Rabu, 25 April 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


PUST: PAS <b>DI Seberang Takir</b>

Posted: 22 Apr 2012 10:47 PM PDT

Seberang Takir 23 April 2012. Zakaria Dagang di dalam kenyataan di Sinar Harian pada hari ini mengatakan akan merampas Seberang Takir pada PRU 13 nanti. Beliau mengakui untuk menang pada pilihanraya akan datang adalah amat sukar dan bukan kerja mudah. tetapi beliau berkata kekalahan di Seberang Takir bukan dari rakyat dan ianya adalah kerana undi POS. Beliau akan giat turun padang dari masa ke semasa dan akan mengimbangi program yang di lakukan oleh pihak BN.Beliau juga berkata program ceramah mereka dapat sambutan dan akan memberikan kelebihan pada pakatan Rakyat.Belia juga yakin akan dapat menawan Seberang Takir jika undian awal di kira.Ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN di seberang Takir. Ya dagang sebenarnya sentiasa memberikan semangat kepada dirinya sendiri supaya tidak putus asa kerana telah lama ingin menduduki kerusi DUN Seberang Takir yang ternyata merupakan kubu kuat BN. Kenapa PAS tidak akan berjaya untuk menawan Seberang Takir?- 1. Seberang Takir kini di pimpin oleh seorang Individu yang masih muda dan mempunyai tokoh kepimpinan yang tinggi. Beliau adalah YB Ahmad Razif Abd Rahman yang menang pada PRU ke 12 dengan majoriti yang besar iaitu 2430. YB Razif adalah seorang yang kuat bekerja dan sangat suka tolong orang yang memerlukan bantuan yang dalam kesusahan. Kerja kuat YB Razif pada hari ini menjadi buah mulut di setiap genap lapisan Masyarakat di Seberang Takir.Cubalah pergi di mana sahaja di Seberang Takir. Nama beliau di bibir rakyat kerana sifat prihatin beliau kepada penduduk kampung seberang Takir. Ya Dagang perlu tanya pada orang Kg Batin pada hari ini tentang YB Razif yang mana kita semua tahu tentang kubu kuat PAS di Seberang Takir itu. Ya Dagang tahu situasi ini dan mengharapkan keajaiban berlaku. Kg Batin pada hari ini telah bertukar wajah dan penduduk kampung mula berpaling kepada BN setelah faham dari penjelasan dari masa ke semasa. Mereka sekarang telah mula menerima bantuan dari pihak Kerajaan yang sebelum ini di perbodohkan oleh pemimpin PAS. 2. Ya Dagang kata BN menang kerana undi POS tetapi ini lah kata-kata semangat yang di luahkan oleh seorang pimpinan PAS Seberang Takir walaupun tahu PAS tidak akan bertanding di Seberang TAkir.Cuba lihat jadual di bawah:- Kalau kita lihat analisa di jadual mennujukkan PAS kalah di setiap peti undi DUN Seberang Takir kecuali di Peti Undi Kg Batin iaitu BN kalah 77 undi. Bagaimana Ya Dagang kata rakyat telah tolak Barisan nasional. Rakyat sebenarnya tolak PR yang hanya dapat 4010 undi sedangkan BN mendapat 6440 lebih undi. PR juga memperolehi undi POS sebanyak 65 undi dan rakyat hanya 3000 lebih sahaja yang sokong PR. Inilah pembohongan oleh puok PAS yang telah terdesak kerana meraka merasakan semakin hari semakin teruk di tolak oleh rakyat.Lepas ini boleh tutup markas pasal PKR lagi yang akan bertanding. SPR sudah bersih dari awal lagi kalau tak dah lama Rhu Redang kita menang. 3. Ya Dagang mengatakan yang program mereka mendapat sambutan?.... itulah telah di katakan tadi hanya untuk sedapkan hati seperti Doktor yang memberi tahu pesakit cancer yang mana sakitnya adalah biasa sahaja dan masih boleh di rawat tetapi realitinya hanya tingggal 2 hingga 3 bulan sahaja. Contohnya boleh datang ke Seberang Takir pada ceramah mereka purata yang hadir hanya 10 hingga 30 orang. tetapi jika BN menganjurkan ceramah ribuan akan hadir . Ceramah Perdana PAS sekarang ini hanya setaraf ceramah kecil cawangan UMNO Seberang Takir sahaja yang mampu mengumpulkan hadirin 30 hingga 50 orang di rumah ketua cawangan. PAS sekarang akan berfikir 2 kali jika ingin adakan ceramah di Seberang Takir. Di fahamkan penceramah juga tidak mahu datang kerana kutipan derma sangat rendah? inilah perjuangan PAS di Seberang Takir.Ya Dagang juga mengakui Program BN di Seberang Takir ramai sambutan kerana ada umpan. Umpan yang di maksudkan oleh YA Dagang adalah bantuan yang YB razif usahakan kepada rakyat seberang Takir contohnya pada baru-baru ini Karnival 1Malaysia di dataran permata seramai 610 orang miskin di agihkan bantuan, YB razif usahakan 600 warga emas, orang miskin dan pelajar miskin dapatkan cermin mata percuma oleh SANADI opt. Pakar dari IJN datang seramai 50 orang termasuk pertugas hadir bagi memberi saringan awal sakit jantung kepada 1000 penduduk Seberang Takir. Begitu juga khidmat JPJ yang memudahkan orang ramai berurusan. 4. PAS sekali lagi boleh mengigit jari kaki pada PRU13 kerana PKR sekali lagi akan menduduki untuk pertandingan PRU13 sekali lagi. Kerja tak beberapa keras PAS makin tidak berharga dek kerana bukan dari kalangan mereka yang beranding. Kesian PAS dan pengikut mereka banyak mempersoalkan kewibawaan pimpinan atasan mereka yang di kuasai oleh pihak profesional dan bukan dari pihak ulamak yang codong pada pluralisme dan liberelisme dalam agama. Boleh di katakan PAS dan PR di Seberang Takir lumpuh sama sekali kerani perebutan PAS dan PKR. PKR kata PAS Bodoh tak pernah menang dan PAS kata PKR pula bodoh tak ada jentera dan tak pernah buat kerja... inilah hakikat sebenar yang berlaku di antara PAS dan PKR di Seberang Takir. UMNO dan BN di seberang Takir sudah 4 tahun berkerja keras memadangkan Seberang Takir adalah penentu kepada kemenangan Parlimen Kuala Nerus. hanya kemenagan Parlimen adalah hadiah kepada rakyat dan juga pemimpin no 1 Malaysia Datuk Seri Perdana Menteri. bye bye PAS aku masih ingat anak-anak kecil di halau dari tadika... masih aku ingat dan akan ingat selama-lamanya. aku tahu asal ususl mu.............. Anak.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Pilihan Anda!: Padah mandi bogel, remaja dirogol oleh abg ipar <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 07:32 PM PDT

|

"Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

SINAR


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 10:32 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Suara dari Bumi Semantan: Menjejak Keluarga

Posted: 24 Apr 2012 09:16 PM PDT

Mendengar cerita dari Khatib Ali ( 98 tahun), Moyang Seh datang dari Batang Kali, Selangor merentasi Banjaran Titiwangsa dan singgah di Kg. Durian Sebatang, Dong, Raub berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai. Nak dijadikan cerita, disitulah pertemuan Moyang Seh dan Moyang Nor. Moyang Nor menetapkan syarat iaitu Moyang Seh perlu mencantumkan kembali batu asah yang telah patah dan Moyang Seh berjaya melakukannya. Jadilah mereka berdua suami isteri dan dikurniakan 3 orang anak; Wook, Omar dan Dollah.
Ayahanda Moyang Seh tinggal di Raub, manakala datuknya berada di Lanchang. Moyang Seh mengikuti Moyang Nor ke Kg. Bolok, Lanchang dan tinggal disana hingga ke akhir hayat. Tok Wook dan Tok Omar mempunyai jarak umur yang dekat berbanding adiknya Dollah yang jauh tengka umurnya. Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Tok Wook dan Tok Omar begitu nakal hinggakan askar Jepun ditamparnya menyebabkan mereka berdua diburu. Mereka berdua bersembunyi didalam timbunan petai yang dibawa untuk berniaga ke Temerloh, akhirnya mereka tiba di Kuantan. Tok Wook berkahwin dengan Timah binti Abdullah dan tinggal di Kg. Melayu Alor Batu, Jabor manakala Tok Omar pula berkahwin dengan Selamah dan tinggal di Kg. Darat Sekolah, Beserah. Adiknya yang bongsu tinggal bersama ibunya, Moyang Nor binti Bahaman di Irung Kg. Bolok.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


CikLilyPutih Story&#39;s: Blogger Bergembira <b>Di</b> Awana <b>Kijal</b> Resort <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:26 PM PDT


Sebelum baca kat bawah ni, baca sini dulu then baru faham tau.
Walaupun aku dah berfamily dengan Mr Big but still consider single lagi coz blom ada kids. So Mr Big selamat tinggal ye. Tolong jaga lagi Acai dan Jemah ek. So tempat berkumpul depan Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail tuh. Ramai betul orang lalu lalang kat situ yelah time kerja.
Bas datang dalam kul 9.30am cam tu. Kembara Tirai tapi sekali pandang cam Kembara Thai. Hehehe. Naik je bas terus pilih seat duduk sorang satu. Alah bukan ramai pun. Tak boleh jalan lagi, kena tunggu Team Genting dan media lain. 
Bila dah tunggu lama sangat, bosan plak jadinya kan. So ktorg di hadiahkan secawan Mocha dari Coffee Bean. Apalagi teguk dengan rakusnya air sedapkan.
Aku yanG palinG kecik kan ehehehe 
Ktorg start jalan dalam pukul 10 lebih cam tu. Naik je tol Gombak memasing dah mula lelap coz malam tadi tak leh nak tidur coz excited sangat kan. Dalam pukul 2pm cam tu ktorg sampai area Cherating coz nak pi makan Chinese food. Restoran Pak Su ni betul-betul menghadap laut. Sementara tunggu makan, bercamwhore sepuasnya. Pasal makan nanti aku citer kat entry lain ye.
Sampai Awana Kijal Resort dalam pukul 4pm cam tu. Sesampai je terus dapat welcome drinks dan wet towel dari staff yang bertugas. Minum tak henggat. Memasing nur cahaya excited dah terpancar dah. 
BoleH intai oranG time mandi
Ktorg geng #Meja Bulat dapat bilik sebaris di tingkat 5. Sebelah menyebelah plak tuh. Geng family dapat tingkat 6. Apalagi terus bergambo plak dalam bilik kan. Snap sana snap sini then bersiap untuk dinner plak.
Buffet dinner plak kat Restoran Kampung Meraga Beris. Makan je apa yang ada tanpa segan silu dengan orang lain. Duduk plak betul2 dekat table buffet. Tapi tak leh nak makan bebanyak coz lepas tu ktorg nak ke tempat tengok kelip-kelip. 
Nama tempat tu Kelip-kelip Yak Yah. Memang new experience for me lah. Naik sampan dalam keadaan gelap dan sunyi sepi. Kau hado? Tak do kan. Hakahkahak Itu pun aku citer dalam entry lain ye.
Kemudian ktorg di bawa ke City Of Light kat Paka. Tengok lampu-lampu dari Petronas Complex. Memang cantik betul. Tak sempat amik gambo pun coz tengok dari dalam bas tu.
Masuk je bilik, tengok tv kejap then terus terbungkang tidur sampai pagi. Banyak penat lah. Satu hari duduk dalam bas.
So tunggu entry seterusnya ye..
CLP notes : Actually letih makan je sebenarnya hkahakhakahkah

Selasa, 24 April 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


CERAMAH PGU <b>DI</b> N-26 DUN <b>RANTAU ABANG</b> - PEMUDA PAS <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 09:04 PM PDT

1. PROGRAM EDARAN MANIFESTO PAS NEGERI TERENGGANU BERSAMA YB AHLI PARLIMEN PADANG TERAP, KEDAH DAN YBHG TUAN HAJI ALIAS HARUN, PENGARAH N26, DUN RANTAU ABANG PADA JAM 530 PETANG DI SEKITAR PASAR BUAH, DUNGUN
2. KULIAH MAGHRIB DI MASJID PULAU SERAI DUNGUN
3. CERAMAH UMUM ISU SEMASA PAS GANTI UMNO DI SURAU USTAZ DAUD BALAI BESAR DUNGUN

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Naluri Rakyat: Kisah Tahniah <b>di Paka</b>....

Posted: 23 Apr 2012 11:43 PM PDT

Terang lagi bersuluh.
Semalam tuan tanah yang didakwa 'merampas tanah sekolah dan anak yatim' Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) menunjukkan geran milik mereka sambil menyifatkan pemimpin PAS di Paka sebagai berbohong bahawa mereka merampas tanah berkenaan.

Malah menjijikkan, kawasan tanah mereka kini di pagar dan mereka seperti rakyat Palestin yang terpaksa berada di luar pagar sementara di dalamnya 'orang Yahudi' yang merampas tanah mereka.
Lima pemilik sah tanah berkenaan menyifatkan perbuatan penyokong PAS memagarkan tanah mereka ibarat Yahudi yang menafikan tanah orang Arab di Tebing Barat, walaupun pada bantahan yang diadakan kelmarin, pemimpin PAS menyifatkan tuan tanah berkenaan sebagai 'Yahudi'.

Tuan-tuan tanah ini bukan sahaja tidak dapat pun memijak tanah hak mereka tetapi turut diugut.
Kepada siapakah nasib mereka ini mahu diadukan?

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah yang sebelum ini berusaha membantu mereka yang menduduki tanah haram di kawasan itu dan dipindahkan ke penempatan di Kampung Telaga Mas, Paka – termasuk penyokong PAS – bagaikan berjuang bersaorangan.

Beliau 'dilepaskan bersaorangan' tanpa sokongan daripada UMNO Bahagian Dungun dalam isu ini seolah-olah ia tidak ada kaitan dengan perjuangan UMNO bahagian berkenaan.
Walaupun PAS Dungun, PAS Negeri dan kini hingga ke PAS Pusat mengecam UMNO dan kepimpinan Menteri Besar Terengganu, pemimpin UMNO di Bahagian Dungun 'buat pekak badak' dan tidak pun membantu.

Ironinya, ada pula kalangan pemimpin UMNO tempatan yang cuba menangguk di air keruh dan 'membiarkan' isu ini meledak agar Zakaria dapat 'dibungkuskan'.
Kerana itu PAS melalui pemimpinnya di Paka, Saiful Bahri Mamat dalam blognya berani menulis seperti berikut:

"Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri."
Adalah tidak adil dan 'bertindak jahat' apabila Saiful Bahri yang menggelarkan dirinya Ustaz membuat kenyataan sedemikan kerana isu ini tidak ada kena mengena dengan soal kemelut lama UMNO itu.

Malah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan barisan Exco yang meluluskan permohonan untuk tanah 5 lot itu berdasarkan peraturan dan cara permohonan tanah yang diangkat mengikut peraturan.

Zakaria dianggap sebagai 'kepala yang melakukan' kezaliman tetapi hakikatnya pemimpin PAS, khususnya Saiful Bahri yang memperjuangkan untuk merebut tanah 5 lot itu lebih zalim. Kenapa dikatakan demikian?

1. Kenapa mereka tidak memohon ketika PAS memerintah antara 199 hingga 2004?

2. Mereka tahu bahawa permohonan perlu untuk dapatkan tanah yang dikatakan ada 'perancangan' secara halal atau ikut peraturan negeri. Kenapa selepas 2004 sehingga tanah itu diluluskan permohonan oleh 5 tuan sah sekarang tidak dimohon?

3. Siapa menguruskan penduduk tanah haram yang kini dipindahkan, termasuk penyokong PAS ke suatu kediaman baru? (Apakah pemimpin PAS Dungun merasa tanggungjawab mereka sudah lepas kerana semuanya diselesaikan oleh Zakaria?)

4. Kenapa memagarkan tanah milik orang dan menghalang tuannya yang sah menggunapakai tanah berkenaan? Apa niat mereka?

5. Kenapa tidak diingatkan kepada ibu bapa bahawa belajar di sekolah yang tiada kelulusan Sijil Menduduki membahayakan murid dan guru?

6. Apakah mereka meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau mala petaka kepada murid dan guru SMIDB, sedangkan pihak pentadbiran sekolah yang bertangggungjawab?

7. Memberikan 'kepercayaan palsu' kepada rakyat bahawa tanah itu milik sekolah;dan

8. Memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan murid bahawa tanah itu mempunyai 'perancangan' untuk dibangunkan sedangkan ia milik orang awam.

Juga tidak wajar dan tidak baik untuk menuduh bahawa Zakaria 'melarikan diri' ketika bantahan diadakan.

Apakah pemimpin PAS ini dianugerahkan Allah sebagai manusia yang boleh membaca hati Zakaria yang memang merancang untuk melarikan diri ketika bantahan berkenaan?

Persoalan juga kepada PAS Paka:

1. Bantahan menggunakan guru, murid dan ibu bapa dibenarkan diadakan di kawasan sekolah. Kenapa melakukan perarakan hingga ke Pejabat ADUN dan keluar dari kawasan sekolah?

2. Jika berlaku sesuatu, siapa bertanggungjawab terhadap anak-anak yang tidak berdosa itu?

3. Apakah ada notis atau pemberitahuan awal bahawa satu memorandum akan diserahkan?
Zakaria yang ada temujanji dengan seseorang terpaksa menunaikan temujanji itu di Resident dan kenapa Saiful Bahri menuduh beliau bagaikan pengecut?

Jadi munasabahlah kalau Zakaria memberikan tempoh 7 hari kepada Saiful Bahri untuk menarik balik tuduhannya.

Berita lanjut di http://buletinonlines.net/272.html

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


love_alvas: TUTTI FRUTTI <b>DI KUALA TERENGGANU</b>

Posted: 13 Apr 2012 09:06 PM PDT

Salam semua.. Hari Rabu 11hb kita kan cuti.. jadi kesempatan itu di ambil untuk pergi ke Tutti Frutti kat Kuala Terengganu yang baru buka.. cawangan terbaru la ni.. hihi.. terpanggil-panggil sebenarnya ke Tutti Frutti ni.. dah semua duk canang "BEST"..."BEST"..."BEST"... jadi Tertanya-tnya la jugak kan.. best sangat ke.. actually saya ni memang la pengemar Aiskrim.. jadi bila dah di buka kat Terengganu ni.. Memang nak rasa sangat-sangat la.. So, Rabu baru ni dapat la merasa... ni pun sebab kawan yang nak belanja.. kih3.. lau tak, memang tak pergi lagi la.. tengah kering ler.. duit habis beli kain je.. almaklumla... lambat-lambat nanti takde yang nak terima tempahan lak..
So, Berbalik pada Tutti Frutti ni, Memang Ramai la orang yang serbu kedai ni.. dahsyat.. setiap masa ada je yang masuk.. hmm.. tak tahu la maybe baru-baru je kot.. sebab mahal kan.. Saya ni pun amik bekas yang kecik je.. hihihi.. tapi isi penuh la.. nak rasa je pun..
Tinggi tu.. kawan punya amik takde la sampai macam ni..
perisa Vanila + Coklat menjadi pilihan.. :)
harga lupa.. orang belanja kan.. lupa la..
makan-makan... gunung tadi dah takde dah.. hihihi..
nampak? ramai kan.. berebut-rebut..
bergambar kenangan dengan rakan sekerja.. Ros..
yang belanja tu tak masuk gambar.. hihihi..

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:18 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 01:39 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk ...

Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


dARi uFuK TiMuR

Posted: 24 Apr 2012 06:46 AM PDT

Hahahahaiiii...Korang pe kabar..harap korg chat2 je..agak lme x update blog ni..almaklum laaa bz ckit..ngn assignment yg berlambak2..uhuu...bse la...da jd adat sbgai student xterlepas dr pelbagai tugasan kuliah.,kn kn kn,,??
Pada entri kli ni sy nk story tntg satu tmpat mnrik dan mnjdi kbnggan rkyt Tganu...jeng2,,,mesti korg da tau kn..coz gmbr da de kat atas kan...uhuhuuu..Klau xslap, kali terakhir sy gie masjid ni 3 tahun lpas. Masa 2 sy stil stdy kat UDM..Skg da tukar nma kpda UNISZA..sy g sne ngn kwn2...time semester break (mkn angin ckit)..
Hahahahaiiii...Korang pe kabar..harap korg chat2 je..agak lme x update blog ni..almaklum laaa bz ckit..ngn assignment yg berlambak2..uhuu...bse la...da jd adat sbgai student xterlepas dr pelbagai tugasan kuliah.,kn kn kn,,??
Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi serta boleh memuatkan hampir 700 orang dalam satu2 masa. Pelbagai aktiviti keagamaan yg dijalankan di sni antaranya, Program Smart Solat, Kuliah Maghrib, Ceramah Agama, Majlis Akad Nikah, Solat Terawih, Qiamullail, Kembara Masjid Kristal dan sebagainya. 
Masjid Pintar pertama di Malaysia ini mempunyai keluasan 2,146 meter persegi (22.3 hektar) dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dab liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik di sini. Tempoh pembinaan selama 3 tahun, masjid ini menelan kos pembinaan sebanyak RM 249.3 juta.



p/s : Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Tempat yang paling di cintai Allah SWT di atas mukabumi ialah masjid dan tempat yang paling di benci ialah pasar2.




13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


keluargaku: Masyarakat Tionghua <b>di</b> Pekan Air Jernih, <b>Kemasik</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 09:38 PM PDT


Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti. 
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan PKR  petang tadi.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: 3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri <b>Di Dungun</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:00 AM PST

Dungun – Hajat enam sekeluarga untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 21.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, Kampung Paya Kemudi di sini semalam.

Gambar: ORANG RAMAI melihat keadaan kereta mangsa kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Kemudi, Dungun semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Tengku Shafuddin Tengku A. Rahman, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, maut di tempat kejadian sementara anak mereka, Tengku Muhammad Aqil Tengku Shafudin, 9, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ibu kepada Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, berada dalam kritikal manakala dua lagi anak pasangan itu, Tengku Amir Haziz, 10, patah paha kanan dan Tengku Nor Azira 18, cedera ringan. Kesemua mereka menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Kampung Syukur, Pasir Raja untuk menghadiri kenduri perkahwinan di Kampung Gong Pasir. -kosmo

Tiga Beranak Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Barang

DUNGUN: Tiga beranak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori barang di kilometer 21.5 Jalan Dungun-Bukit Besi berdekatan Kampung Paya Kemudi di sini, Sabtu.

Kejadian itu berlaku kira-kira 11.40 pagi ketika Tengku Shafudin Tengku A Rahman bersama lima anggota keluarganya dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin saudara mereka.

Dalam insiden itu, Tengku Shafuddin, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, mati di tempat kejadian manakala anak mereka Tengku Muhammad Aqil, 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Sementara itu, Ibu Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, yang parah di kepala dan patah kaki kanan, kini dilaporkan kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dua lagi anaknya, Tengku Amir Haziz, 10, patah peha kanan dan dirawat di HSNZ manakala Tengku Nor Azira, 18, yang cedera ringan, menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Tengku Shafuddin dari arah Bukit Besi ke Dungun dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori dari arah sama.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis sama yang berada di belakang lori tersebut dikatakan cuba mengelak daripada melanggar kenderaan mangsa dan ini menyebabkan ia berpusing serta terbabas ke bahu jalan, sebelum merempuh tiang elektrik.

Pemandu kereta Mohd Adli Rashid Abdullah, 36, bersama isterinya, Haslinda Mohamad, 35, serta dua anak mereka yang berusia empat dan sembilan tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, Mohd Adli yang juga kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuantan, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kuala Berang.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

Pemandu lori terbabit, Mohamad Abdullah, 58, dari Kampung Gong Pasir, Dungun pula cedera di bahagian lutut dan dirawat sebagai pesakit luar. - BERNAMA

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


SULTAN MIZAN MENYELAM <b>DI PULAU BIDONG</b> BERSAMA <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:00 PM PDT

SULTAN MIZAN MENYELAM DI PULAU BIDONG BERSAMA FAUZIAH LATIF|BIDONG UNDERWATER

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :127
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Program  selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012.

Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. – BERNAMA

Incoming search terms:

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Perkhidmatan Potong Rumput <b>di Kerteh</b> - Rants and praises? C&#39;est <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 10:53 PM PDT

Sesiapa memerlukan perkhidmatan memotong rumput dengan kadar berpatutan di sekitar kawasan Kerteh boleh menghubungi En. Azman di talian 0199671698. Harga untuk perkhidmatan memotong rumput agak berpatutan dengan hasil kerja yang diberi. Untuk kawasan rumah aku, aku membayar RM20 untuk memotong rumput di depan dan di belakang rumah. Agak berpatutan kerana lalang sudah meninggi seperti hutan sekunder. :)

Selain menggunakan mesin rumput, cangkul juga digunakan untuk membuang tunggul kayu bergantung kepada keperluan
Selepas semua rumput dan lalang dipotong

p/s: Lama tak kemaskini blog, talian Internet terputus sejak 2 April lalu~

Wawasan Kita: Gotong Royong Bersih Bilik Gerakan IKRAM <b>di Kerteh</b>

Posted: 15 Apr 2012 01:00 PM PDT

Alhamdulillah satu program gotong royong membersihkan bilik gerakan IKRAM Kemaman di Sg Mat Ekar, Kerteh telah dijayakan pada hari Sabtu 7 April yang lalu. Terima kasih kepada anak-anak muda kita. Semoga usaha-usaha dakwah semakin giat lagi dengan kewujudan bilik gerakan baru ini.

ads