Khamis, 7 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 07 Apr 2011 01:09 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Burger buatan sendiri

Posted:

Burger buatan sendiri

Burger buatan sendiri


BURGER DAGING LEMBU


Soalan
MINTA tolong kongsikan resipi burger buatan sendiri (home made burger). Terima kasih.

– Farruq Azwan,

Kulim Kedah.

Jawapan

Terima kasih atas permintaan saudara. Pasti anda seorang penggemar burger. Saya akan memuat turunkan resipi dan cara bagaimana untuk membuat burger sendiri di rumah di dalam blog saya.

Di sini saya kongsikan permintaan anda dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini dengan pembaca-pembaca lain supaya mereka dapat mencuba untuk membuat burger sendiri di rumah.

Sebenarnya untuk membuat burger yang lebih sihat, anda disarankan membeli daging kisar yang segar. Daging kisar yang segar lebih sihat kerana tidak ditambahkan dengan bahan pengawet. Jadi selamat mencuba!

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan roux?

– Naema,

Paka dungun Terengganu.

Jawapan

Terima kasih Naema di atas soalan anda. Roux merupakan salah satu agen pemekat yang digunakan untuk melikatkan sup dan sos. Sebelum ini ada juga resipi-resipi yang saya kongsi dalam ruangan ini seperti sos lada hitam dan sup lobak merah berkrim yang menggunakan roux sebagai bahan pemekat.

Mungkin anda juga pernah terlihat resipi-resipi lain yang menggunakan roux ini.

Roux sebenarnya diperbuat daripada mentega, marjerin atau minyak yang dicampur dengan tepung. Nisbah beratnya adalah sama iaitu jika anda menggunakan lemak (mentega, marjerin dan minyak) sebanyak 100 gram (gm) maka berat tepungnya perlulah 100gm juga.

Anda perlu mencairkan lemak dahulu dan kemudian barulah dicampurkan tepungnya.

Kacau sehingga ia membentuk adunan yang lembut. Untuk rasa yang lebih sedap saya mencadangkan anda menggunakan lemak dari mentega.

Anda gunakan roux ini dan campurkan dalam sup atau sos yang sedang mendidih. Pastikan ia dikacau dengan gegelung dawai (wire whisk) supaya tiada ketulan akan terbentuk. Kacaulah sehingga pekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selera India Utara di InterContinental

Posted:

Selera India Utara di InterContinental

Selera India Utara di InterContinental

Oleh ZUHAYATI YAZID


Chef Vicneswaran bersama pelbagai sajian asli India Utara.


BERIANI, tandoori, naan, kari, dal, tosai dan capati adalah antara beberapa masakan India yang sebati dengan selera rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan lasi mangga yang sememangnya popular sebagai penghilang dahaga.

Namun apabila disebut rogan gosh, shahi, jingga varuval dan ajwani jhinga ramai yang masih terpinga-pinga sedangkan ia juga masakan asli dari India yang tidak kurang enaknya.

Kini, bagi yang merindui masakan India Utara asli, berkunjunglah ke Hotel InterContinental di Jalan Ampang . Anda boleh menikmati hidangan bufet sambil merasai suasana seakan-akan di dalam istana tradisi India.

Chef Vicneswaran yang bertanggung jawab menyediakan masakan tersebut berkata, sempena promosi makanan istimewa India, pihaknya menyediakan pelbagai juadah istimewa daripada sajian asli turun temurun India.

Terangnya, setiap hari hampir 40 jenis lauk yang di masak bagi mempelbagaikan resepi. Malah, penggunaan rempah ratus dalam masakan dianggap sudah sinonim dengan budaya masyarakat India.

Malah, dia yang berpengalaman selama lebih 10 tahun memberitahu kebanyakan masakan India menggunakan rempah ratus dan herba yang dibuat sendiri bagi mengekalkan rasanya yang tulen serta memastikan kualiti penyediaan dan rasa masakan betul-betul asli.

Katanya, menjadi kelazimannya, dalam sesuatu resipi masakan ada antara 12 hingga 13 jenis rempah ratus. Penggunaan rempah ratus itulah yang menyebabkan rasa masakan berkenaan lebih perisa dan enak.

Selain memasukkan rempah ratus, masyarakat India didapati kerap menggunakan bahan lain seperti bawang putih, keju, minyak sapi (ghi) yang secara saintifiknya mampu meningkatkan fungsi hormon dalam badan.

Jelas beliau, penggunaan bahan ramuan seumpama itu dikatakan, penting kerana dapat membangkitkan aroma dan menambahkan rasa sedap masakan yang disajikan.

Maka itulah, penggunaan bahan rempah menjadi aspek utama dalam masakan India.

Antara hidangan makanan utama disediakan sepanjang promosi ialah Gosht Mugalai iaitu kambing yang dimasak bersama keju yang diletakkan bersama biji gajus, shahi paneer, malabar masala iaitu kari ikan serta jingga varuval iaitu udang yang dimasak bersama sos tomato dengan pelbagai campuran rempah ratus.

Malah pengunjung juga berpeluang merasa murgh beriani yang istimewa dengan resipi yang tersendiri yang dihidangkan dengan ayam tandoori.

Manakala minuman terdiri daripada lasi mangga yang sungguh enak dan mengenyangkan.

Selesai menjamu selera, anda boleh juga menikmati pilihan manisan seperti payasam yang seakan bubur manis.

Bagi mereka yang ingin mencari kelainan atau mahu merasai keaslian sajian ini, bolehlah singgah ke hotel ini, promosi ini berlangsung sehingga 22 April depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 07 Apr 2011 09:37 AM PDT

Utusan Online - Johor


Kumpul kamera sejak tiga dekad lalu

Posted:

Kumpul kamera sejak tiga dekad lalu

Kumpul kamera sejak tiga dekad lalu

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian daripada koleksi kamera lama dan baru yang berada dalam pemilikan Roland Ong di Batu Pahat. - utusan/ Norzainura Abdul Majid




ROLAND Ong menunjukkan sebahagian kamera daripada beratus kamera yang dimilikinya di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 6 April - Bunga teratai yang kembang mekar dan terapung di atas permukaan air di samping dua gadis kecil yang sedang menikmati keindahan panorama merupakan gambar pertama yang diambilnya.

Ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan cukup bangga apabila dihadiahkan sebuah kamera manual oleh ibunya yang banyak memberi sokongan terhadap minatnya dalam dunia foto.

Bermula dari situ, kecintaannya terhadap fotografi dan kamera semakin bercambah dan menjadi kegilaan sehingga dia mula mengumpul kamera dari jenama yang amat diminatinya iaitu Leica.

Setelah 30 tahun berlalu, Prof. Dr. Roland Ong, 46, telah mengumpul beratus-ratus kamera Leica yang kini nilai koleksinya melebihi RM2 juta.

"Saya amat meminati kamera dan suka mengambil gambar, setiap kali selepas mengambil gambar saya akan berasa puas," jelasnya sambil menunjukkan sebuah kamera termahal miliknya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, koleksi kameranya adalah dari jenama Leica keluaran tahun 1925 dan sehingga kini mikroskop serta pelbagai aksesorinya yang lain masih berfungsi.

Anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan di Singapura ini merupakan seorang pereka permainan Internet.

Beliau pemegang ijazah dalam Kewartawanan dan Teknologi Maklumat dari Taylor University serta Sarjana Sains (Msc) Internet pada 1994.

Meskipun mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan Internet, tetapi hobi serta minat pada kamera dan fotografi tidak pernah pudar.

Malah beliau berkata, beratus-ratus kamera yang dimilikinya akan dikongsi bersama orang ramai dengan cara mewujudkan muzium kamera yang sedang dalam perancangan.

"Saya berharap impian untuk memiliki muzium kamera akan menjadi kenyataan kerana ia dapat memberi satu kepuasan apabila orang ramai dapat sama-sama melihat serta mengetahui kegunaan kamera yang saya miliki," katanya.

Roland merupakan pengumpul koleksi kamera jenama Leica secara peribadi yang terbesar di Asia sejak dua dekad lalu dan masih terus menambah koleksi yang sedia ada sehingga ke hari ini.

Antara koleksi kamera yang termahal dimilikinya ialah Leica Luxus keluaran tahun 1928 yang disaluti emas bernilai kira-kira RM600,000 manakala mikroskop Leica yang dimilikinya pula adalah keluaran tahun 1870 sehingga 1980.

Tambahnya, dia bercadang untuk mewujudkan muzium kamera di negeri Melaka bagi membantu industri pelancongan.

"Tidak hanya pelancong dari Malaysia sendiri menjadi sasaran tetapi juga pelancong dari luar negara sekali gus menjadikan Melaka khususnya Malaysia sasaran pelancong pada masa akan datang," ujarnya mengharap impian itu menjadi kenyataan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SBP perlu seimbang akademik, kokurikulum

Posted:

SBP perlu seimbang akademik, kokurikulum

SBP perlu seimbang akademik, kokurikulum


Pasukan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru yang muncul juara keseluruhan pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh peringkat Zon Selatan di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar di Mersing, baru-baru ini.


MERSING 6 April - Kecemerlangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam akademik perlu diimbangi dengan kecemerlangan kokurikulum bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Timbalan Pengerusi Pengetua SBP Zon Selatan, Che Kamaliah Endud berkata, aktiviti kokurikulum dapat mengasah bakat, keterampilan diri dan sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar SBP mahupun pelajar sekolah harian.

"Setiap pelajar SBP telah dididik dan mereka perlu membabitkan diri dalam bidang kokurikulum agar bakat yang sedia ada digilap ke peringkat yang lebih tinggi," katanya berucap merasmikan pertandingan Drama Bahasa Inggeris SBP peringkat Zon Selatan di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) di sini baru-baru ini.

Pada pertandingan tersebut, Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru muncul juara dan turut memenangi kategori nada suara dan visual terbaik.

Sementara itu, Kolej Tunku Kursiah, Seremban muncul naib johan diikuti Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang di tempat ketiga manakala SMSSI pemenang tempat keempat.

Bagi kategori prop terbaik, ia dimenangi Sekolah Menengah Sains Muar dengan drama bertajuk Tsunami manakala Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban yang mempersembahkan drama bertajuk The Road Taken memenangi dua anugerah iaitu skrip dan pengarah terbaik.

Che Kamaliah yang juga Pengetua Kolej Tunku Kursiah, Seremban berharap sekolah yang berjaya menjadi juara pada pertandingan drama kali ini mampu memberikan cabaran sengit di peringkat kebangsaan.

"Saya sangat berharap sekolah yang terpilih mewakili Zon Selatan agar berusaha memantapkan persembahan dan melipatgandakan usaha untuk memberikan cabaran bermakna di peringkat kebangsaan nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 07 Apr 2011 03:23 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Gula tambahan punca anak obes

Posted:

Gula tambahan punca anak obes

Gula tambahan punca anak obes

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN


David Ross (tengah) bersama selebriti, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot dan Jeann Wong (kanan) pada pelancaran susu Anmum Essential Baru Tanpa Gula Tambahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


GOLONGAN kanak-kanak memerlukan pemakanan untuk tujuan iaitu tenaga, pertumbuhan fizikal yang sempurna dan perkembangan mental.

Justeru, piramid panduan pemakanan menyarankan seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun perlu menikmati lima kumpulan hidangan iaitu bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan protein, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar tepat, seimbang serta dipelbagaikan.

Bagaimanapun, Perunding Pakar Diet, Indra Balaratnam berkata, trend pemakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan golongan kecil itu semakin bertambah iaitu 5.4 peratus daripada kira-kira 21,249 orang kanak-kanak yang direkodkan.

Masalah itu, katanya, berpunca daripada amalan pemakanan kanak-kanak yang lebih gemar sajian mengandungi kadar gula dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar-agar, mufin, burger, coklat, roti krim, gula-gula, bijirin sarapan, biskut serta minuman berkarbonat.

Jelasnya, seseorang kanak-kanak sepatutnya diberi lebih banyak hidangan mengandungi sumber gula semulajadi yang turut dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa seperti susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Namun, kebanyakan ibu bapa di negara ini dilihat membiarkan anak-anak menikmati hidangan mengandungi gula tambahan atau turut dikenali Sirap Jagung Solid, Sukrosa dan Sirap Glukosa Solid dalam kadar tinggi.

"Keadaan negatif ini bukan sahaja mengakibatkan anak-anak mengalami obesiti tetapi juga gigi rosak, kekurangan nutrien dan lebih teruk, penyakit kencing manis.

"Setiap hari kanak-kanak hanya memerlukan lima hingga enam sudu teh gula manakala dewasa, tidak melebihi 10 sudu teh gula.

"Namun kebanyakan individu bagi kedua-dua golongan itu didapati mengambil sehingga 24 sudu teh gula," kata Indra.

Beliau memberitahu demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk Generasi Sihat, Kesedaran Pengambilan Gula dalam Nutrisi Kanak-Kanak sempena Pelancaran Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Indra, bagi mengatasi dan membendung obesiti kanak-kanak, ibu bapa adalah golongan utama yang perlu memainkan peranan mengawal dan menentukan jenis hidangan dinikmati anak-anak

Katanya, ibu bapa harus mempunyai maklumat mendalam bagi membantu mereka mengetahui sajian terbaik untuk anak-anak.

Pada masa sama ibu bapa sendiri perlu menikmati atau menyediakan hidangan berkhasiat di rumah supaya ia turut dimakan anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu menerangkan secara terperinci kepada anak-anak mengapa sesuatu makanan itu perlu atau tidak perlu dimakan.

Sementara itu Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia, David Ross, memberitahu, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan adalah hasil usaha syarikat berkenaan yang sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan rumusan keluarannya.

Produk terbaru keluaran Fonterra itu adalah susu untuk tumbesaran kanak-kanak yang pertama tanpa gula tambahan diperkenalkan di pasaran negara ini.

Ia mengandungi lebih 100 peratus nutrien penting untuk otak iaitu Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Gangliosida (GA) yang mampu membantu memaksimumkan hubungan sel-sel otak bagi mempercepatkan pembelajaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidur yang berkualiti

Posted:

Tidur yang berkualiti

Tidur yang berkualiti

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN

RAMAI di kalangan mereka yang bekerjaya dilihat tidak begitu mementingkan soal tidur. Ini mungkin kerana mereka tidak tahu bahawa tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membuatkan kita lebih bertenaga dan ceria untuk memulakan hari yang baik.

Senario tidak mengendahkan tidur bukanlah satu situasi yang pelik. Disebabkan itu juga ada di kalangan mereka menghidap penyakit susah tidur atau insomnia.

Setiap individu dinasihatkan mendapatkan tidur serta rehat yang secukupnya iaitu antara tujuh hingga sembilan jam sehari.

Menurut Pakar Terapi Hipnotik, Julian Leicester, tidur juga seharusnya diseimbangkan agar badan dan minda tidak mempunyai tekanan.

Katanya, seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia serta kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa.

''Sekiranya anda bangun dengan badan yang cergas serta minda yang lapang, itu bermakna anda mendapat tidur yang berkualiti.

''Jika sebaliknya, itu menandakan anda tidak mendapat tidur yang berkualiti, di mana sama ada anda tidak mendapat tidur yang secukupnya ataupun tidur anda terganggu.

''Untuk itu sebelum tidur, anda perlu memastikan bahawa minda dan badan berada dalam keadaan tenang dan rehat,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada masa yang sama, tambah beliau, gabungan bilik tidur yang sunyi selain tilam dan bantal yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan tidur berkualiti yang diingini.

Menurut Julian, tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan menakjubkan seperti membantu meningkatkan kecekapan kerja, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif dan kesejahteraan emosi.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, kita juga seharusnya membuat undang-undang dalam bilik tidur bagi memberi keselesaan apabila tiba waktu tidur.

Untuk itu Julian memberikan beberapa tip seperti jangan jadikan bilik tidur sebagai pejabat, jangan letakkan televisyen atau radio serta jangan letakkan jam dinding.

Semua itu boleh mengganggu tidur dan secara tidak langsung akan menjadikan tidur tidak berkualiti.

Berbicara mengenai gabungan bantal dan tilam, jelas Julian, kedua-duanya mampu menjadikan malam masa yang ditunggu-tunggu.

Kedua-duanya juga merupakan salah satu kelengkapan paling penting yang sering diabaikan untuk mendapat tidur berkualiti.

Hakikatnya, ramai antara kita mengambil mudah tentang kualiti bantal dan tilam serta tidak sanggup melabur bagi memperoleh sesuatu yang penting dalam hidup kita.

Akibat penggunaan bantal dan tilam yang tidak berkualiti, rungutan seperti tidur tidak nyenyak, badan terasa letih dan sakit tulang belakang sering kedengaran.

Memang diakui, tidur yang terganggu boleh memberi pengaruh besar kepada aktiviti seharian.

''Untuk mendapat tidur yang lena, pilihlah tilam dan bantal yang dapat memberi keselesaan dan sokongan pada leher serta tulang belakang.

''Bantal dan tilam sepatutnya tidak terlalu keras atau lembut kerana sekiranya keras atau lembut ia boleh mencederakan leher serta belakang anda.

''Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih,'' katanya lagi.

Bagaimanapun Julian turut menasihati orang ramai agar mengelak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi kafein dan pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang sebelum tidur.

Ia adalah untuk mengelakkan anda daripada berjaga sepanjang malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 06 Apr 2011 07:56 PM PDT

Harian Metro: Hati


Pilih pembayang mata sesuai

Posted: 06 Apr 2011 09:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]JIKA memilih untuk tampil bergaya dengan busana tradisional seperti baju kurung atau kebaya, tidak susah memilih gaya solekan.

Kulit anjal tanpa botox

Posted: 06 Apr 2011 09:13 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SIAPA yang tidak bimbang apabila melihat kulit semakin berkedut dan hilang keanjalannya.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 06 Apr 2011 03:21 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Hari Keluarga Kerabad disambut meriah

Posted:

Hari Keluarga Kerabad disambut meriah

Hari Keluarga Kerabad disambut meriah


SEBAHAGIAN daripada ahli Kerabad yang hadir pada majlis hari keluarga kelab itu di Shah Alam baru-baru ini.


BERKUMPUL. Lebih 2,000 ahli Kelab Anak Rantau Bagan Datoh (Kerabad) berkumpul sempena majlis hari keluarga kelab tersebut yang diadakan di sebuah taman tema air di Shah Alam baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bermula pukul 10 pagi.

Ahmad Zahid yang ditemui berkata, majlis pertama kali diadakan secara santai itu bertujuan mewujudkan kemesraan anak-anak rantau dari Bagan Datoh, Perak yang bekerja di kawasan Lembah Klang.

Katanya, walaupun jumlah yang berdaftar pada awalnya hanya kira-kira 300 orang, namun beliau gembira apabila bilangan yang hadir mencapai jumlah hampir 100 peratus daripada jumlah ahli Kerabad yang berdaftar dalam laman sosial Facebook.

"Saya fikir ini program yang cukup baik dan sesuai dilaksanakan oleh semua anggota Parlimen lain bagi merapatkan hubungan dengan anak rantau.

"Saya bercadang menjadikan acara seperti ini sebagai program dwitahunan iaitu hari keluarga dan juga sambutan hari raya di masa akan datang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis persaraan Datuk Bandar MBSA

Posted:

Majlis persaraan Datuk Bandar MBSA

Majlis persaraan Datuk Bandar MBSA


MAZALAN (tengah, baju batik) bergambar bersama kakitangan MBSA sempena majlis persaraan beliau di Wisma MBSA, Shah Alam baru-baru ini.



TAMAT TUGAS. Lebih 200 pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhimpun pada majlis persaraan Datuk Mazalan Md. Noor sebagai Datuk Bandar MBSA baru-baru ini.

Majlis yang turut disertai 24 Ahli Majlis MBSA itu dimulakan dengan ucapan Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan deklamasi sajak oleh beberapa kakitangan MBSA.

Mazalan kemudian secara rasmi mengakhiri tugasnya selepas menandatangani nota serah tugas dan mengetik kad perakam waktu diikuti dengan pemeriksaan perbarisan pegawai dan anggota penguat kuasa sebelum meninggalkan bangunan MBSA.

Mazalan, 53, yang dipinjamkan selama empat tahun dan dilantik sebagai Datuk Bandar MBSA kini kembali bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 keluarga miskin Seberang Perai dapat bantuan

Posted:

30 keluarga miskin Seberang Perai dapat bantuan

30 keluarga miskin Seberang Perai dapat bantuan


ZAINAL ABIDIN (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas di Seberang Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.



BANTU. Seramai 30 keluarga miskin menerima bantuan dalam program Turun Padang UMNO Pulau Pinang melibatkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri di bahagian Seberang Perai baru-baru ini.

Diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, program itu juga bukan sahaja untuk mendekati rakyat tetapi juga mendengar sendiri suara mereka.

"Setakat ini, kita telah pergi ke empat kawasan dan 11 lagi kawasan yang kita jangka selesai melawatnya dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

"Program ini memberi peluang kepada kita menyampaikan mesej serta pencapaian kerajaan kepada rakyat sejajar dengan slogan berkhidmat kepada masyarakat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads