borak kosong Posted: 30 Mar 2011 09:33 PM PDT [ANEH] Ikan saling bercinta,bercium selama 30 minit Posted: 30 Mar 2011 09:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Ikan ini sungguh saling mencintai dan selalu berciuman ketika mereka saling bersentuhan di dalam akuarium. Bahkan, mereka boleh berciuman hingga 30 minit. Kisah cinta dua ikan ini menyentuh hati banyak orang dan datang menyaksikan di akuarium yang terletak di wilayah Zhumadian, Daerah Henan, China. Bahkan, banyak pasangan pengantin baru yang mengambil foto ketika ikan ini saling berciuman. Pemilik akuarium bernama Wei menyatakan ikan jenis nuri ini berhasil dari Taiwan dan baru tiba beberapa minggu lalu. "Kami cuba memisahkannya namun kedua ikan ini menolak makan. Jadi, kami menempatkannya kembali dalam akuarium yang sama," jelas Wei. Sumber: Dahe Daily | Caj Bateri iPod Kesayangan Melalui Jantung Manusia Posted: 30 Mar 2011 08:00 PM PDT INILAH.COM, Jakarta- Sebentar lagi pemilik iPod tidak perlu khuatir kehabisan bateri untuk gadjet kesayangan. Mereka boleh memanfaatkan gerakan tubuh manusia, khususnya jantung. Seperti apa? Pasukan dari Georgia Institute of Technolog, Georgia, Amerika Syarikat, mengembangkan chip kecil yang mengubah gerakan manusia menjadi daya elektrik bagi perangkat teknologi. Mereka berharap, suatu hari nanti, jantung manusia boleh menjadi kekuatan bagi daya iPod dan handset Penelitian itu dipuji sebagai terobosan mutakhir dan berpotensi ciptakan ribuan aplikasi. Ilmuwan gunakan kawan nano zinc oxide yang boleh menciptakan daya elektrik. Secara teori, pergerakan tubuh, bahkan gerakan jari, dapat menciptakan daya energi. Sejauh ini, tim menggunakan teknologi itu untuk mengirim sinyal radio dan memberi daya ke layar LCD. "Perkembangan ini menjadi tonggak sejarah terhadap produksi daya elektronik portabel yang bisa diaktifkan via gerakan tubuh tanpa penggunakan baterai," kata peneliti utama, Dr. Zhong Lin Wang. "Nano generator kami siap mengubah kehidupan di masa depan." Perangkat Dr. Wang ribuan kali lebih kuat dari teknologi gerakan sebelumnya dan dianggap sebagai terobosan pertama yang dikembangkan di luar laboratorium. Peneliti menggunakan jutaan kawat nano yang 500 kali lebih tipis dari satu helai rambut manusia. Dalam eksperimen mereka, lima pembangkit daya nano boleh menciptakan kekuatan setara dengan dua baterai AA berkekuatan 3 volt atau 1 ampere mikro. Penemuan itu dipresentasikan di National Meeting & Exposition of the American Chemical Society, California, Amerika Syarikat. | Gambar pembantu rumah angkat beg anggota tentera buat orang ramai marah Posted: 30 Mar 2011 07:00 PM PDT Terlampau manja atau munkin dah terbiasa,,, saya petik dari kosmo online
SINGAPURA - Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.
Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.
Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).
Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.
"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.
Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.
Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik. - AFP | Tak pasal-pasal nenek 7 cucu kena hukuman mati Posted: 30 Mar 2011 06:00 PM PDT KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dekat sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 92.68 gram dadah jenis heroin pada 2009. Tertuduh, Mariah Hamad, 49, yang memakai baju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membacakan hukuman tersebut. Hakim memberitahu, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atas wanita itu yang mengedar dadah jenis heroin pada 3 Ogos 2009. Mengikut fakta kes, Mariah didakwa melakukan kesalahan pada tarikh tersebut kira-kira 3.45 petang di pekarangan Masjid Padang Nenas dekat sini dengan membawa satu bungkusan berwarna hitam. Bungkusan tersebut mengandungi 100 botol plastik yang berisi dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan sebanyak 92.68 gram. Atas kesalahan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama iaitu gantung sampai mati. Menurut Mohd. Yazid, keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu kandungan bungkusan yang diambilnya daripada seorang wanita dikenali sebagai Ida di Stesen Minyak Petronas Rantau Panjang pada hari kejadian adalah tidak benar. "Mengikut keterangan saksi ketika tertuduh ditangkap dia berada di dalam keadaan terkejut, takut dan pucat," katanya yang menguatkan tuduhan bahawa tertuduh tahu kandungan di dalam bungkusan tersebut. saya petik dari kosmo online | Presiden Venezuela Menentang Pembedahan Payudara Posted: 30 Mar 2011 05:00 PM PDT Sebelumnya Hugo Chavez secara terang-terangan menentang golf dan wiski. Kini Presiden Venezuela ini menentang Operasi Pembesaran Payudara.
Sementara menurut versi Venezuela Society of Plastic Surgeons (Badan yang mencatatan operasi plastik di Venezuela), tercatat antara 30 – 40 ribu perempuan di negara ini telah melakukan operasi plastik membesarkan payudara setiap tahunnya.
Beberapa klinik kecantikan secara terang-terangan memberikan pernyataan bahawa 'jika seorang wanita tidak memiliki payudara besar, dia harus merasa bersalah!"
Mungkin hal ini merupakan salah satu penyebab mengapa orang nombor satu di Venezuela jadi berang, "Mereka (iklan-iklan kecantikan payudara) membuat wanita-wanita di Venezuela khususnya wanita miskin, menjadi minder dan stress kerana harus berjuang mendapatkan wang banyak untuk melakukan operasi pembesaran payudara. Sementara pada saat yang sama, mereka masih kesusahan untuk mendapatkan makan!" (newsfeed.time.com)
Tentu Hugo Chavez benar. Sebagai seorang Presiden dia harus mengutamakan kesejahteraan masyarakatnya secara menyeluruh.
Namun di sisi lain, tentunya ada sebahagian orang yang mengkritik pendapatnya. Bahkan parti oposisi membandingkannya dengan Muammar Al-Gaddafi, "Hugo tidak beza dengan Kolonel (Gaddafi); kuno, militeristik, kasar, dan terlalu represif terhadap kebebasan kaum perempuan yang ingin melakukan sesuatu untuk memperindah tubuh mereka."
Oposisi juga tidak salah, mereka membela kaum perempuan yang berinisiatif membuat hidup lebih hidup.
Terkadang untuk membuat sesuatu yang indah memang perlu pengorbanan
| Lidah pakai zip Posted: 30 Mar 2011 11:01 AM PDT Ada juga yang sanggup buat begini....
| Ahli Biologi Russia ingin biakkan kucing bertelinga lima Posted: 30 Mar 2011 10:01 AM PDT VORONEZH, KOMPAS.com — Seorang ahli biologi dari Voronezh, Russia, menemukan kucing dengan lima telinga di tepi jalan dan membawanya ke rumah untuk dipelajari serta mencari kemungkinan untuk dibiakkan. "Kucing itu memiliki dua telinga normal, dua telinga tambahan yang terbalik 180 darjah, dan telinga kelima yang berukuran sangat kecil," kata Vladimir Obryvkov dari Universitas Pertanian Negeri Voronezh. Ilmuwan itu, yang bertahun-tahun mempelajari keanehan haiwan, mengambil foto sinar-X telinga tak lazim dari kucing itu. Namun, ia membawanya ke rumah untuk diberikan kepada anaknya. Obryvkov mengatakan, kucing bernama Luntya itu juga memiliki cakar besar, tetapi kelakuannya tidak berbeza dengan kucing lain. Ia ingin membiakkan haiwan peliharaan barunya itu dengan kucing bertelinga empat, yang tinggal di Vladivostok, guna menciptakan jenis baru dari haiwan berbulu tersebut. Obryvkov telah mempelajari seekor anak sapi, yang memiliki dua kepala, dua ekor, dan dua jantung; seekor kambing bermata satu; ayam berkaki empat; babi kembar siam; serta seekor kuda dengan dua hidung dan tiga mata. | Desa pelik cuma ada seorang penduduk Posted: 30 Mar 2011 09:20 AM PDT Desa ini ditinggal pergi oleh seluruh penduduknya. Kini tinggal seorang Lelaki saja yang sanggup untuk tinggal sendirian, tanpa wanita, tanpa anak, tanpa tetangga mahupun binatang peliharaan.
Terkadang saya perlu 'sendiri'. Sesekali menikmati kesendirian ternyata enak juga tanpa suara handphone. Tapi kalau tinggal sendiri selama berhari-hari…???
Seorang lelaki bernama Don Sammons (60th) yang sudah terbiasa tinggal sendirian. Di rumah? Tidak! Dia tinggal di dalam sebuah desa aneh yang hanya berpenduduk 1 orang, iaitu dirinya.
Desa Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah perbukitan dengan suhu rendah terlebih di musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan boleh berkembang (dailymail.co.uk).
Namun tidak demikian dengan Sammons yang mahu untuk tetap tinggal di sana walaupun seorang diri.
Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2000 orang pekerja rel kereta api. Ketika isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk pindah ke kota Colorado.
Sammons mengelola sendiri sebuah pam minyak kecil dan sebuah kedai untuk melayani mereka yang singgah dalam perjalanan lintas negara. "Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim dingin," kata Sammons yang mengatakan dirinya sebagai raja di Buford.
Sebagai pejabat pos, bangunan sekolah, bangunan toko-toko dan beberapa rumah yang tanpa penghuni.
Apa jadinya desa ini jika kelak si raja Sammons mati?
| Kerusi yang dibuat debgan membakarnya Posted: 30 Mar 2011 08:00 AM PDT Designer dari Belgium bernama Kaspar Hamacher, telah membuat kerusi perabot dengan cara membakarnya. Dan menamakan ciptaannya ini Ausgebrannt. canggih!!! | Ringtone dengan lirik kondom,kondom Posted: 30 Mar 2011 07:00 AM PDT Biasanya pengguna telefon selular memilih nada dering dengan lagu-lagu yang sedang trend dan juga hits. Tapi di India ada nada dering yang tak lazim. Dikatakan tak lazim kerana lagu yang ditawarkan liriknya berbunyi Kondom, Kondom! Ring tone yang mengeluarkan Kondom, kondom! itu baru saja dilancarkan untuk mempromosikan seks aman di Negeri India itu seiring dengan semakin meningkatnya kes HIV/AIDS. Nada dering a capella itu menampilkan penyanyi profesional yang menyanyikan kata 'kondom' sebanyak lebih dari 50 kali. Kaempen seks sihat ini sengaja dilakukan melalui pelancaran nada dering telefon selular kerana tentu akan menjangkau masyarakat yang amat luas. Selain itu, kempen unik ini untuk mengundang respons dari aktivis kesihatan sehingga dapat memicu terjadinya diskusi panjang dengan jangkauan audiens lebih luas, serta membuat kondom secara sosial lebih dapat diterima. "Kami telah membuat langkah yang menyedarkan masyarakat untuk menggerakkan konsep kondom jauh dari asosiasi negatif, seperti HIV dan seks komersial," kata Yvonne MacPherson, country director BBC World Service Trust India. "Kondom sebenarnya adalah produk kesihatan, dan jika Anda memiliki sebuah kondom dan memakainya, Anda akan terlihat cerdas dan bertanggungjawab." Ada sekitar 2,5 juta orang di India terinfeksi HIV, dan penyakit tanpa obat ini masih dianggap tabu di negeri Bollywood itu. BBC group, yang didanai Bill & Melinda Gates Foundation, berharap nada dering kondom ini dapat membuat masyarakat di India lebih nyaman dengan isu-isu seks aman. Lebih dari 270 juta orang di India menggunakan telefon selular dan nada dering, terutama untuk lagu-lagu hit Bollywood. | Lelaki sorok barang dalam duburnya untuk diseludup kedalam penjara Posted: 30 Mar 2011 06:00 AM PDT Meet Earl Lee Vogt, a convit who smuggled contraband into prison in his rectum. Lets see what items he tried to smuggle. Earl Lee Vogt agaknya berapa besar lubang dubur lelaki ini.. sehingga dia boleh sorok barang sebesar begini didalam duburnya untuk di seludup kedalam penjara... | Biri-biri termahal didunia Posted: 30 Mar 2011 05:00 AM PDT Seekor biri-biri di Scotland dijual dengan harga 231 ribu poundsterling di sebuah acara lelong ternak. Demikian diwartakan Reuters. Harga ini memecahkan rekod sebagai harga biri-biri termahal di dunia. Jimmy Douglas, pemilik baru haiwan bernama Deveronvale ini, mengaguminya kerana biri-biri ini memiliki tubuh yang bagus dan daging pinggang yang kuat. Setelah membelinya, Douglas merancang untuk mengembangbiakkannya. Sang pemilik lama, Graham Morrison, tak menyangka biri-biri miliknya itu boleh mencapai harga begitu tinggi. | Kereta bersalut emas yang ditarik polis Posted: 30 Mar 2011 04:30 AM PDT Kereta bersalut emas ini telah ditahan dan dibawa pergi oleh polis traffik.. Pada mula kereta ini parking ditrepi jalan di Nanjing Xinjiekou, selaepas bergerak dalam 10 minit kereta ini di tahan oleh polis kerana dikatakan melanggar peraturan...
| Renungan untuk manusia yang bergelar anak. Posted: 30 Mar 2011 03:00 AM PDT Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari....mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak Bila sambut valentine. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" Selalu... aku ingat pasanganku Selalu... mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada............ MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya...... | Curi Susu demi Ibu Kandung Yang Sedang Sakit Posted: 30 Mar 2011 02:00 AM PDT BATAM -- Dua orang adik-beradik, Desi Siregar, 23, dan Dayang Siregar, 25, menjadi tertuduh di Pengadilan Negeri Batam, Selasa (29/3) kelmarin. Keduanya diadili kerana mencuri susu untuk ibu kandungnya yang sedang sakit.
Dalam persidangan itu, Desi menangis di ruang sidang. Air matanya menitis sejak memasuki ruang sehingga sidang selesai. Dia tak sanggup berbicara ketika hakim memberi kesempatan untuknya membela diri.
Pembelaan datang dari kakaknya, Dayang, yang membaca pembelaan dan permohonandiringan hukuman di sehelai kertas. "Saya menyesal tuanhakim. Mohon hukuman kami berdua diringankan," kata Dayang.
Andi, 23, sepupu terdakwa yang mengikuti persidangan mengaku khuatir pada nasib Desi dan Dayang. Apalagi, ibu mereka masih dalam tahap penyembuhan. "Saya takut ibunya akan sakit lagi kalau dengar khabar anaknya dihukum gara-gara curi susu untuk dia," tegasnya. (cr11) | [Dahsyat] Wanita ini mengeluarkan manifesto semua lelaki harus dibunuh Posted: 30 Mar 2011 01:45 AM PDT Sepertinya tidak ada satupun wanita di dunia yang memiliki kebencian terhadap semua laki-laki dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Begitu bencinya pada laki-laki sehingga dia mengeluarkan manifesto yang isinya semua laki-laki di dunia harus dibunuh. Dia menginginkan dunia ini hanya diisi oleh kaum perempuan. Dia percaya bahwa laki-laki adalah wabak dan harus dihancurkan dari muka bumi. Manifesto 'aneh' dan mengerikan itu diberi nama SCUM atau Society for Cutting Up Men. Sudah pasti Valerie mengalami kelainan jiwa. Pengalaman buruk masa kecillah yang menjadikan jiwanya rosak. Ketika kecil ia pernah mengalami pelecehan seksual yang dilakukan ayahnya. Kemudian ibunya mengirim dia yang ketika itu berusia 13 tahun, tinggal bersama datuknya. Masa-masa sulit dialaminya sampai akhirnya dia diusir dari rumah. Dia pun menjadi gsamseng pada usia 15 tahun. Dendam bertumpuk yang didapat pada masa lalunya itu terbawa hingga dewasa, dan membuatnya dendam yang teramat samgat pada semua laki laki. | [Gila] Doktor jumpa rambut seberat 20 paun dalam perut Posted: 30 Mar 2011 12:00 AM PDT Seorang wanita mempunyai kebiasaan memakan rambutnya sendiri, suatu keadaan yang di dunia perubatan disebut dengan nama trichophagia. Wanita ini merasakan sakit perut yang berterusan selama 5 bulan berturut-turut. Doktor kemudian pun menemukan benda aneh di dalam saluran pencernaannya yang kemudian ternyata adalah gulungan rambut seberat 20 paun. Demikian laporanThe New England Journal of Medicine . Doktor yang pada awalnya hanya membuka sayatan kecil untuk mengambil rambut tersebut kemudian memutuskan harus melakukan pembedahan kerana ternyata terdapat banyak rambut daripada apa yang dijangkakan. Sehinggakan doktor harus membuka perut tersebut untuk memastikan bahawa seluruh rambut telah diambil dan tidak ada yang tertinggal. | Tikus sebesar anak kambing Posted: 29 Mar 2011 11:40 PM PDT Tikus raksasa sebesar anak kambing tertangkap di Fuzhou, sebelah Selatan China. Ekornya saja panjangnya dua jengkal orang dewasa. Tikus itu memilki berat enam paun. Penangkap tikus itu yang hanya disebut namanya sebagai Pah Xian mengatakan berhasil menangkap tikus itu ketika dikepung oelh orang ramai. Dia memperkirakan tikus itu spesies yang bernilai tinggi. Tikus itu melawan ketika ekornya ditangkap dan baru tenang setelah dipegang lehernya. "Tikus ini sebesar anak kambing," katanya. Pejabat kehutanan China mengidentifikasikan tikus itu sebagai tikus bambu. Tapi petugas itu mengatakan masih perlu meneliti lebih lanjut. Tikus bambu China jarang ditemui berukuran lebih dari 10 inci. Tikus ini sering ditemukan di sebelah selatan China, utara Burma dan Vietnam. Sementara tikus bambu Sumatera sering ditemukan di barat daya China Yunnan. Di semenanjung Malaysia tikus boleh membesar hingga panjangnya mencapai 30 inci termasuk ekor dan beratnya boleh mencapai lapan paun. Tikus raksasa Sumatera pernah diangkat dalam cerita Sherlock Holmes dengan judul the Adventure of a Sussex Vampire. Semua tikus bambu biasanya bergerak kurang lincah dan menghabiskan waktunya di liang. Tikus bambu China sering disajikan sebagai makanan. Tikus terbesar adalah tikus Afrika yang boleh besar dengan panjang mencapai 36 inci. | Inilah awek laknat yang kutuk Nabi Muhammad SAW dalam Facebooknya Posted: 29 Mar 2011 10:45 PM PDT Entah apa yang ada difikiran awek laknat ini.. sehingga dia sanggup mempersenda Nabi Muhammad SAW serta ajaran Islam kita...
kalau dia orang Islam buat-buatlah bertaubat,,kalau bukan Islam tolong jangan dihina agama dan junjungan kami Nabi Muhammad SAW...SAMPAI MATI PUN KAMI SANGGUP MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA DAN NABI KAMI | |
Gosip Artis Malaysia Posted: 30 Mar 2011 07:50 PM PDT Maklumbalas Diperlukan! Posted: 30 Mar 2011 02:32 AM PDT Pihak G.A.M ingin meminta pembaca di blog ini untuk meninggalkan maklumbalas pada poll/soalan yang berada di sebelah kanan ruangan blog ini. Diharap pembaca dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi maklumat berkaitan. Ini untuk membolehkan kami meberi yang terbaik kepada anda, terima kasih! | Pelajar Akademi Fantasia 9 Diumumkan Posted: 29 Mar 2011 09:37 PM PDT
Bahang Akademi Fantasia kembali setelah senarai pelajar dan tenaga pengajar musim kesembilan diumumkan. Nampaknya penjual tisu akan bertambah untung kali ni. Diharapkan prestasi dan hasil pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasi 9 dan yang terakhir ni memuaskan hati peminat seni dan membanggakan. Dengarnya peminat boleh tengok diorang dengan jarak dekat! Tenaga pengajar musim ini, Pengetua – Amy Search, Guru Vokal & Teknikal – Cikgu Syafie, Seni Persembahan – Ning Dalton, Drama – Adlin, Bahasa Inggeris – Fatimah Abu Bakar dan Tarian – Aris. Nama 12 orang pelajar AF9 – Laika, Azri, Miza, Kay, Aida, Afif, Nera, Amir, Lena, Raqib, Eka dan Erul. | |
Celebrity News Posted: 30 Mar 2011 03:16 PM PDT Kutipan Filem Dalam Botol Kini Mencecah 1 Juta !!! Posted: 30 Mar 2011 08:27 AM PDT Filem konterversi yang ditayangkan pada 24 Mac lalu kini mencecah kutipan melebihi 1 juta setelah 5 hari ditayangkan di lebih 40 pawagam diseluruh Malaysia. Filem yang menelan belanja RM 888K ini mungkin mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan penonton diluar sana ingin mengetahui apakah kisah dan jalan cerita dalam filem arahan Raja Azmi ini. Dan jika anda pernah membaca "Post" yang Zoom berkongsi bersama anda sebelum ini, yang mengatakan Raja Azmi akan bernekad berhenti daripada membikin filem jika filem ini tidak mendapat sambutan. Apa yang pasti ia akan menjadi igauan mimpi beliau kerana filem ini sudah mencapai sasaran malah semakin menjauhi apa yang diperlukan. Dengar khabar Raja Azmi akan menerbitkan satu lagi filem yang mengaitkan lelaki, kalau tak silap tajuk dia "Anak Ikan" ( Jejaka yang menjadi rebutan wanita ). Sama-samalah kita tunggu dan lihat, tetapi ada tak sesiapa disini yang sudah menonton filem botol ni ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! | Update : Gambar Anak Ruhil Amani Posted: 29 Mar 2011 11:28 PM PDT Inilah gambar cahaya mata Ruhil dengan suami beliau Jamil Wilson yang bernama Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada 3 Mac lalu. Daripada raut wajah Raayan lebih kepada ayah beliau, namun apa pun semoga Raayan akan menjadi anak yang soleh. Kedua-duanya kini dilaporkan dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berpantang. RUHIL RUHIL DAN SUAMI
Suka Gossip Ini ClickLah Like !! | Gossip Kamal Adli Bersekedudukan Dengan Intan Ladyana !! Posted: 29 Mar 2011 11:15 PM PDT Boleh tahan juga gossip yang melanda pasangan kekasih ini, mana tidaknya kisah mereka sampai keperingkat yang mengata tinggal bersama dalam satu bumbung walaupun belum mempunyai apa-apa hubungan. ZoOm kagum dengan sikap pasangan ini kerana tidak mudah melenting dengan gossip panas yang mengaitkan mereka. Dalam gossip tersebut mengatakan Kamal bersekedudukan dengan Intan di sebuah kondominium di Ampang Selangor. Dan dilampirkan jawapan anak gadis ini mengenai gossip panas yang melanda !! : "Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya. "Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa. Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan. "Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula. "Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya. Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya. Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut. "Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya. Info : Mstar ZoOm : Apa Pula Kata Anda di ZoOmartis & Facebook !? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! | |
Utusan Online - Hiburan Posted: 30 Mar 2011 03:09 PM PDT Geng Celepet dan si kecil! Posted: Geng Celepet dan si kecil!Geng Celepet dan si kecil! Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN ifqdar.rahman@utusan.com.my Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI
|
(DARI kiri) Aishah Sinclair bersama anaknya, Soraya Ann, Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar yang mendukung Khyra Khalyssa.
|
BERGELAR ibu merupakan detik terindah buat mana-mana wanita. Bayi yang dilahirkan adalah pelengkap kepada mahligai yang dibina bersama pasangan masing-masing. Lagi pula dikurniakan zuriat sebagai penyambung warisan adalah anugerah tuhan yang tidak terhingga nilainya. Anak-anak jugalah yang bakal membentuk generasi mendatang dalam memimpin dunia. Berkesempatan bertemu dengan tiga sahabat baik, Dynaz Mokhtar, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair yang menggelarkan diri mereka sebagai geng Celepet, Hits teruja untuk menyelami hati mereka bagi berkongsi perihal kerenah anak masing-masing. Dynas mahu kembali aktif Setahun menyepi tanpa sebarang aktiviti seni, pelakon yang juga model tinggi lampai, Dynas meluahkan hasratnya untuk kembali aktif. Kini, setelah anaknya, Khyra Khalyssa mencecah usia 11 bulan, Dynas bersedia untuk meninggalkan bayi perempuannya itu bersama penjaganya agar dia mampu melangkah semula ke dunia hiburan tanah air. "Sudah setahun rasanya saya berehat untuk memberi sepenuh perhatian kepada Khyra. "Sekarang, sudah tiba masanya untuk bekerja semula. Rindu untuk berada di hadapan kamera dan bergaul dengan krew-krew produksi," ujar aktres jelita bermata galak itu. Bagaimanapun, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu memastikan, tawaran lakonan yang diterimanya tidak melibatkan penggambaran di luar Lembah Klang. Terbaru, Dynas muncul dalam sebuah rancangan kanak-kanak berjudul Si Kecilku... Chak!! yang memulakan siarannya pada 22 Mac lalu. Selaku pengacara program berkenaan, Dynas memberitahu, ia banyak membantu dirinya dalam membentuk pembesaran Khyra yang kini sudah pun pandai berjalan. Walaupun sudah kembali sibuk, ia tidak menjadi alasan buat Dynas untuk menggantikan susu ibu kepada susu formula. Jelas Dynas, dengan pelbagai teknologi yang terdapat pada masa kini, sudah ada pelbagai peralatan untuk kemudahan untuk si ibu menyusukan bayi mereka. Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun itu meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat segelintir ibu muda yang mengambil remeh hal penyusuan susu ibu. Katanya, susu ibu cukup penting dalam membesarkan bayi. Tambahnya, tiada satu pun susu formula yang mempunyai khasiat sama seperti susu ibu. Disebabkan itu, Dynas mengambil inisiatif untuk mereka pakaian khas yang membolehkan para ibu menyusukan anak-anak mereka di mana jua. "Baju ini sesuai untuk digayakan dalam mana-mana situasi termasuklah ke pejabat kerana saya merekanya dengan pelbagai gaya dan trendy," jelasnya yang akan terus menyusukan Khyra sehingga anaknya itu berusia dua tahun. Menurut Dynas, baju-baju tersebut boleh didapati di butiknya, Dynas Nursing Attire (DNA) yang dibuka di E@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Aishah ikut petua ibu Kehadiran cahaya mata comel bernama Soraya Ann yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan benar-benar menambahkan keceriaan dalam kehidupan rumah tangga Aishah dan suaminya, Sheikh Abdul Shahnaz. Malah, Soraya adalah keutamaan dalam hidupnya kini walaupun sibuk dengan karier sebagai pengacara program bual bicara The Breakfast Show (TBS) yang disiarkan di saluran ntv7. Pemilik nama sebenar Aishah Jennifer Mohamed Sinclair, 30, itu bagaimanapun teringin untuk kembali aktif dengan kerja-kerja pengacaraan yang selama ini merupakan pintu rezeki utama buatnya. Namun atas rasa tanggungjawab terhadap bayi sulungnya itu, Aishah hanya fokus kepada TBS kerana siarannya bermula 8.30 pagi sehingga 10 pagi. "Jadi, saya ada banyak masa untuk bersama Soraya. Saya berat hati untuk meninggalkan Soraya dalam tempoh masa yang lama. "Saya amat mementingkan pemakanan Soraya. Sebab itulah saya sukar untuk berenggang dengannya supaya mudah untuk memberikan susu badan kepada Soraya," kata Aishah sambil menjelaskan, itulah petua yang diamalkan oleh ibunya bagi memastikan dia dan adik-beradiknya sentiasa sihat. Sazzy ingin bersalin secara normal DI KALANGAN tujuh anggota geng Celepet yang terdiri daripada Dynas, Aishah, Atilia, Daphne Iking, Serena C dan Sazzy, pemilik nama Sazlini Shamsul Falak merupakan selebriti pertama yang dianugerahkan dengan anak kembar. Dikurniakan dua cahaya mata sekaligus adalah rahmat yang sememangnya dinanti-nantikan oleh kebanyakan suami isteri. Menurut bintang Gol & Gincu itu, rezeki ditakdirkan bakal melahirkan sepasang anak kembar perempuan adalah berkat doanya selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazril Idrus. Bagaimanapun, memandangkan tubuh aktres dan pengacara itu bersaiz kecil, jauh di sudut hati Sazzy, dia cukup risau dengan kandungannya. "Dengan saiz tubuh saya yang begini (kecil), macam-macam boleh berlaku. Jadi, saya begitu berhati-hati dengan pergerakan saya. "Seboleh-bolehnya, apabila sampai masanya untuk bersalin nanti, saya berharap dapat melahirkan anak secara normal tanpa perlunya pembedahan caesar. Kalau terpaksa buat dua kali pun saya sanggup," beritahu Sazzy yang dijangka bakal menimang bayi kembarnya pada Mei ini. Apa pun, Sazzy bersikap realistik terhadap keselamatan bayi-bayinya. Tambahnya, jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan, dia reda sekiranya dibedah. Jelas Sazzy, dia banyak membuat kajian dan membaca beberapa perkara yang memudahkannya melahirkan bayi kembarnya secara normal. "Kata orang tua-tua, si ibu mesti selalu bercakap dengan bayi yang dikandung dan selalu berfikiran positif selain sering berdoa agar dipermudahkan proses kelahiran bayi kelak," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ratnah tipu umur? Posted: Ratnah tipu umur?Ratnah tipu umur? Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN ifqdar.rahman@utusan.com.my Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH
|
RATNAH bersama mentornya, Afdlin Shauki.
|
SALAH satu syarat untuk menyertai program realiti terbitan TV3, Mentor musim kelima (Mentor 5) ialah peserta haruslah berusia 18 hingga 26 tahun. Namun, baru-baru ini, Hits mendapat tahu protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal berusia 28 tahun. Berkesempatan menonton persembahan protege kumpulan A yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu, Hits terus menerpa Ratnah sejurus tamatnya siaran Mentor 5. Tatkala persoalan mengenai usianya diajukan, Ratnah kelihatan terkejut dengan soalan tersebut. Pada mulanya Ratnah enggan mengaku dia melepasi had umur yang telah ditetapkan ketika menghadiri sesi uji bakat Mentor 5. Tetapi apabila terus didesak untuk dia bercakap benar, akhirnya anak jati Ampang, Selangor itu akur. "Saya memang sedar dan tahu sangat-sangat yang usia saya melebihi had umur yang ditetapkan. "Bukan niat untuk menipu sesiapa cuma ketika hadir pada sesi uji bakat, saya ingin melihat sejauh mana kemampuan saya untuk menceburi bidang nyanyian. Itulah yang menyebabkan saya 'langgar' syarat itu. "Apabila terpilih untuk menjadi protege Afdlin, saya terkejut dan dalam masa yang sama beranggapan, mungkin saya diberi peluang kerana pihak penerbit (TV3) dan Afdlin percaya dengan bakat yang ada pada diri saya. "Tanpa ada niat lain, saya bersyukur kerana diberi platform untuk kembangkan bakat nyanyian dengan menyertai Mentor. "Sesungguhnya, tidak terdetik sedikit pun di hati saya ini untuk menipu sesiapa," ujarnya dalam nada kesal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Hip Posted: 30 Mar 2011 11:03 AM PDT Masih di hati peminat Posted: 29 Mar 2011 04:26 PM PDT Hip Fasha anggap pencalonan ke peringkat akhir ABPBH 2010 pengiktirafan cukup bermaknaHANYA tinggal tiga hari saja lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 akan menyingkap tirainya di Arena of Stars, Genting Highlands, sekali gus menjadi gelanggang perhimpunan semua penggiat seni. Pastinya kalangan finalis daripada 16 kategori yang dipertandingkan lebih berasakan getaran itu kerana berbeza daripada anugerah lain, pemenang ABPBH dipilih berdasarkan undian peminat yang juga pembaca setia Berita Harian. Sememangnya ganjaran cukup lumayan ditawarkan kepada pemenang khususnya Bintang Paling Popular termasuk aksesori mutiara bernilai RM180,000 dan Nissan Teana, namun lebih utama ialah penyatuan penggiat industri hiburan yang membolehkan acara ini terus gah tatkala memasuki edisi ke-24. Walau siapa pun juara di hati peminat, hampir semua Top 5 mengakui penganjuran anugerah membabitkan penyertaan orang ramai begitu bermakna. Tidak terkecuali, pelakon Fasha Sandha yang sekali lagi menyaksikan namanya dicalonkan ke peringkat akhir kali ini. Bagi bintang Samson & Delaila itu, mara ke peringkat akhir sudah dianggap satu rahmat, apatah lagi dicalonkan bersama barisan finalis lain yang tidak kurang hebatnya. "Saya pernah merasai kemanisan menggenggam trofi itu dan jika rakan lain yang membawa pulang kemenangan pada ABPBH kali ini, saya turut gembira kerana ia sudah menjadi rezekinya. "Sebagai penggiat seni, saya melihat penganugerahan seumpama ini memberi pengiktirafan terhadap sumbangan artis tidak kira pelakon, penyanyi mahu pun daripada cabang seni yang lain," katanya yang turut memeriahkan jelajah ABPBH 2010. Kepadatan jadual lakonan serta pengurusan salun rambutnya, Chinta, yang baru beroperasi bukan alasan untuk bintang sensasi itu menolak pelawaan menyertai program promosi ABPBH2010, malah memilih lokasi nun di selatan iaitu di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor untuk bertemu peminat. Akuinya, kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk mendekati insan yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bagi, sekali pun ketika hadirnya pelbagai kisah negatif yang mencalar rasa. "Selain keluarga, peminat ialah kekuatan yang membolehkan saya terus berdiri di sini. Walau di mana pun kita berada, sukar untuk memuaskan hati semua orang, terutama apabila dikaitkan dengan gosip atau cerita kurang enak. "Biarlah saya mengambil sikap berdiam diri kerana sekali kita membuka mulut, akan banyak lagi rentetan kisah mengarut yang timbul. Daripada membiarkan setiap khabar angin melarat tanpa berpenghujung, baik diam saja," katanya perlahan. Membiarkan cakap kosong berlalu pergi, dalam syukur Fasha berterima kasih kepada penyokong setia selain penerbit yang memberi sepenuh kepercayaan untuknya menerajui penerbitan mereka, hingga wajahnya kerap menghiasi setiap saluran televisyen. Nyata gadis berjiwa kental ini tidak mudah dipukul gelombang. Dalam meniti perjalanan seni yang penuh berliku, bermacam-macam onak ditempuh apatah lagi pada ketika ini namanya turut berada di kemuncak kegemilangan. Sama seperti lakonan, kisah peribadi terutama perihal cintanya sering menjadi perhatian ramai. Tetapi wanita muda ini tetap kental, malah enggan cepat melatah. "Kadangkala bila mengingati semula segala gosip yang timbul, saya hanya tersenyum. Memang ada yang tidak masuk akal, cuma sebagai insan biasa saya sekadar berserah kerana segala yang berlaku lebih mematangkan saya. "Apa pun dalam soal kerja terutama lakonan, saya tidak main-main. Inilah periuk nasi saya dan bidang yang semakin saya cintai, tidak mungkin saya berkompromi dalam isu tugasan," kata pelakon yang terkenal dengan disiplin tinggi ini. Sambut hari lahir tanpa insan tersayang BERBANDING rutin sebelum ini, kali ini anak sulung lima bersaudara itu terpaksa meraikan hari lahirnya yang ke-27, yang jatuh pada 28 Mac di lokasi penggambaran drama Lima Tahun Lima Minit, di Paris. Walau sedih tidak dapat bersama insan tersayang terutama keluarga dan teman akrab, kehadiran rakan produksi selain barisan pelakon lain nyata meredakan laranya. "Sebenarnya sambutan hari lahir paling istimewa tentu saja apabila bersama keluarga. Walaupun majlis kecil, kita pasti tidak dapat melupakan memori dikelilingi orang tersayang. "Namun pengalaman di Paris juga sesuatu yang sangat bermakna. Sambil bekerja, kita melihat negara orang malah berpeluang menyambut hari lahir di lokasi yang terkenal dengan jolokan sebagai Kota Cinta," katanya lagi. Namun apabila topik beralih kepada cinta barunya selepas hubungan bersama Jejai terputus di tengah jalan, Fasha dengan baik meminta perkara itu tidak dipanjangkan lagi. Dedahnya, tumpuan kini lebih menjurus terhadap Chinta Hair Salon & Beauty yang semakin berkembang hingga kadang kala kakitangannya juga tidak menang tangan melayani pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung semula. "Syukur apabila perkhidmatan kami mendapat sambutan. Sudah pasti jika ada rezeki, saya ingin meluaskan empayar perniagaan ini dengan mempelbagaikan lagi perkhidmatan. Namun biarlah ia kukuh terlebih dulu, selain mempunyai lebih ramai petugas terlatih. "Tidak perlu mengenang perkara yang lalu. Kesibukan di lokasi dan Chinta membuatkan masa saya terisi. Malah di sekeliling saya juga ramai teman akrab serta keluarga yang mengisi setiap ruang kosong hingga saya tidak pernah rasa sunyi," ucapnya. Mengenai kunjungan ke kota cinta itu 24 Mac lalu ditemani pengurusnya, pelakon yang juga model komersil itu juga dijangka kembali semula ke tanah air untuk memenuhi undangan Berita Harian menghadiri majlis berprestij itu sebagai penyampai trofi selain finalis. FASHA SANDHA
NAMA: Nur Fasha Sandha Hassan TARIKH LAHIR: 28 Mac 1984 TEMPAT LAHIR: Johor Bahru KERJAYA: Pelakon dan model FILEM: Black Maria, Bintang Hati, Berlari Ke Langit, SH3, Anak Mami Kembali, Gong, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cinta, Cicak-Man, Cicakman 2 Planet Hitam, Badai Pasti Berlalu, Skrip 7707, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Nana Tanjung 2, 4 Madu TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Kasih, Relaku Pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Impak Maksima, Sutera Maya, Kehangatan Lantana, Chinta, Bagaikan Sumayyah, Samson DelailaIKLAN: Maybelline, Maxis, Petronas, Nokia, Fair & Lovely, Darlie, Pantene, Sunsilk (versi Indonesia) PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2006, Pelakon TV Wanita Popular serta Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2007. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bergaya bak selebriti Posted: 29 Mar 2011 03:50 PM PDT Hip EZUWAN menerangkan sesuatu kepada Sharifah dan Eliani mengenai gaun yang bakal digayakan mereka nanti. Pemenang GBB tidak sangka dapat berjalan seiringan dengan artis popular pada malam kemuncak ABPBH 2010 SEMEMANGNYA, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah yang dirasai pemenang utama peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) siri pertama dan kedua, Sharifah Faridah Wan Sait, 26, dan Siti Nur Eliani Muhamad Ali Hanafiah, 24.
Hasil usaha mereka melekatkan keratan gambar dalam peraduan yang yang disiarkan akhbar ini, seterusnya meneka gambar yang dipadankan itu dengan tepat berserta slogan menarik, membolehkan dua wanita ini bergaya bagaikan selebriti. Berpeluang menggayakan rekaan pereka fesyen tempatan di samping menyusun langkah penuh bergaya di atas permaidani biru bersama bintang popular pada acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, pada 3 April ini, sebenarnya impian yang menjadi kenyataan buat mereka. "Pada mulanya, saya berasa sangat terkejut kerana tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang pertama. Saya sekurang-kurangnya berharap untuk memenangi hadiah tempat kedua iaitu barang kemas Rafflesia bernilai RM5,000, namun nampaknya tuah lebih menyebelahi saya.
"Sudah tentu saya berasa cukup gembira kerana hadiah ini umpama hadiah sempena perkahwinan saya yang bakal tiba," kata Sharifah.
Wanita ini juga mengaku, dia memang teringin memakai gaun labuh walaupun sebelum ini kurang berkeyakinan untuk menggayakannya.
"Kemenangan ini membuka peluang kepada saya untuk tampil lebih berani dan yakin. Sebelum ini, saya hanya berpeluang menyaksikan majlis anugerah ini di kaca TV. Tetapi kali ini saya sendiri berkesempatan untuk berjalan di atas karpet biru bersama artis.
"Sebenarnya saya belum membuat keputusan dengan siapa saya mahu berjalan bersama. Namun saya mempunyai tiga pilihan iaitu sama ada Yuna, Faizal Tahir dan Zizan Raja Lawak," kata Sharifah yang selesa dengan panggilan Sha.
Perasaan gembira dan terharu turut dikongsi pemenang GBB siri kedua, Eliani, wanita tinggi lampai yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Faireez Rifqi, berusia enam bulan.
"Saya tidak percaya dan agak terkejut apabila diumumkan pemenang utama peraduan ini. Sudah tentu ramai yang memasuki peraduan ini bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan, sebab itu saya tidak menyangkakan kemenangan berpihak kepada saya.
"Namun, saya berasa amat gembira kerana berpeluang untuk berjumpa dengan artis popular nanti. Saya sebenarnya menyimpan angan-angan untuk bertemu Datuk Siti Nurhaliza, kerana memang dari dulu saya meminatinya," kata Eliani.
Selain berpeluang berjalan di permaidani biru, Sharifah dan Eliani juga memenangi hadiah percutian untuk dua orang ke Jakarta-Puncak-Bandung, Indonesia dan dua tiket VVIP ke malam kemuncak ABPBH 2010.
Bagi Sharifah yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Mei ini, percutian itu tentunya menjadi hadiah bulan madu bagi dirinya dan bakal suami.
Petua kelihatan anggun di permaidani biru
MENERUSI penganjuran ABPBH semuanya tidak mustahil, dan peluang keemasan seperti itu mampu dirasai sesiapa saja di luar sana. Bukan saja dapat berjalan seiringan dengan wajah terkenal, malah dua wanita ini umpamanya akan bergaya sakan dengan busana rekaan Ezuwan Ismail.
Ezuwan merealisasikan impian mereka untuk tampil anggun pada malam kemuncak di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad ini.
Selain pemenang GBB ini, pengacara pada malam gemilang itu, Sharifah Shahira, Raja Azura dan Zizan Raja Lawak turut menggayakan rekaan pereka muda ini. Selain itu, Linda Onn, Ashraf Muslim, Memey Suhaiza, dan adik Mia Sara juga tidak ketinggalan mengenakan rekaannya.
Ketika ditemui di Balai Berita baru-baru ini, dia turut memberikan 10 petua bagi anda yang menitikberatkan penampilan diri dan mahu tampil bagaikan selebriti menyusuri di permaidani biru.
Biasanya gaun labuh pilihan paling tepat untuk digayakan pada majlis seperti ABPBH. Mementingkan rekaan yang ideal, Ezuwan mengambil kira tiga perkara paling utama iaitu fabrik, potongan dan warna yang sepadan.
Untuk menarik perhatian lensa kamera di sepanjang permaidani biru, baju yang digayakan perlu ada tarikan bercirikan sesuatu yang lain dari yang lain. Sebagai contoh, potongan baju biarlah unik dan warna yang dipilih biarlah menarik dan tidak kusam.
Pemilihan warna antara aspek paling penting dalam rekaan pakaian. Warna terang seperti merah, hijau dan kuning pula antara warna yang sering menarik perhatian, secara tidak langsung si pemakai akan tampak menyerlah dalam gambar. Elakkan warna pastel yang kelihatan kusam dan tidak bermaya. Selain itu, elakkan warna yang sering dipakai seperti hitam.
Pemilihan fabrik bersesuaian antara faktor penting jika anda mahu tampil selesa dan bergaya. Untuk melangkah yakin di permaidani biru nanti, anda digalakkan memilih fabrik yang mewah seperti renda, sifon sutera dan sifon bermanik.
Untuk tampil lebih menyerlah, rekaan baju mungkin boleh diletakkan sedikit hiasan seperti manik. Tidak semestinya hiasan yang berlebihan, sebaliknya cukup dengan hiasan sederhana supaya anda tidak nampak kosong dan tampak anggun menyusuri permaidani biru.
Sementara itu, potongan gaun perlu nampak kemas, selesa dan sesuai dengan tubuh badan. Potongan gaun jangan terlalu longgar mahupun terlalu ketat. Biarlah berpadanan dengan saiz tubuh. Potongan yang elok dan kemas membolehkan anda kelihatan kurus dan tinggi.
Aksesori juga elemen penambah seri. Kasut, tas tangan, rantai dan subang antara aksesori yang melengkapkan gaya. Warna aksesori yang dipilih haruslah bersesuaian dengan gaun dan sebaiknya warna seperti hitam, kelabu dan emas.
Solekan dan rambut turut menjadi faktor penting untuk kelihatan menarik. Solekan yang dikenakan perlu bersesuaian dengan pakaian yang digayakan, supaya penampilan tidak kelihatan pelik. Cara dandanan rambut juga membuatkan anda tampil lebih menyerlah.
Selain penampilan dan gaya yang kemas dan selesa, persediaan juga memainkan peranan penting supaya anda tampil yakin. Anda memerlukan tidur dan rehat yang cukup supaya muka anda tidak kelihatan sembap serta tidak bermaya.
Pastikan anda tidak lari daripada tema diberikan. Tema untuk ABPBH kali ini ialah Moden Klasik, gabungan rekaan dari zaman 60-an sehingga kini, yang diberi sentuhan moden. Gabungan antara rekaan klasik dan moden biarlah seimbang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com Posted: 30 Mar 2011 09:09 AM PDT Pelajar Akademi Fantasia 9 Diumumkan Posted: 29 Mar 2011 11:36 AM PDT Bahang Akademi Fantasia kembali setelah senarai pelajar dan tenaga pengajar musim kesembilan diumumkan. Nampaknya penjual tisu akan bertambah untung kali ni. Diharapkan prestasi dan hasil pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasi 9 dan yang terakhir ni memuaskan hati peminat seni dan membanggakan. Dengarnya peminat boleh tengok diorang dengan jarak dekat! Tenaga pengajar musim ini, Pengetua – Amy Search, Guru Vokal & Teknikal – Cikgu Syafie, Seni Persembahan – Ning Dalton, Drama – Adlin, Bahasa Inggeris – Fatimah Abu Bakar dan Tarian – Aris. Nama 12 orang pelajar AF9 – Laika, Azri, Miza, Kay, Aida, Afif, Nera, Amir, Lena, Raqib, Eka dan Erul. Tags: af9, aft, amy search, pelajar akademi fantasia, penjual tisu Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
- Blog Hanz - Posted: 30 Mar 2011 07:24 AM PDT Khasiat Sujud Posted: 29 Mar 2011 05:11 PM PDT
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah: 1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3) Bernafas ketika sujud akan:
4) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
5) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)
6) Melegakan sakit hernia.
7) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
8) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
9) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
10) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
11) Meringankan bahagian PELVIS
12) Memberi dorongan untuk mudah tidur.
13) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
14) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
15) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
16) Mengurangkan kegemukan (obesity).
17) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).
18) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
19) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
p/s: setiap yang dituntut sebenarnya mempunyai sebab,.. renung-renungkan,.. | |
My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia Posted: 30 Mar 2011 03:49 AM PDT Gambar Ummi Nazeera semasa kecil Posted: 29 Mar 2011 11:13 PM PDT Ummi Nazeera yang semakin popular ni boleh tahan comel juga semasa dia kecil kan.. MyGosip kurang pasti berapa umur Ummi Nazeera semasa gambar ni diambil.. Apa-apa pun, buat peminat setia Ummi Nazeera, jom kita layan gambar Ummi Nazeera yang seksi semasa dia kecil kat bawah ni… Tags: artis dulu seksi, artis dulu-dulu, artis malaysia semasa kecil, artis masa kecil, artis semasa kecil, gambar Ummi Nazeera, gambar Ummi Nazeera bogel, gambar Ummi Nazeera semasa kecil, Ummi Nazeera, Ummi Nazeera bogel, Ummi Nazeera budak budak, Ummi Nazeera di sekolah rendah, Ummi Nazeera dizaman sekolah, Ummi Nazeera masa kecik, Ummi Nazeera masa kecil, Ummi Nazeera masa remaja, Ummi Nazeera masa sekolah, Ummi Nazeera remaja, ummi nazeera seksi, Ummi Nazeera semasa kecil, Ummi Nazeera semasa remaja Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Hiburan Posted: 30 Mar 2011 01:41 AM PDT Mahu jadi peguam Posted: Mahu jadi peguamMahu jadi peguam MIERA (kiri) dan Fathia berkongsi cita-cita untuk menjadi peguam.
BOLEH dikatakan Nur Fathia Abd. Latiff dan Miera Liyana Kasmi masih lagi setahun jagung dalam persada hiburan tanah air. Bagaimanapun, ia langsung tidak menghalang kedua-dua mereka daripada memegang watak-watak penting dalam sesebuah drama yang dilakonkan. Lebih beruntung lagi, kebanyakan drama lakonan mereka juga sering mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Misalnya, Nur Fathia dikenali menerusi drama Hani, manakala Miera pula mula popular dengan drama Kamelia Katrina. Bagi Nur Fathia, meskipun dirinya kini mula menjadi perhatian ramai serta kerap mendapat tawaran berlakon daripada pengarah terkenal, tetapi dia sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam. Ujar pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, dia tertarik dengan kerjaya peguam ketika bekerja secara sambilan di firma guaman pak ciknya. "Pada saya, peguam merupakan satu kerjaya yang sangat menarik. Mungkin minat terhadap pekerjaan tersebut timbul memandangkan ada pak cik saya yang memiliki firma guaman sendiri. "Sementara, di kalangan adik-beradik pula bukan saya seorang sahaja yang berminat untuk menjadi peguam, malah salah seorang adik saya juga mempunyai cita-cita dan belajar di universiti yang sama," ujar anak sulung empat beradik itu. Menurut pelakon berusia 23 tahun itu lagi, sekiranya diberi pilihan untuk menjadi seorang pelakon atau peguam, pastinya dia akan mengutamakan cita-citanya itu. Sudah dua tahun bergelar mahasiswa undang-udang, dia juga menegaskan tidak akan sesekali berhenti belajar dan lebih sanggup meninggalkan dunia lakonan jika keadaan memaksa. "Sama ada untuk terus aktif dalam lakonan atau sebaliknya, apa yang lebih penting lagi saya perlu menamatkan pelajaran terlebih dahulu. Lagipun rasa sayang pula kalau belajar separuh jalan sahaja. "Lagipun ahli keluarga yang lain juga turut memberi nasihat yang sama. Cuma buat masa ini saya perlu berusaha lebih keras supaya pelajaran saya tidak merosot apabila aktif berlakon," jelasnya. Seperti Nur Fathia, seorang lagi pelakon baru yang semakin popular, Miera Leyana turut mempunyai impian yang sama mahu bergelar peguam suatu hari nanti. Baru mencecah usia 18 tahun, pelakon yang kini sedang menjalani penggambaran drama Kasih Yang Suci ini meluahkan rasa gembira dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya baru-baru ini. "Saya minta maaf sebab terpaksa merahsiakan keputusan SPM yang saya dapat. Namun saya memang gembira kerana keputusan tersebut mencapai sasaran dan boleh melayakkan saya untuk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang. "Cuma buat masa sekarang saya masih belum membuat keputusan yang muktamad lagi sama ada mahu sambung belajar ataupun tidak pada tahun ini," ujar pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu. Tambah Miera, ketika ini dia masih tidak mahu terlalu terburu-buru untuk mengejar cita-citanya itu memandangkan kini dia semakin sayang dan jatuh cinta dengan dunia lakonan. NUR FATHIA berusaha menyeimbangi antara kerjaya dan pelajaran serentak.
Akuinya, memang ketika ini perasaannya begitu berbelah bahagi memandangkan semakin banyak tawaran berlakon yang diterima dan tidak mahu melepaskan peluang yang diberikan. "Perkara ini sudah saya bincangkan dengan ahli keluarga lain terutamanya ibu. Malah, ibu menasihati saya supaya memilih sama ada mahu terus berlakon atau menyambung pelajaran. "Lagipun ibu tahu tentang diri saya yang tidak boleh buat dua perkara dalam satu masa. Apa yang paling merisaukannya kalau saya melakukan kedua-duanya, saya akan sering ponteng kuliah kerana sibuk berlakon," jelasnya. Bagaimanapun, tegas pelakon yang dilanda kontroversi hangat itu lagi, sekiranya dia bertekad untuk terus berlakon, dia tetap akan menyambung pelajarannya suatu hari nanti. "Cita-cita untuk menjadi seorang peguam tidak pernah luntur dalam diri saya. Lagipun saya masih muda lagi dan saya boleh menyambung pelajaran sekiranya benar-benar sudah bersedia," ujarnya. Pendapatan sampingan Tidak dinafikan, namanya semakin dikenali dan menjadi sebutan ramai lantaran aktif sebagai dramatis. Meskipun dilihat sudah bertapak kukuh dalam bidang lakonan, tetapi Nur Fathia menjelaskan pembabitannya sebagai seorang pelakon sebenarnya sekadar minat dan hobinya sahaja. Ujarnya, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pelakon sebelum ini, sehinggalah dia terbabit dalam sebuah iklan komersial syampu beberapa tahun lalu. "Berlakon adalah salah satu minat saya selain fesyen sejak dari dahulu lagi. Cuma buat masa sekarang ini pelajaran tetap menjadi keutamaan dan tidak terlalu serius dalam lakonan. "Saya akui semakin banyak tawaran yang diterima semenjak kebelakangan ini, namun ada yang terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual kuliah saya," ujarnya. Dia menambah, biasanya kebanyakan drama yang dilakonkannya itu menjalani penggambaran ketika dia sedang berada dalam cuti semester pengajian. Namun begitu, Fathia tetap meluahkan rasa gembira dan syukurnya kerana semakin diterima penonton meskipun pada mulanya dia dikecam apabila membawa watak berpeluk-pelukan dan bersentuh-sentuhan dengan pelakon lelaki dalam beberapa drama. MIERA merahsiakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru diperolehnya.
Sementara itu, ketika ditanya adakah dia tidak bimbang apabila terpaksa bersaing dengan pelakon-pelakon baru yang lain, dia menjelaskan tidak ada apa yang perlu dibimbangi kerana dia menjadikan lakonan sebagai pendapatan sampingan sahaja. "Saya sedar yang industri lakonan tempatan sememangnya tidak pernah ketandusan bakat-bakat baru. Malah, saya sudah bersedia sekiranya tidak diterima dalam industri ini lagi," luahnya. Pengajaran Berbanding dengan Nur Fathia yang setakat ini tidak pernah lagi dilanda sebarang kontroversi hangat, berlainan pula dengan nasib yang telah menimpa Miera baru-baru ini. Gara-gara memakai baju yang terlalu seksi hingga mendedahkan bahagian tepi payu dara hasil rekaan Wan Huzairil Wan Hussein, namanya tiba-tiba meletup sehingga menerima kritikan ramai pihak. Mengulas mengenai perkara tersebut, dia menjelaskan bukan sengaja untuk mencetuskan kontroversi dan semata-mata mahu meraih populariti segera. Sebaliknya apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya sama sekali. "Biarpun saya masih lagi agak baru dalam bidang ini, tetapi tidak pernah terlintas di fikiran saya dengan melakukan perbuatan sebegitu untuk mencari publisiti murahan. "Dalam perkara ini, saya tidak menyalahkan sesiapa pun. Segala apa yang berlaku itu menjadi pengajaran berguna buat diri saya dan menjadi iktibar supaya lebih berhati-hati selepas ini," jelasnya. Menurut Miera lagi, sebagai seorang perempuan, dia turut melahirkan rasa malu apabila gambarnya tersebar di Internet dan mendapat cemuhan daripada orang ramai. Bagaimanapun, untuk acara Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung pada 3 April ini, dia masih menggunakan khidmat pereka Wan Huzairil untuk mereka pakaiannya nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Zila Bakarin tutup aurat Posted: Zila Bakarin tutup auratZila Bakarin tutup aurat Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my
|
DARI kiri: Zila, Anne dan Fazreen.
|
TERKENAL dengan identiti yang seksi dalam kebanyakan penampilan dan lakonannya, tidak bermakna pelakon Zila Bakarin menolak tawaran untuk memegang watak wanita berimej keislaman. Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja. Akuinya, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati. "Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya," terangnya yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata, Kaseh Azri, 2. Kemunculan Zila menerusi drama bersiri Kurma Ajwa Untuk Najwa yang ditayangkan oleh stesen televisyen AlHijrah ternyata memberi sesuatu kelainan terhadapnya sepanjang terlibat dalam industri lakonan. Pengalaman yang paling ketara apabila Zila perlu mematuhi beberapa peraturan yang dilarang oleh Islam. Paling jelas sekali, dia perlu memakai tudung dan adegan yang dipaparkan tidak boleh tersentuh dengan pelakon lelaki. Meskipun watak yang dipegangnya itu sebagai ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, Zila perlu menghayatinya dengan membataskan perilaku. "Sejujurnya, ia bukan semudah yang disangka kerana imej saya perlu bersesuaian dengan watak yang diberikan. Babak yang paling rumit apabila saya perlu marah kepada anak saya. "Sepatutnya saya garang tetapi disebabkan saya berpakaian sopan ia membuatkan diri ini susah untuk berlakon garang. Saya jadi bersifat lemah lembut," ceritanya yang turut mengakui pertama kali mengadakan sesi fotografi berimej tudung dan sopan. Namun, watak itu sebenarnya mendorong Zila untuk berjinak-jinak bertudung. Lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu secara mendalam bagaimana ingin mendapatkan tudung yang berkualiti. "Secara semula jadi saya terasa ingin tahu pilihan tudung yang disukai. Rupa-rupanya banyak sangat fesyennya. Buat masa ini koleksi saya hanya dua helai sahaja. Selebihnya saya pinjam tudung kakak," katanya sambil ketawa kecil. Jantung berlubang Sementara itu, lain pula dengan Anne Ngasri yang sebelum ini sudah pun berpakaian muslimah. Jadi, sepanjang sesi penggambaran drama itu, ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Sebaliknya, dia suka untuk berkongsi kriteria drama itu yang melarang setiap pelakon bukan muhrim bersentuh, menutup aurat dan tata rias wajah sederhana. "Drama ini memberi teladan yang sungguh baik bukan sahaja kepada penonton. Bahkan kepada pelakonnya sendiri. Saya cukup suka dengan drama ini yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah," jelasnya. Hurai Anne lagi, keterujaan menerusi Kurma Ajwa Untuk Najwa apabila digandingkan dengan Fazreen Rafi yang memegang watak Bujal iaitu seorang pemuda yang lurus bendul dan berperangai kebudak-budakkan. Gelagat manusia Dia memuji lakonan Fazren yang mampu membawa watak sebegitu sedangkan jejaka itu sebelum ini tidak pernah ditawarkan sebagai kanak-kanak kurang upaya. "Saya adalah seorang remaja yang bernama Najwa yang mempunyai perwatakan sangat pandai, peramah, lemah lembut dan rajin. Tetapi saya mempunyai penyakit jantung berlubang. "Bagaimanapun, saya dengan Fazren merupakan rakan baik di kampung itu. Walaupun Fazren lurus bendul dan spastik antara saya dan dia boleh menjadi teman rapat," terangnya lagi. Dalam pada itu, Fazren pula menjelaskan, drama arahan Badarudin Azmi yang lebih dikenali sebagai Bade benar-benar menyentuh perasaan masyarakat. Mula ditayangkan pada 13 Mac lalu dan mempunyai 15 episod, Kurma Ajwa Untuk Najwa mengisahkan gelagat manusia yang suka membezakan individu lain mengikut kelas tersendiri. "Plot cerita ini memang bagus untuk tatapan bersama keluarga kerana ia boleh dikatakan berlaku pada masa kini. Saya pula menggalas tugas berat untuk menjaga ibu yang sudah berusia lakonan Ruminah Sidek. "Sedangkan saya mempunyai seorang kakak tetapi dia langsung tidak menghiraukan kami yang berada di kampung," jelas Fazren. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bieber kalahkan Micheal Jackson Posted: Bieber kalahkan Micheal JacksonBieber kalahkan Micheal Jackson JUSTIN BIEBER
NEVER SAY NEVER filem dokumentari sulung mengenai perjalanan hidup Justin Bieber telah diumumkan menjadi filem konsert paling laris di senarai pecah panggung Amerika Syarikat. Hasil kutipan filem tersebut telah berjaya mengalahkan kutipan yang diraih filem This Is It kepunyaan Micheal Jackson. Sejak ditayangkan sebulan lalu iaitu pada 11 Februari, filem itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$72.2 juta (RM223 juta). Ia sekali gus menjadi rekod baru yang mana sebelumnya dipegang oleh filem Micheal Jackson yang meraih kutipan AS$72.1 (RM218.2 juta). Meskipun telah berjaya mengalahkan rekod legenda muzik pop itu, Bieber tetap menyanjungi dan merendah diri dengan mengatakan Micheal Jackson tetap menjadi idola dan legenda muzik dunia. "Terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong Never Say Never (3D NSN3D) di seluruh dunia. Tetapi Jackson masih dan akan selalu menjadi Raja Pop," tulis Bieber dalam akaun Twitternya seperti mana yang dilaporkan Aceshowbiz. Filem Jackson yang menampilkan dokumentari dirinya adalah ketika menjalani latihan dan sebuah persembahannya di London. Filem itu diedarkan pada tahun 2009 iaitu selepas Raja Pop itu mengejutkan dunia dengan kematiannya tragisnya itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Rap Posted: 30 Mar 2011 01:33 AM PDT Serasi ketika berlakon teater Natrah Posted: 29 Mar 2011 07:17 AM PDT [unable to retrieve full-text content]GOSIP percintaan antara Maya Karin Roelcke, 32, dengan hero filem tempatan semakin popular, Remy Ishak bukan sesuatu yang baru. Ia hangat diperkatakan sewaktu kedua-duanya mula ditemukan dalam teater Natrah arahan Erma Fatima. Apabila ditanya mengenai pengesahan berita itu, kedua-duanya dari dulu lagi tetap menafikannya. | Saya tak janji ‘superstars’ Posted: 29 Mar 2011 07:13 AM PDT [unable to retrieve full-text content]GERANGAN 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) sudah terjawab apabila pengumuman secara rasmi dilakukan Isnin lalu, bertempat di AEON AU2 Setiawangsa. | |
Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater Posted: 29 Mar 2011 11:50 PM PDT Life Regen Launches FuGen New Personal Care Products Posted: 29 Mar 2011 10:18 PM PDT LIFE REGEN LAUNCHES NEW PERSONAL CARE PRODUCTS FύGen promotes all natural ingredients free of toxic chemical for healthier life When you go shopping for your personal care products, what is the most important factor that you look out for? Do you go for nice packaging, price factor, smell, ingredients or all? VIDEO LIFE REGEN LAUNCHES FUGEN PRODUCTS Choosing the right personal care product is as important as how you lead your life. Believe it or not these products can actually determine your very existence, the state of your health and help promote healthy living. Years of research have shown and proven that chronic diseases, which are on the rise, may be caused by toxic chemicals present in these very products that we rely on every day. Life Regen, a licensed Multi-Level Marketing (MLM) ̧ company that has created a strong following in Taiwan is now on Malaysian shores to expand its campaign against human pollution by disseminating knowledge on the correct use of personal care products. "It is all about choice! Choosing the safer personal care product is very important as they play a crucial role in determining our health and lifestyle," said Dorph Peng, Managing Director of Life Regen. According to Peng, Life Regen is introducing FύGen to Malaysians so they understand the importance of living a life free of toxic chemicals that are found in the products we use daily. "FύGen is our export quality personal care product range formulated without known carcinogens, neurotoxins, allergens, hormone disruptors and other toxic chemicals," she said. "We provide only all natural, no preservatives and no artificial colouring health products," she added. On March 19, 2011, Life Regen will conduct its product launch to the media and introduces FύGen's six new products that use only natural ingredients and essential oils without any harmful and synthetic toxic chemical, fragrance, preservatives. The event to be held at The Gardens Hotel, Kuala Lumpur will be officiated by the Guest of Honour, YB. Senator Dato' Ir. Donald Lim, Deputy Minister of Finance. This will be followed with several welcome addresses by Life Regen's Managing Director, Ms. Dorph Peng. The chairman of Life Regen (M) Sdn Bhd Dato' Hj Ikhwan Salim will also address all those present at this company's prestigious and memorable event. The day's highlight will be the product showcase by celebrity models that will include Madam Lai Meng, Steve Yap and Cassandra Patrick. After the multimedia presentation and showcasing of the products, guests will be given a special presentation on FύGen's products by Marcus Fei, Marketing Director of Life Regen (M) Sdn Bhd. FύGen's six new products comprise shampoo, body wash, cleanser, moisturiser, hand wash and toothpaste. FύGen Six New Products: LUSCIOUS – a natural citrus healthy scalp shampoo recommended for itchy scalp and combat dandruff. It is suitable for all age groups, even newborns and for all hair types. REVIVE – a natural citrus antioxidant body wash that's gentle with antioxidant enriched formulation that gives extra benefits to those with skin problems and allergies. Suitable for all age groups. RADIANT – a natural citrus antioxidant facial cleanser made from botanical ingredients rich in healthy aging combating properties. Radiant also helps to smoothened fine lines and wrinkles. Its dry cleansing foam helps reduce acne and regulates and maintains skin natural moisture balance. Suitable for all age groups. HYDRATE – a natural citrus skin protection moisturiser suitable for dry and scaly skin, and skin damaged from overexposure to the sun. It protects skin from free radicals that cause accelerated aging and skin damage. It has natural antibacterial, antifungal and antiseptic properties, hydrates and softens skin. FEND – a natural citrus antibacterial hand wash. GUARD – a fluoride free natural bamboo salt toothpaste formulated with patented bamboo salt premix to prevent gingivitis, periodontal and gum disease. It has whitening effects with colloidal ball structure and natural herbs. FύGen ingredients are 100% biodegradable and environmental-friendly. It boasts high quality personal care products at reasonable prices. For more information, please visit fugen.life-regen.com. Tags: allergens, chronic diseases, essential oils, export quality, FuGen, gardens hotel, health products, hormone disruptors, hotel kuala lumpur, human pollution, known carcinogens, Life Regen, march 19, mlm company, multi level marketing, natural ingredients, new product, Personal Care, personal care product, personal care products, popular Products, preservatives, product launch, toxic chemical, toxic chemicals Tags: Events, FuGen, Life Regen, New product, Personal Care, popular Products Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan: Lifebuoy CSR Campaign Gives Hope To Less FortunateDayang Nurfaizah, Amylea, Hafiz di Karya1 Malaysia Charity BazaarMalaysian Dreamgirl 2 Enters Final RoundAmy Mastura Dilantik Menjadi Duta Kempen Malaysia, Jom Lebih SihatCellLabs Sheep Placenta The Revitalising CapsuleHP and Barang Barang Award Winner of The Guess and Win ContestMalaysian Dreamgirl 2 Crowns WinnerHP Expands Mini PC Portfolio for On-the-go ProfessionalsMaxis Launches Maxis Movie ApplicationAirasia Launches Year-End Promo
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, March 30th, 2011 pada 1:18 pm dan dibawah kategori Events.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ujibakat Deko Idaman Selebriti TV3 Posted: 29 Mar 2011 09:52 PM PDT PELUANG PENYERTAAN KINI DIBUKA. JOM SERTAI UJIBAKAT DEKO IDAMAN TV3 Program Ubah Suai Kediaman, Deko Idaman kembali ke TV3 dengan konsep baru pada tahun ini. Bakal dikenali sebagai Deko Idaman Selebriti, program tersebut yang menampilkan Azhar Sulaiman dan Syaiful Baharim sebagai pengacara merangkap pereka dalaman turut mengundang selebriti-selebriti tanah air popular dalam mengubah suai kediaman peserta terpilih. Memasuki musim baru, Deko Idaman Selebriti membawa konsep baru dengan memperkenalkan selebriti jemputan pada setiap episod yang juga akan turut serta dalam proses ubah suai ruang rumah yang terpilih. Mahukah melihat kediaman anda diubah suai dengan sentuhan kreatif dari pereka hiasan dalaman professional? Jangan berlengah lagi, sertai uji bakat Deko Idaman Selebriti yang akan diadakan pada 2 & 3 April 2011 (Sabtu & Ahad) bertempat di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya dari jam 10.00pagi hingga 4.00petang. Ruang yang akan diubah suai ialah bilik tidur, ruang tamu, dapur atau pun ruang makan. Peserta perlu membawa 3 keping gambar ukuran 4R di mana ruang rumah yang mahu diubah suai melalui sudut yang berbeza serta memuat turun borang lengkap daripada laman web www.tv3.com.my/dekoidaman. Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi ujibakat ini, jangan khuatir kerana peluang masih terbuka. Peserta boleh menghantar permohonan menerusi www.tv3.com.my/dekoidaman sebelum 10 April 2011. Panduan lengkap boleh didapati di dalam laman web ini. Hanya 13 peserta yang akan terpilih, adakah anda salah seorang dari peserta Deko Idaman Selebriti? Sertai uji bakat ini untuk memberi pengubahsuaian ruang kediaman yang lebih selesa dan indah! Rebutlah peluang keemasan ini.. Tags: 3 april, ahad, akan, Azhar Sulaiman, bakal, bandar utama, bilik tidur, Deko Idaman Selebriti, kembali ke, mahu, pada tahun, pengacara, pereka dalaman, petaling jaya, ruang rumah, selebriti tv3, selesa, sentuhan, serta, sri pentas, syaiful baharim, TV3, Ujibakat Tags: TV3, Deko Idaman Selebriti, Ujibakat Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan: Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3Kejutan DEKO DEKO DEKO Celcom BlueKejutan Deko Deko Deko Celcom BlueUjibakat Idola Kecil Musim Ke-3Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat AuditionUjibakat Program Realiti Terbaru ntv7Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali LagiUjibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANAUJIBAKAT BINTANG RTM 2009Ujibakat Mentor Bersama Awie
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, March 30th, 2011 pada 12:52 pm dan dibawah kategori TV3.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
OHBULAN! Posted: 29 Mar 2011 11:37 PM PDT Review Penonton : Filem …. Dalam Botol, Constructive Criticism. Posted: 29 Mar 2011 09:09 PM PDT Review Penonton : Filem …. Dalam Botol, Constructive Criticism. Blogger Que_Esq berkongsi pandangannya mengenai filem … Dalam Botol yang sedang hangat di pawagam. Ikuti ulasannya selepas ini. Saya pernah menyoalkan kewajaran pembikinan filem …Dalam Botol ini, dahulu. And here I go again, or to be precise, let me continue. Maaf En OhBulan, saya tidak bersetuju dgn anda. Kurang bersetuju. Rujuk entri Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Berisiko Tinggi. Memanglah saya bukannya ternanti-nanti filem ini (poster saja sudah tidak menampakkan usaha). Malahan saya sendiri tertanya-tanya, di awal tayangan, kenapa saya memilih menonton ini, bukan pula filem 2 Alam (dan langsung membantu impian kutipannya). Mungkin kerana entri saya yang lalu telah terlebih dahulu menghukum dan saya merasakan …Dalam Botol perlu diberi ruang untuk sekurang-kurangnya, dibelek-belek. Ingin juga melihat apa yang dipuji benar dengan garapan sulung Khir ini. Dari mengarut tentang apa yang jelek dengan filem ini, baik diberi komentar yang lebih bermakna. Constructive criticism. Kerana ramai yang lebih memuji teknikal filem ini, kita kecilkan juga skopnya. - Jarang sebuah filem Melayu menggunakan teknik flashback. Bermula dari hujung, sebelum semuanya bercantum dan menjadi sebuah gambar yang sempurna. Cumanya, instead of memaparkan scene-scene terlarang dan Ruby (versi Mak Nyah Rubiddin) menyembah sujud boifrennya, Ghous, boleh sahaja Khir terus melakar kisah-kisah hidup Ruby yang dulu menggunakan teknik-teknik flashback dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk hubungan mereka. Keep some as a mystery.
- Ruby digambarkan sebagai mencapai tahap wanita sempurna demi kerana Ghous. Tetapi logik akalnya, selepas render reassignment, napa tidak dimasukkan silikon dan masih memakai rambut palsu? Scene Ruby mandi bogel tidak langsung dituntut kerana boleh saja digantikan dengan scene menarah memendekkan rambut secara drastik dengan linangan air mata.
- Normah Damanhuri dan Jalil Hamid mencuri lampu spotlight kerana kehadiran mereka cukup terasa. Mungkin kerana Ruby masih baru dalam dunia lakonan, timbal balik darinya masih kelihatan kaku. Tapi Ogy, sorry, anda kelihatan berlebih-lebih dan tercari-cari watak anda. Sekejap seorang wanita yang ceria dan tegas, sekejap-sekejap begitu rapuh.
- Skor muzik. Kurang faham mengapa ramai memuji. Memang adakalanya scene tanpa dialog begitu berkesan dengan runut bunyi yang bersesuaian. Cumanya bukanlah seluruh filem bagai opera lengkap bunyi-bunyian.
- Khir kelihatan begitu mahir menterjemahkan scene tanpa suara. Namun ini tidak seimbang dengan sccene berdialog yang rata rata lemah dan kelihatan seperti tergantung. Suntingan jugak memeningkan kerana transisi dari satu babak ke babak yang lain tidak smooth.
- Latar filem kurang senada kerana props dan lokasi seperti dari filem berbeza. Pelik bila ada yang menyamakan dengan filem Mak, kerana filem Mak walaupun kita terus-terusan meneka latar zaman yang dipapar, tetapi pilihan lokasi kelihatan lebih kurang sama. Biar membezakan yang kaya dan miskin ataupun berlainan bangsa.
- Kalau mood suram yang cuba Khir paparkan, memang itulah yang kelihatan. Adegan waktu bercinta pun tiada terselit kegembiraan, apatah sewaktu majlis perkahwinan.
Secara terus terang ini adalah satu-satunya filem Raja Azmi yang saya tonton. Harap-harapkan RA seorang visionary yang bakal terus jujur mencerna filem-filem bertema besar lain dan bukan sekadar melahirkan projek untuk mengajar glamer dan publisiti murahan sahaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan! Posted: 29 Mar 2011 08:42 PM PDT Classy sangat majlis hari jadi Erma Fatima dihidangkan dengan tarian lucah oleh penari Nyah yang berpakaian menjolok mata. Ada yang berbikini, tak kurang yang menyarung g-string serta melakukan aksi menonggeng punggung terhadap para jemputan. Hairan juga apabila Erma mengatakan di Twitter berbunyi, "Salah ke sy menghargai keikhlasan & pemberiannya? Knp isu itu mahu d perbesarkan? Itu tdk adil & menghina mreka yg bkn menjual diri mereka!' Apa maksud Erma? Adakah soal keikhlasan harus diukur dengan aksi tarian lucah? Logik akal, kalau tarian lucah dihidangkan, bukan susah pun nak melangkah kaki keluar daripada majlis. Pihak penganjur pun salah, aksi Nyah sedemikian tidak patut disajikan kepada tetamu, memalukan! Apatah lagi majlis ini turut disertai oleh VVIP seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta. Tidak wajar seorang kawan (penganjur) memanggil Nyah melakukan aksi lucah untuk menghiburkan para tetamu. Mujur, tetamu VVIP yang hadir hanya sempat duduk untuk 5 minit. Kes sebegini, bukan sahaja imej Erma tercemar, malah imej para VVIP turut kena tempiasnya. Dalam satu kenyataan, Erma ada menyebut bahawa dia tidak menganggap 'kejutan' itu adalah satu penghinaan terhadap imejnya. Tambah Erma lagi, kalau itu hadiahnya maka itulah yang diterima seikhlas hati. Kenapa pula 'kejutan' itu bukan satu penghinaan? Tarian lucah, bukan hinaan? Pelik? Kalau pihak penganjur ni jenis yang ada 'akal', mereka sebenarnya boleh buat kejutan yang lebih menarik seperti pertandingan karaoke, aksi stunt & lain-lain lagi. Kenapa tarian lucah juga yang menjadi pilihan? Dalam situasi ini, kami bukan menghina golongan Nyah. Tapi kami nak tegaskan, dimana letaknya akal pihak penganjur ketika membuat perancangan majlis hari jadi ini? Anda fikir, anda nilaikan. Kredit gambar & berita: Utusan Malaysia Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan