Jumaat, 1 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 01 Apr 2011 01:15 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Cara Norish menghibur anak-anak

Posted:

Cara Norish menghibur anak-anak

Cara Norish menghibur anak-anak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


NORISH Karman bersama tiga anaknya, (dari kiri) Muhammad Haqiem Armany, Nur Hanyz Amanda dan Muhammad Hardy Amieran.


BIARPUN sibuk meladeni kehidupan sebagai seorang aktres, bagi Norish Karman, 36, tiga orang anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12; Muhammad Hardy Amieran, 8; dan Nur Hanyz Amanda, 7, merupakan harta yang cukup berharga baginya.

Atas alasan itu, kata Norish, dia tetap akan memperuntukkan masa untuk mereka sekurang-kurangnya dua hari seminggu dengan membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan selain berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi.

Kata Norish, waktu yang selalu menjadi pilihannya adalah hujung minggu seandainya dia tidak sibuk pada hari-hari berkenaan.

"Saya melayan anak-anak saya seperti orang dewasa dan jika ada sebarang masalah, kami akan duduk berbincang dan mencari penyelesaiannya.

"Sibuk mana sekali pun saya di lokasi penggambaran, saya akan menetapkan waktu sehari suntuk agar saya dapat bersama dengan anak-anak saya.

"Pelbagai aktiviti yang kami lakukan antaranya menonton wayang, bermain roller blade dan juga beriadah di taman permainan dalaman seperti mana yang terdapat di kompleks membeli-belah," kata Norish ketika ditemui di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sebelum itu, dalam sesi fotografi yang sama, Norish telah membawa anak-anaknya bermain roller blade di sebuah gelanggang yang terdapat di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tiga anaknya itu merupakan hasil perkongsian Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir yang dinikahinya pada 11 Januari 1998.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka disahkan bercerai pada 15 Julai 2008.

Mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang ibu tunggal sebenarnya bagi Norish membuatkan dia lebih kental dan bersemangat dengan adanya anak-anak sentiasa di sampingnya.

Kerana itu, ketika berbicara tentang anak-anaknya, dia begitu teruja serta ceria dan semuanya terpancar jelas di wajahnya.

Dalam perbualan kami petang itu juga, mata pelakon drama bersiri Spa Q ini meliar melihat dan mencari anak-anaknya untuk memastikan mereka berada di sekitar kawasan tersebut.

"Anak-anak saya semuanya rapat dan kami begitu berpegang teguh kepada ikatan kekeluargaan. Biarpun kami hidup dalam zaman yang serba moden, saya sebenarnya seorang yang cukup tradisional dalam mendidik anak-anak saya.

"Saya bukannya seorang ibu yang memanjakan anak-anak kerana saya mahu mereka berdikari dan sedar betapa sukarnya untuk mencari pendapatan bagi menyara kehidupan.

"Saya juga amat bertuah kerana anak-anak saya cukup memahami situasi dan kesibukan saya sebagai seorang aktres. Kerana itulah, saya pasti akan mencari masa untuk bersama mereka dan mendengar segala permasalahan yang mereka hadapi," katanya yang juga sering berkunjung ke sekolah anak-anaknya dan berbincang dengan guru untuk mengetahui perkembangan mereka.

Dalam perkembangan lain, Norish turut mengkhabarkan berita terbaru apabila dia kini sudah pun mengorak langkah sebagai seorang ahli perniagaan dan juga pereka fesyen.

Dengan tertubuhnya The Oasis Boutique and Living yang sudah pun mula beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu, Norish mengharapkan perniagaannya itu dapat diterima dengan baik oleh pencinta fesyen.

Berkongsi dengan dua orang rakan kongsi, Norish yang mula dikenali menerusi filem Sayang Salmah pada tahun 1995 itu memberitahu butiknya itu adalah sebagai lambang manifestasi kecintaannya terhadap dunia perniagaan.

"Tidak hanya fesyen, saya juga memberi khidmat dan rundingan tentang dunia fesyen kepada mereka yang mahu mencari sesuatu kelainan dalam mengikut trend semasa," jelas Norish dalam nada optimis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kehidupan Ronnie, Ajis di atas kanvas

Posted:

Kehidupan Ronnie, Ajis di atas kanvas

Kehidupan Ronnie, Ajis di atas kanvas

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my
Gambar Amin Farij Hasan


KARYA lukisan arang Ronnie Mohamad yang bertajuk Marhabban.


Niat untuk bertemu dengan seorang pelukis ternama tanah air di situ akhirnya beralih kepada seorang pelukis muda bernama Hairani Mohamad, 33, pemilik karya bertajuk Marhabban yang dilihat sebelum itu.

Hairani yang dikenali dengan nama pena, Ronnie Mohamad cukup ramah semasa didekati, kemesraan itu menepis prasangka bahawa orang seni biasanya hidup di dalam dunia sendiri dan sukar difahami.

Melihat gaya muda dan kasualnya, agak mudah untuk meneka pengalaman melukisnya tetapi tidak apabila melihat karya-karnyanya. Lukisan-lukisan yang tersusun di tempat kerja di situ jelas memperlihatkan kematangan bakat pelukis muda yang akan terus menyinar.

Bermula sebagai pelukis potret jalanan kira-kira 15 tahun lalu, karya Ronnie kini semakin dikenali khususnya melalui pameran yang diadakan di seluruh negara termasuk beberapa pameran di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Selain lukisan bertajuk Marhabban, tumpuan saya pada pertemuan itu turut tertumpu pada sekeping lukisan besar yang masih lagi berbalut. Di sebalik bungkusan plastik, kelihatan imej seorang lelaki yang sedang menadah tangan dan berdoa.

"Itu adalah Kepadamu Kekasih. Karya saya yang baru dipulangkan oleh Balai Seni Lukis Negara selepas pameran baru-baru ini," kata pelukis kelahiran Segamat, Johor itu.

Memperincikan minatnya dalam seni lukisan, Ronnie memilih wajah manusia sebagai fokus karya. Bagi bapa kepada dua anak itu, wajah manusia menyampaikan seribu pengertian dan membuka ruang terjemahan yang sangat luas.

Namun lakaran wajah yang dihasilkan beliau bukan sekadar lukisan potret biasa. Sejak beberapa tahun lalu, Ronnie beralih kepada konsep lukisan yang lebih bergaya kontemporari.

"Saya masih melukis potret tetapi apa yang saya lakukan sekarang berbeza dengan apa yang saya lukis dahulu.

"Sekarang lukisan saya lebih kepada potret yang mempunyai luahan dan ekspresi yang lebih ekstrem dan mendalam," jelasnya yang mengidolakan pelukis Ahmad Zaki dan Bayu Utomo Radjikin.

Nyata sekali karya-karya Ronnie mempunyai keunikan tersendiri. Ia jelas dilihat pada lakaran-lakaran kasar yang diperkemaskan dengan gosokan dan sentuhan yang halus dan rapi.

Berbeza dengan lukisan biasa yang dihasilkan dengan cat dan berus, lukisan hitam putih Ronnie dihasilkan menggunakan arang yang mempunyai kekuatan dan kedalaman yang tersendiri.

Namun begitu, cabaran lukisan arang jauh berbeza dengan kaedah lukisan biasa kerana penggunaan warna yang terhad.

"Saya hanya memiliki dua warna iaitu hitam pada arang dan putih pada kanvas. Tanpa warna-warna lain, saya memaksimumkan kreativiti untuk menghidupkan sesebuah lukisan," katanya.

Kesukaran teknik itu katanya adalah untuk mendapatkan kesan warna bagi membezakan sesuatu tekstur seperti pakaian, kulit manusia, besi, kayu dan sebagainya.

Menurut Ronnie, untuk menguasai kemahiran lukisan arang, seseorang pelukis harus menguasai dan memahami sifat bahan yang digunakan. Selain lakaran yang tepat, contengan comot turut dijadikan sebahagian proses penceritaan sesebuah lukisan.

Namun sebagai artis di dalam dunia penuh kreativiti, beliau tidak boleh terlalu bergantung kepada kebiasaan identiti. Ada masanya beliau mencuba sesuatu yang berlainan daripada biasa.

Dari kerusi melukisnya, Ronnie bangun untuk menunjukkan lukisan seorang lelaki Melayu berkeris yang sedang bersilat. Lukisan itu katanya antara karya terbaik kerana penggunaan teknik lukisan terbalik.

"Untuk lukisan ini saya warnakan seluruh permukaan kanvas dengan warna hitam, kemudian baru saya 'keluarkan' warna putih dan kelabu," katanya yang tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana institusi.

Dari RM45 kepada RM8,000

Hasil kegigihan dan kesungguhannya, Ronnie membuktikan pembabitannya secara serius di dalam bidang itu telah membawa pengiktirafan dan pulangan yang berbaloi.

Daripada lukisan potret yang dijual pada harga RM45 sekeping 15 tahun lalu, kini lukisan paling mahal Ronnie sudah hampir mencecah RM10,000.

"Dimarah dan dimaki hamun pelanggan sudah menjadi perkara biasa semasa saya mula-mula melukis dahulu.

"Dulu saya melukis mengikut kehendak orang tetapi sekarang orang mahukan lukisan mengikut gaya saya," katanya juga pernah melukis Pasar Seni Kuala Lumpur.

Dengan pasaran yang semakin positif, sambutan yang diterima kini juga berubah. Ronnie berkata, dengan gaya persembahan yang berindentiti sendiri pelukis dapat melebarkan pasaran dengan lebih luas.

"Seorang pengumpul lukisan pernah membeli empat lukisan saya secara serentak. Ada juga yang menggantung lukisan saya sebaris dengan karya Ahmad Zaki," katanya dengan penuh kepuasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 01 Apr 2011 09:18 AM PDT

Utusan Online - Johor


Pengikat aiskrim 1Malaysia

Posted:

Pengikat aiskrim 1Malaysia

Pengikat aiskrim 1Malaysia

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
editjohor@utusangroup.com.my


Omar Mohamad menunjukkan hasil kerja mengunakan pengikat aiskrim 1Malaysia di Johor Bahru, baru-baru ini. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 31 Mac – Sebut sahaja aiskrim Malaysia, sudah pasti ia mengimbau kenangan sekitar 1960-an dan 70-an apabila 'penyejuk badan' itu cukup popular dalam kalangan kanak-kanak.

Aiskrim amat digemari kerana ketika itu belum ada aiskrim 'alaf baru' dalam pasaran seperti sekarang. Jika ada pun setakat aiskrim potong yang dikepit dengan roti atau wafer.

Bagi memenuhi permintaan itu, aiskrim Malaysia dibuat secara manual dan diusahakan secara kecil-kecil di rumah.

Namun, selaras dengan peredaran zaman, kaedah pembuatannya turut mengalami proses inovasi yang cukup kreatif dan praktikal.

Antara yang 'setia' menghasilkan aiskrim Malaysia ialah Omar Mohamad, 53. Dia telah mencipta alat pengikat aiskrim yang dikenali sebagai 'pengikat aiskrim 1Malaysia' dengan bahan asasnya dibuat daripada kayu dan dawai.

Omar berkata, idea untuk mencipta alat itu setelah melihat isterinya, Tuminah Yusuf, 48, bersusah payah untuk mengikat aiskrim sehingga tangannya menjadi lenguh.

"Bayangkan ketika itu awal tahun 2000 untuk menghasilkan 50 batang aiskrim, dia mengambil masa kira-kira dua jam, tetapi dengan menggunakan alat ciptaan saya ini, kami dapat menghasilkan 200 batang aiskrim dalam tempoh yang sama.

"Bagi mencipta alat itu, saya mengambil masa dua jam untuk mendapatkan ilham dan pengait benang bulu dijadikan sumber inspirasi untuk mencipta alat itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dengan penggunaan alat itu, pengusaha tidak perlu menggunakan tenaga dan masa yang banyak selain ia dapat digunakan secara praktikal.

Omar berkata, banyak kelebihan alat itu berbanding kaedah manual, kerana ia dapat mengelak daripada sebarang kesakitan di bahagian tangan, plastik diikat menggunakan 'simpulan hidup' dan boleh dibuka dengan mudah.

"Oleh kerana aiskrim jenis ini masih mendapat sambutan daripada masyarakat, terutama kanak-kanak berikutan harganya yang berpatutan iaitu 20 sen sebatang, maka saya telah mengeluarkan alat itu secara komersial dengan menjualnya RM5 seunit.

"Secara rasminya saya telah perkenalkan alat itu pada Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2011 yang berlangsung 23 Februari lalu di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Selama seminggu program berlangsung, 250 unit pengikat aiskrim 1Malaysia terjual," katanya.

Omar yang turut membuat parang, pisau, keris dan peralatan berkaitan, mengakui pengikat aiskrim itu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di negeri ini, malah dari negeri lain.

Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai alat itu boleh menghubungi Omar di talian 019-9365512.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diskaun saman di Pasir Gudang

Posted:

Diskaun saman di Pasir Gudang

Diskaun saman di Pasir Gudang

Oleh Haniza Hassan
editjohor@utusangroup.com.my

JOHOR BAHRU 31 Mac – Jika anda mempunyai kompaun melibatkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), inilah masa yang sesuai untuk melangsaikannya.

Ini kerana, MPPG mulai esok hingga 30 April ini memberikan diskaun 50 hingga 70 peratus, masing-masing bagi kompaun am dan kenderaan.

Yang Dipertuanya, A. Rahim Nin berkata, pemberian diskaun selama sebulan itu bagi menggalakkan pesalah menjelaskan kesemua kompaun dan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Penuh MPPG semalam berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Kecil dan akta yang digunakan pakai oleh pihak berkuasa tempatan itu.

"Kita jangkakan dapat memungut kira-kira RM1.5 juta sepanjang tempoh sebulan itu. Sehubungan itu, MPPG akan membuka kaunter untuk semakan dan mereka yang dikenakan kompaun hanya perlu membawa kad pengenalan sekiranya resit kompaun hilang.

"Kesemua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter MPPG pada hari bekerja dan kaunter bayaran juga akan dibuka di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada hujung minggu untuk memudahkan pembayaran berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, jika masih ada yang gagal membayar setelah tarikh diskaun itu tamat, MPPG akan mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, sepanjang 2006 hingga 2010, MPPG mengeluarkan 30,324 kompaun yang terdiri daripada 12,102 kompaun am dan 18,222 kompaun kenderaan.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 6,249 kompaun dijelaskan melibatkan kutipan RM478,687.75 berbanding jumlah sepatutnya RM4.34 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 01 Apr 2011 07:14 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Malu dan tabu kaum Adam

Posted:

Malu dan tabu kaum Adam

Malu dan tabu kaum Adam

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



BERGELAR raja sehari merupakan impian bagi setiap pasangan yang sedang dilamun kasih. Tidak terkecuali bagi Rizal (bukan nama sebenar) yang mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya selepas setahun mereka bercinta.

Kehidupannya dirasakan begitu lengkap. Mana tidaknya, selepas 30 tahun hidup bersendirian, kini ada insan bergelar isteri yang dia harapkan sentiasa berada di sisi dan mampu bersamanya dalam segala urusan hidup.

Biarpun tampak bahagia seperti pasangan-pasangan lain, Rizal menyedari hubungannya dan isteri agak dingin di ranjang. Semuanya berpunca akibat kelemahan tenaga kelelakiannya. Dia gagal 'bertahan' walaupun untuk tempoh satu minit.

"Abang ni macam Supermanlah, cepat sangat," sindir isterinya yang menyebabkan Rizal tidak mampu berkata-kata.

Rizal mula berasa bimbang dan takut serta dihantui pelbagai persoalan. Cumbuan dan sentuhan kepada isterinya mula berkurangan, malah dia juga cuba mengelak untuk tidur bersama.

Bagaimanapun, ego lelaki yang menebal di dalam dirinya menyebabkan Rizal enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Baginya, cerita di atas ranjang merupakan maruah dan harga dirinya serta tidak wajar diperbesarkan. Namun dalam diam, dia bersendirian mencari ikhtiar bagi mengatasi kekurangannya itu.

Dia mula pencari pelbagai produk alternatif dan herba yang kononnya mampu memanjangkan waktu 'bersama' yang terdapat di pasaran.

Semuanya telah dicuba, namun ia tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Akibat kedegilannya, mahligai bahagia yang dibina mula berantakan.

Kisah Rizal mungkin antara secebis daripada ribuan kes-kes ejakulasi pramatang (premature ejaculation - PE) yang berlaku di negara ini.

Presiden Persatuan Urologi Malaysia, Prof. Dr. Azad Hassan Abdul Razack berkata, PE didefinisikan sebagai satu keadaan yang menyebabkan lelaki memancutkan air maninya terlalu cepat sebelum masanya.

"Klimaks selalunya mendahului kehendak lelaki itu sendiri mahupun pasangannya sehingga tidak sempat memberi dan merasakan kepuasan yang lebih lama dalam hubungan seksual.

"Akibatnya, isteri yang mempunyai kepuasan seks yang lebih tinggi berasa kecewa sehingga mendorong kepada berlakunya krisis dalam hubungan antara pasangan," katanya.

Menurutnya, PE yang paling kerap berlaku dalam tempoh dua minit selepas penetrasi manakala selebihnya sama ada lebih cepat atau mampu bertahan lebih lama daripada tempoh itu.

Katanya, situasi itu lazim terjadi kepada pengantin baru yang mahu melayari bahtera buat kali pertama disebabkan terlalu bimbang atau teruja.

"Bagaimanapun, PE yang berlaku terlalu kerap terutama selepas beberapa tahun perkahwinan boleh mengganggu hubungan suami isteri. Ia menandakan satu masalah perubatan dan perlu dirawat segera," ujarnya.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Kajian Kawalan dan Sikap Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik (AP PEPA) baru-baru ini mendapati 29 peratus lelaki Malaysia berkemungkinan mengalami PE.

Kaji selidik tersebut telah dijalankan kepada 5,000 lelaki berusia dari 18 hingga 65 tahun.

Sebanyak 10 negara di sekitar Asia Pasifik termasuk Australia, New Zealand, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan,, Thailand dan Filipina terlibat dalam kaji selidik itu.

Kesedaran rendah



Kajian daripada AP PEPA itu juga menemukan bukti bahawa kesedaran mereka tentang PE amat rendah. Lebih mengejutkan, ia turut mendedahkan bahawa kebanyakan lelaki tidak sanggup dan enggan membincangkan masalah itu secara terbuka. Mereka sebaliknya membiarkan perasaan tertekan dan kecewa berlalu begitu sahaja.

Azad menjelaskan, walaupun jumlah lelaki yang berdepan dengan masalah berkenaan boleh dikatakan agak besar, masih ramai yang memilih untuk merahsiakannya.

Katanya, lelaki sering menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat tabu dan enggan mengakui kelemahan diri memandangkan ia melibatkan kekurangan dari sudut keupayaan seksual.

Faktor itu diburukkan lagi dengan kekeliruan dan ketidakfahaman mereka mengenai penyakit tersebut serta tidak pasti mengenai pihak yang perlu dirujuk bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, berbeza dengan disfungsi erektil (DE) yang biasanya menyebabkan lelaki langsung tiada dorongan seks, mencapai ketegangan zakar dan selanjutnya ejakulasi, PE kurang disedari dan tidak dianggap sebagai satu masalah seksual yang serius.

"Lebih memburukkan keadaan, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkan hal tersebut secara terbuka hanya kerana mahu menjaga perasaan pasangan mereka.

"Jika masalah ini tidak ditangani di peringkat awal, akibatnya akan dirasai oleh pasangan terlibat. Kemurungan, tekanan, rasa rendah diri dan kekecewaan yang meluap-luap boleh menjurus kepada hubungan dingin di atas katil. Seterusnya adalah kemungkinan keruntuhan rumah tangga," terang beliau.

Punca psikologi

Sementara itu, Presiden Persatuan Andrologi dan Kajian Lelaki Berusia Malaysia, Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, antara 20 hingga 30 peratus lelaki mungkin pernah menghidapi PE dalam suatu peringkat kehidupan mereka tanpa mengira usia.

Beliau menjelaskan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada PE, lazimnya disebabkan punca-punca psikologi.

Katanya, tahap hormon tertentu dan sensitiviti (kegelian) berlebihan pada alat sulit lelaki merupakan sebahagian faktor biologi PE.

"Di samping itu, terdapat keadaan tertentu yang boleh mengganggu proses ejakulasi seperti perubahan kelenjar prostat, arteriosklerosis (gangguan akibat kolesterol berlebihan yang melekat pada dinding pembuluh darah arteri), diabetes dan gangguan neurologi (saraf).

"Begitupun, kebanyakan masalah PE adalah berpunca daripada masalah psikologi yang menyebabkan kegagalan mengawal tindak balas ejakulasi," jelas Hui Meng.

Tambah beliau, paling penting dalam merawat permasalahan itu mahupun lain-lain gangguan seksual adalah komunikasi berkesan antara kedua-dua pasangan.

"Ia terjadi bukan dengan kehendak sesiapa. PE sangat menjejaskan perasaan isteri. Suami sepatutnya memberi kerja sama dan perlu mendapatkan diagnosis sebelum melakukan sebarang rawatan," kata beliau.

Hui Meng turut berpesan, penggunaan perubatan alternatif atau ubat herba yang terdapat di pasaran boleh memburukkan keadaan. Bukan sahaja produk tersebut tidak dapat dipastikan keberkesanannya, ia turut meninggalkan kesan sampingan kepada yang mencubanya.

Bagaimanapun, hari ini terdapat ubat preskripsi bernama Priligy yang dikeluarkan oleh Bahagian farmaseutikal Johnson & Johnson yang membuka jalan untuk merawat pesakit PE.

Pengurus Hal Ehwal Perubatan Janssen-Cilag, Joyce Seak berkata, Priligy adalah pilihan yang telah dibuktikan secara klinikal.

Katanya, pengambilan Priligy mampu menolong pasangan mengembalikan saat keintiman hubungan sesama mereka.

"Priligy berupaya meningkatkan serotonin dalam tubuh bagi melambatkan ejakulasi, paling penting ia tidak mempunyai kesan sampingan yang ketara.

Ketika ini, katanya terdapat dua dos Priligy iaitu 30 miligram dan 60 miligram dan perlu dimakan satu hingga tiga jam sebelum melakukan hubungan intim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sayangi buah pinggang anda!

Posted:

Sayangi buah pinggang anda!

Sayangi buah pinggang anda!


MASKOT ginjal beramah mesra dengan pengunjung cilik di Jusco AU2, Setiawangsa.


SATU dalam 10 orang dewasa di dunia menghidapi masalah ginjal atau buah pinggang. Anda juga tidak terkecuali daripada risiko itu kerana penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap lantaran tanda-tanda dan gejala-gejala yang berkaitan dengannya hanya muncul di peringkat akhir.

Walaupun penyakit buah pinggang atau ginjal adalah penyakit paling kerap dihidapi dan berbahaya namun ia masih boleh dirawat.

Bersempena Hari Ginjal Sedunia yang disambut pada 10 Mac setiap tahun, Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) menganjurkan sesi pemeriksaan kesihatan percuma khusus untuk orang ramai di AEON Jusco AU2, Setiawangsa 12 Mac lalu.

Dengan membawa tema 'Lindungi Buah Pinggang Anda, Selamatkan Jantung Anda', sesi pemeriksaan yang bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam itu bukan sahaja memberikan peluang orang ramai mendapatkan pemeriksaan percuma, malah mereka turut berpeluang mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar buah pinggang yang hadir sepanjang program berlangsung.

Menurut Ketua Jabatan Nefrologi HKL, Datuk Dr. Ghazali Ahmad Kutti, kebanyakan orang awam sebenarnya tidak menyedari bahawa penyakit buah pinggang dan penyakit jantung adalah saling berkaitan.

"Jika seseorang itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang, risiko pesakit itu menghidap penyakit jantung adalah tinggi sekiranya ia tidak dikawal.

"Oleh itu, pemeriksaan kesihatan sebegini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memastikan bahawa mereka mempunyai dua belah buah pinggang yang boleh berfungsi dengan sihat dan baik.

"Pada masa yang sama dapat memastikan bahawa mereka tidak mempunyai faktor-faktor yang boleh meningkatkan kemungkinan mendapat penyakit buah pinggang," kata beliau.

Melambatkan kesan

Tambah Ghazali, perkembangan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika ia dapat dikesan lebih awal.

"Pada 2007, lebih 21,000 orang rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang tahap 5, iaitu tahap paling serius yang memerlukan mereka menjalani dialisis atau pemindahan buah pinggang.

"Namun, proses dialisis adalah satu proses yang tidak produktif selain menelan belanja yang besar kerana seorang pesakit itu perlu membelanjakan sebanyak RM25,000 hingga RM30,000 setahun dan kos ini tidak termasuk perbelanjaan ubat-ubatan," jelas beliau.

Ghazali memberitahu, seseorang pesakit itu mungkin perlu menjalani rawatan dialisis mereka sepanjang hayat yang pastinya menjejaskan produktiviti kerja.

Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang menambah informasi mengenai penyakit buah pinggang melalui pameran mini yang diadakan.


KAUNTER khidmat nasihat sentiasa penuh dengan pengunjung yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang tahap kesihatan mereka.


Antara maklumat menakjubkan adalah mengani kehebatan fungsi organ itu yang mampu menapis dan membersih sehingga 200 liter darah sehari.

Hebat, bukan? Namun, ramai antara kita tidak mengambil peduli terhadap kesihatan organ yang terletak di pertengahan belakang tubuh di bawah rusuk tulang itu sehingga merosakkan fungsinya.

Organ berpasangan berbentuk kacang seberat 150 gram setiap satu itu penting dalam mengekalkan keseimbangan dalaman badan secara tetap. Uniknya, seseorang itu boleh menjalani kehidupan normal walaupun salah satu daripada buah pinggangnya rosak.

Memandangkan penyakit buah pinggang kronik tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pada peringkat awal, ujian saringan adalah penting dalam pengesanan awal penyakit ini.

Ujian saringan yang perlu dilakukan adalah pemeriksaan tekanan darah, ujian darah dan ujian air kencing.

Pemeriksaan awal

Oleh itu, ujian dan pemeriksaan awal adalah penting terutamanya jika seseorang itu berumur 60 tahun ke atas atau berada dalam kelompok berisiko tinggi seperti pesakit diabetes, pesakit darah tinggi, ahli keluarga pesakit buang pinggang dan penghidap eritematosus lupus sistemik (SLE).

Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang menghadapi masalah batu dalam buah pinggang, kerap makan ubat tahan sakit, akar kayu atau herba dan pernah menjalani pembedahan mengeluarkan satu ginjal.

"Banyak informasi yang dapat diperoleh melalui program sebegini berdasarkan pameran yang diadakan.

"Ia secara tidak langsung dapat menyedarkan orang ramai bahawa penyakit buah pinggang boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain jika tidak dirawat pada peringkat awal," kata seorang pengunjung yang turut sama melakukan pemeriksaan, Umi Kalthum Mohd. Isa, 26.

Dalam pada itu, Mohd. Zaki Mohd. Tahar, 32, berpendapat penganjuran sambutan Hari Ginjal Sedunia harus diadakan lebih menyeluruh di tempat-tempat awam seperti di pusat membeli-belah bagi menarik lebih ramai orang awam.

"Ini peluang baik yang perlu direbut oleh orang awam untuk mendapatkan pemeriksaan percuma tanpa perlu bersesak-sesak dan ke hospital yang jauh dari kediaman mereka," ujarnya. – NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haram buang tahi lalat untuk cantik

Posted:

Haram buang tahi lalat untuk cantik

Haram buang tahi lalat untuk cantik


MEMBUANG tahi lalat diharuskan jika ia terlalu banyak hingga mengaibkan atau menimbulkan ketidakselesaan dalam komunikasi.


APAKAH hukum seseorang itu membuang tahi lalat di wajahnya, sedangkan tahi lalat tersebut tidak memberi sebarang gangguan kepadanya dan juga tidak membawa sebarang penyakit?

JAWAPAN: Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah Maha Berkuasa menjadikan berbilion manusia dengan berbeza wajah. Wajah adalah salah satu identiti manusia.

Semua manusia suka akan kecantikan. Hingga ada yang sanggup untuk melakukan apa saja untuk kelihatan cantik walau dengan cara yang dilarang Islam.

Kebiasaannya, di wajah manusia terdapat bintik-bintik hitam seakan-akan tahi lalat seperti sejenis penyakit kulit. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan membuangnya dari kulit tanpa mendatangkan kemudaratan kepada wajah.

Namun, hukumnya haram jika membuang bintik-bintik hitam itu hingga mendatangkan kemudaratan memandangkan wajah adalah bahagian sensitif. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan ke atas anda". (Sahih Al-Bukhari)

Namun, seandainya tahi lalat itu terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya.

Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat dengan tujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah yang asal.

Anak berhak pilih apabila capai usia mumayiz

DUA adik-beradik dengan ibu bapa yang telah bercerai telah mencapai umur mumayiz. Di hadapan hakim, mereka menyatakan hasrat untuk bersekolah dan tinggal bersama dengan bapa mereka.

Malangnya, si ibu menghalang dan menafikan hasrat anak-anak itu. Apakah hukum perbuatan si ibu tersebut?

JAWAPAN: Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada setiap yang bergelar ibu dan bapa. Imam Ghazali mengingatkan:

"Anak-anak adalah amanah bagi kedua-dua orang tuanya. Hatinya yang masih suci tanpa sebarang ukiran dan gambar.

Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dengan kebaikan, maka ia akan menjadi baik dan ibu bapanya akan berbahagia di dunia dan akhirat.

"Tetapi anak yang dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan seperti binatang ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya akan dipikul oleh ibu bapanya yang bertanggungjawab menguruskannya".

Ibu bapa wajib menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya. Bapa mempunyai tanggungjawab memimpin keluarga dan isteri terbeban dengan amanah mengurus rumah tangga.

Maka dalam permasalahan tersebut, ibu wajib mematuhi keputusan hakim kerana anak-anak telah mumayiz dan telah memilih untuk tinggal bersama-sama bapa mereka.

Dari saat itu, bermula satu peringkat yang lain dalam penjagaan iaitu kafalah.

Tindakan menafikan hak anak itu bukan sahaja menghina mahkamah tetapi juga bertentangan hadis daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah memberi pilihan kepada seorang kanak-kanak di antara ibunya dan bapanya." (Riwayat Tirmizi)

Perlu diingatkan bahawa anak-anak juga ada hak untuk disayangi. Berdosa bagi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Al-Khasykhasyas Al-Anbari berkata:

"Aku datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): 'Adakah ini anakmu?' Saya menjawab : 'Ya' Baginda kemudian bersabda: 'Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 01 Apr 2011 01:17 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Penguji wanita JPJ

Posted: 31 Mar 2011 05:34 PM PDT

Ratu

YUSNIZA sedang menjalankan tugasnya sebagai penguji wanita
untuk ujian memandu. Gambar kiri, dari atas, Arbaaton Abd Rahman, Norzaimah Mohd Isa dan Yusniza Md Yasin.

YUSNIZA sedang menjalankan tugasnya sebagai penguji wanita untuk ujian memandu. Gambar kiri, dari atas, Arbaaton Abd Rahman, Norzaimah Mohd Isa dan Yusniza Md Yasin.

Selamat, beri keselesaan kepada calon pemandu perempan

AWAL 90-an, hanya ada seorang pegawai wanita yang melakukan ujian pemanduan jalan raya. Hari ini, bilangannya semakin ramai.

Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melantik lebih ramai pegawai penguat kuasa wanita sebagai penguji secara tidak langsung melegakan ramai wanita. Mereka lebih yakin menjalani ujian tanpa perlu berasa ragu-ragu atau bimbang dengan keselamatan diri, `berdua-duaan' dalam kenderaan dengan pegawai lelaki. Setiap tahun, lebih 800,00 calon menduduki ujian memandu di seluruh negara dan sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada wanita. Dengan jumlah seramai itu, pasti ramai yang lebih selesa, rasa lebih selamat daripada kemungkinan sebarang gangguan seksual jika mereka mendapat penguji wanita.

Rata-rata institut memandu menyediakan kereta Kancil untuk ujian memandu. Masalah lazimnya akan timbul apabila saiz kenderaan itu kecil, sedang ada antara calon wanita berbadan besar tersentuh badan penguji lelaki ketika memegang stereng atau mengendalikan brek atau sebagainya.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa atau menimbulkan masalah lain berkaitan perbuatan tidak bermoral serta beretika.

Ketua Bahagian Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Arbaaton Abd Rahman, berkata kewujudan jawatan penguji wanita itu adalah satu tanggungjawab sosial jabatan itu untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bersih dan mesra.
Sekitar 2007, JPJ memutuskan menyediakan pegawai penguji wanita sejajar dengan dasar kerajaan yang mengamalkan konsep Islam Hadhari. Pegawai terpilih menjalani latihan selama lima bulan di Akademi Latihan JPJ di Melaka, dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai tugas mengikut bidang kuasa tertakluk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, termasuk sebagai penguji. Dalam latihan itu, pegawai wanita itu didedahkan kepada pelbagai tugas, termasuk operasi penguatkuasaan, penguji wanita, stesen Titi Timbang dan tugas pendakwaan.

"Pengambilan penguji wanita dimulakan sejak lebih tiga tahun lalu memang dianggap amat baik untuk mengelak perkara tidak bermoral khususnya gangguan seksual dan memenuhi keperluan serta kehendak calon yang pelbagai kerenah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi JPJ Wilayah Persekutuan, seramai lapan penguji wanita tetap yang dibahagikan kepada dua kumpulan disediakan bagi mengendalikan ujian pemanduan di beberapa institut memandu di sekitar kawasan ini.

"Mereka akan mula bertugas mulai jam 8 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang. Setiap institut memandu lazimnya mengendalikan kira-kira 345 calon sehari. Penguji wanita ini akan melakukan semua kelas ujian kecuali untuk lesen vokasional.

"Setakat ini, saya menerima maklum balas yang baik daripada calon yang menganggap ia sebagai langkah murni jabatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembantu Penguatkuasa yang juga Penguji Wanita, Yusniza Md Yasin, sudah lima tahun menjadi penguji wanita. baginya, langkah JPJ menyediakan penguji wanita itu memberi lebih pilihan kepada calon, khususnya wanita memilih pegawai penguji sekali gus meningkatkan imej jabatan.

Ada antara calon wanita yang memohon untuk memilih pegawai penguji wanita kerana lebih yakin dengan segala hal, termasuk dari segi batasan muhrim.

Beliau tidak menolak kemungkinan, calon wanita lebih selesa jika yang menguji mereka juga pegawai wanita untuk mengelak sebarang masalah tidak bermoral.

"Ada calon wanita yang begitu prihatin mengenai perkara ini. Mereka juga akan lebih yakin dan tidak kekok untuk mengawal keadaan dan perasaan jika di sebelahnya penguji wanita," katanya yang sudah 12 tahun berkhidmat dengan JPJ.

Beliau berkata, tugas sebagai penguji juga berisiko kerana kalangan calon yang tidak mahir memandu dan sentiasa berjaga-jaga dengan membantu membrek kenderaan jika berhadapan situasi bahaya.

Berkongsi pengalaman mencemaskan, Yusniza berkata, pernah ada calon wanita yang terbabas di atas pembahagi jalan ketika ujian tetapi mujur, tiada siapa yang cedera.

Disifatkan sebagai penguji yang tegas dan jarang senyum, Yusniza berkata, mereka sememangnya dilarang berbual dan `bermesra' dengan calon sepanjang ujian bagi memastikan calon serius serta fokus dalam pemanduan.

Seorang lagi penguji wanita, Norzaimah Mohd Isa, yang baru enam bulan memegang tugas itu berkata, perkara mereka perlu mematuhi peraturan sepanjang tugas, termasuk tegas menjalankan tugas, tidak bercakap banyak atau bertanyakan hal peribadi calon sepanjang ujian memandu dijalankan.

Katanya, perbualan hanya perkara yang penting dan asas untuk mengelak gangguan kepada calon.

Seperti Yusniza, Norzaimah juga pernah berhadapan dengan pengalaman ngeri ketika menguji seorang calon wanita, yang hampir melanggar treler ketika keluar dari simpang di sekitar Gombak.

"Nasib baik saya sempat brek. Kami tidak cedera tetapi hampir terhumban ke depan cermin hadapan kereta. Sebab itu, semua kereta yang digunakan untuk ujian memandu disediakan brek khas di sebelah penguji sebagai persediaan jika berlaku saat kecemasan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gigih, usaha punca jaya

Posted: 31 Mar 2011 05:15 PM PDT

Ratu

SARMILA (kanan) pada malam Anugerah Wakil Avon No 1 Negara.

SARMILA (kanan) pada malam Anugerah Wakil Avon No 1 Negara.

Sarmila sasar bebas hutang, dorong kerja berterusan

BERSEMANGAT waja untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain menjadikan beliau berusaha memperbaiki kekurangan diri selain keluarga turut dijadikan pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

Selain itu, kemahuan diri menjejak jaya juga menjadikan beliau individu gigih yang sanggup mencari peluang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik tanpa mengenal penat lelah kerana berpendapat usaha berterusan perlu untuk kebaikan. Inilah antara rencah yang menjadikan Sarmila Ismail, 36, layak menerima anugerah Golden Circle Avon , yang berlangsung di Subang Jaya, baru-baru ini.

Bahkan, menyedari kekurangan diri yang tidak berpeluang mendapat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, wanita kecil molek ini mencari alternatif memajukan diri dengan cara lain, iaitu menjadi pengedar Avon demi menambah pendapatan keluarga.

"Saya hanya berpeluang mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia saja. Dengan sijil itu, saya tidak mungkin dapat mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.

"Justeru, saya mula terfikir untuk mencari pendapat bagi memperbaiki taraf hidup keluarga kami kerana jika saya melakukan sesuatu yang berfaedah, saya boleh membantu suami," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Bagi Sarmila, beliau ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan individu lain yang berjaya kerana kejayaan dan kesenangan tidak hanya boleh dicapai melalui bangku peperiksaan di sekolah, sebaliknya ada banyak cabang kejayaan yang boleh dicapai.

"Saya memikirkan satu bentuk perniagaan yang mempunyai banyak manfaat untuk diri saya dan pengguna selain membawa kebaikan sejagat.

"Ada banyak bidang perniagaan yang saya ceburi dan sememangnya semuanya mempunyai ciri keistimewaan masing-masing. Saya memilih Avon kerana ia dekat dengan saya, untuk wanita dan mengambil kira kepentingan pengguna."

Bagi ibu kepada empat cahaya mata ini, beliau menetapkan sasaran untuk gigih bekerja dengan cara tersendiri kerana tahu dan yakin beliau mampu melakukannya selain mendapat kebenaran serta kerjasama suami, Mohd Nasri Che Menor.

"Selain kerjasama suami, saya cukup teruja dengan latihan dan kemahiran yang diberikan syarikat dalam usaha membekalkan ilmu dan pengalaman kepada individu seperti saya.

"Saya menyertai pelbagai ceramah dan kursus disusun majikan untuk melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan. Walaupun saya bukan tauke dan hanya pengedar, saya perlu memiliki ilmu meyakinkan pelanggan," katanya bersungguh-sungguh.

Kekal sebagai pengedar barangan penjagaan badan dan kecantikan, Sarmila cuba melakukan yang terbaik setiap kali berurusan dengan pelanggan bagi mengelakkan timbul silap faham dalam.

"Kita mesti mengetahui cara untuk menarik pelanggan menggunakan produk. Saya sejak awal memaham sistem yang diamalkan pihak pengurusan.

"Tambahan pula, urus niaga berlangsung secara tunai dan tiada sistem hutang. Hal ini juga sudah saya fahamkan kepada pelanggan dan mereka boleh menerima selain produk dijual pada harga berpatutan," katanya.

Di atas usaha gigih menjadi pengedar kepada produk kecantikan berkenaan, selepas setahun menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini, Samila mencapai status Senior Unit Manager yang melayakkan beliau menyertai insentif percutian ke luar negara.

"Kursus pembangunan untuk mendalami selok belok membina satu perniagaan cemerlang bersama Avon sangat membantu saya.

"Begitupun, saya akan memastikan keluarga saya adalah keutamaan dalam segala hal. Sebelum keluar menjalankan rutin harian, saya akan pastikan urusan rumah selesai dan keluarga tidak terabai," katanya.

Sarmila mengakui galakan anak yang sentiasa ingin melihat beliau berjaya adalah pencetus kepada kekuatan semangat yang beliau miliki kini selain galakan berterusan daripada pihak pentadbiran dan pengurusan Avon.

"Kejayaan ini sangat bermakna bagi saya dan keluarga. Anak-anak terutama sering mengatakan kepada saya, emak mesti boleh melakukannya.

"Saya juga mahu menjalani kehidupan bebas hutang. Pegangan saya, kalau orang lain boleh buat saya juga mesti boleh melakukannya. Apa salahnya saya berusaha untuk kebaikan dan mesti boleh melakukan. Kalau ada sebarang masalah, saya mesti cuba menyelesaikannya sebaik mungkin," katanya.

INFO : Sarmila Ismail
Asal: Johor.
Status: Berkahwin.
Usia: 36 tahun.
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia.
Anugerah: Anugerah Wakil Avon No 1 Negara.
Jawatan: Unit Director (Avon) di Bandar Muazam, Pahang.

  • Pegangan beliau, jika orang lain boleh melakukannya beliau juga mampu untuk melakukannya.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads