Khamis, 5 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 05 May 2011 09:29 AM PDT

Utusan Online - Johor


Mendalami habitat haiwan

Posted:

Mendalami habitat haiwan

Mendalami habitat haiwan

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 4 Mei - Seramai 759 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU2) telah menyertai program Living In Classroom at Zoo Johor di sini, baru-baru ini.

Ketua Panitia Sains SKBU2, L. Chandra berkata, program yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut di zoo itu disertai murid-murid tahun empat, lima dan enam sekolah tersebut.

Katanya, antara tujuan program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah berprestasi tinggi (SBT) tersebut tentang habitat haiwan dan persekitarannya yang sebenar.

Chandra berkata, program itu membolehkan murid-murid terbabit mendapat pengetahuan dan memahami secara mendalam tentang haiwan sama ada yang hampir pupus atau sedang mengalami kepupusan.

"Sepanjang lawatan dari pukul 9 pagi hingga 1 petang itu dengan dibantu Penjaga Zoo Johor, Omar Othman, murid-murid telah diberi penerangan dan pendedahan yang begitu informatif berhubung haiwan terbabit.

"Tujuan kita mengadakan program seumpama ini untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan saintifik, di samping memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid melihat sendiri pelbagai spesies haiwan dalam dunia dan persekitaran sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, pengisian sepanjang program itu termasuk memperkenalkan burung-burung dan spesies monyet, pertunjukan burung kakak tua, pengenalan kepada badak air dan cara pemakanannya.

Selain itu, kata Chandra, murid-murid turut dibawa melawat kandang mamalia seperti singa, harimau, beruang madu, orang utan dan banyak lagi.

Menurutnya, program itu turut diserikan dengan pertunjukan haiwan reptilia iaitu ular sawa dan diakhiri sesi bergambar bersama burung kakak tua.

Jelas Chandra, kejayaan melaksanakan program itu turut mendapat sokongan jitu daripada Guru Besar, Fuziah Hassan serta guru-guru panitia sains lain termasuk Suhaila Safar, Idayu Yusuf dan Cemelia Mohd. Kamal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembelajaran di zoo beri banyak manfaat

Posted:

Pembelajaran di zoo beri banyak manfaat

Pembelajaran di zoo beri banyak manfaat


Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 memberikan makan unta ketika melawat Zoo Johor, baru-baru ini,


JOHOR BAHRU 4 Mei - Sebahagian daripada 759 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBU2) yang mengadakan lawatan ke Zoo Johor menerusi program Living In Classroom At Zoo Johor baru-baru ini menyifatkan kunjungan tersebut memberi makna yang cukup besar.

Kata mereka, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dan boleh diterapkan dalam pembelajaran serta kehidupan seharian.

Arif Omar Ahmad Imran, 12, murid Tahun 6 Delima berkata, kunjungan tersebut membolehkannya melihat kehidupan sebenar binatang di habitat asalnya.

"Ini merupakan kali kedua saya melawat zoo kerana sebelum ini pernah ke Zoo Negara, namun di Zoo Johor kita dapat mendekati haiwan itu dengan lebih teliti," katanya.

Jelasnya, penerangan oleh Penjaga Zoo Johor, Omar Othman membolehkannya dan rakan-rakan mendapat pelbagai ilmu mengenai haiwan contohnya monyet di zoo boleh hidup sehingga 50 tahun berbanding yang tinggal di hutan.

K. Suraaj, 12, murid Tahun 6 Arif berkata, dengan melawat zoo, dia dapat mengetahui haiwan-haiwan boleh memberi sumber makanan kepada manusia.

Suraaj yang bercita-cita menjadi saintis berkata, ada serangga yang memainkan peranan penting dalam ekosistem seperti lebah, cacing, kumbang, katak.

Rakan sedarjahnya, Magen Soo berkata, lawatan itu telah menambah ilmu pengetahuannya dengan lebih mendalam berbanding selama ini yang hanya mengenali binatang menerusi bacaan dan televisyen semata-mata.

"Pertunjukan burung kakak tua juga menghiburkan kerana ia sangat comel dan mempunyai gelagat yang menunjukkan burung itu mempunyai kepandaian," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 04 May 2011 11:39 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


90 penuntut masuk kampung

Posted:

90 penuntut masuk kampung

90 penuntut masuk kampung

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


KAMARUDDIN Ajib (dua kanan) mneyerahkan anak angkat yang terdiri daripada pelajar politeknik kepada ibu angkat pada Majlis Perasmian Program Komuniti Bakti Sisiwa Politeknik Zon Utara di SMK Kubang Rotan, Kuala Kedah, Alor Setar, baru-baru ini. - UTUSAN/Kamal Basir


ALOR SETAR 4 Mei - Ilmu kehidupan sememangnya tidak mungkin boleh diperoleh menerusi teori dan buku dalam dunia kampus semata-mata.

Sebaliknya, ia perlu turut digabungkan dengan pengalaman sebenar dunia luar yang membawa kesedaran, kefahaman dan mematangkan pemikiran dalam merencana urusan kehidupan.

Sebab itu, dengan berbekalkan semangat untuk menabur bakti dan menimba pengalaman, seramai 90 penuntut dari lima buah politeknik di utara Semenanjung sanggup turun padang berkampung di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah, dekat sini, selama tiga hari.

Sepanjang Program Bakti Siswa Politeknik Zon Utara itu, mereka bukan sahaja berpeluang mendekati masyarakat malahan dapat menyelami kehidupan pelbagai golongan masyarakat termasuk membantu membaiki tiga buah rumah orang miskin.

Program tahunan buat kali kedua berturut-turut itu, kata Pengarah program, Mejar Abdul Rahman Saad, berjaya memberi peluang dan pendedahan berguna kepada para pelajar selain menyemai semangat kesukarelaan.

Katanya, rata-rata pelajar amat teruja menyertai dan mengenali keluarga angkat mereka selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk.

"Ia membantu membina keyakinan diri apabila mereka berinteraksi dan mendalami kehidupan pelbagai lapisan masyarakat kawasan terlibat," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 29 keluarga menjadi keluarga angkat kepada para pelajar itu yang menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (Polimas), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Balik Pulau.

Penduduk kampung yang terlibat ialah Kampung Masjid, Kampung Pekan, Kampung Seberang, Kampung Tandop, Kampung Sematang Bogak, Kampung Tanjung Besar, Kampung Lemping dan Kampung Kubang Rotan.

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Polimas, Kamaruddin Ajib pula berkata, program tersebut diberi tema 'Politeknik Endah' sebagai cerminan kepada keprihatinan warga politeknik kepada masyarakat.

Selain membaiki rumah, mereka juga mengadakan sukaneka dan bengkel motivasi kepada anak-anak penduduk yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan.

"Ia menjadi jambatan penghubung antara siswa dan siswi dengan masyarakat khususnya penduduk desa agar sentiasa bersedia untuk bertukar pandangan dan menerima pengalaman baru bagi memantapkan sahsiah mereka," jelasnya.

Menurutnya, program itu terbukti berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan sebenar masyarakat berbilang kaum serta memperkukuhkan jati diri, memupuk semangat toleransi dan hormat menghormati.

Katanya, ia adalah satu bentuk proses pembelajaran dan menambahkan kematangan para pelajar sebagai persediaan untuk mengharungi dunia luar selepas menamatkan pengajian kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

250 murid sertai Tunas Bestari

Posted:

250 murid sertai Tunas Bestari

250 murid sertai Tunas Bestari


Sebahagian murid yang menyertai Kursus Pengurusan Syarikat dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Tunas Bestari dan Didik Bestari 2011 di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 4 Mei - Seramai 250 orang murid dari 26 sekolah di daerah ini dan Mersing mengikuti Kursus Pengurusan Syarikat dan Penerapan Nilai-nilai Murni Tunas Bestari dan Didik Bistari 2011 baru-baru ini.

Program dua hari anjuran Johor Corporation (JCorp) itu diadakan di Pusat Latihan Akli di sini dan dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Md. Buang Saibani.

Pengurus Bistari Young Entrepreneur Sdn. Bhd., Noor Ruzilawati Ruddin berkata, program tersebut bertujuan melatih pelajar dalam bidang perniagaan secara amali dengan melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran aspek pengurusan.

"Ia juga memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar mengenai pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif," katanya. Jelasnya program Tunas Bestari yang dilancarkan pada 1992 sehingga kini telah melatih 15,198 pelajar sekolah menengah daripada 165 sekolah di seluruh negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Horizon

Posted: 04 May 2011 09:23 PM PDT

Kosmo Online - Horizon


Tangkap dan awet sendiri serangga

Posted:

Tangkap dan awet sendiri serangga

Tangkap dan awet sendiri serangga

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



PAGI itu Nor Izhan Zainudin bangun lebih awal berbanding hari biasa. Entah mengapa, malam tadi dia tidak nyenyak tidur. Hatinya seakan-akan tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu itu.

Pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) itu melihat sebuah beg besar yang diletakkan berhampiran bucu katil.

Di dalamnya sarat dengan barangan keperluan hariannya seperti berus gigi, sabun, selimut, tuala, kasut dan pakaian.

Seingatnya, itu saja senarai barangan yang perlu dibawa oleh peserta-peserta program bermalam di Muzium Alam Semula jadi, Putrajaya itu, seperti terkandung dalam surat jemputan yang diterimanya beberapa hari lalu.

Nor Izhan bingkas bangun dan menyiapkan diri, dia tidak mahu terlewat untuk sesi pendaftaran.

Sepanjang perjalanan ke muzium, dia sudah membayangkan keseronokkan yang bakal dialaminya nanti. Bukan dia tidak pernah berkunjung ke muzium bersama keluarganya sebelum ini, namun pengalaman bermalam di muzium pastinya menarik dan berbeza.

Lagi pun, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke muzium yang berkonsepkan hidupan fauna di Malaysia. Selama ini, dia hanya mendengar kisah daripada rakan-rakan sekolahnya yang pernah berkunjung ke situ.

Sebaik tiba dia melihat ramai peserta yang sedang mendaftar. Terdapat seramai 59 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah rendah dan menengah di sekitar Selangor dan Putrajaya turut menyertai program itu.

"Selamat berkenalan, nama saya Nor Izhan, saya berumur 11 tahun," sapanya kepada seorang peserta ketika kesemua mereka berkumpul untuk sesi lawatan.

Matanya melihat satu-persatu spesies haiwan yang dipamerkan di situ. Ada harimau, beruang matahari, badak Sumatera, gajah, kambing gurun, memerang, lemur, monyet dan Orang Utan.

Menariknya, biarpun ia hanyalah replika haiwan yang telah diawet, namun kesemuanya kelihatan hidup apatah lagi, ditempatkan dalam suasana latar belakang serta landskap sebenar.


NORZELA (tiga dari kanan) menerangkan mengenai spesimen-spesimen yang terdapat di Muzium Alam Semula jadi.


"Wah! besarnya rangka ini, haiwan apa ini kakak?" soalnya kepada Norzela Suleiman, Kurator Zoologi Muzium Alam Semula jadi ketika melihat satu rangka besar di bahagian pintu masuk muzium itu.

"Itu rangka tulang ikan paus Bryde atau nama saintifiknya Balaenoptera edeni. Ia ditemui terdampar di Tanjung Aru, Labuan, Sabah pada Februari 2005.

"Saiznya kecil berbanding paus lain dengan berat tidak melebihi 25 tan. la gemar mendiami kawasan perairan bersuhu tropika berbanding lautan kutub yang sering didiami paus spesies lain," balas Norzela.

Nor Izhan mengangguk-anggukan kepala, begitu juga rakan-rakannya. Baginya, segmen pameran muzium itu sangat informatif, selain gambar, ia turut mempunyai keterangan dan fakta-fakta menarik menerangkan anatomi, sifat dan perilaku kesemua haiwan terbabit.

Aktiviti malam

Aktiviti yang dilakukan tidak terhad setakat itu sahaja, kesemua peserta turut diajar kaedah membuat penanda buku menggunakan daun.

Aktiviti sebelah malam lebih mengujakan. Kesemua peserta dibawa ke taman berhampiran untuk aktiviti menangkap serangga menggunakan kaedah light trap.

"Kaedah ini digunakan oleh penyelidik untuk menangkap serangga pada waktu malam. Ini kerana sifat serangga yang sukakan cahaya.

"Tugas kamu adalah mengumpulkan kesemua serangga ini dan memasukkannya ke dalam botol. Aktiviti yang sama juga akan diadakan esok, tetapi kita akan menggunakan kaedah tangguk. Selepas itu, barulah kita akan belajar teknik mengawet pula," terang Norzela.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, program bermalam di muzium itu bertujuan mendedahkan kanak-kanak khususnya golongan pelajar mengenai khazanah alam semula jadi di Malaysia.

Katanya, peserta bukan sahaja berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan yang dipamerkan malah, berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diaturkan.

"Kita mahu mendekatkan golongan ini dengan muzium pada usia yang masih muda. Secara tidak langsung ia dapat menyemai sifat sayang dan cintakan khazanah negara termasuk alam semula jadi.

"Selepas ini, apabila mereka pulang ke rumah mereka dapat bercerita pengalaman yang dilalui. Misalnya aktiviti menangkap dan mengawet serangga. Bukan semua orang berpeluang dapat merasai pengalaman sedemikian," jelasnya.

Tambah Ibrahim, penubuhan Muzium Alam Semula jadi sejak setahun lalu bertujuan mengumpul, mendokumentasi dan mempamer khazanah alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan, mineral dan fosil yang terdapat di negara ini.

Katanya, berbeza dengan zoo yang mempamerkan haiwan sebenar, fungsi muzium itu ialah sebagai tempat penyimpanan ratusan spesimen haiwan yang diawet khususnya spesies terancam dan sukar ditemui.


TEKNIK light trap digunakan khusus untuk menangkap serangga yang aktif pada waktu malam.


"Muzium bukan sahaja menyimpan pelbagai sejarah dan budaya, alam semula jadi pun sama. Dalam hutan kita terdapat terdapat pelbagai khazanah yang masih tersembunyi, sebab itu Muzium Alam Semulajadi penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

"Pada masa yang sama, kewujudannya juga menjadi tarikan kepada pengunjung ke Putrajaya. Malah, ia juga menjadi tempat rujukan dalam kalangan penyelidik," ujarnya.

Pengalaman berbaloi

Bagi Zulfahmi Izuddin Zamal, 14, biarpun program itu agak singkat, namun dia berpuas hati dengan pelbagai aktiviti yang diatur.

"Saya seronok kerana dapat mengenali pelbagai spesies fauna yang dipamerkan.

"Pengalaman yang dilalui berbeza daripada apa yang diperoleh melalui pembacaan atau di televisyen kerana kita berpeluang melihatnya dengan lebih dekat," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) itu memberitahu, antara pengalaman yang sukar dilupakan ialah sesi menangkap dan mengawet serangga.

"Sepanjang malam kami mencari pelbagai jenis serangga yang hidup di atas tanah, pokok, daun dan sebagainya. Daripada situ kami berpeluang mengenali spesies dan habitat haiwan ini.

"Nampak macam mudah namun, setiap proses pengawetan perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan haiwan tidak rosak dan tahan lama," katanya.

Seorang rakannya dari sekolah yang sama, T. Tarence berkata, biarpun terpaksa mengenepikan sementara keselesaan berada di rumah, namun dia berpuas hati kunjungan itu agak berbaloi.

Remaja berusia 14 tahun itu memberitahu, sepanjang program itu dia banyak mempelajari mengenai sifat-sifat haiwan seperti mamalia, reptilia, burung dan serangga.

"Menariknya, ada spesimen haiwan yang dipamerkan sukar diperoleh dan telah pupus," katanya.

Tarence memberitahu, program yang diadakan secara tidak langsung menarik minatnya untuk meneroka bidang sains pada masa hadapan.

"Pengalaman yang diperoleh di sini amat berharga dan sukar diperoleh di mana-mana walaupun di sekolah.

"Secara tidak langsung, ia juga dapat mendidik kami untuk menjaga khazanah alam semula jadi yang terdapat di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menjejaki Chernobyl selepas 25 tahun

Posted:

Menjejaki Chernobyl selepas 25 tahun

Menjejaki Chernobyl selepas 25 tahun


PELANCONG kini berpeluang melihat kesan letupan reaktor nuklear Chernobyl dengan lebih dekat.


BAGI sesetengah pelancong, Chernobyl menuntut sesuatu yang di luar imaginasi manusia. Kebanyakannya hanya mampu membayangkannya melalui minda sahaja.

Dari luar, bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang meletup pada 26 April 1986 yang mencatatkan krisis nuklear terburuk di dunia itu, kelihatan biasa dan suram seperti kebanyakan bangunan perindustrian yang lain.

Satu-satunya objek tambahan yang boleh dilihat ialah sebuah tugu peringatan di hadapannya, membayangkan sesuatu yang luar biasa pernah berlaku di situ sebelum ini.

Sukar untuk membayangkan bandar Pripyat yang terletak berhampirannya pernah dihuni kira-kira 50,000 penduduk suatu ketika dahulu.

Bandar yang sentiasa sibuk dan dibina khusus untuk pekerja-pekerja reaktor itu bagaimanapun kini sunyi sepi. Apartmen-apartmen ditinggalkan kosong tanpa penghuni, malah beberapa kawasan utamanya juga semakin dipenuhi semak-samun dan belukar.

Pastinya, pelancong yang berkunjung ke sini terdedah kepada pencemaran radioaktif yang terdapat dalam lingkungan 30 kilometer (km) di sekitar kawasan reaktor.

Alat pengesan radioaktif, dosimeter yang dikepitkan di pakaian dan meter-meter penunjuk radioaktif yang dipasang di sekitar tapak itu memberi gambaran visual kepada pelancong. Bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan seakan-akan tidak memberi makna kepada orang biasa.

Bagi mereka yang pernah dimomokkan dengan pelbagai imej yang dipaparkan dalam filem-filem bencana di layar perak pasti kecewa dengan apa yang tergambar di Chernobyl. Namun, itu juga menjadi kekuatannya.

Berhadapan dengan sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini memberi perasaan gerun terhadap apa yang berlaku di Ukraine dan kebanyakan negara dunia ketika letupan reaktor memuntahkan radioaktifnya ke langit sebelum disebarkan oleh angin merentasi hemisfera.

Peluang untuk berhadapan dengan kegerunan itu menjadikan lawatan sehari ke Chernobyl semakin menarik.

"Beberapa bulan lalu, hanya terdapat beberapa dozen pelancong yang datang ke sini setiap minggu," kata Dmitry Bobro, timbalan pengarah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan kawasan di sekitar Chernobyl.


PEMINDAHAN besar-besaran penduduk menyebabkan banyak bangunan atau kediaman kosong dan tidak berpenghuni.


"Kini, jumlahnya meningkat kepada beratus-ratus orang."

Peningkatan jumlah pelancong melawat ke Chenobyl meningkat mendadak walaupun sebelum krisis yang sama berlaku di Jepun pada Mac lalu.

Ia disebabkan tindakan kerajaan Ukraine melakukan pelbagai langkah dalam menggalakkan kehadiran pelancong seperti memperkemaskan prosedur-prosedur untuk pendaftaran pelancongan ke negara itu.

Lihat sendiri

"Kami mahu beritahu kepada pelancong di luar sana 'datang dan lihat sendiri'," kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Kecemasan, Yulia Yershova kepada AP.

Dia kemudian menambah tiada kata-kata yang mampu menggambarkan maksud Chernobyl biarpun bagi mereka yang tinggal berdekatan dengannya: "Kami mahu menghilangkan mitos mengatakan Chernobyl masih berbahaya kepada Ukraine dan dunia."

Bagaimanapun, secara faktanya, Chernobyl masih lagi sebuah lokasi yang dianggap merbahaya, terdapat beberapa peraturan jelas yang perlu dipatuhi oleh pelancong ke situ.

Antaranya, mereka tidak dibenarkan menyentuh sebarang struktur atau tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.

Pelancong juga dilarang duduk di atas tanah walaupun sekadar meletak tripod kamera, dilarang membawa keluar sebarang item di dalam zon berkenaan dan makan di kawasan terbuka.

Panduan-panduan yang diberikan membolehkan pelancong memahami bahawa terdapat di beberapa zon yang masih tercemar di samping melakukan lawatan di laluan yang dibenarkan sahaja.

Pelancong juga berpeluang melihat projek awal reaktor itu iaitu pembinaan satu tempat perlindungan besar yang akan menutupi keseluruhan reaktor. Tempat perlindungan itu akan menghalang radioaktif daripada keluar ke udara sekiranya pekerja merobohkan reaktor berkenaan.

Peluang melihat bangunan reaktor yang terletak hanya beberapa meter pastinya memberikan pengalaman berharga. Bagaimanapun, antara tumpuan utama pelancong ialah model besar dan terperinci di kawasan reaktor yang musnah.

Sebaik berada di situ, pelancong seakan-akan kaku, mata seakan-akan tidak selesa melihat model itu dan keseluruhan bangunan reaktor yang musnah. Tidak hairanlah ramai yang menarik nafas lega sebaik melepasinya.

Kira-kira dua kilometer dari Pripyat, pelancong disajikan dengan panorama yang menarik, namun penuh emosi.


LETUPAN loji nuklear Chernobyl menyebabkan Propyat diumpamakan bandar hantu.


Biarpun kebanyakan bangunan mulai runtuh secara perlahan-lahan, struktur dan reka bentuk modennya masih jelas kelihatan berbeza dengan beberapa penempatan lain yang dilewati ketika dalam perjalanan menaiki bas dari Kiev.

Pripyat merupakan satu contoh utama bandar pekerja-pekerja Kesatuan Soviet yang paling ideal pernah dibina. Merenung apa yang telah ditinggalkan oleh penduduk-penduduknya selepas letupan pastinya mengundang perasaan yang menusuk kalbu.

Salah satu tarikan yang terdapat di bandar itu ialah taman hiburannya apabila terdapat roda Ferris yang kini menjadi sebuah monumen penting secara tidak sengaja. Tiada siapapun berpeluang menaikinya kerana ia sepatutnya dibuka hanya seminggu selepas letupan itu berlaku.

Kehidupan di Chernobyl

Biarpun kawasan di sekitar Chernobyl agak sepi dan hening, namun terdapat juga kehidupan di dalamnya.

Terdapat beberapa pekerja yang bertanggungjawab menjaga kawasan reaktor yang terbiar itu dua minggu sekali. Mereka menetap kira-kira 15 kilometer (km) di salah sebuah bandar di Chernobyl.

Jika bernasib baik, pelancong juga berpeluang bertemu ratusan penduduk asal Chernobyl. Biarpun telah diarahkan berpindah, mereka kembali semula ke situ dan mengetepikan segala nasihat dan sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mahu menetap di tempat kelahiran mereka.

Selepas bas yang dipenuhi penumpang bersedia untuk perjalanan pulang ke Kiev, pelancong perlu berdepan dengan satu lagi halangan.

Sebaik tiba di sempadan zon larangan, semua pelancong perlu turun dan melepasi mesin yang pengimbas tahap radiasi yang diletakkan.

Caranya ialah dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil memegang dua plat besi dan menunggu dalam tempoh beberapa saat. Lampu yang menyala menunjukkan isyarat hari yang penuh mencabar itu dilalui dengan selamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Resort dalam ladang buah

Posted:

Resort dalam ladang buah

Resort dalam ladang buah

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


DIKELILINGI suasana kampung yang tenang dan mendamaikan menjadikan D-Paradise sebagai destinasi kunjungan keluarga.


KEUNIKAN Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia tidak boleh dinafikan lagi seiring dengan status negeri itu sebagai salah sebuah negeri pelancongan popular di Malaysia. Pelbagai jenis produk pelancongan yang terdapat di negeri itu menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mahu merasai percutian berbeza sambil dikelilingi suasana kampung yang tenang dan mendamaikan, D-Paradise Fruits World and Aborginal Native Village mungkin adalah jawapannya.

Pemandangan hijau menjamu mata sebaik kereta yang dipandu memasuki pekarangan Kampung Berisu, Alor Gajah. Mata pasti terpesona melihat keunikan rumah-rumah tradisional Melaka yang menghiasi kiri dan kanan jalan.

Berbeza dengan resort-resort lain di negeri itu, D-Paradise yang telah beroperasi sejak enam tahun lalu menawarkan konsep percutian dalam ladang buah-buahan.

Dengan keluasan kira-kira 167 hektar, ia menawarkan 800 jenis buah bermusim seperti durian dan rambutan, tidak ketinggalan buah-buahan lain seperti markisa, nangka dan pelbagai jenis limau.

Pengunjung ke resort itu pasti teruja menikmati percutian yang menyeronokkan dengan menyusuri denai sepanjang sembilan kilometer yang dipayungi dengan pokok markisa sama ada berjalan kaki atau menaiki basikal.

Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di situ, iaitu jenis calet dan kabin. Penginapan calet Kampung House dan CEO Kampung House mempunyai dua bilik yang bercirikan bentuk rumah tradisional Melayu.


PENGINAPAN jenis kabin yang agak unik ditawarkan di Camp David Islands.


Tatkala melangkah kaki ke dalamnya, mata seakan terpaku melihat ukiran yang menghiasi setiap sudut rumah itu.

Setiap calet dilengkapi kemudahan penghawa dingin, televisyen, peti sejuk, air panas serta dua bilik air. Ruang tamunya yang luas dan ringkas nyata memberikan keselesaan maksimum kepada pengunjung khususnya yang mempunyai keluarga yang besar.

Bagi yang mahu suasana yang lebih mewah, calet CEO Kampung House mempunyai kolam renang peribadi membolehkan pengunjung bersantai dan bermandi-manda.

Penginapan kedua-dua ialah jenis kabin dikenali sebagai Camp David Islands. Menariknya, ia dibina di atas sebuah tasik buatan manusia yang dilengkapi dengan empat buah kabin serta mempunyai kemudahan rumah persinggahan.

Di samping itu, ia juga mempunyai kolam renang peribadi dengan jakuzi, bilik karaoke, bilik makan. Untuk menjamu selera terdapat perkhidmatan tukang masak yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa bergantung kepada selera pengunjung.

Selain berpeluang merasai keenakan dan kelazatan ratusan buah yang ditanam di sekelilingnya, pengunjung juga boleh melawat beberapa lokasi menarik yang disediakan.

Antaranya ialah Taman Kaktus, Taman Botani, Taman Periuk Kera serta taman haiwan yang menempatkan rusa, burung kasawari dan arnab.

Turut menjadi tarikan ialah Perkampungan Orang Asli di Sarawak yang jarang dapat dilihat di negara ini. Pengunjung pasti teruja melihat keunikan budaya dan masyarakatnya serta persembahan tradisional yang diadakan setiap hari.

Bagi kaki pancing terdapat kolam ikan yang disediakan khusus bagi tujuan itu. Bagi yang menggemari aktiviti mencabar mengapa tidak meneroka hutan pada waktu malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 04 May 2011 03:34 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Hari Radio RTM Ke-65 mesra masyarakat

Posted:

Hari Radio RTM Ke-65 mesra masyarakat

Hari Radio RTM Ke-65 mesra masyarakat


PARA peserta memulakan acara jogathon di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SIHAT. Seramai 326 orang menyertai Jogathon RTM 65: Celcom Penyiar di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang dianjurkan sempena sambutan Hari Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-65 itu melibatkan jarak sejauh 6.5 kilometer.

Jogathon dilepaskan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail.

Acara itu bertujuan untuk mendekatkan RTM dengan masyarakat di samping menyokong kempen gaya hidup sihat yang disarankan kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru, ibu bapa turun padang bersihkan SK Permas Jaya 2

Posted:

Guru, ibu bapa turun padang bersihkan SK Permas Jaya 2

Guru, ibu bapa turun padang bersihkan SK Permas Jaya 2


GURU dan ibu bapa membersihkan kawasan sekolah di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.


CERIA. Tanggungjawab menceriakan kawasan sekolah tidak sepatutnya dibebankan kepada pihak sekolah sahaja.

Justeru, atas rasa cintakan sekolah, para guru dan ibu bapa turun padang bagi menjayakan program membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Jaya 2, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.

Program berkenaan bagi merealisasikan visi 'Sekolah Dalam Taman' dan 'Melandskapkan Sekolah'.

Guru Besar, Siti Latifah Adnan berkata, objektif program itu antaranya adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan mesra alam serta membina iklim pembelajaran dan pengajaran yang menarik.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan pada program itu termasuk menanam pelbagai jenis pokok dan pokok bunga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YPKPK bantu ibu lima anak

Posted:

YPKPK bantu ibu lima anak

YPKPK bantu ibu lima anak


ZURAIDI (kanan) menyerahkan barangan keperluan dapur kepada Hasnah (lima dari kanan) di Kampung Gabus, Pulai, Baling baru-baru ini.


SIMPATI. Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pelajaran Kedah (YPKPK) menghulurkan bantuan kepada satu keluarga miskin di Kampung Gabus, Pulai, Baling baru-baru ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai RM200 diserahkan kepada suri rumah, Hasnah Abu Hassan, 32, yang menyara lima anak berumur antara lima dan 16 tahun.

Kisah kemiskinan keluarga itu mendapat perhatian YPKPK setelah mendapat tahu seorang daripada anak Hasnah, Kamarul Izham Abdullah, 15, bekerja sambilan sebagai pencuci kereta bagi mendapatkan wang saku sekolah.

Sementara itu, Pengerusi YPKPK, Zuraidi Rahim berkata, keluarga tersebut juga akan diberi bantuan bulanan bagi memastikan anak-anak Hasnah tidak tercicir dalam persekolahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads