Isnin, 28 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 28 Mar 2011 01:23 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Apabila isteri bersuara

Posted:

Apabila isteri bersuara

Apabila isteri bersuara

Oleh ZUHAYATI YAZID

SALAH satu azam wanita yang melangkah masuk ke alam perkahwinan ialah ingin menjadi isteri solehah. Ia mungkin mudah disebut. Tetapi untuk melaksanakan tugas sebagai isteri terbaik tidaklah mudah.

Kehadiran isteri yang baik akan mudah melahirkan rumah tangga bahagia. Sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumah tangga yang kucar-kacir.

Wanita sememangnya dilahirkan dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah, bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.

Rumah tangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri yang solehah dengan memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembentukan rumah tangga yang bahagia.

Dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, isteri sebenarnya merupakan pembantu kepada suami, jadi sekira suami bertindak tidak betul adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menegur.

Setiap individu mempunyai kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan suami. Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan tersebut.

Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah, sudah tentu ia mengecewakan. Keadaan itu jika tidak diperbaiki ia akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

Jika seorang suami itu buta dengan kelemahan dan kelemahan ini menyebabkan kesusahan atau kegagalan baginya mendapatkan kejayaan adalah mustahak bagi isteri menyediakan kesedaran tersebut.

Sebenarnya, dalam kehidupan berumah tangga, isteri juga ada hak dalam menentukan kebahagiaan cuma ia mesti dilaksanakan dengan cara kewanitaan, lemah lembut dan penuh berhemat.

Sebenarnya, isteri boleh bersuara dalam hal-hal tertentu yang melanggar etika pergaulan suami isteri demi mempertahankan kewibawaannya sebagai isteri yang berhemah.

Sekiranya suami ada membuat kesilapan, tegurlah secara diplomasi kepada suami dan nasihat kepada secara berhemah supaya meninggalkan perbuatan itu.

Sekiranya ia melibatkan hal-hal yang menimbulkan dosa, isteri mempunyai hak untuk menjauhkan anak-anak malah dirinya sendiri daripada terlibat melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Tidak salah menasihati dan menegur kesilapan suami walaupun dia adalah ketua keluarga.

Biarpun begitu, sebagai isteri yang solehah, sikap taat adalah ciri penting dalam kehidupan berumah tangga.

Sebagai isteri, selagi perbuatan tidak menyalahi undang-undang dan syariat agama, kita sebagai isteri wajib untuk mentaati suami.

Namun sekiranya kita mendapati ada perbuatan yang tidak betul, cuba berbincang secara baik supaya tidak menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Percayalah, sekiranya kita taat kepada suami dengan ikhlas, pasti Allah akan memberi rahmat kepada diri kita.

Begitu juga dalam situasi suami menzalimi anak-anak, isteri perlu bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak.

Ajaklah berbincang secara waras dengan suami, apakah relevannya suami bertindak ganas dengan anak-anak.

Sekiranya suami mempunyai sebab-sebab yang tertentu menyebabkan dia ganas mendidik anak, kompromi dengan si suami supaya tidak terlalu ganas dalam mendidik anak.

Bagaimanapun, sebagai ibu jangan pula terlalu menyokong tindakan anak-anak sehingga menyebabkan pergaduhan kepada suami isteri.

Lazimnya, anak-anak yang terlalu di manja akan menjadi degil dan besar kepala kerana setiap perbuatan yang dilakukan seolah-olah mendapat restu daripada ibunya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaya hidup sihat, ramai tak kisah

Posted:

Gaya hidup sihat, ramai tak kisah

Gaya hidup sihat, ramai tak kisah

INSAN yang sihat minda dan fizikal adalah di kalangan mereka yang sentiasa prihatin dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Namun, masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan mereka.

BOLEH dikatakan keseluruhan rakyat Malaysia memahami amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merangkumi aspek penjagaan makanan, kesihatan dan melakukan aktiviti sihat yang mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan.

"Namun kebanyakan golongan yang bekerjaya hari ini mempunyai waktu yang terbatas terutamanya untuk melakukan aktiviti sihat seperti bersukan.

"Masyarakat hari ini juga terikut-ikut dengan gaya hidup seperti gemar mengambil makanan segera walaupun mengetahui bahawa makanan itu tidak berkhasiat."

3

– AINURLIZA MAT RAHIM, 36 tahun, Pensyarah.

KEKURANGAN masa merupakan penyebab kepada kurangnya pelajar melakukan aktiviti sihat.

"Malah terdapat sebahagian daripada mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

"Bagaimanapun ramai juga yang bersedia untuk terlibat dalam program ataupun aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak tertentu."

– NUR ASIAH HASSAN, 22 tahun, Pelajar.

MEMANG tidak dinafikan masyarakat hari ini semakin menyedari kepentingan pengamalan gaya hidup yang sihat. Remaja terutamanya banyak terlibat dalam aktiviti sukan seperti futsal, rock climbing, dan sebagainya.

"Namun, kekangan waktu merupakan penyebab utama kurangnya pengamalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat kita.

"Begitu pun, setiap individu sepatutnya perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kesihatan diri."

– ABDUL HADI ABDUL RAHMAN, 22 tahun, pelajar.

TERDAPAT banyak aktiviti ataupun program yang telah dianjurkan oleh peringkat sekolah mahupun universiti yang melibatkan aktiviti sukan. Terdapat banyak penglibatan daripada masyarakat yang pelbagai peringkat berdasarkan program-program yang dianjurkan."

"Masyarakat kurang melibatkan diri mereka dalam aktiviti sihat seperti bersukan kerana tiada masa."

– NUR AFIQAH FATAS, 21 tahun, pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 27 Mar 2011 11:21 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Swasta bantu pendidikan di luar bandar, pedalaman

Posted:

Swasta bantu pendidikan di luar bandar, pedalaman

Swasta bantu pendidikan di luar bandar, pedalaman

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Wakil HSBC, duta Jerman, Knorr-Bremse dan Borneo Child Aid bergambar bersama murid Pusat Pendidikan Anak-anak Bajau Laut pada Majlis perasmian pusat tersebut di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah, baru-baru ini.


HSBC Bank Malaysia menyatakan sokongan dan keprihatinan mereka dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak Bajau Laut di Sabah dengan memajukan Pusat Pendidikan di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna baru-baru ini.

Kemudahan di Pusat Pendidikan berkenaan mampu memberi manfaat kepada kira-kira 350 anak-anak Bajau Laut di kawasan itu.

Ketua Kumpulan Komunikasi HSBC Bank Malaysia Berhad, Elizabeth Wee berkata, projek pendidikan itu merupakan kerjasama antara tiga pihak iaitu HSBC, syarikat pengeluar sistem brek untuk rel serta kenderaan komersial dari Jerman, Knorr-Bremse dan sebuah organisasi tempatan, Borneo Child Aid.

"HSBC telah menyokong usaha Borneo Child Aid di Sabah sejak 2007 melalui Program Pendidikan Global HSBC yang menyediakan capaian pendidikan kepada kira-kira 1,600 kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Kerjasama antarabangsa ini merupakan satu peluang terbaik untuk bank bekerja dengan para pelanggan yang mempunyai haluan sama," katanya pada Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Anak- Anak Bajau Laut di Kampung Pantau-Pantau, Semporna, baru-baru ini.

Majlis perasmian itu turut disempurnakan oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Georg Gruber.

Hadir sama, Pengarah Projek Borneo Child Aid, Torben Venning; Pakar Kanan Pembelian Selepas Pasaran Knorr-Bremse, Christian Kufner dan wakil Germany Trade and Invest, Thomas Hundt.

Wee berkata, HSBC Bank Malaysia menyumbangkan RM504,000 bagi membiayai guru, bahan mengajar dan penyenggaraan tapak projek sepanjang tempoh tiga tahun.

"Knorr-Bremse pula menyumbang dari segi pembinaan dan infrastruktur pusat-pusat pengajian termasuk sebuah sekolah berpusat, sekolah atas kaki bajang dan sekolah bot.

"Sementara Borneo Child Aid pula ditugaskan untuk menyediakan guru dan pelajar serta menyelia keseluruhan sekolah itu," jelas beliau.

Sementara itu, Gruber berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak kerana telah bekerja keras bersama-sama bagi merealisasikan projek untuk membantu kanak-kanak terbabit.

"Anak-anak merupakan harapan masa depan dan mereka sangat memerlukan ilmu pengetahuan agar dapat membesar menjadi manusia yang berilmu.

"Dengan ilmu pengetahuan, mereka ini kelak akan dapat menjadi insan sempurna, seterusnya membantu mengubah nasib keluarga," terangnya.

Menurut Wee, pendidikan telah lama menjadi inisiatif kepada HSBC kerana pihaknya percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.

"Kami juga percaya bahawa pendidikan adalah penting di mana ia membuka peluang untuk generasi muda dengan membantu meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran hidup mereka," ujarnya.

Jelas beliau, masyarakat Bajau Laut secara tradisinya tidak mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah disebabkan hidup secara nomad ditambah dengan kekurangan sekolah di pulau-pulau berdekatan.

"Majoriti anak-anak Bajau Laut tidak mempunyai pendaftaran kelahiran yang menjadikan keadaan lebih sukar untuk mereka mendaftar di sekolah-sekolah tempatan," katanya.

Tambahnya, pihak HSBC berharap agar komuniti di sini akan melihat pusat-pusat pengajian ini sebagai pintu untuk anak-anak mereka ke sekolah dan mendapatkan pendidikan asas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasca SPM: Pilih kursus secara bijak, ikut minat

Posted:

Pasca SPM: Pilih kursus secara bijak, ikut minat

Pasca SPM: Pilih kursus secara bijak, ikut minat

Ketika ini, ibu bapa dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sibuk membuat 'kerja rumah' untuk memilih kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menepati impian masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara. Sama ada IPT awam atau swasta bergantung kepada keputusan SPM, kesesuaian kursus dan kemampuan kewangan.

Bagi 9,239 calon yang mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, tentunya tidak berdepan masalah untuk memilih kursus idaman di universiti pilihan hati masing-masing. Mereka ada keistimewaan dan kebebasan kerana menepati syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi jangan rambang mata. Buat pilihan mengikut minat dan cita-cita. Jangan ikut kawan takut merana badan.

Luaskan skop dan buat kajian teliti. Usah bataskan pilihan kepada kerjaya 'popular' seperti doktor, jurutera dan peguam sahaja. Pertimbangkan juga opsyen untuk menceburi bidang yang niche tetapi berpotensi serta menjanjikan pulangan lumayan seperti industri maritim, aeroangkasa dan aviation. Kursus ini ditawarkan oleh IPT tempatan.

Paling utama, pastikan kursus yang ingin dipohon khususnya yang ditawarkan oleh IPT swasta diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan menerima akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sila rujuk laman sesawang rasmi untuk rujukan lanjut atau layari www.mohe.gov.my.

Perlu diingat bahawa bagi kursus kedoktoran dan kejuruteraan, ia perlu diiktiraf oleh pertubuhan profesional yang berkaitan. Begitu juga untuk kursus yang ditawarkan oleh universiti luar negara.

Kepada yang berhasrat ingin belajar di luar negara, sila pertimbangkan faktor keselamatan kerana ketika ini banyak negara yang sedang dilanda krisis. Negara-negara di Asia Barat seperti Mesir, Bahrain dan Yaman sedang berlaku pergolakan politik.

Manakala Jepun pula berdepan ancaman radiasi nuklear yang berada pada paras bahaya dan mencemari air serta makanan akibat bencana tsunami.

Sila ikuti perkembangan terkini dan dapatkan maklumat yang sahih daripada Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835000.

Dalam pada itu, peluang masih ada untuk yang kurang cemerlang dalam SPM. Sertai bidang kemahiran sama ada di politeknik atau di institusi latihan kemahiran.

Contohnya , Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Pelajar yang tamat latihan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1, 2, 3, 4 dan 5. Mereka yang mendapat sijil berkenaan biasanya bekerja di sektor industri dan menerima gaji setanding dengan graduan lepasan universiti.

Pada masa sama, semak tawaran biasiswa dan pembiayaan pendidikan di akhbar untuk membantu mengurangkan tanggungan kewangan ibu bapa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 27 Mar 2011 03:37 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


3,000 atlet sertai Sukan Perak ke-6

Posted:

3,000 atlet sertai Sukan Perak ke-6

3,000 atlet sertai Sukan Perak ke-6


SULTAN AZLAN (dua dari kiri) berbual dengan para peserta selepas merasmikan Sukan Perak ke-6 di Stadium Indera Mulia, Ipoh baru-baru ini.


GEMILANG. Seramai 3,000 atlet menyertai kejohanan dwi-tahunan Sukan Perak (Super) ke-6 di Ipoh baru-baru ini.

Kejohanan itu disertai atlet berusia bawah 20 tahun dari 10 daerah di Perak.

Beberapa kontinjen jemputan turut menyertai kejohanan itu seperti Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Teknologi Petronas dan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Sebanyak 11 disiplin sukan dipertandingkan iaitu memanah, karate-do, silambam, badminton, sepak takraw, taekwondo, olahraga, bola keranjang, hoki dan bola jaring.

Kejohanan itu dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelab Sukan NBCT anjur pertandingan futsal

Posted:

Kelab Sukan NBCT anjur pertandingan futsal

Kelab Sukan NBCT anjur pertandingan futsal


PARA pemain pasukan NBCT A dan NBCT B bergambar selepas pertandingan futsal lima penjuru di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.



JUARA. Pasukan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) A muncul juara pada pertandingan futsal lima penjuru di Safira Sport Planet, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka berjaya menundukkan pasukan NBCT B, Utusan Malaysia, Charlie FC dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Menurut penganjur pertandingan, Haizan Hanif, pertandingan itu dianjurkan oleh Kelab Sukan NBCT bagi merebut piala pusingan Eksekutif Kanan Logistik NBCT, Alias Baharom.

Katanya, pertandingan itu akan dijadikan acara bulanan bagi mengeratkan hubungan antara petugas NBCT, media dan jabatan kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

34 peniaga kecil Tasek Gelugor terima bantuan Tekun

Posted:

34 peniaga kecil Tasek Gelugor terima bantuan Tekun

34 peniaga kecil Tasek Gelugor terima bantuan Tekun


SHABUDIN (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama para penerima bantuan Tekun di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.



BANTUAN. Seramai 34 peniaga sekitar daerah Tasek Gelugor, Pulau Pinang menerima bantuan Tekun Nasional (Tekun) pada satu majlis di Bangunan UMNO Tasek Gelugor baru-baru ini.

Setiap peniaga menerima bantuan di antara RM3,000 dan RM35,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Pengurus Tekun Nasional Parliman Tasek Gelugor, Azhari Yaacob berkata, sebanyak RM324,000 diagihkan kepada peniaga terbabit bagi menjalankan pelbagai bidang pernigaan di Tasek Gelugor.

Seorang pengusaha rempeyek, Rohaya Yaakub, 43, dari Persiaran Nakhoda, Teluk Air Tawar memberitahu, wang bantuan itu akan digunakannya untuk membeli mesin membuat rempeyek yang baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 27 Mar 2011 03:19 PM PDT

Utusan Online - Megabait


Pencerobohan Facebook

Posted:

Pencerobohan Facebook

Pencerobohan Facebook


Pengguna perlu berwaspada dengan akaun Facebook mereka.


Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat?

- Suria , KL

Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap.

Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar.

Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya.

Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.

Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook.

Ini kerana data-data atau maklumat 'berterbangan' di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan.

Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan.

Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata.

Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya.

Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https).

Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook.

Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook.

Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https.

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini.

Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian.

Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melonjak usahawan ICT bumiputera

Posted:

Melonjak usahawan ICT bumiputera

Melonjak usahawan ICT bumiputera

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar MOHD NOOR AMIN


NAJIB Tun Razak bersama para pemenang kategori utama dan kategori pilihan rakyat pada majlis Anugerah ICT NEF-Awani 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH ICT NEF-AWANI 2010 anjuran Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani berakhir minggu lalu.

Semua pemenang untuk tujuh kategori utama, lima kategori pilihan rakyat dan satu penerima anugerah khas telah pun diumumkan dalam acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Secara asasnya, acara tersebut dilihat mencapai matlamat utamanya membantu usahawan tekno dan ICT bumiputera tempatan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka seterusnya membuka peluang untuk dikembangkan peringkat lebih baik.

Ini kerana, buat julung-julung kalinya, penganugerahan seumpama itu mengiktiraf serta menyokong penggiat industri kreatif dan ICT daripada kalangan bumiputera.

Menurut Presiden NEF, Ashran Ghazi, platform tersebut pasti akan memberi inspirasi kepada ahli masyarakat yang berminat menceburi bidang keusahawanan tekno.

''Menerusinya, ia membuktikan bahawa industri ini mempunyai hala tuju dan masa depan yang cukup cerah jika dilaksanakan dengan perancangan yang betul.

''Kita juga mahu memastikan orang ramai tahu bahawa di negara kita terdapat syarikat yang mempunyai kebolehan dan potensi besar dalam industri ini,'' katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.

Anugerah berkenaan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyampaikan trofi kepada para pemenang.

Ashran menambah, syarikat industri kreatif dan teknologi tempatan seharusnya diberi pendedahan dan pengiktirafan sewajarnya supaya mereka bersedia bersaing tidak kira di dalam negara mahu pun di arena global.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan produk serta perkhidmatan hasil keluaran syarikat bumiputera adalah setanding dengan peringkat antarabangsa.

''Negara mempunyai syarikat bumiputera yang berbakat besar dalam industri kreatif dan teknologi, berdaya saing serta inovatif.

''Justeru, selain mengiktiraf mereka, penganjuran Anugerah ICT NEF-Awani 2011 ini juga diharap memberi impak yang besar dalam perkembangan industri,'' jelasnya.

Sesuatu yang unik mengenai anugerah ini, ia mengetengahkan pendekatan membawa syarikat-syarikat ini didedahkan menerusi media.

Platform media tersebut termasuk siaran televisyen (Astro Awani), rangkaian radio (AMP), akhbar (Utusan Malaysia) dan juga majalah keluaran NEF (The Network).

Dengan cara itu, ia secara dapat memberi peluang kepada para usahawan mendedahkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ia sekali gus menawarkan kesan positif kepada syarikat terutama daripada segi imej, aktiviti pembiayaan, akses pasaran, kreativiti dan pembangunan.

Sementara kategori pilihan rakyat, orang awam boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka secara dalam talian melalui laman Facebook Anugerah ICT NEF-AWANI 2010.

Salah satu kategori yang dipertandingkan adalah Syarikat Startup Bumiputera Terbaik di ungguli oleh syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd. yang menghasilkan siri animasi Boboiboy.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Nizam Abd. Razak, syarikatnya berterima kasih kepada pihak penganjur di atas penganugerahan yang diberi.

''Walaupun syarikat kami baru berusia 18 tahun, tapi kami berbangga dengan pencapaian ini menerusi produk animasi Boboiboy.

''Kami berharap Boboiboy akan terus diterima masyarakat. Sejak disiarkan dua minggu lalu, animasi ini telah mendapat rating yang cukup menggalakkan,'' jelasnya.

Ditanya mengenai persaingan daripada syarikat animasi lain yang semakin banyak ditubuhkan, beliau memberitahu, keadaan itu membuatkan syarikatnya lebih bersemangat untuk tampil dengan produk berkualiti terbaik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 27 Mar 2011 03:08 PM PDT

Utusan Online - Agrobiz


Baja jerami padi

Posted:

Baja jerami padi

Baja jerami padi

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Mohd. Shamsuddin Lias menyampaikan produk D'Comp Bio-Plus kepada petani di Sungai Burong, Tanjung Karang baru-baru ini.


BERAS yang merupakan makanan rugi masyarakat Asia memerlukan kawasan tanaman yang luas yang menampung permintaan yang semakin meningkat.

Tetapi penghasilan beras turut membawa kepada pertambahan sisa pertanian yang kini meningkat berlipat kali ganda. Ini menyebabkan beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Antaranya sisa jerami padi yang menjadi masalah bukan saja kepada petani malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Lagi pula, sisa jerami yang dihasilkan adalah pada nisbah yang sama dengan hasil padi yang dikeluarkan.

Sejak sekian lama para petani melupuskan jerami melalui pembakaran terbuka.

Ia bukan saja menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Justeru sebuah syarikat berasaskan bioteknologi dan berstatus BioNexus, MyAgri telah berjaya menangani masalah pelupusan sisa pertanian industri padi.

Caranya ialah dengan menukar jerami di petak-petak sawah kepada baja semulajadi melalui proses pereputan yang yang menggunakan produk berasaskan mikrob.

Pengarah Eksekutif MyAgri, Kamal Ahmad berkata, produk berasaskan mikrob itu mempercepatkan proses pereputan sisa jerami padi di petak sawah.

''Ia hanya mengambil masa antara 20 hingga 30 hari untuk mereput sepenuhnya," katanya semasa majlis Pelancaran Program Subur Tanpa Bakar di Sungai Burong, Tanjung Karang, baru-baru ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias.

D'Comp Bio-Plus merupakan produk utama di dalam program Subur Tanpa Bakar yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah menguruskan jerami padi di tapak sawah terutama semasa musim hujan apabila pembakaran tidak dapat dijalankan.

Petani hanya perlu melabur sebanyak RM255 sehektar bagi tiga paket D'Comp Bio-Plus berbanding dengan faedah yang diperoleh.

"Penggunaan D'Comp Bio-Plus bukan saja dapat mengurangkan pembakaran malah jerami dapat dilupuskan walaupun pada musim hujan," katanya.

Pada majlis berkenaan Shamsuddin menyampaikan produk D'Comp Bio-Plus kepada 10 orang pesawah yang dipilih oleh Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor berdasarkan hasil pengeluaran padi setiap musim.

Menurut Pengarah IADA Barat Laut Selangor, Muhammad Nasir Kushairi, petani yang dipilih daripada anggota Kelab Padi 10 Tan yang agresif, mendapatkan hasil padi yang tinggi serta boleh menjadi jurucakap bagi produk berkenaan di masa akan datang.

''Inilah masa memperkenalkan konsep bioteknologi kepada petani dengan kawasan Sungai Burung dipilih sebagai perintis kepada projek Subur Tanpa Bakar," katanya.

Pengguna bukan saja boleh menjimatkan kos racun serangga, racun rumpai, mengurangkan masalah padi angin malah paling penting dapat mengelakkan pembakaran terbuka.

Shamsuddin menegaskan, kerajaan akan sentiasa membantu dalam memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan inovasi terkini kepada petani.

''Malah penggunaan bahan bioteknologi ini dilihat dapat membantu meningkatkan hasil padi selain mengurangkan kos secara terus," katanya.

Sebelum ini, MyAgri telah membuat beberapa plot demonstrasi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), di sana masalah padi angin dapat dikurangkan secara berperingkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjagaan lembu pedaging

Posted:

Penjagaan lembu pedaging

Penjagaan lembu pedaging

TERNAKAN lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Lembu boleh di klasifikasi dalam famili Bovidae manakala spesies Bos taurus untuk lembu dari iklim hawa sederhana manakala Bos indicus untuk lembu dari iklim tropika.

Ciri-ciri fizikal lembu pedaging yang ideal berbentuk bongkah atau segi empat serta mempunyai badan tegap dan berotot.

Antara lembu yang banyak dipelihara adalah lembu baka tempatan iaitu Kedah Kelantan (KK) dan Brahman baka lembu tropika yang mempunyai ketahanan terhadap parasit luar, tekanan haba serta cuaca panas selain tahan terhadap penyakit.

Baka Hereford adalah baka lembu pedaging iklim sederhana mampu memiliki berat matang 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina.

Baka lembu pedaging yang lain seperti Droughmaster, Simmental, Angus Charlois Shorthorn dan banyak lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads