Isnin, 18 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 18 Apr 2011 01:18 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Perkhidmatan setaraf bas di London

Posted:

Perkhidmatan setaraf bas di London

Perkhidmatan setaraf bas di London

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my



MUTU dan tahap perkhidmatan bas Nadi Putra dan tempat letak kereta di Putrajaya kini telah dinaiktaraf serta ditransformasi sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) setanding dengan standard perkhidmatan bas awam antarabangsa.

Selaras dengan itu, pengenalan Sistem Pengurusan dan Kawalan Transit Awam Putrajaya (Spektra) yang dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 11 Mac lalu, merangkumi empat komponen utama iaitu sistem pengurusan bas, sistem maklumat bas, sistem tiket elektronik dan sistem parkir automatik.

Pendekatan itu sejajar dengan peningkatan bilangan penumpang yang ketara daripada 2.5 juta orang pada tahun 2008 kepada 3.7 juta orang pada tahun 2010. Dalam memantapkan lagi jadual operasinya, sistem Spektra juga digunakan bagi memastikan waktu ketibaan dan perlepasan bas Nadi Putra menjadi lebih tepat dan efisien.

Menurut Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengangkutan dan Jalan Trafik, Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Ir. Ab. Rahim Mohd. Junoh, PPj telah melaksanakan Advanced Public Transportation System (APTS) yang diintegrasikan dengan Sistem Parkir Automatik (APS) di Park and Ride (P&R).

Beliau menjelaskan, sistem pengurusan bas melibatkan pemasangan on board unit (OBU) di atas bas yang memiliki ciri-ciri sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem komunikasi radio paket (GPRS) yang akan menghantar data mengenai identiti bas, pemandu, laluan operasi dan bilangan penumpang kepada Sistem Komputer Berpusat Putrajaya atau PutraNet.

Maklumat di skrin


KOMPLEKS baru dan perkhidmatan bersepadu Putrajaya Sentral ini memberi banyak manfaat kepada para pengguna pengangkutan awam.


"Melalui penggunaan sistem tersebut, penumpang pula dapat memperoleh maklumat melalui skrin plasma yang diletakkan di Terminal Putrajaya Sentral dan di pejabat-pejabat kerajaan serta melalui Small Variable Message Sign (SVMS) di perhentian bas yang terpilih.

"Selain daripada itu, teknologi kad pintar kini diguna pakai iaitu tiket bas Nadi Putra akan disepadukan dengan bayaran meletak kereta di P&R Presint 7," kata Rahim ketika membawa Kosmo! melihat kecanggihan sistem Spektra serta menerangkan kecekapan Putranet yang menggunakan khidmat pakar dari Sepanyol.

Beliau berkata, sistem maklumat bas pula akan menjadi pusat kawalan yang menyalur maklumat jangkaan masa ketibaan pada skrin yang dipasang di 16 buah perhentian bas terpilih. Ia bagi membolehkan pengguna mengetahui jadual perjalanan bas.

"Sistem tiket elektronik pula akan bertindak mengurus kutipan tambang bas secara tunai dan penggunaan pas bulanan. Kesemua transaksi akan dihantar terus kepada sistem komputer di depoh bas sebelum disatukan ke dalam Sistem Komputer Berpusat Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, ketika pelancaran sistem Spektra baru-baru ini, Raja Nong Chik menyifatkan sistem yang diguna pakai di Putrajaya kini sama seperti di London.

"Dengan terlaksananya Spektra ini, Perbadanan Putrajaya mampu menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tempat letak kereta awam yang terbaik dan lebih efisien kepada masyarakat.

"Selepas ini, tiada lagi alasan pengguna untuk tidak menggunakan perkhidmatan bas kerana semua kemudahan telah disediakan dengan sempurna di Putrajaya," katanya yang turut memberitahu pelaksanaan Spektra menelan belanja RM17 juta dengan 115 buah bas telah dilengkapi sistem tersebut.

Mengulas lanjut mengenai sistem P&R, Rahim berkata, pengguna P&R akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja setiap kali meletak kereta di P&R dan seterusnya mereka boleh menaiki bas Nadi Putra secara percuma tanpa had penggunaan pada hari tersebut.

"Melalui penggunaan Sistem Tiket Elektronik (STE), pengguna hanya perlu mengimbas kad P&R menggunakan teknologi kad pintar iaitu Kad Putra pada mesin tiket di dalam bas manakala bagi yang tidak meletakkan kenderaan, caj bagi satu perjalanan sangatlah murah iaitu 50 sen sahaja," katanya yang turut menerangkan kad pintar itu akan turut memaparkan gambar pemilik yang akan dicetak melalui komputer.

Mesra pengguna


Penyediaan kemudahan selesa dan efisien untuk penumpang dan pengguna Putrajaya Sentral.


"Sangat membantu, saya tak perlu kelam-kabut keluar pejabat dan berkejar untuk menaiki bas selepas waktu kerja kerana sistem maklumat yang di paparkan di pejabat, membolehkan saya menetapkan masa untuk keluar.

"Walaupun kadangkala pada waktu puncak keadaan agak kelam-kabut, tetapi saya yakin selepas ini sistem Spektra akan menarik minat lebih ramai orang menggunakan bas seperti di luar negara," kata Pembantu Tadbir di Istana Kehakiman, Rahimah Mohd, 53, yang pernah menggunakan perkhidmatan bas awam ketika menetap di luar negara sebelum ini.

Bagi seorang operator kilang, Muhammad Arif Mohd Nor, 19, yang bekerja di Shah Alam, dia kagum dengan perkhidmatan bas di Putrajaya yang jauh lebih cekap berbanding di Kuala Lumpur.

"Sebelum ini, saya dengar orang cakap di sini (Putrajaya), basnya selalu lengang kerana tidak ramai yang naik. Tetapi apa yang saya lihat di Terminal Putrajaya Sentral ini tidak sama seperti yang digambarkan," katanya yang berpuas hati dengan perkhidmatan bas Nadi Putra.

Kenyataan itu turut disokong rakannya, Ahmad Nazirul Zahim Roslan, 20, yang turut bangga apabila diberitahu sistem yang digunakan ini setanding dengan di luar negara.

"Saya dan rakan-rakan sebenarnya tidak biasa sangat di Putrajaya, tetapi dengan maklumat lengkap serta paparan di perhentian bas, semuanya berjalan lancar. Kami seperti orang yang sudah lama menetap di sini," katanya.

Pemantauan CCTV

Sementara itu, bagi seorang pemandu bas Nadi Putra, walaupun sistem terbaru bas yang diguna pakai sekarang ini lebih ketat, namun baginya ia merupakan satu latihan bagi mendisiplinkan pemandu.

"Bagi saya pemasangan CCTV dan kecekapan PutraNet yang dapat memberikan maklumat lengkap tentang pemandu bas, kelajuan bas serta lain-lain maklumat tidak boleh dianggap sebagai satu beban bagi pemandu.


Petugas di bilik kawalan depoh bas Nadi Putra memantau keadaan bagi melancarkan sistem bersepadu pengangkutan awam.


"Dengan penggunaan sistem di dalam bas ini, pemandu juga akan lebih berhati-hati dan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini," kata Tengku Hasmawi Tengku Hashim, 34, yang sudah empat tahun menjadi pemandu bas Nadi Putra.

Dalam pada itu, Pengurus Nadi Putra, Md. Fuad Ab. Mutalib yang ditemui di Depoh Nadi Putra, Presint 9 turut menerangkan sistem Putranet bukan sahaja memudahkan operasi perjalanan bas, malah tindakan vandalisme di dalam bas juga boleh dielakkan.

"Selain mendisiplinkan pemandu dan memudahkan perjalanan penumpang, penggunaan CCTV juga boleh mengurangkan jenayah seperti kecurian," jelasnya.

Tambahnya, pusat kawalan di depoh bas itu dikendalikan oleh tiga orang dalam satu masa. Mereka akan memastikan kesemua maklumat dan paparan skrin di setiap perhentian bas serta di dalam bangunan pejabat kerajaan dipantau.

Dengan penggunaan sistem Spektra itu, ia dijangka dapat menggalakkan lebih ramai pengguna jalan raya di Putrajaya mengubah mod perjalanan mereka kepada pengangkutan awam. Justeru itu, PPj akan memastikan tahap perkhidmatan yang disediakan adalah cekap, teratur dan efisien.

Antara langkah yang diambil adalah memperkenalkan perkhidmatan bas midi menggunakan NGV, menambah bilangan perhentian bas berbumbung daripada 66 buah ketika ini kepada 183 buah dan meneruskan pelaksanaan Lorong Khas Bas (LKB) di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi melancarkan pergerakan bas semasa waktu puncak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Festival pupuk minat belajar

Posted:

Festival pupuk minat belajar

Festival pupuk minat belajar

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


GOLONGAN remaja juga tidak melepaskan peluang mencuba aktiviti yang mencabar kreativiti minda.


BANYAK pengisian berkualiti berjaya ditawarkan pihak penganjur, Expomal International Sdn. Bhd., sempena sambutan Pameran Smartkids bertemakan Festival Fiesta: Meraikan Dunia yang berlangsung pada 15 hingga 17 April lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ia telah memberi peluang kepada ribuan kanak-kanak untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti pertandingan memanjat tembok setinggi enam meter, pertandingan fotografi, persembahan fesyen dan pertandingan lukisan kreatif.

Pameran yang dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu berjaya menarik perhatian kanak-kanak untuk lebih mendekati sains dan teknologi, sekali gus meluaskan minda serta bakat mereka.

Selain banyak aktiviti disediakan untuk kanak-kanak, acara tersebut turut mengajak penyertaan ibu bapa. Antara yang menarik adalah sesi penerangan mengenai cara-cara ideal untuk memberi didikan dan hiburan bersesuaian mengikut peringkat umur anak mereka.

Para pengunjung juga terhibur dengan lebih 100 program dan aktiviti kreatif sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung. Keterujaan mengunjungi karnival itu turut dicetus acara cabutan bertuah dengan tawaran hadiah emas bernilai RM10,000.

Menurut salah seorang pengunjung, Sivakumar Thambyraja, 40, pameran yang diadakan itu bukan sahaja menarik minat anak-anaknya malah pengisian program seperti Seminar Smart Parenting berjudul Memupuk Kanak-Kanak Siber banyak membantu golongan ibu bapa.

"Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini, bukan sahaja hiburan malah aktiviti berbentuk pendidikan," katanya yang sudah tiga tahun berturut-turut menghadiri Pameran Smartkids.

Merapat hubungan


PELBAGAI aktiviti interaktif telah diadakan dan masing-masing menerima sambutan serta penyertaan yang memberangsangkan.


Bagi seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Gan, 42, dia tertarik untuk membawa anak-anaknya menyertai aktiviti di situ selepas melihat iklan dan paparan mengenai pameran terebut melalui media cetak.

"Sebelum datang ke sini saya terpandang siaran iklan dan seterusnya saya rujuk di laman web. Ternyata semuanya ada di sini, malah program terancang seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya pada hujung minggu.

"Aktivi yang dianjurkan di sini bukan sahaja menghiburkan malah ia berbentuk ilmiah," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di PWTC baru-baru ini.

Kenyataannya turut disokong, Azrani Osman, 33 yang mahukan lebih banyak pihak menganjurkan pameran sedemikian.

"Ini kali pertama saya datang. Pada mulanya saya sekadar mahu membawa anak-anak berjalan-jalan sempena hujung minggu, tetapi setelah melihat kesungguhan anak saya menyertai program yang diadakan, ternyata ia sangat berbaloi," katanya yang turut ditemani isterinya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pasukan Smartkids, Eileen Chew, Smartkids bukan sahaja meraikan pengalaman pendidikan secara menyeluruh, ia turut menggabungkan beberapa aspek kepakaran lain seperti semangat kesukanan, ekspresi kreatif dan kualiti kepimpinan.

"Pameran kali ke-10 anjuran Expomal International Sdn. Bhd. ini mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor dan Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA)," katanya.

Bersesuaian dengan temanya, para pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa mampu memperoleh beberapa pengetahuan baru.

Misalnya, tentang negara dan perayaan masing-masing. Lebih istimewa, kanak-kanak cukup bergaya apabila berpeluang mempamerkan kostum festival dari luar dan dalam negara.

Turut dianjurkan adalah aktiviti permainan yang menguji minda dan fizikal, jualan makanan serta barangan keperluan harian.

"Pada tahun ini, Smartkids tidak ketinggalan memberi perhatian kepada guru-guru kerana mereka ialah titik permulaan pendidikan formal dalam hidup setiap orang.

"Sebab itulah kami mengadakan bengkel yang khusus untuk tenaga pendidik tersebut. Guru-guru diajar cara-cara merangsang pemikiran kanak-kanakdan sesi itu dibawakan oleh Educators Workshop, Kidzania, Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tip membeli kediaman

Posted:

Tip membeli kediaman

Tip membeli kediaman

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


NILAI sesebuah rumah menjadi lebih baik sekiranya ia dekat dengan sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, makanan dan sebagainya. – Gambar hiasan


SEWAKTU sibuk mencari rumah yang sesuai untuk didiami, pelbagai perkara menjadi ukuran. Selain rumah, lokasi, kemudahan di kawasan kejiranan dan nilai masa depan juga harus diutamakan.

Selagi ada pembeli yang berminat di sesuatu kawasan, pihak bank memberi pinjaman dan terdapat pembangunan berterusan, tempat itu mempunyai potensi besar untuk berkembang serta pembeli wajar melabur ke atasnya, kata Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Jualan, Naza TTDI Sdn. Bhd., Mohd. Johan Shadli Mohd. Daud.

Beliau yang ditemui pada majlis previu dan perancangan masa depan Naza TTDI menambah, memandangkan pasaran hartanah berdepan dengan situasi yang tidak menentu, semuanya hanya terserah kepada faktor utama iaitu lokasi kawasan.

"Pada masa ini, Kajang di Selangor mempunyai potensi. Ia sedang membangun dan berhampiran dengan Cheras serta Kuala Lumpur. Saya dapati harga hartanah juga meningkat," katanya memberi contoh.

Johan menambah, dengan kemudahan infrastruktur jalan raya seperti lebuh raya Silk, Lekas dan lain-lain, ia bakal memudahkan pengguna dan pembeli berpotensi untuk memiliki kediaman di bandar itu.

"Jika pembangunan komersial, pengangkutan dan kemudahan mengambil tempat, kita sama sekali boleh melabur di kawasan itu," tambahnya.

Dengan pembangunan pesat bidang hartanah, adalah wajar pembeli menilai beberapa kriteria sebelum membuat keputusan. Berikut disenaraikan beberapa tip yang dipetik daripada beberapa laman web hartanah untuk panduan pembeli.

Sebelum itu, adalah disarankan agar pembeli tidak tergesa-gesa mengambil keputusan sekiranya seseorang ejen memaksa anda supaya menerima sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu.

Antara perkara yang perlu diambil kira semasa membeli harta adalah:

* Saiz dan harga harta.

* Jangkaan nilai masa depan.

* Jenis dan kondisi tanah kawasan.

* Tahap pembinaan di kawasan itu.

* Kemudahan utiliti seperti air, elektrik, telefon dan lain-lain yang perlu.

* Keadaan akses jalan.

* Pusat beli-belah atau kedai yang berdekatan.

* Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kejiranan itu.

* Sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, makanan dan sebagainya.

* Lawat kawasan tersebut semasa waktu hujan yang teruk untuk memastikan ia bebas daripada bencana banjir.

* Kos insurans bagi kawasan itu.

* Memastikan kawasan itu dekat dengan tempat kerja anda, isteri atau pengasuh kanak-kanak.

* Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan itu.

* Jika ia kawasan perumahan yang sudah matang, cuba bercakap dengan jiran-jiran untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan itu. Dari segi keselamatan, pencemaran dan sosial.

* Pastikan anda bersedia pada harga yang ditawarkan. Amnya, harga akan berubah dari satu fasa ke fasa berikut. Bersedia dengan kos tambahan untuk rumah seperti mengubah suai, memasang pagar, lampu, kipas dan lain-lain.

* Jika anda peka terhadap alam sekitar, pastikan pembangunan masa depan yang dirancang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 18 Apr 2011 11:44 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Tidak peduli hamil dan HIV

Posted:

Tidak peduli hamil dan HIV

Tidak peduli hamil dan HIV


SEORANG remaja menjalani ujian kesihatan di salah sebuah hospital di Johannesburg.


SEORANG remaja perempuan berwajah gempal, dilihat berjalan keseorangan selepas pulang dari sekolah. Pada masa itu, dia dilihat melonggarkan sedikit skirt pakaian seragamnya yang pendek itu untuk menutup perutnya yang sedang membesar.

Thandi baru berusia 16 tahun dan dia kini mengandung empat bulan. Dia ialah antara remaja perempuan berusia belasan tahun di Afrika Selatan yang terlibat dengan seks pada awal usia. Masalah itu dikhuatiri meningkat sebanyak 21 peratus sejak beberapa tahun lalu dan ia juga meningkatkan kebimbangan terhadap jangkitan HIV.

Di Afrika Selatan, kebanyakan sekolah membenarkan para pelajar hamil untuk terus menghadiri persekolahan selagi mereka mampu. Di kebanyakan sekolah, remaja perempuan dengan perut memboyot di bawah pakaian seragam mereka sudah menjadi satu senario biasa.

"Saya mendapat tahu bahawa saya mengandung dua bulan lalu. Saya belum beritahu sesiapa lagi, hanya teman lelaki saya. Dia fikir saya bergurau," ujar Thandi yang belajar dalam gred sembilan. Dalam perasaan segan, dia memberitahu bahawa telah beberapa kali mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan teman lelakinya selama lapan bulan kerana amat mempercayai teman lelakinya.

Sembunyikan kehamilan

Teman lelakinya itu tidak pernah mengambil ubat kontraseptif tetapi hanya menggunakan kondom - hanya jika dia sempat mendapatkan satu.

"Saya akan cuba menyembunyikan kehamilan saya supaya saya boleh meneruskan pengajian. Jika saya memberitahu ibu bapa saya, mereka akan memaksa saya berhenti sekolah," katanya.

Dia cuba untuk mengelakkan keaiban kepada keluarganya. Kebanyakan keluarga di Afrika Selatan mempunyai tanggapan bahawa seseorang yang sudah bersedia menjadi ibu bermakna kanak-kanak dan pendidikan mereka sudah tamat.

Di kawasan luar bandar, stigma itu lebih serius. Sekolah tinggi Mavalani di sebuah perkampungan Giyani di wilayah utara Limpopo, seramai 24 gadis didapati hamil dengan purata dua orang dalam setiap kelas.

Daripada mereka, 11 orang menuntut dalam gred 11 iaitu tinggal dua tahun sahaja untuk menamatkan pengajian sekolah tinggi. Ia satu berita yang memalukan bagi masyarakat di situ.

Pada bulan lepas, sekumpulan pelajar bertindak membaling batu ke arah kereta pengetua sekolah selepas dia mengemukakan kebimbangan terhadap masalah kehamilan remaja dalam media nasional.

Menurut Badan Penyelidikan Sains Kemanusiaan (HSRC) iaitu sebuah badan pemikir kerajaan, insiden kehamilan remaja kian meruncing.

Daripada setiap 1,000 gadis di sekolah pada tahun 2004, 51 orang disahkan hamil. Angka itu meningkat kepada 62 orang pada tahun 2008.

Begitupun, laporan daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), statistik itu masih rendah jika dibandingkan dengan beberapa buah negara lain seperti Nigeria, Uganda, Somalia dan Swaziland. Itali berada di tangga ketujuh.

Hakikatnya, isu itu masih berisiko tinggi memandangkan Afrika Selatan direkod sebagai negara dengan penduduk HIV positif terbesar dunia iaitu seramai 5.7 juta daripada 48 juta orangnya dijangkiti virus itu.

Perkara itu suatu cabaran berganda yang mendorong pegawai kesihatan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perebakan virus AIDS dan kehamilan yang tidak dirancang.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan negara itu melancarkan program mengesan HIV secara sukarela di sekolah. Namun bagi Esther Etkin, seorang jurucakap untuk Lovelife iaitu badan inisiatif pencegahan HIV tajaan kerajaan, generasi muda di Afrika Selatan memerlukan lebih daripada sekadar ujian HIV.

Menurut HSRC remaja kulit hitam dari kawasan bandar yang miskin paling berpotensi hamil pada usia awal dan terdedah kepada HIV.

Kemiskinan jadi punca

Dengan kadar pengangguran secara rasmi pada 24 peratus tetapi dianggarkan melebihi 40 peratus, remaja perempuan ini dilihat mudah berdampingan lelaki berusia untuk tujuan wang. Fenomena itu antara lain berpunca daripada kemiskinan, pengangguran dan tahap pendidikan yang rendah.

Walaupun pengguguran diterima di Afrika Selatan, tindakan itu membawa satu stigma dahsyat. Ramai gadis remaja memilih untuk melahirkan anak demi membuktikan nilai kewanitaan dan keibuan selain memberi makna kepada hidup, terutamanya selepas perjuangan menentang undang-undang minoriti kulit putih, kata Etkin.

"Kami perlu memastikan program-program kesedaran yang dianjurkan selari dengan budaya tempatan. Kami amat menekankan soal pendidikan berterusan terutamanya selepas kelahiran anak," kata Etkin.

Lovelife menangani masalah kehamilan itu menerusi penganjuran pementasan di sekolah-sekolah dan drama-drama di televisyen bagi menunjukkan cara remaja-remaja menangani masalah berkaitan seks.

Bagi Thandi, dia sekadar berharap bayinya menjadi pengukuh hubungannya dengan teman lelakinya dan seterusnya menuju ke gerbang perkahwinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belon panas medium iklan

Posted:

Belon panas medium iklan

Belon panas medium iklan

Oleh SAKINI MOHD. SAID


HIMPUNAN belon panas direka dalam pelbagai warna dan bentuk yang menyerupai watak-watak kartun popular telah menarik minat pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.


Ia datang dalam pelbagai warna dan bentuk. Sesetengahnya dalam karakter kartun terkenal, Doraemon dan Darth Vader. Tidak kira apa yang sedang dilakukan oleh seseorang, mereka pasti berhenti seketika tatkala melihat kelibat belon udara panas berlegar-legar di udara.

Biarpun ia satu teknologi penerbangan lama kerana diperkenalkan sejak tahun 1783, namun tarikannya kepada pandangan manusia masih utuh.

Justeru, tidak hairanlah apabila Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang diadakan pada bulan lalu berjaya menarik kira-kira 300,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke tapak Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.

Melihat kepada fenomena tersebut, pengerusi jawatankuasa penganjur fiesta itu, Khairudin Abd. Rani mahu menjadikan sukan udara itu sebagai satu medium alternatif pengiklanan selain akhbar, majalah, televisyen dan Internet.

"Mengapa kita tidak jadikan sukan udara ini sebagai satu medium iklan kerana ia sangat berpotensi menarik minat orang ramai," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Belon udara tidak asing di luar negara terutama Eropah dan Amerika kerana kebanyakan syarikat di negara itu telah mevariasikan saluran promosi produk dan perkhidmatan mereka menerusi belon udara panas.

Malah, ia merupakan salah satu daripada alternatif pengiklanan terbaik kerana berkesan menarik perhatian sesiapa sahaja sama ada di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Mengulas perkara itu, Khairudin berkata, belon udara panas belum mendapat perhatian syarikat di negara ini dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

"Kalau dikatakan kita agak ketinggalan dalam sukan udara ini, tidak juga kerana kita berada di kedudukan ketiga di kalangan negara Asia selepas Jepun dan Filipina. Jadi, sukan udara ini berpotensi untuk dikembangkan di Malaysia kerana ia juga boleh dijadikan sebagai satu medium iklan.

"Berbeza di Eropah dan negara Barat, belon udara panas menjadi satu daripada cara mengiklankan produk atau promosi syarikat mereka. Malah, ada juga yang mempromosikan sesebuah filem atau kartun terbaharu menerusi belon udara panas dan ini memang amat menarik," katanya.

Keadah berkesan

Jika belon panas mampu menarik pandangan ramai berhenti seketika untuk menyaksikan kelibat belon itu adakah kaedah itu berkesan? Menjelaskan perkara itu, Khairudin menyifatkan belon udara panas sebagai papan iklan udara yang unik dan berpotensi besar mempengaruhi minda masyarakat terhadap produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat berbanding papan iklan statik di tepi jalan.

"Kalau kita iklankan produk atau perkhidmatan syarikat di papan iklan, sekali pandang kita sudah lupa. Tetapi, belon udara panas yang berterbangan di udara setiap masa dilihat mampu mempromosikan syarikat terutama bagi syarikat baharu.

"Seperti di Eropah, pelbagai bentuk belon udara panas dapat dilihat. Ada syarikat pengeluar telefon bimbit menggunakan belon udara panas dengan rekaan produk terbaharu mereka bagi menarik perhatian ramai. Dengan bentuknya yang unik dan bersaiz gergasi, sudah pasti ia menggamit perhatian sesiapa sahaja biarpun dari jauh," katanya.

Mengenai kosnya yang agak tinggi kerana harga belon sahaja mencecah ratusan ribu ringgit tidak termasuk peralatan lain, beliau berkata, para usahawan sepatutnya melihat luar daripada skop itu.

"Saya tidak nafikan kosnya agak tinggi, tetapi sebenarnya mereka mendapat lebih daripada apa ditawarkan media tradisional. Ada kemungkinan, belon udara panas yang digunakan oleh sesebuah syarikat dalam mempromosikan produk mereka akan menarik perhatian radio, televisyen atau akhbar untuk bercerita mengenainya dan ini dikira faedah berganda.

"Kalau dibandingkan dengan papan iklan di tepi jalan, kosnya juga melibatkan ratusan ribu ringgit. Tetapi, ia statik di satu tempat sahaja. Belon udara panas biarpun kosnya tinggi, tetapi melangkaui banyak kawasan dan ini merupakan satu kaedah promosi yang sangat berkesan," katanya.

Khidmat juruterbang

Sekiranya sesebuah syarikat berminat untuk menggunakan belon udara panas sebagai satu kaedah mempromosi produk atau perkhidmatan, bagaimanakah pula dengan pengemudiannya? Adakah mereka perlu menggajikan seorang juru terbang profesional? Sudah tentu ini akan menambahkan kos.

Menjelaskan perkara itu, Khairudin berkata, syarikatnya AKA Ballon Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan juruterbang profesional pada harga berpatutan, bergantung kepada kontrak yang ditandatangani antara kedua-dua belah pihak.

"Di Eropah, sesebuah syarikat itu akan membeli belon sendiri dan usaha menerbangkan belon tersebut diserahkan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan juruterbang. Justeru, kepada mana-mana syarikat di Malaysia yang berminat dengan kaedah terbaharu ini boleh berjumpa dengan kami dan segala berkaitan harga boleh dirunding bersama.

"Kami juga menerima tempahan untuk membeli belon bagi syarikat itu dan harganya bergantung kepada saiz dan jumlah wang yang diminta. Malah, kami juga menawarkan program siri jelajah produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat boleh dipromosikan bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur malahan meliputi negeri lain," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelaburan emas Linda Rafar

Posted:

Pelaburan emas Linda Rafar

Pelaburan emas Linda Rafar

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my


SELEBRITI Linda Rafar menyifatkan menyimpan emas merupakan pelaburan yang bijak dan menguntungkan.


PELAKON dan kini ahli perniagaan, Azlinda Rafar, 33, pada mulanya tidak faham mengapa sesetengah orang menyimpan emas sebagai pelaburan masa hadapan. Baginya, pelaburan yang menguntungkan adalah dengan membeli rumah dan menjalankan perniagaan yang dapat memberikan pulangan wang yang banyak.

Bagaimanapun keadaan itu berubah apabila dia mula diperkenalkan dengan pelaburan emas melalui abang iparnya yang merupakan pembekal emas. Melalui syarikat Serambi Emas, dia yang mudah dikenali dengan panggilan Linda akhirnya terjebak dengan perniagaan berasaskan emas dan mengakui ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.

"Daripada seorang yang tidak faham mengenai emas, kini saya dan seluruh ahli keluarga terbabit dengan perniagaan dan pelaburan emas secara aktif.

"Sekiranya saya mendapat pendedahan lebih awal mengenai emas, mungkin saya telah menceburi bidang ini lebih awal," katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

Harga sentiasa naik

Menurut Linda, dia memilih emas kerana selain mudah untuk disimpan, dia tidak perlu bimbang dengan kejatuhan harganya. Harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun dan boleh digadaikan pada bila-bila masa sahaja.

"Walaupun harga emas kadangkala turun naik, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti, harganya tetap akan naik dari tahun ke tahun. Pemilik emas pula boleh menjual emas mereka pada bila-bila masa sahaja sekiranya memerlukan wang dengan segera.

"Ia ibarat simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap tahun ada keuntungan dan pemiliknya tidak akan menanggung kerugian selagi melabur. Tetapi emas lebih mudah diuruskan," katanya.

Menceritakan perkembangan perniagaan emasnya, Linda memberitahu, selain ahli keluarga, di bawah agensinya dia mempunyai lebih 30 orang ejen yang bergerak secara aktif.

"Perniagaan emas adalah fokus Linda dan keluarga Linda ketika ini. Bagaimanapun, perniagaan spa dan produk penjagaan kulit kami masih berjalan seperti biasa," katanya.

Linda memberitahu, melalui Serambi Emas, orang ramai boleh membeli sama ada kepingan emas seberat 100 gram, 500 gram dan sekilogram yang berharga RM160 satu gram (mengikut harga semasa).

"Kepingan-kepingan emas ini dibeli di Indonesia dan Switzerland dan dihasilkan oleh pengeluar yang memiliki reputasi dalam penghasilan jongkong emas 999.9.

"Saiz yang disediakan adalah bagi memenuhi kemampuan pelanggan dan dijual melalui sistem ar-Rahnu," katanya.

Mengulas lanjut, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak 35 peratus daripada nilai emas dan bakinya akan dibiaya oleh ar-Rahnu.

"Pelanggan hanya perlu membayar secara ansuran kepada ar-Rahnu sehingga selesai dan selepas itu ia akan menjadi hak milik mutlak pelanggan," katanya.

Setiap pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baharu akan mendapat RM500 pada setiap pembelian.

"Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan perniagaan dan pelaburan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan atau membayar upah simpan dan bayaran ansuran emas di ar-Rahnu sehingga pembayaran mereka selesai," katanya.

Aura penyeri

Dalam pada itu, Linda mengakui kehidupannya berubah sejak terbabit dengan Serambi Emas. Selain sibuk mempromosikan emas di Facebook dan kepada rakan-rakan artis, dia juga mula memakai emas sebagai perhiasan selepas mengetahui kebaikannya.

"Emas mempunyai aura semula jadi sebagai penyeri wanita. Tetapi saya tidak memakai emas dengan banyak, cukuplah sebagai perhiasan secara ringkas.

"Selain menjual kepingan emas, saya sendiri menyimpan beberapa kepingan emas yang akan saya gunakan untuk promosi kepada rakan-rakan saya di mana-mana sahaja," katanya.

Serambi Emas juga akan mengeluarkan emas seberat 50 gram pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Maklumat lanjut mengenai pelaburan emas bersama Serambi Emas hubungi Azreen di talian 014-232 9969 atau Lily 013-258 1173.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

Posted: 18 Apr 2011 11:16 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Percubaan yang menjadi

Posted:

Percubaan yang menjadi

Percubaan yang menjadi

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



SEBELUM ini dia dikenali dengan imej berambut kerinting halus paras bahu, berseluar jean dan berjaket. Namun mengambil semangat optimis tahun 2011 untuk mengorak langkah lebih serius dalam industri fesyen tempatan maka Anizam Yusof, 28, mengubah penampilan.

"Saya memilih untuk berambut pendek kerana inginkan penampilan yang tampak ringkas dan kemas. Tetapi, soal pakaian saya masih mengekalkan konsep kasual atau semiformal. Koleksi baju T, jaket, seluar jean dan seluar bermuda antara item fesyen kegemaran saya.

"Saya sudah terbiasa dengan imej sebegini. Sebab itu jika diperhatikan kebanyakan rekaan busana yang saya hasilkan bagaikan refleksi pada personaliti dan penampilan saya," tutur Anizam sambil tangannya sibuk membetulkan bahagian belakang pada sehelai dres merah jambu terang.

Bicara anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu ada kebenarannya. Menyelak satu-persatu helaian busana yang tergantung kemas di studionya rata-rata rekaan Anizam lebih tertumpu pada permainan warna dan teknik jahitan menawan berbanding sarat dengan perincian.

Bagi Anizam yang pernah menyertai program realiti Project Runway Malaysia musim pertama, dia berpegang pada pendirian bahawa kecantikan sehelai busana bukan diukur pada kepadatan labuci, manik atau permata.

Sebaliknya, busana perlu diserlahkan dengan pemilihan fabrik, warna dan paten yang ideal mengikut personaliti si pemakai, melainkan pakaian pengantin yang memerlukan perincian ekstra.

Ternyata percubaan Anizam membuahkan hasil. Buktinya, majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2009, penggemar rona hijau itu telah dinobatkan sebagai Pereka Pakaian Wanita Terbaik bagi busana yang direka buat pelakon Lisa Surihani dan Pereka Fesyen Paling Popular bagi sut formal yang dipakai pelawak, Zizan.

Mengangkat tema warna pada ABP 2009 berkenaan, dres labuh rona jingga yang digayakan Lisa, menambat hati dan perhatian juri. Jelas Anizam, dia sengaja memilih warna tersebut kerana ia unik dalam menyuntik kelainan.


ANIZAM (kanan) bersama barisan model sewaktu menjayakan pertunjukan fesyen Stylo 2011.


"Warna jingga dan fabrik polos sudah memadai untuk menyerlahkan penampilan Lisa yang bertubuh genit dan berkulit cerah.

"Tetapi bagi mengelakkan penampilan Lisa tampak terlalu ringkas, saya hanya meletakkan perincian di bahagian leher dan di pinggang busana.

"Tidak dinafikan kemenangan yang dikecapi di ABP 2009 memberi sinar baru dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk memantapkan diri dalam industri fesyen.

"Rezeki saya semakin bertambah dan ramai pihak mula mengenali Anizam Yusof," jelas Anizam yang turut memberitahu segelintir individu yang sebelum ini memperlekehkan kebolehannya mula membuka mata.

Fesyen Barat

Bercerita lanjut mengenai kariernya, Anizam yang dilahirkan pada 30 November 1983 , menyatakan sebagai pereka tidak wajar dia mereka pakaian tanpa mengambil kira faktor sekeliling. Kajian demi kajian tentang trend fesyen sentiasa dilakukan bermula daripada aspek fabrik, warna, perincian dan potongan.

Tutur Anizam yang gemar menyanyi: "Biasanya, setiap tahun sebelum memikirkan idea lakaran dan memilih fabrik, saya terlebih dahulu meneliti palet warna yang menjadi pilihan kelompok pereka fesyen di Barat.

"Ingin saya tegaskan, saya cuma mengikut palet warna yang ditetapkan tetapi dari segi rekaan dan fabrik saya memilih yang bersesuaian dengan imej masyarakat dan cuaca tempatan.

Sambil melihat, kepingan-kepingan fabrik yang diletakkan di atas meja lakaran, Anizam menerangkan kadangkala tidak salah pereka Malaysia berpaksikan pada trend antarabangsa.

Lagipun umum mengetahui bahawa lambakan pakaian yang terdapat di sini kebanyakannya bermula dari Barat.

Jika mempunyai kelapangan, pereka yang berkulit sawo matang itu mengambil peluang pergi melancong ke Indonesia, Vietnam ataupun Bangkok. Aktiviti bercuti membolehkannya mendalami budaya dan fesyen di negara yang dilawati.

"Pada pengamatan saya, remaja di Bangkok cukup menggemari stail pakaian jalanan dan kasual serta vintaj. Sementara di Indonesia pula keistimewaannya terletak pada variasi kain renda dan rekaan busana kebaya mereka yang sarat dengan perincian yang mencerminkan budaya tradisional mereka," terang Anizam.

Anak Felda


DRES rona jingga yang digayakan pelakon Lisa Surihani telah menobatkan Anizam sebagai Pereka Pakaian Wanita Terbaik ABP 2009.


Ditebak soalan, mengapa bidang fesyen menjadi pilihan, Anizam yang pernah mereka pakaian buat selebriti Scha AlYahya dan Liyana Jasmay, memberitahu semuanya berlaku tanpa diduga.

Dilahirkan di Felda Linggiu, Kota Tinggi, Johor, Anizam sentiasa berusaha gigih dan belajar bersunguh-sungguh supaya dapat menempatkan diri di menara gading.

Dek terlalu meminati bidang seni yang tersemai sejak sekolah rendah secara tidak langsung mendorong Anizam memilih jurusan grafik dan seni sewaktu mengisi borang permohonan melanjutkan pengajian di universiti.

"Sebenarnya, saya bercita-cita bergelar pereka grafik, namun surat tawaran yang diterima daripada pihak universiti menyatakan sebaliknya.

"Saya terpilih melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Rekaan Kasut. Pada mulanya, saya ingin menolak tetapi berkat sokongan keluarga saya teruskan jua.

"Pesan ayah, peluang yang datang tidak wajar disia-siakan kerana belum tentu pada masa depan saya diberi peluang yang sama.

"Saya mengikut kata-kata ayah kerana pada masa yang sama bertekad untuk membuktikan bahawa anak Felda seperti saya juga boleh berjaya," luah Anizam yang kecewa dengan persepsi dan kata-kata sinis segelintir individu yang memperlekehkan anak-anak Felda.

Mereka berpendapat anak Felda hanya sinonim dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan terlibat dalam kegiatan negatif seperti menghisap dadah dan merempit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elemen relaks Ted Baker

Posted:

Elemen relaks Ted Baker

Elemen relaks Ted Baker


BARISAN model yang menjayakan pertunjukan fesyen musim bunga dan panas Ted Baker yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH tiba masanya untuk jejaka dan wanita yang menggemari kelainan bersama gaya terkini musim panas yang ditawarkan Ted Baker. Koleksi pakaian untuk si jejaka pada musim bunga/panas tahun ini dilihat lebih lembut, relaks tanpa mengabaikan elemen tradisional.

Sentuhan klasik pada tekstur fabriknya termasuk pada rekaan blazer linennya sesuai dipadankan dengan seluar pendek, atau koleksi kain kapas chinos yang berkualiti tinggi.

Koleksi ini tidak melupakan kemeja polos yang diberi perincian dan warna yang kontras.

Untuk gaya malam, ton warna kelabu dan ungu gelap digabungkan dengan tekstur yang cantik bagi mencipta penampilan yang hebat, termasuk suntikan warna-warna terang.

Koleksi Ted Baker 2011 dilihat lebih kemas dengan warna kelabu dan biru gelap tetapi mempunyai kontras lapisan jacquard yang mewujudkan gaya formal alternatif dan moden.

Koleksi Global pula menampilkan pembaharuan pada gaya pemakaian tradisional Inggeris. Jaket mewahnya diberi cetakan Itali dan jacquard yang disuai padan dengan denim warna gelap.

Sementara itu, koleksi musim bunga/panas untuk wanita Ted Baker tampil penuh variasi warna, cetakan dan gabungan beberapa fabrik yang lembut, bersiluet, ringan serta jarang.

Pilihan gaya untuk wanita menampilkan sisi feminin tetapi pada masa sama cetakan digitalnya yang jelas memberikan impak warna kepada dres, kemeja dan seluar selanjar serta playsuit.

Warna terang yang eksotik disesuaikan dengan warna-warna pastel yang lembut menjadi signatur musim ini. Bunga ros, pepatung dan burung ditampil sebagai penyeri atau aksesori sampingan.

Fabriknya juga tampil kontras termasuk panel sutera pada jerutan dan fabrik kulit yang lembut pada jersi bagi mencipta kelainan pada rekaan Ted Baker.

Rekaan itu kaya dengan perincian dan fabrik mewah. Ia dapat dilihat pada rekaan Langley Court yang mencipta kelas baharu pada penampilan sofistikated dan glamor.

Hiasan yang berkelipan dan batu-batuan yang digabungkan dengan cetakan turut mencipta palet warna yang bergaya.

– ROSMALINA ABD. KADIR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilauan emas Habib

Posted:

Kilauan emas Habib

Kilauan emas Habib


GELANG tangan bertatah batu-batu merah delima antara pilihan ideal untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.


PADA zaman dahulu, puak Inca, masyarakat kuno Amerika Utara mempercayai bahawa emas adalah air mata matahari kerana memiliki keunggulan dan keagungan yang tertinggi.

Mereka turut menyifatkan emas sebagai simbol kemewahan dan mendapat perhatian masyarakat sejak zaman berzaman selain dijadikan sebagai mata wang.

Masyarakat kuno Inca turut mengaitkan emas adalah simbolik pada ketulenan, kekuatan dan berkaitan unsur-unsur kepercayaan ketuhanan serta kelas bangsawan.

Atas alasan itu jugalah ada pemerintah sanggup bertempur dan berperang demi perubatan emas untuk mencapai kedudukan tertinggi.

Hari ini, seiring peredaran zaman emas merupakan medium penting untuk menghasilkan aksesori wanita. Bagi kebanyakan wanita, menghias diri dengan kilauan emas dan batu permata membantu menyuntik pesona diri.

Pada hari ini, wanita mempunyai pelbagai pilihan aksesori yang diperbuat daripada emas. Keindahan koleksi barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan sepasang anting-anting mampu menyerlahkan penampilan seseorang apabila dipadankan bersama busana polos.

Sehubungan itu, syarikat pembuatan dan penjualan barangan kemas bumiputera terulung, Habib Jewels menganjurkan Sambutan Pesta Emas 2011 di semua rangkaian butiknya.

Habib Jewels yang diasaskan sejak tahun 1958 menawarkan aksesori emas yang hadir dalam pelbagai bentuk, motif dan warna. Antaranya loket emas bersama paduan emas putih, rantai tangan koleksi Charm yang dihias butir-butir emas dan gelang tangan yang sarat dengan corak.

Rekaan dan corak aksesori Habib yang terbaharu itu turut menampilkan motif flora dan fauna yang bersesuaian dengan cita rasa wanita zaman moden.

Sehubungan itu, jangan lepaskan meraikan Pesta Emas 2011 di butik Habib di seluruh negara sambil menikmati potongan harga istimewa bagi emas 24 karat dan emas 22 karat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 18 Apr 2011 09:08 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jadi 'mata' kerajaan

Posted:

Jadi 'mata' kerajaan

Jadi 'mata' kerajaan

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


Halimah Mohamed Sadique (dua, kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Misnah Hassan di Bangunan GPW Felda Bukit Besar, Kulaijaya, Johor, baru-baru ini.


KULAIJAYA 17 April - Kepimpinan peringkat akar umbi diwujudkan sebagai mata dan telinga kerajaan bagi mengenal pasti masalah dalam kehidupan masyarakat dan menghulurkan bantuan sewajarnya kerana tanggungjawab tersebut tidak semestinya digalas kepimpinan tertinggi sahaja.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pemimpin di peringkat kampung seharusnya lebih prihatin membuat laporan terperinci kepada kerajaan mengenai nasib rakyat dan pembangunan yang diperlukan masyarakat.

"Selain itu mereka juga perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited merancang serta membangunkan kampung sekali gus membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi keluarga," katanya di majlis penyerahan cek di Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Bukit Besar, di sini baru-baru ini.

Hadir sama ketua-ketua masyarakat di kawasan sekitar termasuk Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin; Ketua Kampung Felda Bukit Besar, Raya Rabu dan Pemangku Ketua UMNO cawangan Felda Bukit Besar, Othman Robani.

Peruntukan sebanyak RM100,000 telah diluluskan dan diserahkan kepada Pengerusi GPW Felda Bukit Besar, Misnah Hassan, bagi pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf dan baikpulih bangunan GPW Felda Bukit Besar.

Halimah turut menyatakan harapan tinggi masyarakat desa kepada Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat tanpa mengira suku kaum, amalan agama mahupun fahaman politik dan tidak menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kelulusan permohonan Masjid Jamek Felda Bukit Besar untuk membina dataran kejat, membeli dua set khemah dan sebuah van jenazah selain pemberian sumbangan RM5,000 untuk pembelian makanan dan benih ayam kampung kepada pertubuhan belia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan biar lembu berkeliaran

Posted:

Jangan biar lembu berkeliaran

Jangan biar lembu berkeliaran

MERSING 17 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman mahu penternak lembu sekitar Kampung Penyabong, mengawasi ternakan mereka agar tidak berkeliaran di jalan raya kerana ia berisiko meragut nyawa pengguna jalan raya.

Menurut beliau, isu berkenaan bertambah serius akhir-akhir ini walaupun sudah berkali-kali diberi peringatan dan amaran.

"Hal begini tidak harus dibiarkan kerana ia amat menyusahkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu dan penternak perlulah menjaga haiwan ternakan mereka kerana adalah menjadi satu kesalahan jika ia menimbulkan sebarang masalah kepada orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kehadiran lembu-lembu ini mengganggu perjalanan kenderaan terutama waktu malam apabila haiwan ternakan ini tidur di atas jalan raya sekali gus menimbulkan risiko kemalangan dalam keadaan yang gelap.

Selain itu, ternakan berkenaan dipercayai memakan tanam-tanaman yang dimiliki penduduk dan ini menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zainal Abidin mengakui dalam mesyuarat yang diadakannya baru-baru ini, tiada seorang pun dari penternak-penternak lembu berkenaan yang hadir.

"Kampung Penyabong yang dikenali dengan keindahan pemandangan laut dan pulau ini sentiasa dikunjungi pelancong dan berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan pada masa akan datang, tetapi apabila ia dicemari dengan pemandangan lembu dan najisnya, apa kata pelancong nanti?" kata beliau lagi.

Beliau menegaskan, pemeliharaan ternakan lembu di kawasan Endau tidak disekat atau dihalang kerana bekalan daging amat diperlukan bagi mengelakkan lembu yang diimport dari India memasuki negeri ini.

Jelasnya, pemantauan akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dengan tindakan operasi tertentu bakal dijalankan berikutan aduan dari orang ramai yang bimbang bertembung haiwan itu di jalan raya dan kemusnahan tanaman penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 18 Apr 2011 09:03 AM PDT

Utusan Online - Feminin


RM5,000 menanti Ratu Kebaya

Posted:

RM5,000 menanti Ratu Kebaya

RM5,000 menanti Ratu Kebaya

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my


Gambar hiasan: Bengkel cantik sihat pancaindera 2011 istimewa kerana menyediakan pertandingan Ratu Kebaya.


Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera membuka peluang kepada semua wanita untuk merebut hadiah bernilai RM5,000 melalui pertandingan Ratu Kebaya yang diadakan sempena program Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2011 di seluruh negara.

Acara yang dianjur bersama produk jamu terkenal, Jamu Mak Dara ini dibuka kepada semua wanita berusia 18 tahun ke atas.

"Kita memberi peluang kepada semua wanita yang suka kepada motivasi ke arah hidup sihat dan bahagia menyertai program ini.

"Sebagai penganjur acara, sudah tentunya kami amat terharu dan berbangga kerana semenjak diadakan lebih empat tahun lalu, Bengkel Cantik Sihat Pancaindera terus mendapat sambutan yang memberangsangkan," kata Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Bengkel Cantik Sihat Pancaindera telah dimulakan semenjak tahun 2007 dan ia telah disertai oleh lebih 10,000 wanita di seluruh negara semenjak diadakan.

Acara akan diisi dengan sesi motivasi kecantikan yang akan dikelolakan oleh pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib sendiri.

Dalam sesi ini, peserta juga berpeluang menggali petua kebahagiaan rumah tangga bersama ibu Halimah termasuk langkah-langkah senaman yang betul khusus buat golongan wanita yang prihatin dengan penjagaan bentuk tubuh.

Tidak cuma Jamu Mak Dara, peserta juga akan didedahkan dengan tips kecantikan dan teknik solekan daripada produk kosmetik terkenal Forest's Secret.

Antara pengisian di dalam slot bersama Forest's Secret ialah teknik solekan ke pejabat dan majlis makan malam yang dikendali Ketua Pegawai Eksekutif jenama berkenaan, Intan Hyriatee Mohd Zawai.

Bagi memberi kelainan kepada acara, penganjur juga mempelawa peserta untuk menyertai pertandingan Ratu Kebaya yang turut diadakan bersempena bengkel tersebut.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini terbuka kepada seluruh wanita yang berminat tanpa mengira saiz badan.

Bukan hanya dibuka kepada wanita yang berbadan langsing, wanita yang bersaiz L atau XL dipelawa tanpa sebarang prejudis.

"Pemenang utama menerima wang tunai RM5,000, diberi peluang muncul dalam iklan Jamu Mak Dara, selain insentif melancong secara percuma dan layanan spa kelas pertama di salon kecantikan kami," kata Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gaddaffi Syed Ali.

Bakal diadakan di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang pada 30 April 2011, juara peringkat saringan kedua ini berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500 serta hamper bernilai RM100 termasuk cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 dan hamper.

Juara dari setiap negeri secara automatik layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel dengan yuran penyertaan RM80 ini boleh menghubungi talian 019-2247191 (Kelly) dan 017-3448624 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anda calon yang dicari?

Posted:

Anda calon yang dicari?

Anda calon yang dicari?

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Pemenang-pemenang Pencarian Model Estée Lauder 2010.


Joan Smalls, Liu Wen, Hilary Rhoda, Coralyn Murphy, Paulina Porizkova, Elizabeth Hurley dan Constance Jablonski. Apakah persamaan yang dimiliki oleh semua jelitawan dunia ini?

Selain memiliki kejelitaan, mereka merupakan duta Estee Lauder yang dicari melalui sebuah pertandingan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pertandingan Pencarian Model Estee Lauder 2011 akan kembali. Pertandingan ini memberi peluang kepada wanita tampil di atas pentas dan menonjolkan kejelitaan serta personaliti.

Berbeza dengan pertandingan tahun lalu, tahun ini ia akan mencari duta gadis (It Girl) khusus untuk koleksi Pure Color.

Sebagai elemen penting dalam seni solekan, warna-warna boleh membawa perbezaan dari segi perasaan dan ketrampilan anda. Atas dasar inilah pertandingan ini mahu mencari dua wanita yang melambangkan ciri Pure Colur ialatu periang, glamor dan moden.

Pencarian ini akan berlangsung menerusi siri jelajah bermula pada 25 April ini di pusat-pusat membeli-belah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan boleh mendaftar pada sesi makeover Estée Lauder dengan pakej pembelian RM300 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Pada sesi itu, penata gaya profesional dari Estée Lauder akan merubah penampilan anda di samping khidmat nasihat memilih busana yang sesuai untuk gaya seorang model menerusi sesi fotografi potret.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai tempat dan tarikh pendaftaran boleh melayari laman web www.esteelaudermodelsearch.com.my.

Bibir merah

Dalam pada itu, Pure Color melancarkan koleksi 35 warna-warna lipstik dengan dua formula dirumus khas

"Semua pasti jatuh cinta dengan lipstik ini - ia bukan sekadar nampak cantik, ia menonjolkan kemekaran bibir anda," ujar Pengarah Mekap Kreatif Estée Lauder, Tom Pecheux.

Estée Lauder dan Tom Pecheux memperkenalkan lipstik Pure Color baru, yang menggabungkan fesyen dan teknologi dengan dua formula baru lagi mewah bagi menyerlahkan penampilan bibir moden. Warnai bibir anda dengan dua formula baru Lipstick Pure Color Long Lasting dan Lipstick Pure Color Crystal untuk menghasilkan penampilan serba baru lagi berani dengan mengembalikan semula keghairahan minat terhadap lipstik. Formula berprestasi tinggi ini didatangkan dalam palet pelbagai warna yang menjanjikan penampilan bibir menarik sesuai untuk pelbagai acara daripada warna lembut hingga merah menyala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 18 Apr 2011 02:05 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Lenyapkan tompok hitam

Posted: 17 Apr 2011 05:59 PM PDT

Ratu

Jaga kulit perlu tumpuan sepanjang masa

BINTIK hitam, kekeringan dan kesan parut akibat sinaran cahaya matahari serta pencemaran alam pasti menghantui kehidupan harian. Tambahan pula tinggal dalam negara Khatulistiwa dengan suhu panas dan lembap sepanjang tahun, mustahil untuk menghalang wajah daripada sinaran cahaya matahari ini.

Pendedahan keterlaluan menyebabkan kulit menghasilkan lebihan melanin sekali gus menggelapkan sel kulit dan mewujudkan apa yang disebut sebagai bintik hitam dan kesan parut. Selain faktor di atas, bintik hitam juga wujud disebabkan gaya hidup serta tekanan seharian. Apabila seseorang wanita tertekan, mereka akan menghasilkan lebih banyak melanin dalam tubuh mereka. Kulit juga mudah menjadi kering apabila kerap terdedah dengan cahaya matahari. Justeru, tidak hairan mengapa wanita Asia cenderung menggunakan produk pemutihan, pelembap dan pelindung matahari dalam rutin penjagaan wajah seharian bagi penjagaan serta mengembalikan kesamarataan warna kulit.

Semua itu perlu kerana pastinya anda tidak mahu kulit tampak cela. Hakikatnya, penjagaan kulit bukan sehari dua atau waktu tertentu saja tetapi perlukan tumpuan sepanjang masa.

Dua fungsi
PRODUK L'Oreal Paris White Perfect Day & Night Spot Corrector membantu melindungi serta memperbaiki struktur kulit terutama bintik hitam dan kesan parut.
Inovasi tinggi dalam pembuatan mewujudkan dua fungsi iaitu untuk kegunaan siang dan malam. Kandungan melanin-vanish memberi 50 kali lebih kesan melindungi kulit hanya dengan satu titis berbanding penggunaan produk MelanoBlock. Ini dapat membantu menjadikan kulit kembali semula jadi, sekata dan bercahaya.

Gunakan pada waktu siang dan malam pada bahagian wajah yang ingin dirawat dan lihat hasilnya. Gunakan bersama L'Oreal Paris White Perfect Day SPF17PA++ untuk lebih perlindungan ultra ungu dan daya lembapan kulit.
Harga: RM39.90

Tompok hitam lenyap

VICHY berkongsi rahsia 'senjata' terkini bagi melenyapkan tompok hitam yang menjadi 'musuh' pada kulit wajah. Senjata itu adalah Bi-White Reveal Deep Cell-Whitening Spot Intervention yang mensasarkan menghilangkan tompok hitam degil dan parut jeragat.

Produk itu ada lima kali lebih kepekatan LHA dan lebih dua kali kepekatan bersama rumusan Ceramide White. Terdapat juga rumusan kunci penumpuan segera yang semestinya lebih berkesan bagi melenyapkan tompok hitam dan parut jeragat.

Produk yang dibangunkan untuk semua jenis kulit termasuk kulit Asia sensitif turut diperkayakan dengan vitamin CG seperti air spa thermal Vichy. Ini supaya ia berterusan melindungi kulit daripada serangan luar yang boleh merosakkan kulit dan pada masa sama, melembutkan serta menyihatkan kulit.
Harga: RM99

Penjagaan kulit kering

EUCERIN Aquaporis Active menampilkan rangkaian empat versi produk bagi penjagaan intensif kelembapan yang boleh digunakan mengikut keperluan individu. Produk berkenaan ialah Aquaporin Active Light bagi kulit normal hingga kulit gabungan, Aquaporin Active SPF15 + UVA, untuk kulit normal dan Aquaporin Active Eye dibangunkan khusus untuk kegunaan pada bahagian mata.

Dengan menggunakan secara rutin kulit segera dan berpanjangan lembap, sekali gus meningkatkan penampilan. Selain itu kulit juga berasa lembut, anjal dan segar. Produk berkenaan meresap cepat dan juga sesuai untuk kulit sensitif, malah semua krim itu boleh dijadikan asas mekap.
Harga: RM62.90 hingga RM69

Kulit lebih muda

RAWATAN oksigen untuk mendapatkan kulit muda dan bertenaga sudah pun popular di Hollywood sejak beberapa tahun lalu. Rawatan itu adalah penjagaan kulit untuk memperbaharui sel dalam kulit dan tubuh.

Menggunakan kebaikan itu, diperkenalkan Nivea Visage Oxygen Power Day Care dan Nivea Visage Oxygen Power Night Care yang mengandungi kandungan 15 peratus oksigen diperlukan untuk kulit. Ini penting kerana untuk berfungsi dan kekal sihat, epidermis yang berada di lapisan paling atas kulit perlukan oksigen dari udara sekitar yang kita bernafas. Walaupun udara mengandungi 21 peratus oksigen, kulit kita hanya boleh menyerap satu peratus daripada udara sekitar.

Selain itu, Oxygen Power Day Care turut mengandungi antioksidan, vitamin E serta penapis UVA dan UVB bagi mengurangkan penuaan pramatang. Oxygen Power Night Care pula diperkaya dengan kelembapan Panthenol yang menyegarkan kulit.

Turut didatangkan ialah Nivea Visage Oxygen Cleansing Gel yang menyediakan kulit untuk menyerap oksigen. Pembersih gel itu membersih secara mendalam pada pori-pori dan menanggalkan mekap secara lembut.
Harga: RM18.90 hingga RM42.90


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pusat kecantikan sehenti Felisa

Posted: 17 Apr 2011 05:25 PM PDT

Ratu

PELBAGAI barangan dijual di pusat sehenti Felisa Cosmetic.

PELBAGAI barangan dijual di pusat sehenti Felisa Cosmetic.

Penuhi pelbagai keperluan wanita

SELEPAS lebih sedekad menempa nama sebagai antara pengeluar produk rawatan kulit dan kosmetik unggul keluaran tempatan, Felisa Cosmetic Sdn Bhd (Felisa Cosmetic) akan memperkukuhkan jenamanya dengan memperkenalkan konsep serta wajah baru salunnya kepada pusat kecantikan sehenti wanita.

Melalui konsep baru itu, salun Felisa Cosmetic akan tampil sebagai pusat kecantikan sehenti wanita lebih menyeluruh dan lengkap yang bakal menawarkan pelbagai barangan keperluan wanita dengan jenamanya sendiri di bawah satu bumbung, termasuk rangkaian produk jamu, koleksi tudung rekaan terbaru, kerongsang eksklusif, selain pelbagai produk set penjagaan kulit dan kosmetik sedia ada. Pengurus Pemasarannya, Fara Ariffin, berkata Felisa Cosmetic tampil dengan pengenalan konsep serta produk baru berkenaan seiring dengan perubahan zaman dan demi memenuhi cita rasa wanita kontemporari yang mementingkan aspek mudah, selesa dan variasi.

Fara berkata, wajah baru salun Felisa Cosmetic itu adalah antara perubahan yang dilakukan pihaknya untuk kepuasan pelanggan setia mereka selain `menawan' pelanggan baru dari pelbagai peringkat usia dan bangsa.

"Felisa Cosmetic bermula sebagai syarikat yang sederhana dalam pasaran kecantikan di Malaysia dan kini produk keluaran kami sudah mempunyai pelanggan serta pengikut setia sejak jenama ini ditubuhkan di Kluang, Johor pada 1997.

"Namun, industri kecantikan itu sentiasa berubah-ubah dengan pelbagai aliran dan inovasi terbaru boleh diperoleh dengan mudah di pasaran membuatkan selera masyarakat sudah tentu mengalami evolusi dan dahagakan pembaharuan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, terutama kecantikan.
"Mengambil semangat itu, pada 2011 ini, Felisa Cosmetic menganggap sudah sampai masanya untuk melakukan transformasi pada salun kami kepada pusat kecantikan sehenti wanita, yang lebih lengkap dan menyeluruh dengan menawarkan pelbagai keperluan wanita dengan jenama kami sendiri di bawah satu bumbung," katanya.

Fara berkata, buat permulaannya konsep baru itu akan dimulakan di salun cawangan Felisa Cosmetic di Kluang, Johor, bagi tujuan percubaan selain mendapatkan reaksi dan maklum balas pelanggan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Katanya, bagi menarik perhatian pelanggan terhadap wajah baru dan konsep salun yang lebih kontemporari ini, pihaknya akan memperkenalkan koleksi tudung dengan rekaan terkini dengan jenama sendiri selain menyediakan kerongsang sepadan yang boleh disesuaikan dengan tudung berkenaan.

"Malah, mulai penghujung April ini, pelanggan boleh mendapatkan set rangkaian jamu keluaran kami yang antara lain akan menyediakan produk termasuk kapsul peramping badan, Herbanika Cuci; Rapat Plus Kacip Fatimah untuk penjagaan kesihatan wanita; Tongkat Ali khusus untuk pelanggan lelaki serta jamu resdung.

"Bagaimanapun, kami juga akan tetap menjual rangkaian kosmetik dan produk rawatan kulit Felisa Cosmetic, yang sejak sekian lama mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutamanya set rawatan kulit berjerawat, set jeragat dan set kulit tak sekata.

"Ia membabitkan produk seperti Facial Cleansing Foam dan Opaque soap sebagai pencuci, SF lotion sebagai penyegar dan Foundation bagi mengimbangi kembali kelembapan kulit, selain kekal menyediakan khidmat rawatan kulit dan tubuh badan di salun dan cawangan kami.

"Produk Felisa Cosmetic yang berasaskan AHA daripada asid buah-buahan seperti tebu, epal, anggur, lemon dan susu yang diperam ternyata berjaya mengembalikan keremajaan kulit pelanggan kami selain peranan AHA yang diketahui mampu mencerahkan kulit, mengimbangi warna kulit, mengurangkan garis halus serta mengawal kulit berminyak, kekal mendapat sambutan pelanggan dan popular di pasaran," katanya.

Fara optimis, pembaharuan yang dilakukan Felisa Cosmetic terhadap salun serta pengenalan rangkaian produk barunya yang lebih menyeluruh itu bakal menjanjikan peluang perniagaan lebih luas kepada golongan yang sentiasa tercari-cari peluang untuk meneroka bidang kecantikan.

"Seiring dengan konsep dan pengenalan produk baru yang lebih dinamik ini, kami di Felisa Cosmetic turut memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar kami dengan menghubungi saya sendiri di talian 017-7030166 atau 03-4292 2744 bagi maklumat lanjut.

"Apa yang pasti, ini adalah peluang buat mereka yang berminat untuk berkembang bersama kami dalam dunia kecantikan apatah lagi sejak ditubuhkan pada 1997, Felisa Cosmetic berjaya menghasilkan produk kecantikan serta rawatan kulit dan tubuh badan melalui percantuman inti-tradisional dan minda sains membabitkan produk penjagaan kulit wajah, rambut, badan dan juga produk kosmetik yang mendapat sambutan hebat masyarakat.

"Malah, sehingga kini, kami mempunyai 35 cawangan salun di seluruh negara dan 125 pengedar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei," katanya.

Fara berkata, Felisa Cosmetic hanya memperkenalkan rangkaian kosmetik mereka sendiri pada 2000 dengan rangkaian produk seperti gincu bibir, bedak kompak (compact powder), loose powder, make-up base foundation, maskara, pensil kening serta set lengkap alat solek, tetapi terus mendapat sambutan dan permintaan daripada masyarakat walaupun pelbagai jenama baru diperkenalkan di pasaran.

"Oleh itu, sebagai menghargai sokongan pelanggan setia kami yang tidak putus-putus memberi sokongan, Felisa Cosmetic kini menawarkan harga promosi ke atas semua produk kosmetik, termasuk gincu bibir kami yang boleh dibeli dengan harga hanya RM7. Bagaimanapun, tawaran ini sah sehingga 30 April ini saja," katanya.

Meletakkan kepuasan pelanggan di tangga pertama, Fara berharap, sokongan hebat yang diberikan masyarakat terhadap segala produk dan perkhidmatan disediakan Felisa Cosmetic di semua cawangan salun dan pengedarnya akan berterusan.

"Pengenalan konsep, wajah dan rangkaian produk baru di salun kami adalah antara usaha yang dilakukan bagi menjadikan Felisa Cosmetic kekal relevan dan terpahat dalam hati setiap pelanggan. Apa yang pasti, kami akan terus memastikan jenama ini kekal sinonim dengan moto 'Seni Kecantikan Asli' selama-lamanya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pemotoran

Posted: 17 Apr 2011 11:45 PM PDT

Utusan Online - Pemotoran


Terasa seperti juara

Posted:

Terasa seperti juara

Terasa seperti juara

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
bisnes@utusan.com.my (Yang mengikuti pandu uji Chevrolet Cruze di Thailand baru-baru ini)


Pelancaran Chevrolet Cruze di Rayong Thailand.


DIBERI peluang menaiki kereta juara Kejohanan Jelajah Kereta Dunia (WTCC) 2010, sememangnya sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran apatah lagi yang memandu disebelah pula adalah juara dunia.

Pengalaman berkereta bersama-sama Yvan Muller, 41, juara WTCC 2010 yang memandu Chevrolet Cruze 2.0 di seluruh musim lalu, amat mengkagumkan dan memberikan pengalaman berharga buat penulis.

Walaupun sekadar mengelilingi dua pusingan di Litar Perlumbaan Bira, Pattaya, Thailand, baru-baru ini, gaya pemanduan oleh juara bertahan WTCC ini cukup tenang ketika menukar gear dan mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi, sehingga penulis sendiri tidak berasa gugup.

Malah, lebih seronok apabila dapat merasakan tekanan graviti yang kuat apabila badan melekat pada tempat duduk terutama ketika memecut dan mengambil selekoh tajam.

Mungkin pengalaman selama 22 tahun dalam sukan permotoran menjadikan Muller yang berasal daripada Altkirch, Perancis, lebih matang dalam bidang berkenaan.

Kesemua wakil media yang diterbangkan khas dari Malaysia, Jepun, Filipina, Indonesia dan Thailand diberi peluang untuk duduk di sebelah juara itu.

Selain itu, wakil media juga dijemput oleh General Motors Thailand untuk menyaksikan lebih dekat keluaran jentera perlumbaannya yang diasaskan kepada kenderaan sedan iaitu Chevrolet Cruz.

Ketika ditanya tentang jentera lumbanya, Muller mengakui bahawa beliau begitu kagum dengan Cruze dan menyifatkannya sangat sesuai dengannya, sambil menyatakan bahawa WTCC 2011 ini akan menggunakan enjin baharu 1.6 liter berkuasa turbo.

Jentera itu dijanakan enjin terbaru empat silinder, sesaran 1.6 liter dengan pengecas turbo yang berkeupayaan menghasilkan 310 kuasa kuda (hp) dan turut dipadankan transmisi jujukan enam kelajuan.

Berat 1,150 kilogram itu mampu menstabilkan kenderaan tersebut untuk memecut sehingga 268 kilometer sejam.

Bagaimanapun, bentuknya lebih besar sedikit berbanding model asal dengan struktur yang diperkuatkan serta diterapkan rekaan aerodinamik.

Muller berkata, bimbingan dan kerjasama berpasukan adalah faktor penting untuk memenangi kejuaraan itu walaupun baru setahun beliau menyertai pasukan Chevrolet Cruze WTCC.

"Untuk mengekalkan kejuaraan tahun ini, saya perlu bersikap tidak yakin kerana ia akan membantu supaya tidak melakukan kesilapan dalam pertandingan," katanya.

Beliau mula berjinak-jinak dengan sukan permotoran sejak berumur 19 tahun dalam Formula Renault dan Formula Tiga Perancis sebelum beralih arah kepada perlumbaan jelajah selepas enam tahun kemudian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 17 Apr 2011 11:22 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Kekalkan bayaran BISP sehingga 2016

Posted:

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak memansuhkan Bayaran elaun Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diura-urakan akan dihentikan mulai tahun hadapan. ... Berita Penuh

SEPULUH penyertaan sekolah terbaik dari seluruh negara telah dipilih ke peringkat kedua Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan dan akan dibawa ke Amerika Syarikat (AS) bagi proses pemilihan pemenang utamanya.... Berita Penuh

SIKAP penduduk yang kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan diri, keluarga dan tempat tinggal dikenal pasti sebagai salah satu punca utama kepada penularan kes denggi yang semakin meningkat.... Berita Penuh


Pernah suatu pagi, ketika Aziim dan Amin berjalan kaki ke sekolah. Aziim berlari meninggalkan Amin jauh di belakang. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba Aziim di ganggu sekumpulan pelajar yang nakal. Mereka mengusik dan mengacau Aziim. Lantas dalam ketakutan, Aziim berlari mendapat Amin semula dan terus mengadu kepadanya.... Berita Penuh

Tanggal 19 Februari 2011 pasti menggamit kenangan yang cukup bermakna kepada Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim apabila beliau dianugerahkan Fellow Kehormat pada majlis konvokesyen Universiti John Moores Liverpool di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.... Berita Penuh

TIADA siapa menyangka Kuala Pahang yang sebelum ini dipenuhi timbunan bukit pasir, bertukar wajah apabila kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) beroperasi di kawasan itu sejak Julai tahun lalu.... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 reka bentuk kapal angkasa terbaik ke AS

Posted:

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak memansuhkan Bayaran elaun Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diura-urakan akan dihentikan mulai tahun hadapan. ... Berita Penuh

SEPULUH penyertaan sekolah terbaik dari seluruh negara telah dipilih ke peringkat kedua Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan dan akan dibawa ke Amerika Syarikat (AS) bagi proses pemilihan pemenang utamanya.... Berita Penuh

SIKAP penduduk yang kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan diri, keluarga dan tempat tinggal dikenal pasti sebagai salah satu punca utama kepada penularan kes denggi yang semakin meningkat.... Berita Penuh


Pernah suatu pagi, ketika Aziim dan Amin berjalan kaki ke sekolah. Aziim berlari meninggalkan Amin jauh di belakang. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba Aziim di ganggu sekumpulan pelajar yang nakal. Mereka mengusik dan mengacau Aziim. Lantas dalam ketakutan, Aziim berlari mendapat Amin semula dan terus mengadu kepadanya.... Berita Penuh

Tanggal 19 Februari 2011 pasti menggamit kenangan yang cukup bermakna kepada Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim apabila beliau dianugerahkan Fellow Kehormat pada majlis konvokesyen Universiti John Moores Liverpool di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.... Berita Penuh

TIADA siapa menyangka Kuala Pahang yang sebelum ini dipenuhi timbunan bukit pasir, bertukar wajah apabila kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) beroperasi di kawasan itu sejak Julai tahun lalu.... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 17 Apr 2011 08:22 PM PDT

Harian Metro: Hati


Buah hidangan pemula

Posted: 10 Apr 2011 07:27 AM PDT

SEGAR...amalkan rutin membeli pelbagai jenis buah-buahan supaya tidak jemu.
SEGAR...amalkan rutin membeli pelbagai jenis buah-buahan supaya tidak jemu.

TIDAK suka buah-buahan? Malas membeli dan jarang sekali menu buah-buahan ada dalam hidangan di rumah.

Buah-buahan pun hanya disentuh ketika dijamu orang lain atau ketika menikmati hidangan bufet.

Memang sangat rugi jika tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan buah yang begitu banyak sekali khasiatnya. Bukan itu sahaja, buah sering dikatakan pembantu yang baik dalam mengekang obesiti daripada menimpa diri manusia.

Gaya hidup sihat bukan hanya dikaitkan dengan tabiat rajin bersenam tetapi juga mengamalkan pemakanan berhemah.


Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.


Jadi, budaya menjadikan buah sebagai pencuci mulut dan dihidang selepas habis makan harus dibuang sebaliknya jadikan ia sebagai hidangan pemula.

Kebanyakan buah-buahan mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium.

Buahan-buahan juga berserat tinggi yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan saja mudah disediakan malah mudah dihadam.

Sebenarnya ramai yang mengetahui kelebihan yang ada pada buah-buahan tetapi tidak berdisiplin mengambilnya.

Marilah melatih diri supaya menyukai buah dan memakannya secara rutin. Tanamkan azam supaya buah sentiasa ada dalam menu makan setiap kali dan sangat elok dijadikan kudapan ketika menunggu waktu makan utama.

  • Pastikan buah ada di dalam pembelian barang dapur setiap minggu.
  • Beli pelbagai jenis buah supaya tidak mudah jemu. Campurkan buah yang disukai dan tidak disukai supaya ia dapat dimakan bersama-sama.
  • Bawa buah-buahan ke pejabat sebagai bekalan supaya mudah menjadi kudapan.
  • Jadikan buah sebagai snek ketika menonton televisyen ataupun menonton wayang.
  • Ketika bosan melalui kesesakan jalan raya, makan buah seperti campuran hirisan mangga dan jambu, bukannya snek tidak berkhasiat yang banyak perasa makanan.
  • Sekiranya anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, latih diri berbuka dengan buah-buahan dan segelas air, kemudian terus bersolat Maghrib. Anda boleh lihat walaupun hanya buah yang dimakan, anda sudah boleh berasa kenyang.
  • Sekiranya anda tidak menyukai sesuatu buah walaupun buah itu berkhasiat tinggi contohnya betik dan pisang, cuba memakan dengan cara mengisarnya. Dengan menjadikannya jus, anda tidak perlu melalui proses mengunyah.
  • Menjadikan buah sebagai jus adalah proses cepat dan mudah bagi mengambil buah.
  • Sekiranya mengadakan majlis pastikan salad buah-buahan menjadi menu utama supaya anda dapat menggalakkan pemakanan buah bersama kawan dan keluarga.
  • Walaupun buah berkhasiat tinggi, anda tetap tidak boleh memakannya secara berlebihan. Makan apa saja pun perlu bersederhana dan tidak melampau. Sekiranya anda berpenyakit terutama kencing manis, pastikan mendapat nasihat doktor sebelum memakan buah kerana ia mungkin memudaratkan.

    Resipi salad buah-buahan (sesuai untuk enam tetamu)

    Bahan:
    2 biji epal hijau (dipotong dadu)
    2 biji epal merah (dipotong dadu)
    1/2 kilo anggur merah
    1/2 kilo anggur hijau
    2 biji mangga (dipotong dadu)
    1 nanas (dipotong kiub)
    3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
    1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
    3 cawan yogurt (perisa yang disukai)

    Cara penyediaan:
    Semua buah-buahan digaul dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk. Hidang setelah tetamu datang dan makan bersama-sama.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rekaan inovatif

    Posted: 10 Apr 2011 07:18 AM PDT

    JIKA disebut saja namanya pasti ramai yang kenal kerana jenama bekas makanan ini sering dijadikan pilihan utama berbanding jenama lain yang ada di pasaran.

    Tupperware Brands Malaysia yang diyakini lebih daripada 60 tahun dikenali dengan bekas makanan serta botol air yang direka khusus bagi menjaga alam sekitar dengan mengurangkan pengumpulan dan timbunan sampah. Sesuai dengan buatannya daripada material terpilih dan tahan lama, jenama Tupperware lebih digemari kerana mengambil kira pelbagai aspek berkaitan kesihatan dengan kebanyakan bahannya bebas kandungan toksik dan karsinogenik yang memudaratkan. Bagi menghargai pelanggannya, Tupperware memperkenalkan kempen terbarunya yang diberi nama The One Touch Air Tight Challenge sempena penjualan terbaik bagi produk One Touch, baru-baru ini. Pengarah Pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Christine Wong, berkata tujuan kempen itu diadakan bagi menghargai pelanggan kerana sumbangan dan kepercayaan mereka yang menjadikan jenama ini sebagai penjual bekas makanan terbaik. Tambahnya, Tupperware Brands direka dengan rekaan yang inovatif bagi memberi manfaat kepada pelanggannya yang kini sudah berusia lebih 60 tahun. "Kempen ini diperkenalkan bagi menjelaskan kebaikan produk dengan cara yang lebih kreatif dan bermakna. "Inovatif adalah pencetus idea yang membawa kami untuk terus maju dan mengikat kami untuk mengekalkan tradisi sebagai peneraju utama bekas makanan," katanya. Bagi menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu menghantar SMS ke 012-7830790 menggunakan kata laluan Tupperware Airtight diikuti dengan nama peserta sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2011.


    Peserta ke-100, 200 dan 300 dengan jawapan yang betul akan menerima hamper daripada Tupperware bernilai RM50 dan akan memenangi telefon bimbit Samsung Galaxy sebagai hadiah utama cabaran ini jika berjaya. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cabaran itu, peserta boleh melayari laman web tupperwarebrands.com.my atau facebook.com/tupperwarebrandsmalaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 17 Apr 2011 03:41 PM PDT

    Utusan Online - Megabait


    Teknologi hijau jadi sandaran

    Posted:

    Teknologi hijau jadi sandaran

    Teknologi hijau jadi sandaran

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


    Antara komputer riba Fujitsu yang dilancarkan baru-baru ini.


    Tidak mahu ketinggalan dalam pasaran komputer riba dan komputer rumah, Fujitsu PC Asia Pacific, salah satu jenama komputer terkenal melancarkan 10 Lifebook terkini dan Esprimo EH300.

    Kedua-dua Lifebook dan Esprimo menggunakan pemprosesan Generasi kedua Intel Core dan platform AMD Fusion Brazos.

    Pemprosesan terkini digunakan bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam kecemerlangan media, peningkatan prestasi, keupayaan grafik dan penggunaan tenaga secara berkesan.

    Rangkaian Lifebook Siri S meliputi SH761 dan SH561, Siri N NH751, Siri P PH701 dan P771, Siri A AH531, Siri L LH701 dan LH531 dan Siri B BH531 merupakan model yang menggunakan pemprosesan Generasi kedua Intel Core.

    Lifebook baru ini menggunakan pemprosesan terkini akan meletakkan tanda aras baru bagi prestasi pengkomputeran, kelajuan dan keupayaan visual.

    Lifebook terkini dilengkapi dengan ciri-ciri mesra pengguna bagi memastikan keperluan dan kemahuan pengguna dan profesional dapat dipenuhi.

    Dua model tambahan sempena Fujitsu Spring 2011 adalah Lifebook PH521 dan Esprimo EH300 yang menggunakan platform terkini AMD Fusion Brazos.

    Inovasi berkenaan akan menyediakan pengalaman digital kepada semua pengguna yang sentiasa menanti peralatan yang berkuasa serta mampu dimiliki.

    Pengurus Pemasaran Produk, Fujitsu PC Asia Pacific Ltd, Edmund Lim berkata, sejajar dengan era dunia berpusatkan multimedia yang mana pengguna memerlukan akses cepat bagi visual yang jelas, laman sesawang dan pengalaman bermain segalanya pada satu masa.

    "Rangkaian Lifebook terkini kami dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memenuhi keperluan pelanggan hari ini," katanya semasa majlis Fujitsu Spring Launch 2011, di Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Selain meningkatkan kualiti, teknologi hijau dan inovasi terkini, Fujitsu tetap mengekalkan ciri-ciri estetika yang menarik.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 17 Apr 2011 03:12 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Ladang kambing dalam taman

    Posted:

    Ladang kambing dalam taman

    Ladang kambing dalam taman

    Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
    nazrul.sharuddin@utusan.com.my
    Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH



    MELIHAT laluan masuknya yang ditanam pelbagai jenis tumbuhan berbunga, kolam buatan dipenuhi ikan hiasan dan binaan landskap indah, anda pasti tidak percaya jika dikatakan ia adalah ladang ternakan kambing.

    Realitinya, kawasan seluas 75 ekar lengkap dengan pemandangan seperti persekitaran sebuah resort di Kampung Serting Ilir, Negeri Sembilan itu adalah ladang ternakan kambing.

    Ia memang cukup unik dan berbeza daripada ladang-ladang komersial lain.

    Mengetengahkan konsep ladang dalam taman, pusat ternakan kambing baka Boer yang dikenali sebagai Ladang BoDen itu mula diusahakan sejak penghujung tahun 2006 dengan membawa pendekatan pengurusan ladang secara korporat.

    Bercerita mengenai bagaimana nama BoDen diperolehi, Ketua Eksekutif ladang berkenaan, Zainal Abd. Ghani memberitahu, ia merupakan akronim kepada perkataan 'Boer eden' yang dituturkan dalam bahasa minang membawa maksud 'Boer kepunyaan saya'.

    ''Saya memilih menternak Boer kerana baka ini mempunyai tumbesaran cepat selain dagingnya lembut, tidak hamis dan berkolestrol rendah.

    ''Bagi mencipta suasana ladang ternakan dalam taman pula, lebih 2,200 pokok hiasan ditanam di sekitar kawasan kandang. Hampir 90 peratus daripadanya boleh dijadikan sebagai makanan kambing.

    ''Ia termasuk pokok malberi, pokok bunga raya, petai belalang dan bermacam-macam lagi,'' katanya ketika ditemui di ladangnya baru-baru ini.

    Mengulas lanjut mengenai pendekatan penternakan pula, Zainal memberitahu, ladangnya menggunakan sistem penjagaan secara pengkhususan kandang dengan dibantu sembilan kakitangan.

    Ia terbahagi kepada kandang A (pembesaran), kandang B (bunting), kandang M (bersalin), kandang C (cerai susu) dan kandang D (pengagihan).

    Di kandang A, kambingkambing yang baru tiba atau baru dilahirkan akan menjalani proses tumbesaran sebagai persediaan memasuki fasa bunting.

    Untung kandang B, kambing betina yang berusia sembilan bulan dan jantan berumur setahun dua bulan akan diletakkan bersama untuk proses pembuntingan selama empat bulan.

    Kemudian, setiap kambing betina bunting akan diasingkan ke kandang M yang berbentuk petak-petak kecil selama enam minggu dengan diberi penjagaan dan makanan lebih kerap.

    Selepas proses beranak, anak-anak kambing akan dibiarkan di dalam kandang selama tiga minggu supaya serasi bersama ibunya di samping menjalani pemantauan kesihatan dan pemberian vaksin.

    Bagi memudahkan pengecaman, anak-anak kambing akan dilabel dengan tag berwarna sebagai mewakili tahun kelahiran serta nombor ganjil untuk jantan dan genap untuk betina.

    Peringkat seterusnya merupakan proses ceraian susu yang berlaku di kandang C.

    ''Apa yang menarik, pada peringkat ini anak-anak kambing akan dilepaskan ke kawasan padang rumput untuk tujuan mengurangkan tekanan, membentuk rangka badan dan otot serta memberi pendedahan kepada cahaya matahari.

    ''Akhir sekali, selepas tempoh tiga bulan, kambing-kambing ini akan dipindahkan pula ke kandang D bagi tujuan pengasingan sama ada disimpan sebagai baka atau dijual sebagai pedaging,'' jelas bapa kepada dua orang anak itu.

    Kambing-kambing yang telah dipilih untuk tujuan biak baka kemudiannya akan dimasukkan ke kandang A untuk memulakan semula proses pembesaran.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ternak guna pendekatan korporat

    Posted:

    Ternak guna pendekatan korporat

    Ternak guna pendekatan korporat

    Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
    nazrul.sharuddin@utusan.com.my
    Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


    ZAINAL berhubung rapat dengan pekerjanya bagi memastikan pengurusan ladang berjalan lancar.


    MUNGKIN sesuai dikatakan, Ladang BoDen yang terletak di Kampung Serting Ilir, Negeri Sembilan merupakan ladang ternakan kambing Boer pertama menggunakan pendekatan pengurusan secara korporat.

    Kedengaran agak canggih dan mungkin juga rumit, namun bagi Ketua Eksekutif ladang itu, Zainal Abd. Ghani, kaedah tersebut cukup berkesan.

    ''Sebelum membuka ladang ternakan, saya ada menjalankan kajian mengenai perniagaan ini. Apa yang saya dapati, kebanyakan usahawan tidak menerima kentungan yang memberangsangkan.

    ''Justeru, saya cuba mencari alternatif menyesuaikan operasi pengurusan korporat dengan sistem perniagaan penternakan,'' katanya.

    Bercerita mengenai pelaksanaannya, Zainal memberitahu dia amat menitikberatkan penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.

    Dengan cara itu menurutnya, para pekerja boleh melakukan tugas dengan selesa sekali gus dapat mempertingkatkan produktiviti.

    ''Selain keselesaan haiwan ternakan, saya juga mengambil berat tentang kebajikan pekerja-pekerja dengan menyediakan ruang kerja yang luas, tidak panas, ada laluan angin dan diceriakan dengan penanaman pokok-pokok,'' jelasnya.

    Di samping itu, setiap urusan pengendalian ladang ada prosedur operasi piawai (SOP) secara khusus dalam usaha meningkatkan kualiti penghasilan baka.

    Sebagai contoh, sistem pemakanan ternakan akan diubah tiga minggu sebelum haiwan ternakan memasuki fasa pembuntingan.

    ''Ini kerana kita mempunyai sasaran meningkatkan kadar kelahiran anak kembar. Dahulu kadar tersebut hanya 25 peratus dan tahun lalu mengalami peningkatan kepada 60 peratus.

    ''Menerusi sistem SOP juga, kadar kehidupan untuk setiap kelahiran juga dapat dipertingkatkan kepada 90 peratus,'' jelasnya.

    Sistem itu turut membantu haiwan ternakan mencapai tahap matang dengan lebih cepat daripada jangka waktu biasa supaya dapt dijual terus atau dijadikan baka.

    Kelebihan itu mampu memberi penjimatan daripada segi kos penjagaan dan menggandakan keuntungan.

    ''Kambing Boer jantan mencapai tahap matang apabila beratnya mencecah 120 kilogram (kg) dan betina 80 kg dengan nisbah daging dan tulang 60:40,'' katanya.

    Sesuatu yang unik dalam operasi pengurusan Ladang BoDen adalah pada teknologi memberi minuman kepada haiwan ternakan iaitu menggunakan sistem puting yang disambungkan terus kepada tangki air.

    Ia berbeza daripada sistem konvensional pemberian air di dalam takungan baldi di mana ia perlu dicuci dan airnya diganti empat kali sehari.

    ''Melalui aplikasi sistem ini, ia dapat menjimatkan kos dan juga masa bekerja kakitangan dalam sehari.

    ''Kelebihan lainnya, ubat anti tekanan dan vitamin boleh dimasukkan terus ke dalam tangki air minuman ini,'' katanya.

    Bagi memastikan kawasan ternakan bersih dan bebas daripada bau, ladang ini menggunakan sietm penapisan khas yang diletakkan di bawah kandang.

    Lubang sedalam satu meter akan digali di bawah kandang dengan bahagian atasnya diletakkan pasir dan batu-batu kasar yang bertindak sebagai penapis.

    Sistem itu membenarkan cecair daripada najis haiwan ternakan mengalir ke dalam lubang saliran dan tinja akan dibiarkan kering di bahagian atas sebelum dikumpul menggunakan mesin blower untuk dijadikan baja kompos.

    Ladang tersebut mampu menghasilkan lima tan kompos dalam masa seminggu dan dijual dengan harga RM600 satu tan.

    Daripada segi pasaran pula, kambing-kambing Boer matang akan dijual kepada agen-agen khas yang untuk daging dan kepada ladang-ladang ternakan lain untuk tujuan pembiakbakaan.

    Bagi kambing pedaging, ia dijual dengan harga RM15 sekilo sementara bagi baka, harganya dalam lingkungan RM1,600 hingga RM2,500 bergantung kepada gred dan ketulenan baka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 17 Apr 2011 03:07 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Malam Impact iktiraf pelajar media USM

    Posted:

    Malam Impact iktiraf pelajar media USM

    Malam Impact iktiraf pelajar media USM


    SEBAHAGIAN daripada pelajar tahun akhir PPMK USM yang menghadiri Malam Penghargaan Minggu Impact 2011 di George Town baru-baru ini.


    MALAM ANUGERAH. Hasil kerja serta kreativiti para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang diiktiraf pada Malam Penghargaan Minggu Impact 2011 di George Town baru-baru ini.

    Pada majlis itu, Kumpulan Karnival Gaya Hidup Sihat (HLC) dipilih sebagai pemenang Projek Terbaik manakala Kempen Iklan Terbaik pula dimenangi oleh Adwave 2011.

    Hadir sama memeriahkan majlis ialah Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof. Madya Adnan Hussein serta para pensyarah dan kakitangan PPMK USM.

    Dalam ucapannya, Adnan berharap bakal graduan tersebut akan terus berkarya serta menghasilkan mutu kerja yang berkualiti apabila melangkah ke alam kerjaya kelak sebagai generasi pengamal media masa kini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajar UniKL turun padang bantu masyarakat

    Posted:

    Pelajar UniKL turun padang bantu masyarakat

    Pelajar UniKL turun padang bantu masyarakat


    PELAJAR UniKL bergambar selepas menyertai Operasi Khidmat Masyarakat 2011 di Kampung Mengabang Lekur, Kuala Terengganu baru-baru ini.



    BERKHIDMAT. Seramai 40 pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyertai Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) 2011 di Kampung Mengabang Lekur, Kuala Terengganu baru-baru ini.

    Program selama dua hari bermula 12 Mac lalu bertujuan mengajak para pelajar untuk memahami persekitaran sosial masyarakat kampung selain mengeratkan hubungan kedua-dua pihak.

    Pengarah program, Mohd. Mahizan Mohd. Nor berkata, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari itu ialah gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, malam silaturahim dan pertandingan sukaneka serta mewarna kanak-kanak.

    Sempena program itu, lapan keluarga yang terdiri daripada warga emas dan Orang Kurang Upaya turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur daripada penganjur.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    140 belia sertai Konvoi Amal 1Malaysia

    Posted:

    140 belia sertai Konvoi Amal 1Malaysia

    140 belia sertai Konvoi Amal 1Malaysia


    SEBAHAGIAN daripada belia mendengar taklimat semasa menyertai program Konvoi Amal 1Malaysia di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.



    BERAMAL. Seramai 140 belia menyertai program Konvoi Amal 1Malaysia yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Cawangan Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

    Pengarah program, Nor Hiesham Ismail berkata, kesemua peserta berkonvoi dari Tasek ke Ulu Legong, Baling, Kedah dengan menaiki 110 buah unit motosikal dengan diiringi unit Trafik Polis Diraja Malaysia.

    "Selama dua hari satu malam di Baling, para peserta didedahkan dengan corak kehidupan masyarakat Orang Asli di samping melakukan kerja-kerja amal di perkampungan Orang Asli berkenaan.

    Menurutnya, para peserta juga menjalani sesi motivasi bagi meningkatkan kesedaran mereka agar menjadi belia yang berketerampilan dan mempunyai jati diri.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads