Isnin, 25 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Stailo

Posted: 25 Apr 2011 11:55 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Aksesori ilham dua beradik

Posted:

Aksesori ilham dua beradik

Aksesori ilham dua beradik



KOMBINASI dua beradik ini bukan sahaja jelas pada bakat dalam bidang fesyen tetapi jika diteliti, bahkan kedua-duanya mempunyai asas pendidikan dalam rekaan grafik dan perniagaan.

Itulah intipati yang menjadi cerucuk penubuhan jenama Minz yang wujud pada hari ini. Nicole, 29 dan Adeline, 23, yang berjinak-jinak dalam rekaan aksesori sejak tahun 2004 menjadikan setiap rekaan mereka sebagai impresi artistik yang diterjemahkan menjadi barisan aksesori dan perhiasan unik.

Menurut Nicole, pembuatan aksesori pada mulanya diteroka kerana hobi. Dia merasakan aksesori yang terdapat di pasaran tidak menepati cita rasa mereka ketika itu.

"Pada tahun 2004, kami mula membuat aksesori sendiri secara suka-suka dan untuk dipakai sendiri. Semua ini berlaku secara tidak dirancang kerana ketika itu kami melihat aksesori yang dijual tidak mempunyai banyak pilihan selain kurang unik.


NICOLE (kiri) dan Adeline mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi menghargai rekaan masing-masing.


"Jadi, kami menggunakan kreativiti untuk menjadikan koleksi rekaan kami lain daripada yang lain. Kami memastikan rekaan kami tidak kelihatan tipikal, sebaliknya menggunakan teknik suai padan beberapa perhiasan berbeza untuk tampil unik," katanya yang mula mempamerkan aksesori yang mereka cipta di laman sosial Friendster ketika itu.

Sebelum itu katanya, nama Minz diambil daripada nama-nama adik-beradik perempuan mereka seramai lima orang.

"Justeru, nama Minz ini sebenarnya melambangkan kasih-sayang yang kami kongsi di dalam keluarga bagi mewujudkan asas rekaan fesyen di bawah label ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut, elemen-elemen yang menjadikan aksesori Minz begitu istimewa ialah kerana ia direka sendiri oleh pasangan adik-beradik itu yang bertindak sebagai penasihat untuk satu sama lain.

"Minz menawarkan gabungan eklektik dalam fesyen perhiasan dan aksesori berseni yang merupakan buatan tangan kami sepenuhnya.

"Ia tidak mengabaikan perkembangan trend masa kini yang mencipta gaya individu dalam menghiaskan diri dengan aksesori bergaya," katanya.

Aksesori buatan tangan


MODEL-MODEL yang menggayakan aksesori Minz pada majlis pelancaran jenama tersebut baru-baru ini.


Kata Nicole, mereka mencipta aksesori yang bukan sahaja mencipta gaya tersendiri bagi setiap individu melalui fesyen, tetapi pada masa yang sama menjadikan setiap aksesori yang disarungkan itu menyerlahkan penampilan seseorang.

"Kami percaya bahawa kelebihan ini dapat dicapai melalui idea bahawa ia bukanlah berkenaan apa yang kita pakai, tetapi bagaimana kita memakainya," katanya.

Nicole memberitahu, perhiasan Minz dihasilkan menggunakan logam, manik-manik, batu mulia semi, rantai dan pelbagai hiasan yang lain.

"Sebahagian besar komponen perhiasan kami diolah menggunakan tangan, menjadikannya sebagai perhiasan yang halus. Justeru, pengguna harus berhati-hati apabila menggayakan perhiasan ini bagi memastikan ia kekal cantik," katanya aksesori tersebut dibuat menggunakan beberapa jenis bahan logam.

Justeru, aspek penjagaan aksesori perlu dititik beratkan.

"Pengguna perlu berhati-hati ketika menggunakan barang-barang penjagaan peribadi seperti minyak wangi kerana ada logam boleh bertindak balas terhadap parfum yang boleh menyebabkan logam pudar," katanya memberi tip penjagaan.


GELANG tangan pelbagai warna ceria antara trend masa kini.


Dalam pada itu, Adeline yang baru menempatkan pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Monash, Australia menjadikan Minz sebagai keutamaannya ketika ini.

Katanya, selain memasarkannya secara talian di laman web www.minz.com.my, mereka juga menjalin usaha sama dengan laman web beli-belah Fashion Valet di www.fashionvalet.net yang diusahakan oleh Vivy Yusof, 24 dan Fadzarudin Anuar, 24.

Adeline memberitahu, dalam menghasilkan sesebuah perhiasan atau aksesori, masa bukanlah penentu untuk sesebuah rekaan itu siap dengan sempurna, tetapi kreativiti.

"Sememangnya masa yang panjang diperlukan untuk menyiapkan setiap rekaan yang perlu menjalani proses dan kreativiti sebelum sampai ke peringkat akhir rekaan.

"Kadang-kadang ia mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari. Ia bergantung kepada jenis rekaan, semakin kompleks bermakna semakin lama masa diambil," katanya.

Menurut Adeline, mereka juga memastikan rekaan yang ditampilkan tidak sama dengan rekaan lain yang terdapat di pasaran.

"Kami berdua mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi kami menghargai rekaan masing-masing kerana idea-idea yang kami gabungkan dapat menghasilkan rekaan yang unik.

"Jika salah seorang daripada kami sedang mereka sesuatu aksesori atau perhiasan, seorang lagi akan menjadi penasihat atau memberi idea," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis pelancaran laman web Fashion Valet dan Minz

Posted:

Majlis pelancaran laman web Fashion Valet dan Minz

Majlis pelancaran laman web Fashion Valet dan Minz

BUAT julung-julung kalinya, dua buah laman web beli- belah dilancarkan serentak pada satu majlis dan persembahan fesyen di Bangsar Village II, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fashion Valet ialah laman web beli-belah yang menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori yang merupakan hasil rekaan pereka tempatan seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan sebagainya.

Ia ditubuhkan oleh Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar bagi mengumpulkan hasil rekaan pereka tempatan yang mempunyai nilai fesyen untuk diketengahkan selain memperkenalkan rekaan tempatan kepada masyarakat dan dunia luar melalui Internet.

Pada majlis pelancaran tersebut, tetamu dihiburkan dengan persembahan fesyen yang menampilkan rekaan-rekaan di bawah label Fashion Valet dan memperagakan aksesori Minz. Majlis diacarakan oleh Stephanie Chai dan turut dihadiri Ratu Cantik Malaysia, Deborah Henry.

Menurut Vivy, dengan perkembangan dunia beli-belah secara maya yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat urban hari ini, Fashion Valet dan Minz tampil untuk mewarnai peralihan dunia beli-belah yang dimiliki Internet kini.

"Dunia beli-belah secara talian telah berkembang maju di seluruh dunia, justeru melalui medium beli-belah yang dinamik, Malaysia dapat bersaing untuk maju hingga ke peringkat global," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tafsiran lelaki urban

Posted:

Tafsiran lelaki urban

Tafsiran lelaki urban

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


PENAMPILAN hujung minggu menjadi segak dengan menggayakan kemeja Alec.


PANDANGAN pertama adalah kuasa. Sesungguhnya seni menyerlahkan imej diri melalui penampilan dan pakaian bukan lagi hak eksklusif wanita. Buat si jejaka kota yang mahu meraikan detik istimewa dalam tema santai, pilihan kemeja yang kemas namun relaks adalah penting.

Sama seperti kelaziman lelaki masa kini yang selesa memadankan sepasang jean dengan baju-T, jenama tempatan, Sam & Monkey mahu mencadangkan agar tafsiran berfesyen itu dilonjakkan melalui pemakaian berkonsep smart city dresser yang praktikal.

Diperkenalkan di pasaran tempatan tahun lalu, Sam & Monkey kini mencanang koleksi kemeja terkininya untuk musim panas 2011. Setiap pilihan kemeja direka khusus dengan mengambil kira faktor keperluan, keselesaan dan kesesuaian agar sempurna digayakan ke majlis-majlis sosial atau ketika bersantai bersama teman selepas waktu kerja mahupun pada hujung minggu.

Kelebihan potongan slim fit yang menjadi kekuatan kemeja ini menjadikan pemakaian kemeja Sam & Monkey menyeronokkan dan memberi keyakinan kepada jejaka.


PERINCIAN batik pada kolar, pergelangan tangan dan tulang butang pada kemeja Bambang menyerlahkan penampilan.


Lihat sahaja pada koleksi Bodeng, Budi dan Bambang yang menerapkan elemen batik dan kemeja Russel dan Rafael yang berkolar dan mempunyai cerut elastik baju polo pada pergelangan tangan. Sementara itu, pilihan popular kini adalah baju Amos dan Alec yang bercorak kotak gingham, ringkas tetapi menarik.

Iklim Khatulistiwa memberi rasional kepada Sam & Monkey untuk mengetengahkan penggunaan material fabrik kain kapas demi keselesaan dan kesesuaian dengan gaya hidup tempatan.

Kepelbagaian rekaan, warna dan stail yang diterapkan pada koleksi Sam & Monkey membolehkan jejaka bebas memilih kemeja paling sesuai dengan karakter diri dan keperluan peribadi.

Menurut pengurus Sam & Monkey, Reezal Esa, rekaan baharu kemeja label tersebut diperkenalkan dari semasa ke semasa sepanjang tahun.

"Pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai koleksi terkini Sam & Monkey dengan menyertai kami di laman social Facebook atau mengikuti perkembangan Sam & Monkey dengan Twitter," kata Reezal.

Didatangkan dalam lima saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL, koleksi kemeja Sam & Monkey menepati aliran terkini gaya jejaka urban yang makin peka dengan perubahan fesyen semasa dan keperluan untuk tampil bergaya.


WARNA putih kemeja Rafael nampak istimewa dengan jalur berkembar di kolar.


Dengan kemeja Sam & Monkey, jejaka kini ada alasan untuk keluar rumah dan bersantai bersama teman. padankan sahaja sama ada dengan seluar khaki, jean mahupun seluar Bermuda.

Dijual pada harga permulaan RM59.90 dan RM69.90. Kemeja Sam & Monkey boleh didapati di Le Tresor Galleria, pusat beli-belah The Curve di Petaling Jaya, Selangor. Waktu perniagaan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Layari laman web www.samandmonkey.com untuk melihat koleksi kemeja terkini Sam & Monkey.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 25 Apr 2011 11:04 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Rozita puteri Rania

Posted:

Rozita puteri Rania

Rozita puteri Rania

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF


ROZITA (tengah) anggun jelita diapit oleh Kumar dan Mahsuri selepas diumumkan duta Safi Rania Gold.


SUASANA restoran Bunga Emas, di Hotel Royal Chulan tidak ubah seperti zaman kegemilangan pahlawan Melayu.

Para tetamu disambut lembut oleh pelayan restoran yang anggun dalam persalinan busana tradisional dengan alunan muzik Melayu yang mengasyikkan.

Di pondok-pondok kecil di dalam restoran sekumpulan anak-anak muda begitu seronok bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.

Itulah keistimewaan sepanjang berlangsungnya majlis memperkenalkan duta produk Safi Rania Gold.

"Kami sengaja memilih tema dan konsep kemelayuan sejati kerana ia menepati ciri-ciri yang dimiliki oleh duta Safi Rania Gold terbaru, Rozita Che Wan.

"Umum mengetahui, Rozita yang manis bertahi lalat di bibir, bukan saja memiliki wajah yang jelita dan anggun, malah sifat sopan santun serta bicara lemah-lembutnya masih terpelihara meskipun menjalani kehidupan dalam zaman moden yang serba canggih," jelas Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman.

Mahsuri menyifatkan pakej positif yang ada pada Rozita bersesuaian dengan imej Safi Rania Gold, yang dihasilkan menggunakan teknologi moden untuk mengekalkan keayuan dan kejelitaan wanita Melayu, pada hari ini.

Pemilihan Rozita, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, berdasarkan undian dan kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan pengguna Safi Rania Gold di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Rata-rata pengguna menyifatkan Rozita merupakan pilihan paling ideal untuk produk penjagaan wajah antipenuaan buat wanita berusia 30 tahun ke atas.

"Rozita dianggap ikon dan memberi inspirasi kepada pengguna produk ini. Dalam kertas kaji selidik kebanyakan pengguna turut melahirkan hasrat untuk mengikut langkah Rozita yang bukan saja berjaya dalam karier malah, bijak menjaga penampilan diri dan mengekalkan kejelitaan wajah.

"Seperti yang kita sedia maklum, kulit yang bermaya merupakan sumber keyakinan utama buat wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Justeru, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Seperti Rozita, dia membuktikannya sendiri bahawa Safi Rania Gold membantu membuatkan wajahnya berseri dan kembali anjal," terang Mahsuri.

Rahsia awet muda

Sementara itu, duta Safi Rania Gold, Rozita, 36, memberitahu rangkaian produk tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ia diperkaya dengan formulasi teknologi Nano emas 24k yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dari dalam.

"Selepas beberapa bulan menggunakan produk ini, saya dapati kulit wajah semakin anjal dan berseri. Paling mengujakan apabila masalah pigmentasi berjaya diatasi. Kini wanita yang bakal menginjak usia 40 tahun tidak perlu lagi bimbang tentang kehadiran garis-garis halus kerana semuanya dapat diatasi dengan aplikasi produk Safi Rania Gold," ulas Rozita yang pernah membintangi drama Jelatang, Kiah Pekasam dan Kem Pink.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Wipro Unza Malaysia Sdn. Bhd. Kumar Chander, memberitahu, sejak Safi Rania Gold diperkenalkan pada tahun 2009, sambutan terhadap produk tersebut cukup menggalakkan.

Ini disebabkan wanita Melayu dan Muslim pada hari ini bukan sekadar memilih produk yang bertindak menyerikan kulit wajah semata-mata, bahkan turut menitikberatkan soal kandungan dan halal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Piuter bertema fantasi

Posted:

Piuter bertema fantasi

Piuter bertema fantasi


SALAH satu koleksi rekaan piuter Royal Selangor yang berbentuk kereta labu ajaib inspirasi Cinderella.


JENAMA piuter terkenal, Royal Selangor yang menjangkau usia 126 tahun, memperkenalkan koleksi musim bunga 2011. Himpunan piuter yang bersadur perak tersebut hadir dalam pelbagai aksesori rumah dan barangan yang ideal untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.

Salah satunya koleksi Fairy Tales, yang menampilkan barangan yang diinspirasi daripada bentuk dan tema fantasi popular.

Antaranya sebuah bingkai gambar bersaiz 4R, The Ugly Duckling yang tertera motif adegan si itik yang tidak dapat terbang bersama kawanan angsa yang lain.

Selain itu, koleksi Fairy Tales turut menghasilkan buku album gambar bertemakan, Goldilocks and Three Bears yang lapisan piuternya diukir gambar-gambar keluarga beruang yang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Bagi peminat kisah fantasi Cinderella pula, hiasi rak buku dengan sepasang penahan buku yang menyerupai kereta ajaib dan buah labu daripada kisah dongeng berkenaan.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki tabung yang diukir menyerupai rumah manisan seperti yang terdapat dalam karya terkenal The Brothers Grimm, Hansel and Gretel.

Di samping itu, terdapat juga cawan piuter yang diukir dengan imej Thumbelina dan Tom Thumb serta kotak comel bertemakan kisah dongeng The Frog King.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Domino's pancing penggemar coklat

Posted:

Domino's pancing penggemar coklat

Domino's pancing penggemar coklat


CHOCOLATE lava cake mengejutkan pengguna dengan inti coklat cair yang meleleh keluar seperti lahar gunung berapi.


MANISAN pencuci mulut Domino's terbaru, chocolate lava cake pasti menyemarakkan minat dan memuaskan selera penggemar coklat. Ia dibakar sempurna tetapi penggemar coklat dikejutkan dengan inti coklat cair yang meleleh keluar seperti lahar gunung berapi.

Manisan pencuci mulut itu juga dihidangkan panas, terus dari ketuhar. Taburan gula aising di atasnya sebagai sentuhan akhir pula menyempurnakan hidangan chocolate lava cake.

Ketua Pegawai Operasi Dommal Food Services, Ba U Shan-Ting berkata, ini adalah cara Domino's menawarkan manisan yang bukan sahaja membuka hati bahkan selera pengguna.

"Kami menggunakan ramuan yang berkualiti tinggi dalam produk kami. Selain itu, kami memastikan kek ini dibakar sempurna, selaras dengan kesungguhan kami untuk memberikan makanan yang berkualiti kepada pelanggan.

"Di samping itu, manisan adalah cara terbaik untuk mengakhiri hidangan," katanya.

Dalam pada itu, set sajian terbaru Domino's iaitu sweet passion meal pasti akan menambat hati penggemar coklat.

"Set sajian berharga RM55 ini termasuk dua piza saiz biasa dan chocolate lava cake, selain hidangan crazy chicken crunchies bersama tangy cheese dip, set breadstix dan enam twisty bread atau garlic cheese onion rings sebagai sajian sampingan.

"Set yang lazat ini menawarkan penjimatan sebanyak RM25.80. Chocolate lava cake juga boleh dibeli secara a la carte pada harga RM8.80 atau RM5.80 jika dibeli bersama piza saiz biasa," katanya.

Untuk pembelian dalam talian, chocolate lava cake kini ditawarkan pada harga diskaun 50 peratus daripada harga a la carte, bersama pembelian sekurang-kurangnya piza saiz biasa.

"Domino's sentiasa menjanjikan sajian yang memberikan nilai wang kepada pelanggan. Kami menawarkan sajian baru yang menarik bagi pelanggan kami untuk menambah dan melengkapkan pengalaman menikmati sajian Domino's Pizza," katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi Domino's menerusi talian 1-300-888-333 atau layari laman web www.dominos.com.my untuk pesanan secara talian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads