Harian Metro: Mutakhir Posted: 23 Apr 2011 07:18 AM PDT Poco-poco boleh tapi bersyarat Posted: 22 Apr 2011 12:47 PM PDT SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang di sini, sejak Rabu hingga semalam memutuskan tidak menghalang orang ramai terbabit dengan tarian poco-poco, selagi tidak melanggar garis panduan ditetapkan. Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa itu sudah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu pada 2007 yang boleh dijadikan rujukan berhubung perkara itu. "Di antara garis panduan ditetapkan adalah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita serta mengawal pergaulan, menjaga etika berpakaian, tidak berbentuk pemujaan dan tidak melakukan ritual atau ibadat orang bukan Islam. "Jadi, jika berdasarkan garis panduan itu, kita tidak ada halangan... tambahan lagi kita dimaklumkan tarian poco-poco sudah dibuat dengan pelbagai cara dan ada juga pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan. "Namun, kita menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan melihat kepada garis panduan itu, sekiranya tidak melanggar (garis panduan) dan mendatangkan kesihatan, kita tiada halangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah terbabit di sini, semalam.
Januari lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco diharamkan di negeri itu kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh, malah berdasarkan kajian ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian. Bagaimanapun, Abdul Shukor berkata, pihaknya masih melakukan beberapa kajian terhadap tarian berkenaan sebelum keputusan lanjut berhubung perkara itu diambil. Beliau berkata, keputusan pengharaman tarian itu di Perak masih kekal memandangkan Majlis Agama Islam Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa berhubung sesuatu perkara. Sementara itu, katanya muzakarah selama tiga hari itu turut membincangkan mengenai penggunaan vaksin untuk jemaah haji dan umrah dan mereka bersetuju penggunaan vaksin Meningitis Mencevax yang sudah digunakan sejak sekian lama di negara ini adalah harus dan dibenarkan. "Kita sudah meneliti semua pandangan yang diterima dan sudah mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan dan pakar berkenaan. Berikutan itu kita bersetuju ia harus digunakan masyarakat Islam... tambahan pula ia sudah lama digunakan di negara ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kawan larikan RM4 juta Posted: 22 Apr 2011 12:45 PM PDT JITRA: Niat murni lebih 50 wanita yang kebanyakannya warga emas membantu seorang rakan mereka dengan memberikan pinjaman kerana suspek ingin menjalankan perniagaan dan pelaburan, terjerat apabila mereka tertipu membabitkan kerugian lebih RM4 juta. Wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah mengenali semua mangsa sejak antara 20 hingga 30 tahun lalu di Pusat Nyanyian dan Tarian di sini, namun masih tergamak menipu mereka sebelum menghilangkan diri akhir Mac lalu. Difahamkan, suspek meminjam wang daripada mangsa kononnya untuk menjalankan perniagaan serta pelaburan dan berjanji akan memberi komisen antara lima hingga 10 peratus kepada mereka. Kebanyakan mangsa yang berusia antara 40 hingga 80 tahun tidak menyangka suspek yang kelihatan baik dan pendiam itu mempunyai niat tidak baik. Semua wanita itu mula menyedari perbuatan jahat suspek selepas dia tidak lagi mengunjungi pusat hiburan berkenaan iaitu tempat mereka sering berkumpul.
Suspek yang berasal dari Taman Ihsan di sini, sudah menjalankan kegiatan itu sejak lima bulan lalu dengan meyakinkan mangsa dia boleh mendapatkan keuntungan hasil pelaburan dan perniagaan yang dijalankannya. Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Oong, 82, berkata dia kerugian hampir RM60,000 selepas tertarik dengan pelaburan yang dijanjikan wanita itu. "Saya tak sangka dia berniat jahat. Sebelum ini kami percayakannya kerana kami anggap dia seperti adik beradik. Sudah 20 tahun saya kenal dia, kenapa dia sanggup buat saya macam ini. "Sekarang saya jadi miskin sampai nak makan pun susah, habis semua duit simpanan saya selama beberapa tahun hilang sekelip mata," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam. Seorang tukang jahit dikenali sebagai Teoh, 56, berkata dia menyerahkan RM43,000 kerana percaya dengan suspek yang berjanji memberikan komisen 10 peratus.
"Dia ada datang rumah saya di Taman Indera pada Jun tahun lalu, kira-kira jam 8 pagi dan mempelawa saya menyertai skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.
"Saya sudah lama kenal dia, sebab itu saya tidak curiga. Saya bagi dia duit sebanyak empat kali iaitu RM15,000, RM12,000, RM10,000 dan RM6,000.
"Sepanjang tempoh itu, saya cuma dapat komisen RM1,000 dan selepas itu tiada lagi sehingga dia menghilangkan diri," katanya.
Yeoh, 50, berkata dia kerugian hampir RM80,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dan perniagaan yang ditawarkan wanita itu.
"Suspek kata dia banyak perniagaan dan pelaburan yang sudah berjaya seperti kilang kain terbesar di Sungai Petani. Jadi dia suruh kami melabur dengannya supaya keuntungan dapat dikongsi bersama-sama," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong berkata, dia menerima panggilan daripada beberapa mangsa berhubung kes penipuan wang mencecah RM4 juta, Isnin lalu.
Menurutnya, mangsa memberitahu mereka tidak mengetahui ditipu wanita terbabit kerana semuanya menyimpan rahsia ketika memberi pinjaman wang kepada suspek.
"Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas masing-masing mula mengesyaki sesuatu sejak wanita berkenaan tidak lagi datang ke pusat hiburan untuk berlatih nyanyian dan tarian sejak 27 Mac lalu.
"Semua mangsa memberitahu wanita berkenaan memperdayakan mereka dengan ganjaran dua kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dibuat dan sebab itulah mereka yakin dengan wanita berkenaan yang turut memberi cek namun ia hanya cek tendang," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 23 Apr 2011 07:07 AM PDT Pajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjut Posted: Pajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjutPajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjut 23/04/2011 7:16pm KUALA LUMPUR – Seramai 65 pemilik tanah lot di Kampung Melayu FRI Kepong (Kampung Melayu Kepong), Mukim Batu di sini mendapat lanjutan tempoh pajakan selama 99 tahun. Mereka merupakan pemilik asal di penempatan Kampung Melayu Kepong Fasa Satu dan Dua di mana lot-lot itu diberi milik sebelum wujudnya Wilayah Persekutuan pada 1974 iaitu ketika di bawah pentadbiran Selangor dengan tempoh pajakan selama 60 tahun. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan Surat Kelulusan Pelanjutan Tempoh Pajakan selama 99 tahun kepada 65 pemilik tanah Kampung Melayu Kepong itu hari ini. Kampung Melayu Kepong mula dibina pada 1968 dan mempunyai tiga peringkat iaitu Fasa Satu dan Fasa Dua membabitkan tempoh pajakan selama 60 tahun manakala Fasa Ketiga pula membabitkan pajakan selama 99 tahun. Raja Nong Chik dalam sidang media selepas majlis itu berkata Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mengenakan premium sebanyak lima peratus kepada pemilik tanah di Kampung Melayu Kepong daripada harga pasaran semasa tanah. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kuala Lumpur menganggarkan nilai tanah semasa di kawasan Kampung Melayu Kepong adalah RM400 bagi setiap meter persegi, katanya. Katanya pemilik tanah di Kampung Melayu Kepong juga diberi tiga insentif pilihan oleh Jawatankuasa Tanah untuk menjelaskan bayaran premium mengikut tempoh yang ditetapkan. Antaranya ialah sebarang bayaran premium sekaligus yang dibuat dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis disampaikan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan diberi potongan 10 peratus, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemandu bas lintas jalan maut dirempuh Posted: Pemandu bas lintas jalan maut dirempuhPemandu bas lintas jalan maut dirempuh 23/04/2011 5:14pm KUALA LUMPUR – Tindakan Hussin Razaly menyeberangi lebuh raya untuk bertemu rakan di Kilometer 429 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)mengundang padah apabila pemandu bas itu maut dirempuh kereta kira-kira 10 malam tadi. Hussin, 47, mati di tempat kejadian selain "hilang" kaki kiri akibat rempuhan itu, yang dipercayai berlaku ketika dia melepasi penghadang tengah lebuh raya untuk menyeberangi jalan. Bagaimanapun, kereta yang merempuh Hussin bertindak meninggalkan tempat kejadian dan sehingga kini, kenderaan itu gagal dikesan. Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata kaki kiri mangsa yang putus akibat kemalangan itu, tidak ditemui di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat. Sebelum kemalangan itu, Hussin, yang juga bekas pesara tentera, dikatakan memberhentikan bas yang dinaiki 15 penumpang dari Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur di lorong kecemasan untuk bertemu rakannya. Bagaimanapun, tujuan mangsa mahu bertemu rakannya, yang juga pemandu bas, tidak diketahui. Jurucakap polis itu berkata mangsa yang berasal dari Hulu Bernam, Selangor baru bekerja sebagai pemandu bas dua bulan lepas. "Punca kejadian masih dalam siasatan dan gerakan memburu suspek sedang dilakukan, dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan polis," katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid mengesahkan kejadian itu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 833 ditahan di luar negara kerana dadah Posted: 833 ditahan di luar negara kerana dadah833 ditahan di luar negara kerana dadah 23/04/2011 3:37pm PUTRAJAYA – Daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot hari ini. Beliau berkata mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada di antaranya terpedaya menjadi "keldai dadah" selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial seperti Facebook. "Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalah gunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ini ingin berkenalan dalam Facebook, "block" sahaja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Riot berkata demikian ketika diminta mengulas kes terbaru membabitkan seorang pelajar kolej swasta dari Sarawak, yang kini ditahan di penjara di Shenzen, China, selepas dipercayai cuba menyeludup masuk dadah ke negara itu. Mengulas kes tersebut, Riot berkata wanita itu dipercayai terpedaya dengan seorang lelaki warga Afrika bernama Michael yang dikenalinya menerusi Facebook. "Lelaki itu memujuknya ke China dengan segala perbelanjaan ditanggung. Michael yang berjanji untuk membayar RM5,000 kemudian meminta dia menelan 100 biji dadah jenis heroin sebelum berlepas ke China. "Pelajar itu kemudiannya ditahan di lapangan terbang Shenzen oleh pihak narkotik selepas menemui heroin dalam perutnya," katanya yang ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra. Riot berkata ketika ditemui wakil konsulat Malaysia di sana, pelajar terbabit meminta agar penangkapannya tidak beritahu kepada keluarga selain menolak bantuan guaman. "Sebaliknya dia hanya meminta sedikit wang untuk membeli makanan di penjara," katanya. Beliau berkata Wisma Putrajuga tidak boleh campur tangan dalam kes membabitkan undang-undang negara lain, namun akan membantu pelajar itu jika diminta oleh keluarganya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 23 Apr 2011 03:22 AM PDT Kerajaan kaji wujudkan stok penimbal makanan: KPDNKK Posted: 23 Apr 2011 12:25 AM PDT Mutakhir KANGAR: Kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan stok penimbal beberapa bahan makanan, termasuk ayam bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi selain menstabilkan harganya sesuai dengan situasi global sekarang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengemukakan kepada kerajaan cadangan terbabit yang memerlukan kajian mendalam, termasuk aspek ketahanan barangan berkenaan. Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Mahani Tan Abdullah, berkata cadangan mewujudkan stok penimbal bagi bahan makanan seperti kacang soya, jagung dan ayam adalah antara pelan jangka panjang bagi memastik bekalan sentiasa mencukupi walaupun ketika keadaan darurat. "Walaupun masih di peringkat kajian, cadangan stok penimbal beberapa bahan makanan seperti dilakukan ke atas beras tetap diberi keutamaan. Ia membabitkan kos tinggi bagi memastikan stok simpanan tidak rosak," katanya merasmikan penutup Program Kepenggunaan `Isu Kenaikan Harga Barang' di sini, hari ini. Beliau berkata, keadaan semasa global termasuk bencana alam di beberapa negara pengeluar makanan antara faktor mewujudkan stok penimbal perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada di pasaran tempatan dengan harga stabil. Selain itu, katanya, pihaknya mengambil langkah jangka panjang untuk memastikan bekalan bahan makanan terjamin melalui perjanjian jangan panjang (LTC) dengan beberapa negara pembekal utama untuk kepentingan rakyat. "Sebagai contoh, menerusi LTC kita dapat menstabilkan harga gula untuk keperluan domestik walaupun harga gula mentah di pasaran global meningkat secara mendadak," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jenayah rasuah, ketirisan gugat prestasi ekonomi negara: PM Posted: 23 Apr 2011 12:09 AM PDT Mutakhir PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya. Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara. Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku. "Ia (tindakan itu) tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram. Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara. "Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan. "Misalnya, kalau banyak orang mengelat daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan ''under declaration'', maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan. "Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan yang kena bayar cukai mesti ikut ketetapan yang patut ditunaikan mereka," katanya. Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion. "Kalau ekonomi negara kita, pertumbuhannya pada kadar yang tinggi, maka kita dapat mencari sumber kewangan dan hasil yang boleh menjadi sumber yang boleh digunakan untuk kita mengagih dalam bentuk projek pembangunan tambahan yang akan merangsangkan lagi sektor pembinaan kita. "Sebaliknya kalau ekonomi negara kita tidak berkembang dan hasil tidak bertambah, maka kerajaan akan menghadapi keadaan yang sukar untuk menambah peruntukan bagi projek pembangunan yang boleh menjadi sumber kepada kontraktor," katanya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 23 Apr 2011 03:19 AM PDT Tegur bising kereta dibakar Posted: 22 Apr 2011 11:31 AM PDT HULU KLANG: Akibat menegur perbuatan sekumpulan remaja membuat bising dan mengganggu lalu lintas di Taman Permata, di sini, seorang ahli perniagaan menanggung kerugian kira-kira RM20,000 apabila bahagian depan kenderaan pacuan empat rodanya dibakar. Teguran lelaki berusia 57 tahun itu menimbulkan kemarahan kumpulan remaja terbabit yang dipercayai Mat Rempit sebelum mereka bertindak agresif menyimbah petrol dan membakar kenderaan lelaki itu. Mangsa, Ab Kadir Mahmood, berkata dia menegur kumpulan remaja itu dua minggu lalu sebelum menyedari keretanya dibakar sejurus selepas menerima panggilan daripada isterinya kira-kira jam 5 pagi, 15 April lalu. "Ketika menerima panggilan itu, saya baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya terkejut apabila kebakaran itu menyebabkan hadapan kereta saya hangus. "Kejadian itu disedari jiran saya sebaik terdengar beberapa letupan kecil dan bau hangus. Mereka bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku," katanya.
Beliau berkata, jirannya itu terkejut apabila melihat keretanya dijilat api. "Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan tindakan menegur kumpulan remaja terbabit tanpa meninggikan suara. Ketika itu, mereka berdiam diri dan mendengar semua teguran. "Tidak sangka, dua minggu selepas menegur mereka, bahagian hadapan kereta saya dibakar. Kini saya tidak lagi melihat mereka melepak di kawasan itu dan dipercayai berpindah ke kawasan lain," katanya. Abd Kadir membuat laporan pada hari sama di Balai Polis Taman Melawati, kira-kira jam 10 pagi. Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Konduktor bas dibelasah penumpang samseng Posted: 22 Apr 2011 11:28 AM PDT SENTUL: Gara-gara disangka warga asing, seorang konduktor bas dibelasah seorang penumpang samseng hanya kerana diajukan soalan 'Mahu ke mana?', Isnin lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dolah, 30, mendakwa cedera di mata, tangan, leher dan belakang badannya akibat dibelasah penumpang itu. Menceritakan kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Dolah seperti biasa mengambil bayaran tiket dari penumpang mengikut destinasi mereka. Sebaik tiba di hentian bas Taman Pelangi, seorang lelaki menaiki bas itu dan bertanya pemandu sama ada bas itu menuju Gombak atau tidak. Menurutnya, lelaki itu berlagak seperti samseng dengan menolaknya yang ketika itu mengambil bayaran dari penumpang dan tanpa meminta maaf, lelaki terbabit terus duduk.
Katanya, dia mendekati lelaki itu dan bertanya destinasinya, namun pertanyaannya tidak diendahkan menyebabkan dia meminta lelaki terbabit turun jika tidak tahu destinasi yang hendak dituju. "Ketika saya berpusing untuk mengutip wang tiket penumpang lain, lelaki itu menolak saya dari belakang hingga badan saya terhentak di kerusi penumpang sebelum tersungkur. "Lelaki itu menumbuk dan menendang saya tanpa henti, selain mencakar leher saya hingga luka dan memaki-hamun saya. "Mujur pemandu memberhentikan bas sebelum beberapa penumpang membantu meleraikan pergaduhan itu," katanya. Dolah yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Caves, Rabu lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 23 Apr 2011 01:32 AM PDT Sperma mati dek ‘gadis penyedap’ Posted: 22 Apr 2011 12:40 PM PDT IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat. "Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya. Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun. Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sebak lihat mayat keluarga Posted: 22 Apr 2011 12:40 PM PDT REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, semalam. PEKAN: "Hati ibu mana yang tak sedih. Saya hanya mampu menangis ketika melihat anggota bomba mengeluarkan satu demi satu mayat anak, menantu dan anak saudara saya tersepit bawah treler." Demikian kata Ong Yue Lian, 43, yang kematian dua anak, seorang menantu dan anak saudara dalam nahas ngeri meragut empat nyawa di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Paloh Hinai kira-kira jam 5 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Diong Kah How, 21; abangnya, Diong Kah Keng, 24, yang juga pemandu Perodua Myvi bersama isterinya, Koh Kiah Hui, 23, serta sepupu mereka, Chow Kok Sin, 23. Semua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan sebelum kenderaan dinaiki mereka dirempuh treler membawa muatan bahan kimia yang datang dari arah bertentangan. Menurut Yue Lian, dia sekeluarga berkonvoi tiga kereta untuk pulang ke kampung di Taman Tas, Kuantan, bagi meraikan ulang tahun ke-81 bapa mentuanya, Diong Chang Sou dan aktiviti itu rutin setiap tahun. Katanya, dia berada di depan sekali dengan menaiki kereta Nissan Cefiro dipandu suami, Diong Jit Ping, 46, serta seorang menantu, dua cucu dan seorang pembantu rumah manakala anak bongsu, Diong Kah Sin, 15, menaiki kereta Toyota Vios yang dipandu abang iparnya, Diong Jit Ming, 51.
"Kah Keng memandu di belakang saya, manakala Kah Sin yang menumpang abang ipar saya berada di belakang sekali. Kami bertolak dari Johor Bahru jam 1 pagi. "Perjalanan kami lancar sehingga saya melihat treler dipandu agak laju ketika berselisih dengan kereta. Pada masa itu hati saya terdetik treler itu mungkin melanggar kereta dinaiki anak saya. "Tidak lama kemudian Kah Sin menghubungi dan bertanya sama ada saya melihat treler terbabit sebelum dia sekali lagi menghubungi dan memaklumkan kereta dipandu Kah Keng terbabit kemalangan," katanya. Yue Lian berkata, dia berpatah balik ke tempat kejadian dan terkejut mendapati kereta dinaiki dua anak, menantu dan anak saudaranya terperosok di bahagian kepala treler. "Hancur luluh hati saya melihat kejadian mengerikan itu. Lebih perit apabila diberitahu mereka meninggal dunia serta-merta," katanya.
Menurutnya, sebelum bertolak ke Kuantan, Kah Sin mengadu kepadanya mengenai perubahan sikap Kah Keng yang banyak mendiamkan diri tetapi tidak menyangka ia petanda buruk buat mereka sekeluarga.
Bapa Kok Sin, Choi Taw Siang, 55, dari Sri Jaya, Maran berkata, kali terakhir melihat anaknya ketika pulang ke kampung bulan lalu untuk satu upacara keagamaan.
"Dia anak kedua saya daripada tiga beradik dan jarang pulang ke kampung kerana bekerja denganKah Keng," katanya.
yang mengusahakan syarikat ubah suai rumah di Singapura. Dia baru setahun bekerja dengan sepupunya itu dan disebabkan itu dia mahu menumpukan perhatian pada pekerjaan barunya.
"Ketika dia pulang bulan lalu, saya tidak melihat sebarang perubahan pada sikapnya dan kami berbual seperti biasa kerana sudah lama tidak berjumpa.
"Kepulangannya kali ini saya tunggu dengan penuh gembira, namun, kegembiraan saya terbantut apabila menerima panggilan dari polis memaklumkan anak saya maut dalam kemalangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler terbabit yang membawa muatan kimia dari arah Kuantan gagal memintas kereta di hadapannya lalu bertembung kereta dinaiki mangsa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 23 Apr 2011 01:26 AM PDT Peluang rakyat bertemu PM Posted: [unable to retrieve full-text content]MARANG 22 April - Program lawatan sehari Datuk Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April ini merupakan lawatan 'luar biasa' kerana Perdana Menteri akan bertemu secara terus dengan rakyat. | Mohamed letakkan SMKIP pada tahap tertinggi Posted: [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 22 April - Penglibatan Mohamed Yaacob dalam bidang pendidikan selama 34 tahun berbaloi kerana berjaya meletakkan sekolah terakhirnya ke tahap kebangsaan sebelum bersara hari ini. | Terengganu tuan rumah Kejohanan Badminton dan Boling Bakti Posted: [unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU 22 April – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Badminton dan Boling Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dari 6 hingga 9 Julai depan. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 23 Apr 2011 01:10 AM PDT SAM gesa Putrajaya batal terus loji Lynas Posted: 23 Apr 2011 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April — Sahabat Alam Malaysia (SAM) hari ini menggesa Putrajaya agar membatalkan terus projek loji nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan bagi mengelak nasib Bukit Merah, Ipoh dua dekad lalu berulang. "Putrajaya sudah terbukti salah di Bukit Merah dan ia telah memberikan kesan besar kepada masyarakat di kawasan itu selain turut menghidapi penyakit ekoran terdedah kepada radiasi. "Kami tidak mahu satu lagi insiden sama berlaku. Kami menggesa Putrajaya membatalkan projek Lynas Corporation di Gebeng," kata Presiden SAM, S. M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan. Jelas beliau, masyarakat yang tinggal di Gebeng akan menerima kesan yang sama seperti di Bukit Merah ekoran terdedah kepada kadar radiasi yang boleh menjejaskan tahap keselamatan mereka. "Mengikut pengalaman kami yang telah mengendalikan kes nadir bumi di Bukit Merah menunjukkan pakar-pakar yang diambil Putrajaya dan syarikat itu telah memastikan semua aspek keselamatan diambil kira. "Bagaimanapun pakar-pakar yang dilantik masyarakat mendapati ia tidak selamat dan merekodkan bacaan sinaran radioaktif yang tinggi di kawasan itu. "Justeru masyarakat di Gebeng yang sudah terdedah kepada radiasi akan berhadapan dengan risiko lebih besar sekiranya projek ini diteruskan," katanya. Lynas Corporation, sebuah syarikat dari Australia dijangka memulakan operasi loji pembersihan nadir bumi di Gebeng ini - yang mana proses pembinaan loji memprosesan sedang dibina. Tindakan Putrajaya mahu membina kilang nadir bumi di Gebeng mendapat tentangan banyak pihak. Mengulas cadangan Putrajaya mahu mewujudkan satu panel bebas mengkaji tahap keselamatan projek nadir bumi (gambar) itu, Mohamed berkata ia hanya untuk mententeramkan kebimbangan masyarakat yang tinggal di kawasan itu. Tambah Mohamed, hasil kajian itu perlu diumumkan secara terbuka kepada masyarakat setempat agar mereka boleh membuat penilaian berhubung status projek nadir bumi itu. "Kami rasa kajian ini adalah satu lakonan untuk mengurangkan desakan rakyat. Kenapa tidak hentikan sahaja projek ini? "Kenapa perlu adakan projek yang tidak selamat ini? Adakah pelaburan asing tidak mengambil kira aspek kesihatan rakyat dan penerimaan mereka?" kata beliau sambil menambah, "sudah tentu, aspek kesihatan dan keselamatan dan persekiran harus diambil kira termasuk dalam projek komersial." Kata beliau, masyarakat sekitar Kuantan dan Gebeng mempunyai hak untuk mengetahui individu yang akan membuat kajian tersebut. "Kami mahu menentukan objektif kajian itu dan apa impaknya dan hasil kajian juga harus diumumkan secara terus kepada masyarakat agar mereka boleh buat penilaian," katanya. Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. "Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai," katanya. Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 9 pelajar UPM layak dibuang kolej, didakwa ‘dendam’ pemilihan kampus Posted: 23 Apr 2011 12:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April — Kepimpinan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mempersoalkan tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu menyingkirkan sembilan mahasiswa dari Kolej Kedua walaupun memenuhi merit minumum untuk terus tinggal pada semester akan datang. Menurut jurucakapnya Siti Zulaikha Rusmadi, kesemua mahasiswa yang disingkirkan dari kolej kediaman Kolej Kedua adalah seramai 40 orang termasuk sembilan mahasiswa yang dibuang tanpa sebab munasabah. Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan penyingkiran itu dibuat ekoran keputusan pemilihan kampus Februari lalu. "Mungkin juga ada kena mengena dengan pemilihan kampus sebab ada mahasiswa yang dibuang ini adalah ahli Pro-Mahasiswa dan mempunyai jawatan. "Semua mahasiswa yang disingkirkan adalah 40 orang tapi apa yang kita persoalkan adalah sembilan orang yang disingkirkan tanpa diberikan sebab-sebab yang munasabah sedangkan mereka memenuhi merit minimum 60 mata untuk terus menghuni kolej kediaman. "Seramai 31 mahasiswa memang tak cukup merit tapi yang sembilan lagi cukup. Atas sebab apa mereka disingkirkan daripada tinggal di kolej kediaman?" kata Siti Zulaikha. Tambah Siti Zulaikha, daripada sembilan mahasiswa terdapat ahli Pro-Mahasiswa yang turut disingkirkan tanpa memberikan sebarang sebab walaupun mempunyai merit yang cukup untuk terus kekal di kediaman kolej itu. "Ada ahli Pro-Mahasiswa yang disingkirkan walaupun mempunyai merit 142 mata dan ada yang mendapat 100 mata. "Tapi apa yang mengejutkan pengurusan UPM ada menawarkan kediaman dalam universiti kepada ahli Pro-Aspirasi yang hanya mendapat 52 mata," katanya. Tegas beliau, langkah UPM menyingkirkan sembilan mahasiswa itu tidak wajar kerana kediaman kolej itu masih boleh menampung jumlah penghuninya. Justeru kata Siti Zulaikha, pihaknya menuntut penjelasan daripada pengurusan UPM supaya memberikan alasan berhubung tindakan yang dibuat itu. "Kami mahukan penjelasan kenapa sembilan mahasiswa ini dibuang dari kolej kediaman... apa yang kita dapat, tiada sebab yang diberikan. "Sebab itu kita tetap mahukan penjelasan itu," katanya. Kesemua mahasiswa itu tidak dibenarkan menetap di kolej kediaman UPM bermula semester depan. Pada pilihan raya kampus UPM, kumpulan Pro-Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro-Mahasiswa. Pro-Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro-Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 22 Apr 2011 11:34 PM PDT Kaum India kena faham manfaat ETP Posted: 22 Apr 2011 01:56 PM PDT Nasional NAJIB dan Rosmah bersama Eswaran serta isteri, Datin Viviene Eswaran memotong kek pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI di PWTC, malam tadi. Najib mahu pemimpin, NGO bantu sampaikan maklumat masyarakat perlu digerak KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu usaha digerakkan untuk memastikan masyarakat India negara ini lebih memahami manfaat yang boleh dikecapi menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Perdana Menteri turut menyarankan supaya selain kepemimpinan komuniti India, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) serta media Tamil juga membantu merealisasikan matlamat itu. "Tentunya kita mahu majoriti masyarakat India menyokong ETP dan Model Baru Ekonomi, tetapi didapati wujudnya kurang pemahaman kalangan kaum India terhadap usaha kerajaan ini. "Bagi saya usaha ini penting kerana sebagai Perdana Menteri, saya membuat komitmen bahawa komuniti India tidak akan ketinggalan dalam agenda pembangunan negara.
"Ini bukan sekadar kenyataan politik tetapi saya yakin dapat membawa perubahan kepada komuniti India negara ini," katanya pada sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI bertemakan `1Wawasan, 1Suara, 1Negara' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden MAICCI, Datuk KK Eswaran.
Perdana Menteri berkata, sokongan yang diberikan komuniti India selama ini mendorong kerajaan untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi di semua peringkat dan bidang dengan menghasilkan mekanisme khusus yang berjaya mengatasi ribuan kes membabitkan komuniti India.
"Ia diharap dapat memenuhi apa yang mereka harapkan daripada kerajaan, namun masyarakat India juga perlu tahu apakah objektif ETP dan kaitkan ia dengan manfaat yang boleh diperoleh sebagai individu dan masyarakat India keseluruhannya," katanya.
Najib kemudian mengumumkan kerajaan akan menyediakan sejumlah peruntukan untuk membiayai pembinaan Ibu Pejabat MAICCI yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti penasihat perniagaan.
Sementara itu, Eswaran menyuarakan hasrat MAICCI supaya ada dalam kalangan ahlinya dipertimbangkan ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) selain turut mengumumkan biasiswa bernilai RM1 juta hasil kerjasama MAICCI dengan Kolej Universiti MAHSA kepada pelajar layak.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Keris bersadur perak milik Datuk ditemui Posted: 22 Apr 2011 01:52 PM PDT Nasional KONG MENG (kanan) menunjukkan keris serta beberapa barang berharga milik lelaki bergelar Datuk yang ditemui semula, pada sidang media di Georgetown, semalam.
Perompak berbasikal kebas koleksi pingat kebesaran kurniaan Sultan Kelantan ditahan GEORGETOWN: Seorang perompak berbasikal melarikan keris bersadur perak kurniaan Sultan Kelantan bersama pelbagai barangan lain yang semuanya bernilai RM553,000 dari banglo milik ibu mangsa yang bergelar 'Datuk' di Jalan Macalister, di sini.
Keris itu yang dianggarkan bernilai RM100,000 dilarikan bersama tiga pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (DSPN), dua pingat Jasa Kebaktian (PJK) serta masing-masing satu Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan Pingat Jasa Terpuji (PJT). Selain itu, beberapa jam tangan pelbagai jenama, beg jenama Louis Vuitton, barang kemas dan syiling lama dari luar negara turut dilarikan perompak. Lebih menghairankan, perompak itu juga mengambil barangan tidak bernilai seperti bekas telur, stokin, selipar, bekas minyak wangi serta bekas cenderahati yang ditemuinya dalam banglo berkenaan.
Bagaimanapun, keris dan koleksi pingat itu ditemui polis di sebuah kedai pajak gadai di sini, selepas perompak berusia 33 tahun itu ditahan, kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu.
Siasatan polis mendapati, sebahagian barangan dilarikan suspek ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kukus, Puncak Terubung, Air Itam, dekat sini, manakala selebihnya dijual dan digadai di kedai pajak gadai, kedai jam serta penggurup wang.
Polis masih menyiasat tarikh suspek memecah masuk rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, berkata suspek ditahan selepas mangsa iaitu 'Datuk' berusia 44 tahun membuat laporan polis pada jam 8 malam pada 15 April lalu selepas mendapati kediamannya berselerak dan pintu belakang rumahnya dipecah masuk, sebaik mangsa tiba dari Kuala Lumpur.
"Polis berjaya mengesan suspek berdasarkan cap jari lelaki itu yang diambil di banglo berkenaan. Siasatan awal mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dengan membawa pulang barangan yang dilarikan ke rumahnya sebelum dilupus.
"Antara barangan yang ditemui semula di kedai pajak gadai ialah pingat kebesaran termasuk ketiga-tiga pingat DSPN serta keris kurniaan Sultan Kelantan.
"Kira-kira 70 peratus daripada barangan yang dicuri diperoleh semula. Siasatan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau iaitu dua kes jenayah dan lima kes dadah," katanya di sini, semalam.
Difahamkan, rumah mangsa tidak berpenghuni dan beliau hanya pulang ke rumah setiap kali berada di negeri ini. Banglo mangsa dikatakan pernah dipecah masuk beberapa kali tetapi mangsa tidak membuat laporan polis kerana hanya membabitkan kerugian kecil.
Kong Meng berkata, suspek yang berusia 33 tahun mengaku membawa balik barangan itu ke rumahnya di Jalan Bukit Kukus, Puncak Terubung, Air Itam, di sini yang terletak kira-kira lapan kilometer dari banglo yang dipecah masuk
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kong Meng berkata, pihaknya menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan pejabat sepanjang tahun ini dengan penahanan dua suspek warga tempatan berusia 25 dan 30-an di daerah Timur Laut, di Pulau Tikus, kira-kira jam 5 petang Rabu lalu.
"Polis juga berjaya menemui semula 15 monitor LCD, enam buah komputer riba dan tiga komputer bernilai RM15,000. Semua suspek direman sehingga lusa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 22 Apr 2011 07:41 PM PDT Kikis sikap mudah melenting Posted: Kikis sikap mudah melentingKikis sikap mudah melenting Oleh HARIS FADILAH AHMAD utusanpahang@utusan.com.my
|
WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) disaksikan Abdul Latiff Mohd. Noor (kanan) menyampaikan wang sagu hati kepada waris ahli PBTM di Felda Sungai Koyan Tiga, Kuala Lipis, semalam.
|
KUALA LIPIS 22 April - Golongan bekas tentera di negeri ini perlu mengikis sikap mudah melenting jika lewat menerima bantuan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, stigma sedemikian akan mudah diambil kesempatan oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan meracuni pemikiran bekas tentera. Beliau berkata, pihak pembangkang sentiasa cuba melaga-lagakan bekas tentera dengan kerajaan negeri menerusi isu remeh-temeh termasuk kelewatan menyalurkan bantuan kebajikan. ''Pihak tertentu mensasarkan bekas tentera untuk memperlekeh usaha kerajaan kononnya mengabaikan kebajikan mereka terutama yang uzur. ''Sebenarnya kerajaan negeri menerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) banyak menyalurkan bantuan kebajikan kepada ahlinya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung PBTM cawangan Felda Sungai Koyan Tiga, dekat sini hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua PBTM Pahang, Kapten (B) Abdul Latiff Mohd. Noor dan Pengerusi PBTM cawangan Felda Sungai Koyan Tiga, Abdul Rahim Said. Pada majlis itu, Wan Rosdy turut menyampaikan wang sagu hati daripada PBTM Sungai Koyan Tiga kepada lima anak ahli persatuan itu yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Tiga pelajar cemerlang PMR masing-masing menerima RM70 manakala dua pelajar cemerlang SPM menerima menerima RM100 setiap seorang. Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri sedaya upaya membela nasib dan kebajikan bekas tentera yang berjuang menentang pengganas komunis suatu ketika dahulu. Justeru, katanya, tuduhan kerajaan negeri bankrap tidak berasas sama sekali apabila jutaan ringgit dibelanjakan untuk kebajikan golongan tidak berkemampuan dan pembangunan. ''Segala bantuan kebajikan dan kecemasan kita ikut saluran yang betul dan memberi keutamaan kepada bekas tentera berasaskan panduan dan nasihat daripada kepimpinan PBTM negeri, daerah dan cawangan. ''Tidak wajar memohon simpati daripada pihak tertentu yang langsung tidak boleh membantu sebaliknya hanya gemar mencari ruang memperlekehkan kerajaan negeri," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua Posted: 165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua PEKAN 22 April - Sebanyak 165.5 hektar tanah di sekitar Gugusan Felda Chini dikenal pasti bakal dijadikan tapak perumahan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan itu tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, projek perumahan yang masih dalam perancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada generasi tersebut memiliki kediaman sendiri. "Bagi tujuan itu, Felda sedang membuat analisis bagi mengenal pasti sama ada tanah tersebut sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perumahan atau sebaliknya," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian baju korporat dan sumbangan komputer riba di Dewan Orang Ramai Chini Timur dekat sini hari ini. Pada majlis itu, seramai 13 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chini masing-masing menerima sebuah komputer riba, wang tunai dan sijil penghargaan daripada Yayasan Pahang. Menurut Abu Bakar, tapak tanah tersebut disediakan untuk kira-kira 5,000 generasi kedua dan ketiga Felda. "Projek tersebut masih dalam proses perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Felda untuk diluluskan sementara menanti proses agihan lot kepada peserta. "Kita harap Felda, PTG akan memastikan tapak tersebut bersesuaian untuk projek pembinaan rumah terbabit," jelasnya. Sementara itu katanya, projek meratakan tapak untuk dijadikan perumahan generasi kedua dan ketika sedang dilaksanakan di Felda Chini 3. "Sebanyak 325 rumah kos rendah dan rendah sederhana bakal dibina oleh generasi kedua dan ketiga Felda menjelang tahun depan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PahangFM sasar pendapatan iklan RM1 juta Posted: PahangFM sasar pendapatan iklan RM1 jutaPahangFM sasar pendapatan iklan RM1 juta
|
Mustafa Kamal Abdul Razak menyampaikan cenderamata kepada salah seorang wakil syarikat pada Majlis Hari Bersama Pengiklan di Dewan Serbaguna Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) di Kuantan, semalam.
|
KUANTAN 22 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen radionya, PahangFM mensasarkan pendapatan iklannya mencapai lebih RM1 juta pada tahun ini. Pengarah Penyiaran negeri, Mustafa Kamal Abdul Razak berkata, PahangFM menerusi ejen pemasarannya, Utusan Airtime akan berusaha mencapai sasaran tersebut yang dilihat menunjukkan penurunan pada tahun lalu iaitu hanya mencapai RM700,000. "Sasaran tersebut dilihat realistik kerana PahangFM dan Utusan Airtime pernah mencapai hasil pendapatan iklan sebanyak RM1 juta pada 2009. "Bagaimanapun, kita akan melipatgandakan usaha pada tahun ini untuk mencapai kembali pendapatan iklan seperti yang disasarkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Hari Bersama Pengiklan di Dewan Serbaguna Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (Kompsas), di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pemasaran RTM, Jamal Abdullah dan Eksekutif Pemasaran Utusan Airtime Pahang, Hanapi Mat Ripin. Menurut Mustafa Kamal, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarkan trend terkini apabila semakin ramai pengiklan berminat untuk membeli iklan di PahangFM berikutan peningkatan bilangan pendengarnya. "Kira-kira 400,000 pendengar PahangFM pada masa ini dan jumlah itu dijangka bertambah menjadi 500,000 ekoran pembaharuan dalam program yang disajikan kepada pendengar. "Kita juga memberi lebih ruang kepada pengiklan untuk mengiklankan perniagaan mereka secara kreatif dan menarik dengan menaja sesebuah program yang dirasakan berkaitan dengan produk mereka," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 22 Apr 2011 07:39 PM PDT Saham penyedia Emel 1M'sia melambung 491% Posted: 22 Apr 2011 04:08 AM PDT Walaupun hebat dikritik, harga saham Tricubes Bhd melambung mencecah paras rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun, selepas ia mengumumkan akan mengendalikan projek Emel 1Malaysia. Apabila dilaporkan bahawa syarikat tersebut akan bersama firma perisian gergasi, Microsoft, untuk melaksanakan projek e-mel tersebut Selasa lalu, harga sahamnya terus melonjak. Harga sahamnya berada di paras terendah pada 4 Mac 2009 apabila ditutup pada harga 3.5 sen. Bagaimanapun, sejak pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya pada hari Selasa, harga sahamnya melambung naik 491 peratus berbanding harga 5.5 sen pada hari Isnin. Hari ini sahamnya ditutup pada harga 32.5 sen. Lonjakan tersebut bermakna harga sahamnya naik lebih lapan kali. Harga saham syarikat itu ditutup empat sen lebih tinggi pada 9.5 sen pada hari Selasa - naik 72.7 peratus. Ia bertambah stabil sekali lagi pada hari Rabu dengan peningkatan 68 peratus dari hari sebelumnya, untuk ditutup pada harga 16 sen. Semalam ia membuat lonjakan tertinggi - 96.88 peratus - untuk ditutup pada harga 31.5 sen. Ia menutup lebih tinggi sedikit - pada 32.5 sen - hari ini.
[Baca berita penuh] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Subbaiyah angkat sumpah Senator Isnin ini Posted: 22 Apr 2011 04:04 AM PDT Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P Subbaiyah, akan mengangkat sumpah sebagai Senator Isnin ini, menggantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah. Menurut satu kenyataan Parlimen hari ini, bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijadualkan mengangkat sumpah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, yang dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua. Pada pilihan raya umum 2008, Subbaiyah tewas kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam. Pencalonan beliau dikatakan dikemukakan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa minggu lalu. Palanivel mahu menghadkan tempoh jawatan senator hanya untuk satu penggal bagi memberikan ruang kepada pemimpin MIC lain dan pemimpin dari negeri yang bukan di bawah kerajaan BN. Murugiah, bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), dilantik sebagai Senator pada 2008 atas tiket PPP tetapi menyertai MIC selepas dipecat tahun lalu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 22 Apr 2011 07:23 PM PDT Dua bekas pemimpin PKR diperintah bela diri Posted: Dua bekas pemimpin PKR diperintah bela diriDua bekas pemimpin PKR diperintah bela diri IPOH 22 April - Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak diperintah membela diri selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan mereka daripada tuduhan rasuah tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman lisannya memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias mengemukakan pembelaan masing-masing. Bagaimanapun, beliau menolak rayuan SPRM ke atas tiga lagi tertuduh iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan ahli perniagaan, Fairul Azrim Ismail kerana kekurangan bukti. Say Eng juga menerima permohonan peguam bela Usaili, Surjan Singh supaya kes tersebut didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang sama, Azhaniz Teh Azman Teh dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei ini. Azhaniz Teh pada 23 April lalu, melepas dan melepaskan Mohd. Osman, Usaili, Jamaluddin, Zul dan Fairul Azrim daripada 16 tuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008. Mohd. Osman dan Jamaluddin keluar dari pakatan pembangkang dan menjadi ADUN Bebas pada 2009. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Warga emas berang sewa lembu tak bayar Posted: Warga emas berang sewa lembu tak bayarWarga emas berang sewa lembu tak bayar Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR pengarang@utusan.com.my MENTERNAK haiwan sememangnya satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Namun sebelum menceburi bidang tersebut, seseorang itu seharusnya mengetahui sepak terajang dalam bidang penternakan mahu pun perniagaan. Tanpa ilmu dalam bidang-bidang tersebut, nescaya kita akan mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain hatta rakan kongsi yang diharap-harapkan. Kes minggu ini melibatkan Hamzah Abdullah, 60, dari Kuala Terengganu. hasratnya untuk bergiat dalam perniagaan menternak haiwan memberi pengalaman baharu dalam kehidupannya. Kisahnya bermula apabila dia membeli tiga ekor lembu pada 2008. Memandangkan dia tidak berpengalaman mengurus dan memelihara haiwan itu, tanggungjawab tersebut diserahkan bulat-bulat kepada sebuah syarikat penternakan lembu. Kedua-dua pihak bersetuju dengan dua syarat. Syarat pertama ialah mengenakan kadar sewa RM4,500 setahun untuk ketiga-tiga ekor lembu itu. Manakala syarat kedua, hasil pembiakan diserahkan kepada syarikat berkenaan. Apa yang mengecewakan ialah perjanjian dimeterai hanya tinggal catatan di atas kertas apabila syarikat itu gagal membayar sewa yang sepatutnya. Nekad untuk menghentikan urus niaga itu, warga emas tersebut menuntut semula bayaran RM25,000 daripada syarikat berkenaan. Tuntutan tersebut adalah untuk menebus semula bayaran lembu-lembu yang disewakan kepada syarikat terbabit yang gagal memenuhi perjanjian. Dalam kepayahan, dia sanggup datang ke ibu negara semata-mata untuk menyelesaikan tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Pada prosiding tribunal baru-baru ini, hasil kebijaksanaan Presiden TTPM, M. Suppiah, masalah itu berjaya diselesaikan dengan persetujuan bersama antara Hamzah dan wakil syarikat terbabit. Wakil syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Normala berjanji menjelaskan keseluruhan bayaran tersebut tetapi memohon sedikit masa kerana syarikatnya mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu. Buat permulaan, ujar Normala, syarikatnya akan menjelaskan bayaran tuntutan sewa RM4,500. Baki sebanyak RM21,000 pula akan dijelaskan secara ansuran sehingga Jun ini. Suppiah kemudiannya menjelaskan, pengakuan Normala akan direkodkan dan diambil kira sebagai perintah tribunal. Sekiranya syarikat tersebut gagal berbuat demikian, Hamzah boleh melaporkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 22 Apr 2011 03:25 PM PDT Natijah dan mesej pengundi Posted: Natijah dan mesej pengundiNatijah dan mesej pengundi
|
Pengundi bumiputera dan bukan bumiputera mempunyai pendirian yang berbeza terhadap masa depan politik Sarawak.
|
"APAKAH Tan Sri sudah jangka BN menang 55 kerusi?" Ini soalan wartawan dalam sidang akhbar kedua Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kali ketujuh. Jawapannya di luar jangkaan saya. Rupa-rupanya kemenangan 55 kerusi itu bukan lagi perkara penting kepada beliau. Jawapan Abdul Taib: "Saya telah jangka keputusan ini. PBB akan menang 100 peratus. Namun ada polarisasi kaum dalam trend pengundian ditunjukkan dalam pihak pembangkang dan ia suatu yang tidak sihat untuk Sarawak. Saya mengambilnya sebagai luahan perasaan para pengundi. Apakah natijahnya, saya sendiri tidak tahu dan saya sedang memikirkan cara untuk menghadapi situasi ini. Hanya ada dua calon Cina (BN) yang memenangi pertandingan kali ini. "Saya perlu meneliti perkembangan ini dengan sebaik-baiknya untuk memahami apa mesej yang ingin disampaikan oleh masyarakat Cina kepada kerajaan. Jika mereka ingin menggunakan pendekatan perkauman, ia adalah sesuatu yang tidak boleh saya penuhi kerana ia akan menimbulkan situasi tidak elok di antara kita." Apabila ditanya: "Apa komen tentang Presiden SUPP, Tan Sri George Chan?" Beliau menjawab: "Hanya, apakah yang akan kita buat dengan mesej daripada orang Cina. Seperti saya katakan, jika mereka mahu mengguna pakai politik perkauman, itu adalah sesuatu yang tidak boleh kita benarkan. Walaupun ia sah, kita akan mundur dalam perkembangan sebegitu." Menjawab pertanyaan mengenai Kabinet baru, kata Abdul Taib: "Saya tidak mahu jawab sekarang kerana kita mahu kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini." (Utusan Malaysia, 18 April 2011). Ini bukahlah mood orang yang baru menang besar dalam pilihan raya. Nampak benar betapa kecewanya Abdul Taib terhadap sikap politik masyarakat Cina di Sarawak. Sebenarnya, ramai yang sudah lama tahu, apakah mesej dan matlamat politik mereka. Samalah dengan mesej masyarakat Cina di Semenanjung yang telah lama disampaikan melalui DAP. Abdul Taib tentu sudah tahu. Di Sarawak mereka sudah mula tunjuk pada tahun 2006. Sehari sebelum kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu disiarkan, Awang Selamat berkata dengan terus terang: "Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan." Kerana nak jaga hati, sebelum ini orang tak mahu cakap. Sekarang ditunjukkan dengan terang-terang. Inilah matlamat "perubahan" yang dilaungkan oleh masyarakat Cina yang hendak dicapai melalui DAP. Kekalahan SUPP di Sarawak itu adalah mesej dan amaran terbaru, susulan cita-cita yang tak tercapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Strategi kempen politik perkauman, yang sangat dikesalkan Abdul Taib, pasti akan terus mereka pergunakan. Goh Kien Nan dalam tulisannya (Sin Chew Daily 18 April 2011) menegaskan "fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara. Ia bukan saja tidak reda, malah sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang." (Utusan Malaysia, 21 April 2011). Ini memang benar dan suatu amaran yang keras. Maka apa pun cara Abdul Taib dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menangani situasi ini, natijahnya kepada negeri Sarawak dan negara seluruhnya, pasti tidak baik. Api yang dikatakan Kien Nan "terus melarat, semarak dan membara" itu pasti akan membakar kita semua. Natijah inilah yang cuba dibendung oleh kerajaan, terutama selepas PRU 2008. Tetapi mereka tidak peduli. Alasan Kien Nan, "jasa masyarakat itu membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan." Kemenangan besar BN di Sarawak, jelas sekali kerana sokongan semua suku kaum Bumiputera. Walaupun majoriti mereka hidup serba kurang dan jauh di pedalaman, cinta mereka kepada bumi tumpah darah tak pernah luntur. Justeru apa pun dakyah pembangkang dari Semenanjung, mereka tetap menyerahkan masa depan kepada parti dan pemimpin Bumiputera Sarawak. Natijahnya Abdul Taib tiada cara lain, kecuali terus memperkukuh barisan pertahanan dan membina kubu politik di kalangan rakyat Bumiputera. Mereka mesti dibela sepanjang masa. Merekalah harapan bangsa dan negara. Tidak boleh lagi mengharapkan kerjasama daripada bukan Bumiputera. Jika tindakan seperti ini terpaksa dilakukan juga di Semenanjung, maka akan jadilah perang politik Melayu melawan bukan Melayu, yang akan penuh dengan kebencian dan permusuhan. Situasi inilah yang cuba dielak selama 50 tahun dengan pelbagai tindakan sosial-politik-ekonomi. Saya pernah cadang dalam dua tulisan saya Disember 2005, agar satu wadah Melayu yang baru, dipimpin oleh tenaga muda ditubuhkan. Bukan parti politik, tetapi tetap dengan perjuangan kebangsaan Melayu-Islam. Wadah ini patut dianjurkan oleh gabungan pertubuhan generasi muda Melayu, bukan oleh UMNO. Tujuan wadah ini bukan untuk melawan Cina, tetapi waktu itu nampak benar fikiran Melayu tidak menentu, seperti hilang pedoman dan sasaran. Badan-badan yang ada lemah tak berdaya. Masalah sosial-ekonomi tambah menjadi-jadi. Maka kita perlu wadah baru dengan tenaga baru, semangat dan pendekatan baru, tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Ikatannya hanya satu iaitu pribumi Malaysia. Sekarang wadah baru ini diperlukan. Perkasa sudah ada. Perkukuhkan saja? PKR dan rakan-rakannya, termasuk DAP, memang berhak mencari jalan untuk memerintah negeri dan negara melalui pilihan raya. Tetapi mencari pengaruh dan sokongan melalui emosi benci dan membakar sentimen perkauman, adalah jalan yang amat berbahaya. Tidak akan ada lagi negeri Cina yang baru di sini selepas Singapura. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Abdul Taib tegas menolak "pendekatan perkauman" tetapi beliau menegaskan "kita kena kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini dan apakah ertinya suara rakyat melalui pilihan raya ini." Mengkaji "ertinya suara rakyat" memanglah tepat sekali. Namun dengan apa cara pun, pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab mestilah ada keberanian politik untuk mengambil tindakan. Rakyat dan ibu pertiwi mesti diselamatkan. Kita hanya ada satu Bumi saja. Di sini kita berdiri, di sinilah kita mati. Siapa-siapa pun yang tak senang hati, jangan buka dada bawa angkara, nyahlah dari Bumi ini. DATUK NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kenapa hanya utamakan penyu belimbing? Posted: Kenapa hanya utamakan penyu belimbing?Kenapa hanya utamakan penyu belimbing? Oleh Mohd. Hazli Hassan LAPORAN dari Terengganu pada 11 April 2011 bertajuk 'Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Jual Atau Beli Telur Penyu Belimbing' mungkin dianggap satu isu remeh. Namun bagi mereka yang sedar tentang kepentingan kepupusan spesies marin, ia satu agenda utama. Laporan itu memetik Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem (Tumec), Nazuki Sulong yang mengatakan Enakmen Penyu Negeri Terengganu 1951 (pindaan 1987) memperuntukkan denda RM5,000 bagi setiap sebiji telur penyu belimbing atau lima tahun penjara, jika sabit kesalahan. Kata Nazuki lagi, Tumec turut mencapai persetujuan dengan kerajaan negeri untuk menetapkan 70 peratus telur penyu agar dan karah dikutip untuk dieram, manakala 30 peratus lagi boleh dijual. Persoalannya kenapa hanya telur penyu belimbing. Apa jadi dengan telur penyu lain, agar, karah dan lipas. Telur tuntung. Semua ini spesies diancam kepupusan. Kenapa hanya penyu belimbing yang mendapat tempat dan perhatian pada Enakmen Penyu Negeri Terengganu? Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) juga pelik memerhatikan perkara ini. Bagi mereka, melarang penjualan telur penyu belimbing adalah tidak memadai kerana semua spesies penyu merupakan spesies terancam. Alasan mereka mudah, statistik Jabatan Perikanan menunjukkan bilangan pendaratan agar dan karah yang direkodkan mendarat di Terengganu masing-masing menurun sebanyak 25 peratus dan 70 peratus sejak tiga dekad lalu. Walaupun negara mempunyai Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 2008 oleh Jabatan Perikanan, namun ia hanya di peringkat persekutuan. Kerajaan negeri masih memegang bidang kuasa dari segi perundangan untuk menetapkan larangan ke atas penjualan dan pemakanan telur penyu merangkumi semua spesies. Yang saya pelik, kenapa susah sangat kerajaan negeri Terengganu nak menetapkan larangan penjualan ke atas semua telur penyu? Tidak hanya Terengganu, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan semua negeri pendaratan penyu perlu melakukan sesuatu. Kenapa masih perlu ada kuota penjualan 70 peratus dikutip manakala selebihnya boleh dijual? Persoalannya, kenapa perlu lagi dijual? Zaman berubah, selera pun berubah, kenapa perlu telur penyu terus dimakan? Tidak ada kajian setakat ini yang mengatakan telur penyu sebagai satu afrodisiak. Malah kajian yang dilakukan oleh pakar epidemiologi hidupan liar Columbia University, A. Alonso Aguirre mengatakan, konsentrasi tinggi bahan cemar terdapat dalam telur penyu mampu mengurangkan kesuburan. Apa lagi yang mereka nak tunggu? Apa lagi yang nak mereka buktikan? Dan kini dengar cerita ada yang dah suka makan daging penyu pula. Mana pendirian kita? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 22 Apr 2011 01:38 PM PDT Gempur 914 taska haram Posted: Gempur 914 taska haramGempur 914 taska haram SALAH sebuah taman asuhan kanak-kanak di Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan operasi besar-besaran bagi mendaftarkan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen di seluruh negara bulan depan. Ketua Pengarahnya, Hadzir Mohd. Zain berkata, menerusi pendaftaran itu, semua pusat jagaan terbabit akan layak menerima bantuan termasuk kewangan bagi membiayai operasi mereka. "Kita tidak akan menyuruh mereka menutup operasi tetapi kita akan cuba nasihati mereka supaya mendaftar dengan kita," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau berkata, terdapat 914 pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi secara haram di negara ini. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur yang turut hadir, menafikan berlaku kes penderaan di sebuah rumah jagaan kanak-kanak di Puchong seperti yang dilaporkan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie Posted: 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM syahir.kassim@kosmo.com.my
|
DUA daripada 50 pelabur wanita yang menjadi mangsa penipuan pelaburan menunjukkan salinan laporan polis mereka di Jitra semalam.
|
JITRA - Gara-gara terpedaya dengan janji seorang wanita yang mendakwa mampu memberi keuntungan sehingga 100 peratus daripada hasil pelaburan, kira-kira 50 wanita berusia antara 40 hingga 80 tahun mengalami kerugian RM4 juta sejak awal tahun ini. Suspek berketurunan Cina berusia pertengahan usia itu memperdayakan mangsa dengan mendakwa pelaburan dalam pelbagai cabang bisnes termasuk kilang kain yang diuruskannya mampu membuahkan hasil berlipat kali ganda. Ekoran terpedaya dengan janji manis wanita itu, ramai yang menjadi mangsa dengan sebahagian besarnya terdiri daripada suri rumah yang melabur di antara RM6,000 hingga RM450,000 seorang. Menurut seorang mangsa yang dikenali sebagai Yoh, 56, kesemua mangsa mengenali wanita terbabit yang disifatkan mereka sebagai seorang yang baik dan telah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu. Mereka memanggilnya Auntie. "Wanita itu merupakan rakan kongsi saya. Kami membuka pusat nyanyian dan tarian di bandar ini. "Kesemua mangsa mengenali wanita itu di pusat tarian saya dan kami sering bertemu," katanya yang kerugian kira-kira RM80,000 ketika ditemui pemberita di Balai Polis Jitra di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | RM3.38b tingkat sektor pertanian Posted: RM3.38b tingkat sektor pertanian RM3.38b tingkat sektor pertanian NAJIB bersalaman dengan anggota Kor Tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan pada majlis Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di Serdang semalam.
SERDANG - Kerajaan memperuntukkan RM3.38 bilion bagi membiayai perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, bidang pertanian akan terus diberi keutamaan kerana sektor itu adalah kritikal untuk kesejahteraan rakyat. "Jika gagal untuk menambah sumber bekalan makanan, rakyat akan menghadapi inflasi harga kenaikan barangan makanan. "Oleh itu, satu daripada jawapan kepada ancaman ini, kita perlu berusaha lebih gigih agar sumber bekalan makanan tempatan dapat ditingkatkan," katanya ketika merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 22 Apr 2011 11:18 AM PDT Teksi ‘cekik darah’ Posted: Teksi 'cekik darah' Teksi 'cekik darah' Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB kota@utusangroup.com.my
|
PERKHIDMATAN teksi di Stesen LRT Kelana Jaya menjadi rungutan pengguna kerana didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal.
|
KELANA JAYA 22 April – Pemandu teksi di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal yang tidak sepadan dengan jarak perjalanan. Pengguna yang ditemui Utusan Malaysia di stesen itu hari ini mendakwa perbuatan pemandu teksi 'mencekik darah' penumpang itu sudah berlaku sejak sekian lama. Dalam satu situasi, seorang pengguna pada awalnya dilihat sedang berunding dengan seorang pemandu teksi, kemudian berlalu pergi dengan wajah masam. Hanya mahu dikenali sebagai Melinda, 24, katanya, dia terpaksa membatalkan niat menggunakan perkhidmatan itu untuk ke Sunway Pyramid kerana tidak berpuas hati dengan tambang yang diminta oleh pemandu teksi. "Saya berasakan tidak munasabah bayaran yang diminta sebanyak RM15," katanya. "Pemandu-pemandu di sini sesuka hati sahaja mengenakan caj tinggi, walaupun untuk perjalanan di sekitar kawasan ini sahaja," katanya lagi. Seorang lagi pengguna, Grace, 23, berkata, pemandu-pemandu teksi berkenaan akan mengenakan caj yang lebih tinggi ketika tamat waktu pejabat. Dia mendakwa, kadang-kadang caj tiga kali ganda dikenakan kerana sedar ada pengguna yang tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi. "Saya pada mulanya sering mengunakan perkhidmatan teksi, namun apabila caj yang mahal sering dikenakan, saya kini lebih selesa menaiki bas perantara," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve Posted: Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve
|
Che Mazlan Saad (kiri) menyerahkan cek replika penajaan Utusan Malaysia kepada Mohd. Maliki Kamarulzaman di Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 22 April – Syarikat penerbitan buku, Al-Ameen Serve Holding menawarkan insentif menarik kepada kanak-kanak yang mengunjungi gerai mereka sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula hari ini sehingga 1 Mei. Pengerusi Eksekutifnya, Che Mazlan Saad berkata, tawaran menarik itu ialah dapat menghadiri kelas cepat membaca bagi pembelian buku berjumlah RM100 ke atas, selain diskaun yang menarik terhadap harga buku. "Kami turut menawarkan buku cepat belajar bersama dengan cakera padat dan ilustrasi menarik yang rata-rata digunakan oleh kanak-kanak pra-sekolah bagi tujuan cepat membaca," katanya. Sempena pesta berkenaan Al-Ameen Serve Holding turut menaja sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan secara percuma kepada pengunjung gerainya. Penyerahan cek tajaan disampaikan oleh Che Mazlan kepada Eksekutif Jualan Langganan Korporat Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Maliki Kamarulzaman di gerainya hari ini. Che Mazlan berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meningkatkan minat membaca di kalangan pengunjung gerainya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan Posted: 17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan KLANG 22 April - Sebanyak 17 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman ketika sedang mengadakan pertandingan ratu cantik 'Miss Hawaii' di sebuah kelab malam di Bukit Tinggi di sini, awal pagi ini. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Thailand dan Indonesia berusia 17 hingga 30 tahun. Pertandingan yang telah memasuki suku akhir itu diadakan penganjur dipercayai bertujuan untuk menarik pelanggan. Pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, Supritendan Hadzwan Zulkefle berkata, siasatan mendapati kesemua gadis yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO. Katanya, gadis-gadis tersebut menerima bayaran sehingga RM200 setiap kali layanan diberikan kepada pelanggan manakala wang tersebut kemudian diserahkan kepada 'penjaga' mereka. "Kami percaya di sini merupakan 'stesen' mereka untuk mencari makan. Mereka ada penjaga sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Hadzwan berkata, lima daripada yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 kerana dikesan telah diperdagangkan. "Kami kita tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti seks di kalangan GRO berkenaan tetapi ia mungkin dilakukan di luar premis berkenaan," ujarnya. Beliau berkata, sebahagian daripada 50 pengunjung pusat hiburan tersebut juga didapati positif dadah hasil daripada pemeriksaan ujian air kencing. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan