Jumaat, 6 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 06 May 2011 01:21 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Tragedi Pos Dipang

Posted:

Tragedi Pos Dipang

Tragedi Pos Dipang


ANGGOTA mencari dan menyelamat mengangkat mayat salah seorang mangsa tragedi banjir lumpur Pos Dipang yang meragut 44 nyawa pada 22 Ogos 1996.


TRAGEDI Pos Dipang sudah lama berlalu. Mungkin kebanyakan daripada kita tidak lagi mengingati kejadian banjir lumpur yang berlaku pada lewat petang 29 Ogos 1996 itu. Namun, bagi yang terlibat secara langsung, detik-detik penuh debaran tersebut, masih segar dalam ingatan.

Ketika negara sedang sibuk mengadakan persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-39, ketika itulah perhatian terarah ke sebuah kawasan pedalaman di Kampar, Perak.

Banjir lumpur yang berlaku telah meragut 44 nyawa. Daripada jumlah itu, 39 mayat ditemui manakala lima lagi gagal dikesan sehingga kini.

Sebelum itu, tiada siapa menyangka sungai yang mengalir tenang, boleh bertukar menjadi teramat ganas.

Selain masyarakat Orang Asli yang mendiami kawasan sepanjang Sungai Dipang, turut menjadi mangsa ialah empat sekeluarga berketurunan Tionghua yang tinggal di kampung berdekatan.

Di sebalik kejadian luar jangka itu, hakikatnya, ia telah membuka mata banyak pihak - kerakusan manusia terhadap khazanah alam pasti akan membawa padah kepada sesiapa sahaja.

Tragedi Pos Dipang yang mencatatkan korban terbesar akibat banjir lumpur itu dilaporkan berkait rapat dengan aktiviti pembalakan berleluasa oleh pihak-pihak tertentu di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, dalam masyarakat Orang Asli, mereka percaya bencana buruk yang memusnahkan penempatan tersebut dalam sekelip mata adalah isyarat kemurkaan Tuhan.

Apa pun, tragedi Pos Dipang telah menuntut pelbagai agensi untuk bekerja keras melaksanakan tugas masing-masing. Antara yang tidak dapat dipisahkan dengan masalah Orang Asli ialah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) atau kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Secara amnya, operasi mencari dan menyelamat melibatkan seramai 400 anggota penyelamat terdiri daripada polis daerah, pasukan bomba pusat, pasukan 2 Briged Rejimen Renjer Diraja Ipoh, Pasukan 69 Komando Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Batalion Ketiga PPH Bidor, kakitangan Pejabat Daerah Kampar dan Pasukan Pertahanan Awam Ipoh serta pihak-pihak lain.

Kini, penempatan baru Orang Asli Pos Dipang yang didirikan tidak jauh daripada lokasi kejadian, hanya mempunyai seorang tok batin bagi menyatupadukan penduduk di kawasan itu.

Wartawan S2, SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar, ISMAIL KAMADIN yang meninjau semula ke lokasi kejadian, berkesempatan bertemu beberapa individu yang terlibat dalam tragedi tersebut. Berikut adalah sebahagian daripada peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan mereka.

Ikuti laporan penuh tragedi ini dalam S2 utusan Malaysia hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masakan Melayu jadi pilihan

Posted:

Masakan Melayu jadi pilihan

Masakan Melayu jadi pilihan


Chef Zaidah dan Philip bergambar bersama juadah masakan Melayu yang disajikan di Restoran Djeumpa, bukit antarabangsa.


Ini kerana, masakan tradisional Melayu kaya dengan rasanya yang unik, pedas, masam dan manis serta lauknya yang berempah dengan pelbagai pilihan juadah pembuka selera, hidangan utama hinggakan ke pencuci mulut.

Juadah masakan tersebut juga lebih dikenali melalui makanan khasnya yang tersendiri seperti nasi dagang di Terengganu.

Selain itu, di Kelantan pula terkenal dengan nasi kerabu, Negeri Sembilan dengan masakan berlemak, Pahang dengan gulai tempoyak, Kedah dengan asam laksa dan Melaka dengan asam pedas.

Menariknya mengenai masakan Melayu ialah hampir setiap masakan itu dihidang bersama nasi yang merupakan makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia.

Maka tidak hairanlah mengapa masakan Melayu digemari selain cara penyediaannya yang mudah kerana dihidangkan sekaligus tanpa turutan sajian.

Minggu ini Gaya Chef S3, membawa pembaca ke salah satu restoran yang menyediakan juadah masakan Melayu seperti yang terdapat di Restoran Djeumpa, Kelab Oakleaf, Bukit Antarabangsa.

Djeumpa yang diusahakan oleh Chef Zaidah Mohd. Noor dan Philip K.M. Phang menyediakan sebuah lokasi menjamu selera yang membuatkan anda terasa tenang.

Ruang santai di dalam restoran tersebut tersusun rapi dalam dekorasi gabungan tradisional dan urban menjadikannya pilihan yang sesuai buat orang ramai.

Menurut Chef Zaidah, nama Restoran Djeumpa dipilih berdasarkan nama bunga cempaka dalam dialek Acheh (Bungong Jeumpa).

Bunga tersebut banyak ditanam di Nusantara dan mempunyai pelbagai warna yang menarik malah spesis bunga tersebut juga dikatakan tahan lasak dan tidak mudah layu.

Sesuai dengan namanya, walaupun pernah ditutup oleh kerana tragedi tanah runtuh, Djeumpa masih kekal sehingga ke hari ini dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penduduk setempat dan luar kawasan.

Selain restoran tersebut, Chef Zaidah dan Philip juga mengusahakan sebuah lagi restoran di tingkat bawah, Amcorp Mall yang diberi nama sebagai Meeting Point Cafe.

"Ketika Restoran Djeumpa tutup selama setahun, kami mula membuka sebuah restoran berkonsepkan kafe untuk melihat sambutan yang diterima dikalangan pelanggan tetap kami," katanya.

Setelah melihatkan perniagaan semakin berkembang di Amcorp Mall dan keadaan di Bukit Antarabangsa semakin pulih, mereka berdua mengambil langkah berani untuk membuka semula restoran Djeumpa pada tahun 2010.

Malah pada Julai akan datang, mereka berdua bakal membuka sebuah lagi restoran yang terletak di Carrefour, Kota Damansara.

Bagi Chef Zaidah, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di Djeumpa menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

"Djeumpa menawarkan masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

"Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan," jelasnya.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti asam pedas, bubur candil, bahulu gulung, dendeng antarabangsa dan pulut uban pastinya membangkitkan selera mereka yang menyukai masakan Melayu asli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 06 May 2011 11:27 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Sambutan Hari Ibu, Bapa ke-11 RSM

Posted:

Sambutan Hari Ibu, Bapa ke-11 RSM

Sambutan Hari Ibu, Bapa ke-11 RSM

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


HELMI The Gimik (dua dari kanan) memeriahkan tetamu Hari Ibu yang disambut di Restoran Seri Melayu tahun lalu.


PASTI ramai yang masih belum membuat sebarang perancangan untuk meraikan kedua-dua orang tua sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa pada bulan Mei dan Jun ini.

Jika tidak tahu mahu ke mana-mana, apa kata raikan kedua-dua ibu dan bapa anda di Restoran Seri Melayu (RSM) yang menjanjikan kelainan pada mana-mana sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa dengan menampilkan pelawak, Helmi The Gimik dan Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, RSM sekali lagi mengambil kesempatan menganjurkan Hari Istimewa Meraikan Hari Ibu dan Bapa. Ia merupakan acara tahunan kali ke-11 diadakan pada 7 Mei ini.

"Kali ini kami menjanjikan sambutan yang berlainan dan begitu istimewa sekali berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Ia bukan sekadar sambutan Hari Ibu yang biasa, tetapi kita akan cuba garapkan perasaan dalam diri hadirin terutamanya anak-anak mengenai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu bapa sepanjang membesarkan mereka," kata Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Seri Melayu, Johari Abdul Jalil pada sidang media di restoran tersebut baru-baru ini.

Pembuka tirai pada majlis tersebut akan dimulakan dengan persembahan tarian. Para tetamu dihidangkan dengan 150 hidangan secara bufet.

Tetamu pasti tidak kering gusi dengan persembahan Helmi The Gimik yang menggeletek hati dan menghiburkan selain berpeluang menyaksikan persembahan nyanyian beserta aksi gelek M. Daud Kilau.

Restoran Seri Melayu menawarkan sajian 1Malaysia seperti masakan Melayu, Cina dan India, malah ada antara menu tersebut dimasak terus di hadapan tetamu di gerai-gerai kecil yang disediakan.


ORANG ramai berpeluang menikmati makanan 1Malaysia di Restoran Seri Melayu pada sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa.


"Seperti tahun-tahun yang lalu, dua kategori hadiah telah disediakan untuk para ibu bapa iaitu Anugerah Ibu RSM 2011 dan Anugerah Bapa RSM 2011.

"Kriteria kedua-dua anugerah ini dipilih berdasarkan ibu dan bapa yang paling senior usianya," ujarnya.

Apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak ialah mencalonkan ibu bapa masing-masing dan pihak jawatankuasa RSM akan memilih pemenang.

Pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut akan memenangi hadiah berupa sehelai selempang songket bertatahkan kerongsang (ibu) atau tengkolok songket bertatahkan kerongsang (bapa), sebentuk cincin, seutas jam tangan, baucar penginapan, jambangan bunga, sebuah lukisan RSM, wang tunai RM888 dan sebuah hamper.

Selain anugerah tersebut, RSM turut memberikan dua hadiah khas kepada ibu bapa dengan kehadiran anak paling ramai dan ibu bapa dengan kehadiran keluarga yang berpakaian sedondon mengikut warna tema ungu dan putih.

Pemenang hadiah khas tersebut bakal membawa pulang baucar hidangan bufet minum petang bernilai RM500 di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur, hamper, sepasang jam tangan, jambangan bunga dan sebentuk cincin berlian.

Dalam pada itu sebanyak 30 hingga 50 hadiah cabutan bertuah menanti tetamu pada majlis tersebut.

Untuk keterangan lanjut berkenaan tempahan boleh berhubung dengan bahagian tempahan dan pejabat jualan di talian 03-2145 1833, 03-2145 1811, 03-2020 5055 03-2166 6006 dan 03-2166 7007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 06 May 2011 09:04 AM PDT

Utusan Online - Johor


Kluang ‘diserang’ deruman enjin

Posted:

Kluang 'diserang' deruman enjin

Kluang 'diserang' deruman enjin

Oleh HAMDAN TAWADI
editjohor@utusangroup.com.my


ANTARA motosikal yang dipamerkan pada Hari Himpunan Belia di Kluang, baru-baru ini.


KLUANG 5 Mei – Deruman enjin dan reka bentuk motosikal pelbagai gaya serta unik, pasti menarik perhatian orang ramai yang melalui Dataran Persiaran Dato' Ismail Hassan di sini baru-baru ini.

Namun deruman itu bukan datang daripada enjin mat rempit yang mahu berlumba, sebaliknya daripada kira-kira 1,000 deretan motosikal berkuasa besar yang menyertai Majlis Himpunan Belia anjuran Kelab Kluang Bikerz bersama kerajaan negeri.

Selain motosikal berkuasa tinggi, pengunjung turut disajikan dengan pameran kereta yang diubah suai termasuk sebuah Perodua Kancil yang 'dijelmakan' dalam bentuk klasik tetapi dilengkapi sistem audio, televisyen dan peralatan elektronik moden.

Majlis yang berlangsung selama 11 hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota berkata, program itu dapat membantu golongan belia menyertai aktiviti yang sihat selain berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakan-rakan lain.

"Gunakanlah peluang ini untuk bertukar pandangan dan mencari idea untuk memajukan lagi gerakan belia. Apabila golongan belia bersatu, kuat dan berilmu serta berkemahiran, pembangunan negara dapat dipacu dengan jayanya," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Menurutnya, kejayaan penganjuran yang dapat menarik ramai penyertaan dan pengunjung menjadikan program itu sebagai satu produk pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan di daerah ini.

Sementara itu, Penyelaras Program, Zulkifli Dahlan yang juga Presiden Kelab Kluang Bikerz berkata, kejayaan penganjuran program tersebut adalah kerana wujud semangat setia kawan dan kerja berpasukan daripada semua kelab motosikal yang menyertainya.


PELBAGAI lapisan masyarakat tertarik menyaksikan himpunan motosikal berkuasa tinggi.


Beliau berkata, jemputan menyertai program itu telah dipanjangkan kepada beberapa kelab di seluruh negara menerusi

Facebook dan atas semangat setia kawan, kira-kira 1,000 penunggang daripada pelbagai kelab motosikal 'turun' ke daerah ini untuk menjayakan majlis berkenaan.

"Ini yang mahu kita terapkan dalam diri setiap belia iaitu semangat setia kawan dan kerja berpasukan. Bukan sekadar motosikal berkuasa tinggi untuk bergaya.

"Kami amat berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi menempatkan program ini dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Putra Bikerz, Mohd. Fairuz Kasim berkata, konsep konvoi amal sering diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan pihaknya.

"Kami juga telah merancang untuk memberi sumbangan kepada Orang Asli di Segamat dalam program Konvoi Amal Putra Bikerz pada masa terdekat.

"Mungkin konsep konvoi amal ini juga dapat diterapkan dalam Majlis Himpunan Belia akan datang untuk memeriahkan lagi program," katanya.

Seorang pengunjung, Azhar Ariffin, 46, yang datang bersama ahli keluarga bukan sahaja tertarik dengan reka bentuk dan corak pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan, malah berpeluang mendapatkan barangan daripada gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk.

"Majlis seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan belia, malah semua lapisan masyarakat mendapat faedah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

80 rayu tangguh ubah suai

Posted:

80 rayu tangguh ubah suai

80 rayu tangguh ubah suai

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 5 Mei - Seramai 80 peniaga merayu pihak pengurusan Plaza Kotaraya di sini supaya menangguhkan projek pengubahsuaian bangunan berkenaan untuk sementara waktu.

Wakil peniaga, Yassin Yusof, 56, turut meminta pihak pengurusan memberi penjelasan terperinci mengenai konsep pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan terhadap plaza tersebut.

"Sebelum ini para peniaga di sini pernah dipanggil secara individu dan diberitahu bahawa mereka perlu mengosongkan premis perniagaan selepas September ini bagi membolehkan projek itu dilaksanakan, tetapi tidak pernah mendapat notis rasmi.

"Kami merayu supaya projek itu ditangguhkan buat sementara waktu selain kami diberikan penjelasan khusus dan diberi peluang melihat pelan pembangunan yang bakal dilakukan di plaza ini," katanya di sini hari ini.

Difahamkan projek pengubahsuaian itu untuk menambah baik keadaan fizikal bangunan bagi menarik lebih ramai pengunjung membeli-belah di plaza tersebut.

Yassin juga merayu pihak pengurusan supaya memberi jaminan kepada para peniaga bagi membolehkan mereka berniaga semula di premis sedia ada selepas projek pengubahsuaian itu siap sepenuhnya.

Selain itu, pihak pengurusan juga diharap menyediakan satu lokasi baru bagi membolehkan para peniaga tersebut menjalankan perniagaan sepanjang tempoh projek pengubahsuaian dilaksanakan antara enam hingga lapan bulan.

Sementara itu wakil kepada Ahli Parlimen Pulai, Azan Ahmad berkata, pihaknya bersama dengan Persatuan Penjaja, Peniaga dan Industri Kecil Melayu akan menjadi orang tengah untuk membincangkan perkara berkenaan bersama pihak pengurusan Plaza Kotaraya.

Beliau memberitahu, satu pertemuan khusus akan diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan isu tersebut untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Damansara Asset Sdn. Bhd., Ungku Abdul Aziz Ungku Hasnan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya akan mengadakan satu pertemuan dengan para peniaga bagi menjelaskan isu tersebut.

"Projek pengubahsuaian itu untuk kebaikan para peniaga kerana ia adalah sebahagian daripada proses menarik lebih ramai pengunjung ke Plaza Kotaraya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 06 May 2011 07:22 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Latih pesakit untuk berdikari

Posted:

Latih pesakit untuk berdikari

Latih pesakit untuk berdikari

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



PASTI ramai yang masih teringat kisah tragis pada 25 Ogos tahun lalu. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun iaitu Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin yang meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya sendiri, Muhaimin Sautar, 33, dengan sebilah pisau.

Tragedi menyayat hati yang berlaku di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, Kelantan itu mungkin boleh dielakkan jika Muhaimin yang mengalami masalah mental tidak menghentikan pengambilan ubatnya.

Bukan Muhaimin sahaja yang menghentikan pengambilan ubat itu dengan mengisytiharkan dirinya sudah sihat, hakikatnya ramai pesakit psikiatri yang lain turut berbuat demikian gara-gara enggan dilabel oleh masyarakat sebagai gila.

Lupuskan istilah

Mentaliti sebegini perlu diubah. Istilah gila perlu dilupuskan dan digantikan dengan stres, depresi, sakit jiwa, sakit mental dan sakit saraf.

Realitinya, setiap daripada kita terdedah untuk menghidap sakit mental jika tekanan atau stres yang dialami gagal diurus dengan bijak.

Hakikatnya, pesakit psikiatri yang bertindak di luar batasan kewarasan fikiran boleh dielakkan jika masyarakat tidak bersikap prejudis terhadap golongan itu dengan melabelkan mereka sebagai gila sedangkan penyakit mental dapat dipulihkan jika mendapat rawatan segera.

Pesakit-pesakit mental biasanya dirawat di hospital-hospital sakit jiwa seperti di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak dan Hospital Permai Johor Bahru, Johor. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai kewujudan pusat rawatan harian psikiatri di Pusat Rawatan Harian Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum melangkah masuk ke pusat rawatan harian tersebut, perasaan gusar dan takut bersilih ganti dalam diri penulis bimbang diserang oleh pesakit psikiatri di situ.

Nyata telahan penulis meleset kerana pesakit psikiatri di pusat rawatan harian tersebut tekun membuat aktiviti masing-masing.

"Tidak perlu bimbang kerana pesakit psikiatri yang teruk ditempatkan di wad, manakala mereka yang sudah pulih dihantar ke pusat rawatan harian psikiatri.

"Mereka yang telah stabil dihantar ke pusat ini untuk membina kemahiran dan kawalan bagi melakukan aktiviti harian.

"Pada masa yang sama, latihan inijuga bagi membiasakan mereka dengan persekitaran," kata Pakar Psikiatri dan Pensyarah di PPUM, Dr. Aida Syarinaz Ahmad Adlan.

Menurut Aida, setiap hari pesakit psikiatri akan datang sendiri atau dihantar oleh ahli keluarga masing-masing untuk menjalani rawatan harian bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang.

"Mereka yang ditempatkan di pusat ini terdiri daripada pesakit yang pulih di antara 50 hingga 60 peratus.

"Jika ada antara mereka yang bertindak agresif, maka mereka akan diletakkan di wad semula," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pusat Rawatan Harian Psikiatri PPUM hanya menempatkan pesakit psikiatri yang menerima rawatan di PPUM sahaja.

Saranan doktor


PESAKIT dilatih cara menenun sarung tangan.


"Jika ada orang luar yang berminat untuk mendapatkan rawatan di pusat harian tersebut, mereka perlu mendaftar di klinik terlebih dahulu.

"Doktor bertugas akan melihat keadaan seseorang pesakit psikiatri itu sebelum diletakkan di pusat rawatan harian," jelasnya.

Kata Aida, setiap pesakit mempunyai aktiviti mereka sendiri berdasarkan saranan doktor. Mereka juga mempunyai borang rujukan masing-masing kerana terapi setiap daripada mereka berbeza-beza.

Pesakit psikiatri di pusat rawatan harian tersebut melakukan aktiviti seperti bengkel latihan dan pemulihan kerja yang dinilai berdasarkan beberapa aspek. Antaranya termasuklah kedatangan, ketepatan masa, penampilan diri, komitmen dan komunikasi. Selain itu, kualiti kerja, pengurusan tekanan semasa kerja, interaksi dalam kumpulan dan beberapa aspek lain juga dinilai.

Rutin pesakit psikiatri bermula seawal pukul 8.30 pagi. Meraka akan melakukan senaman pagi diikuti permainan dalam terapi kumpulan, aktiviti memasak, terapi asertif atau psikodrama, terapi lukisan, latihan penampilan diri dan sebagainya.

"Terapi berkumpulan biasanya melibatkan perbincangan mengenai cara-cara untuk menguruskan kesihatan mental, permainan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memasak.

"Setiap hari Rabu minggu ketiga, pusat ini mengadakan program pendidikan psikologi keluarga khas untuk memberikan informasi kepada keluarga pesakit tanpa kehadiran pesakit," katanya.

Jelas Aida, ia lebih kepada sesi soal jawab antara pihak pusat rawatan harian dan ahli keluarga pesakit. Lazimnya, ia tertumpu kepada perkembangan pesakit di rumah. Pada masa yang sama, ia juga platform untuk mendidik ahli keluarga pesakit cara-cara menguruskan pesakit psikiatri.

Walaupun pesakit semakin pulih dan mendapat rawatan harian di pusat tersebut, pesakit psikiatri masih perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan.

"Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit psikiatri mengambil ubat mereka.

"Jika ada pesakit yang sudah lama tidak datang ke pusat ini, kami akan menghubungi keluarga mereka untuk mengetahui perkembangan kesihatan pesakit dan menasihatkan mereka untuk membawa pesakit menjalani rawatan seperti biasa," jelas Aida.

Pusat Rawatan Harian Psikiatri PPUM ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum. Pusat itu menempatkan pesakit berusia 18 hingga 60 tahun dengan bayaran RM5 sehari.

Menurut ketua jururawat pusat rawatan harian tersebut, Lezah Mohd. Kasmuri, pusat harian itu juga mempunyai sebuah kafe yang dikendalikan oleh pesakit psikiatri. Kafe itu dibuka pada tahun 2009 hasil idea Dr. Hazlin Lockman.

Bimbingan untuk pulih


SEORANG kakitangan PPUM (tengah) membimbing pesakit dengan menguji tahap ingatan mereka.


"Mengendalikan kafe merupakan salah satu cara pemulihan buat pesakit psikiatri kerana mereka dibimbing cara-cara untuk mengendalikan kafe, berinteraksi dengan pelanggan, membuat kopi, sandwic dan mengambil pesanan.

"Seramai empat orang pesakit akan menguruskan kafe pada satu-satu masa. Sekali pandang memang nampak mudah tugas mereka kerana sekadar menyapu marjerin pada roti, hakikatnya dengan penyakit yang mereka hidapi, tugasan yang mudah menjadi sukar sekiranya tanpa latihan yang mencukupi," ujarnya.

Pusat itu juga menyediakan sebuah dapur khas bagi membolehkan pesakit-pesakit membuat dan membakar kek serta biskut. Makanan tersebut akan dijual di kafe dengan seliaan staf di pusat terbabit.

Di sebelah kafe pula kelihatan beberapa pesakit tekun melakukan aktiviti kraftangan seperti menghasilkan rantai dan gelang manik, alas kaki, beg, kotak tisu dan sebagainya.

"Setiap hasil kerja dan biskut yang dibuat akan dijual. Hasil jualan tersebut digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain pada masa akan datang.

"Semua pesakit di pusat ini akan dinilai. Mereka yang bagus akan dikredit dengan memaparkan nama pedan gambarnya di papan kenyataan supaya menjadi contoh dan motivasi kepada pesakit psikiatri yang lain," kata Lezah.

Pesakit yang terlibat dalam aktiviti kraftangan pula sebenarnya diuji daya ketekunan dan fokus mereka. Jika mereka letih, mereka dibenarkan berehat tetapi tidak dibenarkan keluar berjalan-jalan ke tempat lain.

"Saya suka berada di pusat ini kerana ada ramai kawan dan boleh belajar buat beg. Saya boleh menyiapkan sebuah beg dalam masa tiga hari," kata seorang pesakit wanita berketurunan Cina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Starbucks tanam pokok sambut ulang tahun

Posted:

Starbucks tanam pokok sambut ulang tahun

Starbucks tanam pokok sambut ulang tahun

Oleh NURUL IZZA ROSLY


Selepas selesai menanam pokok-pokok semua peserta meraikan kejayaan misi mereka dengan bergambar-gambar beramai-ramai.


RUTIN pagi 100 pengurus stor Starbucks seluruh Malaysia tanggal 14 April lalu tidak seperti hari-hari biasa. Kebiasaannya, mereka akan menuju ke premis Starbucks yang diamanahkan untuk mengurus operasi perniagaan bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati kopi dan hidangan enak. Tetapi pagi Khamis itu, seawal pukul 6.30 pagi, mereka berkumpul di perkarangan pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur untuk memulakan misi penting.

Masing-masing pantas sahaja mengisi perut empat buah bas sebelum bertolak pukul 7 pagi menuju Hutan Simpan Kota Damansara, Petaling Jaya sambil bersorak penuh keterujaan di dalam bas.

Setibanya di lokasi tersebut selepas 40 minit perjalanan, para pengurus stor Starbucks yang mengenakan kemeja-T berona hitam tidak sabar memulakan tugas mereka untuk menjayakan misi menanam pokok.

Jika sebelum ini mereka hanya memegang pen menguruskan kira-kira atau membancuh kopi buat pelanggan Starbucks, tetapi pagi itu mereka hanya berbekalkan cangkul dan pokok untuk ditanam.

Sebelum misi dimulakan, kesemua 100 pengurus stor bersama 40 pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Shah Alam dibahagikan kepada empat kumpulan.

Senaman ringan menjadi mukadimah pembuka acara pagi itu sebelum memulakan perjalanan masuk ke perut hutan hampir satu kilometer yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Suasana sunyi Hutan Simpan Kota Damansara pagi itu riuh-rendah dek keghairahan rombongan Starbucks yang sibuk mencangkul sebaik sahaja lokasi untuk menanam pokok masing-masing dijumpai.

Program menanam pokok itu turut disertai oleh selebriti televisyen yang juga seorang ibu, Aishah Sinclair.

Antara pokok yang ditanam hari itu ialah pokok petai, kedondong, rambutan, langsat, sentul, tampoi, keledang temponek dan rambai.

Tiada seorang pun merungut melakukan aktiviti tersebut walaupun ada antaranya langsung tidak mempunyai pengalaman menanam pokok.

Walaupun ada yang kekok memegang cangkul dan terkial-kial menggunakannya, semangat 'hijau' yang ditunjukkan wajar dipuji dan dicontohi.

Perkhidmatan komuniti


Sydney (dua dari kanan) bersama Aishah (dua dari kiri) menanam sebatang pokok di Hutan Simpan Kota Damansara.


Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Starbucks, Sydney Quays yang turut serta pada hari itu memberitahu, program tersebut adalah sempena sambutan ulang tahun ke-40 Starbucks.

"Setiap tahun kami akan menganjurkan bulan perkhidmatan global sepanjang April yang merupakan sebahagian komitmen syarikat memberi perkhidmatan kepada komuniti.

"Aktviti menanam pokok adalah antara 16 projek yang dirancang hasil kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang dijalankan sepanjang April ini," katanya.

Dalam pada itu, guru pengiring SMV Shah Alam, Siti Aishah Rusli menyifatkan program yang dianjurkan Starbucks dengan kerjasama Yayasan Anak Warisan Alam adalah sangat baik kerana ia dapat membentuk peribadi pelajar supaya menyayangi bumi.

"Para pelajar begitu teruja. Segelintir daripada mereka pertama kali masuk hutan dan menanam pokok kerana menetap di kawasan bandar tidak memberikan mereka peluang menimba pengalaman sedemikian," ujarnya.

Bagi Aishah Sinclair aktiviti menanam pokok amat bermakna dan mendatangkan manfaat kepada semua orang.

"Sejak menjadi ibu, saya amat mementingkan alam sekitar kerana ia adalah warisan untuk anak saya kelak.

"Aktiviti sebegini adalah salah satu cara untuk hargai dan sayangi alam sekitar. Cukup sekadar setiap seorang daripada populasi rakyat Malaysia menanam satu pokok seorang," ujarnya.

Dua pelajar SMV Shah Alam, Siti Mubaraqah Amri dan Norlinda Anisa Yanto, 16, berterima kasih kepada Starbucks kerana menjemput mereka untuk turut serta melakukan aktiviti menanam pokok.

"Saya tidak pernah tanam pokok sebelum ini. Ini adalah pengalaman pertama kali.

"Jika ada aktiviti sebegini pada masa akan datang, saya tidak akan teragak-agak untuk menyertainya," kata Siti Mubaraqah.

Norlinda Anisa pula punya misi tersendiri. Dia akan meminta keluarganya serta menyarankan kepada rakan-rakannya di sekolah untuk menanam satu pokok seorang untuk menghijaukan bumi agar dapat membekalkan oksigen bagi keperluan manusia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ED petanda awal penyakit jantung

Posted:

ED petanda awal penyakit jantung

ED petanda awal penyakit jantung

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


KEBANYAKAN lelaki yang mengalami ED malu untuk melakukan rawatan lanjut di hospital.


MATI pucuk atau disfungsi erektil (ED) sering dianggap sementara atau merupakan isu psikologi. Bagaimanapun, pengamal perubatan kini memberi amaran bahawa ED yang sebelum ini tidak diambil serius mempunyai implikasi mengancam nyawa.

Sekiranya rawatan gagal didapati, terdapat peningkatan bukti perubatan yang menunjukkan bahawa ED merupakan amaran awal kepada penyakit kardiovaskular.

ED merujuk kepada keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu dan sukar mencapai atau mempertahankan ejakulasi dalam tempoh lama. Ejakulasi merujuk kepada pemancutan air mani ketika melakukan hubungan seks.

Justeru, keadaan itu menyebabkan mereka tidak puas dan tertekan dengan kehidupan seksual.

Laporan terkini yang dikeluarkan Pfizer menunjukkan lebih 150 juta lelaki di seluruh dunia mengalami ED dan jumlah itu mampu bertambah dua kali ganda menjelang 2025.

Sementara itu, di Asia bilangannya dijangka mencecah kira-kira 200 juta lelaki pada tahun 2025.

Di Malaysia pula, kaji selidik Kesihatan Seksual dan Kesihatan Keseluruhan Asia Pasifik (AP SHOW) yang turut dijalankan Pfizer membuktikan 62 peratus lelaki tidak berpuas hati dengan kehidupan seksual.

Sementara 40 peratus lagi mengalami ketegangan separuh matang atau suboptimal erction.

Pengarah Perubatan Pfizer, Dr. Vicknesh Wellupillai berkata, ED adalah simptom awal bagi penyakit kardiovaskular dan lazimnya ia berlaku seiring dengan kencing manis, hipertensi, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

Justeru tegasnya, ia perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelak bertukar menjadi penyakit kardiovaskular dalam jangka masa kira-kira tiga tahun.

Menurut Vicknesh, menyedari hakikat bahaya ED, Pfizer Malaysia dan pusat gimnasium, Celebrity Fitness bekerjasama menganjurkan kempen Make A Stand bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan mengenai ED.

Katanya, melalui kempen itu, golongan lelaki akan ditawarkan maklumat terperinci berhubung ED, cara mengesannya lebih awal dan keperluan mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala berkenaan atau suboptimal erection.

"Kempen ini dianjurkan secara tertutup di bilik persalinan bagi menggalakkan seseorang yang mempunyai gejala ED lebih terbuka berbincang dengan pakar yang mengendalikannya.

"Selain itu, ia juga bagi membolehkan peserta membezakan peringkat ereksi berlainan melalui ujian sentuhan mudah yang akan menunjukkan di mana kedudukan mereka di dalam Skor Kesukaran Ereksi (EHS)," katanya pada majlis Pelancaran Kempen Make A Stand di Celebrity Fitness, Bangsar Village II, Bangsar baru-baru ini.

Terangnya lagi, ujian EHS adalah kaedah mudah dan mampu mengukur secara tepat tahap ketegangan zakar dengan skala satu hingga empat bagi memudahkan penentuan jenis rawatan atau senaman yang sesuai.

Mesin ujian tersebut akan diletakkan di beberapa cawangan terpilih Celebrity Fitness di seluruh negara.

Proses pemeriksaan dan khidmat nasihat akan dilakukan dalam bilik persalinan lelaki pusat kecergasan tersebut serta dilengkapi modul yang mudah difahami peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 06 May 2011 01:28 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Bujang terlajak

Posted: 05 May 2011 07:04 PM PDT

Ratu

Ramai mahu stabilkan ekonomi diri sebelum berkahwin

DALAM dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah perjanjian antara lelaki dengan wanita sebagai satu ikatan sah dan bersih dengan tujuan mengembang dan memanjangkan zuriat.

Begitupun, bagi memenuhi kehendak fitrah dan juga tuntutan agama, masih wujud lagi sekelompok insan yang bersendiri, wanita dilabel sebagai andartu atau anak dara tua, manakala jejaka pula digelar bujang terlajak. Isu ini mungkin lapuk, malah ada yang mengambil pendekatan untuk tidak mempersoalkan soal jodoh kerana ia adalah ketentuan Tuhan. Namun, sedar atau tidak, situasi yang kini bertukar menjadi fenomena perlu diteliti sebelum mendatangkan masalah kemudian hari.

Memetik kenyataan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Samad Kechot, bahawa gejala kahwin lewat usia dalam kalangan lelaki dan perempuan adalah masalah sepunya masyarakat dan bukan menjadi masalah individu.

Malah, beliau juga bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep perkahwinan serta menghalalkan seks bebas, sekali gus menyebabkan akidah tergelincir sehingga meningkatkan kes masalah sosial masyarakat.

Isu ini seharusnya dipandang serius, jika tidak mana mungkin, lapan tahun dulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengutarakan untuk mengendalikan program 'Mencari Jodoh' sekiranya masalah kahwin lewat semakin meruncing.
Lupakan seketika si gadis andartu kerana fokus utama kita kini adalah golongan Adam dan sedar atau tidak, bilangan lelaki berkahwin lewat usia juga makin meningkat hari demi hari.

Menurut data Bancian Penduduk dan Perumahan 2000 dikeluarkan Jabatan Statistik Negara, tempoh tahun 1981 hingga 1990, peratusan lelaki dan wanita bujang belum berkahwin adalah sebanyak 43.2 peratus dan 60.2 peratus. Peratusan meningkat bagi jangka masa 1990 hingga 2000, iaitu lelaki sebanyak 48.1 peratus dan wanita sebanyak 68.5 peratus.

Fakta diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan perangkaan lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah 3.1 juta dan 2.4 juta. Sementara pada 2004, peratusan lelaki bujang adalah sebanyak 59.6, manakala wanita bujang sebanyak 40.4 peratus.

Membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri adalah tidak adil bagi lelaki, justeru, RATU Berita Harian mendekati jejaka yang bekerja di ibu kota demi menghalusi masalah yang menghalang mereka berumah tangga pada awal usia matang.

KOMEN

  • Pelajar, Ahmad Johari Md Radzi, 20.

    "MASIH belajar membuatkan saya sedikit kabur mengenai perancangan selepas menamatkan pengajian namun jujur saya katakan, usia layak mendirikan rumah tangga bagi seorang lelaki adalah di kala berusia 35 tahun.

    "Mengapa saya berpendapat begitu kerana kelewatan itu mungkin disebabkan oleh kekangan kewangan. Sebagai anak lelaki, saya sendiri mahu berjasa kepada keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

    "Berkahwin juga tidak mudah dan seharusnya perlu bersiap sedia termasuk ada tempat tinggal, cukup duit untuk perbelanjaan diri dan isteri untuk kehidupan berumah tangga. Itu pasti menjadi harapan semua lelaki yang serius di dalam hubungan," katanya.

    Jelasnya, selain kewangan, kualiti seorang wanita juga menjadi keutamaan bagi lelaki untuk dijadikan isteri.

    "Bukan saja kata wanita sekarang tiada kualiti cuma mungkin tempoh perkenalan yang lama bakal menerbitkan sefahaman sebelum boleh diputuskan untuk ke fasa hubungan lebih serius," katanya.

  • Penerbit, Ahmad Suhairy Shamsuddin, 26.

    "KALAU difikirkan, umur 26 juga sudah lewat untuk memulakan kehidupan berkeluarga namun begitu, disebabkan faktor kerja, kewangan dan pasangan, ia lantas membantutkan keinginan diri untuk berkahwin.

    "Jujur saya katakan, lelaki yang lewat memulakan kehidupan keluarga sebenarnya agak leka di dalam menentukan hala tuju kehidupan misalnya terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup kota yang bebas," katanya.

    Tambah Ahmad Suhairy, seakan menjadi satu trend pada masa ini, lelaki memilih pasangan sama jenis sebagai 'pasangan hidup'.

    "Ia memang wujud malah gejala sosial itu terjadi disebabkan mereka terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Mana-mana agama yang dianuti tidak membenarkan berkahwin sama jenis, tetapi bagi pelakunya merasakan itu yang terbaik dan cukup membahagiakan hidup.

    "Ia wajar dipantau dan wanita juga perlu memainkan peranan mengubah perasaan serong kelompok itu," katanya.

  • Penyampai radio, Muazan Azzudin Mohamed, 27.

    "LELAKI moden banyak terdedah kepada pelbagai situasi seperti karier, aktiviti sosial dan sebagainya sehingga membuatkan mereka meletakkan kahwin itu di nombor dua.

    "Selain itu, masalah mentaliti wanita zaman sekarang yang memandang kebendaan juga membuatkan kami yang baru hendak memulakan hidup sukar bersaing dengan yang sudah stabil ekonominya," katanya serius.

    Selain itu, Muazan Azzudin turut mengakui, kos hidup di bandar besar begitu tinggi lantas menyukarkan mereka membuat simpanan.

    "Dulu hidup di bandar dengan gaji RM3,000 sudah lebih dari cukup tapi kini walaupun punya gaji RM4,000 pun belum tentu cukup," katanya.

    Info

    10 Sebab mengapa lelaki membujang

    1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan.

    2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta.

    3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda.

    4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga.

    5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.

    6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.

    7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.

    8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.

    9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

    10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Serai tambah perisa

    Posted: 05 May 2011 07:01 PM PDT

    Ratu

    pix_gal0
    Maznah nekad komersilkan tanaman, kini raih hasil lumayan

    SERAI sering digunakan sebagai antara bahan dalam masakan untuk menambah perisa, kelazatan dan keharuman sesuatu hidangan. Tumbuhan malar hijau yang selalu digunakan dalam masakan oleh masyarakat Asia ini, biasanya ditanam di belakang rumah dan digunakan suri rumah untuk memasak seperti tom yam ataupun rendang.

    Tanpa bahan penyedap rasa itu hidangan yang dihasilkan kurang enak untuk dinikmati penggemarnya. Namun bagi Maznah Abdullah, 52, aktiviti berkebun pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang akhirnya menimbulkan minat untuknya menceburkan diri dalam perusahaan tanaman serai secara besar-besaran.

    "Asalnya saya memang minat berkebun, pelbagai jenis tanaman di sekitar kawasan rumah seperti lada, serai, lengkuas, kunyit dan sayuran hijau.

    "Bagi saya tidak rugi jika tumbuhan itu ditanam di kawasan rumah. Bukannya ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sedangkan kita terpaksa berhabis setiap ringgit bagi setiap bahan masakan berkenaan," katanya mula mengusahakan tanaman serai secara komersial dua tahun lalu di Batu Jong, Batu Gajah, Kelantan.

    Maznah berkata, beliau mula berkebun sejak usia masih muda lagi dan akhirnya menimbulkan minat untuk melakukan perusahaan yang hasilnya daripada pertanian.
    "Saya suka berkebun dan bekerja sendiri daripada makan gaji kerana saya sendiri akui mempunyai sikap negatif, tidak boleh ditegur dan mengawal keinginan yang mahu saya capai.

    "Lihat sendirilah ladang serai yang saya usahakan ini, mulanya suami saya sendiri tidak percaya dengan keberanian saya menjalankan penanaman serai di kawasan tanah berkeluasan enam hektar.

    "Ramai orang cakap kerja saya ini gila, bagaimanapun tidak dipedulikan dan tetap dengan pendirian untuk terus menjalankan aktiviti ini. Bermula daripada situlah semangat dan keinginan saya untuk terus berusaha," katanya cenderung membabitkan diri menghasilkan penanaman serai jenis paha ayam.

    Cabaran bukan setakat itu ditempuhinya, selepas genap enam bulan tanaman pertama berjaya dihasilkan, beliau bagaikan tidak menyangka berhadapan pula dengan risiko untuk memasarkan serai berkenaan.

    "Pada saat itu saya cukup terkilan, seolah-olah tercabar apabila mendapati janji sebuah agensi memungut dan memasarkan hasil tanaman saya dibatalkan.
    Akhirnya saya bertekad berusaha sendiri mencari pelanggan dengan menawarkannya secara borong di pasar utama di Kelantan termasuk daerah Besut, selain pengusaha restoran makanan tempatan," katanya kini ladangnya miliknya semakin bertambah dengan keluasan 2.6 hektar.

    Katanya, beliau cukup berpuas hati kerana penat lelahnya semakin berjaya, malah permintaan terhadap serai semakin bertambah sehingga terpaksa menghentikan stok pembekalan serai kepada pelanggannya kerana permintaan yang terlalu banyak.

    Kini usahanya itu mendatangkan pulangan yang lumayan apabila memperoleh keuntungan kira-kira RM15,000 setiap kali hasilnya dituai dengan dibantu enam pekerjanya.

    "Hanya Tuhan saja tahu, jatuh bangun saya selama ini semata-mata mahu melihat penanaman serai saya dikenali ramai.

    "Saya berpuas hati kerana permintaan terhadap serai kini lebih banyak sehingga tidak mampu saya bekalkan kerana belumpun sempat serai mencapai tempoh matang, saya sudah mendapat permintaannya," katanya menjual serai secara borong dengan harga tiga sen hingga empat sen sebatang.

    Maznah berkata, penanaman serai tidak memenatkan dan memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman lain, justeru, beliau lebih berani mengusahakan ladang serai itu.

    "Penanaman serai tidak sesukar tanaman herba lain, hanya ditanam kemudian, proses merumput dilakukan, selepas tempoh enam bulan saja ia boleh dipetik untuk dijual kepada pemborong. Biasanya, serai yang matang bersaiz sebesar ibu jari akan dipilih untuk dipasarkan.

    "Bagi saya tidak rugi jika meneruskan tanaman serai ini, ia lebih baik daripada masyarakat kita mendapatkan keperluan dari negara luar seperti Thailand sedangkan bumi Malaysia subur dan sesuai untuk penanaman serai ini," katanya kini turut menanam serai wangi untuk pengusaha produk kesihatan berasaskan serai.

    INFO

    Serai

  • Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar, namun ada juga yang ditanam oleh sesetengah orang di kebun. Nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus (D.C) Stapf dan ia termasuk dalam Famili Gramineae.
  • Masyarakat Melayu, sering menggunakan serai untuk menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi menambahkan keharuman dan kelazatannya.
  • Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Ia digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil.
  • Bermula daripada daunnya, serai boleh digunakan merawat sakit kepala dan sengal-sengal dengan cara menumbuknya sehingga lumat dan diletakkan di dahi bagi menghilangkan sakit kepala atau bahagian lain tubuh yang terasa sengal.
  • Begitu juga jika mengalami sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan di minum air rebusan itu.
  • Bagaimanapun batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu ekstrak daripada akar serai juga boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.
  • Kajian saintifik pula, mendapati pokok serai juga turut mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.
  • Kajian juga menunjukkan haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pendidikan

    Posted: 05 May 2011 11:29 PM PDT

    Utusan Online - Pendidikan


    Pendidikan teknikal dan vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

    Posted:

    Pendidikan teknikal dan vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

    Pendidikan teknikal dan vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

    PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

    Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, Jabatan Pembanguan Kemahiran akan memastikan kurikulam semua pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

    Sebagai langkah penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT.

    "TEVT selepas ini diharapkan bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun terakhir bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini," katanya ketika melancarkan Kempen SkillsMalaysia 2011, anjuran Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini.

    Muhyiddin berkata kaunselor di sekolah menengah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar agar lebih ramai pelajar memilih aliran TEVT.

    Penjenamaan SkillsMalaysia adalah satu daripada 19 projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Jan lepas.

    Muhyiddin berkata kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahiran setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

    "Melalui peluang peningkatan ini, tenaga mahir pengetahuan dapat dilahirkan selaras dengan perubahan teknologi. Amalan baik dari negara maju seperti Australia dan Jepun dijadikan sebagai rujukan dalam merancang peluang latihan ke tahap lebih tinggi," katanya.

    Beliau berkata kerajaan juga telah melancarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70 peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusat latihan.

    Kerajaan menyasarkan seramai 27,500 perantis dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh 2011-2015 di bawah SLDN.

    Sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021 perantis telah dilatih melibatkan 1,028 syarikat dalam pelaksanaan SLDN.

    Seiring dengan peningkatan pelajar, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarkan menyediakan 13,200 orang tenaga pengajar yang mahir dan berkualiti menjelang 2020 di bawah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

    "Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan dan syarat yang menyukarkan kemasukan mereka akan dikaji semula," katanya. - BERNAMA.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    YPM taja RM30,000 jayakan Festival Hari Guru 2011

    Posted:

    YPM taja RM30,000 jayakan Festival Hari Guru 2011

    YPM taja RM30,000 jayakan Festival Hari Guru 2011


    Abdul Shariff Hamid (kanan) menyerahkan sumbangan tajaan kepada Azmy Mohamed di Pejabat Yayasan Pelajaran Mara, Kuala Lumpur, semalam.


    KUALA LUMPUR 5 Mei - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) hari ini menyampaikan tajaan RM30,000 kepada Kumpulan Utusan sebagai sebahagian usaha menjayakan penganjuran Festival Hari Guru 2011 pada 13 hingga 16 Mei ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Prof. Abdul Shariff Hamid berkata, tajaan itu adalah sebagai tanda sokongan YPM kepada perkembangan pendidikan di negara ini.

    "YPM sentiasa menyokong penuh aktiviti pendidikan akhbar Kumpulan Utusan yang begitu sinonim dengan masyarakat kerana selain mempunyai pengisian yang mantap, ia juga sesuai dijadikan bahan bacaan serta rujukan untuk semua peringkat usia termasuk pelajar dan guru.

    "Elemen yang dimiliki ini menguja kami untuk bekerjasama dengan Kumpulan Utusan, di samping dapat membawa YPM lebih dekat kepada pelajar, guru dan masyarakat," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tajaan YPM sempena Festival Hari Guru 2011, di sini hari ini.

    Turut hadir, Penolong Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Azmy Mohamed.

    Festival Hari Guru 2011 yang akan diadakan di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak pada 13 hingga 16 Mei ini dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

    Penganjuran festival itu juga sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-40 pada 16 Mei ini yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Keluarga

    Posted: 05 May 2011 01:15 PM PDT

    Utusan Online - Keluarga


    Misi perkukuh Islam di Kemboja

    Posted:

    Misi perkukuh Islam di Kemboja

    Misi perkukuh Islam di Kemboja

    Oleh Aznan Bakar
    aznan.bakar@utusan.com.my


    Budiman Mohd. Zohdi (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan ubat cacing dan pil vitamin kepada wakil penduduk Kampung Chrang Chamreh, Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.


    MASYARAKAT Islam Kemboja sememang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Saban tahun pelbagai program dirancang dan dilaksanakan di negara itu terutama yang membabitkan hal berkaitan agama dan misi kemanusiaan.

    Komuniti Islam di negara itu yang dikenali sebagai orang Champa sebenarnya telah bertapak di Kemboja sejak sekian lama.

    Pergolakan, perang saudara, penjajahan dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai daripada mereka menjadi pelarian termasuk ke Malaysia.

    Sekitar tahun 1975 jumlah penduduk beragama Islam di Kemboja ialah sekitar 150,000 ke 200,000. Tetapi ketika di bawah pemerintahan rejim Khmer Rouge ramai daripada mereka dibunuh bersama-sama dengan lebih satu juga penduduk negara itu.

    Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berkembang. Jumlah mereka meningkat kepada 500,000 daripada keseluruhan kira-kira 15 juta penduduk Kemboja.

    Majoriti daripada masyarakat Islam di negara itu adalah etnik Melayu Champa.

    Selain menggunakan bahasa Khmer yang merupakan bahasa kebangsaan, pertuturan harian mereka turut menggunakan bahasa Melayu Champa.

    Disebabkan mereka adalah golongan minoriti, ditambah pula dengan persekitaran politik di Kemboja yang kurang stabil, kehidupan masyarkat Islam di negara itu agak sukar.

    Tetapi, itu tidak bermakna mereka hanya duduk diam tanpa berusaha. Melalui pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Belia Muslim Kemboja (YPBMK) usaha dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan status ekonomi supaya mereka menjadi komuniti minoriti yang dihormati.

    Pada masa sama mereka turut mengharapkan sumbangan dan kerjsama terutama dari rakan-rakan seagama di Malaysia.

    Menyedari keperluan untuk membantu masyarakat Islam di negara itu, Majlis Belia Selangor (MBS) Daerah Sabak Bernam baru-baru ini telah menganjurkan Misi Kemanusiaan di Kampung Phrang Chamreh, Phnom Penh, Kemboja.

    Misi tiga hari MBS Sabak Bernam itu sedikit berbeza kerana mereka lebih menumpukan kepada pemberian ubat-ubatan dan vitamin.

    Pengerusi MBS Sabak Bernam, Budiman Mohd. Zohdi berkata, pihaknya telah mengedarkan 250 kotak ubat cacing yang disumbangkan oleh CCM Pharmaceutical Sdn. Bhd. kepada kanak-kanak di kampung tersebut.

    Turut diedarkan ialah multi vitamin untuk kegunaan mereka.

    Kampung Phrang Chamreh yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar raya Phnom Penh antara perkampungan Islam yang paling hampir dengan ibu negara itu.

    Dengan jumlah penduduk kira-kira 300 orang, kampung itu mempunyai sebuah madrasah dan dua buah sekolah agama.

    Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, nelayan dan tukang besi selain menjadi tukang sembelih bagi membekalkan daging halal di sekitar Phnom Penh.

    Perkampungan itu terletak tidak jauh daripada laluan utama yang menghubung Phnom Penh dengan wilayah-wilayah lain.

    Susun letaknya lebih mirip kepada perkampungan Melayu tradisional era 1960-an dan 1970-an dengan kebanyakan rumah jenis rumah panggung.

    Namun terdapat juga rumah-rumah batu yang baru didirikan yang mencerminkan status ekonomi mereka semakin meningkat.

    Sebaik memasuki jalan ke kampung Chrang Chamreh, jelas kelihatan kehidupan komuniti Islamnya dengan anak-anak perempuan lengkap berbaju kurung dan bertudung, sementara yang lelaki pula berkopiah.

    Ketibaan rombongan MBS Sabak Bernam yang seramai 15 orang itu di sambut dengan penuh kegembiraan dan semangat persaudaraan.

    Menurut Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Phrang Chamreh, Ismail Musa, mereka amat mengharapkan bantuan seperti itu bagi menampung apa juga kekurangan yang terdapat di kampung mereka.

    "Kami ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa prihatin akan nasib kami dan sudi memberikan pelbagai sumbangan," katanya.

    Yang penting bagi masyarakat Islam di Kemboja ialah mereka dapat memastikan pendidikan dan ajaran agama dapat diajar kepada generasi seterusnya.

    Sehubungan itu kata Budiman, pihaknya merancang untuk mengadakan lebih banyak misi kemanusiaan bagi membantu masyarakat Islam di Kemboja.

    Program kali ini katanya turut mendapat sokongan Majlis Belia Asia dan Persatuan Persahabatan Belia Malaysia-Kemboja.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pendidikan jadi keutamaan

    Posted:

    Pendidikan jadi keutamaan

    Pendidikan jadi keutamaan


    Ahmad yusuf (empat dari kanan) menunjukkan bangunan sekolah agama di kampung chrang chamreh, phnom penh, kemboja yang belum siap.


    DI KEMBOJA, masyarakat Islam yang mewakili dua peratus daripada keseluruhan penduduknya bebas untuk beribadat walaupun 90 peratus penduduk negara itu beragama Buddha.

    Walaupun kehidupan mereka terjejas ketika di bawah rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot, namun kini tiada sekatan untuk mereka membina masjid, surau dan sekolah agama.

    Namun di sebalik kebebasan itu, mereka berhadapan kekangan ekonomi dalam memastikan setiap kemudahan beribadat dan pendidikan dapat disediakan.

    Bagi masyarakat Islam di Kampung Phrang Chamreh, Phnom Penh, apa juga bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak luar terutama rakan seagama di Malaysia amat diharapkan.

    Kehadiran rakyat Malaysia melalui pelbagai misi kemanusiaan termasuk penghantaran haiwan untuk ibadat korban sentiasa dialu-alukan.

    Namun kata Ketua Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Chrang Chamreh, Ahmad Yusuf, keutamaan mereka ketika ini ialah pendidikan.

    Sebab itu katanya, mereka sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah sekolah agama di kampung tersebut.

    Tanpa sekolah yang lengkap katanya, usaha untuk mendidik anak-anak Islam di kawasan itu agak sukar.

    Katanya, sebelum ini pihaknya sudah mendapat sumbangan AS$2,000 bagi pembinaan sekolah tersebut, tetapi ia tidak mencukupi.

    "Kalau boleh kami amat mengharapkan sumbangan bagi menyiapkan bangunan sekolah ini," katanya.

    Menurut beliau, bangunan baru sekolah agama itu dibangunkan atas sebidang tanah yang keluasannya agak terhad.

    Oleh itu, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain membina sekolah itu secara bertingkat bagi menyediakan banyak ruang untuk para pelajar.

    Katanya, disebabkan kekangan kewangan juga, guru-guru hanya mengajar secara sukarela tanpa gaji tetap.

    Tetapi katanya, demi memastikan ajaran Islam dapat diturunkan daripada generasi ke generasi yang lain mereka sanggup berkorban.

    "Ustaz-ustaz ini mengajar tanpa sebarang ganjaran demi untuk memperluaskan ajaran Islam," katanya.

    Selain untuk membina bangunan baru katanya, sumbangan juga untuk membeli peralatan sekolah dan untuk menyediakan sukatan pelajaran yang lebih sistematik.

    Malah Ahmad juga berharap guru-guru agama diberi latihan di Malaysia dengan ditaja oleh pihak tertentu supaya mereka mampu mendidik generasi muda Islam.

    Bagi rakyat Malaysia yang mahu menghulurkan sumbangan bagi membantu menyiapkan bangunan sekolah agama di Kampung Chrang Chamreh, Phnom Penh, Kemboja itu boleh menghubungi MBS Sabak Bernam di 013-3418011.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads