Rabu, 20 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 20 Apr 2011 11:38 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Otot punca sakit belakang

Posted:

Otot punca sakit belakang

Otot punca sakit belakang


POSTUR duduk yang tidak betul boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. - Gambar hiasan


TAHUKAH anda empat daripada lima orang di dunia menderita sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka?

Apabila membeli barang di pasar raya, ramai pelanggan mengangkat barang secara membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan.

Bagi pekerja kolar putih pula, mereka duduk di meja dan menghadap komputer masing-masing selama berjam-jam. Setelah penat bekerja dan pulang ke rumah ada yang terlena di atas sofa ketika menonton televisyen.

Adakah senario yang digambarkan di atas menyamai rutin harian kehidupan anda? Kini semakin banyak iklan tentang pil, plaster, balm dan ubat sakit belakang. Semua itu adalah bukti bahawa insiden sakit belakang bahagian bawah (LBP) semakin meningkat.

Tulang belakang yang juga dipanggil tulang spina sebenarnya satu rangkaian tulang vertebra yang membentuk belakang seseorang. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu servikal, torasik dan lumbar.

Memberi fleksibiliti

Bahagian servikal mempunyai tujuh tulang vertebra yang menyambungkan tengkorak kepada tulang belakang. Ia juga membentuk struktur leher selain memberi ruang untuk leher berpusing ke kiri atau kanan.

Bahagian torasik pula adalah bahagian tulang belakang yang mempunyai paling banyak vertebra iaitu 12. Vertebra itu terletak di bahagian dada dan bercantum dengan tulang rusuk yang melindungi organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung.

Bahagian lumbar biasanya mempunyai lima atau enam vertebra. Bahagian itu adalah bahagian tulang belakang terkuat kerana ia menyokong berat badan. Ia juga bersambung dengan tulang pelvis.

Keseluruhannya, vertebra berfungsi melindungi kordus spinal dan saraf yang berkaitan. Kordus spinal adalah sekumpulan saraf tunjang yang panjang dan sel-sel sokongan yang bersambung dengan otak lalu menjadikan sistem saraf pusat.

Fungsi lain vertebra tulang belakang ialah memberi fleksibiliti kepada pergerakan badan dan anggota, menyokong kerangka badan selain mengimbangi berat badan ketika berjalan atau berdiri.

Kebanyakan LBP berpunca daripada otot. Badan memerlukan otot yang kuat bagi memastikan postur yang betul.

Di seluruh dunia, perubahan dalam gaya hidup memberi impak dan kesan terhadap kesihatan termasuklah LBP.

Di negara maju dan sedang membangun, masyarakat lebih cenderung meluangkan banyak masa dengan bekerja. Faktor itu dikenal pasti sebagai antara sebab mengapa mereka yang bekerja lebih cenderung mengalami LBP.

Menurut Dr. Barry Kluner: "Banyak kes LBP tersilap diagnosis atau diberikan rawatan yang tidak sepatutnya dan ini menyebabkan kesakitan yang berulang".


MENGANGKAT barang dengan cara yang tidak betul boleh menjejaskan otot tubuh.


"LBP boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur. Ia juga lebih prevalen di kalangan remaja dan anak kecil", kata Dr. Kluner yang juga pakar tulang belakang.

Menyentuh mengenai rawatan LBP, Dr. Kluner berkata, terdapat beberapa cara konservatif seperti berehat, ubat tahan sakit, manipulasi tulang spinal, ubat relaksasi otot, fisioterapi dan mengurut untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Bagaimanapun, kaedah itu kurang berkesan. Kebanyakan LBP yang berpunca daripada otot boleh pulih dalam masa beberapa minggu jika didiagnosis dengan tepat.

Alat sokongan

LBP akut memerlukan tempoh pemulihan yang lebih lama. Kesakitan berulang dapat dihalang jika punca sebenar LBP diketahui.

Kebanyakan aktiviti seperti bekerja, makan dan menonton televisyen dilakukan secara duduk. Menggunakan postur badan yang betul ketika melakukan aktiviti penting bagi menghindari LBP atau kesakitan lain.

Menggunakan alat sokongan yang menghalang tulang pelvik daripada senget boleh membantu mengurangkan risiko LBP.

BackJoy Orthotics dari Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini melancarkan produk ortotik mudah alih pada Pameran Perubatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tanpa menggunakan pil atau preskripsi, pesakit hanya duduk di atas alat tersebut. Ia boleh membantu memulihkan jajaran tulang belakang dan mengimbangi postur sekali gus menghalang berlakunya LBP.

Menurut Bing Howestein, Pengarah Backjoy Orthotics: "BackJoy menyediakan sistem rawatan sendiri." Produk itu sesuai digunakan oleh pesakit pelbagai peringkat umur dan ia boleh didapati di farmasi Vita Care dan stor Babyland.

Di AS kos perawatan bagi masalah LBP dianggar berjumlah AS$30 juta (RM90 juta) setahun.

Kerugian masa bekerja, pengurangan produktiviti serta had dan sekatan dalam aktiviti harian adalah antara kemudaratan yang disebabkan LBP. Masalah itu menyebabkan badan dan organisasi tidak dapat mengoptimum produktiviti.

Masyarakat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya mempunyai tulang spina yang sihat dan pencegahan adalah lebih lebih baik daripada rawatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaya hidup sihat PDRM

Posted:

Gaya hidup sihat PDRM

Gaya hidup sihat PDRM

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


ANGGOTA keselamatan juga perlu menjaga tahap kesihatan yang optimum demi memenuhi tuntutan tugas yang mencabar.


MENGEKALKAN kesihatan yang baik sepanjang masa pastinya menjadi keinginan setiap individu dan ia sangat penting dalam kehidupan seharian.

Namun, kebanyakan daripada kita kurang mengendahkan aspek itu. Bukan setakat orang awam, pasukan keselamatan turut dikesan jarang mengamalkan gaya hidup sihat.

Keadaan tersebut boleh membahayakan mereka kerana tuntutan tugas mereka memerlukan status kecergasan dan kesihatan yang tinggi sekali gus untuk menghindari pelbagai penyakit kronik.

Hasil semakan Cawangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Januari hingga Disember tahun lalu, seramai 111 kakitangan PDRM pelbagai pangkat yang berumur di antara 40 hingga 55 tahun meninggal dunia berpunca daripada penyakit kronik.

Justeru, bagi mencapai piawaian kesihatan dan kecergasan yang optimum, PDRM melancarkan program Gaya Hidup Sihat PDRM pada Mac lalu.

Ia sejajar dengan harapan bagi mencapai wawasan Polis Sihat, Masyarakat Selamat melalui konsep amalan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan warga PDRM.

Menerangkan lebih lanjut mengenai program berkenaan, Pegawai Kebajikan Pasukan PDRM, Supritendan Azizi Mat Aris memberitahu, PDRM turut melancarkan buku Garis Panduan Gaya Hidup Sihat PDRM agar warga PDRM memperoleh panduan yang lebih berkesan.

Menurut beliau, program gaya hidup sihat itu merupakan penganjuran kali pertama dan ia adalah inisiatif Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Selain buku garis panduan, kita juga memperkenalkan buku rekod kesihatan kepada warga PDRM sehingga ke peringkat bawahan.

"Program ini dilaksanakan kerana kita dapati kebanyakan anggota PDRM bertugas di luar untuk menjaga keselamatan orang awam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Azizi, perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat sangat diperlukan kerana kini ramai anggota PDRM menghidap pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan barah.

"Ada juga daripada mereka tidak cukup tidur dan ini boleh menjadi faktor mereka menghidap penyakit dan boleh menjejaskan mutu kerja mereka," ujarnya.

Buku panduan setebal 103 muka surat itu mengandungi pelbagai maklumat berguna bagi membantu warga PDRM merangka dan melaksanakan program Gaya Hidup Sihat di tempat kerja.

Di samping itu, ia membolehkan warga PDRM mengetahui empat risiko utama penyebab kepada penyakit kronik seperti amalan pemakanan tidak sihat, gangguan stres, gaya hidup sedentari dan merokok.

Manual itu juga terdiri daripada empat bahagian iaitu informasi kesihatan, saringan tahap kesihatan, program dan kaedah intervensi serta penilaian susulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inspire inspirasi Zulkifli

Posted:

Inspire inspirasi Zulkifli

Inspire inspirasi Zulkifli

Oleh BASIR ABU BAKAR


ZULKIFLI mengakui menghasilkan ramuan haruman untuk wanita lebih susah dan kompleks berbanding wangian untuk lelaki.


PENGALAMAN diminta untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus besar di sebuah syarikat multi level sememangnya sukar bagi dirinya malah, sesiapa sahaja pasti berdepan dengan situasi serupa tatkala selesa menjadi seorang nakhoda bisnes.

Putus asa dan tertekan membelenggu diri apabila punca rezeki daripada makan gaji berjumlah kira-kira belasan ribu ringgit hilang begitu sahaja dalam sekelip mata.

Semuanya gara-gara keadaan ekonomi dan polisi syarikat yang berpangkalan di Australia waktu itu mahu mengurangkan kos operasi perniagaan mereka dengan mengecilkan skop operasi syarikat kepada suatu kaedah yang menguntungkan mereka.

Zulkifli Tajuddin masih ingat lagi kisah yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu itu, seterusnya memberi banyak pengajaran dalam hidupnya kini sehingga dirinya seperti sekarang.

Berkat tawakal dan yakin dengan rezeki Allah, Zulkifli menggunakan pengalaman bekerja selama 20 tahun dalam bidang peruncitan dan penjualan barangan kosmetik dengan membuka perniagaan sendiri.

Berikutan itu, dalam keadaan dirinya tiada sumber pendapatan beliau mengambil risiko menjual rumahnya pada harga RM500,000 untuk dijadikan modal bagi perniagaan yang bakal dijalankan.

Selain itu, langkah yang dilakukannya turut didorong daripada galakan rakan-rakan. Kata-kata mereka terngiang-ngiang di telinga dan bermain-main difikiran.

"Kenapa kau tidak buka perniagaan sendiri sebab dengan kemahiran yang kau ada membantu syarikat baru dari luar negara itu untuk bertapak dan berdaya saing di negara ini.

"Aku percaya jika kau buka perniagaan sendiri kau pasti mampu bertahan lama dan pergi lebih maju seperti syarikat-syarikat besar yang kau kerja sekarang ini," itu kata-kata yang masih bermain di minda sehingga kini.

Menurutnya, bidang perniagaan kosmetik merupakan segmen perniagaan yang menawarkan peluang yang mudah dan pantas berkembang. Malah, ia memberi pulangan keuntungan yang lumayan terutama segmen minyak wangi.

"Saya mula berkecimpung dalam perniagaan minyak wangi ini pada tahun 2001 sehingga sekarang. Saya memilih minyak wangi kerana ia umpama aroma terapi kepada sesiapa sahaja yang memakai bauan ini.

"Ia berperanan memberi keyakinan diri kepada orang yang memakainya untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling," katanya.

Ujian awal perniagaan

Menurut Zulkifli, pada awal perniagaannya pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi antaranya produk minyak wangi yang dihasilkan tidak berkotak dan berpenutup.

Semuanya gara-gara masalah teknikal dan kelewatan pihak ketiga dalam memenuhi permintaan syarikat untuk mematuhi tarikh pengeluaran seperti yang dipersetujui.

"Sesuatu di luar jangkaan berlaku. Kami teruskan juga penjualan minyak wangi di pasaran seperti dijadualkan tanpa kotak dan penutup. Pengguna yang berminat terhadap minyak wangi yang dijual tetap membeli minyak wangi pilihan itu. Mereka kata 'saya nak guna bau haruman minyak wangi ini dan tidak perlukan kotak dan penutup," katanya sambil tersenyum lucu dan menyatakan dia turut memberi potongan harga ketika kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, Zulkifli yang mengakui suka membuat orang lain berbau harum mendakwa bauan haruman minyak wangi merupakan sesuatu yang subjektif dan individualistik.

Untuk memilih minyak wangi bagi lelaki lebih senang berbanding minyak wangi wanita yang mempunyai banyak pilihan dan terdiri daripada pelbagai jenis.

Zulkifli yang gemar menggunakan nama penanya Zuliano Umberto Ligarti atau Zul sahaja, mendedahkan bahawa sesuatu jenis minyak wangi dipilih kerana ketahanan baunya yang lama apabila dipakai.

Ia merupakan pandangan umum kebanyakan orang, pengalaman diri dan kajian yang dilakukan Zul mengenai minyak wangi.

Bukan jenama yang menjadi pilihan sekarang ini tetapi baunya yang menambat hati.

Jika 10 tahun lalu minyak wangi berjenama dilihat berkualiti tinggi dan hanya mampu dimiliki masyarakat kelas elit sahaja, tetapi kini minyak wangi dihasilkan untuk semua peringkat golongan masyarakat dari kelas bawahan sehingga orang kenamaan.

"Minyak wangi yang saya pasarkan menggunakan jenama Inspire dengan 20 jenis bauan berinspirasi daripada jenama popular dipasaran.

"Keistimewaan minyak wangi saya adalah kualiti yang diberikan kepada pelanggan. Minyak wangi saya berada dalam kelas esprit de parfum (ESdP) dengan kandungan pati minyak wangi sebanyak 25 peratus lebih baik daripada yang ada di pasaran," katanya yang tidak berniat memburukkan minyak wangi berjenama yang ada di pasaran.

Zulkifli kini sudah mempunyai tiga buah kedai di seluruh Malaysia dan kilang serta mampu bersaing dengan jenama-jenama tempatan yang ada di pasaran ketika ini.

Untuk sebarang tempahan minyak wangi beliau boleh dihubungi di nombor telefon 012-3206859 atau e-mel inspireparfum@yahoo.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 20 Apr 2011 09:45 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Sebati dengan dunia kecantikan Kamaliah

Posted:

Sebati dengan dunia kecantikan Kamaliah

Sebati dengan dunia kecantikan Kamaliah

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD ZAFARAN NASIB


Kamaliah (kiri) di kilang RZAC Cosmetic yang menjadi tulang belakang kejayaan produk tersebut.


INILAH yang dikatakan nasib, rezeki dan kejayaan seorang individu yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pertama kali bersua muka dengan jutawan kosmetik ini memang begitu sederhana orangnya.

Bertubuh kecil tanpa secalit solekan, orangnya cukup ceria dan mesra melayan kumpulan media yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Datuk Kamaliah Abdul Halim, 51, yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Kay, memilih untuk tidak begitu popular sebagaimana rakan-rakan seangkatannya seperti pengasas Nouvelles Visage, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Namun Kamaliah sebenarnya mengecapi kejayaan yang tidak kurang hebat seperti rakan-rakannya itu dengan jenama RZAC Cosmetic sebagai taruhan.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia kecantikan, Kamaliah mengakui pada awalnya memilih perniagaan batik walaupun beliau tahu minat sebenarnya ialah dalam dunia kecantikan.

"Ketika itu, Kak Kay mendapat tender untuk membekalkan baju batik untuk sebuah Maktab Perguruan di Pulau Pinang. Tetapi, oleh kerana kerenah birokrasi dan pembayaran yang mengecewakan perniagaan tersebut ditutup.

"Lagi pun Kak Kay tidak pandai menjahit dan hanya mengharapkan kerja tangan pekerja 100 peratus," ceritanya pada sesi beramah mesra bersama media di kediamannya di Bertam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Gagal dengan perniagaan batik, pada tahun 1998 Kamaliah berjinak-jinak menjual produk kecantikan dari luar negara dan ketika itu dia berjaya mengumpul ramai pelanggan.

Atas permintaan pelanggan juga, Kamaliah akhirnya menyewa sebuah kedai untuk dijadikan salon menjual produk tersebut dan di situ beliau belajar tentang selok-belok dunia kecantikan.

"Walaupun sambutan yang diterima menggalakkan, rezeki masih tidak menyebelahi Kak Kay. Selama dua tahun Kak Kay menjual produk tersebut dan akhirnya perniagaan jatuh merudum kerana produk tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan.

"Ketika itu Kak Kay mula terfikir untuk membuat produk jenama sendiri. Kak Kay selalu ingatkan diri sendiri, kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku? Jadi dari situ, semangat untuk membuat produk kecantikan jenama sendiri semakin menebal," cerita anak kelahiran Perak ini lagi.

Menyingkap bakat dan minat dalam dunia perniagaan Kamaliah percaya ia telah berputik lama sebelum beliau terbabit dalam dunia kecantikan.

Segalanya bermula ketika mengikut suami melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) sekali gus mengubat hati akibat gagal untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya di sebuah jabatan kerajaan.

"Disebabkan kecewa gara-gara pihak atasan tidak mahu memanjangkan tempoh perkhidmatan, saya meletak jawatan 24 jam walaupun telah berkhidmat selama tiga tahun dengan jabatan tersebut sebagai kerani.

"Masa mula sampai di UK memang seronok. Malah dalam hati berdetik 'sampai juga aku ke negara orang putih walaupun tak pandai berbahasa Inggeris'.

"Tapi waktu itu, kehidupan kami tidaklah sesenang sekarang. Kami anak- beranak hanya mengharapkan biasiswa suami untuk belanja harian," katanya mengimbau kenangan silam.

Sebagai wanita yang semula jadinya tidak pandai duduk diam, beliau mula mencari idea bagaimana untuk menambah pendapatan keluarga.

Menggunakan kemahiran memasak yang dimiliki, beliau menjual nasi lemak kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana.

"Dengan hasil jualan nasi lemak itu jugalah Kak Kay dan keluarga dapat menjelajah ke enam negara di Eropah.

"Dan dari situlah titik permulaan Kak Kay dalam dunia perniagaan," ujar wanita cantik ini.

Bercerita semula mengenai RZA Cosmetic, menurut Kamalia produk pertama iaitu set empat penjagaan wajah memasuki pasaran pada tahun 2001.

Atas pertolongan rakan-rakan, mereka membantu memasarkan produk tersebut sama ada sebagai pengedar mahupun pengguna.

Beliau juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami Ir Rahim Zainal Abidin yang turut menjadi thing tank dalam perniagaannya selama ini.

"Syukur pasaran RZAC Cosmetic amat membanggakan sehingga Kak Kay berjaya membina sebuah 'Istana RZAC D Casa' dan membiayai pelajaran anak-anak hingga ke luar negara hasil perniagaan tersebut.

"Inilah juga impian Kak Kay yang akhirnya menjadi kenyataan. Hasil daripada keringat, kesabaran dan keikhlasan akhirnya Kak Kay berjaya walaupun tanpa bantuan segulung ijazah," katanya.

Sebagai pengusaha produk kecantikan yang kini mencecah hampir 200 jenis produk, erti kepuasan pada diri Kamaliah adalah apabila pelanggan dapat apa yang mereka inginkan - menjadi cantik.

Beliau juga mahu membuktikan bahawa janji-janji terhadap pelanggan menjadi kenyataan dan bukannya omongan kosong.

"Syukur kepada Allah melalui perniagaan ini Kak Kay juga dapat membantu dan memberi peluang perniagaan kepada wanita lain terutama ibu-ibu tunggal sebagai pengedar RZAC Cosmetic.

"Mereka mampu meraih pendapatan lumayan dan ada juga daripada mereka yang membuat jenama produk sendiri dan g berjaya.

"Alhamdulillah, Kak Kay juga banyak mengajar wanita-wanita terutamanya golongan bumiputra tentang selok-belok perniagaan berkaitan kecantikan dan spa.

"Bagi Kak Kay, kita tidak harus lokek dengan ilmu dan perlu dikongsi untuk kebaikan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rekaan unik untuk semua suasana

Posted:

Rekaan unik untuk semua suasana

Rekaan unik untuk semua suasana

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
Model NAWAL


Selendang denim campuran lycra menjadi trend wanita bertudung masa kini.


CANTIK lagi dia pakai tudung..." bisik seorang wanita kepada sahabatnya ketika memerhati gelagat seorang wanita tidak bertudung yang sedang mencuba-cuba tudung di Butik Hajra.

Potongan yang unik, menarik dan tersendiri pada kelasnya, mewujudkan rasa selesa dan yakin pada pemakainya.

Sebagai gedung tudung terbesar di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur, butik tersebut telah berjaya menarik pelanggan bukan sahaja daripada golongan bertudung malah mereka yang baru mula terasa ingin bertudung.

Pengurusnya, Azman Abu Bakar berkata, koleksi tudung yang terdapat di Hajra dijual dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti potongan dan fabrik yang digunakan.

"Kami sentiasa peka dengan perubahan fesyen, malah kami mempunyai pelbagai jenis tudung.

"Kualiti menjadi keutamaan apabila kami mempunyai tukang jahit sendiri yang terdiri dari rakyat tempatan, justeru mereka lebih memahami jahitan bagaimanakah yang memberi keselesaan dan sesuai dengan wajah pemakai.

"Untuk fabrik di Hajra pula kebanyakannya diimport, antara jenis yang sesuai untuk dibuat tudung adalah dari jenis lycra, sifon, kapas, sutera Thai, baldu, denim kapas dan setiap satunya ada rangkaian masing-masing dari harga paling rendah hinggalah yang paling berkualiti.

"Kreativiti kami juga tidak terhad dengan mencuba pelbagai elemen tambahan seperti aksesori pada tudung yang diimport khas dari Korea, Indonesia dan Jepun," jelas Azman yang juga bertindak sebagai pereka fesyen tudung di Hajra.

Menurut Azman, seminggu sekali pihaknya akan tampil dengan rekaan terbaru, malah mereka juga boleh dikatakan sebagai pencetus trend bertudung untuk wanita di tanah air.

Sejak beroperasi tiga tahun lalu, Hajra semakin memahami kehendak wanita, jadi mereka menghasilkan tudung yang bukan sahaja boleh dipakai dalam majlis formal malah apa juga bentuk majlis

Selain itu, yang membezakan Hajra dengan premis tudung lain ialah suasana yang selesa, tempat mencuba tudung yang luas dan tenang di samping layanan dari jurujual yang mesra dan ikhlas.

Kepada pembeli tetap, Hajra juga menawarkan kad keahlian dengan setiap pembelian RM250 ke atas. Kad tersebut juga melayakkan pelanggan membuat pembelian seterusnya dengan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian melebihi RM50 ke atas.

"Kepada pemborong, anda dialu-alukan ke Hajra untuk mendapatkan tudung berkualiti pada harga yang lebih murah dari gedung lain," ujarnya mengakhiri bicara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 20 Apr 2011 09:08 AM PDT

Utusan Online - Johor


Semai kesedaran alam sekitar

Posted:

Semai kesedaran alam sekitar

Semai kesedaran alam sekitar

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Nik Aziz Hussain (kiri) dan Mohamad Hassan Madon (kanan) menanam pokok bakau jenis kayap pada program penanaman pokok bakau di Kampung Sungai Lattoh, Kongkong, Masai, baru-baru ini.


PASIR GUDANG 19 April - Program penanaman pokok bakau di Kampung Sungai Lattoh, Kongkong, Masai disertai oleh lebih 300 orang yang turut melibatkan pelajar Politeknik Johor Bahru dan Kolej Komuniti Pasir Gudang di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentingan pokok bakau itu turut melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

Sebanyak 2,000 anak pokok jenis 'bakau kurap' ditanam di kawasan seluas kira-kira satu hektar itu sebaik sahaja pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Hadir sama Pengurus Besar LPJ, Nik Aziz Nik Hussain.

Sementara itu pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang, Nor Atikah Selamat berkata, program ini diharapkan dapat diadakan secara berterusan bagi menampakkan kesan yang maksimum.

''Walaupun bukan senang meredah kawasan berselut untuk menanam anak pokok bakau, namun akhirnya kami puas kerana dapat membantu memelihara alam sekitar," katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Mohamad Rohaizat Ismail, 23, berkata, program ini mampu menyedarkan manusia mengenai kepentingan pokok bakau yang dapat mengurangkan hakisan ombak dan yang lebih penting memelihara ekosistem di kawasan pesisiran pantai.

"Saya juga berharap agensi kerajaan, sektor korporat, syarikat milik kerajaan (GLC) dan NGO memperhebatkan inisiatif seperti ini bagi menjadikan kawasan Pasir Gudang sebagai tempat yang sihat," kata penuntut Kolej Komuniti Pasir Gudang ini.

Nor Faizal Shukri Omar, 20, berkata, program seperti ini cukup bagus kerana ia memberi kesedaran mendalam kepada generasi muda tentang penjagaan alam sekitar.

"Kalau selama di sekolah mahupun institusi pengajian kita hanya belajar secara teori sahaja mengenai penjagaan alam sekitar, tetapi hari ini kita dapat mempraktikannya dengan menanam pokok-pokok bakau daripada jenis kurap," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTHM Paddlers kutip 5 pingat di Hong Kong

Posted:

UTHM Paddlers kutip 5 pingat di Hong Kong

UTHM Paddlers kutip 5 pingat di Hong Kong


PASUKAN UTHM mencipta kecemerlangan pada Kejohanan Mendayung Dalam Dewan Terbuka Hong Kong 2011, baru-baru ini.


BATU PAHAT 19 April - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa dengan merangkul lima pingat pada Kejohanan Mendayung Dalam Dewan Terbuka Hong Kong 2011, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, UTHM Paddlers mengharumkan nama negara dengan membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa dalam kejohanan yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mac lalu.

"Pingat emas diperoleh menerusi gandingan Mohd. Zulfadli Rozali, Safwan Mat Jani, Muhamad Fahmi Hamsi dan Mohamed Norsyafiq Mohamed Busari dalam Acara Berganti-ganti Pasukan Institusi," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Shafry berkata, Safwan turut cemerlang apabila meraih pingat perak dalam acara 500 meter Lelaki Terbuka kategori 19 tahun ke atas.

Katanya, atlet wanita UTHM tidak ketinggalan menyumbang pingat perak menerusi gandingan Aminnur Hayati Zaiman, Norliana Mohamad, Razlinda Zailan dan Nurul Shafirah Abu Samah dalam acara Berganti-ganti Pasukan Institusi.

Tambahnya, pingat gangsa disumbangkan oleh Low Boon Chuan dalam acara 2,000 meter Individu Lelaki Terbuka bagi kategori usia 19 hingga 29 tahun dan Aminnur Hayati Zaiman dalam acara 500 meter Individu Wanita Terbuka bagi kategori 19 tahun ke atas.

Menurut beliau, kejohanan berprestij itu dianjurkan oleh Persatuan Mendayung Hong Kong China turut disertai lebih 1,000 peserta dan jaguh-jaguh handalan dari kelab Hong Kong, Asia dan negara-negara luar.

Beliau memberitahu, UTHM Paddlers dibarisi oleh 14 atlet yang terdiri daripada lapan lelaki dan enam wanita itu turut diiringi oleh jurulatih kecergasan merangkap pengurus pasukan, Shaid Jaffar serta jurulatih Azlei Abd Jalil.

Katanya, kejayaan itu menguatkan lagi azam UTHM Paddlers untuk memenuhi sasaran 10 pingat emas menerusi acara kayak dan mendayung bagi mempertahankan kejuaraan dalam Karnival Sukan Air Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 20 Apr 2011 01:16 AM PDT

Utusan Online - Rekreasi


Cabaran kuda lasakdi Janda Baik

Posted:

Cabaran kuda lasak<br />di Janda Baik

Cabaran kuda lasak
di Janda Baik

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Aemizureen Kamarudin (tengah) menjadikan aktiviti kuda lasak sebagai cara menyihatkan badan.


PENGALAMAN menunggang bersama seorang rakan dan melihatnya terhumban jatuh ketika kuda yang ditunggang memecut laju beberapa tahun lalu masih segar di ingatan.

Kejadian itu sering mengingatkan penulis betapa sukar dan mencabarnya untuk mengendalikan seekor kuda.

Bayangkan debaran yang dirasai semasa badan dihenjut kencang dengan kedua-dua kaki tergantung tinggi pada pelana.

Kuasa pecutan seekor kuda nyata jauh lebih mendebarkan berbanding ratusan 'kuasa kuda' yang dirasai semasa memandu.

Dengan fobia itu, penulis baru-baru ini menemui Mohd. Bakri Abdul Razak, pemilik kandang kuda Highlanders Endurance yang menawarkan aktiviti tunggangan lasak (endurance) di Kampung Cheringin, Janda Baik, Pahang.

Pada pagi itu, kumpulan yang disertai oleh 10 penunggang sedang bersiap untuk melakukan tunggangan rentas desa sejauh lebih 10 kilometer di sekitar kawasan perkelahan Janda Baik.

Bersebelahan dengan salah sebuah kandang kuda di situ kelihatan seorang gadis tenang mengadap temannya.

Aemizureen Kamarudin, 32, yang lengkap bertopi dan berkasut but panjang seperti sedang berbicara dengan kuda tunggangannya, Labibah, pasangan yang sudah serasi bersama.

Gadis yang menceburi sukan berkuda sejak lebih tujuh tahun lalu itu langsung tidak kekok bahkan aktiviti mencabar itu sudah menjadi rutin pada setiap hujung minggu.

Beliau memberitahu, sebelum memulakan tunggangan beberapa persediaan perlu diselesaikan yang biasanya dilakukan oleh tukang besi (blacksmith).

Jelasnya, proses bermula dengan kerja memasang ladam, memotong kuku dan menaikkan pelana ke atas belakang kuda.

Hanya selepas itu penunggang diberi peluang untuk merapati, 'mengorat' dan mengusap pasangan masing-masing.

Ketika beberapa peserta masih menunggu kuda-kuda mereka diperkemaskan pagi itu, sebahagian yang lain sudah memulakan larian anak di trek tertutup (paddock), Highlanders Endurance yang beroperasi sejak tiga tahun lalu itu.

Sesi memanaskan badan itu merupakan sebahagian daripada syarat yang diwajibkan kepada penunggang sebelum dibenarkan membawa kuda keluar dari paddock.

Ia bertujuan menguji sejauh mana kemahiran dan keserasian penunggang dengan kuda yang dipilih.

Menurut Aemizureen, peraturannya agak ketat kerana sifat kuda yang lebih agresif apabila meninggalkan kandang.

"Penunggang yang gagal mengawal kuda di paddock tidak akan sesekali dibenarkan mengikuti tunggangan lasak,'' katanya.

Mengenai cabaran dan kesukaran aktiviti lasak yang diceburi itu, beliau mengakui masih mempunyai perasaan takut semasa menunggang walaupun sudah lama berkecimpung.

"Perasaan takut itu juga penting untuk mencetuskan adrenalin yang melatih kita menghadapi sesuatu masalah dan waktu-waktu getir dengan tenang dan waras.

"Sukan ini membantu saya membina keyakinan diri untuk menguasai ketakutan dalam usaha saya mencapai kejayaan," katanya.

Bagi kakitangan AirAsia itu, berkuda juga membantu beliau menyihatkan badan dan meningkatkan kecergasan kesan daripada pergerakan otot dan penggunaan tenaga secara berterusan.

"Selain membuang peluh dan menguatkan pinggang, menunggang kuda juga memberi ketenangan dan kebebasan minda.

"Aktiviti berkuda juga membantu saya bersenam secara lebih teratur," katanya yang juga gemarkan haiwan peliharaan dan menembak.

Selain memberi manfaat pada kesihatan fizikal dan mental, berkuda juga menjadi motivasi kepadanya untuk mencapai impian.

Kejayaan menjalinkan persahabatan dengan kuda banyak membantu dirinya meningkatkan keyakinan diri serta menajamkan minda.

"Kepuasan sebenar dirasai apabila kita berjaya menjinakkan kuda dan dapat menunggangnya dengan baik," katanya.

Selain menikmati kesegaran udara jauh dari kota, peluang menunggang kuda juga menemukan Aemizureen dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama.

Semasa menyusuri laluan tanah merah menuju ke kawasan berjeram di Janda Baik, ketangkasan 'koboi-koboi' Highlanders Endurance itu terbukti semasa melakukan pecutan mendaki bukit, membuat pusingan pantas dan mengekalkan posisi di dalam barisan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memahami tabiat kuda

Posted:

Memahami tabiat kuda

Memahami tabiat kuda


SEBAHAGIAN daripada pemandangan indah yang dilalui oleh penunggang Highlanders Endurance di Kampung Janda Baik, Pahang.


SEPERTI aktiviti lasak yang lain, menunggang kuda menjanjikan pengalaman yang cukup menyeronokkan namun riadah itu bukan sekadar memerlukan keberanian bahkan perlu diiringi kemahiran yang hanya boleh ditimba secara praktikal.

Bagi pemilik Highlanders Endurance, Mohd. Bakri Abdul Razak, kepuasan sebenar seorang horsemen dicapai apabila penunggang dapat menunggang di kawasan terbuka dan merasai keupayaan sebenar kuda yang ditunggang.

Katanya, untuk menunggang secara lasak, penunggang juga harus menguasai sepenuhnya kemahiran asas dan tahu menangani kuda di dalam pelbagai situasi.

"Riadah ini amat memerlukan persefahaman antara penunggang dengan kuda.

"Ada masa kita yang mengajar dan ada masanya pula kita yang belajar dari kuda,'' katanya.

Mohd. Bakri berkata, berbanding riadah berkuda yang lain, disiplin kuda lasak (endurance) boleh dikatakan merbahaya dan hanya boleh dilakukan oleh penunggang yang berpengalaman.

"Bagi yang berminat untuk mencuba dapatkan latihan peringkat awal yang disediakan di beberapa pusat latihan seperti di Ampang, Sungai Buloh dan Bukit Kiara," katanya.

Katanya, selain kemahiran menunggang, penunggang yang baik juga harus memahami tindak-tanduk dan tabiat kuda yang ditunggang.

Memaksa kuda berlari atau bekerja keras boleh menyebabkan kecederaan yang mencacatkan kuda seumur hidup.

"Apabila seseorang itu memanjat naik ke atas belakang kuda, kedua-dua kakinya seolah-olah bertukar menjadi empat. Haiwan yang ditunggang itu adalah sebahagian daripada dirinya," ujarnya penuh falsafah.

Bakri kini mempunyai 24 ekor kuda dari baka Indonesia, Argentina dan Arab di kandangnya. Lapan ekor daripadanya dilatih khas untuk tunggangan lasak.

Sementara itu, bagi jurulatih Highlanders Endurance dengan 10 tahun pengalaman, Yazman Madewnus, 43, tunggangan lasak merentasi kawasan berbukit dan anak sungai memerlukan pengalaman menunggang bagi memastikan keselamatan para peserta terjamin.

"Penunggang harus menjaga jarak di antara satu sama lain bagi mengelak perlanggaran kerana sesetengah kuda bersifat sensitif dan mudah terkejut," katanya yang mengetuai tunggangan pada hari itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 19 Apr 2011 09:23 PM PDT

Kosmo Online - Infiniti


Dunia gajet digital Canon

Posted:

Dunia gajet digital Canon

Dunia gajet digital Canon

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



PENERAJU teknologi pengimejan digital, Canon Marketing Malaysia (Canon) semakin giat melebar pengaruhnya di negara ini dengan kemunculan gajet terkini yang lebih bergaya terutama kepada golongan muda.

Kini, fenomena menggalas beg hitam dengan kamera tergantung di leher bukan sekadar alat perakam foto semata-mata bahkan, ia seperti fesyen terbaru golongan muda walau ke mana sahaja mereka pergi.

Tidak hairanlah di laman sosial terkemuka dunia Facebook sekalipun Canon berjaya mengumpul hampir 150,000 peminat setakat ini dan menjadikan ia satu platform interaktif untuk peminat mendapatkan maklumat terkini.

Sepanjang tahun lepas sahaja, produk terbaik seperti kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) masih menjadi pilihan berikutan peningkatan pasaran yang meluas sehingga 60 hingga 70 peratus.

Terangsang dengan perkembangan itu, Canon tidak membuang masa lantas mencari idea yang lebih kreatif agar fenomena itu tidak disia-siakan begitu sahaja.

Meskipun sudah 24 tahun jenama berkenaan menjadi teman setia peminatnya, namun kehendak dan cita rasa pengguna masih menjadi keutamaan mereka apatah lagi, kini banyak syarikat gergasi digital mula bersaing menawarkan produk terbaik masing-masing.

Menyedari sokongan yang diberikan pelanggan, Canon menganjurkan pameran yang diadakan secara tahunan bagi menghargai sokongan yang diberikan pengguna.

Pameran serta promosi secara besar-besaran bertemakan Eye On Canon berlangsung dari 23 hingga 27 Mac lalu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Pengarah Produk Pengimejan Komunikasi Canon, Simon Wong memberitahu, pameran secara tahunan itu bertujuan memberi peluang kepada pengunjung memahami lebih banyak produk terbaru mereka di pasaran.

Menurut beliau, sebanyak 16 produk kamera baru diperkenalkan iaitu dua kamera DSLR, tujuh kamera kompak dan tujuh video digital pada harga yang berpatutan.

"Hanya satu syarikat yang memang berkuasa dalam bidang ini (produk digital) melalui penghasilan produk daripada kamera kompak, DSLR, perakam video digital dan pelbagai lensa kamera.

"Bagaimanapun, perkara paling penting bagi kami adalah memahami keperluan pelanggan yang menggunakan kamera dan video tanpa mengabaikan kualiti imej," kata Simon yang ditemui Kosmo! ketika pameran berlangsung Mac lalu.

Dua DSLR baru


CANON terus mengekalkan penguasaan bagi produk DSLR terutama dengan pelancaran model terbaru EOS 1100D dan EOS 600D.


Pameran selama lima hari itu berjaya menarik hampir 100,000 pengunjung malah, lebih menghangatkan suasana apabila dua lagi model popular DSLR iaitu EOS 1100D dan EOS 600D dilancarkan dengan tawaran ciri-ciri istimewa.

Selain pameran kamera, Canon turut mempromosikan produk lain seperti video kamera digital, pencetak, perkhidmatan servis kamera serta pendedahan kepada pelbagai aksesori kamera.

Dalam pada itu, bagi golongan muda, mereka bukan sahaja mahukan kamera yang bagus daripada aspek rakaman imej, bahkan menekankan kepada reka bentuk kamera.

Justeru jelas Simon, EOS 1100D disasarkan kepada golongan wanita dan remaja kerana reka bentuk dan warna lebih trendy dengan empat pilihan warna iaitu coklat, kelabu, merah dan hitam.

Sementara itu tambahnya, EOS 600D pula hadir dengan pengesan CMOS beresolusi 18 megapiksel dan agak canggih kerana skrin LCD boleh dipusingkan 270 darjah menjadikan ia mudah dikendalikan.

"Ini satu fungsi yang sangat digemari oleh orang ramai selepas kita melancarkan model DSLR 60D. Bagaimanapun model 60D masih ada di pasaran dan yang ini (600D) adalah tambahan daripada model sedia ada.

"Inilah peluang terbaik yang mana mereka boleh memahami bagaimana DSLR dan video digital Canon boleh disesuaikan kepada sesiapa yang ingin menggunakan DSLR untuk merakam gambar atau video berkualiti tinggi," ujarnya.

Tukar beli kamera

Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua DSLR itu amat berpatutan. EOS 1100D dijual pada harga RM1,999 manakala EOS 600D pada harga RM2,999.

Bahkan, pihak Canon menyasarkan jualan EOS 1100D sebanyak 3,000 hingga 3,500 unit sebulan manakala 2,500 unit sebulan bagi EOS 600D.

"Kedua-dua produk tersebut amat istimewa kerana Canon sangat mementingkan harga kurang daripada RM3,000 agar kami dapat mengukuhkan status nombor satu dalam bidang DSLR ini.

"Kami juga yakin, dengan pelancaran dua model ini, ia akan memantapkan lagi penguasaan pasaran kepada 50 peratus," tuturnya.

Dalam pada itu, pameran tersebut juga menyediakan perkhidmatan tukar beli kamera, video digital 'full HD' terpakai pelbagai jenama sama ada yang telah rosak atau pun masih berfungsi bernilai sehingga RM1,000.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan berkenaan dan segala keistimewaan yang ditawarkan hanya ketika pameran berlangsung sahaja.

Sementara itu, Eksekutif Produk syarikat Tegas Broadcast dan Multimedia Sdn. Bhd., Wesley Ong memberitahu, pameran tersebut mendedahkan pelbagai aksesori menarik kepada pengunjung.

Katanya, rata-rata orang ramai sangat teruja dengan aksesori sokongan bagi gajet perakam seperti DSLR dan perakam video profesional.

"Kami banyak membekalkan aksesori dalam bidang penyiaran daripada alat sokongan DSLR sehingga kepada sistem audio.

"Walaupun harga aksesori ini agak mahal, tetapi bagi pengguna yang begitu serius dalam bidang penyiaran, mereka sanggup membelinya," katanya.

Tambah Wesley, antara gajet yang menjadi perhatian ramai adalah sistem perakam video 3D yang menggunakan dua perakam video profesional untuk menghasilkan imej 3D yang dilihat secara langsung melalui kaca mata khas pada paparan televisyen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mamdouh: Harimai Baghdad di Broadway

Posted:

Mamdouh: Harimai Baghdad di Broadway

Mamdouh: Harimai Baghdad di Broadway

Susunan KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


DUA ekor harimau iaitu Riley dan Hope disumbangkan AS ke taman Zawra Baghdad.


HARIMAU yang mati dibunuh selepas pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq lapan tahun lalu di Zoo Baghdad masih diingati orang ramai. Hari ini, harimau itu menjadi inspirasi sebuah teater yang telah menghimpunkan ulasan hebat di pentas teater Broadway di New York.

Penulis drama Rajiv Joseph memberitahu, teater Bengal Tiger at The Baghdad Zoo yang dipersembahkan baru-baru ini di Broadway, New York bersama peneraju utama, Robin Williams dibuat berdasarkan kejadian sebenar.

Enam bulan selepas pencerobohan pada Mac 2003, harimau yang dinamakan Mamdouh mati ditembak oleh tentera AS yang mabuk menyebabkan peristiwa tersebut dijadikan tajuk utama berita antarabangsa.

Pengarah zoo berkenaan, Adel Salman Musa berkata, Mamdouh sangat istimewa dan ia merupakan anugerah paling berharga di zoo berkenaan.

"Bagi kami, haiwan itu istimewa bukan hanya kerana ia spesies harimau Bengal yang sukar ditemui tetapi juga kerana kami telah membesarkannya sejak ia dilahirkan.

"Mamdouh yang berusia kira-kira 14 bulan pada masa itu sangat kuat. Ia selamat daripada lapar dan haus. Ia hanya mati secara tidak masuk akal beberapa bulan kemudian," kata Adel yang berusia 54 tahun.

Mati kelaparan

Adel mengimbau kembali perkara tersebut selepas pencerobohan tentera AS yang menyebabkan beratus-ratus haiwan di zoo dibunuh, dicuri atau mati kelaparan dalam sangkar.

Dedahnya, disebabkan keadaan begitu sukar, dia terpaksa membunuh babi untuk diberi makan kepada harimau dan beberapa haiwan lain yang kebuluran.

Pencerobohan ke atas Iraq telah menyebabkan pemberontakan Al-Qaeda menyasarkan askar AS sebagai mangsa, bahkan setiap hari di mana-mana sahaja orang awam yang tidak berdosa ditangkap ketika pertempuran dan yang lebih malang ada yang kehilangan nyawa.

Jalan utama serta lorong di negara yang bersempadan dengan enam negara itu kemudian dikawal oleh askar-askar muda AS yang tidak faham bahasa penduduk tempatan mahupun adat mereka.

Hanya beberapa bulan lalu, WikiLeaks mendedahkan tentera AS sendiri mengakui membunuh rakyat Iraq yang tidak bersalah kerana mereka dihantui ketakutan.

Antara mangsa keganasan tersebut adalah harimau Bengal, yang merupakan spesies yang semakin terancam dan berkurangan.


SEORANG kakitangan Zoo Baghdad melihat seekor harimau yang dibesarkan di zoo itu.


Haiwan yang dilindungi di seluruh dunia dibunuh ketika beberapa askar AS mengadakan parti di zoo berkenaan. Seorang askar AS kemudian memutuskan untuk berkongsi makanannya dengan harimau itu.

Tindakan berani anggota tentera tersebut menjangkau tangannya ke dalam sangkar dengan sepotong daging menyebabkan harimau yang sedang lapar bertindak pantas menerpa ke hadapan dan membaham lengannya. Situasi itu mengakibatkan harimau itu mati ditembak rakan mangsa.

"Ada antara kakitangan zoo menitiskan air mata apabila mendengar Mamdouh mati. Selain itu, kami juga menanggung begitu banyak penderitaan seperti sekatan dan kebuluran apabila zoo kami tidak mempunyai bekalan makanan," kata seorang doktor haiwan zoo berkenaan, Abubakr Farouq.

Keganasan

Kini di atas pentas, 'hantu' Mamdouh menghidupkan semula aksi sebagai seekor harimau 'mulut cabul' menyaksikan keganasan Baghdad dan menghantui askar yang membawa kematiannya.

The New York Times menggelar teater itu sebagai pintar, keganasan berkonsep lucu dan teater AS yang penuh visi baru.

"Saya terkejut dan gembira apabila Mamdouh masih diingati terutama dalam bentuk teater," kata Abubakr.

Pada hujung minggu Jumaat lepas, orang ramai berpusu-pusu berbaris sepanjang dua kilometer untuk memasuki taman Zawra Baghdad, tempat perkelahan keluarga yang lengkap dengan sebuah zoo dan kemudahan lain.

Di dalam zoo, Mamdouh telah digantikan oleh Riley dan Hope yang merupakan dua ekor harimau Bengal sumbangan AS, malah negara berkenaan turut membayar pampasan sebanyak AS$23,000 (RM69,529) untuk harimau yang telah mati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Super Street Fighter 4

Posted:

Super Street Fighter 4

Super Street Fighter 4

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
rencana@kosmo.com.my


SETIAP watak dalam permainan ini boleh melakukan dua serangan mengikut latar belakang skil masing-masing.


PADA awalnya, Super Street Fighter 4 (SSF4) dicanangkan akan menjadi kandungan yang boleh dimuat turun (DLC – Downloadable Content) kepada konsol tetapi akhirnya ia menjadi satu siri yang baru kepada para pemain.

Edisi permainan terbaru ini mempunyai banyak pembaharuan dan saiznya terlalu besar untuk dijadikan DLC.

Bagaimanapun, asas permainan ini masih dikekalkan. SSF4 boleh dimainkan pada konsol Playstation 3, Xbox 360 dan juga arked. Terdahulu, ia boleh dimainkan pada platform PC, tetapi siri terbaru ini mempunyai kelainan tersendiri mungkin disebabkan Capcom sebelum ini banyak dicetak rompak.

Watak tambahan

Selain daripada menampilkan semula kesemua 25 watak daripada siri sebelum ini, SSF4 turut menampilkan 10 watak tambahan yang pasti akan mengujakan gamer.

Dua daripada watak yang pernah digugurkan siri sebelum ini turut ditampilkan semula iaitu T-Hawk dan Dee Jay. Watak-watak tambahan lain yang mewarnai permainan ini ialah Adon, Cody, Guy, Dudley, Ibuki dan Makoto.

SSF4 turut memperkenalkan dua watak baru eksklusif iaitu Juri yang mahir dalam seni mempertahankan diri taekwondo dan bekerja untuk organisasi S.I.N.

Seorang lagi ialah Hakan, penggusti minyak dari Turki. Berbeza berbanding siri sebelum ini, kesemua watak ini dapat dimainkan pada awal permainan. Setiap watak mempunyai misi mereka tersendiri dalam jalan cerita SSF4.

Ultra Combo

Selain daripada watak tambahan, pembaharuan paling ketara dalam SSF4 adalah serangan rantaian ultra ataupun Ultra Combo.

Setiap daripada mereka memiliki dua jenis serangan ultra, tetapi hanya satu boleh digunakan sepanjang perlawanan. Tiada perubahan yang dibawa oleh SSF4 dari keupayaan Super Combo setiap watak.


DALAM mod Challenge, pemain perlu melalui set cabaran yang disediakan.


Mod Challenge

Dalam mod Challenge, pemain boleh menguji kebolehan mereka mengendalikan setiap watak dengan set cabaran telah disediakan. Untuk setiap watak, terdapat 25 set cabaran yang boleh dilengkapkan oleh pemain ini. Cabaran ini akan menjadi lebih sukar dengan setiap kenaikan tahap.

Terdapat juga mod Car Crusher dan juga Barrel Buster yang akan dilalui pemain apabila mencapai tahap bonus ketika permainan arked.

Mod Tambahan Dalam Talian

Kebanyakan mod permainan dalam talian telah dikekalkan daripada siri sebelum ini. Capcom telah menambahkan beberapa mod dalam talian termasuk Team Battle.

Dalam mod ini, pemain akan bertarung secara berkumpulan iaitu pemain-pemain akan berkumpul di lobi dalam talian dan mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Maksimum pemain untuk mod ini adalah seramai 16 orang.

Terdapat juga mod Replay Channel membolehkan pemain menonton pertarungan lain dan juga Endless Battle yang membenarkan pemenang sesuatu pertarungan meneruskan perlawanan.

Seperti biasa, ciri permainan dalam talian boleh dinikmati pemain melalui Xbox Live ataupun Playstation Network.

Sebelum ini ramai pemain berpendapat bahawa Street Fighter 4 setakat ini yang terbaik dan paling hebat mampu dihasilkan oleh Capcom. Ternyata Super Street Fighter 4 telah membuktikan mereka silap apabila Capcom mencipta satu permainan yang sememangnya lebih hebat serta menyeronokkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 19 Apr 2011 03:03 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar China belajar budaya orang Pantai Timur

Posted:

Pelajar China belajar budaya orang Pantai Timur

Pelajar China belajar budaya orang Pantai Timur


PELAJAR Universiti Teknologi Malaysia yang singgah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu semasa melakukan aktiviti Kembara Mahasiswa baru-baru ini.


PENGALAMAN. Seramai 19 pelajar dari negara China yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai Kembara Mahasiswa selama dua hari di negeri Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.

Mereka adalah antara 45 peserta kembara tersebut yang bertujuan mendedahkan pelajar kepada suasana kehidupan masyarakat kampung khususnya di negeri Pantai Timur.

Antara kampung yang dilawati kumpulan itu ialah Kampung Tanjung di Kuala Terengganu yang merupakan sebuah perkampungan nelayan dan masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan dan tradisional tempatan.

Pengarah projek, Nor Syazwani Abd. Rahim berkata, kesempatan ini turut digunakan oleh pelajar dari China untuk menikmati pelbagai masakan tradisional tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar MSU lawat China

Posted:

Pelajar MSU lawat China

Pelajar MSU lawat China


PARA pelajar FBMP MSU ketika mengikuti program lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat di Beijing, China baru-baru ini.



MELAWAT. Dalam usaha untuk memperkasakan kemahiran insaniah serta memberikan pendedahan antarabangsa kepada siswanya, Management & Science University (MSU) telah menjalankan satu program lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat di Beijing, China baru-baru ini.

Program dikenali "Fostering Camaraderie between Two Worlds" itu merupakan siri ke-10 seumpamanya dianjurkan pelajar program Perniagaan Antarabangsa, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP), MSU.

Sebelum ini aktiviti yang sama telah diadakan melibatkan pelbagai destinasi di rantau Asia yang melibatkan Indonesia, Vietnam, Kemboja, Korea Selatan, Thailand dan Hong Kong.

Lawatan selama empat hari tiga malam itu melibatkan penyertaan seramai 61 siswa diiringi dua pensyarah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads