Utusan Online - Keluarga Posted: 29 Mar 2011 01:22 PM PDT Belajar, berjalan di KDSF Posted: Belajar, berjalan di KDSFBelajar, berjalan di KDSF Oleh ZULKIPLE IBRAHIM
|
Anak-anak Sindrom Down juga mampu menguasai kemahiran tertentu jika kaedah yang digunakan sesuai dengan dengan mereka. - Gambar hiasan
|
NISHI (nama timangan), empat tahun, dilahirkan dengan Sindrom Down. Tahun-tahun awal kanak-kanak ini, tidak seperti anak-anak normal lain. Dia sukar untuk menyebut perkataan apatah lagi bertutur. Nishi juga tidak boleh melangkah seperti anak kecil kerana otot-ototnya yang lemah menghalangnya daripada berbuat demikian. Seperti kes Sindrom Down, kelemahan juga berlaku dengan perkembangan minda Nishi. Semua ini memang menghalang dia daripada bertutur dan bergerak (berjalan) seperti anak yang normal. "Saya telah minta bantuan daripada banyak pihak tetapi anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan", kata ibu Nishi yang hanya mahu dikenali sebagai Zai kepada penulis di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC) di Petaling, Selangor. Zai menjadi hampir putus asa kerana tiada perubahan dapat dilakukan pada masalah pertuturan yang dialami Nishi. "Kemudian seorang rakan mencadangkan saya menghantar Nishi ke KDSF kerana pusat itu bersedia membantu anak-anak Sindrom Down", kata kakitangan awam yang berumur 42 tahun itu. Zai mendaftarkan anaknya di KDSF-NC pada Mei 2009. Anak itu berumur dua tahun ketika itu. "Di situ (KDSF-NC), mereka ada pakar fisioterapi, juga pakar patologi pertuturan (SLP)." Selepas penilaian tentang sifat fizikal dan minda Nishi diadakan, anak itu dimasukkan ke kelas mingguan yang merangkumi latihan menguatkan otot serta pertuturan. Kini, selepas dua tahun berlalu, Nishi sudah boleh berjalan dan mula menyebut bunyi-bunyi yang hampir sama dengan sebutan dalam pertuturan. "Nasib baik saya hantar anak ke KDSF kerana mereka (pakar terapi) berjaya dapat membantunya," kata Zai. KDSF mempunyai tiga pakar fisioterapi - Junaleth 'June' Dalupang, Hazel Joy Sablay dan Ida Yasmine Ahmad, manakala SLPnya ialah Jessie Lim. Mereka inilah yang membantu Nishi dengan memberikan latihan menguatkan otot dan dalam pertuturan. "Mereka banyak membantu anak saya," kata Zai. "Yayasan Sindrom Down Kiwanis komited terhadap kebajikan anak-anak yang mengalami sindrom ini. Fokusnya adalah pembelajaran anak-anak ini sehingga umur mereka enam tahun," kata Pengarah KDSF-NC, Angie Heng. Menurut Heng, pusat itu memberi keutamaan terhadap program Pembelajaran Khas selain melatih guru-guru dalam Keperluan Pembelajaran Khas. "Kalau perlu, kita juga memberi khidmat nasihat serta kaunseling kepada keluarga yang mempunyai anak Sindrom Down selain daripada berusaha meningkatkan kesedaran awam tentang Sindrom Down. Pusat itu mengamalkan pendekatan Kurikulum Robert Dellar, satu Program Intervensi Awal (EIP) sebagai panduan pembelajarannya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Beri keyakinan pada anak sindorm down Posted: Beri keyakinan pada anak sindorm downBeri keyakinan pada anak sindorm down
|
Anak-anak Sindrom Down perlu dibiasakan dengan suasana sekeliling untuk tingkatkan daya keyakinan. - Gambar hiasan
|
MEMBANTU anak Sindrom Down agar selesa dengan suasana sekeliling mampu membantu meningkatkan daya keyakinan diri mereka". Itulah nasihat yang diberikan oleh pakar fisioterapi Janice Ng. Menurut Ng, kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran, pemikiran dan kebolehan bertindakbalas adalah kurang berbanding dengan anak normal dan sudah tentu pemahaman umum menjadi rendah hingga menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain dari segi mental. "Dalam aspek ini, satu pendekatan perlu diambil (bagi membantu anak sindrom ini dari tahun-tahun awal umur mereka). Ia bermula di rumah," kata Ng. Ajar perkara yang mudah "Disebabkan Sindrom Down adalah masalah genetik, maka anak itu perlu bergantung kepada ahli keluarganya dalam sebahagian besar hidupnya. "Tetapi ada beberapa aspek yang boleh diperhatikan mengenai Sindrom Down di mana anda boleh mengajar anak ini tentang perkara kecil dan mudah yang menarik perhatiannya dan ini boleh membuat kehidupan mereka tidaklah begitu rumit. Mengajar anak Sindrom Down adalah sukar tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. "Ada yang menyatakan mengajar anak yang mengalami masalah ini sukar tetapi kalau tahu caranya, ia akan menjadi lebih senang," kata beliau. Menurut Ng lagi, anak yang mengalami masalah genetik ini perlu dibawa ke kelas yang ada anak Sindrom Down yang lain untuk membolehkan mereka berinteraksi, seperti anak normal yang lain. "Ini membantu memberi keyakinan diri dan menjadikan mereka peka kepada suasana sekeliling," katanya. Penampilan Penampilan adalah satu lagi aspek yang boleh membuatkan anak Sindrom Down berasa 'gembira' atau 'sedih'. "Sememangnya lumrah psikologi manusia, bila seseorang itu fikir dirinya tidak kelihatan menarik maka beliau akan berasa tidak senang. Sebaliknya jika seseorang fikir yang dirinya 'tampan' atau 'cantik' maka sudah tentu dirinya akan mempunyai keyakinan. "Oleh itu penekanan perlu ada kepada aspek fizikal anak ini, membuatkan mereka berasa normal seperti anak lain yang normal," ujarnya. Suasana sekeliling Suri rumah, Devika, yang mempunyai anak Sindrom Down berkata, anak yang mengalami masalah genetik ini memerlukan pendekatan khas bagi membuatkan mereka mempunyai suasana pembelajaran yang positif. "Mereka boleh belajar dan menjadi produktif di sekolah jika diberi suasana sekeliling yang betul serta bahan yang diperlukan. "Anak Sindrom Down mempunyai keupayaan untuk belajar. Guru perlu ada alat bantuan mengajar yang betul bagi mencapai keputusan yang optimum," kata Devika yang mempunyai anak di kelas khas di sebuah sekolah. Kini banyak sekolah yang mempunyai kelas khas bagi anak yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran. Begitu juga terdapat sekolah khas bagi anak kurang upaya ini. Anak Sindrom Down berupaya untuk belajar tetapi kaedah pengajaran hendaklah berbeza daripada kaedah yang digunakan di sekolah biasa. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 29 Mar 2011 11:24 AM PDT KLIT kembali gegarkan Kenyir Posted: KLIT kembali gegarkan KenyirKLIT kembali gegarkan Kenyir Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA ammar.jazlan@kosmo.com.my Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara akan mengambil bahagian.
TASIK KENYIR yang terletak di Terengganu sememangnya tidak asing sebagai lokasi percutian yang kaya dengan keindahan alam semula jadinya yang unik dan mempesona. Meliputi kawasan seluas 260,000 hektar, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Dikelilingi 340 pulau, 14 air terjun dan beberapa jeram dan batang sungai, tidak hairanlah ia sentiasa menerima kunjungan ribuan pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menyaksikan pelbagai keajaiban yang terdapat di dalamnya. Malah, ia juga menjadi tumpuan golongan kaki pancing yang ghairah memburu pelbagai spesies ikan air tawar yang hidup bebas di situ. Bagaimanapun, bermula 9 hingga 10 April nanti, Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan atlet tempatan dan antarabangsa sempena penganjuran Triathlon Antarabangsa Tasik Kenyir 2011 (KLIT 2011). Pertandingan memasuki edisi ketujuh itu dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama Triportz Event Management sebagai salah satu acara pelancongan sukan yang tersenarai dalam Acara Teras Kalendar Pelancongan Negeri 2011. Pengarah pertandingan, Chan Chee Seng berkata, penganjuran KLIT 2011 menggunakan format pertandingan antarabangsa.
|
DISIPLIN berbasikal sejauh 40 kilometer menguji ketahanan mental dan fizikal.
|
Katanya, kesemua peserta akan mengharungi tiga disiplin utama iaitu berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal (40km) dan berlari (10km). "Secara keseluruhan sebanyak 10 kategori bakal dipertandingkan membabitkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM55,000. "Menariknya, KLIT 2011 akan mempunyai trek baru untuk acara berbasikal dan berlari. Ia pastinya menjanjikan cabaran kepada peserta-peserta," jelasnya. Sehingga kini, seramai 237 peserta telah mendaftar dan pihaknya menjangka ia bakal disertai lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara. Di antara beberapa peserta ternama yang telah mengesahkan penyertaan ialah Mathieu O'Halloran (juara tahun 2009) dan Emma Bishop dari Kanada serta peserta negara, Shahrom Abdullah dan Muhammad Hafiz Wong. Sementara itu, Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah memberitahu acara itu bakal menjadi platform dalam mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama khususnya di Terengganu dan Malaysia, amnya. "Keistimewaan KLIT 2011 adalah peserta-peserta akan berenang di tasik yang jernih, berbasikal dan berlari sambil menghirup udara bersih selain menikmati kehijauan flora serta fauna di sekelilingnya. KLIT 2011 menawarkan hadiah lumayan wang tunai keseluruhan berjumlah RM55,000.
"Secara tidak langsung ia akan mempelbagaikan fungsi tasik ini, di samping menjadi destinasi pelancongan, ia juga sesuai dijadikan gelanggang pelbagai aktiviti sukan termasuk yang bertaraf antarabangsa," katanya. Beliau berkata, KLIT 2011 agak berbeza berbanding sebelumnya kerana ia akan diadakan serentak dengan Festival Kenyir yang berlangsung pada 7 hingga 12 April nanti. Katanya, festival yang bakal memasuki edisi ketiga penganjurannya itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-38 Ketengah. Bagi tujuan itu, pihaknya sudah merangka pelbagai aktiviti menarik khusus untuk pengunjung-pengunjung. "Antaranya ialah Karnival Usahawan, pertandingan ayam serama ASEAN, pertunjukan belon udara panas, pertandingan jet ski, pertandingan perahu naga serta pertandingan kereta dan motosikal. "Kami berharap kesemua acara ini mendapat sambutan dan menarik pengunjung dan pelancong untuk mengenali Tasik Kenyir dengan lebih dekat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Resipi asli putu piring Zaharah Posted: Resipi asli putu piring ZaharahResipi asli putu piring Zaharah Oleh MAZLINA ABDUL MAJID TRADISIONAL. Meskipun zaman semakin maju, Zaharah tetap menggunakan peralatan lama demi mengekalkan rasa dan aroma putu piringnya.
SEDANG penulis dan jurufoto, Hafiz Johari serta Jameelfeerdaus Zamzuri sibuk mencari sudut terbaik untuk merakam kenderaan klasik seperti kereta lembu di Merlimau, Melaka, kami terjumpa sebuah pondok kecil di bahu jalan. Pondok itu kosong, tiada penghuni. Tidak lama kemudian, penulis disapa oleh seorang wanita bertudung yang siap memakai apron. Sapa wanita itu: "Dik, buat apa, nak beli putu piring Merlimau ke? Tapi duduklah dulu, kita berbual-bual." Kami menyambut baik pelawaan itu. Serentak dengan itu, mata terus terarah ke sebuah meja kecil. Di situ hanya ada dapur gas satu tungku, periuk yang biasa dilihat untuk mendidihkan air, semangkuk kelapa parut dan gula melaka. Bagaimanapun acuan yang diperbuat daripada tempurung kelapa sangat menarik perhatian. Sudah terbayang di benak fikiran kelazatan putu piring yang terhasil. "Ya, zaman dah maju, tapi kakak masih menggunakan peralatan yang digunakan oleh moyang kakak, tak reti betul menggunakan barang-barang baru ini. "Cara membuatnya juga guna stail lama, agak-agaknya dah seratus tahun dah resipi kuih ini diturunkan dari satu generasi ke generasi," kata Zaharah Abdul Hamid, 56, yang seolah-olah dapat membaca fikiran penulis yang ketika itu sedang asyik membelek tempurung kelapa yang ditebuk tujuh lubang di permukaannya. Zaharah tidak lokek berkongsi resipi moyangnya dengan kami. Kata wanita itu, tepung beras untuk membuat putu piring dihasilkannya sendiri. Dia tidak gemar menggunakan tepung beras sedia ada. Katanya, rasanya tidak sama dan tidak asli. "Cara nak membuat putu piring memang rumit, ambil masa yang lama. Kakak akan bersihkan beras terlebih dulu, basuh, tos, tumbuk dan kemudian ayak. "Kemudian kakak akan kukus sampai masak, ayak sekali lagi dan akhirnya simpan semalaman. Esoknya, baru digunakan untuk menjual," katanya yang lebih selesa melakukan kerja-kerja itu bersendirian. Kerja-kerja itu sebenarnya telah dilakukan oleh Zaharah sejak zaman remaja. Penulis menawarkan diri untuk cuba memasak sekeping kuih tradisional itu. Namun, ditegah oleh Zaharah. Alasannya, jika tidak dilakukan secara teliti tangan boleh melecur. Acuan tempurung Anak jati Kampung Sempang, Merlimau itu menunjukkan satu persatu cara-cara kuih itu dimasak. Pantas gerak tangan dan jari-jemarinya menyiapkan sekeping kuih.
|
AIR berkarbonat jenama Long's turut dihidangkan di gerai Zaharah.
|
Apa yang pasti, dia memasukkan tepung beras asli buatannya ke atas acuan tempurung yang dialas dengan secebis kain putih dan kemudian gula melaka ditabur ke dalam acuan, lantas ia dikukus. Tidak sampai dua minit, acuan diangkat. Zaharah terus meletakkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi kelapa parut. Aroma kuih warisan yang masih panas itu mampu membuat sesiapa tidak sabar untuk menikmatinya. Kuih yang berwarna putih kapas dan gebu itu sememangnya membangkitkan selera. "Ok, siap, awak perlu makan panas-panas," katanya. Kepadatan gula melaka yang dijadikan inti putu piring itu memang enak sekali. Atas faktor itu juga, sekeping puti piring tidak mencukupi untuk menikmatinya. Kami bertiga menghabiskan sebanyak lapan keping putu piring yang dihidangkan oleh Zaharah. Jika di pasar-pasar malam, kita dapat merasa tekstur tepung berasnya yang kasar tetapi putu piring Merlimau cukup berbeza. Sememangnya putu piring Zaharah memikat ramai pelanggan. Dia sempat menceritakan tentang seorang pelanggannya yang memanggil dia memasak putu piring untuk satu majlis kahwin. "Tak pernah orang buat, putu piring jadi hidangan pada majlis kahwin tapi pelanggan saya seorang ni lain. Disebabkan dia suka sangat dengan kuih ini, dia panggil saya masak pada majlisnya," kata Zaharah sambil tertawa kecil. Dalam sehari, beritahu wanita itu, dia boleh menjual di antara 50 hingga 100 keping putu piring yang berharga 50 sen sekeping. Kedainya dibuka dari pukul 11 pagi hingga 5 petang setiap hari. Minah Judin, 76, yang merupakan jiran Zaharah antara pelanggan tetap kuih warisan itu. "Saya berpendapat kuihnya yang paling sedap yang pernah saya rasa," akuinya. Menariknya, Zaharah bukan saja menjual putu piring tetapi dia turut menghidangkan air gas berjenama Long's atau Long Chan yang merupakan minuman tradisional yang popular di Melaka ketika sambutan hari raya. Pada masa yang sama, dia juga menjual aiskrim potong yang berharga 20 sen sebatang. Meskipun sudah hampir separuh abad dia berniaga, wanita itu tidak berhasrat untuk melakukan pembaharuan bukan saja peralatan memasak tetapi pada wajah kedainya. "Saya gembira mewarisi perniagaan ini, tidak perlu kedai besar cukuplah dengan pondok kecil ini, saya tidak terkilan jika dikatakan cara ini ketinggalan zaman," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mesti jujur dalam penulisan Posted: Mesti jujur dalam penulisanMesti jujur dalam penulisan Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my SELAIN menjadi seorang penulis, Abd. Rahim juga merupakan seorang penceramah.
BERBUAL dengan ahli akademik yang mencurah seluruh jiwa dan tenaga terhadap pembangunan sistem pendidikan negara, sememangnya membangkitkan keterujaan. Hujah dan intipati setiap topik penceritaan dijawab oleh Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid, 61, dengan bernas dan berilmiah. Begitu juga dengan membaca hasil tulisan tiga buah bukunya yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors (UP&D). Tulisan Abd. Rahim dilihat banyak mencabar pemikiran pembaca untuk menilai dan merenung hala tuju serta matlamat pembangunan negara pada masa akan datang. Buku Wawasan Pembangunan : Isu dan Cabaran misalnya, memperincikan tentang pentingnya gerak kerja pembangunan dalam sesebuah negara. Ujarnya : "Pembangunan adalah satu agenda penting dalam pembangunan negara dan mengagihkan kekayaan, mewujudkan keadilan sosial serta menangani pelbagai masalah kritikal yang dihadapi oleh masyarakat." Begitu juga kupasannya dalam karya Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Menerusi buku tersebut, beliau telah menitipkan idea kepada pembaca cara-cara menguruskan sumber manusia, menggarap strategi dan menangani pelbagai agenda secara proaktif. Pandangan berani beliau tentang pendidikan seksual dilontarkan menerusi sebuah buku yang bertajuk Pendidikan Seksual : Perspektif Kurikulum, Pengajaran dan Tingkah Laku Moral. Karya itu jelas membahaskan dan memberi panduan berhubung pengajaran seksual di sekolah yang mengambil kira perspektif etika, moral, agama dan falsafah. Akui Abd. Rahim, setiap kali ingin menghasilkan sesebuah buku, beliau akan membuat rujukan termasuk mengumpul banyak penyelidikan dan kertas seminar. "Namun, pengalaman saya belajar di Universiti Keel di United Kingdom Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Sains Sosial telah menjadikan saya seorang penulis yang lebih peka dan baik. "Kehebatan pensyarah saya dalam membuat penyelidikan dan sifat kepimpinan mereka telah mendorong kepada saya untuk mencontohi kerja-kerja dan sikap mereka," beritahunya yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang penulisan. Setakat ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku akademik, khususnya dalam bidang pendidikan dan sains sosial. Buku rujukan Antara buku hasil tulisan beliau ialah Patriotisme, Agenda Pembinaan Bangsa, Halatuju Pengurusan Sumber Manusia, Ketrampilan Wanita Dalam Konteks Global dan banyak lagi. Rata-rata karya beliau telah dijadikan buku rujukan di sekolah-sekolah menengah dan di institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Mantan Rektor Kolej Antabangsa Dunia Melayu Dunia Islam dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) itu juga bertindak sebagai konsultan dalam sektor pembangunan keluarga, masyarakat dan sains politik. Terkini, beliau adalah penulis sepenuh masa dan sering dijemput menyampaikan ceramah dan seminar di seluruh negara. Pada 27 April ini, Abd. Rahim akan menjadi salah seorang panel dalam Seminar Setiausaha : Menjana Profesional dan Integriti anjuran UP&D. Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau bekerjasama dengan UP&D. Syarikat tersebut telah banyak menerbitkan buku-buku hasil karya beliau. Bahkan, beliau tidak menafikan UP&D adalah sebuah syarikat yang bagus dalam memasarkan buku. Mengikut perancangan, terdapat tiga buah buku lagi hasil tulisan bekas guru ini akan diterbitkan oleh UP&D. Buku-buku tersebut ialah Wanita Alaf Baru, Pengurusan Pendidikan Tinggi dan Budaya Politik Masyarakat Negara Membangun. "Saya juga sedang dalam proses menyiapkan beberapa buku lagi," katanya yang tidak pernah jemu menulis. Rugi jika tidak bertanya kepada beliau bagaimana seseorang berupaya menjadi seorang penulis yang baik. Ujar Abd. Rahim, perkara pokok yang harus diberi perhatian ialah memiliki banyak pengetahuan selain mempunyai pengurusan masa yang baik. "Kita mesti jujur dalam penulisan dan jangan plagiat tulisan orang lain. "Pengalaman juga banyak membantu dan seorang penulis juga mesti berkebolehan mengintegrasikan bahan bacaan atau rujukan," katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 29 Mar 2011 10:14 AM PDT Pemandu treler pentingkan diri Posted: Pemandu treler pentingkan diriPemandu treler pentingkan diri PEMANDU BENGANG Bandar Baru Uda
|
Lori yang membawa muatan berlebihan seperti ini boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. - utusan/Baazlan Ibrahim
|
MINGGU lalu saya membawa keluarga berjalan-jalan ke Jusco Bukit Indah. Ketika melalui Jalan Skudai kereta saya berada di belakang sebuah treler yang sarat membawa muatan batu. Dengan tidak disangka, treler tersebut membrek secara mengejut dan menyebabkan batu-batu kecil jatuh dan melantun ke arah cermin hadapan kereta saya. Berikutan kejadian tersebut, cermin hadapan kereta saya mengalami retak kecil. Meskipun tidak besar, namun sekiranya kejadian sama berulang kembali tidak mustahil keretakan tersebut akan menjadi besar. Apa yang saya kesalkan adalah pemandu lori ini mementingkan diri sendiri dengan membawa lebih muatan agar lebih banyak 'trip' penghantaran dapat dilakukan dan banyak wang akan diperoleh mereka. Tindakan segelintir mereka ini bukan sahaja mementingkan diri, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Bagi saya isu sebegini bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak kes melibatkan treler tersebut didedahkan oleh media massa sebelum ini. Entah di mana silapnya, meskipun banyak penguatkuasaan dilakukan namun sikap pemandu treler yang degil ini bagaikan tiada kesudahannya. Sebagai pengguna jalan raya yang sering berdepan dengan kerenah pemandu lori dan treler, saya berharap agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Sekiranya, rekod mendapati mereka melakukan kesalahan itu berulang kali, hukuman gantung lesen memandu harus dikenakan selain nama mereka disenaraihitamkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Baik pulih segera kuarters di Segamat Posted: Baik pulih segera kuarters di SegamatBaik pulih segera kuarters di Segamat Saudara Pengarang, ANAK JATI SEGAMAT PADA 2009, kuarters kerajaan yang kakak saya duduki di Segamat telah dibaik pulih sebahagiannya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kerja baik pulih yang dilakukan cuma meliputi ruang tamu, bilik mandi dan tandas, kerja mengecat dan pendawaian semula pula dilakukan melibatkan keseluruhan bangunan. Saya difahamkan kerja baik pulih tidak dapat dilakukan untuk keseluruhan kuarters kerana kekurangan wang peruntukan daripada kerajaan. Setelah kerja berkenaan siap, kakak saya mengemukakan senarai permohonan baik pulih tambahan memandangkan ruang dapur tidak termasuk dalam kerja pembaikan asal. Ketika mengemukakan permohonan berkenaan di pejabat JKR daerah Segamat, petugas yang menerima permohonan berkenaan memberi komen mengatakan terlalu banyak yang kakak saya mohon. Pada hemat saya, adalah lebih baik kakak saya menyenaraikan keseluruhan kerja baik pulih yang diperlukan memandangkan dia mendiami kuarters berkenaan sejak bertahun lamanya. Secara tidak langsung, dia turut membantu kerajaan memastikan kuarters dipelihara sepenuhnya dan penyenaraian itu akan memudahkan pihak berkaitan membuat anggaran kos kerja pembaikan tambahan yang perlu dilakukan kelak. Pada pertengahan 2010, kakak saya bertanya hal itu kepada pejabat JKR daerah Segamat dan dimaklumkan bahawa kerja pembaikan akan dijalankan pada akhir tahun tersebut. Namun, hingga kini tidak nampak langsung tanda-tanda pihak JKR akan melakukan kerja baik pulih berkenaan dan kuarters itu semakin ketara masalahnya. Sistem perparitan semakin tidak sempurna, papan dinding banyak yang mula reput dimakan anai-anai, lantai ruang tamu mula berbunyi ketika dipijak, malah siling banyak yang berlubang dan bocor sekali gus menyukarkan untuk menyidai pakaian di dalam rumah ketika hujan. Diharap pihak kerajaan dan JKR dapat memastikan kuarters kerajaan terutama yang sudah lama dibaik pulih dan tidak hanya memberi tumpuan membina kuarters baru yang kebanyakannya tidak dihuni. Jika merasakan peruntukan membaik pulih kuarters lama adalah membazir dibandingkan dengan kerja membina kuarters baru, apa kata jika kuarters tersebut dijual kepada kakitangan kerajaan yang mendiaminya pada kadar yang berpatutan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 29 Mar 2011 09:27 AM PDT Istimewa bundle wanita Posted: Istimewa bundle wanitaIstimewa bundle wanita Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar AMIN FARIJ HASAN
|
Norazlina Abdul Aziz (tengah) melayan pelanggan yang datang ke gerai bundlenya.
|
ASALNYA dia menjual koleksi baju kurungnya sendiri. Bekerja sebagai pegawai di syarikat pakaian terkenal memang menuntut Norazlina Abdul Aziz, 38, untuk mempunyai banyak baju kurung. Ia ibarat pakaian rasminya. Satu hari ketika mengemas pakaian Norazlina merasakan almari pakaiannya sudah tidak boleh menampung lagi koleksi baju kurung yang dikumpul sejak enam tahun lalu. Jadi menjelang Aidilfitri tahun lalu, ditambah minat berniaga dan ingin menambah pendapatan keluarga membuatkan Norazlina terfikir untuk menjualnya. "Ketika itu bulan Ramadan. Saya menyewa satu khemah di pasar di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dan memang tak sangka apabila semua baju kurung saya habis dijual tidak sampai sejam," ujar Norazlina ceria mengimbas kenangan permulaan perniagaan bundlenya. Ibu kepada lima anak ini sebenarnya memang sudah lama menanam impian untuk memulakan perniagaan sendiri. Norazlina yang selesa disapa Kak Ina mengakui darah berniaga diwarisi daripada ibunya yang berniaga pelbagai jenis barang. "Dari kecil saya ikut emak berniaga. Bila dah mula berniaga, kalau diberi peluang makan gaji besar pun saya tak mahu sebab kepuasan berniaga memang lain," jelas anak kedua daripada lapan beradik itu. Kepayahan mencari pengasuh untuk anak bongsunya yang berusia tiga tahun, juga membuatkan Norazlina nekad berhenti kerja makan gaji dan memulakan perniagaan pakaian terpakai atau bundle khusus untuk wanita. "Bermula daripada menjual baju sendiri, saya akhirnya mencari maklumat perniagaan baju bundle wanita berskala besar. "Ibaratnya belajar sambil berniaga. Saya belajar selok belok menguruskan perniagaan bundle dari kedai-kedai besar dan akhirnya berjumpa dengan pengimport baju bundle untuk memulakan perniagaan," jelasnya. Kini, Norazlina sudah mempunyai kawasan perniagaannya sendiri di tapak pasar pagi Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Dia menyifatkan perniagaan tersebut ringkas dan untungnya pula berlipat ganda. "Paling utama sejak saya berniaga sendiri perwatakan saya berubah daripada seorang yang panas baran dan sering tertekan menjadi seorang yang ceria dan ramai sahabat, saya pun tak pernah ada tekanan lagi," ujarnya sambil tersenyum. Jenama terkenal Menariknya, kalau dulu pakaian bundle lebih digemari lelaki tetapi kini semakin diterima golongan wanita apatah lagi apabila kebanyakan pakaian berjenama terkenal dan masih berkualiti Norazlina sendiri hanya memilih pakaian bundle dari tiga negara iaitu Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. "Setakat ini pelanggan saya daripada semua golongan tidak kira kaya atau miskin. Penuntut universiti juga sudah pandai membeli bundle. "Golongan artis juga ada yang datang ke sini dan krew penggambaran lagi banyak beli sebab mereka mahukan pelbagai baju untuk disesuaikan dengan watak. "Ada seorang pelanggan yang juga pensyarah universiti, terkejut kerana baju-baju yang pernah dilihatnya ketika belajar di Amerika turut dijual di gerai saya. "Pensyarah wanita itu terus borong tiga dres yang diimport dari Amerika kerana alasannya memiliki nostalgia tersendiri," katanya yang juga mempunyai pelanggan daripada golongan profesional. Dalam pada manisnya berniaga, Norazlina tidak menafikan ada juga pihak yang tidak senang dengan apa yang dilakukan. "Seorang pakcik pernah mendekati gerai saya dan bertanya 'tak ada kudis atau kurap ke yang melekat pada baju ni?'. "Walaupun agak terkedu dengan soalan tersebut tapi saya menerimanya dengan baik dan menganggap ia cabaran untuk saya meningkatkan lagi nama perniagaan bundle," ujarnya. Mungkin orang yang tidak biasa atau geli dengan istilah bundle ini tidak tahu yang baju tersebut sebenarnya masih berkualiti. "Sebaiknya selepas dibeli pakaian tersebut dibasuh dulu dengan air panas dan sabun, kemudian baru boleh dipakai tanpa was-was," pesannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kesihatan Posted: 29 Mar 2011 03:05 AM PDT HRT tangani gejala menopaus Posted: HRT tangani gejala menopausHRT tangani gejala menopaus Oleh ZUHAYATI YAZID Gambar JEFFRI IRAN
|
Wanita yang sedang melalui fasa menopaus masih boleh menjalani hidup dengan ceria. - Gambar hiasan
|
SETIAP wanita akan melalui fasa 'putus haid' atau menopaus. Usia biasa wanita memasuki fasa peralihan ini ialah sekitar 50 tahun. Namun ia juga boleh berlaku kira-kira 10 tahun lebih awal yang disebut sebagai pra-menopaus khususnya di kalangan wanita yang mempunyai sejarah keluarga menopaus awal. Apabila seseorang wanita menghampiri putus haid, kitaran haidnya akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ia berlaku terlalu kerap atau terlalu jarang. Ia akan diiringi dengan simptomsimptom lain seperti kesakitan sendi, hilang tumpuan, sakit kepala, kemerahan muka, tiada keinginan untuk seks dan pelbagai lagi jenis penyakit sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Sebagai wanita mereka seharusnya peka dan mengambil berat akan tanda-tanda awal menopaus. Tanda-tanda ini amat penting agar gejala-gejala akibat daripada perubahan hormon dan fizikal yang terpaksa ditanggung seseorang wanita dapat diatasi. Banyak tanda-tanda awal yang akan dialami seseorang wanita dalam proses pra-menopaus. Hakikatnya, kira-kira 80 peratus daripada wanita menopaus akan mengalami gejala seperti panas, berpeluh malam dan palpitasi (gejala vasomotor). Sekarang ini, keperitan yang dirasai ketika pra-menopaus itu dapat dikawal dan diatasi sepenuhnya melalui kaedah Terapi Penggantian Hormon (HRT). Selaras dengan itu, dalam usaha perubatan moden bagi meningkatkan mutu kesihatan wanita, Kolej Obsetrik & Ginekologi, Akademi Perubatan Malaysia (COGAMM) telah menyediakan garis panduan amalan klinikal pertama mengenai Terapi Hormon Semasa Menopaus di kalangan wanita Malaysia. Inisiatif COGAMM itu membabitkan projek menerbitkan buku garis panduan untuk rujukan kepada semua pakar obsetrik dan ginekologi dalam mengurangkan sebarang kekaburan tentang HRT. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Garis Panduan Amalan Klinikal, Dr. Ong Hean Choon, HRT merupakan pilihan paling berkesan untuk menangani gejala menopaus. Melalui rawatan HRT, ia membantu mengurangkan kesakitan dan sekali gus mengurangkan simptom menopaus. "Ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh untuk menguruskan menopaus," katanya ketika ditemui pada Bengkel Menopaus yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini. Katanya, rawatan HRT terbahagi kepada dua jenis iaitu Terapi Estrogen dan Terapi Estrogen Progestin. "Melalui kaedah ini, setiap wanita memerlukan terapi atau dos yang berlainan, kesemua itu bergantung kepada nasihat doktor dan pakar. "Antara hormon boleh didapati seperti berbentuk pil, krim, suntikan, tampalan dan juga memasukkan alat viginal,'' ujarnya lagi. Malah tegasnya, terdapat banyak data klinikal yang membuktikan bahawa HRT yang dimulakan di peringkat awal adalah berkesan dan selamat. Kata beliau lagi, apabila seseorang menghampiri tempoh menopaus, keadaan dirinya menjadi lemah. Simptom tersebut berlaku akibat perubahan tahap estrogen dalam badan daripada tinggi menjadi rendah. Tegas Dr. Hean Choon lagi, melalui kaedah HRT ia berkesan untuk mengawal sakit kepala dan simptom akibat daripada kekurangan estrogen. Selain itu, melalui rawatan HRT juga pesakit sebenarnya mampu mendapat perlindungan tulang daripada reput dan rosak secara perlahan-lahan. "Apabila usia meningkat, perlindungan daripada kereputan tulang (osteoporosis) menjadi semakin penting. Banyak kejadian tulang patah yang berbahaya dapat dielakkan dengan meneruskan HRT. "HRT jangka panjang juga boleh mengembalikan perlindungan yang diberikan oleh estrogen sebelum menopaus, iaitu daripada kemusnahan pembuluh darah yang membawa darah ke jantung, otak dan organ-organ lain,'' ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kit pembasmi kuman ketika melancong Posted: Kit pembasmi kuman ketika melancongKit pembasmi kuman ketika melancong
|
Dari kiri Ziana Zin, Armin Zaharin dan Carmen Foo menunjukkan poster rangkaian produk perlindungan anti-bakteria oleh Antabax.
|
FAKTA perubatan mendapati bahawa 80 peratus jangkitan penyakit berjangkit disebarkan melalui tangan. Potensi itu lebih terdedah kepada mereka yang kerap mengembara atau melancong ke luar negara. Atas dasar itu Antabax, jenama produk perlindungan anti-bakteria telah mensasarkan pelancong dari Malaysia pada Pesta Pelancongan MATTA 2011 melalui pelancaran kempen inovatif Melancong Bersih, Sihat dan Berwaspada' di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Carmen Foo, berkata, inisiatif itu diperkenalkan kerana pihaknya percaya bahawa cara paling mudah mengurangkan kadar jangkitan ini adalah dengan memastikan tangan sentiasa dibersihkan dengan air dan sabun atau menggunakan pembersih tangan. "Kami tidak melupakan pelancong Malaysia dan atas sebab itulah kami melancarkan inisiatif ini di Pesta Pelancongan MATTA, yang merupakan konvensyen pelancongan terbesar di negara ini. "Tiada tempat lain sebaik konvensyen sebegini untuk mengingatkan pelancong mengenai kesihatan dan tanggungjawab mereka sewaktu meneroka dunia baru atau melawat ahli keluarga atau kenalan di luar negara," katanya. Menurut Foo, meskipun jangkitan penyakit melalui sentuhan tangan adalah punca utama penyebaran, bahagian badan lain turut boleh dilindungi dengan menggunakan produk anti bakteria terutama ketika melancong ke negara luar. Katanya, Antabax mempunyai rangkaian produk lengkap untuk memenuhi segala keperluan pelancong pada setiap ketika. "Sempena konvensyen itu juga, kami mengagihkan lebih 50,000 Kit Melancong Antabax kepada pengunjung pameran. "Setiap pek mengandungi pembersih tangan Antabax yang direka khas untuk kemudahan melancong dan digunakan bagi memenuhi segala keperluan pembersihan kulit," katanya. Menurutnya, kit tersebut turut mengandungi panduan panggilan telefon penting termasuk syarikat kad kredit, syarikat penerbangan dan maklumat penerbangan serantau. Pada majlis berkenaan, Duta Produk Antabax, penyanyi Ziana Zain serta suaminya, Armin Zaharin berkongsi pengalaman masing-masing mengenai cara menjaga kesihatan dan kebersihan diri ketika melancong. Sebagai penyanyi yang banyak membuat persembahan di luar, Ziana sedar risiko tinggi dijangkiti penyakit berjangkit. "Saya amat teliti mengenai kebersihan, bukan saja terhadap diri tetapi juga buat keluarga. "Saya sentiasa membawa krim mandian anti-bakteria setiap kali melancong atau mengembara kerana saya tahu ia amat berkesan dan tidak mahu rutin harian saya terganggu. "Malah semburan pembersih tangan sentiasa di dalam beg tangan kerana saya akan gunakannya ke atas apa saja tangan, tombol pintu, mikrofon, mangkuk tandas, pendek kata di mana saja tempat yang mungkin membolehkan kuman menjangkiti saya," kata Ziana. Sementara itu sebagai Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia, Armin mengakui sentiasa berhati-hati dalam memastikan dia tidak menyebarkan penyakit berjangkit kepada orang lain. "Sebagai bapa dan suami, sudah pasti saya tidak mahu anak dan isteri saya jatuh sakit sejurus saya pulang ke rumah. Jadi saya begitu cermat dalam memastikan kesihatan diri. "Selain mendapatkan suntikan vaksin selesema, saya juga memastikan penyembur pencuci tangan sentiasa berada di sisi bagi membersih tangan atau sebarang permukaan, tabiat mudah tetapi amat berguna," kata Armin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 28 Mar 2011 11:35 PM PDT Lulusan Berklee perlu berani, kreatif Posted: Lulusan Berklee perlu berani, kreatifLulusan Berklee perlu berani, kreatif Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my SEJAK lebih 60 tahun, Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat (AS) melahirkan ramai pemuzik terkenal di seluruh dunia, termasuk karyawan dalam industri muzik tanah air hari ini. Nama-nama seperti Tan Sri Ahmad Merican, Datuk Johari Salleh, Datuk Mokhzani Ismail, Ahmad Izham Omar, Acis, Mac Chew, Aubrey Suwito dan Loque merupakan antara yang pernah mendapat pendidikan di Berklee. Ahmad merupakan anak Melayu pertama yang melanjutkan pengajian di Berklee pada tahun 1957 hingga 1959 di mana beliau pulang dengan menyumbangkan pengetahuannya dalam bidang penyiaran tempatan. Sebagai pemuzik terawal yang mendapat pendidikan di kolej muzik terkemuka dunia itu, beliau mendapati terdapat jurang besar antara pelajar era beliau dengan generasi hari ini. Menurut pemuzik berusia 86 tahun itu, ramai graduan yang dilahirkan oleh Berklee menyumbangkan kepakaran mereka dalam bidang muzik tetapi lebih tertumpu kepada mengembangkan muzik dari Barat. "Sepatutnya apabila mereka pulang dari AS perkara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana untuk mengembangkan seni budaya lagu-lagu Melayu seperti asli, inang, joget dan sebagainya ke tahap lebih tinggi. "Ilmu yang ada itu sepatutnya digunakan bagi memartabatkan seni dan budaya bangsa dan bukannya membawa masuk pengaruh Barat," katanya kepada Mega sewaktu dihubungi di kediamannya di Petaling Jaya baru-baru ini. Jelas bekas pemimpin Orkestra RTM itu, selepas pulang dari Berklee, beliau lebih banyak memberi tumpuan kepada pembangunan lagu-lagu Melayu menerusi jawatan pertamanya sebagai Penyelia Muzik di RTM ketika itu. Katanya, dengan teknologi dan kemudahan semakin canggih graduan dari Berklee sepatutnya lebih peka, kreatif dan bertanggungjawab dalam membawa hala tuju industri muzik di negara ini. "Cuba lihat, berapa ramai anak-anak muda kita yang balik dari Berklee terutama anak Melayu, ada pemikiran macam itu? "Tanggung jawab itu saya rasakan telah saya lakukan pada tahun 1963 iaitu tidak lama selepas balik dari AS. "Antara perkara yang saya lakukan ialah merakamkan album instrumental 12 lagu Melayu lama seperti Nona Zaman Sekarang, Rasa Sayang dan Chan Mali Chan. Rakaman album itu dibuat di Belanda bersama lebih 10 pemuzik. "Cuma saya seorang pemuzik Melayu, manakala bakinya adalah dari Jerman dan Belanda. Album itu masih dijual dan diperdengarkan sehingga kini dalam banyak majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi seluruh negara," ujarnya. Mokhzani yang merupakan Pengarah Muzik RTM pula mendapati prestij Berklee seolah-olah semakin merudum kerana dasar pengambilan mahasiswa oleh kolej itu yang dilihat bukan sahaja kurang kawalan tetapi semakin tidak berkualiti. Itu mungkin disebabkan kemasukan pelajar untuk mengikuti pengajian di Berklee tidak sesukar seperti era sebelum tahun 1980-an. Jelasnya, ini kerana permohonan yang dibuat disaring oleh pihak kolej yang bukan hanya mengambil kira soal kelayakan semata-mata tetapi minat dan kemahiran yang ada pada pelajar. "Seperkara lagi, dulu Berklee lebih mengutamakan muzik seperti jazz yang ada disiplin tinggi. "Sayangnya sekarang kolej itu turut mempelbagaikan genre muziknya sehinggakan rock pun terdapat di sana. "Sekarang ini status atau standard Berklee sudah seperti menjadi sebuah kolej komersial. Ia secara langsung mempengaruhi para mahasiswanya. "Tambah merugikan apabila mereka yang pulang dari AS, tidak bekerja dalam bidang muzik. "Atas faktor industri muzik yang agak malap sejak akhir-akhir ini maka ramai graduan muzik Berklee tidak berada di tempat yang sepatutnya kerana bekerja dalam bidang lain," jelasnya. Pemuzik dan komposer berusia 49 tahun itu menganggap dirinya agak beruntung kerana sejurus pulang dari mengikuti pengajian di Berklee dalam bidang Penggubahan Orkestra, beliau mendapat peluang kerja yang bersesuaian dengan kelulusannya. Sebagai komposer dan pemimpin Orkestra RTM, pemain piano itu banyak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya sewaktu menuntut di Berklee dari tahun 1986 hingga 1990 untuk pembangunan muzik di RTM. "Jadi, saya gunakan apa yang saya pelajari itu dalam Orkestra RTM. Jurusan yang saya pelajari itu kena dengan apa yang saya lakukan kini. "Biarpun lebih banyak berteraskan muzik jazz tetapi saya menggunakan ilmu yang ada bagi menggubah lagu-lagu rakyat seperti yang dilakukan oleh Ahmad Merican mengikut gaya penggubahan saya iaitu melalui jazz," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - GenK Posted: 28 Mar 2011 09:04 PM PDT Alternatif yang kurang cemerlang akademik Posted: Alternatif yang kurang cemerlang akademikAlternatif yang kurang cemerlang akademik Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my BERI perhatian. Chef Mohd. Ghazni (dua dari kiri) menunjukkan cara yang betul untuk membuat kek kepada para pelajar.
SEBAIK mendengar taklimat ringkas daripada guru kursus automotif berkaitan ujian yang bakal dijalankan, beberapa pelajar pantas mencapai peralatan masing-masing lalu menuju ke empat buah kereta yang telah disediakan. Salah seorang daripadanya bernama Gogulakrishnan Balakrishnan yang berasal dari Ipoh, Perak. Remaja berusia 20 tahun itu kelihatan bersemangat untuk melaksanakan ujian berkaitan memperbaiki sistem penyerap hentakan (absorber) kereta. Hari itu, Gogulakrishnan diberi peluang membaiki kerosakan absorber bahagian depan kereta Proton Waja 1.6 berwarna perak. Meskipun tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, namun anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berjaya menunjukkan kemampuan dalam kerja-kerja berkaitan bidang automotif. Kini, dia merupakan pelajar Sijil Kemahiran Automotif Tahap II di Pusat Latihan Kemahiran Septronic (SSTC). "Saya seronok mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan di sini. Walaupun saya pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi, peluang belajar di SSTC boleh menjadikan saya individu yang berdikari. "Tambahan pula, sejak di sekolah saya memang meminati bidang automotif. Justeru, apabila melihat terdapat kursus kemahiran automotif turut ditawarkan di pusat ini, saya tidak teragak-agak untuk mengikutinya," kata Gogulakrishnan kepada Kosmo! ketika ditemui di kampus utama SSTC yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor. Menurut Pengarah Urusan SSTC, Abdul Rashid Nopiah, antara objektif utama pusat tersebut diwujudkan adalah untuk membantu dan mendorong pelajar yang lemah dalam akademik agar dapat menguasai kemahiran tertentu sekali gus mampu bersaing di pasaran kerja. "Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, SSTC telah melahirkan 1,200 pelatih yang berkualiti dan berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang kemahiran masing-masing sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta," jelas beliau sambil memberitahu pusat tersebut mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sejak 2 Januari 2003. Apa yang pasti, SSTC mempunyai visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam kejuruteraan dan hospitaliti. Institusi itu juga berazam melahirkan pelatih yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Terdapat enam kursus kemahiran yang ditawarkan SSTC iaitu automotif, pengetuk panel kenderaan rendah, penyembur cat, elektrikal, pastri dan penyelia makanan atau minuman (pramusaji). Setiap kursus mempunyai tiga tahap dengan bagi Sijil Kemahiran Tahap I dan II, tempoh pembelajaran mengambil masa selama enam bulan manakala Sijil Kemahiran Tahap III dalam tempoh setahun. Pengetua SSTC, Sugunadevi Arjunan, 48, berkata, pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus yang ada dilakukan sebanyak empat kali setahun. Uniknya, mereka bukan sekadar menyasarkan pelajar dalam kalangan remaja lepasan sekolah untuk mengikuti kursus tersebut, bahkan golongan ibu tunggal atau individu menganggur yang mahu mempelajari kemahiran yang diminati juga amat dialu-alukan. "Dalam aspek ini kami bersikap terbuka kerana mahu memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu mengembangkan bakat dan potensi diri untuk masa depan yang gemilang.
|
PUSAT ini mengalu-alukan ibu tunggal atau individu menganggur untuk mempelajari kemahiran yang diminati di sini.
|
"Malah, SSTC boleh dianggap sebagai alternatif utama bagi mereka yang lemah atau tidak berminat menyambung pelajaran dalam bidang akademik," ujar Sugunadevi yang memainkan peranan penting dalam mengasaskan penubuhan SSTC sebagai respons terhadap kekurangan profesional teknikal terlatih dalam industri vokasional. Sejarah penubuhan Pada mulanya Septronic hanya menawarkan kursus Mekanik Kenderaan Motor pada tahun 2003 di Selayang, Selangor dengan 13 pelajar perintis. Dua tahun kemudian, lokasi pusat tersebut berpindah ke Jalan Ipoh di Kuala Lumpur apabila satu lagi kursus tambahan iaitu elektrikal diwujudkan. Di samping itu, apabila menyedari industri pelancongan Malaysia semakin berkembang dan permintaan terhadap kakitangan dalam penyediaan makanan dan minuman (F&B) dan kursus pastri meningkat, Sugunadevi terus mengambil langkah proaktif memulakan kursus-kursus berkaitan. Keadaan itu mendorong beliau untuk mencari lokasi yang lebih sesuai di Sentul Raya bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif buat pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di bawah kelolaan SSTC. "Tahun lalu, SSTC berpeluang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat, ICAR International untuk menjalan kursus pengetuk panel dan penyembur cat yang secara tidak langsung meluaskan lagi skop pembelajaran kemahiran di sini," katanya yang berhasrat menjadikan SSTC sebagai pusat sehenti bagi kursus-kursus kemahiran. Kampus utama SSTC di Bukit Beruntung ini baru sahaja beroperasi sejak dua bulan lalu. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, futsal, sepak takraw, perpustakaan, surau dan kafe. Mereka yang berminat mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di SSTC turut diberi kemudahan penginapan di apartmen yang terdapat di kampus tersebut. Tenaga pengajar pula terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Antaranya seperti guru dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan mereka yang terlibat dalam industri berkaitan. Untuk maklumat lanjut mengenai SSTC layari laman web www.septronic.edu.my atau hubungi talian 03-4045 2468. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Warna-warni Karnival Eksplorasi USIM Posted: Warna-warni Karnival Eksplorasi USIMWarna-warni Karnival Eksplorasi USIM Oleh MAZLINA ABDUL MAJID TUNKU NAJIHAH (kiri) teruja melihat demonstrasi bermain karom oleh para pelajar.
WAJAH-WAJAH penuh keriangan jelas terpancar pada sekumpulan pelajar di satu sudut di Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Senda tawa gurauan juga jelas kedengaran hingga berjaya menenggelamkan bunyi bising kenderaan yang lalu lalang. Barangkali mereka terlalu gembira kerana dalam tempoh tiga hari, mereka tidak perlu terlalu serius menelaah buku pelajaran. Dari semasa ke semasa, deretan kereta, motosikal, van mula memenuhi jalan-jalan utama di kampus itu. Demikian juga para pelajar yang lengkap berpakaian tradisional Melayu, seragam askar, taekwondo termasuk yang hanya mengenakan baju-T berwarna-warni beramai-ramai berjalan kaki menuju ke pusat sukan. Sememangnya pada hari itu, cuaca sangat panas. Jadi, tidak hairanlah ada yang berpayung dan tidak kurang menggunakan surat khabar untuk menghalang panahan cahaya matahari. KECEKAPAN pelajar USIM berkawat mendapat tepukan gemuruh daripada tetamu.
Selang beberapa ketika, terdengar dendangan lagu kebanggaan masyarakat Minang, Ayam Den Lapeh yang dinyanyikan oleh penyanyi keroncong USIM, Mohd. Nurhakimi Md Yaman. Beritahu Penolong Pendaftar kampus itu, Khairul Azizi Elias, Mohd. Nurhakimi baru saja memenangi Festival Keroncong Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Makum) baru-baru ini. "Kak, saya sangat teruja dengan Hari Terbuka USIM kerana inilah julung-julung kalinya diadakan. "Ini juga pertama kali saya dapat melihat lebih 6,000 pelajar berkumpul dan bersatu dalam satu program yang dinanti-nanti," kata seorang pelajar lelaki yang tiba-tiba datang menemui penulis, berbicara dan berlalu sekelip mata tanpa sempat menulis mencatatkan nama dan umurnya. Rupa-rupanya pelajar itu harus segera memasuki barisan untuk berkawat kerana tetamu kenamaan telah sampai. Khairul Azizi memberitahu, setelah 11 tahun USIM ditubuhkan, ini merupakan pertama kali universiti itu menganjurkan hari terbuka universiti atau dikenali sebagai Karnival Eksplorasi USIM 2011 yang bertemakan Simply Inspiring. Kenapa ia dinamakan eksplorasi? Ujar Khairul Azizi, perkataan eksplorasi itu sendiri membawa maksud penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu. Dengan erti kata lain, pihak kampus memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyelami dan mendalami apa yang terdapat di USIM dengan lebih dekat dan mesra. USIM antara kampus yang aktif melahirkan bakal tentera yang berwibawa.
Sebenarnya, karnival yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mac lalu tidak hanya melibatkan warga kampus. Pada masa yang sama ia turut melibatkan pelajar-pelajar di sekolah berdekatan dan masyarakat setempat. "Kita tak mahu keluarga hanya datang menonton sebaliknya mereka juga turut serta dengan aktiviti kami, kita mahu mereka lebih dekat dan mesra dengan kita," kata Khairul Azizi. Kompleks sukan Tunku Najihah Sepanjang tiga hari program itu berlangsung, pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya ialah pameran dan taklimat di setiap fakulti, pameran pasukan beruniform, persembahan pelajar, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan. Tidak ketinggalan, pertandingan sukan seperti bola jaring dan futsal, pertandingan fotografi pertandingan Explore Race serta tayangan video. Bagi memupuk semangat usahawan di kalangan pelajar, deretan gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman juga didirikan. Satu-satunya perkara yang sangat dibanggakan oleh warga USIM ialah kompleks sukannya. Ada sebab mengapa mereka merasai perasaan itu. Pertama, trek sintetik di kompleks itu telah diiktiraf oleh International Association Athletic Federation (IAAF) sebagai kemudahan sukan yang bertaraf dunia. Lebih bermakna lagi, USIM merupakan universiti pertama di negara ini yang memperoleh pengiktirafan tersebut sejak tahun 2009. RASMI. Tunku Najihah berkenan merasmikan kompleks sukan yang mengambil sempena namanya.
Sebagai kampus baru, pastinya mereka terharu apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memilih USIM sebagai penganjur kepada Sukan Antara Universiti-Universiti Malaysia (Masum) pada tahun lalu. Atas komitmen dan kesungguhan pihak pengurusan, KPT turut menjadikan kompleks itu sebagai Pusat Sukan Tumpuan Taekwondo KPT. Ini bermakna USIM diberi kepercayaan menyelaras dan membangunkan program pembangunan sukan lasak itu di seluruh IPT. Secara keseluruhan, pusat itu dilengkapi dengan gelanggang tenis, sepak takraw, bola tampar, bola baling, futsal, bola jaring dan 22 stesen latihan beban. Selain itu terdapat juga gimnasium, aktiviti kokurikulum dan pejabat sukan. Sebagai menghargai jasa baik Canselornya, Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin, kompleks itu secara rasminya diberi nama Kompleks Sukan Tunku Najihah. Baginda juga berkenan untuk merasmikan kompleks itu pada karnival tersebut. Melalui program-program yang dianjurkan, USIM berharap sedikit sebanyak institusi itu dapat meraikan para pelajarnya. Di samping itu, masyarakat luar juga dapat melihat USIM sebagai satu destinasi menara gading yang terbaik untuk menyambung pengajian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Hati Posted: 28 Mar 2011 07:54 PM PDT Persatuan pertingkat ekonomi wanita Posted: 28 Mar 2011 09:26 AM PDT AHLI Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang boleh berbangga apabila pertubuhan itu bukan saja melakar imej yang cemerlang, malah usaha mereka selama ini turut menjadi model dan ikutan persatuan wanita di rantau Asia Tenggara dan Timur Jauh. Pengerusi WI Pahang, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, pihaknya sudah berusaha untuk melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan warga WI Pahang seharusnya bangga dengan pengiktirafan yang diberikan persatuan lain termasuk di luar negara. Aktiviti utama WI adalah berlandasan objektif untuk memimpin golongan wanita menjadi insan berguna selain berusaha memelihara keharmonian keluarga. Tanggungjawab lain yang dipikul termasuk meningkatkan taraf ekonomi, keagamaan, mengeratkan perhubungan di kalangan ahli dengan masyarakat selain aktiviti amal dan kebajikan. "Sebagai persatuan induk, WI Pahang mampu menjadi penanda aras kepada ahli WI di kalangan 14 negara Asia lain yang turut bercita-cita untuk menaikkan imej golongan wanita di negara masing-masing.
"Pencapaian cemerlang WI Pahang memberi kelebihan kepada saya untuk dilantik sebagai presiden WI kawasan Asia yang bertanggungjawab mengawasi gadis dan wanita di Indonesia, Filipina, Korea, Jepun, Mongolia, Singapura dan Brunei. "Saya akan pastikan imej WI Pahang terus cemerlang dan tanggungjawab berkenaan akan dipikul sebaik mungkin dalam usaha menjaga amanah di peringkat lebih tinggi," titahnya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung WI Pahang ke-58 di Indera Sempurna Resort, Kuantan, baru-baru ini. Tunku Azizah bertitah, untuk memastikan imej WI Pahang terus cemerlang, semua pemimpin pertubuhan di peringkat cawangan dan daerah perlu memanfaatkan jawatan yang disandang sebagai perkara utama untuk memimpin ke arah pembaikan dan bukan untuk tujuan peribadi. "Saya berharap kerjasama erat yang dipupuk selama ini dapat terus dikekalkan sampai bila-bila demi kebaikan ahli, seterusnya masyarakat. "Saya yakin semua pertubuhan WI di negeri ini dapat memikul tugas dan tanggungjawab diamanahkan dalam usaha mencapai matlamat persatuan dan kemajuan ahli," titahnya.
Pada majlis itu, Tunku Azizah berkenan melancarkan projek Roof A Thon bagi mengutip dana untuk membina bangunan bersama WI negeri dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Pahang di Taman Gelora, Kuantan.
Veteran WI negeri, Hamidah Hassan, 75, berkata, pendekatan ke arah kemajuan yang dilakukan Tunku Azizah berjaya meletakkan WI negeri pada kedudukan terbaik dan membanggakan.
"Aktiviti kelas jahitan, memasak, jualan, ceramah motivasi dan aktiviti agama antara kegiatan yang diusahakan WI negeri termasuk daerah dan cawangan.
"Program yang dianjurkan tidak hanya membabitkan golongan dewasa tetapi disertai remaja dan pelajar sekolah yang berminat dengan aktiviti seumpama itu," katanya.
Jatuh bangun sesebuah persatuan banyak bergantung kepada pengerusi dan peranan yang dipikul akan menentukan setiap aktiviti untuk kepentingan ahli seterusnya masyarakat.
Katanya, pengalaman lebih 25 tahun memimpin WI cawangan Temerloh memberi kelebihan kepadanya untuk berkongsi pandangan dengan golongan generasi muda.
Bagi Naib Pengerusi WI cawangan Tanah Putih Baru, Kuantan, Nurani Harun, 58, pembabitan wanita dalam persatuan dapat membuka lebih peluang untuk menceburi bidang perniagaan.
"Saya mengusahakan perusahaan membuat kek, kuih ubi dan pau goreng yang dipasarkan di sekitar kawasan perumahan selain turut menerima tempahan.
"Pengalaman bertugas sebagai jururawat juga memberi peluang kepada saya untuk memberi perkhidmatan mengurut wanita lepas bersalin," katanya yang lebih 10 tahun menjadi ahli WI.
Rakannya, Samsuri Abdullah, 49, yang menganggotai WI Kuala Lipis berkata, apa yang diharapkan lebih ramai wanita di peringkat daerah menjadi ahli WI.
"WI Kuala Lipis kini mempunyai 780 ahli, selain ekonomi, aktiviti lain yang dilakukan membabitkan program agama seperti ceramah, kelas al-Quran dan tahlil.
"Kami sentiasa menjalinkan kerjasama di kalangan ahli terutama membabitkan perniagaan kerana ia membuka peluang untuk lebih maju dan berkembang," katanya yang lebih 12 tahun menjadi ahli WI Kuala Lipis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tarian lilin Earth Hour Posted: 28 Mar 2011 09:24 AM PDT ANGGOTA Hotel Hilton Kuala Lumpur menghiburkan tetamu hotel dengan tarian lilin di Boardwalk hotel berkenaan, baru-baru ini. Menerusi latihan selama dua minggu, pasukan dianggotai 12 penari itu terdiri daripada petugas di pelbagai jabatan hotel terbabit. Sempena usaha untuk memulihara tenaga dan kehijauan, penari itu berpakaian tradisional Melayu dengan sentuhan hijau. Sebaik lampu dipadamkan, kumpulan penari itu berhimpun di Boardwalk untuk memulakan persembahan mereka. Tarian berkenaan yang berakhir selama 10 minit, menarik perhatian ramai tetamu hotel yang berada di lobi. Menggunakan lilin sebagai bahagian penting koreografi, tarian itu ditarikan penuh gemalai menggunakan lilin di atas piring yang diletakkan di tapak tangan.
Pada masa sama, hotel berkenaan turut menawarkan makanan dan minuman istimewa sempena acara berkenaan. Mengenai usaha hotel terbabit menyokong Earth Hour, Pengurus Besar Hilton Kuala Lumpur, William Costley, percaya penyertaan hotel untuk kali ketiga sebagai sebahagian usaha Earth Hour itu menggambarkan komitmen syarikat kepada komuniti. "Earth Hour membolehkan ahli pasukan kami bekerja sama dengan tetamu hotel bagi meningkatkan kesedaran bahawa setiap insan bertanggungjawab kepada bumi dan melakukan perubahan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan