Ahad, 24 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 24 Apr 2011 07:16 AM PDT

Kosmo Online


33,000 karton rokok dirampas

Posted:

33,000 karton rokok dirampas

33,000 karton rokok dirampas

24/04/2011 5:47pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang berpengkalan Kuala Kedah merampas 33,000 karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dari Langkawi, selepas menahan dua bot nelayan di sekitar Sungai Kedah, Rabu lepas.

Laksamana Pertama APMM Kedah Muhammad Abdul Basar Taji berkata dua bot nelayan itu dikesan oleh lima anggota APMM yang meronda sekitar Sungai Kedah pada kira-kira pukul 6.20 petang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taruhan RM1 juta sehari

Posted:

Taruhan RM1 juta sehari

Taruhan RM1 juta sehari

24/04/2011 1:42pm

GEORGE TOWN - Polis menyerbu sebuah rumah pangsapuri di Jelutong di sini, awal pagi ini dan berjaya membongkar sebuah sindiket perjudian bola yang dipercayai mampu memperoleh pertaruhan sehingga mencecah jutaan ringgit sehari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota polis bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Timur Laut pada 12.30 pagi tadi, pihaknya menahan tujuh lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga China.

"Ketika diserbu kesemua mereka sedang leka mengambil pertaruhan dalam talian menggunakan tiga buah komputer riba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pertaruhan dilakukan dengan pembelian cip melalui nombor akaun bank mereka yang bertaruh dengan sindiket berkenaan.

"Setiap pemain dibenarkan bertaruh hingga RM10,000 dalam setiap pertaruhan dan sindiket berkenaan boleh mengutip wang pertaruhan sehingga RM1 juta sehari," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 juvana mengaku belasah pelajar

Posted:

8 juvana mengaku belasah pelajar

8 juvana mengaku belasah pelajar

24/04/2011 1:08pm

MARANG — Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu.

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu.

Perbuatan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk pertuduhan kedua, kesemua pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 17 tahun, pada masa dan tempat yang sama.

Kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Semua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak kesemua tertuduh. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 24 Apr 2011 07:08 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Juvana belasah pelajar sekolah agama

Posted: 24 Apr 2011 03:10 AM PDT

MARANG: Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu.

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu.


Perbuatan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sindiket seludup diesel tumpas

Posted: 23 Apr 2011 11:30 PM PDT

PUTRAJAYA: Sindiket penyeludupan diesel didapati menggunakan lori kontena yang diubahsuai menjadi lori tangki bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik licik mereka terbongkar apabila Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyerbu sebagai kilang di Bukit Puchong, dekat sini, semalam.


Berikutan itu, Bahagian Penguatkuasa KPDNKK menyita 25,000 liter diesel bernilai RM120,000 dan menahan seorang pemadu lori, kelindannya dan pekerja stop untuk membantu siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 24 Apr 2011 03:34 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Padah berjudi sebelah keranda

Posted: 23 Apr 2011 01:13 PM PDT

BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan 'buta hati' kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam.

Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.


Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.


Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis hingga ada yang terjatuh dan mengalami luka.


Menurut Sayuti, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan dilakukan polis sebelum itu.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka asyik berjudi dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.


"Siasatan awal mendapati mereka bermain judi belangkas dan kebanyakan mereka adalah penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Peralatan perjudian dan wang tunai turut dirampas dalam serbuan. Kaji judi terbabit dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk diambil keterangan," katanya.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diperdaya rakan Facebook

Posted: 23 Apr 2011 01:12 PM PDT

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000.

Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.


Mangsa dipercayai diperdaya satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laman web sosial Facebook untuk menjerat mangsa, terutama pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal, untuk membawa dadah keluar dari negara ini.

Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.


Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, mangsa yang juga pelajar tahun akhir jurusan kejururawatan berkenalan dengan lelaki Afrika yang menggunakan nama samaran 'Chimezie Michael' melalui Facebook sejak tahun lalu.


Katanya, mangsa yang berasal dari Betong, Sarawak mengaku tidak pernah bertemu secara langsung dengan lelaki terbabit sejak berhubung melalui laman web sosial itu, malah tidak mengetahui nama penuh dan latar belakangnya.

"Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.


"Malah, mangsa menguruskan sendiri segala urusan visa dan tiket penerbangan diuruskan. Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang itu pada 11 Mac, beliau ditahan pihak berkuasa tempatan kerana disyaki membawa dadah dalam tubuh dengan cara menelan.

"Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Shenzhen untuk siasatan lanjut. Ketika ini, gadis itu dalam keadaan sihat.


"Wakil kita di China turut meminta pihak berkuasa tempatan di sana memberi layanan baik kepadanya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Putra di Taman Wetland, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.


Richard berkata, beliau sedih selepas dimaklumkan gadis terbabit hanya dijanjikan RM5,000 untuk membawa dadah berkenaan dan percaya ia dilakukan atas dasar kesempitan hidup.


"Sindiket ini menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal sebagai sasaran kerana mungkin golongan ini mudah diperdaya akibat kesempitan hidup dialami," katanya.


Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati ketika menggunakan Facebook dan jangan mempercayai kenalan baru, terutama warga Afrika, bagi mengelak terpedaya dengan sindiket ini.


"Saya selalu cakap Facebook ada kebaikannya, tetapi jika salah guna boleh ia jadi musuh ketat. Pada masa sama, berhati-hati dengan mereka yang ingin berkenalan, terutama warga Afrika, kerana mereka mungkin ada niat tersembunyi di sebalik perkenalan," katanya.


Beliau turut mempersoalkan bagaimana dadah terbabit tidak dapat dikesan di negara ini ketika pemeriksaan dilakukan.


Sementara itu, Richard berkata, sehingga 31 Mac lalu, 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, di mana 833 ditahan kerana kesalahan menyeludup dadah.


Katanya, kebanyakan yang ditahan kerana menyeludup dadah berusia antara 20 hingga 30 tahun dan tiada rekod jenayah, selain tidak bekerja atau berpendapatan rendah.


"Kebanyakan rakyat kita ditahan di Thailand iaitu 272 orang; Singapura (164), Taiwan (125), China (82), Indonesia (37) dan Australia (23)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 24 Apr 2011 03:10 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


AC Mizal, isteri sertai UMNO

Posted: 24 Apr 2011 02:47 AM PDT

Mutakhir

IPOH: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. "Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya, Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadangan penggabungan DAP-SNAP masih dibincangkan: Kit Siang

Posted: 24 Apr 2011 02:26 AM PDT

Mutakhir

SIBU: Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya. "Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim juga berkata, bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya.
Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei jam 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 24 Apr 2011 01:42 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Idam lelaki penyayang

Posted: 23 Apr 2011 01:59 PM PDT

Dekritawati Yuliana Buhari
Dekritawati Yuliana Buhari

KUALA LUMPUR: "Saya letak dua syarat penting jika ditakdirkan ada lelaki menyukai saya dan kalau ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti. Dia mestilah benar-benar menyayangi saya sepenuh hati tanpa ada sebab lain.

"Jika benar-benar suka, dia harus terima saya seadanya, ikhlas dan bukan kerana saya anak jutawan atau disebabkan harta peninggalan arwah emak," kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


Sering mengelak setiap kali diajukan soalan berbaur peribadi, gadis yang menginjak usia 25 tahun ini mengakui tidak akan menolak takdir jika dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri sedemikian bagi menamatkan zaman bujangnya.

Mengenai pelbagai gosip dan pernah dikaitkan dengan penyampai di sebuah stesen televisyen terkenal, Zulkifli Bujang, Rita hanya menyatakan: "Biarlah rahsia. Saya tak nak komen apa-apa." Akur bahawa tumpuannya kini lebih kepada amanah arwah ibunya supaya menjalankan perniagaan yang diwariskan itu sebaik mungkin, dia mengakui atas keazaman kuat untuk melonjakkan perniagaan itulah dia mempertaruhkan seluruh komitmennya.


Rita yang baru pulang daripada mengerjakan ibadat umrah pertengahan bulan lalu bersama adiknya Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21, dan Siti Nur Fatimah, 13, tidak menafikan sepanjang melakukan ibadat di Tanah Suci, dia turut berdoa supaya ditemukan jodoh dengan lelaki terbaik untuk masa depannya.


"Bohong kalau saya langsung tidak berdoa untuk jodoh kerana doa di sana (Madinah dan Makkah) akan dimakbulkan tanpa hijab. Saya berdoa kalau ada jodoh, supaya ditemukan dengan lelaki terbaik untuk dunia dan akhirat," katanya.

Ditanya mengenai restu keluarga terutama bapanya, Buhari Mohamed terhadap lelaki pilihannya, Rita berkata, soal itu tidak pernah dibincangkan secara terbuka.


"Abah tidak pernah letakkan syarat selama ini jika saya ada calon atau teman lelaki. Abah boleh terima sesiapa saja asalkan lelaki itu jujur atau benar-benar sayangkan Rita," katanya tegas.

Ditanya mengenai pengalaman mengerjakan umrah bersama tiga adiknya serta ahli keluarga lain, anak sulung daripada enam beradik ini mengakui mereka terkejut apabila terhidu bau badan arwah yang sangat wangi sepanjang melakukan ibadat di sana.


"Pertama kali terhidu bau wangi itu ketika saya solat di Masjid Nabawi, Madinah. Terfikir juga di hati, takkan ia satu kebetulan atau mainan perasaan, tetapi saya biarkan ia berlalu begitu saja.


"Sebaik sampai di Makkah, perkara sama terjadi ketika saya dan adik melakukan tawaf dan sai. Lalu saya tanya adik (Rina) sama ada dia turut terhidu wangian sama, dan Rina mengiyakan. Dia akui, dia juga tercium wangian yang sering emak pakai.


"Tak tergambar perasaan saya bersama adik di kala itu kerana terlalu rindu kepada arwah emak. Namun kami gagahkan diri supaya dapat melakukan umrah sebaik mungkin dengan mengetepikan rasa sedih, sebaliknya terus melakukan ibadat dengan penuh khusyuk," katanya.


Tidak menafikan apabila tercium bauan berkenaan, dia berasakan seolah-olah ibunya turut sama 'menemani' mereka melakukan ibadat sepanjang hampir dua minggu di bumi anbia itu.


Terlalu gembira dengan kejadian itu, dia dan adiknya berpakat setiap seorang daripada mereka melakukan umrah masing-masing buat ibu tercinta.


Untuk itu, katanya, setiap hari dia memastikan mereka empat beradik bersungguh- sungguh mengerjakan umrah serta penuh keikhlasan agar mendapat umrah mabrur buat ibu yang sudah tiada.


"Empat hari berturut-turut kami melakukan umrah sebagai pernyataan keikhlasan diri kami adik-beradik tanpa rasa penat. Sebaliknya, setiap kali terbayang wajah emak, semangat untuk mengerjakan ibadat itu semakin membara.


"Kuasa Allah memang menakjubkan kerana memberi kami kekuatan untuk terus melakukan ibadat dan langsung tidak terfikir soal kerja di pejabat walaupun tahu tanggungjawab besar buat saya demi memastikan perniagaan kosmetik yang dilakar oleh emak lebih 17 tahun lalu tetap mantap dan bertahan lama," katanya.


Ditanya mengapa dua adiknya, Md Erwan Nasri, 23, dan Erni Reenilawati, 20, tidak ikut sama mengerjakan umrah, dia mengakui mereka ditugaskan menjaga operasi perniagaan supaya ia berjalan seperti biasa.


"Alhamdulillah, saya bangga apabila adik dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut perancangan yang dilakukan bersama.


"Bukan tidak percaya kakitangan yang ada tetapi memandangkan Reeni pernah mengerjakan umrah bersama emak pada 2008 dan Nasri pula ada tugas yang perlu diselesaikan, kami melakukannya dengan penuh perancangan rapi," katanya.


Ditanya sesuatu yang indah untuk dikongsi, dia mengakui ketika mengerjakan tawaf selamat tinggal (wida), dia dapat melaksanakannya dengan penuh ketenangan meskipun dia dan adik masih bersedih dengan peristiwa pembunuhan kejam ibunya.


Pada 30 Ogos tahun lalu, Allahyarham dan tiga yang lain iaitu pemandu ibunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil, 32, mati dibunuh di Tanjung Sepat, Banting, Selangor sehingga menggemparkan negara kerana pembunuhan itu disifatkan paling kejam di negara ini.


"Saya panjatkan doa semoga emak dan mangsa lain ditempatkan di kalangan insan beriman dan berharap si pembunuh mendapat hukuman paling setimpal dengan perbuatan mereka.


"Sepanjang berdoa, air mata tidak putus-putus mengalir kerana kami terlalu merindui emak dan rasa betapa sayu saat hendak meninggalkan bumi Allah yang tercinta itu.


"Namun terus-terang saya katakan, kehidupan saya selepas mengerjakan umrah sungguh tenang dan bersemangat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ashraf pilih Dayana

Posted: 23 Apr 2011 01:57 PM PDT

GOMBAK: Siapa sangka hubungan sebagai adik angkat kepada keluarga Lokman Abdul Hamid yang membimbingnya dalam rawatan perubatan Islam sejak dua tahun lalu, membawa jodoh buat artis Ashraf Muslim.

Hubungan akrab dengan keluarga itu membuahkan bibit cinta antara pelakon berusia 30 tahun itu dengan anak kedua Lokman, Noor Dayana, 24, yang juga pelajar Jurusan Perubatan di Universiti Mannipal, India.


Pelakon utama drama Ustaz Amirul itu selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis berkenaan di rumah keluarga Noor Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Pasangan itu kelihatan segak dan anggun apabila mengenakan busana tradisional moden berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail, manakala pelamin disediakan Azmi Othman. Cincin pertunangan disarungkan ke jari Noor Dayana oleh ibu saudara Ashraf, Fatimah Azim.


Pertukaran hantaran menyaksikan pengacara Gadis Melayu TV9 musim ketiga itu memberi lima bentuk hantaran iaitu buah-buahan, sirih junjung, bekas cincin, kek dan coklat, manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang berisi alat perapian lelaki, sirih junjung, coklat, kek, pakaian, samping dan bekas cincin.


Majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup untuk ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media, turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Ditanya lanjut mengenai bakal isterinya, Ashraf berkata, Dayana yang kini menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka memiliki ciri wanita idamannya, malah mereka juga berkongsi minat serupa iaitu dalam bidang perubatan.


"Ciri-ciri Dayana yang merendah diri, bertudung, solehah dan sedap mata memandang merebut hati saya. Keserasian yang ada membuatkan kami yakin untuk bersatu,'' katanya.

Pasangan yang merahsiakan jumlah wang hantaran itu bercadang menaiki jinjang pelamin pada 1 Syawal (30 Ogos) di Masjidil Haram, Makkah.


"Kami ingin menurut sunnah nabi dan sahabat yang memilih tempat suci itu untuk berkahwin. Selepas diijab kabul saya akan buat tawaf, solat sunat dan selepas itu baru akan membatalkan air sembahyang,'' katanya yang kurang mengambil tawaran berlakon kerana mahu menumpukan perhatian kepada pusat perubatannya.


Selepas pertunangan, Ashraf turut memperkenalkan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah yang dikongsi bersama bakal bapa mentuanya bersebelahan kediaman itu. Pusat Perubatan itu dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Mohamed Khaled berkata, mukjizat al-Quran seharusnya diterapkan pada rawatan moden kerana ia dapat mengembalikan zaman kegemilangan Ibnu Sina. Doktor dan cendikiawan Islam itu menggunakan ayat al-Quran dalam kaedah rawatan moden.


Pusat perubatan berkenaan yang ditubuhkan pada 2000 memberi perkhidmatan perubatan melalui rangkaian ayat al-Quran untuk merawat pelbagai penyakit fizikal, rohani dan akhlak.


Kini ia mempunyai cawangan di sembilan lokasi iaitu Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Langkawi dan Singapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 24 Apr 2011 01:08 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Peguam syaki polis mahu tahan Raja Petra, dibawa ke Malaysia

Posted: 24 Apr 2011 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.

Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.

"Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini.

"Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.

"Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi.

Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.

"Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mufti Kelantan: Pandangan Harussani, Majlis Fatwa tak canggah

Posted: 23 Apr 2011 10:24 PM PDT

KOTA BARU, 24 April — Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

"Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.

"Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan," katanya.

Beliau berkata penglibatan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertantangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

"Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 23 Apr 2011 11:31 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Menjejaki warisan Melayu

Posted:

Menjejaki warisan Melayu

Menjejaki warisan Melayu



MENYELUSURI catatan sejarah lama, nama Srivijaya memang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam alam Melayu.

Kehebatannya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu antara kurun kelapan hingga ke-11 membuktikan ia kerajaan yang sangat hebat ketika itu.

Itu kisah dunia Melayu lama. Kisah yang menjadi pencetus inspirasi kepada sekumpulan anak Melayu tempatan yang bersatu merentas tujuh negara untuk menjejak warisan bangsa yang masih bertapak di tinggalan empayar Srivijaya.

Begerak di bawah payung Majma' Warisan dan Budaya Jawi, program Jejak Warisan Jawi, (JWJ) mempunyai matlamat untuk mengesan dan merungkai salasilah warisan budaya kelompok Melayu di tujuh negara serantau bakal dicapai tidak lama lagi.

"Ekspedisi ini memang sukar, namun ia bukan mustahil untuk dijayakan.

"Kita pernah melakukannya sebelum ini dan kali ini kami yakin, kami akan berjaya," ujar salah seorang anggota ekspedisi JWJ, Zaid Mohammad Mohd. Rais, 37.

Bakal ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar pada 28 Mei hingga 13 Jun ini, JWJ kini giat merapikan segala kelengkapan demi memastikan kembara merentas warisan yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu berjalan lancar.

Miskin

Berkongsi pengalaman tentang ekspedisi sebelum ini, Zaid mengakui beliau tidak meragui kehebatan dunia Melayu pada zaman silam.

"Pengaruh kerajaan Melayu lama sangat kuat dan sehingga kini budaya dan adat resam yang menjadi warisan bangsa masih lagi diamalkan, walaupun mereka tidak lagi diperintah oleh kerajaan Melayu," katanya yang mengembara ke pantai Thailand untuk mengesan jejak masyarakat Melayu bersama rakan-rakannya tahun lalu.

Pertemuannya dengan beberapa kelompok orang Melayu memberikan Zaid pandangan yang sama tentang kelangsungan budaya di bumi asing.

"Mereka berpakaian sama seperti kita. Makan minum juga tidak banyak bezanya.

"Hidup dalam keadaan serba sederhana dan miskin, mereka banyak bergantung kepada kegiatan pertanian seperti getah dan padi. Selain itu, sektor agro pelancongan juga menjadi mata pencarian mereka.


JEJAK Warisan Jawi mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk meneruskan ekspedisi menjejaki komuniti Melayu di bumi asing.


"Sayangnya, segelintir sahaja yang masih boleh bercakap dan memahami bahasa Melayu, itu pun dalam kalangan yang sudah berusia," katanya.

Tidak pergi dengan tangan kosong, Zaid dan 30 lagi rakannya turut membawa pengisian budaya dan agama dengan harapan masyarakat Melayu yang ditemuinya berpeluang mengenali warisan bangsa.

Kompang

"Anggota JWJ menjadi orang serba boleh dalam ekspedisi ini.

"Kami memandu dan menjejaki penempatan mereka secara bergilir-gilir. Tiba di sana, kami akan disambut dan kami turut memberi sambutan balas.

"Kami akan bersilat, berkompang, berzanji, bernazam, menganjurkan bengkel agama selain menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka," katanya yang berkesempatan menemui waris dan keluarga wanita legenda Langkawi iaitu Mahsuri ketika melawat Patong yang juga dikenali sebagai Pantai Kemala.

Pertemuan kumpulannya dengan seorang lelaki berusia 80 tahun di Klong Muang, Krabi, menitipkan rasa insaf dalam jiwa lelakinya.

"Ketika kami berkompang dan berzanji, seorang lelaki tua datang kepada kami sambil mengesat air matanya.

"Menurut ceritanya, dia berasal dari Kedah. Apabila melihat kami membuat persembahan, ia mengingatkannya kepada kenangan sewaktu membesar di Kedah.

"Katanya, sejak berpindah ke Klong Muang, itulah kali pertama dia melihat orang bermain kompang," katanya yang sempat bermalam di rumah orang Melayu di sana.

Kitab lama

Pengembaraan JWJ yang bermula di Danok, Satun, Krabi, Pantai Kemala hingga ke Bangkok dan Ayutthaya menemukan mereka dengan pelbagai warisan Melayu yang bumi Gajah Putih itu.


BUDAYA Melayu seperti berkompang antara yang diterapkan setiap kali ekspedisi JWJ berhenti di penempatan komuniti Melayu.


"Di Bangkok, ada Masjid Darul Aman yang usianya sudah beratus-ratus tahun dan masih jelas pengaruh seni bina Melayu pada rekaannya.

"Sempat juga kami menghadiri kenduri tahlil yang dianjurkan sebuah masjid di situ dan upacara yang dilakukan juga sama dengan yang dilakukan di sini.

"Di Bangkok juga, ada Masjid Kosan yang masih bertahan selepas 200 tahun dibina.

"Perjalanan kami diteruskan ke Ayutthaya, kira-kira 70 kilometer dari Bangkok.

"Di sana ada Masjid Takia yang usianya telah mencecah 500 tahun.

"Di situ juga kami menemui beberapa naskhah al-Quran dan kitab lama tulisan tangan disimpan di dalam sebuah kotak yang diletakkan di belakang mimbarnya.

"Di sekitar Ayutthaya juga terdapat banyak candi yang dipercayai bekas masjid berdasarkan teori pembinaannya yang menghadap kiblat," cerita Zaid.

Adrenalin untuk menjejaki warisan Melayu tidak pernah terhenti buat anggota ekspedisi JWJ.

Selepas kejayaan siri pertama, program seumpama diatur dengan kolaborasi dua universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam memantapkan lagi pengisian program berteraskan budaya dan warisan agama ini.

Inisiatif JWJ yang turut disertai golongan profesional, usahawan, peniaga dan penuntut universiti ini perlu dipuji kerana ia merupakan satu-satunya program ekspedisi yang menjejak warisan bangsa di bumi asing.

"Kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini. Ia bukan bersifat peribadi, sebaliknya ia adalah kembara bangsa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita semua.

"Kehidupan tanpa pengekalan budaya dan warisan di bumi asing yang ingin kami kongsikan diharapkan sedikit sebanyak mampu menggetarkan rasa insaf dalam diri kita.

"Jika kita tidak mengekalkan agama, budaya dan adat resam warisan kita, tidak mustahil satu hari nanti, ramai yang tidak akan mengenal silat dan kompang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gajet teman Zuraidah

Posted:

Gajet teman Zuraidah

Gajet teman Zuraidah

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


SELAIN memudahkan urusan, kata Zuraidah gajet merupakan imej kepada kerjaya seseorang.


PERSONALITINYA begitu mempesonakan. Beliau ramah dengan semua orang bahkan petah berbicara. Penasihat Kehormat Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Datuk Zuraidah Atan juga tidak kenal erti lelah dalam melaksanakan tugasnya.

Pada pertemuan dengan Jurnal baru-baru ini, beliau baru sahaja pulang daripada bermesyuarat di Putrajaya. Sehari sebelumnya, beliau menghadiri satu program di Ipoh, Perak.

"Dalam hidup ini, kita memerlukan semangat untuk menjalani aktiviti seharian. Hidup akan kosong tanpanya.

"Bagi mendapatkan semangat, kita perlu mempunyai wawasan dalam setiap pekerjaan yang ingin dilakukan.

"Kita perlu ada rasa untuk bersaing dengan semua orang dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik," ujar Zuraidah berfalsafah.

Katanya lagi, setiap anak muda sepatutnya rasa bersalah kerana berhibur atau berehat sedangkan kerja mereka masih tertangguh atau belum dibereskan dengan bersungguh-sungguh.

Perbankan

Zuraidah memulakan karier dalam bidang perbankan pada tahun 1984 walaupun beliau sebenarnya seorang lulusan undang-undang.

Dalam masa lima tahun, beliau dipilih menyandang jawatan Naib Presiden OCBC.

Untuk 10 tahun berikutnya, Zuraidah diberi kepercayaan menerajui bahagian kewangan korporat, pasaran modal dan penstrukturan korporat.

Kemudian, beliau menjawat posisi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Merchant Bank (kini Affin Investment Bank). Beliau ialah wanita Melayu pertama yang mengetuai sebuah bank di Malaysia.

Selepas berhenti daripada bidang perbankan, Zuraidah kembali menjadi pengamal undang-undang serta melibatkan diri dalam aktiviti amal bersama NCSM.

"Di NCSM, kami mahu menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyakit kanser dan perlunya langkah pencegahan awal.

"Terbaru, kami menganjurkan Relay For Life yang akan mengumpulkan semua badan bukan kerajaan dan pesakit kanser yang selamat.

"Program itu diadakan pertama kali pada tahun 2007. Tahun ini ia akan diadakan di tiga lokasi iaitu Melaka, Bangi, Selangor dan Pulau Pinang," tambahnya.


DI NCSM, Zuraidah mahu menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyakit kanser.


Menurut Zuraidah, aktiviti tersebut amat memenatkan.

"Namun, perasaan mahu membantu dan menyedarkan masyarakat perihal bahaya kanser menyebabkan kami tetap menganjurkannya.

"Malah, tahun ini kami buat di tiga tempat berbeza pula," kata Zuraidah lagi.

Gajet

Zuraidah ada cara tersendiri untuk menguruskan jadual hariannya yang sentiasa padat.

"Saya menggunakan kalendar di Internet kerana ia dapat diakses menerusi semua gajet pada bila-bila masa," katanya.

Malah beliau ialah penggemar gajet elektronik dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi itu sejak dahulu lagi.

"Kini saya mempunyai dua buah telefon pintar jenama BlackBerry dan sebuah iPhone selain iPad, Galaxy Tab dan komputer riba.

"Semua itu memudahkan kerja saya. Ia sangat praktikal dengan keadaan saya yang sentiasa sibuk. Selain itu, gajet seperti itu adalah imej kepada kerjaya kita.

"Saya ingat lagi pada tahun 1990-an, saya akan memastikan semua pekerja di bahagian saya menggunakan intranet untuk berinteraksi," ulasnya.

Bagi Zuraidah dalam meniti kejayaan, seseorang itu perlu mengelakkan daripada berkawan dengan beberapa jenis individu walaupun beliau mengakui jaringan hubungan sosial sangat penting.

"Cuba jauhi individu yang sentiasa bersifat negatif dalam semua perkara tanpa menilai apa sumbangannya kepada komuniti dan masyarakatnya.

"Jenis yang kedua pula ialah individu yang selalu membawa anda ke bawah dan tidak membantu untuk maju," kata Zuraidah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Doktor’ ikut Azrul balik

Posted:

'Doktor' ikut Azrul balik

'Doktor' ikut Azrul balik

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


BEKAS bangunan Hospital Lady Templer tempat Azrul selalu 'cari pasal' pada malam hujung minggu.


INSAN terpilih mungkin satu tafsiran luar biasa bagi jejaka yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azrul, 27.

Pemilik sisi penuh mistik dalam diri itu punyai kelebihan melihat alam ghaib seawal usianya tiga tahun.

Dalam ingatan yang berbalam-balam, Azrul menceritakan dia melihat dua jasad kecil berpakaian putih memegang sebilah pisau sambil bergaduh.

"Mereka bergaduh di satu kawasan lapang tempat sebuah pondok simpanan padi pernah didirikan. Badan mereka berlumuran darah," getusnya.

Tambahnya, bekas rumah padi pada zaman moyangnya itu pernah dikawal oleh 'penjaga' bagi mengelakkan kecurian.

Saka

Azrul juga mengakui ada ahli keluarganya yang memiliki saka untuk menjaga keselamatan diri, keluarga serta harta.

Namun, kebolehan istimewa Azrul melihat alam ghaib tiada kaitan dengan saka atau amalan karut lain.

"Mungkin rezeki saya dapat melihat makhluk Tuhan di alam lain.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk menuntut ilmu hitam semata-mata untuk melihat mahkluk itu," jelas lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini.

Anugerah itu turut dikongsi adik dan ibu saudaranya, menyebabkan ada antara ahli keluarganya yang lain sering dirasuk.

Menurut Azrul, dia berupaya melihat makhluk halus di mana-mana sahaja namun masjid satu-satunya lokasi yang belum pernah dia terserempak dengan makhluk itu

"Apa rasanya kalau tiba-tiba ada perempuan tumpang kereta kita tanpa diundang?

"Seriau dibuatnya, tapi kalau dah selalu sangat perkara itu berlaku, ia dah jadi biasa pula," tuturnya yang melabelkan dirinya seorang yang penakut.

Pernah juga Azrul melihat penunggang motosikal berketurunan Cina memboncengkan makhluk tanpa kepala di belakangnya selain dia sendiri sering diganggu setiap kali cuba melelapkan mata.

Berbual

Kadangkala interaksinya bersama makhluk itu bukan sekadar melihat.

"Pernah saya terpandang ada wanita berbaring di atas almari pakaian saya sambil tersenyum lebar.

"Tak diduga terpaksa pula saya layan dia berbual sampai ke pagi dan akhirnya dia minta saya bela dia," katanya yang mengakui kerap 'dipancing' makhluk halus untuk dijadikan tuan.

Azrul berkata dia tidak pernah mempelajari teknik melihat dan mengenali makhluk halus.

"Macam-macam rupa makhluk itu, ada yang boleh terbang, merangkak, berjalan, tinggi, pendek, gemuk dan kurus.

"Muka mereka ada seperti manusia tapi yang macam dinosaur pun ada. Cantik, buruk, berbulu, hitam, putih dan macam-macam lagi," ceritanya.

Corak interaksinya dengan makhluk halus juga berbeza.

Ada antaranya yang boleh bercakap seperti perbualan harian manusia tetapi ada juga yang sekadar berbisik. Namun, terdapat juga yang berbicara melalui kata hati.

"Mereka kadangkala boleh berbahasa Melayu, ada juga Mandarin malah bahasa yang tidak kita faham pun ada.

"Mereka akan datang kacau kalau tahu kita boleh nampak mereka, mungkin sekadar menyapa," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, kata Azrul ada juga makhluk halus yang boleh menegur dan memperbetulkan bacaan ayat suci al-Quran.

Sepanjang hidupnya, Azrul baru sekali dirasuk sehingga tidak sedarkan diri.

"Sebabnya saya suka cari pasal dengan pergi ke Hospital Lady Templer di Cheras ketika saya menuntut di UTM Kuala Lumpur dahulu," bicaranya mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 2003 itu.

Pengsan

Hospital itu pernah digunakan untuk merawat pesakit tibi sebelum ditutup pada tahun 1985. Menurut Azrul, suasana pada waktu malam di hospital itu memang menakutkan.

Katanya, cubaan menduga diri sendiri dan rakan-rakan membuatkan Azrul berani memasuki bangunan tinggal itu selepas pukul 12 tengah malam.

"Sehingga satu peringkat saya melihat seorang lelaki berpakaian seperti seorang doktor berdiri pegun di tepi tingkap tingkat dua sambil memandang keluar.

"Selepas 15 minit perjalanan pulang ke hostel, saya berasa seram sejuk dan tidak dapat mengawal badan sebelum memandang rakan di tempat duduk belakang kereta dan tanya dia 'kau kenal aku?'" ceritanya yang kemudian mengarahkan dua lagi rakannya menghantarnya semula ke hospital tersebut.

Selepas tiba di sana, Azrul tidak sedarkan diri dan hanya sayup-sayup kedengaran suara rakan-rakannya memintanya mengucap kalimah syahadah dan beristighfar.

Kini, kesibukannya menjalani kehidupan membuatkan keupayaan Azrul melihat makhluk halus pudar perlahan-lahan.

Kali terakhir dia melihat makhluk itu adalah pada awal tahun ini. Telahannya, mungkin anugerah istimewa itu sudah sampai ke penghujungnya.

Baginya, kebolehan deria keenam itu membuatkannya semakin yakin bahawa bukan manusia sahaja yang mendiami dunia ini.

"Cuma jangan mudah terpesong dengan pelawaan 'mereka' hingga kita tersesat daripada ajaran Islam sebenar," simpulnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 23 Apr 2011 11:27 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Rakan Facebook taktik terbaru latih keldai dadah

Posted: 23 Apr 2011 01:40 PM PDT

Nasional

Rakyat Malaysia perlu waspada elak jadi mangsa warga Afrika

PUTRAJAYA: Sekat atau 'block' (halang) warga Afrika daripada menjadi rakan Facebook dan tindakan itu mungkin menyelamat anda. Itu nasihat Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, yang mendedahkan taktik terbaru warga asing untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah atau melakukan jenayah lain menerusi laman sosial Facebook.

Oleh itu, katanya, orang ramai jangan terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali, terutama menerusi Facebook, sehingga ada yang terpengaruh menjadi keldai dadah atau melakukan jenayah lain, walaupun pihak berkuasa berkali-kali memberi amaran mengenai sindiket yang mendalanginya. Beliau kesal kerana kebanyakan kes jenayah membabitkan rakyat Malaysia di luar negara adalah akibat diperalatkan pihak lain bagi perbuatan seperti menyeludup dadah, walaupun ada yang baru saja mengenali satu sama lain.

"Antara 1991 hingga 31 Mac lalu, 1,880 warga Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan, termasuk 833 orang atas kes berkaitan dadah, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, berusia antara 20 hingga 30 tahun, tiada rekod jenayah dan menganggur atau daripada golongan berpendapatan rendah.

"Dalang perbuatan ini kebanyakannya warga Afrika yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan ibu tunggal menggunakan Facebook. Justeru, saya syorkan pengguna Facebook jangan layan atau 'block' (halang) warga Afrika daripada memasuki laman sembang mereka.

"Saya juga musykil kenapa dadah yang diseludup ini tidak dikesan ketika dibawa keluar dari sini supaya tidak perlu kita berurusan dengan kerajaan asing," katanya pada sidang media selepas merasmikan hari keluarga Wisma Putra di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes terbaru, Rabu lalu membabitkan pelajar kejururawatan kolej swasta di Damansara, Marylyne Sandra Sapat, 22, ditahan pihak berkuasa China kerana menyeludup 100 biji dadah jenis heroin dengan menelannya.

Mangsa dipercayai ditawarkan RM5,000 untuk menyeludup dadah berkenaan oleh rakan Facebook lelaki warga Afrika yang hanya dikenali sebagai Chimezie Michael dalam akaun Facebook.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Fran

kalau Datuk Richard Riot hairan, saya pun hairan bagaimana pengedar dadah tidak dapat dikesan semasa mereka berlepas. adakah mesin pengimbas kita jauh lebih kolot daripada mesin pengimbas china? atau yang berkenaan tidur..

amza

Saya juga pernah dapat email dari seorang wanita asing. Wanita ini menyatakan dalam emailnya bahawa dia menetap di london, bapanya malaysia manakala ibunya orang england. Dia mengajak saya jadi rakan karibnya & kononnya bercadang datang ke malaysia melihat negara bapanya. Kalau kita berhati-hati, kita tidak terpedaya... awas dengan orang asing yang menawarkan sesuatu yang lumayan!!! semuanya tipu daya...

pakcik

kita dah tahu dia org nii penipu..buat apa kita nak layang dia org plawokkk..plawaokkkk..penyangok..penipu besoo..

luna

saya pun pernah dapt emel dari warga asing yang kononnya kaya cucu kepada tokeh minyak dari London. cucu tokei minyak ni minta saya berikan id facebook saya untuk berkawan lebih rapat lagi dgn saya... tau dah ler taktik nak menipu ni macam2... tapi ada jgk rakyat malaysia yang terdesak dan terpedaya.. :D


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 main judi sebelah mayat

Posted: 23 Apr 2011 01:39 PM PDT

Nasional

BUTTERWORTH: Akibat gila judi, sekumpulan 17 kaki judi, termasuk dua wanita sanggup melakukan kegiatan itu di sebelah mayat di Rumah Pangsa Seri Tanjung, Jalan Raja Uda di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kumpulan terbabit berusia antara 27 hingga 60 tahun bermain judi belangkas di bawah khemah yang menempatkan keranda tanpa menghiraukan tetamu memberi penghormatan kepada si mati.

Meja judi hanya dipisahkan dengan keranda oleh kain tabir. Tanpa menghiraukan waris si mati, mereka leka berjudi hinggalah sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, menyerbu tempat itu, kata Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 23 Apr 2011 11:21 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

Posted:

Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

PUTRAJAYA 23 April – Seorang gadis berasal dari Sarawak yang menuntut di sebuah kolej di ibu negara ditahan di Shenzhen, China, selepas dikesan cuba menyeludup 100 biji kapsul dadah jenis heroin seberat 700 gram dengan cara menelannya sebelum ke negara tersebut, pada 29 Mac lalu.

Mangsa dikatakan sanggup berbuat demikian selepas terpedaya dengan lelaki dipercayai warga Afrika yang baru dikenalinya melalui laman sosial, Facebook, tahun lalu, dengan bayaran hanya RM5,000.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa memohon bantuan dari pihak konsulat kerana sukar membeli makanan di penjara Shenzhen.

"Lebih malang, mangsa tidak pernah berjumpa lelaki Afrika itu dan semasa ditemui wakil konsulat, dia merayu kesnya tidak dimaklumkan kepada keluarga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini hari ini.

Beliau menasihatkan gadis-gadis tempatan terutamanya dari kawasan pedalaman agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

"Kebanyakan mangsa berasal dari keluarga susah yang memerlukan wang untuk pengajian atau kehidupan. Saya amat kecewa apabila ada lagi yang masih menjadi mangsa keldai dadah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 23 Apr 2011 07:34 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Polis minta lebih masa siasat video seks

Posted: 23 Apr 2011 07:05 AM PDT

Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

NONE"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama.

altantuya trial 160707 tun majid"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid (kanan).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

NONEIsmail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.

Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.

Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

azlanPada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan DAP bukan atas dasar perkauman

Posted: 23 Apr 2011 06:55 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pemimpin BN yang mendakwa kejayaan DAP merangkul 12 kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu adalah atas dasar perkauman.

NONEKatanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.

"Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.

"BN sebenarnya meniupkan sentimen bangsa dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan pilihan raya membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau juga tidak menolak sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.

NONE"Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.

Lim juga mengakui bukan semua kawasan majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.

"Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.

NONE"Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang ketara antara luar bandar dan bandar," ujarnya.

Justeru, Lim mahu BN supaya tidak lagi mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.

"Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 23 Apr 2011 01:36 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Nasi lemak bukan punca obesiti

Posted:

Nasi lemak bukan punca obesiti

Nasi lemak bukan punca obesiti


KEGAGALAN ibu bapa mendidik anak-anak mengenai pengambilan makanan yang betul menjadi punca anak-anak mereka mengalami obesiti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.

"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

Posted:

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.

"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.

"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keselamatan rakyat jadi keutamaan

Posted:

Keselamatan rakyat jadi keutamaan

Keselamatan rakyat jadi keutamaan

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas mengenai projek yang diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, Najib berkata, satu panel bebas yang dianggotai pakar akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

"Kita tidak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan rakyat kerana ia diletakkan sebagai keutamaan yang tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 23 Apr 2011 09:42 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Poco-poco tak haram

Posted: 22 Apr 2011 11:28 AM PDT

MukaDepan

TARIAN poco-poco dibolehkan selagi tidak langgar syariat.

TARIAN poco-poco dibolehkan selagi tidak langgar syariat.

Majlis Fatwa hormati Perak haramkan tarian

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

"Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.

"Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang," katanya pada sidang media, di sini.
Sejak Rabu lalu, beliau mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri hampir semua mufti seluruh negara di hotel terkemuka di sini. Hadir sama Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru, Othman Mustapha.

Ketika mengharamkan tarian itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memberi alasan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.

Berikutan itu, Abdul Shukor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan mereka membuat keputusan muktamad mengenai keperluan pengharaman tarian terbabit.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata, muzakarah bersetuju dengan penggunaan vaksin Meningitis Mencevax (lama) dan Menvio (vaksin baru) untuk jemaah haji dan umrah Malaysia.

"Kita sudah meneliti pandangan dan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan serta pakar berkenaan. Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu-ragu, kita akan terus menggunakan vaksin itu dan kita benarkan," katanya.

Mengenai penggunaan vaksin Meningitis Menvio, beliau berkata ia juga boleh digunakan tetapi pihaknya masih mengutamakan vaksin Meningitis Mencevax kerana ia sudah lama digunakan di Malaysia, malah kosnya juga lebih munasabah berbanding yang baru.

"Kita dapat tahu daripada rakan di negara jiran mengatakan vaksin Meningitis Menvio lebih baik tetapi selepas mendengar penjelasan mereka yang membuat audit didapati prosesnya sama, cuma Menvio untuk 11 tahun ke atas manakala Mencevax boleh digunakan dari usia dua tahun.

"Kesannya juga sama iaitu dua tahun, tak ada bukti saintifik menyatakan Menvio boleh bertahan sehingga tiga atau empat tahun. Oleh itu, kita menggalakkan pengguna menggunakan vaksin Meningitis Mencevax," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dom

blah la mohd mokhtar... dah majlis fatwa kata boleh, boleh la....

mastikabiru

adaka bgtu..?? blik2 kristian..blik2 kristian..rosak la perpaduan klu bgne..smua pn d fikir negatif...cba fikir pndpt esma..apa la tndkn masyrkt yg b'agama islam???

ashraf

salam..pendapat saya seeloknye tak payah la menari poco2 ni..utk orang kafir boleh la.utk islam..baik haramkan jela..kalau nak buat senaman fizikal ikut sunnah nabi je.paling afdal SOLAT juga merupakan salah satu senaman..sambil2 tu dpt gak pahala.insyallah..

Leoryndy80

Aduiii... kalau ni lah dikatankan 1 Malaysia but still nak kutuk 2 agama lainnya hanya kerana tarian ni... nak maju macam mana lah org2 malaysia ni.... yg baik nya di ikut yg buruk nya jagan lah ikut.. tak perlulah kutuk2 agama lain...

x

diharapkan smue menghormati pandangan majlis fatwa..sbb diaorng ni lebih arif tentang agama jdi jngn lah sampai mengutuk majlis fatwa ni..spatut nya kita kene ikut jangn lah mengutuk x tentu pasal itu jahil name nye..sape lgi kite nk pecaya dan merujuk pasal agama kalo bkn orng yg arif pasal agam islam kita ni..jdi pikir2 kan lah..

Lizzie

Selamat pagi,
saya penganut agama Kristian tetapi telah dipaksa belajar tarian poco-poco semasa saya berada dalam tingkatan 5 oleh seorang guru Muslim untuk aktiviti riadah sekolah. Secara jujur dalam agama kami tiada pun yang mengatakan bahawa poco-poco itu seni Kristian kalau hal itu memang wujud maka dari kecil lagi saya sudah tahu tarian ini. Saya kesal bila semua tuding jari kepada agama saya walhal tiada seorang pun yang mengkaji ajaran Kristian (dengan niat memahami bukan 'convert') tapi saya cukup bersyukur yang saya ini penduduk Sabah. Tempat kami masalah seperti ini tidak pernah merapuhkan hubungan kejiranan kami begitu juga dengan di Sarawak. Susah sangatka mahu menghormati dan bertoleransi sesama kaum dan agama ? Peringatan : Budaya Barat hanya cara hidup yang tidak merujuk kepada ajaran agama dan saya berharap sebelum terlambat dan ada rusuhan agama lagi sila periksa dulu sebelum menuding jari. Contohilah cara hidup kami yang aman di Borneo walaupun kami kurang maju tapi hati kami aman . Sekian Terima Kasih.

linda

tarian poco-poco mempunyai kaitan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.

jeo man

salam sejahtera semua sahabat sekalian,untuk makluman semua,tarian poco-poco sebenarnya tiada kaitan dengan agama kristian....tiada kaitan langsung. sebab setahu saya,tak pernah ada tarian semasa sembahyang atau ucapara sembahyang. ini terbukti kerana saya sendiri beragama kritian (ramon katolik) tidak pernah bersembahyang dengan melakukan tarian poco-poco atau mana2 tarian pun. saya rasa kecewa kerana ada pihak yang cuba mengaitkan agama dengan tarian ini. tarian poco2 ini sebenarnya adalah sekadar tarian sahaja yang hanya untuk melakukan kecergasan dan selalu dimainkan semasa menyambut "hari gawai" di Sarawak dan hanya utk berseronok sahaja menari bersama-sama tetamu. sekian terima kasih.

khairul

maksudnya majlis fatwa menfatwakan menari² adalah dibulehkan di dalam Islam lebih² lagi percampuran lelaki perempuan..sama je 2 kali 5

tolok

tiada yang mengatakan tarian poco2 itu di cipta oleh orang kristian...........wahal tarian ini dari indonesia. nagara tu tak ribut2 benda niii so JANGAN TAKATU PADA BAYANG2 SENDIRI....BAIK KITA IKUT, TIDAK BAIK ABAIKAN. JANGAN ASIK NAK BURUKAN ORANGLAIN SEDANGKAN SUKU SAKAT SENDIRI TIDAK BETUL

mamayogurth

isu yang remeh sja, buatlah fatwa kepada isu-isu yang lebih besar dan mendatangkan kemudaratan kepada islam......

mohd mokhtar

tarian poco poco lebih kepada ritual keagamaan kristian.bagaimana pula umat islam boleh dibenarkan mengamalkannya?lambat laun akan memberi kesan.sikit sikit lama lama jadi bukit.banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan untuk dijadikan sebagai senaman mahu pun riadah.kalau macam ni,valentine day boleh diraikan umat islam asal tidak ada pergaulan bebas dan perkara perkara yang menyalahi hukum syariah.sedangkan kita tahu valentine day perayaan kristian.manakala poco poco juga ada kaitan dengan amalan kristian.zaman dajjal telah bermula.

Diskrimenasi

Asal ada unsur negatif dikatakan berunsurkan kepercayaan Kristian. Sedangkan tarian poco2 tu dpd masyarakt Bajau Semporna di Sabah yg beragama Islam. Kalau begitu tiang sidaian kain dan jalan simpang 4 apa kes.

megat muzzamir

Pada sy, ada betul nya kedua2 pihak ( majlis fatwa kebangsaan @ Perak ) .

Menari sambil dgr lagu (senaman ) itu tak salah pada saya.. tetapi bagi perempuan itu yg haram apabila poco poco itu dibuat di kawasan umum, dan di perhatikan oleh lelaki lain yg bukan mahramnya. )

Kita sedia maklum, tarian nya perlu menggerak-gerakkan pinggul dan dada, dan norma di malaysia, pkaian ketika poco poco, agak FIT , di situ timbul keraguan bila dilihat menyamai tarian2 barat sperti gipsy n stripper.

Harap majlis fatwa kebangsaan boleh pertimbangkan lagi kemungkinan utk mengharamkan poco2 bagi kaum wanita di kawasan umum. Majulah sukan untuk negara, dan majulah agama demi kebaikan dunia n akhirat.

esma

kalau nak di katakan ada unsur-unsur lambang salib. Di sekiling kita pun ada lambang salib. contohnya siling rumah, bingkai tingkap , kemasan lantai tiling , batu mamar dinding rumah & macam-macam lagi. Cuba kita amati dan imagin betul-betul. Yang pentingnya kita matang dlm segala aspek , barulah bangsa kita boleh berjaya.

eday

mintak jgn mengisukkan benda ini..sebab pemimpin tertinggi kita lebih jelas..dan mengharapkan ulama2 kita lebih peka..

Shariff

Sampai sekarang, saya masih tertanya-tanya tentang kaitain poco-poco ngan pemujaan roh di Jamaica kerana tak bersertakan fakta dan hujah yang jelas. Maaf, bukan hendak mempertikai kredibiliti ulama, tapi itulah yang menimbulkan persoalan.

roslan lan

inilah adat org kita di malaysia ni,asal ada benda baru,mesti nak ikut..akhir zaman,tok senyap jer,kalu suara sikit,elaun kena tarik..

pemerhati

memng la xda ada data yg tunjukn mcm 2, tpi ada data yg tunjukn org yg bersenam lebih cergas dri org yg xda bersenam..

Nor Azhar Alimin

slm....Mana Senam Seni yg di lancarkn dulu????kan itu lebih melambangkn Identiti kita Rakyat Msia??nape mesti AGUNGKN bdya lain..Menteri yg brtggjwb,mesti lah pandang perkara ini sebaiknya...kalu bkn kita,sapa lg yg mau mgangkat martabat seni kita???kan itu jg stu Seni mlbgkn 1Malaysia kita....dulu canangkn SATU NGARA SENAM SENI TUE..tp skrg????mana perginya.....SEDIH.....hgat2 taik ayam shj...Sy pernah beli VCDnya,dan ia amat baik utk senaman & secr lgsung MGANKAT MARTABAT SENI KITA.....fikir2kn lah....

mr john

em maknanya Majlis Fatwa Kebangsaan ckp blh menari-nari, dgr lagu etc.. haha

khairul

lau takde lagu berpeluh juga kan?cuba buat nasyid ke mesti org tak nak joget..nape

Fran

joget pun lebih kurang juga pergerakannya tu cuma rancak sikit. sekejap ke ke depan,ke belakang,ke kiri dan ke kanan..ini budaya malaysia jangan di haramkan

orang gombak

salam...dari segi lagu xpe....tp dari segi tariannye dah melambangkan tanda salib.sye jelaskan kat sini tarian yg saya kate kan tu sbb tarian die ke depan...lps tu lak ke belakang....lps tu kekanan dan ke kiri....so xke tande salib....kalo bleh ubah tarian die...

sri sianatan

Kalau poco2 sendiri2 tak best, tunjuk kebolehan depan orang lain baru ada uumh. Lagi syok kalau campur laki2 pompuan. Ade ke data yang tunjukan org yg berpoco2 lebih sihat daripada org yg tak bersenam?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads