SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya.
Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu.
"Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain," kata pegawai bandar itu. – Agensi
IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.
Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu.
Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.
Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan.
Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.
Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut.
Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun.
"Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara.
Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi.
Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.
Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960.
"Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi
GEORGETOWN: "Tekanan menghantui hilang apabila saya melihat darah mengalir dan merasai kesakitannya. Ini bukan kali pertama saya mencederakan diri akibat tertekan, malah sebelum ini saya menggunakan kaca dan baru-baru ini pisau yang dipanaskan," kata ibu lima anak mengenai tabiatnya yang suka mencederakan diri sendiri apabila tertekan.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Melati, 42, berkata, apabila menghadapi tekanan perasaan terlampau, dia lebih suka menyendiri sebelum mengambil benda tajam dan mencederakan diri.
Sebelum ini, katanya dia pernah menggunakan kaca menghiris pergelangan tangan kiri, namun bernasib baik perbuatannya itu tidak meragut nyawanya.
Baru-baru ini, dia memanaskan pisau dapur sebelum menoreh perutnya sehingga berdarah.
Katanya, kesakitan dirasai itu selain melihat darah mengalir 'melupakan' tekanannya.
Menceritakan tekanan dihadapinya, Melati berkata, semuanya bermula selepas tiga bulan dia mendirikan rumah tangga, 15 tahun lalu.
IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.
"Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.
Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.
Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.
TRIBUNNEWS.COM - Seorang anggota dewan yang tak disebutkan namanya ditangkap pada Rabu (20/4/2011) lalu. Anggota dewan dari Parti Buruh Australia ini ditangkap kerana ketahuan mengakses video porno kanak-kanak.
Anggota dewan dari wilayah Adelaide, Australia selatan, ditangkap ketika sedang dalam perjalanan ke rumahnya dan polis pun menghentikan kendaraan dan memeriksa isinya.
Dengan menggunakan sarung tangan plastik mereka mencari pada bahagian belakang dan depan dan akhirnya menemukan beg plastik cokelat. Anggota parlemen ini dikenai tuduhan memiliki pornografi anak dan hal-hal yang terkait pornografi lainnya.
Polis mengatakan jika lelaki ini tertangkap sebagai sebahagian dari operasi Operation Decimate yang memberikan target kepada para pengakses video porno anak. Dia ditangkap dan kemudian dilepas dengan wang jaminan dan akan segera hadir di sidang Adelaide Magistrates Court pada 20 Mei nanti.
TRIBUNNEWS.COM, MUARAENIM - Warga masyarakat Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan heboh. Salah seorang warganya tanpa sengaja mengabadikan sebuah susuk misteri dengan kamera digital
Susuk itu diperkirakan kuntilanak yang sedang duduk di pohon nangka dengan rambut panjang terurai sambil menundukkan kepala.
"Kejadian tersebut terjadi pada tanggal 25 March 2011 lalu di Kelurahan Talang Ubi Timur, Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim," ujar Edi, warga Talang Ubi Timur di Muaraenim, Selasa (19/4/2011)
Menurut Edi, foto susuk kuntilanak tersebut secara tidak sengaja terfoto pada bulan March 2011 sekitar pukul 15.30. Waktu itu, kebetulan dia hendak ke rumah Riki yang letak di eks Kantor Camat Kelurahan Talang Ubi Timur.
Setelah sampai di rumah Riki ternyata yang bersangkutan tidak berada di rumah dan keadaan rumah keadaan kosong. Lantas dia kemudian meninggalkan rumah tersebut dan bermaksud pulang ke rumahnya.
Namun setelah berjalan sekitar 10 meter, ada suara keras yang mamanggil namanya "Eddi". Spontan ia mencari siapa yang memanggil namanya tersebut tetapi tidak menemukan orang yang memanggilnya. Oleh kerana hari sudah petang diapun takut dan memilih meninggalkan lokasi tersebut.
Di tengah perjalanan pulang, dia melihat Sulastri, warga Talang Ubi Timur sedang duduk santai bersama anak kecil di bawah pohon nangka.
Kemudian dia mengambil Sulastri, kerana pada saat itu kebetulan sedang membawa kamera digital. Setelah melakukan pemotertan Eddi pulang kerumahnya, seminggu kemudian Eddi bermaksud mencetak foto yang ada di kameranya.
Namun setelah melihat hasilnya dia terkejut kerana melihat susuk aneh berambut panjang duduk di atas dahan nangka sambil menundukkan kepalanya. "Aku mengambil gambar Sulastri. Tetapi setelah dicetak terkejut ada gambar aneh. Tidak ada rekayasa," ujarnya.
Sementara ketika akan menghubungi Sulastri, warga Talang Ubi Timur yang ada dalam foto, tidak berada di tempat. Menurut Eddi. ketika ini Sulastri berada di Kebun di daerah Setuntutung Talang Ojan.
TRIBUNNEWS.COM - Bagi mereka yang suka telanjang, ditawarkan sebuah pusat kesihatan atau gym di mana mereka boleh bersenam tanpa mengenakan pakaian. Upaya ini konon dilakukan untuk melawan resesi dan menarik minat orang datang ke pusat kesihatan tersebut.
Pusat kesihatan ini terletak di wilayah Basque, Sepanyol, dan bernama Easy Gym. Ini pertama kalinya dilakukan di negara Sepanyol. "Ketika krisis kami sedar banyak yang memutuskan tidak ke gym," kata pemilik Easy Gym, Merche Laseca.
"Saya bukan pecinta telanjang meski saya tak bermasalah dengan itu.Hanya saja, ini inisiatif tentang wang," jelasnya. Sebelum membuka pusat ini, Laseca mengaku melakukan penyelidikan dan kemudian memutuskan membuka gym untuk pecinta telanjang atau dikenal kelompok nudis.
"Kita selalu suka aktivitas baru," kata Maite Vicuna, Presiden Basque Naturist Association, yang sempat mencoba gym telanjang pada pekan lalu.
"Melakuka olahraga tanpa pakaian lebih natural dan lebih nyaman," jelas Vicuna. Sebuah pungutan pendapat yang dilakukan kelompok Basque Naturist Association menunjukkan 90 peratus anggotanya mendukung olahraga tanpa pakaian.
METRO - Rianto, orangtua bayi yang memiliki bentuk telinga kiri seperti kalimah Allah, dan telinga kanan seperti tulisan Arab Muhammad mengaku tidak memiliki firasat sebelum mahupun sesudah kelahiran putri pertamanya tersebut.
"Tidak pernah ada mimpi-mimpi atau firasat," ujarnya kepada Tribunlampung.co.id, Rabu (20/4/2011).
Menurutnya, kejadian ini membuat masyarakat datang ke rumahnya. "Kesian bayi ini masih kecil, kalau ramai warga datang melihat," tuturnya.
Untuk diketahui, para medik di RSUD Ahmad Yani dihebohkan dengan bayi dengan bentuk telinga seperti tulisan arab asma Allah di sebelah kiri, seperti tulisan Muhammad di telinga kanan.
Bayi yang diberi nama Rafika Najila Farjana lahir pada 10 April dari pasangan Rianto dan Suparmi, warga Merandung Sari, Lampung Timur. "Saya dibawa ke hospital setelah muntah-muntah," ujar Rianto.
Penemuan ini mendapat perhatian para medik di wad kanak-kanak hospital tersebut. Bayi tersebut lahir dengan berat 3,3 kg dan panjang 50 cm.
Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun di Florida sudah mulai pulih setelah diagigit oleh gerombolan anjing saat melindungi adiknya yg berumur 4 tahun dan anak-anak lain
Pada ketika itu Timo Peres dan adiknya Carlos yang berumur 4 tahun serta tetangganya sedang bermain belakang rumah mereka pada hari Khamis di Homestead, Florida, ketika itu tiba-tiba gerombolan anjing lari dari sebuah halaman di seberang jalan
Gerombolan anjing itu menyerang, dan Timo langsung menyembunyikan adik dan temannya di bawah trak diparking dan menggunakan tubuhnya sebagai perisai.
"Aku ingin menyelamatkan adikku,"kata pahlawan kecil ini. "Kemudian ia mulai menyerang saya."
Gerombolan anjing langsung m menggigit dia di kepala dan bahu, melihat hal itu ayahnya berlari dan memukul binatang itu dengan skop, mengejar dia pergi.
Dia dilarikan ke hospital terdekat, di mana doktor harus merawat luka di kepalanya, lengan dan bahu tertutup. .Para penyelamat mengatakan, serangan itu tidak kanak-kanak itu takut anjing.
Benar-benar diluar dari pemikiran kita secara awam, bagaimana mungkin selama 23 tahun peluru bersarang di kepala. Seorang petani dari China baru mengetahui bahawa ada peluru yang bersarang di otaknya selama 23 tahun.
Wang Tianqing menderita suatu gejala yang semakin lama semakin buruk selama dua puluh tahun. Akhirnya dia memutuskan untuk ke doktor, penyebab penyakitnya benar-benar membuat terkejut. Hasil CT scan menunjukan sebuah peluru bersarang di kepalanya.
Doktor bedah China yang mengeluarkan peluru tersebut mengatakan, Wang boleh selamat daripada kematian hanya kerana peluru itu milimeter daripada otaknya. "Peluru itu masuk ke tengkorak Wang dan berhenti di dekat pelipisnya," ujar doktor bedah saraf, Wang Zhiming, seperti dilapor Sky News, Jumaat (22/4/2011).
Dokter Wang menambahkan, jika peluru itu bergerak sedikit saja lebih jauh ke belakang dan ke bahagian kanan, Wang kemungkinan tidak akan selamat. Namun, yang menghairankan doktor adalah bagaimana peluru itu boleh sampai disana.
Wang kemudian teringat suatu hari di 1988. Dia ingat pernah terkena pukulan keras di kepalanya sebelum akhirnya tak sedarkan diri.
"Saya fikir saya terkena pukulanl. Saya melihat seorang lelaki berdiri di bukit dan saya kira dia yang memukul saya," kenang Wang. Dia kemudian terbangun di hospital, namun petugas medik yang merawatnya tidak menemukan ada yang salah padanya.
Petugas medik kemudian memberikan Wang ubat anti radang dan menyuruhnya pulang. Namun, beberapa saat setelahnya Wang mulai mengalami kejang secara berkala. Saat serangan kerjang bertambah parah tahun lalu, keluarga Wang memutuskan untuk kembali ke doktor.
Peluru tersebut ketika ini sudah dikeluarkan dan kejang-kejang yang dialami Wang sudah berhenti. .
DediNews - Ngeri, mungkin itulah yang ada difikiran anda. Bagaimana tidak, ular merupakan binatang reptilia yang memiliki loreng dan berlendir. Tambah mengerikan lagi, ular memiliki bisa yang dapat mematikan.
Tapi mungkin tidak banyak orang tahu bahawa kulit yang biasa digunakan untuk membuat beg dan kasut itu boleh dipakai untuk perawatan kecantikan. Penemuan terbaru itu diciptakan 'Euphoria Lounge Salon & Spa' di California, Amerika Syarikat, yang menggunakan kulit ular sebagai pengganti cat kuku.
Terri Silacci, pemilik dari salon itu mendapatkan idea ketika anaknya membawa beberapa kulit ular dari kelas science. Kulit ular yang eksotik membuat Terri terkagum-kagum dan mendapatkan idea untuk menjadikan kulit ular ke dalam salah satu perawatan di salonnya.
Terri memikirkan cara agar kulit ular dapat dijadikan sebagai penghias kuku. Selama beberapa bulan, Terri pun meneliti dan belajar tentang selok belok ular agar aman jika digunakan untuk customer.
"Saya mempelajari cara mensterilkan ular dan juga melekatkannya pada kuku," tutur Terri, seperti dikutip dari Allure.
Terri menjelaskan, pertama-tama, kuku diberi gel cat kuku berawarna. Gel tersebut diklaim dapat menguatkan kuku. Lalu kuku dikeringkan menggunakan dryer. Setelah kering, kulit ular ditempelkan pada kuku. Agar kulit ular menempel sempurna diberikan pelapis kuku.
Tertarik mencuba cat kuku dari ular tersebut? Sayangnya perawatan ini baru berkembang di Amerika. 'Euphoria Lounge Salon & Spa' menghargai US$ 300 untuk sekali pedicure.
Seorang ibu terkecil di dunia ketika ini sedang menantikan kelahiran anak ketiganya meski dia telah diperingati bahawa kehamilan akan membahayakan hidupnya.
Stacey Herald, yang tingginya hanya 66 cm, sudah memiliki dua anak. Sejak awal para doktor telah memberi tahu bahwa kehamilan dapat menyebabkan dirinya meninggal. Namun, dia nekad menentang peringatan doktor. Perempuan 35 tahun dari Dry Ridge, Kentucky, Amerika Syarikat, itu menderita osteogenesis imperfecta, yang menyebabkan kerapuhan tulang dan paru-paru tidak berkembang sehingga dia tidak mungkin mencapai tinggi badan yang normal.
Sekarang, Herald yang menggunakan kerusi roda, dan suaminya, Will, yang tingginya 175 cm, sedang menunggu kelahiran anak ketiga, seorang bayi laki-laki yang diperkirakan lahir dalam empat minggu lagi. Herald tidak boleh lagi memangku putrinya kerana perutnya telah membusung sedemikian rupa. Dia pun bergantung pada suaminya untuk melakukan banyak hal.
Dia mengakui, kehamilan merupakan sesuatu "yang tidak nyaman". Meski ada berbagai rintangan, pasangan itu mengatakan, mereka ingin punya lebih ramai anak.
Pasangan itu bertemu tahun 2000 ketika bekerja di sebuah supermarket di tempat asal mereka. Keduanya sangat ingin punya anak setelah menikah tahun 2004. Namun, para doktor memperingatkan Herald bahawa seorang bayi akan berkembang sedemikian besar dalam tubuhnya yang kecil itu dan hal itu akan menekan organ-organnya serta mencekik dia.
"Saya sangat kecewa ketika dikatakan saya tidak boleh punya anak. Sepanjang hidup, orangtua saya mengatakan kepada saya bahwa saya boleh melakukan apa pun. Ada doktor-doktor itu yang mengatakan bahwa saya tidak boleh membentuk keluarga yang lengkap. Itu sangat menyakitkan," kata Herald.
Lapan bulan kemudian, pasangan itu bergembira saat mengetahui Herald hamil. Mereka berkeras untuk mempertahankan kehamilan tersebut meski keluarga dan doktOr meminta mereka untuk mempertimbangkannya kembali.
Herald, yang memutuskan tidak memakai kontrasepsi, mengatakan, "Mereka semua berkata kepada saya bahwa saya akan mati. Mereka meminta saya untuk tidak memiliki bayi. Bahkan ibu saya mengatakan, 'Kamu tahu kamu ingin hidup, bukan?' Saya kata kepadanya, adalah mujizat bahawa saya ada, bahawa saya hidup. Mengapa ini (punya anak) bukan merupakan mujizat juga."
Setelah 28 minggu, para dokter melakukan bedah dan seorang putri, Kateri, lahir tahun 2006. Dia membesar dengan sihat. Namun, hati keluarga itu remuk redam ketika mengetahui Kateri memiliki keadaan cacat bawaan dari Herald, iaitu tidak akan pernah memiliki tinggi badan yang normal.
Meski demikian, keluarga muda itu terus menjalani hidup dengan normal. Herald hamil lagi setahun kemudian. Dia mengatakan, "Sama seperti waktu sebelumnya, setiap orang berteriak kepada kami, 'Apa yang kamu lakukan.' Para doktor mengatakan kepada saya bahwa saya memaksakan keberuntungan saya. Tetapi kami hanya berdoa kepada Tuhan."
Tentang kehamilannya yang kedua itu dia mengatakan, "Itu merupakan saat yang sulit, saya menjadi besar dengan begitu cepat. Pada titik terburuk, saya ingat saya menangis kerana saya kelihatan seperti bola pantai dengan kepala dan kaki yang kecil. Saya berminggu-minggu tidak boleh melakukan apa pun untuk diri saya sendiri kerana perut saya begitu besar. Saya selalu boleh mengerjakan segala sesuatu, tetapi kali ini saya tidak boleh."
Para doktor mencuba membiarkan bayi yang kedua tinggal selama mungkin di dalam tubuhnya, membiarkan kehamilannya hingga 34 minggu. Putri kedua, Makaya, kemudian lahir. Sekarang kedua anak itu lebih besar dari ibu mereka yang sedang mengandung 30 minggu. __________________
BLORA- Warga Desa Sitimulyo, Kecamatan Cepu, Blora, Jawa Tengah, gempar setelah salah seorang warganya menemukan biawak berkaki mirip dengan pergelangan tangan manusia.
Kejadian langka dan aneh tersebut langsung merebak dari mulut ke mulut hingga ke luar Blora. Warga terus berdatangan untuk melihat biawak aneh ini dari dekat.
Sepintas tidak ada kejanggalan pada tubuh biawak yang ditemukan Sudarno (39), warga RT 05/10, Sitimulyo, Cepu, ini. Namun jika diteliti, biawak tersebut berkaki mirip seperti pergelangan tangan manusia. Ukurannya kecil seperti tangan bayi.
Sudarno mengaku tidak sengaja menerima biawak jantan dari seorang temannya yang biasa berburu di Hutan Klagen, Kedungtuban.Ketika hendak menyembelih, lelaki yang menjual sate biawak itu baru menyedari ada keanehan pada kedua pasang kaki biawak.
Selama bertahun-tahun berhadapan dengan haiwan ini, Sudarno mengaku baru menemukan yang bentuk pergelangan kakinya seperti itu. Jari pada kaki biawak itu juga berkuku panjang.
Mendapati keanehan pada haiwan yang memiliki panjang 120 sentimeter dan berat lebih 25 kilogram itu, Sudarno pun tidak jadi menyembelihnya. Dia mengaku takut akan terjadi sesuatu meski dirinya tidak mendapatkan firasat atau mimpi sebelumnya.
Sudarno berniat memelihara biawak aneh ini dengan memberi makan katak. Dia juga tidak akan menjualnya kepada siapa pun.
All Nippon Airways, perusahaan penerbangan komersial di Tokyo, akan memulai program penjimatan bahan bakar pesawat terbangnya yang sedikit aneh.
Mulai hari ini semua penumpang pesawat All Nippon Airways WAJIB membuang air kecil terlebih dahulu sebelum naik ke pesawat. Nanti ada petugas khusus yang mengawasi penumpang ke toilet.
Begini perhitungannya… rata-rata manusia dewasa mempunyai kantong kemih yang mampu menampung kurang lebih 1 kg air. Jika satu pesawat ada 200 penumpang dan semuanya sudah kencing habis, maka beban pesawat akan berkurang 200 kg dalam setiap penerbangan.
Kalau pesawat lebih RINGAN, maka bahan bakarnya boleh sedikit jimat.
Guinness World Records baru saja mencatat rekod bayi kembar yang lahir alami di hari yang sama dengan abang kembar mereka.
Orang tua yang memiliki ramai anak kadang-kadang pening kepala ketika harus membuatkan acara ulang tahun. Syukur kalau anak-anak mereka berulang tahun pada tarikh awal bulan, lebih mudah untuk mengatur gaji. Bagaimana jika punya 4 anak yang semuanya berulang tahun pada hujung bulan?
Bagi pasangan Davood Bageban dan Tracey, hal ini tidak berlaku. Mereka salah satu orang tua yang berbahagia memiliki 4 orang anak tanpa harus pusing memikirkan acara ulang tahun ke empat anaknya. Pasangan Inggris ini memiliki 2 anak kembar; kembar pertama lahir 3 tahun setelah kembar kedua. Hebatnya lagi, kedua pasang bayi kembar ini terlahir pada hari yang sama; 27 Februari. Cukup sekali setahun merayakan acara ultah mereka secara bersamaan (dailymail.co.uk).
Guinness World Records telah mencatatakan bahwa mereka adalah keluarga yang memiliki dua pasang kembar lahir pada hari yang sama.
"Ini merupakan suatu hal yang sangat jarang terjadi dan saya merasa sangat beruntung dianugerahi bayi laki-laki kembar; Diego dan Armani," kata Tracey yang masih kuliah sebagai mahasiswa psikologi. "Kini saya merasa terberkati setelah diberikan bayi perempuan kembar; Dolcie dan Elisia, mereka lahir di hari yang sama dengan abang mereka."
"Saya tidak akan pernah merasa lelah untuk bekerja, kerana semua ini saya lakukan demi mereka," kata Davood yang bekerja seharian sebagai seorang manager di sebuah kedai kecil. "Ketika tiba di rumah dan melihat betapa akurnya mereka, itu akan memberikan semangat baru untuk bekerja lebih giat lagi."
Davood dan Tracey sedang menabung untuk persiapan acara ulang tahun ke 4 bagi Diego dan Armani, yang pertama bagi Dolcie dan Elisia, sekaligus yang pertama bagi mereka berempat, tanggal 27 Februari tahun depan.
Link artikel ini: http://cahayaku-cahayamu.blogspot.com/2011/04/rekor-baru-bayi-kembar-lahir-di-hari.html
RIMANEWS –Sungguh brutal, sebuah iklan kereta Jepun di Israel mempromosikan aksi langgar lari terhadap anak-anak Palestin.
Sebagaimana dilaporkan pejabat berita Xinhua, iklan komersial yang diterbitkan dealer Subaru di Israel itu, menampilkan adegan foto tahun lalu, ketika seorang pendududuk Israel menyerang dua anak Palestin dengan keretanya di kawasan permukiman Silwan, Yerusalem Timur.
Tak hanya itu saja, iklan kereta Subaru itu juga memasang ungkapan bernada provokatif dalam bahasa Ibrani di sudut kanan gambar, berbunyi: "Kita akan lihat siapa yang dapat bertahan menghadapimu".
Menanggapi iklan tersebut Otoritas Ramallah pimpinan Mahmoud Abbas menyebut promosi tindakan agresif itu sebagai iklan kotor dan ajakan terbuka untuk melanggar anak-anak Palestin hingga terbunuh.
Akibat serangan langgar kereta itu, dua anak Palestin berusia 10 dan 12 tahun menderita patah kaki. Penyerang kedua remaja Palestin itu bernama David Be'eri, seorang direktur Jenderal Elad, sebuah perusahaan hartanah.Perusahaan itu sering memujuk orang Yahudi untuk pindah ke lingkungan padat di Baitul Maqdis Timur.
Baitul Maqdis Timur merupakan bahagian dari wilayah Palestin, yang diduduki Tel Aviv pada tahun 1967. Rencananya kawasan tersebut bakal dijanjikan sebagai ibukota negara Palestin di masa depan.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM khadijah.ibrahim@utusan.com.my Gambar RASHID MAHFOF
SUDAH dua tahun Jehan meninggalkan aktiviti rock climbing.
MENDENGAR Jehan Miskin bercerita fasal 5A, 5B, 5C hingga ke 9A, 9B dan 9C, penulis ternganga. Ingatkan dia bercerita tentang jenis lesen kontraktor yang diambil.
Rupa-rupanya apa yang diperkatakan Jehan dengan Timbalan Pengerusi Belia 4B cawangan Kampung Wira Damai, Mohd. Abdul Halim Zainal Abidin adalah laluan yang digunakan untuk aktiviti lasak, rock climbing.
Pertemuan kami di kawasan rekreasi Gua Damai berhampiran Batu Caves, Gombak, pukul 9 pagi, Sabtu lalu adalah untuk memberi peluang Jehan melepaskan rindunya pada aktiviti lasak itu.
"Saya mula buat rock climbing ini sejak tahun 2000 lagi. Mula-mula dulu buat indoor rock climbing. Saya boleh habiskan masa seharian kat tempat sebegitu di The Summit Climbing Gym, USJ atau Camp 5 Climbing Gym, One Utama.
"Harap hari ini dapat buat lagi, sebab sudah dua tahun juga tidak buat kerja panjat-memanjat ni kerana tidak ada masa, sibuk memanjang," ceritanya.
Bagaimanapun hasrat pemegang watak Benjy dalam drama Awan Dania itu hampir gagal untuk melakukan rock climbing di bahagian dinding bukit Gua Damai kerana hujan lebat.
Memandangkan Mohd. Abdul Halim pemegang kunci ke Gua Damai, dapatlah Jehan melakukan rock climbing di bahagian hadapan gua yang sekali gus memudahkan jurufoto, Rashid Mahfof merakamkan gambar pelakon berkenaan dari pelbagai sudut yang menarik.
Sebelum memulakan pendakian, Jehan yang berpakaian seluar trek dan kemeja T tanpa lengan, menukar seliparnya kepada kasut khas untuk memanjat.
"Saya hanya ada peralatan lengkap untuk indoor rock climbing saja. Kasut ala ballet ini dibuat khusus untuk memanjat kerana ketika memanjat kita hanya menggunakan hujung jari kaki.
"Setiap pemanjat mesti ada beg kapur magnesium (chalk bag) yang diikat di pinggang bahagian belakang. Kapur ini untuk meneutral peluh yang keluar pada tangan dan kelembaban pada batu atau permukaan tebing," jelasnya.
Katanya, lain-lain peralatan asas yang perlu adalah Belay Device, alat keselamatan seorang pemanjat yang dikawal oleh belayer dan harness yang digunakan sebagai alat keselamatan untuk pemanjat dan belayer serta tali.
Setelah lengkap 'berpakaian', Jehan dibantu oleh Khairil Amar Yusof atau Yen yang bertindak sebagai belayer dan Abdullah Zul Yuzarin Yeop Mahidin.
Melihat Jehan memanjat tebing Gua Damai, penulis pula yang risau kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.
Alhamdulillah, tugasan kami berjalan lancar kerana dibantu oleh tiga jurulatih rock climbing profesional.
Demi mendapatkan sudut yang menarik, Rashid pun terpaksa memanjat (laluan biasa) ke tebing yang lebih tinggi daripada Jehan.
Menurut Jehan, aktiviti sukan lasak bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tapi juga minda.
"Buat rock climbing ini kena fokus betul-betul. Sukan ini akan membawa kita berada di dunia lain. Mana tidaknya, waktu memanjat itu mana boleh fikir benda lain.
"Kita hanya boleh fikir bagaimana cara aku nak sampai ke atas, bahagian tebing mana yang nak dipegang. Kalau tidak memberi tumpuan, silap hari bulan, diri sendiri yang cedera. Memang nampak berbahaya tapi sukan ini membuatkan kita sentiasa bersedia," katanya yang pernah terkehel di bahagian bahu kerana aktiviti lasak.
Selain Gua Damai, Jehan juga pernah membuat rock climbing di Pulau Tioman dan Lost World Of Tambun, Ipoh yang laluannya lebih sukar.
Kata Jehan, beliau bukan sahaja gemar rock climbing, malah pernah melakukan bungy jump juga.
Aktiviti lasak lain yang pernah dilakukannya adalah abseiling, flying fox, berenang bersama jerung, water rafting, mendaki Gunung Kinabalu, kick boxing dan muay thai.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my Gambar IZHAM JAAFAR
WALAUPUN penat selepas berbasikal, dua penyampai radio Fly FM ini masih mampu memberi pose menarik.
SEWAKTU sesi fotografi yang berlangsung di Kelab Golf dan Resort Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, penulis memang tidak kering gusi melihat keletah dua beradik ini.
Baik Hafiz Mohd. Hatim, 29, mahupun adiknya, Hani Farhana atau lebih popular dengan nama komersial, Hunny Madu, pasti ada sahaja perkara yang hendak dikatakan tentang diri masing-masing.
Lebih-lebih lagi sewaktu penulis meminta Hafiz dan Hunny Madu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang disifatkan mereka sebagai zaman yang penuh warna-warni.
"Kalau hendak tahu, abang saya memang seorang yang suka mengusik sehinggakan setiap kali pergi bercuti bersama keluarga, pasti akan ada insiden bertikam lidah. Maklumlah, masing-masing tidak mahu kalah.
"Tahap kenakalan abang saya ini memang kronik. Mana tidaknya, setiap kali kalau hendak bergambar, dia pasti akan mengusik saya sampaikan saya membuat mimik muka lalu gambar saya tidak cantik dibuatnya," cerita Hunny Madu sambil dinafikan Hafiz dalam derai tawa yang panjang.
Mungkin ada yang tidak tahu, Hafiz dan Hunny Madu mencipta sejarah tersendiri sebagai pasangan adik-beradik yang menjadi penyampai radio di bawah satu bumbung iaitu Fly FM.
Hafiz terlebih dahulu berkhidmat di stesen berbahasa Inggeris itu pada tahun 2006 manakala Hunny menjejaki langkahnya dua tahun selepas itu.
Menyambung bicara, Hunny Madu memberitahu, abang kesayangannya itu memang seorang yang tidak begitu gemarkan aktiviti lasak dan bersukan.
"Dia akan beri pelbagai alasan apabila saya mengajaknya menyertai sebarang aktiviti tetapi akhirnya, dia senyap begitu sahaja," ceritanya sambil menjuih bibir ke arah Hafiz.
Selepas membiarkan adik keduanya itu berceloteh, Hafiz pula membuka bicara dan mengakui keterbatasan waktu menyebabkan dia terpaksa melupakan aktiviti sukan yang menjadi kegilaannya satu ketika dulu.
"Pantang ada masa terluang, saya akan bermain futsal bersama rakan-rakan. Sekarang ini, saya tetap bersukan tetapi senaman tangan dan permainan video Wii sahaja," kata Hafiz yang mengendalikan segmen Fly 30 lima hari seminggu dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Kata-kata Hafiz itu disokong Hunny Madu yang juga mengakui masa kini begitu terhad untuk beriadah bersama abang dan adik-beradiknya yang lain.
"Kalau dulu, kami suka bermain hoki, boling, hoki ais serta beberapa permainan kanak-kanak yang pernah menjadi kegilaan satu ketika dulu.
"Kalau ada masa yang terluang, saya dan Hafiz melakukan aktiviti seperti paintball dan berbasikal bersama-sama," ujar Hunny Madu yang juga merupakan isteri kepada Khairul Azhar Abd. Wahid itu lagi.
Dalam perkembangan lain, Hunny Madu memberitahu dia akan melancarkan album perdananya, Pulau Janji tidak lama lagi.
Untuk mendengar celoteh Hunny Madu, ikuti segmen Malaysia's Hottest Music With Hunny Madu, 10 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
Dia juga mengendalikan Fly FM Campur Chat yang ke udara setiap hari Ahad selama satu jam dari pukul 7 malam.
Gambar tunang belum confirm sebab gadis ini yang dikatakan bakal tunang Ashraf
Nampaknya hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini tiba juga, satu langkah lagi mereka akan menunaikan tanggunjawap sebagai umatnya.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi hari ini 23 April 2011
Huh !! mengeluh panjang ZoOM dengan perangai Lady Gaga yang agak SEW** sikit, jika sebelum ini lagu Lady Gaga menjadi konterversi di Malaysia kini dia tampil lagi dengan gaya pelik dan tidak keterlaluan jika ZoOm mengatakan dia ni ada masalah sikit.
Inilah yang dikatakan zaman moden semuanya perlu maju kehadapan dan jika boleh semua orang menggunakan pendekatan dan idea yang berlainan daripada orang lain.
Dan paling menyakitkan hati ketika Lady Gaga mengatakan :
"Sebenarnya, tanduk ini bukannya implan, sebalik ia adalah tulang saya yang sebenar. "Sebelum ini ia tidak ditunjukkan kepada sesiapa dan kini tibalah masanya tulang itu muncul buat tatapan semua," kata Gaga kepada laman web dlisted.com.
Tahniah kepada bekas Juara Akedemi Fantasia musim ketujuh, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mengemukakan sedang bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pengakuan itu bukan untuk mendapatkan publisiti sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan negatif sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
Hafiz berkata Adira merupakan seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," kata Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.
Hafiz mengaku bahawa dia sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.
Juliana, Amar atur langkah untuk dikenali pelakon berwibawa
MUDA, berwajah menarik dan berbakat. Faktor itu tentu saja memberi ruang yang cukup selesa buat kedua-dua bakat ini untuk bertapak lebih kukuh dalam industri seni tempatan. Masih boleh dianggap baru, namun pelakon Juliana Evans dan Amar Baharin enggan mempersiakan segala peluang yang dihulurkan.
Meskipun masih hijau, mereka juga mahu tampil dengan watak yang mampu meninggalkan kesan di hati peminat, memuaskan hati pengarah, seterusnya membolehkan mereka berdiri sama tinggi dengan nama hebat sedia ada. Juliana dan Amar, berkongsi bidang lakonan sebagai karier, kali pertama digandingkan dalam sesi fotografi. Biarpun pada awalnya agak malu-malu, namun selepas beberapa ketika, kedua-duanya mula menunjukkan keserasian. Ketika itu, terserlah daya penarik yang ada dalam diri mereka.
Kesempatan itu juga digunakan kedua-duanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman, bukan saja untuk pembaca Hip, malah untuk semua peminat di luar sana.
Bersara seketika demi pelajaran
BAGI Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue, dirinya kini sibuk dengan pengajian akhir jurusan Komunikasi Masa di sebuah kolej swasta dan sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan minggu depan.
"Buat masa sekarang saya berhenti berlakon seketika kerana ingin menumpukan perhatian kepada peperiksaan. Sudah tiga bulan saya berhenti berlakon untuk tujuan berkenaan. Begitupun, saya tetap mencuri waktu untuk menjayakan sesi fotografi dan menghadiri mana-mana perjumpaan diaturkan," katanya yang sempat beraksi dalam filem arahan Ahmad Idham, Hantu Boncing, sebelum menutup buku lakonan buat sementara.
Gadis berusia 22 tahun ini, lima tahun dalam dunia seni banyak memberikannya ruang untuk mempelajari ilmu lakonan daripada pelakon senior.
Jue mengaku, dia tidak segan bertanya kepada pelakon lebih berpengalaman mengenai cara dan teknik yang betul ketika menjiwai watak, malah baginya segala ilmu yang diajarkan adalah pemangkin untuk memperbaiki mutu persembahannya di depan kamera.
"Memang rasa kecil dan rendah diri sebab berlakon dengan senior, malah takut pun ada tapi saya anggap mereka sebagai pembimbing dan guru dalam memberi tunjuk ajar.
"Agak kekok sebenarnya berlakon dengan senior sebab kita masih baru dan banyak kesilapan yang akan kita lakukan, tetapi pelakon lama yang pernah digandingkan dengan saya tidak pernah merungut, bahkan tidak segan untuk memberikan tunjuk ajar," katanya yang turut dikenali menerusi drama Kasut Tumit Tinggi dan Natrah.
Gadis ini turut mendedahkan, wataknya sebagai Natrah antara yang paling mencabar kerana dia terpaksa menjiwai zaman kanak-kanak dan dewasa wanita itu yang penuh dengan emosi. Watak itu juga membuatkan air matanya gugur, walaupun dia tidak pernah menangis ketika menjayakan watak sedih sebelum ini.
"Saya seorang yang sukar untuk mengalirkan air mata, tetapi ketika melakonkan watak Natrah, hati saya betul-betul tersentuh dan mudah menangis," katanya.
Dia turut mengimpikan watak lebih mencabar dan menguji kewibawaannya pada masa depan, seperti watak gadis gila atau jahat kerana peranan sedemikian dirasakannya mampu mengubah persepsi penonton terhadap karektor sebenar dirinya.
Sedikit bosan dengan watak gadis lembut dan sopan santun, bagi Jue, watak sebegini mampu membuka mata pengarah bahawa dirinya juga boleh membawa pelbagai watak lebih mencabar.
"Saya sudah jemu dengan watak baik, lemah lembut dan sopan santun, jadi saya nak cuba watak lain pula lebih mencabar pula. Bila kita cuba buat watak yang di luar tanggapan orang, ini akan lebih meyakinkan pengarah bahawa kita juga mampu bawakan watak seperti orang lain dan tak bergantung pada watak yang sama saja," katanya.
Dari gimnasium ke bidang lakonan
SAAT ini, mungkin ramai yang mula mengenali Amar Baharin apabila dia menyertai Anak Wayang. Begitupun ramai yang tidak tahu pelakon muda berbakat ini asalnya seorang jurulatih peribadi gimnasium.
Kini jejaka berusia 26 tahun ini kian sibuk dengan tawaran berlakon, bahkan sejak keluar daripada program terbabit, dianggarkan 20 drama sudah dibintanginya.
"Sekarang saya sibuk menjalani penggambaran drama Laila Manja untuk slot di TV3. Saya memegang watak Manja bergandingan dengan Puteri Sarah Liyana, Ellie Suriaty, Zul Ariffin dan Iqram Dinzly," katanya.
Seperti Juliana, dia turut berasa bertuah dapat bergandingan dengan pelakon senior, bahkan menganggap peluang diberikan itu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan.
Menerima apa saja tawaran dan watak yang diberikan menjadi titik permulaan buat Amar dalam menggerakkan namanya ke tahap lebih baik agar dikenali pengarah serta diterima penonton.
Dia juga percaya, memiliki wajah tampan serta tubuh badan menarik saja tidak cukup jika tidak disertai bakat dan kebolehan dalam lakonan.
"Sebelum terbabit dengan Anak Wayang, saya banyak buat iklan komersial serta jurulatih gimnasium. Walaupun dulu saya belajar bidang kejuruteraan mekanikal, tapi nampaknya setelah tamat belajar saya ke bidang lain, sebagai jurulatih gimnasium dan kini pelakon pula," katanya sambil tersenyum.
Berkongsi pengalamannya menjadi jurulatih peribadi, Amar mengakui sukar untuk membentuk imej pelanggan, namun setiap pelanggannya perlu mematuhi syarat yang ditetapkan bagi memiliki tubuh badan yang menarik.
Malah, Amar amat berbangga dapat menurunkan berat badan pelanggannya yang berusia 19 tahun sebanyak 11 kilogram sebulan. remaja itu pada awalnya seberat 98 kilogram. Ia pencapaian yang sukar dilupakannya.
Bukan saja berlakon, Amar turut berkebolehan dalam menggubah lagu menggunakan gitar, dan kini tiga lagu berada dalam simpanannya.
Kata jejaka ini, lagu dapat menenangkan jiwa tatkala dihimpit kegusaran dan tekanan kerja. Justeru, ada saja masa terluang, dia akan menggunakannya untuk menghasilkan lagu baru meskipun untuk simpanan sendiri.
"Saya sudah gubah tiga lagu tetapi belum ada liriknya lagi kerana sibuk dengan shooting. Mungkin lepas habis semua tugas baru fikir nak buat lirik dan berikan pada artis yang berminat kerana saya tak minat menyanyi," katanya.
Minat bermain gitar sejak berusia sembilan tahun memberi inspirasi kepada Amar untuk bergiat dalam mencipta lagu, namun masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam bidang terbabit.
Busana: Lord's Taylor (Amar Baharin), Riffai (Juliana Evans)
Barang kemas: Rafflesia
Solekan: Snips
Muzikal popular dari New York bakal dipentaskan di Istana Budaya, Julai ini
VERSI asal muzikal broadway ini mula menemui khalayak di Imperial Theatre, Amerika Syarikat, sekitar 1981. Siapa yang boleh lupa muzikal dari Kota New York, Dreamgirls, yang berkisar mengenai tiga gadis kulit hitam yang memasang impian bergelar penyanyi terkenal? Sejak dipentaskan, karya hebat hasil kolaborasi Henry Krieger dan penulis lirik dan buku Tom Eyen ini terus mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu bertahan di panggung itu selama lima tahun.
Sekitar 2006 pula, muzikal itu dipindahkan ke layar perak. Filem terbitan DreamWorks Pictures dan Paramount Pictures ini berjaya mencetuskan fenomena apabila menampilkan pelakon hebat seperti Jamie Foxx, Beyonce Knowles, Eddie Murphy dan Jennifer Hudson, serta dilatari lagu menarik sama ada irama lama diberi nafas baru ataupun ciptaan terkini. Bagaimanapun, apa yang ditonjolkan di filem, tidak akan sama dengan pementasan sebenar. Justeru, atas dasar ingin membawa penonton menikmati atmosfera pementasan sebenar seperti pernah diadakan di Imperial Theatre itu, Broadway Academy Productions dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawa Dreamgirls ke Malaysia. Panggung Sari Istana Budaya (IB) pula bakal menjadi saksi pementasan itu.
Namun, untuk membawa pementasan berskala mega ini ke Malaysia ternyata bukanlah perkara yang mudah. Penerbit Eksekutif Dreamgirls, Casey Koh, berkata banyak syarat yang perlu dipatuhi penganjur sebelum lesen diberikan.
"Memandangkan teater ini sebuah teater yang besar dan terkenal di serata dunia, jadi misi untuk mendapatkan lesen untuk mementaskannya di sini memang payah. Antara syarat yang diberikan ialah jalan ceritanya serta skrip haruslah dikekalkan. Kami tidak dibenarkan mengubahnya walau sedikit pun. "Cabaran lain yang terpaksa kami hadapi adalah untuk mencari pelakon sesuai untuk membawakan watak utama dalam muzikal ini. Bagaimanapun, akhirnya kami berjaya temui apa yang kami kehendaki," katanya pada sidang media muzikal itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Selasa lalu.
Hadir sama adalah Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli; Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani; pengarah pementasan, Joanna Bessey; dan koreografer, Michael Xavier Voon.
Ketika diminta mengulas pemilihan Dreamgirls untuk disajikan kepada penonton, Casey berkata tema cerita itu yang menyentuh realiti dunia hiburan membuatkan dia berasakan ia cukup relevan untuk dipentaskan di sini.
"Muzikal ini menceritakan dunia showbiz yang penuh dengan suka, duka, glamor, populariti serta jatuh dan bangunnya seorang penyanyi. Perkara ini juga ialah realiti dalam dunia hiburan kita. Jadi kami berasakan pilihan untuk membawa pementasan ini ke sini adalah tepat.
"Pada masa yang sama, walaupun muzikal ini tidak diubah dari segi skrip serta jalan ceritanya, kami tetap menyesuaikannya dengan budaya Malaysia," jelas Casey yang juga bertindak sebagai pengarah muzik untuk muzikal itu.
Sementara itu, ketika ditanya apakah bentuk cabaran yang bakal dihadapi apabila memikul tanggungjawab sebagai pengarah, Joanna memberitahu, dia perlu memastikan setiap pelakon harus menepati kriteria dan watak mereka mesti sama dengan versi asal.
"Latar masa muzikal ini diambil sekitar era 1960-an dan 70-an dan saya harus memastikan cara percakapan, gaya mereka sama dengan tahun itu. Loghat Inggeris yang digunakan juga perlu dijaga. Memandangkan muzikal ini mengetengahkan pelakon kulit hitam sebagai watak utamanya, saya juga kena mengikut loghat percakapan seharian mereka," ujar Joanna yang setakat ini amat berpuas hati dengan komitmen diberikan pelakon utama.
Pada majlis itu, tetamu juga turut diperkenalkan dengan pelakon utama muzikal itu yang terdiri daripada Cheryl Samad, Elvira Arul, Tony Eusoff, Azura Zainal, Ruzana Ibrahim, Dafi dan Indi Nadarajah.
Korban rambut demi Deena Jones
SAAT dimaklumkan watak Deena Jones menjadi miliknya, perasaan berdebar dan gementar terus bermain dalam diri Cheryl. Bukan tidak yakin dengan kebolehan diri, namun watak yang dipegang penyanyi Beyonce untuk versi filem itu membuatkan dia berasa takut dan tertanya-tanya apakah dia mampu memikul tanggungjawab itu.
"Bayangkan saya membawakan watak Deena, sedangkan pada hakikatnya saya sudah lama tidak menyanyi, iaitu kira-kira empat tahun. Suara pun sudah berkarat. Bimbang juga nanti saya tidak dapat mencapai piawaian yang diharapkan. Namun dengan adanya bengkel latihan serta bimbingan daripada pengarah vokal Babes Conde, saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar.
"Bagaimanapun, sebaik saja dimaklumkan saya berjaya mendapat watak itu, atas inisiatif sendiri, saya berlatih vokal dengan guru lama saya untuk memantapkan lagi vokal ini," katanya teruja.
Demi menghidupkan lagi watak itu, penampilan Cheryl harus diubah dan untuk itu, pengacara Muzik-Muzik ini sanggup berkorban kerananya.
"Rambut saya yang panjang paras bahu ini akan dipotong pendek. Ia memudahkan saya memakai cemara memandangkan dalam muzikal ini kami harus memakainya untuk kelihatan bergaya," kata Cheryl yang julung kali berlakon di IB dengan memegang watak utama.
Walaupun sudah membina nama dalam arena muzik bebas, namun ini adalah kali pertama Elvira memberanikan diri menceburi teater muzikal arus perdana. Ternyata kelebihannya memiliki vokal mantap serta berpengalaman dalam bidang nyanyian lebih sedekad, membuatkan watak Effie White berjaya menjadi miliknya.
"Saya datang untuk uji bakat teater ini hanya untuk watak Effie White. Watak itu menjadi pilihan saya kerana saya berasakan kami punya persamaan. Seperti Effie, saya mempunyai impian bergelar penyanyi ternama satu hari nanti dan saya tidak akan putus asa demi mencapai cita-cita itu," kata Elvira yang bakal mengeluarkan album sulungnya tidak lama lagi.
INFO
Sebarang pertanyaan mengenai pakej, emel info@broadwayacademy.asia atau hubungi 03-6142 2601 / 2622.
Tiket boleh didapati di http://redtix.airasia.com atau di Istana Budaya
BUKAN saja bintang baru yang diperkenalkan melalui filem Azura 2011, Neelofa, yang terkena tempias dikaitkan dengan pelakon meningkat naik, Shahz Jaszle, malah pelakon kecil molek yang mula dikenali melalui drama Tari Tirana, Riang Tirana, Sindarela dan Kisah Kaisara, Wan Sharmila Wan Muhamad.
Gara-gara dikatakan bercium mulut dengan Shahz yang juga temannya ketika majlis Anugerah Skrin akhir tahun lalu menjadi bualan gosip hingga menyebabkan kekasih Shahz, pelakon Maria Farida menghubungi Wan bagi mendapatkan penjelasan.
Meskipun ada orang yang sudah lupa atau mengandaikan tuduhan itu bagai angin berlalu pergi, namun tidak bagi si empunya diri yang mesra disapa Wan. Jauh di sudut hatinya, luka itu masih berdarah dan bekasnya kekal hingga satu jangka masa yang dirinya tidak tahu bila.
Apa yang membuatkan Wan terkilan apabila perpisahan pasangan itu beberapa minggu kemudian dikatakan berpunca daripada insiden itu dan kini semua mata seolah-olah meletakkan semua kesilapan padanya seorang tanpa pernah bertanya dan memerhati dengan dekat senario yang sebenar.
Enggan terus berduka dan kesal akan gosip yang sudah pun tersebar, anak jati kelahiran Johor Bahru, Johor ini bangkit meninggalkan episod luka itu. Meskipun kesannya masih mendalam dan rasa fobia masih menebal dalam sanubarinya, Wan Sharmila, 30, cuba membuang segala-galanya jauh dan akur dengan ketentuan ranjau anak seni yang sudah tersurat buatnya.
Katanya, cukuplah isu yang pernah membuatkan dirinya terduduk itu. Penat rasanya untuk dijelaskan dan setiap kali bertemu media, bimbang persoalan yang sama diungkit kembali kerana jujurnya, ia satu penyeksaan.
"Tuduhan dan gosip itu terlalu besar dan berat buat pendatang baru seperti saya. Sedang sibuk membina kerjaya dan mencipta empayar sebagai seorang pelakon, timbul pula cerita itu kononnya saya menyebabkan perpisahan mereka sedangkan semua itu adalah salah faham dan satu kesilapan komunikasi semata-mata. Baik pihak saya dan Shahz sendiri sudah menjelaskannya.
"Saya mengenali Shahz sudah lama sejak kami sama-sama masih baru dalam lakonan. Kami berkampung berbulan-bulan sepanjang menjalani penggambaran Tari Tirana dan dia sudah seperti keluarga sendiri di mana saya meluahkan rasa dan cerita. Namun hanya kerana insiden yang entah daripada mana timbulnya, semuanya menjadi ribut.
"Jika ada pihak mengatakan gosip itu sudah hanyut ditelan waktu atau Shahz sendiri sudah melupakannya, ia memang mudah. Ikhlas dan jujurnya, tuduhan itu bagai satu tamparan kuat buat saya secara peribadi. Tidak hanya mencalarkan reputasi dan maruah sebagai seorang selebriti dan wanita, ia mengundang rasa fobia dan gusar kepada saya setiap kali berdepan dengan sesiapa saja.
"Ada kalanya, saya terduduk sendiri memikirkan perkara ini. Begitu mudah gosip tersebar dan menggugat jenama seseorang anak seni yang begitu penat mendaki berlandaskan komitmen dan kesungguhan. Sekelip mata semuanya boleh berubah," katanya.
Apabila ditanya hubungannya dengan Shahz dan Maria selepas insiden itu, lama dia terdiam seolah-olah mencari jawapan. Tampak sikap berhati-hati di sinar mata bundarnya, Wan Sharmila kesal dengan apa yang berlaku kerana tiada alasan yang kukuh, kini dia bagai kehilangan seorang teman.
"Sejak Maria menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan dan Shahz sendiri ada tampil memberi keterangannya, saya langsung tidak bertemu atau berhubung dengan mereka. Malah ketika berita perpisahan mereka tersebar, saya sendiri berasa sedih kerana akhirnya ia tidak dapat diselamatkan.
"Dalam hati berkata sendiri, harap-harap ia bukan disebabkan perkara kecil seperti itu. Namun seperkara yang saya sedih, hubungan saya dan Shahz yang juga teman karib saya ketika sama-sama gigih mengintai ruang bagi membina nama menjadi renggang dan berbeza.
"Pertama kali bertemu ketika saya digandingkan dengannya menerusi drama Bila Azan Berkumandang untuk slot Cerekarama TV3. Ketika itu saya dapat rasakan hubungan kami sudah tidak lagi seperti dulu.
"Bagaimanapun, dilihat dari sudut berbeza, saya percaya ada hikmah di sebaliknya. Kami tidak berpeluang bersemuka bercerita semula memandangkan masing-masing cuba untuk membuang jauh cerita itu. Lantas perkara itu berlalu begitu saja dan kami profesional menyiapkan tanggungjawab masing-masing.
"Saya mengandaikan mungkin kami juga sudah sibuk dengan jadual kerjaya yang kian bertambah. Lihat saja Shahz, dia pantas melangkah ke depan. Saya sendiri sebagai seorang teman yang pernah bersama merangkak dari bawah dulu begitu gembira melihat popularitinya yang mendadak kemuncak.
"Namun kami masih berbual dan bergurau cuma perubahan itu dapat saya rasakan memandangkan kami pernah akrab sebelum ini. Insya-Allah jika ada peluang dan ruang, mungkin kami akan bertemu untuk meleraikan mana yang kusut," katanya.
Melihat wajahnya yang muram mencuka, lantas dibiarkan bibirnya bebas bersuara. Enggan terus memasak persoalan yang sensitif dan mengganggu emosinya, Wan Sharmila yang pernah gagal dalam perkahwinannya dengan penerbit drama yang juga pemilik syarikat produksi Radius One, Fazli Baharom, kira-kira dua tahun lalu, mengalih sembangnya.
"Alhamdulillah, saya membawa status kembali solo ini dengan baik. Memang ada kalanya timbul juga rasa gusar kerana stigma masyarakat kita yang lekas memandang serong kepada golongan janda namun setakat ini semuanya berjalan baik.
"Hingga kini, saya masih kekal keseorangan tanpa teman istimewa. Bohong jika saya katakan tidak ada rasa ingin bercinta dan mendirikan rumah tangga kembali namun jodoh itu belum sampai lagi.
"Saya tidak mahu terkejar-kejar dalam membuat percaturan terutamanya membabitkan soal masa depan saya. Apa yang lebih menjadi keutamaan saya kini adalah kerjaya dan keluarga. Saya ingin mengejar semula segala apa yang pernah saya tertinggal sebelum ini tatkala sibuk menempuh saat getir dalam rumah tangga.
"Jika ditoleh kembali, masih terlalu jauh perjalanan saya. Saya ingin menerokai lapangan lakonan sebaik mungkin dan terus memberikan yang terbaik buat peminat yang sentiasa menyokong," katanya.
Wan Sharmila akan muncul dalam drama bersiri menyentuh emosi dan perasaan berjudul Ayu Suraya. Bergandingan dengan Zarina Zainoordin, Syed Ali dan Rizman Khuzaimi, drama 13 episod ini akan mula menemui penonton bermula 26 April ini, setiap Selasa jam 10 malam di Astro Prima.
"Saya mengharapkan agar kisah peribadi tidak lagi diangkat menjadi subjek utama buat saya kerana masih terlalu banyak perkembangan lakonan yang ingin saya kongsikan.
"Drama Ayu Suraya umpamanya akan menjadi satu lagi peningkatan positif buat saya sebagai pelakon. Penonton akan melihat sisi berbeza daripada saya menerusi drama menarik ini," katanya.
PROFIL
Nama Penuh: Wan Sharmila Wan Mohamed Nama Komersial: Wan Sharmila Tarikh Lahir: 19 Oktober 1981 Umur: 30 tahun Asal: Johor Bahru, Johor. Kerjaya: Pelakon dan pengacaraDrama Bersiri: Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya.
MAKIN lama Mentor 5 semakin mencetuskan kehangatan dan kontroversi. Sebelum ini, tercetus isu ketidakpuasan hati Edry Abdul Halim mengenai elemen drama bagi memancing simpati peminat.
Bagaimanapun, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor 5, Muhamad Sufian Isa menjelaskan Mentor sebuah program realiti berdasarkan pertandingan nyanyian dan paparan dibuat tidak dirancang.
Kini, tercetus lagi kontroversi apabila Rahim Maarof buat perangai depan media. Sebenarnya, Selasa lalu produksi Mentor 5 mengaturkan sesi fotografi dan temubual membabitkan Rahim Maarof dan protegenya, Aiman untuk persiapan konsert pada Ahad ini.
Latihan di studio milik jurutari popular, Sazlan di Taman Tun Dr Ismail ini bertujuan memberi publisiti buat Aiman bagi meneruskan persaingan dalam kumpulan B. Ia dirancang khas untuk Harian Metro.
Sepatutnya sesi latihan dijadualkan jam 3 petang, namun Rap dimaklumkan oleh Unit Komunikasi Korporat TV3, bahawa Rahim dan Aiman akan tiba jam 3.30 petang.
Sebaik tiba di studio pada waktu ditetapkan, wakil Rap hanya melihat kelibat penyanyi Roy yang bakal bergandingan dengan Aiman menerusi lagu popularnya, Ratnaku. Tidak tahu apa yang berlaku, Roy meninggalkan studio mungkin kerana ada komitmen lain.
Menghampiri jam 4 petang, barulah wajah Rahim kelihatan disusuli Aiman. Selepas menjenguk keadaan studio, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Kristal ini turun semula dengan wajah agak kecewa. Rahim mempertikai tindakan produksi kerana katanya, Aiman hendak berlatih vokal bukannya menari.
Selepas menghubungi pihak produksi untuk merujuk perkara sebenar yang berlaku, Rahim membuat keputusan untuk berlatih di Studio Akarkarya milik Acis di sekitar kawasan itu. Dia terus berlalu meninggalkan lokasi. Difahamkan, penggunaan studio itu perlu dibuat secara tempahan bukannya 'walk in' kerana biasanya jadual penggunaannya padat.
Harian Metro juga difahamkan, usaha produksi Mentor menghubungi Rahim dan isteri merangkap pengurusnya, Atikah menemui jalan bantu apabila panggilan tidak berjawab.
Apa sebenarnya sudah terjadi? Sekali lagi penjelasan Sufian dituntut. Ketika dihubungi dia berkata, isu salah faham (missed communication) sudah lumrah dalam sesebuah produksi. Namun, yang menimbulkan ralat padanya ialah ia berlaku terhadap media yang diundang bagi memberi publisiti untuk program ini.
"Tak sangka pula perkara ini akan terjadi. Saya tak kisah sebenarnya jika dia enggan gunakan studio itu, tapi janganlah tunjuk depan media kerana kadangkala cara ini seperti tidak menghormati kerja tenaga produksi. Selalunya Rahim akan melatih Aiman di studio miliknya, Famous Artistes Studio.
"Apabila diberitahu kami mengaturkan satu sesi dengan media sehari sebelum itu (Isnin), isterinya menghubungi kami dan beritahu tak mahu buat di situ kerana memberi alasan studio itu sempit dan minta carikan studio yang lebih besar.
"Mungkin di sini ada salah faham kerana kami tidak berbincang secara jelas, jenis studio yang dimahukan. Sebenarnya, kami sudah cuba mendapatkan studio Akarkarya sebelum ini, tapi penggunaannya penuh.
"Pada saya, studio Sazlan pun sesuai kerana tujuan sebenar kami hanya untuk buat publisiti mengenai Rahim dan Aiman berlatih. Tapi seperti yang saya kata tadi, mungkin ada salah faham, akhirnya jadi begini," katanya.
Sufian yang sudah mengendalikan Mentor sejak musim pertama menyifatkan apa yang berlaku adalah asam garam dalam produksi. Namun, apabila berdepan situasi sebegini, terpulang pada cara mengendalikannya tanpa menuding atau menyalahkan mana-mana pihak.
"Pada mulanya kami menghubungi Rahim dan dia setuju dengan apa yang dibincangkan tapi akhirnya jadi juga isu begini. Saya sedar masing-masing ada kerenah tapi kadangkala perlu ada sikap menghormati satu sama lain. Sejak musim pertama Mentor saya kendalikan, saya berurusan dengan 30 mentor setakat ini.
"Saya faham artis popular ada karakter masing-masing dan saya menghormati Rahim sebagai artis yang banyak pengalaman. Bagaimanapun, dia perlu hormat juga kami sebagai tenaga produksi.
"Saya sudah biasa berdepan masalah apabila buat program. Jadi sekali lagi saya minta fahamilah situasi masing-masing supaya segala yang dirancangkan berjalan lancar.
"Bagaimanapun tak dinafikan, Rahim tak pernah komen dari segi publisiti yang diberikan kerana sedar kami sudah buat yang terbaik. Dia hanya banyak komen dari segi produksi. Saya sedar seperti mentor lain, Rahim hendak buat yang terbaik untuk Aiman.
"Saya tak rasa dia tertekan tapi mungkin ini karakter dia. Saya sebenarnya tiada masalah sangat dengan dia, cuma kadangkala saya minta dia faham tugas saya.
"Saya faham semua artis yang dipilih banyak pengalaman dalam seni, tapi apabila diberi peluang jadi mentor, ia satu pengalaman baru buat mereka. Banyak benda yang akan dilihat. Saya tak terkejut kalau ada tekanan dan kejutan dalam diri mereka," jelas Sufian.
Mengenai peristiwa itu, Sufian berkata kira-kira 10 minit Rahim dan Atikah tidak menjawab panggilan yang dibuat. Bagaimanapun, keadaan itu reda 45 minit kemudian apabila mereka memaklumkan sedang berlatih di studio lain.
Sufian juga sudah berjumpa penyanyi itu ketika latihan untuk konsert Ahad, ini tetapi mereka tidak bercakap mengenai isu ini dan Sufian anggap ia sudah selesai.
Ini juga bukan kali pertama Sufian perlu berhadapan kerenah Rahim kerana sebelum ini produksi melakukan uji bakat kali kedua untuk Rahim yang tidak puas hati dengan hasil uji bakat pertama.
Untuk persembahan Ahad ini, Aiman akan berhadapan dengan peserta lain untuk Kumpulan B, Iqa/Edry Abd Halim dan Salma/Erra Fazira di Auditorium MBSA, Shah Alam.
NAMA Bront Palarae tiba-tiba menjadi bahan bualan di media dan peminat seni tempatan, sejurus diumumkan sebagai pelakon lelaki terbaik filem menerusi Festival Filem Malaysia (FFM23) dan Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) baru-baru ini.
Dengan niat untuk terus berada di hati peminat, Bront mengakui bahawa dia masih seperti dahulu biarpun menggondol dua anugerah yang mengiakan kehebatannya sebagai seorang pelakon filem.
Bagi Bront, anugerah tersebut hanyalah penghargaan terhadap bakatnya sahaja dan bukan menjadi tiket untuknya berlagak dan meninggi diri.
Katanya: "Selepas atau sebelum menang anugerah, saya tetap sama sahaja. Tiada istilah badi seperti yang didakwa sesetengah orang kepada penerima anugerah seperti saya.
"Juga tiada istilah meminta bayaran lebih atau demanding, cuma saya kini lebih banyak ditawarkan dengan watak-watak berat sahaja."
Bront yang mengakui merindui untuk membawakan watak-watak komedi seperti dahulu kini akur untuk bekerja dengan watak-watak serius.
Buktinya, melalui drama bersiri terbaru berjudul Juvana yang akan bersiaran di TV3 tidak lama lagi, Bront diberikan watak sebagai seorang warden asrama sekolah juvana yang bengis.
Biarpun watak itu tiada kaitan dalam hidupnya, Bront sedaya-upaya memberikan persembahan yang terbaik agar dilihat semula jadi di kaca televisyen.
"Membawakan watak seorang warden di sekolah budak-budak nakal yang bengis dan tegas amat mencabar kerana ia memerlukan ekspresi yang masuk dengan karakter.
"Walaupun lebih mudah membawa watak komedi yang dekat dengan jiwa saya, karakter seperti ini sebenarnya akan mewarnai lagi kerjaya lakonan saya." ujar Bront yang akan tampil dalam drama Lagenda Budak Setan 2 tidak lama lagi.
SELEPAS meraih dua anugerah yang mengiktiraf kredibiliti mutu lakonannya, Bront kini meraih peluang melakonkan watak mencabar sebagai warden asrama sekolah juvana yang bengis menerusi Juvana.
Bagi satu-satunya teraju utama wanita dalam drama Juvana, Izreen Azminda, tempoh empat tahun dia menjadi penyeri dunia hiburan tanah air belum cukup kuat untuk mengangkat namanya sebaris aktres popular lain.
Dia bebas daripada dihimpit kontroversi murahan. Mungkin itu menjadi penyebab mengapa nama Izreen kurang menonjol meskipun pernah membintangi drama dan filem popular seperti drama Nenek Kebaya, Isabella, Samson Delaila, Sutera Maya serta filem Nana Tanjung 2 dan Otai.
Pemilik nama Izreen Azminda Mohd. Aznam, 26, itu bagaimanapun tidak kisah walaupun sering diberikan watak-watak antagonis asalkan survivalnya dalam dunia lakonan tidak tergugat.
Terbaru, buat kali pertamanya dia ditawarkan watak wanita yang bertanggungjawab. Diberikan karakter lembut, bertudung dan baik sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana nyata membuatkan Izreen tidak senang duduk.
Namun, atas bakat yang disandarkan, Izreen telah berusaha gigih menjiwai watak seorang guru kaunseling yang penuh dengan kesopanan biarpun dia mengakui bahawa agak sukar dibawakannya.
"Walaupun sudah empat tahun saya berlakon, inilah kali pertama saya ditawarkan dengan watak wanita lemah-lembut.
"Ia memang sangat sukar kerana berbeza dengan perwatakan saya yang sebenar dan sangat berat untuk dijayakan," katanya.
Ingin tampil dengan penuh penghayatan, Izreen membuat kajian terperinci mengenai watak wanita baik agar dilihat kena dengan karakter Cikgu Zakiah.
"Saya belajar menghayati watak wanita baik melalui drama-drama tempatan. Lagipun, ia kontra dengan sifat saya yang sedikit kasar.
"Saya suka lakonan Noorkhiriah. Saya juga banyak belajar daripada lakonannya dan drama-drama lain," katanya yang ditemui ketika pelancaran drama Juvana di Melaka baru-baru ini.
Membawa karakter kontra berbanding diri sebenar turut memberi cabaran besar kepada pembawa watak utama dalam drama tersebut, Zahiril Adzim.
Bagi Zahiril, menghidupkan watak Daim yang tidak banyak bercakap dan memerlukan pelbagai ekspresi, dia banyak dibantu oleh pelakon-pelakon lain termasuklah Izreen dan Bront agar Daim dilihat lebih semulajadi di kaca TV.
SALAH satu babak lakonan dalam Juvana.
"Walaupun sukar kerana watak Daim jauh dengan karakter sebenar diri saya, tetapi atas komunikasi dua hala diberikan pelakon-pelakon lain, saya tetap dapat menghayati watak pemuda berusia 17 tahun itu.
"Bront yang banyak pengalaman mudah diajak berbincang dan ia membuatkan saya lebih senang untuk mengangkat watak Daim," kata Zahiril yang turut menganggap Daim sebagai satu watak yang unik.
Jika dilihat pada sosoknya yang kecil molek, pasti ramai yang tidak percaya bahawa jejaka kelahiran Taiping, Perak itu sudah mencecah usia 27 tahun.
Biarpun membawa karakter yang berumur sepuluh tahun lebih muda, ia tetap tidak memberi cabaran besar kepadanya untuk menghayati watak itu kerana di luar kaca TV Zahiril masih lagi menebal dengan sifat keanak-anakan.
"Walaupun saya sudah 27 tahun, tetapi jiwa 17 tahun dan nakal masih ada.
"Tiada masalah untuk berada dalam karakter pelajar sekolah kerena perangai saya juga masih keanak-anakan," kata Zahiril yang pernah memegang trofi Pelakon Harapan Lelaki terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).
BINTANG siri realiti TV, Peter Andre telah melengkapkan bahagian taman di kawasan belakang kediamannya dengan sebuah jakuzi dan bercadang untuk mengajak kawan-kawannya untuk berparti di situ.
Katanya: "Saya kini mempunyai jakuzi yang hebat di taman di bahagian belakang rumah saya. Ia sangat besar, malah lengkap dengan tempat khusus untuk iPod dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas di Euphoria Lifestyle kerana telah memasangkannya.
"Apabila saya pulang dari Cyprus nanti, saya akan ajak kawan-kawan saya untuk parti jakuzi di rumah saya."
Andre kini sedang bercuti di kepulauan Cyprus bersama keluarganya iaitu dua orang anaknya hasil perkahwinan dengan bekas isterinya Katie Price iaitu Junior, lima tahun, dan Princess Tiaamii, tiga tahun. Turut sama dalam percutian tersebut ialah anaknya, Harvey, lapan tahun, hasil daripada hubungannya dengan wanita lain sebelum ini.
Bercakap baru-baru ini kepada majalah New! sejurus sebelum berangkat ke Cyprus untuk percutian tersebut, Andre yang baru-baru ini berpisah dengan teman wanita terbaharunya, Elen Rivens, berkata: "Saya akan bertolak ke Cyprus Ahad ini (16 Januari, 2011) dengan tiga orang anak saya dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk ke sana."
ERRA FAZIRA dan Awal Ashaari pantas mencipta keserasian bersama.
MENJADI pengacara bersama Erra Fazira tidak memberikan masalah besar kepada Awal Ashaari meskipun ia merupakan kolaborasi pertama mereka berdua dalam sebuah rancangan televisyen.
Digandingkan bersama dalam musim kedua rancangan realiti televisyen pencarian bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak, Tiger Futbol Starz, Awal dan Erra tidak kekok berkolaborasi.
Mengakui mereka tidak mencari keserasian, sebaliknya atas dasar hormat menghormati antara satu sama lain, keserasian tersebut terbit secara semula jadi.
Bagi Awal, sikap profesional yang ditunjukkan antara dia dan Erra lebih memudahkan lagi kerja mereka apatah lagi masing-masing mempunyai sifat merendah diri dan saling melengkapi.
"Tidak sukar bekerja bersama Erra walaupun ia merupakan kali pertama kami mengacara bersama. Ia tidak sukar kerana kami saling menghormati dan atas perbincangan bersama, semua perkara dapat diselesaikan dalam masa singkat," kata Awal.
Walaupun dilihat mempunyai kelebihan berbanding Awal kerana pernah mengacarakan rancangan tersebut pada musim pertama, Erra dengan rendah diri menyatakan bahawa mereka mempunyai kelebihan masing-masing.
Erra yang mengagumi Awal kerana pengalamannya yang luas dalam bidang pengacaraan tidak menolak kekuatan Awal dalam musim ini.
ERRA FAZIRA dan Awal (dua dari kiri) bergambar dengan peserta Tiger Futbol Starz dan wakil Astro serta penaja.
"Bagi saya, Awal lagi bagus kerana dia mempunyai pengalaman mengacara yang lebih berbanding saya walaupun saya mengacarakan sendiri pada musim pertama dahulu.
"Walaupun ia kolaborasi pertama kami, ia tidak memberikan apa-apa masalah, bahkan lebih serasi kerana kami sentiasa berbincang bersama. Oleh kerana semua pesertanya lelaki, mereka lebih selesa untuk berkongsi rahsia dengan Awal," kata Erra yang ditemui sejurus sidang akhbar Tiger Futbol Starz baru-baru ini.
Mempunyai tugasan yang berbeza, Erra yang diberi gelaran sebagai Soccer Mama menjalankan tugas serius termasuk memberikan tugasan kepada peserta dan mengumumkan penyingkiran berbanding Awal yang akan berdampingan bersama peserta.
Mengakui bahawa dia tidak pandai bermain bola sepak sebelum ini, Awal kini sudah tahu menendang bola setelah menjadi pengacara rancangan yang akan bersiaran sebanyak 13 episod itu.
Menurut Awal, dia bukan sahaja dapat menimba ilmu dalam bola sepak bahkan menjadi abang kepada 21 orang peserta Tiger Futbol Starz yang dapat berkongsi kisah suka duka.
"Untuk berkongsi perasaan mereka lebih selesa bersama saya berbanding Erra kerana malu untuk bercerita dengan perempuan.
"Itu untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat sahaja. Kalau dalam aspek teknikal pastinya saya tidak dapat membantu kerana saya memang tidak tahu bermain bola," ujar Awal sambil ketawa.
Tiger Futbol Starz pada tahun ini menampilkan peserta yang lebih matang iaitu berusia antara 10 hingga 15 tahun bersiaran pada pukul 6 petang, setiap hari Ahad bermula 17 April lalu menerusi saluran Astro Ria.
Rita Rudaini yang kini sarat mengandung menyambut birthday bersama dengan suami dan anaknya Aidil dan Aidit Rayyan. Walaupun sarat daam gambar nie tak nampak mcm sarat mengandung kan..mantain lawa je Rita nie..
Kat kek tertulis Happy birthday Mummy,Wav (love) Daddy & Rayyan..
Kris Dayanti rupanya dah hamil 4 bulan walaupun baru bernikah beberapa minggu lepas.Tapi bagi Kris Dayanti dia sudah dewasa dan memang planning nak kahwin jadi takda apa masalah pun,ye laah before kahwin pun dia dah bercium mulut dikhalayak ramai.jadi Kris sangat open mided walaupun dia beragama Islam..isk2,nasib dia kat Indon sebab kat Indon bukan strict sangat.kalau dia kat Malaysia ,memang sure kene hentam teruk..Kat Malaysia kat rakyat prihatin :))
Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.
Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yuni Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.
Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,
"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.
Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.
"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.
Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.
Facebook,ada ke sapa-sapa yang tak tau apa facebook?skrg nie budak darjah 1 pun dah ada facebook.Banyak impak facebook nie ada baik dan buruk..Melalui Facebook juga kita dengar mcm2 gossip artis,gaduh la itu la ini...bercerai sebab facebook dan tak kurang yang berkahwin sebab berkenalan kat facebook...
Zad Zaidi berkenalan dengan isterinya Natalia Mustafa Kamal melalui laman sosial facebook,jadi untuk mengabadikan kenangan manis detik perkenalan kad kahwin dibuat tema facebook juga. Romantik dan kreatif ,dapat lah satu dunia tahu kau bercinta melalui facebook..
Semoga perkahwinan mereka bahagia dan kekal selamanya..
Pergh,pengarah,penyayi,penerbit dan banyak lagi "pe" iaitu Yusry KRU kini hangat bercinta dengan Lisa Surihani katenyer....amboi2..bukan main lagi...
Dulu Yusry pernah dapat gelaran playboy taw..sebab selalu bertukar girlfriend,sebelum Yusry bercinta dengan Erra,dia pernah bercinta dengan Sasha saidin,wardina,Juliana Banos,dan ramai lagi,lepas tue masa dah kahwin dengan Erra,mereka dikatakan bercerai sebab kononnya si Yusry nie syok kat Fasha sandha time Fasha jai heroin filem cicakmkan arahannya.
Lepas tue gossip lain,Maya Karin,kilafaiy,ada banyak lagi,sensasi lupa plak nama dia,yang berlakon jangan tegur tue,sapa tah nama dia,oh ya Julia Ziegler...dan terbaru plak Lisa surihani..
Sebelum mereka dikatakan tgk wayang filem Seru sampai pegang2 tangan nie,Yusry pernah pergi menonton teater Lat dengan Lisa dan Ibunya,dan mereka sangat mesra okey..siap yusry bwk mereka naik satu kereta..Yusry bukan ke bwk Lamborgini?ahh org kaya mesti byk keta lagi..isk2
ehem..adakah kali nie Yusry betul bercinta dengan Lisa?dengan Maya pun pernah pegang tangan gak kan...haha...mcm2
Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.
Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.
Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.
Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.
Yusri dan Maya Karin pernah keluar bersama menonton wayang bersama
A lot of good ideas....... Men can really fix anything... Wait for the last one to be really zapped....
Don 't have a spoon? I can fix that!
Seatbelt broken? I can fix that! New TV too big for the old cabinet? I can fix that! Electrical problem? I can fix that! Car stereo stolen? I can fix that! Bookshelf cracking under the weight? I can fix that! Electric stove broken & can't heat coffee? I fixed that. Can't afford a real GPS? I can fix that! Gotta feed the baby AND do the laundry? I can fix that! I actually think this one's ingenious.
Out of diapers? I can fix that! X-rated ! Speechless!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Zed Zaidi yang mula kami kenali menerusi drama Sembilu suatu ketika dahulu akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi kerana dia akan bernikah dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April ini.
Menariknya, perkenalan Zed Zaidi dengan Natalia Mustafa bermula sebagai rakan Facebook. Kemudiannya 'melangkah setapak kehadapan' sebagai rakan perniagaan yang akhirnya menjadi pasangan kekasih.
Dek kerana itu, kad jemputan kahwin yang dihantarkan kepada pihak media dan juga semua orang mungkin direka menyerupai Facebook sebagai lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya itu.
Untuk info, majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.
Tahniah in advance kami ucapkan kepada Zed Zaidi kerana bakal menamatkan zaman bujang. Kami juga doakan agar semua yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar dan semoga semuanya baik-baik saja. Amin.
Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu
Hafiz (AF7) mendedahkan kisah hubungannya dengan Adira demi untuk memulihkan reputasi kekasihnya yang didakwa mengamalkan hubungan sejenis.
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu. Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
Hafiz AF7
Kata Hafiz AF7:
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya,"
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing. Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula," katanya.
Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir. Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini. via Mstar Online
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Friday, April 22nd, 2011 pada 9:11 am dan dibawah kategori Adira AF8, Hafiz AF7.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Gambar Justin Bieber & Selena Gomez di KLIA Malaysia
American popstar Justin Bieber and girlfriend Selena Gomes surrounded by security personnel as they arrived at KL International Airport in Kuala Lumpur Thursday for a concert April 21, 2011. – 21 April, 2011
Justin Bieber arrived KLIA at 1451hrs and then he left KLIA for Kuala Lumpur at 1535hrs.
Peminat fanatik Justin Bieber juga kelihatan sangat ramai yang sanggup menantikan ketibaan penyanyi kesayangan mereka. Sanggup menunggu dari pagi dan begitu juga dengan keadaan di ruang legar Stadium Merdeka.
Sekumpulan fanatik siap buat flashmob menyambut kedatangan Justin Bieber di Malaysia.
Selamat datang ke Malaysia, Bieber!
Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.
"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.
Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.
"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.
Justin Bieber pada sidang media konsertnya di Singapura, Selasa.
Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.
"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.
Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual. Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam. Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Friday, April 22nd, 2011 pada 9:00 am dan dibawah kategori Gambar.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
biar la sape yg nak minat bieber ke, nk gi tgk knsert dia ke..itu hak masing2..beli tiket pun tk pakai duit korg..kdg2 ni la org kita, defensive sgt..tu tak boleh ni tak boleh..suka nak mengkondem org..lgpun yg kutuk2 tu kalau dpt tiket bieber scr free yg seat paling depan pun, confirm pergi nyer..aku pun bukannya minat bieber tp klu org lain minat bieber pun aku takdelah nk mengkondem..
TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan yang kini bercucu membunuh suaminya kerana sering meminta adegan seks aneh selama bertahun-tahun. Perempuan bernama Eileen Mary Creamer (53) dari Victoria, Australia, menjadi perempuan pertama di Victoria yang dinyatakan bersalah membunuh kerana membela diri.
Suaminya bernama David ditikam dengan tongkat panjang Afrika Selatan di bahagian perut ketika mereka bergaduh di rumah mereka pada Februari 2008.
Dalam sidang itu, dia mengaku suaminya sering meminta adegan seks aneh seperti melihatnya berhubungan seks dengan lelaki lain di depannya dan sering memukulnya. Khamis (21/4/2011), juri menyatakan Creamer tidak bersalah atas pembunuhan namun bersalah kerana membunuh untuk membela diri.
Hakim Paul Coghlan menyatakan jika pasangan itu memiliki masalah dalam hubungan pernikahan mereka. Ia menambahkan, David Creamer tewas setelah pukulan bertubi-tubi yang menunjukkan Eileen keluar dari kawalan diri. Atas kejadian itu, Eileen dihukum penjara selama 11 tahun.
Tidak hanya itu, hakim juga meminta agar Eileen dipenjara selama tujuh tahun sebelum akhirnya mendapatkan izin pengampunan. Eileen sudah dipenjara selama dua tahun selama menjalani masa persidangan.
GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi
GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.
"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.
Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi
TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.
Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.
Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.
Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi
Jakarta, Setelah hadir dalam bir Viagra, ramuan pembangkit ereksi bagi lelaki-lelaki impoten kini hadir lagi dalam bentuk lain yang sama-sama unik. Ubat lemah syahwat itu akan dipakai untuk melapisi kondom khusus yang boleh membangkitkan penis .
Kondom khusus tersebut akan dibuat dan dipasarkan oleh perusahaan terbesar di dunia yakni Durex. Proses izin untuk menghadirkan ubat antiimpotensi dalam kondom kini tengah diurus dan diharapkan akhir tahun ini sudah boleh dijual bebas di pasaran.
Dibandingkan Viagra (Sildenafil) yang harus ditebus dengan surat doktor, kondom ini lebih praktik. Lelaki yang tidak ingin ketahuan identiti tidak perlu datang ke doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan ubat, cukup datang ke farmasi dan membeli kondom ini.
Lapisan ubat pada kondom ini berupa gel yang berisi vasodilatator, yakni ubat untuk melebarkan pembuluh darah. Makin lebar pembuluh darah di penis, makin lancar aliran darah yang akan membantu proses ereksi pada lelaki lemah syhawatdan penderita ejakulasi dini.
Belum dipastikan apa jenis vasodilatator yang akan digunakan, namun dipastikan bukan Viagra yang sesungguhnya. Meski begitu, khasiatnya dikatakan tidak kalah dahsyat dengan Viagra yang melancarkan peredaran darah di penis dengan cara menghambat enzym PDE-5.
Laboratorium yang memegang paten untuk design kondom unik ini, Futura Medical PLC tengah mengurus izin edarnya di Eropah dan diperkirakan selesai pertengahan tahun 2011. Jika tidak ada halangan, akhir tahun ini kondom berwarna hijau terang itu sudah mulai boleh dipasarkan.
"Kondom ini memberikan 2 manfaat, yakni mencegah penularan infeksi kelamin sekaligus mengatasi gangguan ereksi pada lelaki, Ungkap direktur Futura Medical PLC, James Barder seperti dikutip dari Foxnews, Jumaat (21/4/2011).
Liputan6.com, Washingon: Seorang lelaki Amerika Syarikat melamar kekasihnya dengan teka silang kata . Dengan bantuan harian The Washington Post, lelaki itu berhasil merancang momen spesial bagi sang kekasih.
Corey Newman, lelaki romantis yang melamar Marlowe Epstein dengan cara yang tidak biasa itu. Newman secara khusus meminta Bob Dylan, pembuat teka-teki silang The Washington Post, untuk merangkai teka silang kata spesial untuk melamar Epstein.
Kata-kata indah tersebut disembunyikan dalam tiga pertanyaan. Pertanyaan tersebut adalah salah satu tokohShakespeare in Love (Marlowe), penulis naskahCasablanca Julius or Philip (Epstein), dan kata-kata spesial yang biasanya dilengkapi dengan cincin (Will You marry me?).
Sesaat setelah pertanyaan-pertanyan tersebut dapat dijawab Epstein, Newman langsung mengeluarkan cincin yang dipilihnya lalu mengucapkan kata-kata indah untuk melamarnya.
SYDNEY – Seorang wanita di Australia mendapatkan teguran dari Otoritas Jalan Raya (RTA) kerana menggunakan plat dengan kata 'vagina'.
Kristen Perry, memiliki nama kecil atau nama panggilan Kiki di keluarganya, dia memakai nama kecilnya tersebut pada plat kereta miliknya.
Pihak RTA mendapat teguran dari komuniti warga Filipina yang ada di Australia, kerana nama, Kiki, dalam bahasa Tagalog bererti vagina.
"Awalnya saya kira itu hanya gurauan, namun akhirnya saya sedar bahawa teguran ini merupakan hal serius yang tidak boleh saya hiraukan. Jika tidak plat kereta saya akan dicabut secara paksa," ujar Perry.
Perry pun menjelaskan bahawa nama Kiki merupakan nama kecil pemberian keluarganya. Dan plat kereta yang bertuliskan nama kecilnya itu merupakan hadiah dari suaminya lima tahun lalu.
"Ayah saya juga terkejut ketika saya menceritakan hal ini"
"Ketika saya mendapat teguran, malamnya saya langsung menghubungi ayah saya dan berkata, 'Apakah ayah tahu kalau ayah selama ini memanggilku dengan panggilan vagina?'", demikian ujar Kiki seperti dilapor Telegraph, Khamis (21/4/2011).
Pihak RTA mengatakan bahawa penggunaan plat kereta tidak boleh menyinggung bahasa, agama, dan seksual.
Manila-Kondom terbukti efektif mencegah penularan penyakit kelamin pada hubungan seks yang tidak aman. Namun demi kepentingan lain, sebuah wilayah di Filipina membatasi penggunaannya dengan melarang penjualan kondom tanpa surat doktor.
Sebuah kampung elit bernama Ayala Alabang di Metro Manila, Filipina menerapkan aturan kontroversi tentang penjualan kondom. Dengan alasan moraliti dan pencegahan perilaku seks bebas, pemerintah setempat melarang kondom dan alat kontrasepsi lainnya dijual bebas.
Kondom yang di tempat lain bahkan boleh dengan mudah didapat lewat vending machine (sering disebut ATM kondom), di Ayala Alabang kondom hanya boleh ditebus dengan surat doktor. Nama doktor yang memberikan surat dan alamat pesakit yang akan menggunakan, wajib dicantumkan dengan jelas.
Keseriusan aturan pembatasan kondom ini nampak dari hukuman yang cukup berat bagi yang melanggar. Baik pembeli mahupun penjual kondom tanpa izin doktor boleh dikenai denda US$ 115 belum termasuk kurungan selama 1-6 bulan.
Seperti yang terjadi juga di negara lain, kempennye antikondom di Filipina banyak diserukan oleh kalangan agamawan konservatif. Dengan dukungan dari Gereja Katolik, pemerintah Ayala Alabang menilai kondom hanya akan memicu seks pranikah dan kelahiran anak-anak yang tidak memiliki bapak.
Namun di sisi lain, Filipina secara umum sebenarnya tengah menghadapi masalah kepadatan penduduk dengan populasi saat ini mencapai 94 juta jiwa. Laju pertumbuhan penduduk di negara ini tercatat paling tinggi di Asia Tenggara, yakni sekitar 2 peratus/tahun.
Seorang peguam yang mewakili kelompok hak-hak reproduksi perempuan, Clara Rita Padilla menentang kebijakan pemerintah Ayala Alabang tersebut. Menurutnya pemerintah daerah seharusnya menjamin akses seluas-luasnya terhadap alat kontrasepsi, bukan malah membatasi.
"Kebijakan ini melanggar hak-hak reproduksi kerana terlalu membatasi akses ke informasi kesihatan reproduksi dan metode-metode kontrasepsi yang legal, aman dan efektif," ujar Padilla seperti dikutip dariPhilstar.
MUNICH - Mencari pasangan kini tidak lagi hanya disesuaikan dengan hobi dan daya penarik calon pasangan, mencari jodoh yang tepat boleh juga dengan DNA.
Sebuah agen biro jodoh, yang didirikan oleh sekelompok mahasiswa biologi di Munich, Jerman, menggunakan ujian DNA untuk menemukan pasangan yang tepat bagi pelanggannya.
Layanan seharga 120 poundsterling yang dinamakan Gmatch (Gen Match) ini menggunakan sampel air liur untuk menguji tingkat potensi dan kompatibel tiap pasangannya. Hal inilah yang menjadikan kelebihan agen biro jodoh ini dengan agen serupa lainnya. Demikian lapor Telegraph, Rabu (20/4/2011).
"Ketika kita bertemu seseorang untuk pertama kalinya, kita tahu dalam hitungan saat apakah kita tertarik kepada mereka atau tidak," ujar Sarah A. Port (25).
LUMAJANG - Akibat selalu nonton filem porno, seorang kanak-kanak sekolah rendah di Lumajang, Jawa Timur, memperkosa anak sebayanya yang mengalami sakit mental. Parahnya, jiran yang diperkosa ketika ini sedang hamil 6 bulan.
W (12) tahun, kanak-kanak yang masih duduk di bangku kelas enam SD Sumber Wuluh Negeri 05, Kecamatan Candipuro, hanya boleh diam ketika dibawa ke Mapolres Lumajang.
Dia diperiksa atas tuduhan pemerkosaan terhadap EA (15), yang tak lain tetangganya sendiri.
Di hadapan polis, W mengakui kalau dia yang telah memperkosa sebanyak tujuh kali di rumah mangsa Ketika itu keadaan rumah mangsasepi.
W mengaku nekad melakukan aksinya kerana pengaruh sering melihat filem porno.
Di ruang unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) mangsa yang hanya menamatkan sekolah hingga kelas 4 SD ini, mengaku jika yang menghamili dirinya adalah W.
Kapolres Lumajang AKBP Tejo Wijanarko, dalam keteranganya menjelaskan, terungkapnya kes pemerkosaan ini bermula dari kecurigaan keluarga yang mendapati adanya perubahan sikap dan perut korban.
KEDIRI, KOMPAS.com — Mat Ikhsan (76), yang dianggap sudah meninggal dunia, tiba-tiba muncul kembali pada Rabu (20/4/2011) pagi.
Kejadian tersebut membuat penduduk di sekitar tempatnya tinggal, heboh. Padahal, sebelumnya, pada 26 March lalu, keluarga beserta tetangga telah menguburkan jenazahnya di pemakaman umum Wonosari desa setempat.
Mat Ikhsan sebelumnya ditemukan gantung diri. Ketika ini, keluarga tengah mempersiapkan tahlilan dalam rangka menyambut 40 hari pemergiannya. Namun, ternyata datuk dengan lima anak tersebut pulang ke rumah.
Sukemi, sepupu Mat Ikhsan, menuturkan, kepulangan kerabatnya tersebut bermula dari kedatangan Kliwon, teman Mat Ihsan, ke rumah dan mengabarkan jika baru saja bertemu dengan Mat Ikhsan.
Sukemi yang awalnya sempat tidak percaya tetapi Kliwon meyakinkan dengan berbagai cara. "Dia sampai mempertaruhkan motosikalnya jika salah," ujar Sukemi yang ditemui di rumah Mat Ikhsan.
Kliwon bertemu dengan Mat Ikhsan ketika sama-sama melintas di Jalan Yos Sudarso wilayah Pocanan, Kecamatan Kota. Kliwon yang tahu bahawa rakan kerja semasa mudanya itu telah meninggal sempat tidak percaya ketika melihat Ikhsan.
Akhirnya, Kliwon memutuskan balik arah dan menemui temannya yang sedang jalan kaki itu. "Sama Kliwon diajak ke warung dan tidak boleh ke mana-mana, lalu di tinggal ke sini," kata Sukemi.
Keluarga yang datang ke warung di Pocanan juga yakin bahwa itu Mat Ikhsan. Akhirnya Mat Ikhsan dibawa pulang ke rumah. Para tetangga yang mengetahui cerita itu berduyun-duyun datang untuk melihatnya.
Mukini (51), anak Mat Ihksan yang pulang lebih awal dari tempatnya bekerja kerana mendapat khabar ini, langsung menangis serta memeluk dan menciumi tubuh bapak yang selama ini sudah dianggap meninggal. "Bapak…," ujarnya sambil menangis.
Sementara Mat Ikhsan mengatakan, selama ini dirinya sengaja pergi dari rumah kerana merasa tidak kuat dengan beban hidup yang ia hadapi. "Saya bingung, anak-anak saya sakit," ujarnya dengan suara sedih.
Banyak kejadian lucu yang terjadi dalam pertandingan bola sepak. Ada jaringan gol hingga 142 gol, ada pengadil yang mengeluarkan sampai 36 kad merah dan sebagainya.
Pertandingan antara Everton dan Birmingham City diwarnai dengan kejadian lucu.
Ketika itu pengadil Peter Walton yang mengadili pertandingan hendak memberikan kad kuning kepada pemain Birmingham, Jordon Mutch yang telah melakukan tackle keras terhadap penyerang Everton, Louis Saha di minit ke 40 (thesun.co.uk).
Namun, Peter membuat bingung kedua pasukan termasuk penonton. Ternyata kad yang dikeluarnya tidak berwarna kuning, tetapi putih.
Tentunya kejadian ini merupakan yang pertama kali dalam sejarah sepak bola, di mana pengadil memberikan kad putih.
Di akhir pertandingan, Peter mengakui kesalahannya yang dengan tidak sengaja telah meninggalkan kad kuning itu di bilik persalinan.
TEMPOInteraktif.com | Rabu, 20 Apr 2011 | Seorang bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup menghebohkan penduduk di blok Eunos Crescent, Singapura. Awalnya, Tay Kim, seorang pesara 60 tahun, sayup-sayup mendengar tangisan mirip suara kucing. Dia pun langsung mencari sumber suara tersebut.
Suara tangisan ternyata berasal dari dalam tanah, di sebuah taman di blok 31A. Curiga dia pun menggali tanah tersebut. Astaga! Di dalam lubang yang tak dalam itu seorang bayi laki-laki yang baru lahir berlumur lumpur. Lebih teruk lagi, lehernya dililit tali dari beg plastik sampah. Selain mulutnya penuh lumpur dan daun-daun kering, tali pusat bayi malang itu juga masih elok.
Seperti dilaporkan hari ini, Rabu (20/1), bayi tersebut terus dibawa ke hospital. Keadaannya sekarang dilaporkan stabil. Kes ini masih disiasat polis.
Warga di Mauritius, sebuah negara kepulauan di barat daya Samudera Hindia, memiliki tradisi turun temurun untuk membuat anak perempuan menjadi gemuk. Caranya dengan memaksa mereka untuk makan.
Namun, ketika ini tradisi tersebut mendapat banyak tentangan dari kalangan muda Mauritius.
Wanita bernama Mariam Mint Ahmed, 25, yang menentang tradisi tersebut. Dia mengatakan tradisi bernama leblouh ini adalah tradisi yang berbahaya dan perlu dihapuskan.
"Saya mengenal ramai wanita muda tidak berdosa yang digemukkan diluar kemahuan mereka dan kebanyakan dari mereka mengalami sakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung," ujarnya seperti dilapor dari stesen berita CNN.
Tradisi ini didasarkan pada anggapan warga Mauritius bahawa perempuan gemuk adalah simbol kecantikan dan kemakmuran. Sementara wanita kurus dianggap tidak menarik dan aib bagi keluarga kerana dianggap tidak mampu memberinya makan.
Mint Ahmed mengatakan bahwa wanita di Mauritius telah banyak menderita akibat tradisi leblouh. Mereka dipaksa memakan makanan dalam jumlah banyak serta dipaksa untuk meminum berliter-liter susu lembu atau kambing.
Mint Ahmed menceritakan bagaimana seorang gadis dihukum oleh keluarganya jika tidak menghabiskan makanannya. Salah satu metodenya dalah dengan menekan kayu di ibujari tangannya. Siksaan ini menurutnya sangat menyakitkan.
Salah satu yang pernah merasakan leblouh adalah Selekeha Mint Sidi. Dia mengaku disiksa oleh ibunya hingga dia mahu makan.
"Ibuku mulai menggemukkan saya ketika saya berumur 13 tahun. Dia biasanya memukuli saya hingga saya mahu memakan couscous yang berminyak dan daging kambing besar. Saya kira perut saya akan meledak kala itu," ujarnya Mint Sidi.
Mint Sidi mengatakan bahawa dia kerap memuntahkan makanannya kerana perutnya tidak kuat lagi menampungnya. Namun, orang bertugas mengawasi leblouh menganggap itu hal biasa dan normal pada wanita muda.
Mar Jubero Capdeferro, yang bertugas pada program gender di badan PBB di Mauritius mengatakan bahawa tradisi leblouh menjadi semakin berbahaya akhir-akhir ini ketika para orang tua mengganti susu unta dengan bahan kimia untuk menggemukkan binatang.
"Ketika mereka nanti tua, umur 40 dan 50an, mereka tidak akan boleh bergerak, mereka akan menderita hipertensi, diabetes, dan banyak penyakit lainnya," ujarnya.
Menurut kajian Asosiasi Solidaritas Sosial, sebuah badan untuk para korban tradisi di Mauritius, hanya tujuh peratus gadis kota yang menjalani leblouh, sementara di desa mencapai 75 peratus. Menurut organisasi ini, wanita desa masih memegang teguh tradisi ini.
"Sangat sulit untuk menghapuskan tradisi leblouh di Mauritius. Tradisi ini telah berakar dalam fikiran dan jiwa para Ibu di Mauritius, terutama di daerah pedesaan dimana warga desa dengan pendidikan rendah mengikuti secara buta tradisi ini," ujar Lemrabott Brahim, seorang pengamat sosial di Mauritius.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN GambaR MOHD. ARIF RAMELI (Pelatih UNISEL)
SENYUMAN yang sentiasa terukir di bibir mulus Ella membuatkannya kelihatan ceria.
JIKA tidak mengenali Ratu Rock negara Ella, pastinya kita tidak akan menyangka usianya telah melepasi angka 40. Gaya, penampilan dan sifat manja Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin membayangkan dirinya masih `muda'.
Namun pada hakikatnya, usia penyanyi lagu Rama-Rama itu hampir mencecah 45 tahun.
Ditanya apakah rahsia awet muda yang dipegangnya, tanpa teragak-agak, Ella menjawab:
" Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda."
Bagi Ratu Rock berperwatakan manja dan suka mengirai rambutnya, penjagaan kesihatan seperti itu penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan kelihatan ceria.
"Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks.
"Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman.
"Itu sudah menjadi kebiasaan Ella tetapi kalau sibuk dengan nyanyian sekurang-kurangnya dua atau tiga hari seminggu pasti Ella bersenam," katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya, baru-baru ini.
Menurut Ella lagi, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak kelihatan dimamah usia, dia akan memastikan dirinya tidak terbeban dengan masalah.
Justeru, katanya yang tetap bernada manja apabila berbicara dengan rakan wartawan, dia sentiasa mengajar dirinya untuk berfikiran positif.
Katanya lagi, apa yang penting adalah mengikut kata hati sendiri dan jangan memikirkan perkara-perkara yang buruk atau negatif.
"Seboleh mungkin kita mesti bersikap optimis dalam segala hal. Jika kita sentiasa berfikiran yang bukan-bukan, sudah pasti ia akan mengganggu fikiran, menjadi berkecamuk dan itulah yang menjadi punca kita stress.
"Jadi untuk menghilangkan rasa stress, perlulah menggunakan psikologi sedikit sebab apabila kita fikir secara baik, ia akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita.
"Akhirnya dengan keyakinan dan kepercayaan yang dibina itu, sudah pasti kita tenang dan gembira.
"Apabila kita gembira, muka pun nampak ceria dan air muka tidak nampak tua," ujar Ella disusuli dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
TEKNIK solekan kosmetik berjaya menimbulkan mood seram dalam filem Senjakala.
FILEM ke-20 arahan pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri, 40, Senjakala menemui penonton pada 14 April baru-baru ini.
Dalam tempoh lima hari pertama filem itu ditayangkan, ia berjaya mengutip lebih RM700,000.
Angka kutipan itu meningkat dari sehari ke sehari dan ada lebih kurang seminggu sahaja lagi filem tersebut berada di pawagam.
Justeru masih belum terlambat untuk orang ramai menyaksikan sendiri filem seram kedua hasil buah tangan daripada Ahmad Idham itu.
Melahirkan sebuah filem genre seram kedua selepas Jangan Pandang Belakang (2007), Senjakala mendapat kritikan yang agak skeptikal sebelum ini.
Namun ternyata audiens hari ini yang mempunyai kuasa membeli, bukan sahaja bijak menilai dan membuat pilihan tetapi tetap memberi respons serta sambutan yang baik terhadap filem tersebut.
Bukan semua pembaca atau pun penonton filem hari ini akan terima secara total apabila ulasan yang diberikan ke atas sesebuah filem itu, lebih terarah kepada pandangan peribadi.
Sebaliknya, mereka akan membuat penilaian sendiri, mencari kebenaran akan apa yang dibaca dan bukannya bersandarkan kepada ulasan semata-mata.
Hits menghubungi pengarah Senjakala untuk mendapatkan reaksi berhubung sambutan yang diberi oleh penonton terhadap filem yang menelan belanja RM1.51 juta itu..
"Saya menghormati setiap artikel atau penulisan yang dibuat oleh pengkritik filem kerana itu merupakan pandangan mereka.
"Bagi saya, adalah lebih molek sekiranya ulasan yang diberikan terhadap sesebuah filem tempatan itu dibuat secara adil dan beretika.
"Adil terhadap penerbit filem dan beretika dengan cara bertanya kepada pengarah atau penerbit sesebuah filem itu sebelum mengulas mengikut acuan sendiri," kata Ahmad Idham dalam nada tenang.
Menceritakan kesukaran untuk menempatkan hasil karyanya itu di hati audiens, Ahmad Idham berkata, filem-filem yang telah dihasilkannya adalah untuk penonton, mengikut cita rasa penonton selain daripada cuba memberikan satu kelainan.
"Saya buat filem untuk penonton. Saya tidak hasilkan filem untuk penulis tetapi saya menghargai ulasan yang diberikan terhadap filem saya kerana dari situ, saya akan belajar dan cuba untuk tidak mengulang kesilapan.
"Bagilah Senjakala peluang untuk dinikmati penonton di pawagam kerana impak yang diterima ekoran daripada penulisan ke atas filem saya itu seolah-olah membawa maksud yang tersirat," katanya yang menjelaskan erti maksud tersirat seolah-olah memberitahu khalayak agar jangan pergi menonton Senjakala.
Kata Ahmad Idham lagi, Senjakala tidak dilakarkan sebagai sebuah filem seram yang sengaja mahu menakut-nakutkan penonton.
Tindakan seperti itu tidak perlu kerana kata juri tetap program realiti televisyen, Maharaja Lawak ini, elemen seram dalam Senjakala wujud dengan sendiri.
Dia bersyukur kerana penonton yang menonton Senjakala, faham akan apa yang cuba diceritakannya menerusi filem tersebut.
"Menjelang hujung minggu ini, melalui cakap mulut ke mulut (CMM), insya-Allah, lebih ramai lagi akan menonton Senjakala di pawagam," katanya.
Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?
P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki
ZoOM : BP...jangan marah ye...kalau dah baca komen ye
Memang panas kisah ini dan sudah pasti esok akan menjadi bualan mulut diluar sana mengenai Hafiz AF7 dan Adira AF8 sedang bercinta dan seterusnya melenyapkan gossip panas yang sebelum ini menghantui Adira.Menurut Hafiz mereka telah bercinta sejak lima bulan lalu ketika beliau bersedih ditinggalkan kekasih sehinggalah kehadiran Adira sebagai kawan akhirnya bertukar menjadi bibit-bibit cinta.
Dan berikut "Statement" pasangan ini :
Hafiz :
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya,"
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.
"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,
Adira :
Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. "Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian. "Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Marilah kita sama-sama doakan semoga beliau ( Benjy ) kuatkan semangat melawan penyakit asma beliau yang dikatakan semakin kronik sehinggakan menyukarkan beliau bernafas. ZoOM kesian tengok ibu Benjy yakni seniwati Azean Irdawaty masih melawan penyakit beliau.
Walaupun kes dadah beliau belum selesai timbul pula kisah sedih apabila Benjy terpaksa melawan penyakit beliau. Menurut ibu Azean ini adalah yang kedua kali Benjy diserang asma yang serius semenjak kahwin.
Dikala kesejukan malam selepas hujan petang tadi ZoOM merajinkan diri menyelak satu persatu laman blog di Google untuk mencari maklumat mengenai adik bernama Najwa Latif ini. Dan berikut adalah hasilnya yang sempat ZoOM download dan share dengan pembaca di ZoOMartis @ Facebook .
Ketika membuat persembahan dikhalayak ramai ...
Ketika bermain bowling dimasa lapang
ZoOM : Sorry Video Youtube tak boleh nak embed kalau free dan nak dengar lagu Najwa
Seorang lagi artis yang dicungkil bakatnya daripada Youtube, siapa sangka Najwa Latif atau nama sebenar adik ini Imratul Najwa bte Abdul Latif kini menjadi artis di usia semuda ini. Untuk pengetahuan anda Najwa Latif baru berumur 16 tahun tetapi kini sudah mempunyai Single terbaru "Cinta Muka Buku" hasil ciptan beliau dan kakak beliau.
Untuk perkembangan terkini tentang gadis yang sinonim dengan imej bertudung dan gitar ini, layari http://najwalatifs.blogspot.com.
Jika anda tidak mengenali dan baru pertama kali mendengar suara anak gadis berumur 16 tahun ini, cubalah dengar lagu beliau yang bertajuk "Cinta Muka Buku" :
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Tidak dinafikan kulit yang halus mulus menjadi aset penting Tiz Zaqyah setiap kali berdepan dengan public, malahan jika dibalut dengan kain lembut seperti ini lagi membuatkan jejaka-jejaka diluar sana terbeliak mata memandang beliau.
Berita terbaru mengenai Tiz Zaqyah ketika menghadiri majlis Glam Magazine 7th Anniversay Party beliau dipilih sebagai Best Dressed. Mungkin kerana baju yang dipakai sesuai sangat dengan kulit yang putih melepak membuatkan mata juri terpikat kot. Entahlah malas nak komen tapi dia memang cantik, tetapi lebih menawan dan ayu jika pakai tudung macam dalam drama Nur Kasih.
Gambar ini diambil daripada stailista Cute Carry untuk tatapan anda di ZoOMartis :
Linda tepis gosip dirinya muflis, rumah tangga dilanda konflik
INSAN mana yang tidak terkesan apabila cerita tidak benar menimpa diri? Apatah lagi jika cerita itu bersifat negatif. Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti mereka juga seboleh-bolehnya enggan berdepan situasi tidak menyenangkan seperti ini.
Pereka tari terkenal, Linda Jasmine tidak terkecuali daripada terkena tempias gosip liar apabila bergelar selebriti. Wanita yang sinonim dengan program Akademi Fantasia ini turut berdepan dengan cerita yang mengganggu emosi, apabila namanya juga tergolong dalam kelompok yang dikenali. Baru-baru ini, tersebar cerita kononnya wanita anggun ini berdepan masalah kewangan sehingga dikatakan jatuh bankrap. Akibatnya, dia terpaksa menutup studionya di Ampang, malah rumah tangga yang dibina bersama pelakon Que Haidar juga bergolak dek masalah dihadapi.
Tentunya bukan gosip yang kecil, yang boleh dilupakan begitu saja. Linda sendiri mengaku agak tertekan dengan khabar angin yang bertiup itu. Begitupun, dia nyata tidak mudah patah semangat dengan cerita liar begitu, sebaliknya semua itu tidak menghalang wanita ini untuk terus bergerak aktif dalam bidang yang cukup sebati dengan dirinya.
Lebih daripada itu, dia melihat semua khabar angin itu tidak lebih daripada secubit cabaran hidup yang perlu ditempuh. Bahkan, gosip yang dikaitkan dengan dirinya itu dianggap sebagai propaganda pihak tertentu yang kurang senang dengan kehidupannya kini serta cemburu dengan perniagaan yang diuruskan.
Pokok pangkalnya, segala tohmahan itu tidak berasas sama sekali.
"Gosip mengatakan studio saya ditutup kerana muflis itu hanyalah tindakan jahat pihak tertentu yang tidak senang dengan kami," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi Linda, apa saja gosip yang dikaitkan dengan dirinya hanyalah usaha pihak tertentu untuk meraih perhatian media, malah dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit bermotifkan cemburu. Mereka ingin melihat perniagaannya jatuh.
Linda turut bersyukur apabila sikap saling memahami antaranya dan suami, mengeratkan lagi hubungan mereka tatkala gosip terbabit dikatakan turut menjejaskan mahligai bahagia dua selebriti ini. Kehadiran dua cahaya mata, Qalif Khan, 10, dan Tengku Ratu Haidar, setahun setengah, menidakkan lagi dakwaan hubungan mereka keruh dek gosip itu.
"Alhamdulillah, hubungan kami baik dan bertambah mesra. Walaupun berdepan gosip seperti ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan rumah tangga kami, malah dengan adanya anak-anak di sisi menguatkan lagi perhubungan kami.
"Gosip mengenai studio saya bankrap sudah lama tersebar. Padahal sampai sekarang saya masih menguruskan studio itu. Perniagaan kami semakin baik, walaupun memang ada pasang surut. Itu kan adat dalam berniaga," katanya.
Kegetiran berdepan cerita liar begitu enggan dijadikan alasan olehnya untuk mengabaikan perkara lebih penting dalam hidup, iaitu keluarga dan kerjanya.
Katanya, fokus kepada suami, anak-anak dan pengurusan perniagaan Linda Jasmine Performing Arts Studio miliknya itu tidak pernah dipinggirkan ke tepi.
Apapun cabaran yang datang, Linda tidak pernah mengalah atau berputus asa, baginya setiap masalah yang berlaku adalah norma kehidupan yang perlu ditempuhi setiap insan. Dia juga tidak pernah menjadikan masalah sebagai bebanan dalam rumah tangga.
Mengambil sikap berbincang dan berkongsi pandangan dengan suami bukan saja dapat menyelesaikan masalah, malah dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Meskipun Linda sendiri kurang terbabit dalam program TV, namun dia sebenarnya masih aktif dalam bidang tarian, termasuk mengajar di kelas kendaliannya di studio, di samping masih terikat dengan Astro.
Tidak lagi terbabit dengan program Akademi Fantasia bukan bermaksud dia tidak diperlukan lagi, bahkan pandangan dan pendapat Linda masih diterima dalam membentuk barisan pelapis muda tanah air.
Cari pelajar sekolah pandai menari
TERBARU, Linda terus diberi kepercayaan sebagai juri pertandingan My School Rocks bergandingan dengan juri baru, Stacy, yang menggantikan Sazzy Falak pada kali ini. Uji bakat tarian membabitkan pelajar sekolah akan bermula pada Jun ini.
"Sudah empat tahun saya dilantik sebagai juri program ini dan kali ini saya akan bergandingan dengan Stacy yang mempunyai bakat tariannya tersendiri.
"Tahun ini berbeza daripada sebelumnya kerana peserta boleh memilih daripada 100 lagu yang disediakan. Mereka juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah menengah dan rendah. Jadi ramai yang akan mencuba nasib tahun ini," katanya.
Selain itu, 120 sekolah pertama yang mengesahkan penyertaan untuk sesi uji bakat yang akan bermula 25 Jun hingga 23 Julai depan berpeluang mempunyai bengkel tarian peribadi di sekolah untuk membantu memperbaiki koreografi mereka.
Bagi Linda, cabarannya kali ini tentunya semakin sukar kerana pertandingan dibahagikan kepada dua kategori, apatah lagi ia membabitkan penyertaan peserta yang ramai.
Stacy pula menganggap tugas diberikan itu satu cabaran baru bagi dirinya.
Meskipun masih mentah dalam mengadili bakat tarian memandangkan dirinya sendiri kurang berpengalaman, dia bagaimanapun cukup teruja untuk menunaikan tanggungjawab terbabit.
"Sebelum ini saya tak fikir nak jadi juri kerana masih baru, tetapi apabila dapat tawaran daripada Cikgu Linda, saya terima kerana sedikit sebanyak kita dapat membantu peserta dalam tarian mereka.
"Ini peluang keemasan mereka dalam mengembangkan bakat tarian kerana suatu ketika dulu, pertandingan seperti ini belum wujud," katanya.
Bagi pelajar sekolah menengah dan rendah yang ingin mengikuti uji bakat terbabit boleh melayari laman web www.disneychannel-asia.com atau menghubungi 03-2785 2177 untuk maklumat lanjut.
SITI Zubaidah dilakonkan Siti Lela Mayang Zulkifli dan Muhammad Fikrie.
Kisah isteri menyamar jadi lelaki demi selamatkan suami temui penonton di DFP
KEHEBATAN kisah seorang isteri bernama Siti Zubaidah yang sanggup menyamar menjadi lelaki semata-mata mahu membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin, yang ditawan oleh puteri China ialah antara karya sastera yang sering diangkat ke pentas persembahan sebagai bahan hiburan buat khalayak.
Bukan saja di pentas teater, tetapi kisah Syair Siti Zubaidah ini juga pernah dijadikan naskhah filem yang ditunjangi pelakon hebat era Jalan Ampas itu Nordin Ahmad dan Datuk Maria Menado. Begitupun, sehingga kini peminat karya itu tidak pernah jemu untuk menontonnya dan atas alasan itu, terbaru, karya yang mengandungi syair romantik yang penuh dengan rasa cinta, taat dan keberanian ini bakal dipentaskan sekali lagi. Kali ini, ia berkonsepkan muzikal.
Bakal dipentaskan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 29 dan 30 April ini, jam 8.30 malam, teater muzikal ini menjelma hasil penat lelah Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) dalam usaha mereka untuk memartabatkan seni budaya bangsa. Sebelum ini KSPP pernah mementaskan beberapa karya sastera lain seperti Semerah Padi, Rawana dan Raja Bersiong.
Tanpa mengubah jalan cerita asalnya, pementasan di bawah arahan Zahari Hamzah ini lebih menumpukan perhatian kepada tarian, lagu, selain aspek lakonan.
Justeru, dengan kerjasama pengarah muzik, Azizi Abdul Rahman, Zahari yang juga bertindak sebagai penulis skrip dan lirik untuk muzikal itu menggunakan daya kreativitinya untuk memperkemaskan lagi jalan cerita.
"Muzikal ini mengandungi 27 lagu baru, dengan kesemuanya hasil ciptaan Azizi. Memandangkan ia pementasan muzikal, jadi ada di antara dialog yang dituturkan adalah berbentuk nyanyian. Asalkan penonton faham dengan jalan cerita, itu sudah memadai.
"Bagaimanapun, kami melihat juga kesesuaian babak mana yang dialognya boleh dilafazkan dalam bentuk lagu dan babak mana dalam bentuk skrip," kata Zahari pada sidang media sejurus selepas majlis pratonton teater muzikal itu, di Dewan Filharmonik Petronas, berakhir.
Selain Azizi, hadir sama pada sidang media berkenaan ialah penerbitnya, Hartini Abdullah; dan koreografer, Rozilah Abdul Abdul Rahman dan Jefri Mokhtar.
Hanya mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan kesemua 27 lagu, Azizi berkata, kesemua melodi yang disiapkan perlulah bersesuaian dengan jalan cerita.
"Selalunya Zahari akan menyiapkan liriknya terlebih dulu kemudian barulah saya cipta melodi. Tapi kalau liriknya tidak cukup untuk dimuatkan dalam lagu itu, saya akan ubah suai atau potong saja sebahagiannya. Untuk menyiapkan lagu ini, saya turut mendapat bantuan dua pemuzik lain," katanya.
Pelakon perlu menari dan bersilat
MENGULAS penggunaan dua koreografer untuk teater terbabit, Zahari menjelaskan, selain memberi peluang kepada pereka tari yang ada dalam produksi ini menunjukkan seni kemahiran mereka, ia juga ada kaitan dengan konsep pementasan itu. Pelakonnya bukan saja menari dan menyanyi, tetapi mereka juga menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri seperti silat.
"Rozilah yang banyak mendapat pendedahan di ASWARA berkemahiran dalam tarian kontemporari dan juga seni silat, manakala Jefri yang lama berkhidmat dengan KSPP mempunyai asas dalam tarian tradisional. Atas alasan itu kami kami memerlukan dua koreografer untuk muzikal ini. Hasil gabungan kreativiti dua koreografer ini akan menjadikan tarian dalam muzikal ini lebih kemas dan cantik," katanya yang pernah mengarahkan muzikal Pak Pandir.
Pementasan yang berlangsung selama lebih dua jam ini membabitkan 39 pelakon dan 15 pemuzik. Antara pelakon yang terbabit ialah Siti Lela Mayang Zulkifli sebagai Siti Zubaidah, Muhammad Fikrie Mat Adan (Sultan Zainal Abidin), Wan Farahi Wan Yusoff (Puteri Sajarah), Shalinda Ismail (Permaisuri Kuning), Ayu Shahira Sulaiman (Puteri Rukiah), Fahizal Ismail (Darman Syah), Haslinda Mohd Ali (Raudah) dan Norzaimaziah Mat Som (Zahrah).
Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM15 hingga RM60 di kaunter Box Office ataupun menerusi e-mel dfp_boxoffice@petronas.com.my
SINOPSIS
SITI Zubaidah, isteri pertama Sultan Zainal Abidin, pemerintah Kembayat Negara, tidak disukai bonda Sultan iaitu Permaisuri Kuning, jika dibandingkan dengan Puteri Sejarah yang juga isteri kedua baginda. Puteri Sajarah ialah puteri Raja Yaman. Tukang Tilik meramalkan Kembayat Negara akan ditimpa bencana dan Sultan Zainal Abidin akan menghadapi kesusahan dengan kehadiran Siti Zubaidah.
Sewaktu baginda pergi memburu kijang untuk Siti Zubaidah yang sedang mengidam, baginda diculik Kilan Cahaya. Permaisuri Kuning sedih dengan berita penculikan itu dan menganggap Siti Zubaidah pembawa sial lalu menitahkan agar Siti Zubaidah dihantar pulang ke Pulau Peringgi.
Setelah melahirkan seorang putera, dia mengambil keputusan untuk menyamar sebagai lelaki dan pergi ke China untuk menyelamatkan suaminya itu.
Kalau citer pasal window shopping perempuan mana yang tak minak, semua pempuan kat dunia minat bershopping bukan nak mengata tapi lumrah dunia coz..huhu jangan marah pempuan2 kat luar sana (ni sekadar hiburan je).. kat sini kami kongsi ngan korang semua fakta yang tak berapa fakta coz.. yang diterjemah dalam kongsep peta, Lelaki Vs Perempuan Bershopping apa pendapat korang semua?
This entry was posted
on Wednesday, April 20th, 2011 at 4:06 pm and is filed under Hiburan.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Al-Quran Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik? Al-Quran Menjawab : "…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Al-Quran Menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………." (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?
Al-Quran Menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman". (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Al-Quran Menjawab : "…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Lihat Surah Yusuf : 87)
Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Al-Quran Menjawab : "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung". (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Al-Quran Menjawab : "….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……." (Lihat Surah At-Taubah : 129)
Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran Menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………." (Lihat Surah At-Taubah : 111)
This entry was posted
on Wednesday, April 20th, 2011 at 3:28 pm and is filed under Islam.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
SUDAH hampir beberapa bulan desas-desus majlis pertunangan antara aktor Zahiril Adzim dan pengacara program Wanita Hari Ini, Shera Ayob bertebaran.
Pasangan merpati dua sejoli itu yang mula rapat sejak terlibat sama dalam filem seram Sesuatu Yang Tertinggal dilihat sudah tidak segan untuk melihatkan kemesraan seperti pasangan kekasih yang lain di depan khalayak ramai.
Ke mana sahaja langkah Zahiril dalam acara hiburan pastinya ditemani Shera. Saat disoal status hubungan, kedua-duanya tersipu malu, namun yang pasti cinta sedang mekar di hati kedua-duanya.
Zahiril ketika ditemui selepas beraksi di pentas teater berjudul Short Eyes di The Actor Studio pada pertengahan Mac lalu enggan bercerita lanjut mengenai isu pertunangan. Namun, ditemui sekali lagi selepas tayangan perdana filem seram pertama lakonannya, Senjakala baru-baru ini, Zahiril mula membuka mulut.
Katanya, dia bakal bergelar tunangan orang pada 1 Mei ini, malah kad jemputan untuk majlis tersebut juga sudah mula diedarkan kepada pihak media.
"Ya, saya akan bertunang pada 1 Mei ini di kediaman keluarga Shera di Ipoh, Perak," akuinya.
Soal persediaan untuk majlis pertunangannya itu, jelas Zahiril, pihaknya tidak membuat persediaan yang besar kerana majlis akan berlangsung di kediamaan keluarga Shera, jadi sudah pastilah sebelah pihak perempuan yang lebih sibuk membuat persiapan.
"Persiapan saya tidak berapa hebat sebab saya hanya menghantar rombongan sahaja. Cuma selesai sahaja penggambaran drama lakonan terbaru saya iaitu Juvana, saya akan bercuti sehinggalah majlis pertunangan itu nanti," jelasnya.
Jejaka berusia 27 tahun itu memberitahu meskipun perkenalan antaranya dan Shera belum menjangkau masa setahun, tetapi dia yakin dengan pilihannya.
Menurut Zahiril lagi, perkenalan yang lama bukan penentu kepada sesuatu hubungan.
"Saya kenal diri saya selepas kegagalan dalam beberapa hubungan cinta daripada saya kecil hinggalah dewasa.
ZAHIRIL bergandingan dengan gurunya, Namron dalam teater Short Eyes dan filem Bunohan.
"Perasaan saya terhadap Shera berbeza. Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, begitu juga dengan kami. Walaupun kami bergaduh, kami tidak ada masalah untuk berbaik balik," ungkapnya.
Tutur Zahiril lagi: "Bila saya yakin saya sudah jumpa wanita yang saya cari-cari selama ini, buat apa nak tangguh perkara yang baik.
"Lagipun saya bukannya muda lagi, saya yakin saya mampu untuk membawa hubungan kami ke fasa yang seterusnya."
Bercakap mengenai cabaran bercinta sesama selebriti, akui Zahiril cabarannya lebih besar, bagaimanapun sudah pilihannya orang yang sama bidang dengannya, apa yang penting adalah kepercayaan dan menghormati kerjaya masing-masing.
"Saya rasa tidak ada masalah kerana semuanya terpulang kepada diri sendiri, bagaimana untuk menguruskan hubungan itu. Paling penting, pada saya adalah kami harus saling percaya dan menghormati kerjaya masing-masing," luahnya.
Anak kelahiran Taiping, Perak yang dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor itu juga tidak gusar andai popularitinya menurun selepas bertukar status kepada tunangan orang ataupun suami orang selepas ini kerana yakin peminat drama dan filem kini sudah lebih matang.
"Ramai juga yang tanya tidak takutkah populariti menurun sebab bertunang sedangkan nama saya tengah naik, bagi saya tidak ada sebarang masalah. Peminat hari ini lebih matang, benda elok dan niat yang betul insya-Allah rezeki saya akan sentiasa ada.
"Lagipun saya tengok ramai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tetapi masih mempunyai peminat yang ramai. Kalau lakonan saya diminati, saya masih akan berlakon," katanya.
Zahiril, dia tidak mahu bertunang dalam tempoh yang lama kerana jika boleh, dia mahu menjadi raja sehari dalam tahun ini juga.
"Cabaran bertunang ini saya dengar macam-macam, jadi kalau boleh saya tidak mahu lama-lama.
"Kalau ada rezeki tahun ini juga saya mahu kahwin. Lagipun kami berdua sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab selepas berkahwin kelak," katanya lagi dalam nada gembira.
Zahiril pilihan tepat - Shera
Shera Ayob atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob, yang dihubungi Kosmo! juga tidak menyembunyikan majlis pertunangannya.
ZAHIRIL dan Shera nekad dan tekad melalui cabaran dalam menjalinkan hubungan sesama selebriti.
Dia yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Kamal Adli memberitahu dia menyukai Zahiril kerana sikap lelaki itu yang gemarkan hidup berkeluarga.
Tutur gadis berusia 25 tahun itu lagi, sikap penyayang dan bertanggungjawab yang ada dalam diri Zahiril menyebabkannya yakin untuk menjadi suri hati aktor itu.
"Apa yang saya nampak, dia lelaki yang sukakan keluarga, mengambil berat dan bertanggungjawab. Dia yakin dan tahu apa yang dia lakukan. Saya yakin saya boleh bergantung kepadanya dalam apa jua situasi," kata Shera mengenai kekasihnya itu.
Shera yang juga pelakon utama dalam filem seram terbitan KRU Studios yang berjudul Karak menjelaskan, pada mulanya keluarganya tidak yakin dengan pilihannya selepas kegagalan hubungannya dengan pelakon Kamal Adli.
Bagaimanapun, selepas dia membawa sendiri Zahiril berjumpa kedua-dua orang tuanya, barulah mereka yakin dan memberi restu sepenuhnya terhadap hubungan mereka.
"Keluarga takut saya terluka lagi sebab itu mereka berhati-hati dengan pilihan saya. Selepas mereka kenal Zahiril, semuanya jadi okey. Sebelum ini, saya kenal Kamal sebelum dia jadi pelakon, jadi sukar untuk saya untuk mengawal dan memahami yang saya harus berkongsi kekasih saya dengan orang ramai.
"Tetapi sekarang saya sudah banyak belajar daripada perhubungan yang lalu. Saya kena faham kerjayanya dan faham yang dia bukanlah milik saya seorang tetapi juga peminat. Bertolak ansur dan saling percaya antara satu sama lain merupakan kunci utama buat kami berdua," kata anak sulung daripada tiga beradik itu lagi.
Sambung Shera, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, justeru itu sama seperti Zahiril, dia juga enggan mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang lama.
"Kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini juga, tetapi setakat hari ini belum ada sebarang tarikh yang dapat disahkan," tuturnya.
BINTANG terkenal Korea Selatan, Rain, telah dinobatkan sebagai individu nombor satu paling berpengaruh di dunia oleh sebuah undian yang dibuat secara maya.
Undian yang dibuat oleh majalah Time dengan menamakan carta itu sebagai 2011 Time 100, menyaksikan Rain menewaskan 204 orang peserta yang turut disenaraikan dalam carta undian tersebut.
Rain menerima undian sebanyak 439, 251, sekali gus menumpaskan 'pencabar' terdekatnya, bintang popular dari Taiwan, Jay Chou yang menduduki tangga kedua dengan undian 229, 442, manakala penyanyi Britain, Susan Boyle, berada pada posisi ketiga dengan undian sebanyak 167,711.
Selain menewaskan dua selebriti tersebut, penyanyi dan pelakon yang kini sedang bersiap sedia untuk memasuki unit tentera Korea sebagai satu kewajipan rakyat negara tersebut turut menumpaskan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Selain Zuckerberg, Rain yang sudah enam tahun berturut-turut tercalon dalam undian yang sama turut mengalahkan nama besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang hanya menduduki posisi ke-46 serta Oprah Winfrey yang berada di tangga ke-84.
FILEM Penunggu Istana mencipta sejarah sebagai filem paranormal pertama pernah dihasilkan dalam sinema Malaysia.
KETIKA dan saat ini, peminat filem tempatan sudah pun mula berasa berderau menantikan detik bersejarah pada 21 April, 2011 (hari ini).
Ini kerana buat julung-julung kalinya berlaku dalam industri perfileman Malaysia, satu fenomena yang bakal mengheret mereka ke satu alam yang sememangnya sukar diterima akal fikiran manusia biasa.
Lupakan sahaja cerita-cerita hantu yang pernah didengar selama ini. Jangan hiraukan juga kisah-kisah seram yang pernah dipaparkan menerusi drama mahupun filem.
Itu semua adalah sekadar cerita dan lakonan semula. Mulai hari ini, peluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata dan mendengar dengan telinga penemuan-penemuan misteri yang mungkin menyebabkan lidah kelu seribu bahasa, mata terbeliak tidak terbendung, malah mungkin kaki tidak terasa berpijak di atas lantai.
Ia sememangnya satu kenyataan. Pengalaman menonton sebuah filem realiti seram genre paranormal pertama di Malaysia itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton filem-filem seram sebelum ini.
Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios membawakan naskhah terbaru, Penunggu Istana. Ia membawa keseraman realiti hasil cantuman video yang dirakamkan oleh lima pelajar universiti (terdiri daripada Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf) sewaktu berada di sebuah lokasi misteri di daerah Papan, Perak, dikenali sebagai Istana Billah.
Pengalaman sepanjang 15 hari mereka di sana dengan bantuan kumpulan pengkaji aktiviti paranormal yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Kumpulan Seekers (diketuai oleh Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers), disampaikan secara langsung buat penonton untuk sama-sama berkongsi menyaksikan beberapa penemuan aneh yang mampu meremangkan bulu roma!
Persoalannya kini, beranikah anda untuk mengetahui kebenaran itu?
Istana Billah merupakan sebuah kediaman dua tingkat yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Dipercayai telah dibina oleh seorang bangsawan dari suku Maidailing, Sumatera, rumah tersebut pernah menjadi lambang senibina yang gah pada tahun 1890-an.
Namun, tidak pernah diketahui apa puncanya ia ditinggalkan begitu sahaja. Hanya buah mulut penduduk setempat yang mengatakan rumah itu berpenunggu membuatkan ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.
Bukti Istana Billah suatu tempat yang menyeramkan adalah apabila krew produksi drama Warkah Terakhir yang menjalani penggambaran di situ telah 'diusik' oleh sesuatu.
Kes itu lalu telah mengheret lima pelajar tadi untuk memburu entiti paranormal tersebut. Mereka telah dibekalkan dengan peralatan canggih Kumpulan Seekers bagi merakam bukti menunjukkan Istana Billah benar-benar mempunyai penunggu!
KISAH benar Penunggu Istana bermula daripada keberanian lima orang pelajar yang nekad memburu entiti misteri di Istana Billah.
Mengulas lanjut mengenai penemuan kelima-lima pelajar itu menerusi rakaman yang difilemkan sebagai Penunggu Istana, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios selaku Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: "Perkara yang melibatkan aktiviti paranormal seperti ini adalah subjektif. Ada yang mempercayainya, tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai karut.
"Namun, kita semua akui yang benda halus memang wujud cuma kita tidak dapat melihatnya dengan pandangan mata kasar. Mungkin ada orang yang bercerita mereka pernah melihat lembaga atau entiti halus tetapi sukar untuk menunjukkan buktinya.
"Apa yang pasti, sedar atau tidak kita dapat merasai 'kehadiran' mereka melalui pelbagai perasaan dan situasi. Tujuan kami membongkar kembali rakaman pelajar-pelajar berkenaan semasa mereka melakukan aktiviti paranoramal setahun yang lepas di Istana Billah melalui filem adalah untuk masyarakat menilai sendiri kesahihan penemuan aneh dan misteri yang berjaya dirakamkan itu.
"Tiada sebarang tokok tambah, hanya rakaman sebenar yang dipamerkan. Sama ada mempercayainya atau tidak, terpulang kepada anda kerana inilah sebenarnya berlaku sewaktu mereka di sana."
Menurutnya lagi, keberanian kelima-lima pelajar itu harus diberi pujian kerana jarang ada remaja yang berminat untuk melakukan aktiviti sebegitu.
Namun, mungkinkah ada sesuatu yang memanggil mereka untuk ke sana? Difahamkan pada awalnya mereka bercadang untuk membuat kajian paranormal itu sebagai satu projek universiti mereka.
Setelah mereka berjaya mengesan sesuatu yang aneh semasa berada di Istana Billah, perasaan ingin tahu mereka semakin membuak-buak untuk meneroka lebih jauh. Seperti ada perasaan ketidakpuasan mula menular dalam diri mereka.
Mereka akhirnya bertindak melampaui batas dan mula melanggar pantang larang yang telah dipesan oleh Uncle Seekers.
Mereka mula membakar kemenyan untuk upacara memuja 'penunggu' di situ agar memunculkan diri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan di kalangan mereka, dipercayai untuk menjamu makhluk halus tersebut.
Untuk mengetahui seterusnya apakah yang terjadi kepada kelima-lima pelajar tersebut, segalanya bakal dirungkaikan melalui Penunggu Istana.
Setahun perkara yang menakutkan itu telah berlalu. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengerti mengenainya.
Namun, tahun ini giliran anda pula untuk mengalami sendiri rakaman misteri tersebut.
Gembira kami tengok apabila pasangan Rita Rudaini & Aidil Zafuan kini semakin bahagia, dan terkini mereka menyambut majlis hari jadi Rita Rudaini. Apa yang kami tahu, Rita Rudaini yang kini sarat mengandung anak kedua cuma tinggal masa untuk melahirkan anak.
Apa pun, krisis rumahtangga yang melanda mereka sekeluarga beberapa bulan lepas harap dapat diselesaikan sebaik mungkin. Kami sebagai orang luar hanya mampu mendoakan yang terbaik. Follow twitter rasmi Rita Rudaini. Kredit berita Beautifulnara.
Yeah, konsert Justin Bieber yang akan berlangsung malam ini di Stadium Merdeka amat ditunggu-tunggu oleh peminat. Dalam update terbaru, Justin Bieber nampaknya amat teruja untuk membuat persembahan di Malaysia. Tweet terbaru Justin Bieber berbunyi, "Looks Like The Next Stop Of The Tour Is Ready. Malaysia!" sambil disaksikan oleh 8.9 juta followers.
Pada 17 April 2011, berlangsungnya flash mob Justin Bieber di Pavilion yang menyaksikan ratusan peminat berkumpul untuk menjayakan acara tersebut. Yes, Justin Bieber ada tweet video ini. Awesome!
Malas nak fikir lebih-lebih. Korang bacalah apa yang kami copy paste ni.
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu.
Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.
"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya
Apa yang pelik dengan berita ini? Faham-faham sendiri sudah.
KOMPAS.com- Peter Ajello lelaki dari Florida, Amerika Syarikat, ini sukses mewujudkan impiannya menurunkan hampir 95 kilogram beratnya berkat menjalani diet cokelat hitam (dark chocolate).
Peter, yang sebelumnya berbadan gempal dan masuk kategori obesitas terlampau berhasil melangsingkan badannya hanya dalam 16 bulan. Tekad kuat lelaki penggemar makanan manis dalam menjalani program diet telah menolongnya dari ancaman kematian akibat diabetes dan panyakit gout yang menyerang kakinya.
Sebelumnya, Peter memiliki berat sekitar 203 kilogram dan rutin menggunakan 24.000 kalori dalam sehari atau hampir 1.000 kalori per jam! Seorang lelaki sihat saja hanya memerlukan rata-rata 2.500 kalori per hari untuk mempertahankan berat idealnya.
Setelah sempat mengalami serangan stroke dan dirawat di hospital Peter mulai sedar kalau dirinya harus melakukan perubahan besar. Namun, tak mudah bagi Peter untuk menghilangkan kebiasaannya menyantap makanan manis berkalori tinggi.
Lalu, ia pun menemukan strategi unik, yakni memilih cokelat hitam sebagai teman barunya. Peter juga membuang semua jenis junk food dari daftar menunya dan meninggalkan kebiasaan meminum alkohol.
Setiap kali godaan dan nafsu datang menghampiri, Peter meneutralkannya dengan sepotong cokelat hitam yang terbukti mampu memuaskan hasratnya menyantap makanan manis. Ia pun tak lupa mengkombinasikan dietnya dengan program latihan senaman yang ketat dan teratur.
Sebulan setelah meninggalkan rumah sakit, dia mampu menurunkan beratnya sehingga 22 kg berkat diet cokelat. Satu-satunya yang menjadi penolong Peter dari kecanduan makanan manis adalah sekotak persegi cokelat hitam dengan cap TRU Chocolate.
LOS ANGELES - Seorang wanita, Emily Fennel buat kali pertama kelmarin menunjukkan tangan kanan milik orang lain yang disambung menerusi satu pembedahan pemindahan transplan.
Sebelum ini, tangan kanannya kudung selepas dia terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2006.
Pada 5 Mac lalu, satu pasukan terdiri daripada 20 doktor, jururawat dan kakitangan sokongan melakukan pembedahan selama 14 jam 30 minit di Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA di sini bagi menyambung tangan tersebut.
"Saya berasa seperti ia tangan saya sendiri," katanya yang berusia 26 tahun.
Pembedahan itu diketuai Dr. Kodi Azari.
Fennell berharap dia akan kembali ke bandar Yuba pada bulan depan untuk bersama dengan seorang anak perempuannya yang berusia enam tahun dan meneruskan pemulihan di rumahnya. - Agensi
BEIJING - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati akhir tahun lalu kerana merogol lebih 100 wanita dalam tempoh 16 tahun.
Dai Qingcheng, 46, dijatuhkan hukuman mati pada Disember lalu selepas didapati bersalah merogol 116 wanita antara 1993 dan 2009 di wilayah Anhui, timur China.
Qingcheng didakwa menjadikan isteri-isteri pekerja asing yang bekerja di bandar itu termasuk seorang wanita hamil enam bulan sebagai mangsanya.
Lelaki itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Anhui, semalam, bagi meminta hukumannya diringankan tetapi tarikh perbicaraan seterusnya masih belum diketahui.
KUALA LUMPUR: Menantu durjana. Itulah ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun apabila sanggup menampar, menendang dan memijak kepala ibu mentuanya di rumah mereka di Desa Rejang, Setapak gara-gara mangsa bersetuju menerima sofa yang mahu diberikan adik iparnya, semalam.
Lebih kejam, lelaki terbabit meludah muka ibu mentuanya berusia 59 tahun ketika memijak kepala mangsa.
Ketika kejadian, wanita terbabit baru selesai mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.
Difahamkan, suspek mendakwa tindakan ibu mentuanya bersetuju menerima sofa berkenaan sebagai menyindirnya sebelum bertindak membelasah wanita itu hampir 20 minit.
Malah, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul suspek sejak enam bulan lalu terutama ketika ketiadaan dua anak kandungnya termasuk isteri suspek di kediaman berkenaan.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak.
Mohamad Irfan seorang pemuda berusia 22 tahun memiliki tubuhkecil setinggi 77 cm dengan berat badan 10 kg. Lelaki kelahiran Garut, 13 November 1989 ini merupakan anak ke dua dari lima bersaudara. Menurut keluarganya keadaan pertumbuhan tulang Irfan tidak berkembang sejak berusia 1 tahun. padahal Irfan lahir normal dengan berat empat kilogram dan tinggi 40 sentimeter. Foto: VIVAnews/Nurcholis Anhari Lubis
HOUSTON – Seorang anak tadika membawa pistol ke sekolahnya di Houston. Ketika duduk untuk makan tengahari, pistol yang dibawanya terjatuh dan melukai tiga orang, termasuk dirinya.
Asisten Ketua Polis Sekolah Kemerdekaan Distrik Houston, Robert Mock mengatakan, satu peluru tertembak dan serpihannya mengenai siswa lain.
"Entah itu sejenis kepingan yang jatuh ke lantai, atau potongan dari peluru bulat yang pecah. Mangsa mendapat beberapa luka sayatan dan sumbatan di kaki mereka, luka tersebut tidak mengancam nyawa," ujar Mock seperti dikutp Associated Press, Rabu (20/4/2011).
Guru Besar Sekolah Distrik Houston, Sam Sarabia mengatakan, dua anak berusia enam tahun terluka, termasuk satu anak yang membawa senjata. Anak yang membawa senjata terluka di bahagian kaki dan satu anak tergores kakinya. Sementara seorang anak perempuan berusia lima tahun terluka di bahagian lutut.
Ketiga mangsa dibawa menggunakan ambulans kehospital untuk menjalani pemeriksaan.
Juru cakap polis Houston, Victor Senties mengatakan, penyiasatan masih baru dilakukan dan terlalu dini untuk menyimpulkan apakah akan ada dakwaan yang akan diajukan.
TEMPO Interaktif, TAICHUNG – Seorang murid enam tahun di Taiwan, menampar teman sekolahnya gara-gara cintanya ditolak. Lin, demikian nama belakang kanak-kanak itu, mengaku menampar teman perempuannya lima kali setelah si gadis menolak cintanya.
Seperti dilapor web Daily Chili, Rabu (20/04), kes ini bermula setelah Lin dipindahkan ke sekolah dasar di Taichung tahun lalu. Tak lama, dia mulai mengagumi seorang gadis dari kelas lain yang seusia dengannya. Disember lalu, Lin menulis surat cinta, tapi sang pujaan hati mengabaikannya. Kecewa, pada 7 April, Lin menelefon gadis tersebut ke rumahnya. Alih-alih sambutan, gadis tersebut malah memarahinya agar tak menelefonnya lagi.
Lin yang dilanda marah, membalas dendam di hari berikutnya. Dia menghadang gadis tersebut ketika jalan ke sekolah dan menamparnya lima kali. Orangtua si gadis tak menerima dan melaporkan kejadian tersebut ke guru besar sekolah. Menurut pihak sekolah, kanak-kanak pemarah itu berasal dari sebuah keluarga yang rumit dan mengalami masalah kedisiplinan. "Dia selalu mengganggu pelajar yang lain, memukul mereka dengan penggaris atau mainan," demikian keterangan pihak sekolah.
Atas aksinya itu, Lin di gantung persekolahan selama seminggu Sebelumnya, sekolah pernah mengatur agar Lin mengikuti 40 sesi kaunseling. Tapi, perilaku kanak-kanak itu ternyata tak berubah.
Liputan6.com, London: Environmental Transport Agency (ETA) merancang caravan super mini, QTvan, dengan ukuran 2 meter X 75 sentimeter. Caravan terkecil di dunia? Boleh jadi.
Dirancang lengkap dengan skuter bertenaga bateri, QTvan memiliki tempat tidur berukuran penuh, televisyen 19 inci, petisejuk mini, juga fasiliti pembuat teh. QTvan dapat melayani tiga obsesi orang Inggris, iaitu antrean, teh, dan caravan.
Walaupun telah lulus pandu uji, pihak ETA menyarankan mereka yang ingin menggunakan QTvan untuk tidak pergi terlalu jauh. Perjalanan kurang dari seminggu adalah yang terbaik.
Dijual dengan harga 5.500 Poundsterling , QTvan tengah menjadi pertimbangan salah satu pasar terbesar di Inggris untuk menggantikan troli.
TEMPO Interaktif, SINGAPURA – Seorang remaja perempuan terkunci di dalam perpustakaan Nasional Choa Chu Kang di Lot 1 Shoppers Mall, Singapura, gara-gara lewat keluar saat jam buka perpustakaan berakhir, Jumaat minggu lalu. Seperti dilaporkan kelmarin, Isnin (18/04), keluarga gadis itu awalnya berusaha mencari ke perpustakaan. Tapi petugas tidak mengizinkan mereka masuk dengan alasan tidak ada orang yang tertinggal dalam perpustakaan.
Seorang saksi mengatakan, gadis itu terkunci hampir dua jam, yakni sejak perpustakaan tutup pukul 21.00 sampai akhirnya seorang juruteknik datang untuk membuka pintu perpustakaan pukul 22.45 waktu setempat. "Seorang staf, keluarga gadis itu dan beberapa orang ada di lokasi ketika kejadian tersebut," kata saksi.
Remaja itu masuk ke perpustakaan ketika keluarganya berbelanja di kompleks Lot 1. Namun ketika perpustakaan tutup, remaja itu tak juga muncul. Khuatir, orangtuanya pun berusaha mencari ke perpustakaan. Tapi staf perpustakaan tak membenarkan mereka masuk dengan alasan tempat itu sudah kosong. Tak puas, untuk ketiga kalinya pada pukul 22.45 waktu setempat, ayah remaja itu kembali ke perpustakaan dan melihat anaknya duduk bersila di dalam ruangan.
Inilah gadis paling berani , dia sanggup menentang maut dengan telungkup di bawah kereta api yang sedang laju .Nasib baik dia selamat, bagaimana seandainya dia terseret kereta api! Tubuhnya boleh hancur berkecai.
VIVAnews - Jika biasanya tentera menggunakan pisau lipat khusus sebagai alat serbaguna ketika berada di lapangan, hal itu ternyata tidak berlaku bagi tentara Negara, China.
Tentera dari negara yang memiliki anggaran pertahanan terbesar kedua di dunia ini memilih menggunakan sebuah skop sebagai alat serbaguna pengganti Swiss-army knife.
Selain sebagai alat standard untuk menggali tanah, tentera China mampu menggunakan skop sebagai alat untuk memotong buah bahkan memasak bahan makanan. Kemampuan skop ini boleh dilakukan kerana sisi dari skop telah ditajamkan.
Skop yang dirancang khusus ini juga memiliki fungsi untuk memotong kabel bahkan dawai ukuran tebal sekalipun. Tentera China sangat terlatih juga menggunakan skop untuk memotong besi, kayu, dan batang pohon.
Tidak salah juga jika selama ini China terkenal memiliki sejumlah petarung yang pandai bertarung. Sebab, tentara China biasa menggunakan skop untuk mengaitkan tali, sehingga boleh memanjat sebuah tembok.
SYDNEY – Seorang remaja Australia menggunakani jetski dan secara sengaja melanggar seekor angsa hitam. Dia berhasil terhindari dari hukuman penjara, namun dia harus membayar denda 11.000 dolar Australia.
Kale Falchi (19) terakam dalam video sedang mengejar angsa di Perairan Mermaid di Pantai Gold pada Disember tahun lalu.
Pengadilan mendengar Falchi berteriak pada penumpangnya, "lihat ini", sebelum melanggar haiwan tersebut. Namun, kemudian dia mengatakan pada polis dia tidak mengelak kerana tengah terburu-buru untuk makan tengahari.
Angsa tersebut berhasil diselamatkan dan slama empat bulan untuk merawat lukanya sebelum akhirnya haiwan tersebut mati.
Hakim Southport, Brian Kucks mengatakan, Falchi menunjukan sikap tidak berperasaan pada angsa itu dan berhutang pada masyarakat, namun menolak masa penahanan selama tiga bulan. Namun, Falchi dikenakan denda dan melakukan khidmat masyarakat selama 180 jam.
Sementara itu di luar pengadilan, Ian Hulme, yang merakam insiden tersebut, mengatakan, di malam hari terdengar rintihan anak angsa mencari ibunya.
Nenek berusia 97 tahun ini punya cara unik untuk mengenalkan huruf kepada para siswanya. Dia akan mengajak siswanya memasak sambil mengenalkan huruf tertentu.
Meski di usia senja, Agnes Zhelesnik masih semangat mengajar pelajar prasekolah. Zhelesnik telah mengajar di prasekolah selama 15 tahun. Ketika ini dia mengajar di Sekolah Sundance, New Jersey, Amerika Syarikat (AS). Sehari-harinya, Zhelesnik dipanggil 'Nenek' oleh para pelajarnya.
Nenek Zhelesnik menggunakan pendekatan kreatif untuk mengenalkan huruf kepada pelajarnya. Misalnya saat mengenalkan huruf "N", dia mengajak pelajar memasak roti pisang atau kata Banana. "Kami akan mengenalkan huruf "G", untuk "Gingersnap sehingga anak-anak dapat belajar," ujarnya seperti dikutip dari web The Huffingtonpost, Jumaat (15/4/2011).
Dia mengajar pada Isnin hingga Jumaat mulai pukul 08.00 pagi hingga 04.00ptg. Zhelesnik juga menjadi sukarelawan tambahan untuk kelas menjahit. "Saya memiliki kelas menjahit, dengan peserta enam anak perempuan, dan mereka suka menjahit," katanya menjelaskan.
Soal dedikasi untuk pendidikan, Zhelesnik tidak sendirian. Ada Dale Swall, wanita berusia 81 tahun yang menjadi pengajar kelas empat di SD Hebron Valley di Carollton, Texas. Ada juga Rose "Mama G" Gilbert, wanita 92 tahun yang mengajar sastera di Sekolah Menengah Atas Palisades Charter di Pacific Palisades, California.(rfa)
LONDON - Pengguna di jalan raya Inggris terkejut dengan gelagat seorang lelaki yang menggosok bajunya di tengah jalan. Beruntung jalan tersebut ternyata sedang ditutup.
Aksi ekstrem ini menggosok sekaligus mengeringkan baju ini berlaku di jalan raya, dimana tengah ditutup oleh pemerintah setempat kerana terjadi insiden kebakaran.
Uniknya, lelaki yang mengenakan gaun berwarna biru dan sandal ini tersebar luas di YouTube. Video ini pun ditonton oleh banyak orang. Demikian diberitakan Orange, Rabu (20/4/2011).
Gelagat lelaki ini merupakan sebahagian dari olahraga ekstrem baru yang menggabungkan kegiatan ekstrem di luar rumah dengan kepuasan menggosok baju.
Trend ini dikatakan dimulai sejak 1997 lalu di Leicester. Ketika itu pemanjat tebing Phil Shaw memutuskan menggabungkan hobi menggosok pakaiannya dengan sedikit ketegangan.
NGAJUK- Kesibukan Aditya (5) tidak seperti anak seusianya. Sejak pagi hari dia ini harus membantu membersihkan rumah, mencuci piring, dan mencuci pakaian seperti orang dewasa.
Belum lagi merawat Sunarti, sang ibu. Namun sesekali jika semua pekerjaan sudah selesai, Aditya baru boleh bermain dengan teman-teman sebayanya. Akan tetapi ketika sedang bekerja, Aditya tidak pernah mahu diajak bermain.
Inilah aktiviti yang dilakukan Aditya sejak ibunya menderita lumpuh. Perhatian yang luas dari masyarakat, akhirnya Aditya menerima bantuan dari berbagai pihak.
Sejak diberitakan di sejumlah media, bantuan seperti beras dan wang terus mengalir ke rumah kanak-kanak ini, Selasa (19/4/2011).
Tak ingin ketinggalan, warga di sekitar tempat Aditya tinggal juga terus mengusahakan sejumlah bantuan kepada pemerintah kecamatan dan kabupaten nganjuk, di antaranya rawatan bagi Sunarti.
Selain itu, warga juga mengusahakan agar Aditya dapat masuk ke sekolah TK kanak-kanak ini sangat ingin bersekolah seperti teman-temannya.
"Saya sangat ingin masuk sekolah namun ibu tak punya biaya," kata dia ..
Agung, ketua RT dan warga di sekitar tempat Aditya tinggal merancang akan mengupayakan agar impiannya bersekolah dan mengaji dapat terlaksana. Warga berharap pemerintah mahu turun tangan dalam masa penerimaan pelajar baru mendatang, sehingga Aditya boleh bersekolah .
TRIBUNNEWS.COM - Seorang mahasiswa menyaksikan secara langsung kekasihnya dibunuh ketika mereka chatting lewat webcam.
Polisi menemukan mayat separuh telanjang mahasiswi bernama Qian Liu di apartmentnya yang terletak di York University Village, Toronto, Kanada, setelah sang kekasih menelefon polis. Sang kekasih tinggal di Beijing, China.
Dalam kesaksikannya, dia mengatakan dirinya sedang chatting dengan kekasihnya yang merupakan mahasiswi English Language Institute pada Jumaat dini hari saat mendengar ketukan di pintu. "Ia membuka pintu. Sepertinya korban mengenali lelaki itu namun saksi yang sedang online di webcam tidak mengenalnya," demikian kata Sersan Detektif Toronto Frank Skubic.
Sang saksi yang berbicara di Beijing mengatakan kepada polis jika dirinya melihat melalui webcam ketika lelaki berotot meminta ke mangsa untuk menggunakan hand set Sang kekasih menyaksikan perkelahian antara Qian Liu dan lelaki itu dan kadang-kadang tidak tertangkap kamera.
Lelaki yang disyaki yang digambarkan berkulit putih dan berusia 20-an dan tinggi 183 sentimeter kemudian mematikan laptop IBM ThinkPad T400 yang kini hilang.kekasih dengan menggunakan media sosial berusaha menghubungi polis di China dan Toronto. Sayangnya, polis baru tiba sekitar 10 jam kemudian.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kepada peminat Justin Bieber diluar sana berita baik untuk anda kerana beliau dijangkakan akan sampai di KLIA pada hari ini ( Khamis ) pada pukul 2.30 petang. Kalau free pergi lah KLIA dan jangan lupa share dengan ZoOM dan pembaca di ZoOMartis yer.
Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.
Dan Harga tiket Konsert :
RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.
OPS dah habis...Sorry...!!
Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.
Alhamdulillah kahwin juga kawan Internet ( mIRC ) aku ni, untuk pengetahuan anda masa zaman mIRC dulu ZoOM sering berhubung dengan Zed Zaidi ni. Maklum sahajalah masa tu belum ada portal yang bernama Facebook, Myspace dan Friendster. Masa ni tersenyum juga ZoOm bila terbaca news hari ini yang mengatakan Zed nak berkahwin.
Kad Kahwin Ala Facebook
Tidak hairanlah jika beliau bertemu jodoh dengan bakal isteri dalam dunia maya sebab setahu ZoOM Zed memang suka duduk surf depan pc/laptop/netbok dll especially kalau bersembang dengan kawan-kawan. Dia ni memang tak kisah nak berkawan dengan siapa, but last jumpa di masa buat Gath di rumah Owner website JIWANG di Seremban. ( Teringat Zaman muda-muda dulu )
OK lah kita lupakan zaman ZoOM dulu sebab kita nak share cerita Zed dengan bakal isteri beliau ni. Untuk pengetahuan anda majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa dan majlis diadakan di Dewan perdana Felda jalan Semarak KL kot.
Dan berikut serba sedikit cerita Zed Mengenai bakal isteri beliau yang bernama Natalia Mustafa Kamal :
Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta. "Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
"Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya," katanya. "Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3. "Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya," ujarnya.
ZoOM : Dengar khabar nak buka restoran makanan...ZoOM nak redah la...nak juga tengok bini kawan lama ni ..:) Apa lagi Komen la lepas baca !!!! :)
Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dandisahkan akan padam dalam masa sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,
"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!" "Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang. "Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."
Terkejut juga bila ZoOm terbaca tajuk dalam akhbar online Mstar hari ini yang bercerita mengenai Filem 'Abu Ya' arahan Imran Ismail yang akan ditayangkan pada November tahun ini. Namun adegan seksi dan berbaur seks dalam filem ini menjadi tanda tanya jika disalah tafsirkan. Dan berikut "Statement" Pengarah filem ini mengenai gossip ini :
"Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan. "Malah kata-kata yang diungkapkan lebih merujuk kepada kepentingan hubungan suami-isteri dalam mencari kepuasan seks mereka," katanya kepada mStar Online selepas pratonton filem itu untuk para pengedar di MBO Manjalara, Kepong di sini, Selasa.
Dan serba sedikit info mengenai Filem 'Abu Ya' :
Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam. Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.
Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka. Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.
ZoOM : Huh...seksinya Jue dan pelakon baru tu ( Tak tau Nama ), berkemban...sure curlast and menjadi gossip !!! Apa Kata Anda ? Komenlah yerrrr !!
Cerita Yusry dengan pelakon jelita semakin menjadi perhatian pengemar gossip diluar sana untuk diperkatakan dalam alam maya mahupun nyata. Jika sebelum ini beliau pernah digossipkan dengan pelakon jelita Maya Karin malahan beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon Seksi Kilafairy yakni anak Rohana Jalil.
Dan terbaru Yusry dikatakan mempunyai hubungan teman tapi mesra ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.
Kalau nak tau baca je kat bawah ni :
Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.
Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu.
Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.
Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun.
Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.
Info : Soseh-Soseh !! Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN ifqdar.rahman@utusan.com.my Gambar WAHIDAH ZAINAL
Kedua-dua legenda ini berharap peminat muzik yang mencintai perjuangan seni Allahyarham Loloq hadir memberi sokongan terhadap Konsert Untukmu Loloq.
PEMERGIAN Allahyarham Rosli Khamis pada tanggal 30 Januari 2008 dalam usia 50 tahun akibat pendarahan otak benar-benar mengejutkan industri hiburan tanah air.
Kehilangan penulis lirik, pelakon dan pelawak yang dikenali dengan nama Loloq itu umpama lesapnya sebutir intan berharga dari muka bumi ini.Bagi menghargai jasa anak seni yang telah memberikan sentuhan emas melalui ribuan lirik ciptaannya, Global Network Entertainment tampil menganjurkan konsert bagi memperingati allahyarham.Konsert Untukmu Loloq yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya mulai esok sehingga 24 April ini bakal menampilkan empat insan seni yang cukup akrab dengan allahyarham.Mereka ialah Datuk M. Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider, barisan artis yang masyhur dengan lagu-lagu nyanyian mereka di mana liriknya ditulis oleh Loloq, seorang yang dianggap genius muzik itu.Baru-baru ini, kehadiran M. Nasir dan Ramli ke Studio Utusan memberi peluang kepada Hits untuk mengenali lebih rapat dengan gerangan insan bernama Loloq.
Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN Gambar MOHD. ARIF RAMELI (Pelatih UNISEL)
TIADA lagi bau haruman nescafe, minuman kegemaran Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq menerjah ke lubang hidung balunya, Hariah Yaacob di pagi hari.
Itulah rutin selama berbelas tahun dia hidup di samping Loloq yang mana hari ini, kerinduan yang tidak terbendung menerjah ke sanubari Hariah yang ditinggalkan oleh Loloq buat selama-lamanya.
Kata Hariah yang mengimbau kenangan manis hidup sebagai isteri insan seni kreatif itu, saban pagi apabila dia terjaga daripada tidur, itulah aroma yang menusuk ke hidungnya.
"Tetapi kini dia telah tiada. Namun begitu, anak-anak sentiasa berada di samping saya yang menjadi pengubat rindu terhadapnya," katanya kepada Hits ketika ditemui pada sidang media Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sepanjang 17 tahun melayari bahtera rumah tangga pasangan berkenaan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kristy Nur, 15, Jeaun Nur, 12 dan Yasha Nur 8 tahun.
Kata Hariah, Loloq yang dilahirkan di Singapura mempunyai sifat suka membaca.
Ceritanya, allahyarham suaminya itu banyak menghabiskan masa dengan membaca yang mana, Loloq sanggup berjalan jauh semata-mata untuk mendapatkan bahan bacaan yang dihajati.
"Minat membaca Loloq bermula sejak kecil apabila ayahnya berpesan agar pergi ke surau dan cari atau 'curi' ilmu di sana.
"Memandangkan dia masih kecil dan tidak dapat faham apakah maksud yang tersirat pesanan ayahnya itu maka dia pergi ke surau dan mengambil buku-buku di situ.
"Pulang ke rumah, dia menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang diambil daripada surau itu," katanya dalam nada tenang tetapi terselit seribu rasa kerinduan terhadap Loloq yang telah dua tahun pulang ke rahmatullah.
Bercakap tentang Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya yang akan diadakan selama tiga hari, bermula esok, 22 April, Hariah melahirkan rasa terharu di atas penghargaan yang diberikan kepada allahyarham.
"Amat terharu apabila hasil nukilan suami saya itu masih lagi disanjung oleh para pencinta seni. Tidak pernah menduga hasil peninggalan arwah akan dipentaskan di pentas berprestij Istana Budaya.
"Saya amat menghargai kesudian pihak penganjur yang membuka ruang untuk mengiktiraf serta menghargai insan seni yang berjuang dalam penulisan lirik seperti arwah suami saya," ujarnya.
Katanya lagi, sememangnya dia menyokong program seumpama itu (konsert) memandangkan jarang sekali penulis lirik diangkat sehingga ketahap yang tinggi seperti ini.
"Orang lebih memberi tumpuan kepada penyanyi sedangkan ramai penulis lirik yang berada dibelakang lagu-lagu popular, tidak dikenali," katanya ikhlas.
Sharnaaz, Khatijah hampir hilang akal gara-gara filem yang sarat dengan aksi dan seram
JANGAN diseru atau dipanggil dengan menyebut perkataan aneh di tempat yang tidak diketahui asal usulnya. Itulah pesanan orang tua kita. Tersilap seru, sama sengaja atau tidak, memungkinkan, ada sesuatu akan mendatangi kita dalam keadaan tidak disangka-sangka dan lebih buruk mengganggu kehidupan.
Demikianlah antara yang dipaparkan dalam filem Seru arahan Piere Andre dan Wong Min Jin yang menampilkan dua bakat baru, Sharnaaz Ahmad dan Khatijah Abdul Ghani. Filem seram dan penuh aksi juga sarat dengan detik mencemaskan membabitkan lakonan mereka. Sesungguhnya menyeru kebesaran nama Illahi adalah lebih baik.
Sorokkan perasaan takut
MEMBAWAKAN watak jurukamera sememangnya idaman Sharnaaz Ahmad yang meminati tugas belakang tabir namun ia tidak semudah disangkakan apabila hampir keseluruhan adegan, kamera harus sentiasa dalam genggaman tangannya.
Filem Seru yang juga penampilan pertama bakat berusia 26 tahun itu di layar perak adalah percaturan yang menguji sejauh mana kemampuan Sharnaaz bermain dengan emosi sekali pun perwatakannya hanya diterjemah di belakang kamera. Lebih mengujakan apabila dia bekerja di bawah dua pengarah muda, Woo Ming Jin dan Pierre Andre yang disifatkan bijak memperhalusi setiap karektor serta mengambil sudut terbaik bagi menghidupkan keseluruhan plot ceritanya.
"Saya pernah bekerja dengan Ming Jin sebelum ini manakala dengan Pierre baru pertama kali. Kedua-duanya punya pendekatan berbeza tetapi masing-masing memberi kebebasan kepada pelakon menggarap karektor sendiri hingga sampai kepada tahap yang diingini.
"Saya sendiri sukar menyerlahkan karektor Jeff yang perlu merakamkan segala situasi termasuk kejadian histeria namun hasil perbincangan serta bimbingan mereka, setiap babak mampu dilaksanakan sebaiknya," katanya yang turut mengalami kecederaan kecil ketika penggambaran filem itu.
Katanya, luka mahu pun kecederaan ada kalanya lumrah bagi pelakon yang sudah biasa membawakan adegan lasak namun kebiasaannya ia berlaku disebabkan terlampau menghayati watak dan situasi atau kesilapan yang tidak disengajakan.
"Dalam Seru ada adegan saya berlawan dengan rakan yang sudah dirasuk. Memang untuk mendapatkan mood kita perlu menumbuk betul-betul, cuma dengan impak sederhana. Sebelum babak bermula, kami juga berlatih. Walau lebam dan luka, saya berpuashati," katanya.
Filem Seru berkisar situasi yang dihadapi sekumpulan produksi filem yang berdepan kejadian menakutkan ketika menjalani penggambaran di pinggir hutan apabila ada dikalangan krew histeria, hilang dan akhirnya berlaku kejadian pembunuhan.
Sharnaaz yang membawakan watak Jeff diminta penerbit lakonan Khatija untuk merakamkan segala kejadian yang berlaku dengan harapan penggambaran kejadian kisah benar itu dapat dijual kepada khalayak biar menyedari bahaya menanti mereka.
Mengimbas penggambaran yang dilakukan di kawasan hutan sekitar Hulu Langat pada Ogos lalu, Sharnaaz menyembunyikan perasaan takut sekali pun kebanyakan masa adalah pada waktu malam kerana ketika itu bulan puasa.
Ketelitian serta semangat kerjasama yang jitu dengan seluruh pasukan membuatkan filem itu dapat diselesaikan dalam tempoh 20 hari tetapi sebelum ke lokasi, pelakon dikumpulkan bagi mendalami watak dan perwatakan setiap karektor.
"Memang kalau melihat lokasi dan waktu penggambaran, ia menakutkan tetapi syukur tiada sebarang kejadian pelik berlaku. Lagi pun waktu itu bulan puasa, jadi nampaknya misi menyelesaikan filem yang sarat dengan kejutan ini dapat diselesaikan dalam waktu singkat.
"Saya sendiri kagum melihat seluruh tenaga filem ini bekerja. Bagi saya, watak Jeff cukup dekat dengan Pengarah Fotografi yang begitu berpengalaman, Hazla Kamaruddin.
"Dia tenang tetapi kreatif membuatkan saya hanya perlu menjadikannya contoh bagi menyerlahkan karektor Jeff," katanya lagi.
Biar sudah membintangi hampir 20 drama dan telefilem hanya dalam tempoh setahun berkecimpung di industri seni, Seru dikatakan membuka dimensi baru terhadap kerja lakonannya malah tanpa berselindung dia mengakui hampir mati punca apabila diminta membawakan satu babak yang dirasakan cukup mencabar.
"Itu adalah babak pengakhiran Seru di mana Jeff meluahkan sesuatu di hadapan kameranya. Sambil membuat rayuan terakhir, dia diminta menitiskan air mata-sesuatu yang awalnya agak sukar dipenuhi hingga saya terpaksa mengambil masa 15 minit untuk mendapatkan mood.
"Menangis tidak sukar tetapi diminta menitiskan air mata di saat mengucapkan selamat tinggal dan serentak kamera dipadam sungguh sukar. Hampir lima botol air mineral saya habiskan untuk mencuci muka selain bermonolog sendiri," tutur anak jati Pulau Mutiara itu.
Bersemangat jadi anak seni
Sama seperti rakan seperjuangan, Khatija atau nama sebenar Khatijah Abd Ghani yang sebelum ini terbabit dalam kerja produksi hampir sedekad menganggap watak Lina yang hanya melihat sudut komersil berbanding keselamatan diri antara pencetus kronologi situasi mencemaskan.
Dia yang pernah membawakan watak sampingan dalam Mami Jarum Junior, filem Seru dianggap kisah unik kerana ia umpama filem dalam filem manakala pendekatan seperti Blair Witch Project membuatkan penonton berasa seperti sebahagian daripada kumpulan itu.
"Bukan meniru sebaliknya ia pendekatan yang penuh dengan tegang dan drama yang pernah dicuba pelbagai penerbitan lain. Selaku individu yang pernah bekerja di belakang tabir, saya nampak plot pengisahannya cukup menarik dan setiap karektor punya cerita tersendiri.
"Pembabitan saya dalam Seru juga sebagai medan untuk menonjolkan kebolehan apatah lagi ini antara peranan besar malah saya anggap ia rezeki anak, Ezra Yusof yang lahir tiga bulan sebelum saya menjalani penggambaran ini," kata ibu tunggal itu.
Tidak hairan, demi minat Khatija yang punya kelebihan menulis skrip program TV dan drama, juga sanggup meninggalkan kerusi empuk di sebuah syarikat pengiklanan dan terjun semula ke dunia produksi sejak 2004 sekali pun cabaran terbentang luas.
"Memang tidak mudah bergelar anak seni. Lebih sedekad saya aktif di belakang tabir dan kemudian di atas permintaan keluarga, saya bekerja di sebuah syarikat. Kini demi kepuasan diri saya berlakon, bermula di Skop Productions hinggalah ditawarkan memegang peranan sebagai Lina dalam filem Seru," katanya.
Jujur akui wanita kelahiran Taiping, Perak itu, percubaan menghadiri sesi uji bakat adalah sekadar untuk mencuba jika terdapat watak bersesuaian namun tidak menyangka produksi menaruh sepenuh kepercayaan terhadapnya menghidupkan watak penerbit.
"Boleh dikatakan saya seperti orang baru di lokasi kerana sudah lama tidak berlakon. Namun semangat kerja berpasukan, skrip yanh bagus serta dua pengarah hebat membuatkan Seru dapat diselesaikan dengan sentuhan terperinci.
"Saya sendiri tidak sabar melihat hasilnya. Ia bukan hanya memaparkan kerakusan manusia malah menyingkap keperibadian insan sama ada sikap negatif mahu pun positif. Saya sendiri terkesan dengan plot yang ditonjolkan," katanya yang baru menyiapkan skrip bagi drama RTM, Yang Tulus.
Sinopsis Seru:
Mengisahkan sebuah produksi yang sedang membuat penggambaran di sebuah perkampungan. Pelbagai kejadian aneh dan histeria berlaku bermula dengan penolong pengarah, Sari yang seakan-akan dirasuk manakala juru solek, Julia pula menjerit dan terus menghilangkan diri menuju hutan.
Juru kamera, Sham dan Tony diarahkan mencari Julia manakala pengarahnya, Sam menghentikan penggambaran dan meminta semua krew pulang ke rumah tumpangan.
Penerbit , Lina meminta Sari dihantar ke hospital namun selepas Sari pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku. Situasi yang tidak terkawal itu sebenarnya disebabkan perbuatan sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Krew penggambaran itu terutama Sari dijadikan medium untuk mendapatkan kembali anak dan cucu mereka.
DALAM ruangan Jeling Kak Pora akhbar BIPOP keluaran dua minggu lalu, ada menceritakan kisah dua pelakon iaitu Iqram Dinzly dan Arja Lee didakwa bermusuhan apabila Iqram dikatakan menyambut sambil lewa salam yang dihulurkan pelakon filem ...Dalam Botol itu ketika kedua-duanya menghadiri acara pasca parti Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).
Bukan saja bersikap endah tak endah terhadap salam yang dihulurkan tetapi Iqram juga dikatakan sempat 'buat muka' ke arah Arja seolah-olah menyampah benar dengan pelakon itu.
Menurut artikel itu lagi, selepas diselidik, Iqram bertindak demikian kerana iri hati apabila Arja berjaya mendapat watak utama filem arahan Khir Rahman walhal dia juga turut menghadiri sesi uji bakat itu. Tentunya tercalar ego Iqram apabila pelakon baru seperti Arja dipilih berbanding dirinya yang dirasakan lebih lama dalam bidang lakonan serta pernah membawakan watak yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton menerusi drama bersiri Ayoub. Bagaimanapun, ketika ditanyakan kepada si empunya diri benarkah bersikap tidak matang seperti itu, Iqram menjawab pertanyaan itu dengan ketawa memanjang.
Sambil menafikan dia berkelakuan begitu, Iqram menegaskan antara dia dan Arja tidak pernah bermusuhan sebagaimana yang didakwa. Malah sekecil zarah pun dia tidak pernah merasa cemburu dengan kejayaan Arja membawakan watak Ruby dalam ...Dalam Botol.
Menganggap perkara ini sebagai remeh dan tidak mahu ia diperbesarkan, Iqram meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada di antara mereka terasa dengan perbuatannya, sama ada sedar ataupun tidak serta mengharapkan perkara ini tidak terus diperkatakan kerana realitinya ia memang tidak pernah berlaku.
Hip: Iqram dikatakan bermusuhan dengan Arja apabila menyambut salam pelakon itu dengan sambil lewa serta sempat memberi jelingan tajam. Boleh ulas sikit?
Iqram: Saya ada terbaca cerita itu disiarkan dalam ruangan Jeling Kak Pora. Itupun selepas ibu saya bertanya perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku tidaklah seperti yang diceritakan di dalam ruangan itu. Memang Arja ada berjumpa dengan saya, tetapi ketika itu saya dan beberapa rakan lain sedang menari. Jadi ketika dia menghulurkan salam, saya sambut saja. Tapi tak adalah beriya-iya sangat kerana memang menjadi sifat saya bila saya sedang melakukan sesuatu tak kira ketika bekerja ataupun berhibur, saya memang fokus. Saya tak suka gangguan dan mungkin ada yang ternampak situasi itu berlaku. Jadi mereka membuat tanggapan yang saya seperti tidak mahu melayan Arja disebabkan cemburu apabila Arja mendapat tawaran berlakon dalam filem ...Dalam Botol, walhal perkara itu tidak ada kaitan sama sekali.
Hip: Tapi artikel itu mendakwa selepas diselidik, punca sebenar kejadian itu adalah disebabkan Iqram kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan watak Ruby.
Iqram: Bagaimana boleh keluar kenyataan seperti itu? Sebagai pelakon dan belajar mengenai seni lakon, saya faham makna uji bakat. Saya akui ada menghadiri sesi uji bakat itu tetapi kalau sudah namanya tiada rezeki, buat apa nak marah. Itu sudah menjadi rezekinya dan tak perlulah sampai nak bermasam muka. Pada saya perkara ini adalah sangat remeh dan tak perlu diperbesarkan. Bagaimanapun, pada anggapan saya, jika perkara ini tersebar pun, besar kemungkinan Arja sendiri yang membuat kesimpulan sedemikian. Bagi saya, Arja kawan lama saya dan kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jadi tak perlulah saya nak bersikap tidak matang seperti itu.
Hip: Saat membaca gosip itu, apa yang terlintas di fikiran Iqram?
Iqram: Bila saya baca saja ruangan itu, saya tergelak. Rasa kelakar apabila ada yang mengaitkan perkara itu dengan isu tak dapat berlakon filem ...Dalam Botol. Sejujurnya, selepas menghadiri sesi uji bakat itu, saya bertanya kepada ayah. Dia (ayah) terus mengatakan sebenarnya tidak suka saya membawakan watak sebegitu dan meminta saya supaya tidak berlakon dalam ... Dalam Botol kerana tidak mahu perkara itu mengheret saya dalam kontroversi. Bagaimanapun, sebagai pelakon, saya menyangkal tanggapan ayah atas alasan seorang pelakon perlu serba boleh dan boleh membawakan watak antagonis (jahat) dan protagonis (baik). Namun rezeki tidak berpihak kepada saya dan saya redha atas apa yang berlaku.
Hip: Apabila kutipan ...Dalam Botol tidak seperti yang diharapkan, apakah Iqram bersyukur kerana tidak membawakan watak Ruby?
Iqram: Ish! Saya tak adalah berfikiran sehingga ke situ. Kalau ditakdirkan saya berlakon dalam filem itu dan kutipan yang diterima tidak semeriah yang diharapkan, saya terima saja. Sebagai pelakon, saya teringin melakonkan watak yang benar-benar mencabar seperti watak Ruby. Ada beberapa pihak menghubungi saya dan minta mengulas filem itu tetapi biarlah apa saja komen mengenainya saya simpan untuk seorang saja.
Hip: Bagaimana Iqram melihat kualiti lakonan sendiri selepas enam tahun dalam industri?
Iqram: Alhamdulilah, selepas enam tahun bergiat cergas dalam bidang ini, saya terus mendapat kepercayaan membawakan pelbagai watak dan rezeki tidak putus. Kalau berehat pun hanya seminggu dan selepas itu terus sambung shooting. Apa yang boleh katakan, apabila berlakon saya menghayati watak itu betul-betul. Malah ada ketika saya terbawa-bawa sesuatu karakter sehingga di luar lokasi. Disebabkan itulah kalau bawa watak jahat, saya tak akan keluar rumah, lebih rela berkurung kerana tidak mahu kawan-kawan terasa kerana apa yang saya lakukan nanti, sama dengan watak yang dibawa dalam filem atau TV. Begitu juga kalau bawa watak orang baik, contohnya watak ustaz dalam drama bersiri Ayoub, saya tak keluar rumah dan tak pergi berhibur dengan kawan-kawan. Perkara itu berlaku bukan dibuat-buat tetapi semula jadi. Saya tak selesa jika masih dalam karakter ustaz tapi berkunjung ke pusat hiburan.
Sekarang heboh pasal Kris Dayanti kandungkan anak luar nikah usahawan Indonesia, Raul Lemos yang lemas Mat Kepoh tengok. Baru nikah minggu dah mengandung 4 bulan.
Sebelum ni Kris Dayanti ada pasang hajat nak rahsiakan berita ni, tapi memandangkan takut ada orang yang tahu mulutnya tak boleh ditutup lalu ceritakan dekat orang ramai.
Jadi dia ambil langkah yang kononnya bijak bagi pihak dia untuk beritahu pada orang ramai. Memang ramai orang Indonesia tak boleh terima la kan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam.
Kalau dah amik gambar macam ni candidnya memang logic la kan. Kris Dayanti ada buat statement, dia cakap dia dengan Raul Lemos (Lemas mak tengok) sudah cukup besar untuk terima tanggungjawab ini.
Adeyhh! Mat Kepoh rasa KD patut rasa diri tu dah tua bangka untuk buat kesilapan macam ni. Ada rakyat Indonesia cakap Kris Dayanti patut direjam. Ish3! Janganlaa sampai macam tuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan