Kosmo Online - Varia Posted: 03 May 2011 11:02 AM PDT Mahirkan diri urus hutang Posted: Mahirkan diri urus hutangMahirkan diri urus hutang Oleh MELATI MOHD ARIFF SYAIFUL AZLAN SURAZI merupakan salah seorang pengguna kad kredit yang bebas daripada belenggu hutang selepas mendapat khidmat AKPK.
PINJAMAN peribadi dan kad kredit begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini. Amalan mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyi hutang mungkin tidak sedap didengar. Tidak bijak menguruskan kewangan dengan meminjam dan menggunakan kad kredit yang melebihi kemampuan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis. Menurut Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus menjadi satu budaya. Katanya, rakyat negara ini perlu diberi kesedaran dan kemahiran mengurus kewangan termasuk hutang. Tambahan sekarang, institusi kewangan itu sendiri menggalakkan orang berhutang termasuk memberi kemudahan kad kredit. "Ada institusi kewangan yang begitu mudah menawarkan pinjaman kepada pemegang akaun mereka walaupun tidak diminta. Bagi yang mudah terpengaruh, akan menerima tawaran tersebut dan akhirnya terjebak dengan hutang yang tidak berkesudahan," tegas Mohd. Yusof. Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memantau kegiatan institusi kewangan seperti itu kerana ia adalah amalan yang tidak sihat lantaran secara terang-terangan menggalakkan orang berhutang. Pada masa yang sama kerajaan dilihat turut tegas mengambil langkah memerangi kegiatan ah long atau ceti haram kerana ia adalah antara punca mudah berhutang. Mohd. Yusof lalu merujuk kepada satu kenyataan BNM apabila sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah mencecah sebanyak RM577 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pula pinjaman perumahan. Risiko muflis Risiko diisytihar muflis atau bankrap. Ini yang perlu difikirkan oleh mereka yang begitu mudah mengambil pinjaman peribadi dengan institusi kewangan. Sekiranya orang yang berhutang gagal menjelaskan ansuran pinjaman tersebut dua kali berturut-turut, institusi kewangan menghantar notis kepada si berhutang, katanya. Tambahnya, jika jumlahnya melebihi RM30,000, institusi kewangan boleh mengambil tindakan untuk mengisytiharkan seseorang itu sebagai muflis! Beliau merujuk kepada statistik kes muflis Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005 hingga Mei 2010 di mana seramai 80,348 orang disenarai muflis. Sebab muflis Sebab-sebab kebankrapan yang disenarai adalah hutang cukai pendapatan, hutang kad kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial, biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain. Statistik daripada sumber yang sama menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah keberhutangan yang lain (29.05 peratus), diikuti sewa beli kenderaan (24.12 peratus), hutang pinjaman perniagaan (10.93 peratus), pinjaman perumahan (7.49 peratus) dan hutang kad kredit (5.50 peratus). Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan paling ramai muflis ialah Melayu 39.76 peratus diikuti Cina 33.36 peratus, India 9.53 peratus sementara lain-lain 17.34 peratus. Memang pantau KEGAGALAN melunaskan hutang ah long mengancam keamanan hidup dan keselamatan nyawa seseorang peminjam.
Menurut Mohd. Yusof, FOMCA memang dari semasa ke semasa memantau sikap suka berhutang dan ia merangkumi semua peringkat masyarakat dan kaum. Pemantauan itu dilaksanakan susulan daripada program pengurusan kewangan dengan BNM oleh Fomca, yang bermula Jun 2010 hingga April ini. "Data berkaitan kadar pinjaman dan hutang rakyat Malaysia digunakan semasa program pengurusan kewangan untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang tabiat buruk berhutang. Selain itu, FOMCA dengan kerjasama Bank Negara sedang menerbitkan buletin Ringgit secara bulanan. "Buletin ini memuatkan rencana mengenai pengurusan kewangan peribadi," tambah Mohd Yusof. Mohd. Yusof berkata, memang ada agensi dan badan bukan kerajaan mengadakan program pengurusan kewangan bagi golongan muda dan dewasa. Pihak berkenaan termasuk Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Suruhanjaya Sekuriti melalui Securities Industry Development Corporation dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Bagi mengelakkan pertindanan dari segi sasaran program dan bagi menyelaraskan program pengurusan kewangan, FOMCA menurut Mohd. Yusof, telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Kewangan Kebangsaan (SPKK). Suruhanjaya tersebut, katanya perlu memberi tumpuan kepada empat fungsi utama iaitu membina kesedaran awam terharap sumber sedia ada, membangunkan strategi penyebaran maklumat dan mengikut golongan sasar. Tidak ketinggalan SPKK perlu mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta serta akhir sekali melakukan kajian dan penilaian terhadap program pendidikan kewangan. SPKK juga perlu mengkoordinasi semua program pendidikan pengurusan kewangan semua agensi untuk meminimumkan sebarang pertindanan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan. Di samping itu, ia juga perlu membangunkan satu strategi nasional untuk mempromosi pendidikan pengurusan kewangan untuk semua rakyat Malaysia dan membangunkan satu laman web pendidikan peringkat kebangsaan untuk membekal maklumat tentang pendidikan pengurusan kewangan. "Ia juga perlu mewujudkan satu talian tol bebas untuk orang ramai mendapatkan bahan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan kewangan," kata Mohd. Yusof. Dari segi mengurus hutang, beliau berkata ia mesti dikendalikan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Beliau menambah pengguna juga hendaklah dimaklumkan tentang semua caj dan sebarang caj yang melibatkan pengguna sebelum caj tersebut dikenakan. "Dalam semua hal, pengguna perlu dilindungi oleh Bank Negara dan semua kontrak hendaklah ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami," katanya. Pada masa yang sama, Mohd. Yusof berkata, masyarakat juga perlu diberi pendedahan tentang beberapa instrumen simpanan dan pelaburan yang ada untuk keperluan masa depan termasuk untuk kecemasan. Pakej simpanan yang perlu diberi pendedahan ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, insurans hayat/takaful (termasuk yang menyediakan pakej simpanan) serta amanah saham. Beliau turut menyarankan supaya pelaburan terhadap emas perlu diberi pertimbangan memandangkan pada masa ini harga emas semakin meningkat, selain nilainya yang stabil. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Hajat jaguh muay thai Posted: Hajat jaguh muay thaiHajat jaguh muay thai Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR alif.abubakar@kosmo.com.my MALAYSIA tidak ketandusan bakat untuk diketengahkan dalam sukan muay thai khususnya di kejohanan antarabangsa.
MUAY THAI telah menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai sukan bertaraf dunia namun penerimaan sukan itu di Malaysia masih samar-samar. Apatah lagi cadangan menjadikan sukan muay thai sebagai acara rasmi di Sukan SEA juga sering tenggelam timbul. Adakah disebabkan tidak semua negara rantau Asia Tenggara mempunyai atlet muay thai menyebabkan sukan itu sering digugurkan oleh tuan rumah Sukan SEA? Adakah sukan tersebut dilihat sebagai acara yang tidak menarik perhatian? Bagaimanapun, di sebalik kesuraman sukan tersebut di Malaysia, masih ada atlet sukan muay thai negara yang menyerlah di arena antarabangsa. Salah seorang daripadanya ialah Mohd. Ali Yaakub, 25. Dia mula menceburkan diri dalam sukan muay thai sejak berumur 12 tahun. Juara muay thai Antara Sukan-Sukan Dunia 2010 di Hong Kong itu mengetahui bahawa muay thai merupakan sukan tepat buatnya bagi menunjukkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri. Menjadikan ayah sendiri yang juga seorang jaguh muay thai sebagai idola, Ali lantas mengambil keputusan menyertai Kayu Club Inai Seri Bago di negeri kelahirannya, Terengganu, sebagai asas mengenali dunia muay thai. Hasratnya tidak ditentang keluarga malah mendapat sokongan penuh mereka demi melihatnya menggapai cita-cita bergelar jaguh muay thai tersohor. Mula berlatih pada usia muda nyata menjadi bonus buat Ali yang kini sudah 13 tahun beraksi di gelanggang. Pengiktirafan SEBAHAGIAN daripada peserta pertandingan Muay Thai Fit Warriors yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini.
Sinonim digelar Harimau Malaysia di pentas muay thai, Ali masih belum puas berjuang bagi melihat sukan itu bukan sahaja diiktiraf tetapi mendapat tempat lebih luas dalam hati generasi muda. "Kita tahu muay thai bukan seni mempertahankan diri pilihan ramai dan perkembangannya belum sebaris dengan seni bela diri lain seperti silat, judo, wusyu dan lain-lain. "Sebenarnya Malaysia juga mempunyai ramai atlet muay thai yang berbakat, tapi oleh kerana kurang publisiti, mereka tidak begitu dikenali di mata masyarakat. "Saya berharap satu hari nanti, atlet muay thai akan diiktiraf negara seterusnya menjadikan seni mempertahan diri ini sebagai sukan rasmi pada temasya seperti Sukan SEA," jelasnya yang baru sahaja merangkul kemenangan dalam Pertandingan Muay Thai Fit Warriors Zon Tengah bagi kategori 57-60 kilogram anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) di Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini. Seorang lagi jaguh muay thai, Mohd. Faizal Ramli, 22, memberitahu bahawa minat terhadap seni mempertahankan diri itu mula membenih ketika dia berumur tujuh tahun. "Saya masih ingat sebuah filem Thailand yang menceritakan tentang kehidupan seorang jaguh muay thai. "Bermula dari saat itu, saya jatuh cinta dengan muay thai dan berusaha mempelajari sukan tersebut," kata anak kelahiran Kelantan itu. Bagi melunaskan impian terpendamnya, Faizal nekad menyertai sebuah kelab muay thai di tempatnya, Kelab Black Tiger, ketika dia berumur 15 tahun. Dengan bakat yang dimiliki, Faizal sering menjadi pilihan Persatuan Muay Thai Malaysia untuk mewakili negara bertanding dalam kejohanan muay thai antarabangsa seperti di Hong Kong, Thailand dan Australia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 03 May 2011 09:21 AM PDT Robiah berniaga berbekalkan ilmu Posted: Robiah berniaga berbekalkan ilmuRobiah berniaga berbekalkan ilmu Oleh SHOLINA OSMAN Gambar MOHD. ARIF RAMLI (PELATIH UNISEL) Antara produk yang diperkembangkan oleh Robiah dalam perniagaan.
ADA orang pernah kata, jika nak menjadi seorang peniaga, tidak perlulah belajar tinggi-tinggi. Cukup sahajalah berbekalkan pengalaman dan ada modal. Mungkin pepatah ini tidak lagi sesuai di zaman ini memandangkan tanpa ilmu agak sukar untuk kita bergerak dengan lebih jauh kerana persaingan di dalam dunia perniagaan sememangnya sengit. Begitu juga dengan Pengarah Haida Health & Beauty Centre, Robiah Huri, 38, sanggup mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Spa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini selama dua tahun secara sambilan demi mengejar ilmu. Robiah atau lebih dikenali sebagai Ruby ini berkata, walaupun ketika itu beliau sibuk kerana baru membuka Haida Health & Beauty Centre pada tahun 2006 tetapi itu semua bukan alasan. ''Sepanjang pengajian ini saya bukan saja belajar cara menguruskan perniagaan spa malah turut menimba ilmu dalam perkhidmatan yang biasa ditawarkan oleh spa seperti fisiologi, anatomi, refleksologi, rawatan selepas bersalin dan juga terapi urutan," katanya ketika ditemui di LG 25 Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ruby berkata beliau bersemangat untuk belajar kerana mempunyai cita-cita membuka spa bagi mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Ini kerana pada masa itu Ruby hanya membuka perniagaan menjual barangan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan gamat dengan menyewa sebuah lot kedai. ''Sebelum itu saya menjual produk ini hanya menyewa gerai kecil berdekatan kawasan pasar raya," katanya. Bagaimanapun beliau mula merasakan perlu membuka kedai memandangkan jumlah pelanggan semakin meningkat. Jelas Ruby sebelum itu beliau memang mempunyai pengalaman menarik berkaitan dengan penggunaan produk ini. ''Produk ini diperkenalkan oleh salah seorang ahli keluarga selepas saya keguguran dan ia memang berkesan kerana selepas saya semakin pulih dan sihat semula," katanya. Semenjak itu, Ruby berjinak-jinak menjual produk gamat ini walaupun pada mulanya hasratnya untuk berhenti kerja bank bagi menumpukan masa kepada anak-anak. Minat itu yang mendorong Ruby belajar di UTM di atas tajaan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang memberi peluang peniaga sepertinya untuk menimba ilmu dalam bidang yang ingin diterokai. Selepas tamat pengajian Ruby mula mengubah suai sebahagian ruang lot kedai sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan spa. Pada ketika itu Ruby hanya mempunyai dua buah katil dengan dibantu oleh dua pekerja sahaja. ''Kini spa ini semakin berkembang di mana saya telah menyediakan lima katil untuk memberikan rawatan lima pelanggan sekali gus oleh lima pekerja iaitu tiga mahir dalam urutan dan dua lagi untuk merawat kecantikan," kata ibu kepada lima anak ini. Sebagai orang yang memahami rentak perniagaan dengan berbekalkan dengan ilmu yang ada, Ruby memberitahu spanya bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kecantikan tetapi lebih 'spa untuk rawatan kesihatan' yang bermula dari dalaman. Sehubungan itu, katanya, teknik urutan yang ditawarkan oleh spa miliknya juga berusaha untuk menyembuhkan penyakit seseorang. ''Badan seseorang perlu diurut bagi membolehkan darah berjalan dengan lancar dan akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan segar," katanya. Selain itu, katanya perkhidmatan lain yang disediakan termasuk rawatan menguruskan badan dengan teknik urutan dengan penggunaan produk La Ara Beauty Solution keluaran tempatan yang dihasilkan dari bunga rosell, asam keping dan juga kollagen daripada ikan. Katanya, gabungan tiga bahan ini bukan sahaja dapat menguruskan badan sambil menjadikan kulit tegang. Jelas Ruby untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan rawatan yang disediakan boleh menghubunginya di talian 03-26931279 atau 017-6756679 atau melayari www.haidahealinghouse.blogspot.com. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 03 May 2011 09:11 AM PDT Keluarga miskin bimbang diusir Posted: Keluarga miskin bimbang diusirKeluarga miskin bimbang diusir Oleh ZULHISHAM ISAHAK utusanjohor@utusan.com.my
|
AZMI Othman menunjukkan notis yang mengarahkannya berpindah dan mengosongkan rumah jika gagal membayar tunggakan sewa di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, semalam.
|
JOHOR BAHRU 2 Mei – Sebuah keluarga miskin dari Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berada dalam dilema apabila diarahkan mengosongkan rumah kerana tidak mampu membayar sewa yang tertunggak lebih setahun. Ketua keluarga malang itu, Azmi Othman, 58, menerima notis supaya melangsaikan bayaran sewa tertunggak sebanyak RM900 atau terpaksa mengosongkan rumah tersebut dalam masa dua minggu. Menurutnya, dia tidak mampu membayar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu kerana tidak bekerja berikutan menghidap asma dan darah tinggi manakala isterinya, Sabiah Yatim, 51, merupakan orang kelainan upaya (OKU). "Kami hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal sebanyak RM400 untuk saya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula beri RM150 kepada isteri kerana menghidap penyakit dan juga OKU sementara anak bongsu saya, Hydiel Hyqal, 12, terima RM100 sebulan juga daripada JKM. "Dengan pendapatan RM650, memang tidak cukup untuk menyara hidup apatah lagi anak masih bersekolah. Ini punca utama sewa rumah tidak mampu dibayar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kehidupan mereka sekeluarga, jelasnya, amat susah dan hanya makan nasi dengan kicap dan sesekali berlaukkan telur jika ada duit lebih. Sehubungan itu, dia merayu pihak berkenaan supaya tidak menghalau mereka keluar dari PPR tersebut kerana tidak mempunyai kediaman lain untuk berteduh. Menurutnya, mereka sekeluarga bukan meminta-minta tetapi keadaan kini amat mendesak dan tiada pilihan selain meminta bantuan daripada pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu. Bagi sesiapa yang ingin menghulur sumbangan untuk membantu keluarga Azmi boleh berhubung dengannya melalui talian 017-7318353. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sokong penjaja makanan ringan dikenakan tindakan Posted: Sokong penjaja makanan ringan dikenakan tindakanSokong penjaja makanan ringan dikenakan tindakan SAYA amat menyokong tindakan tegas pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap penjaja makanan ringan di luar kawasan sekolah. Sebagai bapa kepada dua anak yang masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, sudah semestinya mahu anak-anak saya mendapatkan makanan yang berkhasiat sahaja. Ini kerana, kebanyakan daripada makanan seperti air berkarbonat, kerepek, 'jajan' dan gula-gula yang dijual tidak berkhasiat dan boleh menjejaskan pembesaran kanak-kanak. Kadangkala anak-anak ini tidak mahu makan nasi sebaik sampai di rumah selepas habis sekolah kerana sudah kenyang makan makanan ringan tersebut. Justeru, saya berharap agar pihak yang berkuasa terus melakukan pemantauan ke atas penjaja-penjaja ini supaya mereka tidak lagi berniaga di luar kawasan sekolah. Amatlah diharapkan usaha ini dilakukan secara berterusan dan tidak hanya ketika isu ini masih panas sahaja. Selain itu juga, pihak sekolah juga boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan mendidik para pelajar tentang kesan negatif terhadap pengambilan makanan ringan yang mengandungi kandungan garam tinggi sehingga boleh menyebabkan obesiti. Ibu bapa juga boleh mengambil tindakan serupa termasuk mengehadkan pemberian wang saku kepada anak-anak dengan menganggarkan duit untuk makan di kantin sahaja bagi mengelakkan mereka membeli makanan daripada penjaja. Saya berharap dengan tindakan dan langkah yang diambil oleh semua pihak ini, masalah penjaja serta obesiti di kalangan para pelajar yang disebabkan oleh makanan ringan ini dapat dikurangkan pada masa hadapan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kesihatan Posted: 03 May 2011 03:06 AM PDT Victoza rawat diabetes Posted: Victoza rawat diabetesVictoza rawat diabetes Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA maria.zakaria@utusan.com.my Gambar JEFRRI IRAN
|
Usah biarkan diabetes menghantui hidup anda. - Gambar hiasan
|
MENURUT perangkaan daripada Persekutuan Diabetik Antarabangsa, pada 2010 seramai 285 juta penduduk dunia menghidap diabetes dan ia dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang tahun 2030. Daripada jumlah tersebut, di Malaysia sahaja seramai 1.8 juta telah dikenal pasti menghidap penyakit tersebut dan ia merupakan satu peningkatan yang tinggi berbanding 1.4 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2010 juga, sejumlah 23,800 kematian adalah disebabkan diabetes. Menurut Pakar Endokrinologi Senior, Hospital Universiti Sains Malaysia, Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, melihat akan senario tersebut, pakar kesihatan bersetuju bahawa Malaysia akan terus mengalami peningkatan dalam jumlah pesakit diabetes di masa akan datang. Katanya lagi, jumlah kes diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah 2.5 juta menjelang tahun 2030. ''Diabetes terbahagi kepada dua iaitu jenis 1 dan 2. Kebanyakan pesakit di negara ini menghidap diabetes jenis 2 di mana pankreas mengeluarkan kuantiti insulin yang tidak mencukupi dan secara tidak langsung ia akan mengalami kesan berkurangan ke atas otot dan sel hati. ''Dalam hal ini, pesakit selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini adalah punca kebanyakan kematian pesakit yang menghidap diabetes jenis 2. ''Bagi diabetis jenis 1 pula, badan pesakit langsung tidak mengeluarkan insulin,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah beliau, untuk itu setiap pesakit diabetes perlu dirawat dan tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap glukosa darah ke tahap sasaran kerana penyakit ini menyebabkan tahap gula darah meningkat. Dalam kes ini, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik dengan rawatan sedia ada. Untuk itu, baru-baru ini, Novo Nordisk telah melancarkan Victoza, sejenis ubat yang dihasilkan untuk rawatan diabetes jenis 2 di Malaysia. Mengulas lanjut mengenai penemuan tersebut, Profesor Perubatan Monash Universiti, Prof. Datuk Dr. Khalis Abdul Kadir berkata, dengan Victoza, pesakit diabetes jenis 2 yakin bahawa mereka dapat mengawal tahap glukosa darah di samping mendapat manfaat penurunan berat badan. Ujar beliau lagi, kes tersebut (penurunan berat badan) adalah pencapaian penting bagi pesakit diabetes jenis 2 yang ramai di antaranya menghadapi masalah berat badan. ''Sebahagian besar kes diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2 yang boleh dikaitkan dengan peningkatan bilangan mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes. ''Tetapi dengan Victoza, ia mampu membantu pesakit menurunkan berat badan dan ini adalah satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2 . ''Dengan Victoza, pesakit hanya perlu menyuntik sekali sehari sahaja dan tidak bergantung kepada waktu makan. Ini bermakna suntikan boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan,'' katanya. Victoza merupakan sejenis ubat yang mampu membantu pesakit diabetes jenis 2 mengembalikan tahap glukosa darah kepada normal. Ia bertindak balas dengan tubuh untuk mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika ia menjadi terlalu tinggi. Penghasilan Victoza juga adalah untuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko tahap glukosa darah terlalu rendah (hipoglisemia). Sebelum Victoza diperkenalkan kepada umum, kajian yang dilakukan membuktikan dua faedah tambahan Victoza adalah penurunan tekanan darah sistolik dan pemulihan fungsi sel beta. Kelebihan ini telah dibuktikan melalui fasa 3 ujian Liraglutide Effect and Action in Diabetes (LEAD) yang melibatkan 4,000 pesakit diabetes jenis 2 menerima rawatan Victoza di 40 buah negara termasuk Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 02 May 2011 11:24 PM PDT Pengetua dirai majlis persaraan, hari lahir serentak Posted: KUANTAN 2 Mei - Suasana sayu menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih di sini apabila pengetuanya, Moy Wah Goon, 58, dirai dalam majlis persaraannya baru-baru ini.... Berita Penuh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud menyarankan pelajar supaya menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris terutamanya yang ada nilai komersial seperti bahasa Jepun, Korea, Mandarin, Perancis dan Jerman. ... Berita PenuhYayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berhasrat menambah 100,000 lagi keahliannya di kalangan guru-guru di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.... Berita PenuhMELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita PenuhKOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita PenuhKULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita PenuhKUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita PenuhKUALA LUMPUR 2 Mei – Dua pelajar Program Pendidikan PERMATAPintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa pada Persidangan Saintis Masa Depan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) kali ketiga, yang diadakan di Taiwan baru-baru ini.... Berita PenuhTRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita PenuhBIDANG pengacaraan majlis merupakan sebuah bidang yang berkait rapat dengan etika dan protokol serta penampilan diri. ... Berita PenuhKOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita PenuhKOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita PenuhJOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita PenuhKUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita PenuhTRANSFORMASI dunia hari ini membangkitkan pelbagai masalah dan pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Malah isu penyatuan umat manusia menjadi titik tolak dalam mencari keamanan sejagat.... Berita Penuh Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 02 May 2011 03:14 PM PDT Jururawat veteran bertemu selepas 40 tahun berpisah Posted: Jururawat veteran bertemu selepas 40 tahun berpisahJururawat veteran bertemu selepas 40 tahun berpisah BEKAS pelatih penolong jururawat Hospital Muar mengadakan perjumpaan selepas 40 tahun terpisah di Seri Kembangan baru-baru ini.
BERTEMU KEMBALI. Selepas 40 tahun terpisah, seramai 35 orang bekas pelatih penolong jururawat kumpulan ke-11 yang mendapat latihan di Hospital Daerah Muar, Johor dari Februari 1971 hingga Februari 1973 bertemu semula di Restoran Selera Abah, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini. Penyelaras majlis perjumpaan itu, Zaliah Abidin, 61, berkata, dia terpanggil untuk mengumpulkan semua rakan pelatih di hospital tersebut kerana rindukan kemesraan yang terjalin suatu ketika dahulu. "Sebenarnya kumpulan kami ada 48 pelatih, tetapi empat orang telah meninggal dunia dan empat lagi terpaksa menjaga suami yang sakit dan selebihnya gagal dihubungi. "Pada perjumpaan ini, ada rakan-rakan yang kami tidak dapat cam lagi disebabkan usia dan peredaran masa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 179 pemimpin belia berkumpul di Pulau Pinang Posted: 179 pemimpin belia berkumpul di Pulau Pinang179 pemimpin belia berkumpul di Pulau Pinang BORHAN (duduk enam dari kanan) bersama pemimpin belia yang menyertai Bengkel Pemimpin Kreatif Menjana Kepimpinan Inovatif bergambar di Jawi, Pulau Pinang baru-baru ini.
KEPIMPINAN. Sebanyak 179 pemimpin belia seluruh negara menyertai Bengkel Pemimpin Kreatif Menjana Kepimpinan Inovatif Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Jawi, Pulau Pinang baru-baru ini. Program kali keempat itu adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Borhan Dolah. Dalam ucapannya, beliau memberitahu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya golongan belia dapat mengoptimumkan potensi masing-masing ke arah menyumbang kepada pembangunan negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anggota PDRM dan Kor Suksis derma darah sempena Hari Polis Posted: Anggota PDRM dan Kor Suksis derma darah sempena Hari PolisAnggota PDRM dan Kor Suksis derma darah sempena Hari Polis MAZLAN (dua dari kiri) dan Zainal (kanan) menderma darah pada program sempena Hari Polis Kontinjen Kelantan Ke-204 di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini.
MULIA. Sebanyak 42 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Kelantan dan 23 Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengadakan program derma darah bagi mengisi bekalan tabung darah di hospital negeri itu baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, program itu diadakan buat kali pertama melibatkan kerjasama antara PDRM dengan kerjasama UMK sempena sambutan Ulang Tahun Hari Polis Kontinjen Kelantan Ke-204. Beliau berkata, program dua hari di Dewan Terbuka Keusahawanan, Pengkalan Chepa, Kelantan itu membabitkan anggota polis dengan mahasiswa bagi merapatkan hubungan yang sudah lama terjalin antara UMK dan PDRM. "Kami cukup berterima kasih kepada Naib Canselor UMK, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Mohamed dan pihak Kor Suksis yang memberi kerjasama dalam menjayakan program derma darah ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Urban Posted: 02 May 2011 01:45 PM PDT Dunia golf remaja kota Posted: Dunia golf remaja kotaDunia golf remaja kota Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my
HARI Ahad merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan dua beradik ini. Seawal pukul 6 pagi, Syahmi Azizi Nor Azizi, 14, dan kakaknya, Nornadira, 18, sudah bangkit daripada tidur. Mereka bukan mahu menonton kartun sebaliknya, kedua-duanya mahu segera menuju ke lapangan golf di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam. Mereka sudah tidak sabar lagi untuk menghayunkan batang golf. Sebelum berangkat, bapa mereka, Nor Azizi Azman, 44, terlebih dulu memastikan peralatan golf anak mereka termasuk putter dibawa bersama. Dengan gaya persis pemain profesional, Syahmi mengeluarkan batang golf dari dalam beg. Kemudian dia mengelap batang besi itu dengan sehelai kain berwarna putih. "Nikmatnya dapat memukul bola pagi-pagi ni," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bestari kepada penulis. Hayunan pertama remaja itu seakan tidak menjadi dan tersasar di luar padang golf. Dia mencuba beberapa kali hinggalah pada satu ketika, bola golfnya melayang kira-kira 100 meter. Sepanjang melihatnya beraksi di padang golf, Syahmi dan kakaknya, Nornadira tidak berhenti daripada mengemukakan topik tentang dunia golf mereka. Karakter Syahmi melangkaui usianya. Pesona remaja berbadan tegap itu ketika bertutur, tampak penuh logik dan elegan. Benar kata orang bijak pandai, sukan mampu menjana pemikiran yang lebih proaktif. Dengan pembawaan bersahaja sambil menarik nafas dan terus memukul bola golf seberat 45.9 gram, Syahmi berkata, minatnya terhadap sukan elit itu terbit daripada pengaruh bapanya yang gemar bermain permainan tersebut. "Saya dan kakak sering ikut bapa bermain golf sejak kecil, hari-hari tengok dan akhirnya kami minta bapa belikan peralatan golf yang sesuai dengan umur kami. "Setelah beberapa tahun berlatih, saya sudah percaya dengan kata bapa saya bahawa golf bersangkut-paut dengan keyakinan kita. Jika yakin, kita berupaya melakukan apa saja," luahnya sambil mengeluh apabila permainannya pada pagi itu agak kurang menyengat. Jadi hobi FOKUS. Mohd. Irwan (kiri) berazam untuk melahirkan lebih ramai pemain golf profesional yang berupaya mengangkat nama negara.
Nornadira pula pada asalnya tidaklah berapa cenderung dengan sukan tersebut. Bagaimanapun, minat itu mula terpupuk seusai dia mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Percaya atau tidak, saya semakin ketagih untuk bermain golf. Sukan ini bagai punya satu kuasa ajaib kerana selain menghilangkan stres, ia berupaya membentuk disiplin kita," katanya yang sangat mengagumi pemain golf wanita tersohor abad ini, Michelle Wee. Barangkali kata-kata itu dianggap oleh sesetengah pihak seperti agak berlebihan. Namun, dua beradik itu mahu persepsi mereka dilihat sebagai satu transformasi dunia semasa. Obses golf "Sukan berprestij ini sudah kami jadikan sebagai satu hobi," kata mereka. Mohd. Amir Najmi Datuk Azman, 13, turut mempunyai perspektif yang setara. Enam tahun bergelumang dengan padang golf, telah menjadikan pelajar SMK TTDI Jaya itu obses kepada sukan golf. "Kak, kalau buka TV saya tak akan tengok saluran lain kecuali saluran sukan sahaja, tapi sukan yang saya tengok ialah golf," ujar Mohd. Amir penuh keterujaan. Adiknya, Alif Najmi, 10, turut mengikut jejak langkah abangnya itu. Adakah keluarga membatasi minat mereka? Jawapannya, tentulah tidak. Mohd. Amir dan Alif Najmi sesungguhnya beruntung kerana ayah mereka, Datuk Azman Yusoff, 39, seringkali memberi motivasi. Kadangkala jika mempunyai masa terluang, Azman sendiri akan turun padang memantau prestasi anaknya. Mohd. Amir berbeza dengan pemain-pemain golf cilik yang lain. Dia yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu nekad mahu menjadi seperti Tiger Woods. Bukan mustahil impian itu mampu digapai. Mohd. Amir telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam sukan golf apabila acap kali memenangi pertandingan golf peringkat junior yang diadakan di negara ini. JAGUH DALAM CIPTAAN. Antara barisan remaja yang merupakan peminat sukan golf tegar yang mengikuti latihan bermain golf di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.
Sama seperti Syahmi dan Nornadira, pasangan adik-beradik itu akan menghadiri latihan pada setiap hari Ahad, juga pada hari-hari terluang masing-masing. Kesemuanya diselia oleh jurulatih yang disapa sebagai coach, Mohd. Irwan A. Rahman, 31. Banyak pertanyaan dilontarkan kepada Mohd. Irwan selaku jurulatih kepada pelapis sukan golf negara itu. Lelaki berkenaan yang juga merupakan jurulatih yang bernaung di bawah Akademi Golf Australia (Malaysia) sebenarnya bukan satu nama yang sebaris dengan pemain golf handalan Thailand, Thongchai Jaidee. Namun, Mohd. Irwan mempunyai sijil pengajaran profesional daripada Persekutuan Jurulatih Golf Australia (AGTF) dan merupakan ahli bagi Persekutuan Jurulatih Golf Dunia (WGTF). Imbang kecergasan Beliau dan akademinya telah melatih lebih 500 pemain golf cilik di negara ini hingga ada kalangan mereka sudah melibatkan diri dalam pertandingan golf junior peringkat antarabangsa. "Sukan golf dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah semakin mendapat sambutan. Ibu bapa zaman ini sudah terkehadapan. Mereka berpandangan, jika anak mereka belajar bermain golf, secara automatik anak-anak kecil ini akan belajar erti disiplin, kejujuran dan hormat," katanya sambil memberitahu sukan ini mampu mengimbangi kecergasan kanak-kanak. Mengenai sistem pembelajaran sukan golf di akademi itu, Mohd. Irwan memberitahu, pemain cilik akan diajar bermain golf pada tahap asas sehingga ke handicap. Selain menguar-uarkan tentang etika bermain, jaguh-jaguh dalam ciptaan itu akan dilatih asas-asas seperti putting, full swing, chipping, penggunaan iron dan wood. "Sampai bila mereka harus berlatih, terpulang kepada empunya diri, jika dia rajin dan berkebolehan, tidak sampai setahun, dia boleh mahir atas padang," terangnya. Lazimnya, untuk kelas junior, masa yang diperuntukkan untuk latihan ialah selama sejam saja. Mengenai yuran, Akademi Golf Australia (Malaysia) mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu semester untuk fasa pertama. Kos itu turut meliputi aspek kejurulatihan, sijil, bola dan lain-lain keperluan. Usah gusar dengan kredibiliti AGTF, skop pembelajaran latihan sama seperti yang diamalkan di negara-negara Barat. Selain Mohd. Irwan, jurulatih-jurulatih berkaliber yang lain ialah Khamis Jalil dan Mohd. Zurie Harun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ulat buku banjiri PBAKL 2011 Posted: Ulat buku banjiri PBAKL 2011Ulat buku banjiri PBAKL 2011 Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my ORANG ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan buku yang dihajati pada harga runtuh.
TIADA perkara yang lebih menarik untuk dibualkan pada minggu lalu kecuali mengenai kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei baru-baru ini. Kuala Lumpur pada ketika itu digamatkan dengan kehadiran kira-kira 1.5 juta ulat buku. Masing-masing hadir ke pesta buku terbesar di Asia Tenggara itu bagi merebut peluang membeli buku yang berkualiti pada harga yang jauh lebih murah. Ada penerbit buku yang menawarkan diskaun di antara 50 hingga 70 peratus. Paling mencuri tumpuan ialah jualan buku kanak-kanak yang berharga serendah RM1 sebuah. Skala penganjuran PBAKL pada tahun ini dianggap yang terbesar sesuai dengan 30 tahun usia penganjurannya. Pihak penganjur dikhabarkan telah bertungkus-lumus membawa kira-kira 700 buah gerai buku pelbagai genre dari dalam dan luar negara. Lebih membanggakan, penerbit-penerbit besar seperti Macmillan, John Wiley, Thompson turut tersenarai. Bukan itu saja, sejumlah penulis tempatan turut bersama turun padang mempromosikan buku masing-masing. Antaranya ialah Aminah Mokhtar dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Selain pelancaran buku dan forum, Yayasan Pembangunan Buku Negara turut menganjurkan Kempen Jom Baca 1Malaysia. Buku RM1 juta Sasbadi Sdn. Bhd. yang merupakan antara penerbit buku akademik prasekolah hingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak pernah ketinggalan menyertai pesta buku saban tahun. Pengurus Jualannya, Patrick Wong berkata, untuk kali ini, nilai buku yang dibawa ke PBAKL bernilai RM1 juta. TUN MAHATHIR menandatangani bukunya untuk pembeli buku pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Ia lebih besar berbanding pada tahun lepas. Koleksi buku kami juga makin bertambah apabila Sasbadi memperoleh hak cipta terpelihara untuk menerbitkan koleksi peperiksaan STPM, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu," katanya. Gerai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim) di Dewan Tun Razak 3 juga tidak kurang hebatnya. Dalam tempoh 10 hari KLIBF berlangsung, Mapim mempamerkan lebih 900 tajuk buku. Mapim terkenal sebagai sumber untuk mendapatkan rujukan ilmiah yang bermutu hasil karya penulis dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pusat-pusat penyelidikan yang berprestij di Malaysia. Amiux (M) Sdn. Bhd. pengeluar kamus elektronik Besta yang telah mengubah kaedah penggunaan kamus kepada lebih praktikal juga menarik perhatian orang awam. Menurut Eksekutif Pembangunan dan Penyelidikan Amiux, Firhan Amirah Nor Azlan, pihaknya mengambil kesempatan memperkenalkan model revolusi kamus berteknologi tinggi, MD056 dengan tawaran yang lebih berpatutan. Selain koleksi cerpen dan novel-novel terhangat di pasaran seperti Terlanjur Mencintaimu, 566 Hari Mencari Cinta dan Cinta Dari Istana, buku Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang berjudul Kenyataan! Bukan Lagi Mimpi turut dilancarkan. Menurut penulis buku itu yang juga ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim, buku yang menceritakan pengalaman bermotosikal dari Malaysia ke London mendapat sambutan yang cukup hebat. "Hasrat kami untuk berkongsi pahit manis sepanjang kembara dalam sebuah buku dengan rakyat Malaysia termakbul juga akhirnya," kata Azizi yang memberi diskaun sebanyak 10 peratus kepada mereka yang membelinya di gerai Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D). Buku setebal 220 muka surat itu mempunyai dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. SALAH seorang peserta kanak-kanak menyiapkan lukisannya pada pesta buku di PWTC baru-baru ini.
Namun, tidak keterlaluan untuk dikatakan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah daya penarik kepada penganjuran pada kali ini. Beliau hadir untuk meluangkan masa menandatangani karya beliau, A Doctor in the House yang dibeli para peminatnya. Dr. Mahathir ternyata mempunyai aura yang luar biasa apabila ruang legar PWTC sesak dipenuhi orang ramai. Kajian yang dilaksanakan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tiga tahun lalu menyaksikan kira-kira 93.2 peratus rakyat di negara ini tahu membaca. Bagaimanapun, angka itu dianggap kurang memberangsangkan berbanding pencapaian Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman iaitu sebanyak 99 peratus. Bandar raya buku Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat minat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat meskipun secara puratanya mereka direkodkan hanya membaca dua buku dalam tempoh setahun. "Sudah ada pembaikan kalau dibandingkan beberapa tahun sebelum ini, rakyat Malaysia hanya membaca beberapa helai muka surat saja dalam setahun, helaian bukan buku, tapi sekarang sudah ada peningkatan," katanya ketika menghadiri PBAKL pada 26 April lalu. Justeru, jika prestasi itu dapat digandakan, nescaya harapan negara menjadikan Kuala Lumpur bandar raya buku akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tidak mustahil Malaysia akan setanding dengan kota dunia buku yang lain seperti di Madrid, Iskandariah dan Montreal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pusat sehenti alatan pasukan keselamatan Posted: Pusat sehenti alatan pasukan keselamatanPusat sehenti alatan pasukan keselamatan NAZRI (kanan)melayan para pelanggannya yang kebanyakan terdiri daripada ahli pasukan keselamatan di negara ini.
SEJAK kebelakangan ini, terlalu banyak pakaian seragam dan peralatan pasukan keselamatan Malaysia yang dijual di pasaran gelap. Maka, tidak hairanlah berlakunya kes menempah seragam polis atau tentera oleh orang yang tidak berkenaan dan kemudian menyamar untuk melakukan jenayah. Bertitik tolak dari situ, seorang usahawan muda yang juga ahli Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Nazri Kamal, 37, mengusahakan perniagaan barangan keselamatan dan aksesori pasukan keselamatan negara seperti polis, tentera, Rela, anggota Imigresen dan sebagainya. Kepada Nazri, kedainya yang diberi nama Direka Gemilang hanya berurusan dengan pelanggan yang benar-benar bertauliah. "Sebelum mereka membeli, biasanya kita akan semak Kad Sijil Pelantikan Polis atau anggota keselamatan yang lain. Kemudian setiap daripada mereka perlu daftar butir-butir diri dalam sebuah buku pendaftaran seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Kewangan. "Namun, selama lebih 10 tahun menjalankan perniagaan ini, saya bertemu dengan pelanggan yang setia mengambil barang daripada saya," katanya yang pernah mengikuti kursus menjadi anggota Rela pada tahun 1992. Nazri yang juga bertindak sebagai pengarah syarikat, pihaknya antara lain membekal barangan keperluan seperti baju-T, uniform seragam, topi, seluar, beg untuk kegunaan anggota keselamatan seperti polis dan Rela. Menariknya, di kedainya yang terletak di Chow Kit yang mungkin tidak terdapat di kedai-kedai barangan keselamatan di tempat lain ialah Nazri turut menjual pelbagai aksesori sampingan yang eksklusif. Antaranya ialah seperti jam tangan, rantai kunci, lencana, tali pinggang dan banyak lagi. Menurut bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kebanyakan material di kedai yang ditubuhkan sejak tahun 2003 itu diimport dari India, Thailand dan Indonesia. "Material seperti kain dan barangan kulit saya import tapi proses reka bentuk dan menjahit dilakukan di Malaysia," katanya yang menggunakan kreativitinya untuk mereka rekaan baju-T mengikut selera kontemporari. Di samping itu, Direka Gemilang turut memberi peluang kepada para pelanggan untuk memilih sebarang corak baju atau aksesori mengikut selera dan ketetapan sendiri. "Jangan risau, soal harga boleh dirunding, namun yang pasti kami akan memberi yang terbaik," janji lelaki ini. Bercakap tentang prospek perniagaan, Nazri memberitahu, jika sebelum ini dia banyak mendapat tempahan daripada pasukan keselamatan di pantai barat Semenanjung Malaysia, kini dia berjaya memperluaskan pasarannya hingga ke negeri-negeri utara Semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak. "Kebanyakan mereka menempah t-shirt termasuk baju korporat polis dan Rela pada skala yang besar," beritahu Nazri yang lebih suka mengambil tempahan sebulan lebih awal bagi memastikan ketelitian dan kualiti lebih terjamin. Kini, Nazri mampu tersenyum lebar. Perniagaannya yang semakin dikenali telah mendorongnya mengembangkan lagi skop bisnesnya. "Direka Gemilang juga mengambil tempahan barangan cenderamata dan barangan korporat. Selain pasukan keselamatan, kita juga menerima tempahan daripada orang luar tidak kira daripada pihak sekolah, jabatan kerajaan atau swasta yang berminat," katanya. – MAZLINA ABD. MAJID Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 02 May 2011 01:18 PM PDT Cantikkan diri untuk suami Posted: Cantikkan diri untuk suamiCantikkan diri untuk suami Oleh ZUHAYATI YAZID BAGI seorang wanita pastinya kita mengimpikan hidup seperti seorang selebriti atau ratu cantik? Malah, dunia wanita sentiasa dihebohkan dengan pelbagai penemuan baru untuk tampil lebih 'mengancam' di tengah-tengah kaum lelaki. Manakan tidak, setiap wanita yang masih bujang mahupun sudah berumah tangga pastinya mahu kelihatan anggun di khalayak ramai. Malah, pakar kecantikan berlumba-lumba mencari rumusan ubat-ubatan dan alat penjagaan kecantikan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia menjadi komoditi yang laris di pasaran. Bagi wanita yang amat prihatin dengan isu kecantikan, fesyen dan gaya semasa sering berebut mengambil peluang keemasan mendapatkan produk-produk terbaru keluaran syarikat berjenama dari dalam dan luar negara. Keadaan ini semestinya bagi memperkemaskan diri supaya kelihatan anggun dan bergaya pada setiap saat. Bagi kaum Adam, memang sungguh seronok melihat isteri di rumah dalam keadaan yang cantik dan pandai bergaya. Apatah lagi, selepas kepenatan mencari nafkah dan pulang ke rumah dengan pengharapan pemandangan yang indah-indah belaka . Bagi lelaki beruntung mendapat isteri yang cantik, apa pun jenis pakaian dan perhiasan yang dipakai semuanya sesuai dan anggun dilihat. Namun sayang ada di kalangan isteri yang beranggapan tidak perlu lagi bersiap untuk suami. Tindakan tersebut hanya merugikan masa dan tenaga lebih baik tumpukan kepada yang lebih berharga. Namun tahukah kita bahawa, sebagai lelaki normal yang bukan jenis malaikat, suami tak akan sanggup melihat isteri di rumah dalam keadaan kotor, kusut-masai dan berbau semacam lagi teruk jika menyambut suami dengan muka kecut mencuka. Sementara di luar sana pemandangannya begitu berlainan, bahkan ramai yang kecundang oleh rangsangan jahat diluar sana. Oleh itu, sebagai isteri tidak salah kita berdandan dan kelihatan cantik dan berseri, bukan untuk tatapan orang tetapi untuk orang yang kita cintai. Kembalikan diri kita seperti zaman bercinta supaya sentiasa disenangi dan terus dibelai. Kalau dalam mencantikkan diri, pakar kecantikan mengesyorkan perawatan wajah dengan melakukan tiga sentuhan iaitu membersih, melembap dan juga menyegar. Alangkah baiknya jika sentuhan terakhir juga dilakukan iaitu sentiasa menyapukan dengan bedak 'syukur', gincu berona 'reda' dan pembayang mata jenama 'sopan' lagi malu. Jika anda bergaya di rumah pun suami pasti tergoda. Berada di luar rumah pun suami tidak akan tergoda oleh daya tarikan dan juga aset kecantikan yang paling hebat yang dimiliki oleh seorang wanita. Malah kecantikan kedua-dua tangan wanita bukan hanya dinilai dengan kelembutan dan kehalusannya semata-mata tetapi pertolongan untuk suami dan anak-anak. Demi membina keluarga bahagia adalah kekuatan yang tidak ternilai. Tidak timbul sentimen dalam soal pengagihan kerja ataupun nafkah harta benda kerana Rasulullah sendiri menyuruh para wanita untuk banyak bersedekah dan yang paling utama ialah sedekah kepada ahli keluarganya. Malah, tubuh badan yang ramping serta ringan merupakan 'magnet' penting hubungan suami isteri. Sebagai isteri, kita mesti banyak mencuba ubat-ubatan untuk menguruskan badan, apatah lagi isteri telah mengalami proses mengandung dan melahirkan. Persepsi agama tentang diet amat mudah. selagi mana makan dan minum itu tidak memudaratkan kita boleh menikmatinya. Tetapi sayang kebanyakan orang tidak ingat langsung setiap suapan yang dimakan itu! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Makanan di rumah lebih berkhasiat Posted: Makanan di rumah lebih berkhasiatMakanan di rumah lebih berkhasiat Masakan yang di sediakan di rumah lebih berkhasiat. Saya akan pastikan penyediaan makanan untuk keluarga berkhasiat seperti menggunakan banyak sayur-sayuran dan mengurangkan lemak dalam masakan. "Selain itu, walaupun kebanyakan wanita hari ini bekerja tetapi mereka masih boleh menyediakan masakan berkhasiat ketika hujung minggu. "Menggunakan khidmat pembantu rumah menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka adalah langkah yang baik jika mereka tidak mempunyai masa untuk memasak. — AWEENA MOHD ARSHAD, 35 Perunding Pemasaran Bagi saya sama ada wanita itu bekerja ataupun sebagai suri rumah, menyediakan masakan yang berkhasiat kepada keluarga adalah tanggungjawab mereka. "Jika di rumah, si ibu mempunyai pilihan jenis masakan yang hendak disediakan kepada keluarga dengan menu-menu yang berkhasiat. "Untuk anak-anak yang bersekolah, adalah baik jika membekalkan kepada mereka makanan yang di masak sendiri dari rumah." — ISWANI ISWAN, 26 Tahun Admin Office Bagi saya masakan yang disediakan di rumah bukan semuanya berkhasiat. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menggalakkan anak-anak mereka dengan makanan segera dan sebagainya. "Selain itu, wanita bekerja kebanyakannya tidak sempat untuk memasak, maka mereka akan membeli makanan di kedai makan. " Namun, jika saya memasak untuk keluarga perkara penting yang perlu ada dalam menu adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. — SYAHRINA DAUD, 33 Tahun Eksekutif Operasi Setiap ibu wajib menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan membesar dengan sempurna jika segala keperluan dalam makanan mencukupi. " Saya sendiri akan pastikan makanan yang dimasak berkhasiat dan mengurangkan penggunaan minyak yang terlalu banyak. " Selain itu, walaupun sibuk bekerja , saya akan pastikan segala keperluan dan bahan masakan sentiasa mencukupi untuk jangka masa seminggu bagi memudahkan saya menyediakan masakan." - SYAZILA OTHMAN, 30, Kerani Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan