Sabtu, 8 Disember 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Down <b>di</b> petronas <b>rantau abang</b>

Posted: 08 Dec 2012 05:46 AM PST

You are either not logged in or do not have permission to view this page. This could be because one of the following reasons:
  1. You are not logged in or registered. Please use the form at the bottom of this page to login.
  2. You do not have permission to access this page. Are you trying to access administrative pages or a resource that you shouldn't be? Check in the forum rules that you are allowed to perform this action.
  3. Your account may have been disabled by an administrator, or it may be awaiting account activation.
  4. You have accessed this page directly rather than using appropriate forms or links.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Demam Durian Crepe aka Homemade <b>di Setiu</b>.. - Dapur Riuh Ibu <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 05:51 PM PST

salam semua.. lamanya tak update blog.. sejak akhir2 ni sibuk dengan tempahan durian crepe, pastu sibuk packing barang. untuk pengetahuan semua pelanggan saya, saya dah pon berpindah ke setiu, terenggganu.. so semua tempahan di selangor di tutup serapat2nya.. hehe.. dan ber'homemade' di setiu.. so sape2 yg area besut, setiu ni boleh lah kalau nak tempah kek2 atau ape je.. call je 019-2993334..




13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta <b>di</b> Dungun – Perak Today

Posted: 05 Dec 2012 12:23 PM PST

DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun.

Ketika kemalangan, keadaan permukaan jalan agak licin akibat hujan renyai sejak awal pagi lagi.

Honda Civic dipandu Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, bersama dua penumpang lain termasuk ibu Ridzwan, Suzlina Ahmad, 40, dan sepupu Ridzwan, Norfathika Shamsudin, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Balai Besar menuju ke Machang, Kelantan.

Empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira pula iaitu Zulkifli Mamat, 53, isteri Zulkifli, Zainun Awang, 50, adik ipar Zulkifli, Gayah Awang, 45, serta anak lelaki Gayah, Tarmizi Ismail, 11, dalam perjalanan untuk ke rumah tok mudim di Dungun bagi menyempurnakan majlis berkhatan Tarmizi.

Mangsa yang maut adalah seorang daripada penumpang Honda Civic, Suzlina yang beralamat nombor 1326, Jalan Balai Besar Dungun serta seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50, dari Kampung Pancur, Jerangau.

Semua mangsa dalam Honda Civic dan Proton Wira termasuk pemandu dipercayai tersepit dalam kenderaan yang remuk dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mohd Ridzwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang memandu Honda Civic patah hidung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sepupu Ridzwan, Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar cedera ringan dan dimasukkan ke wad perempuan Hospital Dungun.

Semua mangsa dalam Honda Civic berasal dari Balai Besar, Dungun.

Sementara itu, tiga lagi penumpang Proton Wira dilaporkan parah iaitu pemandunya, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu lori pasir di Jerangau, kakak ipar Zulkifli, Gayah, seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan parah manakala anaknya, Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang turut cedera.

Mereka juga dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Zulkifli berasal dari Kampung Pancur Jerangau manakala kakak iparnya, Gayah dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dua mangsa yang maut di tempat kejadian mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan  dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Dungun, tiga kereta peronda polis serta dua ambulans termasuk kenderaan JPAM turut berada di lokasi bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditemui di Hospital Dungun ketika mengesahkan kejadian memaklumkan polis masih menyiasat kemalangan maut yang mengorbankan dua mangsa di laluan Dungun ke Bukit Besi itu.

- SINAR HARIAN

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Sumbang Mahram Yang Aneh <b>Di</b> Zaman Moden Hanya <b>Di Hulu</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 11:10 PM PDT

September 14, 2012   ·   137 Comments

PAS Fitnah Sumbang Mahram SUK UMNO Hulu Terengganu

Sehari dua lepas media dan blog picisan pro pakatan pembangkang yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengikut tegar dan totok kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menyebarkan berita angin kononnya Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah membuntingkan anak tiri sendiri sehingga melahirkan anak.

Sumber yang mereka guna pakai untuk menyebarkan berita tersebut datangnya dari seorang pemimpin PAS, Kamaruzaman Abdullah yang dipanggil oleh totok PAS sebagai USTAZ dan kini adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Kamaruzaman mendedahkan perkhabaran tersebut dalam ceramahnya di satu program politik anjuran PAS yang diadakan di Kampung Banggol Binjai, Tepoh. Menurutnya berita aib tersebut diperolehinya hasil bisikkan seorang anggota polis semasa dia sedang berhari raya di Balai Polis Kuala Berang.

 "Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Penulis percaya ketika pemimpin Dewan Pemuda PAS itu menceritakan kisah bisikan tersebut kepada hadirin berkembang rasa bangga di hatinya kerana menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sedemikian. Itu normallah, berita sensasi dan hot tentulah ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan.

Sebelum ini, kisah sumbang mahram dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang dari Pahang dan penulis percaya kisah sumbang mahram yang di bawa oleh pemimpin PAS ini tentulah ada matlamat disebaliknya sama ada untuk meneutralkan impak negatif sebelumnya atau sekadar untuk mencemar imej lawannya.

Untuk info semua, pemimpin kanan pembangkang itu telahpun dibebaskan selepas ujian DNA diperolehi, manakala darah daging sendiri iaitu anak kandung lelakinya yang baru berusia 14 tahun pula telah didakwa secara rasmi melakukan aktiviti seks sumbang mahram yang menyebabkan kakaknya yang berusia 15 tahun mengandung dan melahirkan anak.

Berbalik pada isu sumbang mahram yang dituduh oleh pemimpin Dewan Pemuda PAS Terengganu itu, sebenarnya bagi penulis ianya agak aneh, pelik  bin ajaib dan cukup unik kerana dengan hanya sumber bisikan pun sudah cukup untuk 'USTAZ' PAS itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para bloggers PAS PKR yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal.

Patutlah banyak sangat fitnah dan adu domba bergentayangan sejak wujud PAS atas muka bumi ini, rupanya sumber bisikan sosek sosek yang tidak tahu hujung pangkal betul atau salah pun sudah jadi rujukan utama pemimpin dan penyokong PAS. Bangang 7 tingkat, tolol berlapi-lapis betul.

Benda luar tabie sedemikian jika betul berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, kami penyokong UMNO takkan sesekali menyokong pemimpin bernafsu binatang sedemikian, yang salah tetap salah dan memang patut disiasat serta dihukum jika sabit kesalahan yang terbukti. Itu jika betul seperti dituduh oleh PAS.

Hakikatnya, Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan tersebut sudah lama disandang oleh seorang wanita. Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa. 

Persoalan sekarang yang menuntut pemimpin PAS dan para bloggers bebalan PAS serta Keldai PKR jawab ialah, bagaimana mungkin untuk seorang Setiausaha Kerja yang berjantina sama macam mak hangpa semua mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik, pelik dan maha ajaib bila seorang wanita mampu mengakibatkan anak tiri berjantina sama dengannya mengandung. Amatlah aneh bukan begitu? Dan keanehan paling unik di zaman moden ini hanya berlaku di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang pemimpin PAS.

Kalau ini bukan fitnah, apa agaknya kita nak panggil? Tazkirah agama alagaPAS atau apa?

Bloggers PAS dan PKR pun sama-sama bebal setaraf keldai, disebabkan bebal mereka tak pasal-pasal UMNO Bahagian Hulu Terengganu busuk sekejap namanya dan pembaca pula dapat dosa percuma. Dan tak pasal-pasal juga kakak K***** yang jadi SUK UMNO Hulu Terengganu dapat pahala besar sehari dua ini.

By


13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di KETENGAH</b> ~ GEDUNG KERJA

Posted: 13 Aug 2012 07:25 PM PDT


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. PEMBANTU AM PEJABAT
3. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 September 2012

Maklumat lanjut jawatan klik sini
Borang permohonan sila klik sini

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2012 04:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dari KL, boleh terus melalui lebuhraya Karak, terus ke LPT ke Gambang sehingga sampai di roundabout selepas tol Jabor. Dari roundabout tersebut, ambil laluan ke Al Muktafi Billah Shah dan teruskan perjalanan menuju ke ...

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


menteri besar terengganu cabar hadi awang <b>di kemaman</b>

Posted: 10 Nov 2012 07:00 PM PST

Sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mahu bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU-13 bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, ramai di kalangan pemimpin BN mencabar calon-calon pembangkang untuk berhadapan dengan mereka. Terbaru, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Abdul Hadi Awang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.
Menurut Ahmad, Presiden PAS itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Parlimen Pekan. Sebaliknya kenyataan Abdul Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan hanya gimik politik.
"Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu. Jangan hanya mahukan publisiti hingga takut untuk dicabar? 

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta <b>di Dungun</b> – Perak Today

Posted: 05 Dec 2012 12:23 PM PST

DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun.

Ketika kemalangan, keadaan permukaan jalan agak licin akibat hujan renyai sejak awal pagi lagi.

Honda Civic dipandu Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, bersama dua penumpang lain termasuk ibu Ridzwan, Suzlina Ahmad, 40, dan sepupu Ridzwan, Norfathika Shamsudin, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Balai Besar menuju ke Machang, Kelantan.

Empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira pula iaitu Zulkifli Mamat, 53, isteri Zulkifli, Zainun Awang, 50, adik ipar Zulkifli, Gayah Awang, 45, serta anak lelaki Gayah, Tarmizi Ismail, 11, dalam perjalanan untuk ke rumah tok mudim di Dungun bagi menyempurnakan majlis berkhatan Tarmizi.

Mangsa yang maut adalah seorang daripada penumpang Honda Civic, Suzlina yang beralamat nombor 1326, Jalan Balai Besar Dungun serta seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50, dari Kampung Pancur, Jerangau.

Semua mangsa dalam Honda Civic dan Proton Wira termasuk pemandu dipercayai tersepit dalam kenderaan yang remuk dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mohd Ridzwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang memandu Honda Civic patah hidung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sepupu Ridzwan, Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar cedera ringan dan dimasukkan ke wad perempuan Hospital Dungun.

Semua mangsa dalam Honda Civic berasal dari Balai Besar, Dungun.

Sementara itu, tiga lagi penumpang Proton Wira dilaporkan parah iaitu pemandunya, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu lori pasir di Jerangau, kakak ipar Zulkifli, Gayah, seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan parah manakala anaknya, Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang turut cedera.

Mereka juga dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Zulkifli berasal dari Kampung Pancur Jerangau manakala kakak iparnya, Gayah dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dua mangsa yang maut di tempat kejadian mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan  dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Dungun, tiga kereta peronda polis serta dua ambulans termasuk kenderaan JPAM turut berada di lokasi bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditemui di Hospital Dungun ketika mengesahkan kejadian memaklumkan polis masih menyiasat kemalangan maut yang mengorbankan dua mangsa di laluan Dungun ke Bukit Besi itu.

- SINAR HARIAN

Dua maut, empat parah dalam kemalangan <b>di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 07:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Dua maut, empat parah dalam kemalangan di Dungun. DUNGUN: Dua orang maut dan empat orang parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 16.5 Jalan Dungun-Bukit Besi, di sini, jam 9 pagi tadi.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


~~ FanTaSi PinGu ~~: Rezeki <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 04 Dec 2012 06:46 PM PST


Alhamdulillah .... inilah yang dikatakan rezeki .... mencurah2 rezeki ... 
November mmg pack la activity sy hehe ... pusing2 aje ... hoho ... pusing2 skt je ... keluar bekerja sambil cuci-cuci mata tu hadolah ... 
Sampai ke Ganu je masing2 lapar blm tahap kebulur la ... trs singgah di Bandar Al Muktafi Billah makan Nasi Kukus Ayam Berempah ... 
Selesai buat keje pd hari pertama teringin kOwt nk mkn sotong & ikan celup tepung yang femes kt Ganu tu ... jdnye kautim ngn abg pilot utk ke Pantai Teluk Ketapang ... dapat la aku merasa ... ngeeeh3 ... 
Opss lupa la ... sblm dapat kudapan petang tu singgah rumah bekas staff HOAG kt Kuala Terengganu ..ohOiii segannye beliau hidangkan nasi berlauk ... gambor tak sempat di ambil sebab masing2 lapar pelahap aje ... cuma dapat snap satu pic ketupat tu ... heehehe slalu mkn time raya je ... rezekiiiii ....
Ha ........ cer tengok Roti High5 Free tu ... rezeki lg !!! dapat percuma okey lps buat kerja kt Kg. Orang Asli Sg. Berua ... :) 

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


<b>Bukit Besi</b>, here we come!!! | Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Al <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 06:53 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Bukit Besi, here we come!!! Cerita ini pada 27/10/2102. Pagi sampai tengahari tadi ke Uitm Kampus Bukit Besi untuk pemberesan layout makmal...... pergi 35 minit, balik 40 minit dgn kelajuan 80-90km/j. (Kalau speed 110 ke ...

Jumaat, 7 Disember 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Buletin Online: Rakan Khidmat <b>Rantau Abang</b> Ziarah Lebih 1000 <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 04:56 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang2.jpgDUNGUN – Lebih seribu buah rumah warga emas yang uzur dan kurang segar telah diziarahi oleh Rakan Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sejak pelancaran skuad Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu itu pada tahun lalu.

Pengerusinya Cikgu Ahmad Fauzi berkata program ziarah tersebut dibuat secara berterusan pada setiap hari.

"Kita ziarah setiap hari dalam tiga atau empat buah rumah warga emas yang uzur dan yang kurang sihat, dalam sebulan lebih kurang 20 hingga 25 hari,

"AlhamduliLlah, hingga kini lebih 1000 buah rumah telah kita ziarahi dan berikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tiga buah rumah di Kampung Baru Rantau Abang dekat sini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang1.jpgTurut sama dalam program ziarah tersebut ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Sehubungan itu, menurut Cikgu Alias, terdapat kira-kira sepuluh peratus dari jumlah penduduk yang miskin dan dhaif dalam DUN Rantau Abang. Katanya, walaupun kerajaan meluluskan bajet yang besar pada setiap tahun, namun tahap kemiskinan rakyat negeri Terengganu masih ditakuk lama.

Beliau yang juga bekas Pemangku Pengetua Sekolah Agama Rantau Abang berate ia adalah kerana bajet tersebut tidak sampai kepada sasaran sebenarnya.

"Bajet besar setiap tahun tapi peruntukan untuk membasmi kemiskinan tidak sampai kepada sasaran sebenarnya,

"selain diskriminasi, pilih kasih dan hanya mementingkan kelompok tertentu, jumlah sebenar rakyat yang miskin dan dhaif tidak dapat ditentukan,"jelasnya.

[Gambar Atas; Cikgu Alias melihat kaki seorang warga emas yang bengkak dan sakit ketika, bawah; Cikgu Alias (paling kiri) dan Cikgu Ahmad fauzi (berbaju kuning) berbual dengan seorang warga emas wanita di Kampung Baru rantau Abang]

Sebagai contoh katanya, bantuan zakat dan 'dana-dana' yang disalurkan hanya tertumpu kepada kelompok 'biru' sahaja, sedang kelompok yang 'nutral' tidak dimasukkan dalam senarai.

Apatah lagi, tambahnya, kelompok 'hijau' dan yang dilabel sebagai hijau, terus tidak dilihat oleh para petugas agensi dan jentera berkenaan.

Justeru itu, katanya, kemiskinan tidak akan berjaya dikurangkan, walau banyak mana sekali pun peruntukkan yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Gempar!!! Penemuan Terowong Rahsia 100km <b>Di</b> Palekbang <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:01 AM PST



Gempar..!! Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ?
 berdasarkan kenyataan yang diambil dari Facebook


Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
 

  
Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa
 ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
 




sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
 



Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat..


Share Share entry ini di Facebook

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong <b>Di Besut</b>, Terengganu

Posted: 03 Dec 2012 10:50 PM PST

Jawatan Kosong Di Besut, Terengganu
Majikan 1:         Jerteh Timber Enterprise Sdn Bhd
Alamat :           Lot 6836 Jalan Tembila, Kawasan Perindustrian Gong Medang, 22000 Besut
Telefon :          09-6957788 (Lee Hock Phiat)
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 20, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 900.00
Tarikh Tutup :    19 Januari 2013
Majikan 2:         Iktikad Resources Sdn Bhd
Alamat :           Lot 360-B Tingkat Atas, Perkedaian Jerteh 7, Jalan Zainal Abidin, 22000 Besut
Telefon :          09-6978717 (Rafizal Abdul Rahman)
Jawatan :         Pembantu Tadbir Perakaunan
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Ijazah
Gaji :               RM 800.00
Tarikh Tutup :    19 Januari 2013
Majikan 3:         Iktikad Resources Sdn Bhd
Alamat :           Lot 360-B Tingkat Atas, Perkedaian Jerteh 7, Jalan Zainal Abidin, 22000 Besut
Telefon :          09-6978717 (Rafizal Abdul Rahman)
Jawatan :         Kerani Am
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 800.00
Tarikh Tutup :    19 Januari 2013
Majikan 4:         D Rock Garden Resort
Alamat :           Lot 42 P/T 656, Pasir Panjang, Pulau Perhentian, 22300 Besut
Telefon :          03-92850600 (Dato' Wira)
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 900.00
Tarikh Tutup :    01 Februari 2013
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


(suk)umno <b>hulu terengganu di</b> tahan polis - bujang senang bn

Posted: 12 Sep 2012 05:15 AM PDT

Info terkini:
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis. Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya. "Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang,  dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, "beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin. Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit. Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut  mengandung dan telah pun melahirkan anak.
Sumber


13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Konvoi Samseng Mazlan Aliman gagal | The Unspinners

Posted: 06 Dec 2012 10:45 PM PST


Sepatutnya hari Jumaat, datanglah masjid awal-awal dan buat iktikaf. Puak-puak PAS di Terengganu  ni lain pula.

Hari ini jugalah mereka nak buat Kembara Oren konon nak selamatkan Felda di Terengganu. Entah apa yang nak diselamatkan apabila semua tempat dah reject si Mazlan Alimin.

Dia orang nak syok sendiri tiada siapa boleh tahan. Ini negara merdeka dan sesiapa bebas untuk bersuara asal tak bawa budaya samseng dan huru harakan keadaan keamanan awam.

Membantu puak-puak PAS bengong ini untuk syok sendiri adalah Satipul Bahri Mamat, Timbalan YDP PAS Dungun yang melepaskan kembara begong di Ketengah Jaya pada pukul 9 pagi.

Tujuan yang disebut adalah untuk memberi penerangan kepada warga Felda tapi sebenarnya membuat fitnah Felda telah menggadai nasib peneroka.


Tengoklah risalah yang dijaja. Ini bukan penerangan tapi penipuan dan budaya politik samseng. Sabar aje lah Tan Sri Isa. Lagi difitnah, lagi banyak pahala Tan Sri dapat.

Konvoi tersebut akan ke Felda Kertih 2, Kertih 3, Jerangau, Bukit Bading dan Tenang.

Mereka canangkan 110 kenderaan akan sertai konvoi tetapi yang ada hanya 25 orang saja. Di pelancaran Ketengah Jaya pun hanya dihadiri 50 org peserta konvoi yang BUKAN pun peneroka.


Dalam masa sama peneroka Felda Ketengah Jaya sendiri hadhir seramai 200 orang peneroka (bkan impot macam PAS) membantah Kembara Oren ini.

Belum start dah gagal. Balik kampung la Mazlan Alimin ... mana mamat ni ada kampung? Kampung sendiri  pun tolak dia!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Keunikkan Masjid Kristal | My Berita

Posted: 06 Dec 2012 06:41 PM PST

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Sumber

ads