyet. Kita telah mencuba banyak kaedah," kata jurucakap Jabatan Pemuliharaan, Sally Kong. Jaring, sangkar perangkap, umpan hidup, perangkap dan senapang lisu telah digunakan untuk menangkap monyet-monyet berkenaan. Bagaimanapun, kesemua kaedah tersebut hanya boleh digunakan beberapa kali sahaja kerana haiwan berkenaan akan menjadi pintar dan mempelajari menghindarinya. Tidak lama dahulu, monyet-monyet itu juga boleh mengenal pasti individu dan kenderaan Jabatan Pemuliharaan dan mengelak daripada mereka. Kini, sangkar umpan besar akan dibiarkan terbuka selama beberapa hari dengan manusia dikenali dan dipercayai monyet-monyet berkenaan memberi makan kepadanya. "Dengan cara itu, apabila kami menangkap haiwan berkenaan ia tidak akan cemas. Ia akan terus menikmati hidangan di dalam sangkar besar berkenaan kerana telah mengunjungi beberapa kali sebelum ini," kata Ketua Doktor Haiwan Yayasan Pemuliharaan Taman Lautan, Paolo Martelli yang bertanggungjawab melaksanakan pensterilan itu. "Apa yang kami lakukan adalah membuang tiub. Terdapat tiub kecil yang kami potong semasa melakukan pembedahan kecil di antara uterus dan ovari. Kami masuk, keluarkan dua tiub dan keluar. Ia hanya mengambil masa selama beberapa minit," kata Martelli. Jelasnya lagi, ia adalah baik dalam mengekalkan ovarinya kerana ia memainkan peranan penting dalam hormonnya. Program berkenaan telah mendapat sokongan daripada kumpulan-kumpulan hak haiwan. "Pencegahan kehamilan adalah lebih baik berbanding meracun atau menggunakan kaedah maut yang akan menyebabkan haiwan-haiwan ini menderita," kata jurucakap People for the Ethical Treatment of Animals di rantau Asia Pasifik, Ashley Fruno. Monyet-monyet terdapat di Hong Kong dipercayai berasal dari keturunan beruk resus yang dilepaskan sewaktu abad lepas untuk memakan tumbuh-tumbuhan di sekitar takungan membekalkan minuman air kepada bandar raya tersebut. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Inovatif pengimejan Posted: Inovatif pengimejan Inovatif pengimejan IXUS 310 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,199.
PENGELUAR produk penyelesaian pengimejan terkemuka dunia Canon tidak pernah jemu dalam membangunkan kamera digital yang mampu memberi kepuasan kepada penggemar fotografi. Terbaru, Canon melancarkan kamera digital daripada rangkaian IXUS 310 HS yang dilengkapi sistem sensitif tinggi (HS) dan fungsi terbaru mod Movie Digest. Dengan menggunakan sistem HS, peranti terbaru itu dapat memberikan pengimejan berkualiti dan tampak lebih jelas untuk memastikan setiap petikan daripada penggemar fotografi menepati cita rasa mereka. Model IXUS 310 HS yang mempunyai reka bentuk menarik, didatangkan bersama tiga warna pilihan iaitu merah jambu, perak dan perang turut dilengkapi pemproses imej DIGIC 4, bagi membolehkan penggemar fotografi merakam imej pada resolusi tinggi tanpa sebarang gangguan. Resolusi yang mencecah 12.1 megapiksel turut membantu rakaman pengimejan kelihatan lebih natural dalam apa jua keadaan termasuk pergerakan, gegaran, kelajuan dan situasi mencabar. Penggemar fotografi juga tidak perlu berasa bimbang tentang kualiti imej yang dirakam pada pencahayaan rendah malah, mengurangkan penggunaan tripod dengan sistem HS. Buat julung-julung kali, fungsi mod Movie Digest dapat digunakan pengguna rangkaian kamera digital IXUS. Menariknya tentang fungsi itu, pengguna boleh merakam video selama empat saat sebelum imej pegun terhasil. Ia sekali gus dapat memberi gambaran sebenar di sebalik imej pegun yang dirakam menjadikan hasil karya tersebut lebih bermakna kerana mempunyai cerita tersendiri sehingga boleh diabadikan buat selama-lamanya. Pengguna juga tidak akan terlepas sebarang rakaman aksi atau pun bersejarah dalam kehidupan mereka dengan menggunakan teknologi terbaru itu. Bagi yang gemar melakukan efek, mereka boleh mencuba mod kreatif terbaru iaitu efek kamera permainan dan monokrom. Terdapat juga efek lain seperti mod efek mini (miniature effect) yang dapat memberi kesan satu keadaan latar belakang yang kabur manakala, subjek utama adalah jelas dan sempurna. Mod efek mata ikan (fish-eye) dan efek poster turut dapat meningkatkan kreativiti pengguna yang mahukan kelainan pada rakaman imej mereka. Rakaman landskap pula akan menjadi lebih mudah apabila menggunakan peranti terbaru itu kerana turut didatangkan bersama Zum Optikal 4.4x dengan 2.4 sentimeter (sm) sudut luas. Kamera digital IXUS 310 HS yang mempunyai paparan skrin sentuh LCD 8.128 sm dijual pada harga RM1,199. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai IXUS 310 HS boleh diperoleh dalam laman web www. canon .com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Hati Posted: 17 May 2011 08:37 PM PDT Anak cermin cara didikan ibu bapa Posted: 17 May 2011 08:14 AM PDT [unable to retrieve full-text content]“IBU janganlah terus kata tidak boleh, ibu fikirlah dulu atau bincang dengan ayah,” rayu Adam apabila permintaannya untuk dibelikan set catur mini ditolak selepas set yang sedia ada hilang beberapa ‘anggota’ akibat diusung ke sana ke sini. Biasanya apabila diminta sesuatu, ibunya berkata: “Ibu fikir dulu’ dan keputusannya tidak selalunya positif. | Mencipta senyuman di wajah istimewa Posted: 17 May 2011 08:03 AM PDT [unable to retrieve full-text content]TATKALA kaki melangkah masuk ke ruang Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) yang dipenuhi 30 kanak-kanak sindrom Down, masing-masing mempamerkan karakter dan gelagat melucukan. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 17 May 2011 03:16 PM PDT PPMUSM dekati masyarakat di Kampung Guar Lobak Posted: PPMUSM dekati masyarakat di Kampung Guar LobakPPMUSM dekati masyarakat di Kampung Guar Lobak ABDUL RAHMAN (depan, empat dari kanan) bergambar bersama peserta dan keluarga angkat di Masjid Darul Aman Guar Lobak, Padang Serai, Kulim baru-baru ini.
BERKUMPUL. Persatuan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) Pulau Pinang mengadakan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat 2011 di Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kulim, Kedah baru-baru ini. Sepanjang seminggu program itu diadakan, mereka telah menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk senamrobik, gotong-royong, bicara desa dan lawatan ke kawasan projek pertanian yang diusahakan penduduk. Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahmud telah melancarkan program itu. Urusetia program itu, Naemah Jamil berkata, semua peserta tinggal bersama keluarga angkat untuk menyelami cara hidup penduduk di kampung tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | MBSB serah bantuan kepada anak yatim Kepala Batas Posted: MBSB serah bantuan kepada anak yatim Kepala BatasMBSB serah bantuan kepada anak yatim Kepala Batas ABDUL RAIF (enam dari kiri) bergambar bersama penerima bantuan di Kelab Safira Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.
PRIHATIN. Seramai 30 penghuni Rumah Anak Yatim Kepala Batas, Pulau Pinang diraikan dan menerima wang saku daripada Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) Wilayah Utara baru-baru ini. Sumbangan disampaikan oleh pengurusnya, Abdul Raif Shaari pada majlis makan malam di Kelab Safira Seberang Jaya, Pulau Pinang. Menurut urusetia majlis itu, Zainul M. Haja Mydin, sumbangan itu merupakan salah satu daripada pendekatan kemasyarakatan MBSB wilayah itu kepada golongan kurang bernasib baik. Turut menerima sumbangan adalah dua kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung, Muhammad Zarif Ziqri dan Zikry Adam apabila diberikan RM5,000 setiap seorang bagi membiayai rawatan mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SK Bukit Tunggal juara bola sepak Posted: SK Bukit Tunggal juara bola sepakSK Bukit Tunggal juara bola sepak PEMAIN pasukan SK Bukit Tunggal dan SK Durian Mas bergambar sebelum perlawanan akhir Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSDKTU di Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu baru-baru ini.
BERTANDING. Sebanyak 32 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSDKTU) di Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu baru-baru ini. Kejohanan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan itu menyaksikan pasukan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal muncul juara selepas menewaskan pasukan SK Durian Mas dengan keputusan 2-1. Turut serta dalam pertandingan empat hari itu ialah SK Maras, SK Seberang Takir, SK Tok Jiring, SK Bukit Nenas, SK Felda Belara, SK Beladau Kolam, SK Mengabang Telipot dan SK Batu Rakit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 17 May 2011 01:35 PM PDT CShot satukan peminat figurin Posted: CShot satukan peminat figurinCShot satukan peminat figurin Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY Gambar RASHID MAHFOF
|
Permainan seperti ini ada yang bernilai hampir RM1,000.
|
Bagi individu biasa mungkin sukar memahami bagaimana lelaki dewasa bukan setakat minat malah sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengumpul mainan yang lazimnya menjadi kegilaan kanak-kanak. Walaupun kedengaran pelik namun bagi sekumpulan anak muda ini minat mengumpul model-model watak hero aksi terkenal atau action figure mengatasi segala-galanya. Malah mereka menganggap hobi itu mampu memberikan kepuasan tersendiri. Bukan setakat mengumpul pelbagai jenis model watak-watak tersebut bersama permainannya, golongan ini turut mempunyai kumpulan mereka tersendiri bagi berkongsi koleksi dan pengalaman yang dikenali sebagai Collectors Hangout (CShot). Kelebihan yang terdapat pada kumpulan ini ialah setiap permainan atau dikenali sebagai figurin yang dikumpul merupakan model yang sukar diperolehi di pasaran. Antara aktiviti ahli komuniti CShot ialah berkumpul di hujung minggu di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor atau pusat-pusat pilihan mengikut negeri. CShot ditubuhkan pada pertengahan 2009 melalui laman web sosial Facebook dan semakin dikenali terutamanya yang tinggal di sekitar Petaling Jaya. Malah komuniti ini juga berjaya menarik penyertaan lebih daripada 500 orang ahli dari seluruh negara dan semakin popular sehingga dikenali di kalangan pengumpul figurin yang lain. Salah seorang ahli CShot, Muhammad Tajol Hairi, 34, berkata, kesemua ahli komuniti CShot berkongsi hobi yang sama dan ia memudahkan mereka untuk mengenali antara satu sama lain. "Kami bermula dari Facebook dan pada asalnya hanya untuk membentuk sebuah komuniti peminat figurin bagi bertukar-tukar pendapat. "Tetapi kini kami bagaikan sebuah keluarga yang mempunyai hobi yang sama," katanya. Menurut Tajol, hobi mengumpul figurin itu bermula sejak kecil dan kini koleksi yang dimilikinya melebihi 3,000 unit pelbagai jenis figurin. Beliau berkata, walaupun zaman ini boleh dikatakan sebagai era dunia digital, beliau masih berbangga untuk mengumpulkan figurin-figurin tersebut. "Kebanyakan kanak-kanak kini lebih menyukai permainan video yang lebih moden, tetapi pada pendapat saya mainan figurin lebih memberikan kepuasan berbanding permainan video. "Malah keunikan figurin selalu menjadi perhatian lebih-lebih lagi jika ia disusun lengkap dengan model landskap dan siap di cat dengan warna kesan khas yang lebih menonjolkan keistimewaan model tersebut. "Selain itu, keseronokan yang timbul apabila kita memperoleh koleksi figurin yang sukar didapati dalam pasaran juga membuatkan saya teruja apabila berjaya memperolehinya," katanya. Tajol berkata, sepanjang bergiat aktif dengan hobi mengumpul figurin, beliau dapat rasakan bidang itu mampu membuatkan seseorang pengumpul lebih kreatif selain boleh menjana pendapatan sampingan. "Selain dapat meningkatkan kemahiran seni ketika mengecat figurin tersebut, kami juga boleh melakukan aktiviti jual beli secara kecil-kecilan. "Bagaimanapun, bidang ini memerlukan kesabaran yang tinggi selain minat yang mendalam untuk mendapatkan model yang terhad di pasaran. Ia bukan semudah membeli sehelai baju," ujarnya. Setiap koleksi figurin yang dibeli Tajol berbeza-beza mengikut jenis jenama permainan tersebut. "Sebagai contoh, figurin yang saya beli ada diantaranya berharga dari RM10 hingga ke RM3,000. "Lebih mahal figurin yang dibeli oleh pengumpul bermakna ia lebih berharga terutamanya buat koleksi bersalut emas yang sukar diperolehi," jelasnya. Tambahnya, bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik, penggunaan cat airbrush boleh memberikan kesan yang lebih mengagumkan kepada model mainan tersebut berbanding warna asal. "Kebiasaannya penggunaan cat airbrush tidak asing lagi di kalangan peminat figurin bergantung kepada kreativiti untuk menghasilkan kesan khas seolah-olah kelihatan seperti robot sebenar. "Walaupun ia sukar dilakukan dan memerlukan ketekunan dan kesabaran untuk menghasilkan kesan tersebut, ia masih digilai dikalangan kami," katanya. Jelas Tajol lagi, CShot kini mempelawa semua pengumpul figurin untuk menyertai komuniti tersebut melalui laman web www.c-shots.com/forum. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ciptaan Zery lebih berani Posted: Ciptaan Zery lebih beraniCiptaan Zery lebih berani Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA maria.zakaria@utusan.com.my Gambar AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
|
Rekaan Zery menjadi rebutan para selebriti.
|
SETELAH hampir 10 tahun melibatkan diri di dalam bidang rekaan fesyen, Zery Zamry, 27, semakin berani menghasilkan rekaan-rekaan yang pastinya 'memukau' sesiapa sahaja yang memandangnya. Bijak menilai aliran fesyen semasa, pereka muda ini sememangnya kreatif agar segala rekaan yang dihasilkan cantik dan menawan untuk digayakan. Zery mula serius dalam bidang peragaan apabila beliau mula meminati dunia hiburan. Daripada situ, lepasan Ijazah Sarjana Muda Senireka Fesyen, UiTM Shah Alam itu mula mendalami dunia fesyen dengan mengambil tahu jenis-jenis fabrik, bagaimana untuk memotong kain dan mengenali warna-warna yang menarik untuk dijadikan pakaian. ''Penglibatan diri dalam bidang fesyen sememangnya timbul daripada minat dan di awalnya saya hanya meminati artis-artis hiburan terutamanya Ziana Zain. ''Kemudian saya mendalami rekaan-rekaan yang dipakai artis-artis tersebut dan seterusnya terus jatuh cinta dengan seni reka fesyen. ''Dalam erti kata lain saya suka tengok baju yang dipakai oleh artis-artis,'' ujar anak bongsu daripada empat adik beradik itu. Tambahnya lagi, minat itu secara tidak langsung sedikit demi sedikit menjadikannya seorang yang pandai memilih fabrik serta pandai mengenai potongan busana. Hari ini, minat itu telah berjaya melonjakkan namanya di persada fesyen tanah air. Malah Zery Zamry merupakan satu jenama yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat fesyen tanah air. Memandangkan fesyen merupakan nadi kehidupan dan rezekinya, Zery sentiasa mahukan gaya ataupun identiti tersendiri dalam setiap rekaannya. Beliau tidak menafikan bahawa bahan rujukan dari luar negara dan Internet sentiasa menjadi perhatian dan panduannya untuk mendapatkan ilham baru. Mengulas lanjut mengenai bidangnya itu, setiap rekaan atau koleksi yang dihasilkan lebih kepada konsep moden dan urban. Ini kerana jelasnya lagi, konsep tersebut lebih dramatik dan pada masa sama mencetus gaya elegan. ''Saya suka menggunakan unsur-unsur tradisi supaya rekaan yang dihasilkan lebih berevolusi kepada sesuatu yang praktikal dalam masa yang sama mempunyai nilai estetika yang tinggi. ''Saya juga suka menerapkan unsur-unsur glamor dalam rekaan sama ada menggunakan perincian manik, labuci dan kristal yang berkilauan atau sulam tampal yang memberi kesan 3D dan sebagainya,'' ujar anak jati Selangor itu lagi. Bagi anak teruna yang meminati warna hitam dan merah jambu itu, dalam setiap rekaan yang dihasilkannya, tidak hanya terhad kepada satu atau dua jenis warna sahaja. Zery sebenarnya suka bermain dengan pelbagai warna yang mengikut peredaran musim. Sebagai contoh jika musim bunga dayu panas, Zery akan menampilkan rekaan yang lebih bold dengan warna-warna terang seperti merah jambu terang, ungu, biru firus dan sebagainya. Jika dilihat daripada segi pemilihan fabrik pula Zery gemar fabrik yang lembut seperti sutera satin, sutera , sutera krep, tafeta dan sutera Thai. ''Fabrik-fabrik sutera ini amat lembut dan ia akan jatuh mengikut bentuk tubuh seseorang itu dengan cantik. "Manakala bagi rekaan yang lebih bersifat edgy, saya gemarkan fabrik sutera thai dan tafeta kerana ia senang untuk dibentuk dan mempunyai ton-ton warna yang jarang didapati daripada fabrik lain. ''Itu untuk fabrik manakala untuk renda pula saya gemar renda Perancis,'' katanya. Tetapi berlainan pula dengan rekaan baju pengantin di mana Zery lebih gemarkan warna-warna lembut dan pastel dan tidak ketinggalan bermain dua atau tiga tona yang berlainan di atas sehelai baju. Warna-warna tersebut akan menampakkan rekaan lebih mewah dan elegan di samping dapat menimbulkan mood sesetengah pakaian dan si pemakainya. Setakat ini antara selebriti yang pernah menggayakan rekaan Zery ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Elyana, Natasha Hudson, Dynas dan ramai lagi. Menjadikan pereka-pereka Arab seperti Ellie Saab dan Basil Soda sebagai idola, Zery kini semakin ligat di dalam dunia fesyen di mana yang terbaru dia baru sahaja membuka butiknya yang kedua. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan Zery, mereka boleh menghubunginya di talian 017-6519056. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan