Jumaat, 27 Disember 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


tiaranita terengganu berbakti <b>di seberang takir</b>

Posted: 16 Sep 2013 06:04 PM PDT

Semangat bersatu padu ahli Tiaranita Terengganu,ditonjolkan dalam gotong royong memasak  bersama-sama masyarakat Kampong Seberang Takir Pantai pada 14 September 2013. Kerjasama bersama masyarakat ini dilaksanakan dalam Program Gotong Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM yang di rasmikan oleh YB. Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir , merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa  Sains danTeknologi , Alam Sekitar,  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri, YBhg. Dato' Sri Dr.Halim Shafie, Pengerusi TM dan Haji Hamidun Ismail , Pengurus Besar Negeri TM Terengganu.
Lebih kurang 500 orang masyarakat kampung dan warga TM hadir di Program Gotong Royong 1TM yang diadakan serentak melibatkan warga TM seluruh negara. 
Semoga semangat bersatu padu ini akan berterusan, dan menjadi satu aktiviti dibawah Biro Sahsiah dan Intelektual di bawah kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


QasehDalia: <b>Pulau</b>-<b>Pulau</b> Menarik <b>di</b> Terengganu

Posted: 26 Dec 2013 02:34 AM PST

PULAU REDANG 

Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 
Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 
  • Go snorkelling at the Marine Park 
  • Explore the 31 dive sites on the island 
  • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
  • Play Volleyball
  • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL

Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 
Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 
  • Try island-hopping
  • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
  • Go on banana boat ride or try canoieng 
  • Enjoy the sun and sea breeza 
kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak
Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 
Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 
Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.
PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 
Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun
Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


fyra punye belog: Cerita <b>di</b> PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:46 AM PDT

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.


Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 



I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.
Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.
Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)
Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.
Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak

I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: 25 terima oven <b>di Batu Rakit</b>.

Posted: 27 Dec 2013 03:32 AM PST

TERIMA...seorang penerima bantuan dari Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Setiu menerima sumbangan oven yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di Batu Rakit, baru-baru ini.

Seramai 26 penduduk sekitar Dun Batu Rakit menerima sumbangan itu iaitu 25 orang wanita menerima oven manakala seorang lelaki menerima peralatan pancing bagi membolehkan mereka menambah pendapatan keluarga.


"Saya berharap agar barangan yang disumbangkan ini dapat membantu menambah pendapatan dan gunakanlah pemberian ini sebaik yang mungkin. "Tahniah kepada mereka yang terpilih dan saya akan sentiasa untuk membantu mereka yang memerlukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan penduduk. Terima kasih juga kepada Pertubuhan Peladang yang tidak jemu-jemu membantu para petani di Batu Rakit," kata Bazlan.-Oleh: Aminudin Ismail.

 

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal <b>di Pulau Wan Man</b> | Keindahan Terengganu

Posted: 30 Aug 2010 09:29 AM PDT

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra  Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.


13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik <b>Di Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 06:00 PM PDT


JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Bahru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.

Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya.

Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.


Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita.

Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - BERNAMA

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Survival Laut <b>Di Pulau Bidong</b> Oleh Universiti <b>...</b> - fara fabulous....

Posted: 09 Oct 2013 10:42 PM PDT

as promised .. aku update pasal aku pergi survival laut kat pulau bidong..
program ni semua budak first year wajib pergi, 20% masuk dalam markah koko..
untung umt ni ada pulau and kapal sendiri, kitorang as student kat sini pun boleh tahan jugak untungnya sebab dapat guna facilities2 yg ada kat umt nie... untung untung...

pulau bidong ni memang khas untuk warga umt buat research or do aktiviti... majoriti student yg selalu pergi pulau bidong ni ialah budak2 course biology marine<<<aku lah tuuu and budak sains samudera... most of our field work buat kat pulau bidong.. semua lengkap la.. coral dia lawa2... tp a bit freky sebab semua warna hitam je... takde colourful mcm korang tengok kat national geographic tuuu.
7hb 10 aku dah kene bangun awal2 sebab blok aku takde air, plusss kitorang kene berkumpul pukul 7.30 pg, ada 2 course je yg pergi survival laut kat tarikh tu, budak biology marin dengan marketing... budak marketing ada 100 orang lebih dari budak2 course aku, so secara tak langsungnya budak bioM ni dah jadi minority, so kitorang tak boleh nak harok sangat...kang kene bash dgn budak2 marketing...
kitorang pergi kat jeti mana entah... nak pergi pulau bidong kena naik ferry and speed boat.. ramai orang nak naik speedboat sebab laju.. tak rasa sangat la mabuk laut..kalau naik ferry yg slow tu..aduhh.. rasa mcm pregnant 9 bulan..
for sure aksi perebutan, aku and the 5 musketeer berjaya naik speed boat..

dapat ambil gambar lepas dah turun je pasal gambar2 kat atas speed boat tu semua goyanggggg...nama pun speed boat kan, kalau tak terumbang-ambing bukan speedboat namanya tu...
after kitorang mendarat, kitorang ambil gambar banyak2...
ni baru tak goyanggggg...
budak2 bioM .. sikit je kannnn...

                                       ni budak2 bioM yg kepala diorang havoc gila.. best..
                               us... the 5 musketeer... tp lisa takde sebab dia jadi cameragirl...dia..  takpe...gambar u ada banyak..nanti i letak okay..
haa...tu lisa dah masukkk... 
after semua orang dah sampai, kitorang divided into 4 group, udang, pari, ketam and jerung...aku kumpulan pari...masa kitorang berkumpul tu baru aku perasan yg kumpulan pari ni semua member dia budak2 yg umur 19 tahun ke atas... ada yg dah season dah pun... macam ben..haha.. takde pulak gambar ben..takpe, kang aku bluetooth gambar2 lain..
 haa... ni la yg aku cakap orang yg umur dah senja..haha..semua ni bukan 19 tau uolsss... tp weolsss sentiasa nampak muda..
muka berminyak habis sebab jungle trekking...hodohhhhh
mula2 kitorang beramai2 kena buat water confident.. best!
next activity kitorang is jungle trekking around pulau bidong...
serious penat sebab kene daki bukit around 2 km.. semput2 aku tau...
tp,  its all worth it, bila kitorang sampai kat atass, serius, the view was awesome!!!
 oops!! tak nampak pulakkk.. banyak nah pokok kat atas bukit ni..


 tadaaaaa!! tengok! tengok! air dia biru gila kan.. tu semua penuh dgn blue algae tuhhh... pulau biding ni memang di preserve betul2..sebab tu kitorang tak dibenarkan bawak any chemical substances like shampoo and toothpaste.. kitorang mandi tak pakai sabun tauuuu.... korang nampak tak benda besi yg bentuk piranid tu..haa! tu bukan kapal alien dalam cerita battleship, tuh alat sampling kitorang...

actually nak tunjuk yg laut yg colour putih tuu... nampak tak bayang hitam2 tu.. tu lah coral.. lawa kan???
habis je jungle trekking, fasi cerita kat kitorang pasal sejarah bidong ni..
 khusyuk budak2 ni dengar sejarah kat bidong...ooops! ternampak sikit muka crush i uolllsss...
after jungle trekking, kitorang pergi fishingggg!!
well, siapa yg mabuk laut mesti paling menyampah aktiviti ni...
 ok fine! muka aku nampak separuh je kat sini... ni masa kitorang belum fishing..baru je nak pergi port nak tangkap ikan.. haaa! yg indian tu la ben.. crush saya nampak cute uolss.. aww
 lisa... benda alah yg kat tangan dia tu la kitorang buat fishing, kitorang mancing tak pakai joran, kitorang pakai shrek...aku tak tipu nama benda alah bulat tu shrek! lisa! kau dah nampak mcm askar jepun kau tahu!
 ni kitorang duduk kat part paling depan bot.. berangan nak buat titanic yg u jump i jump tu tp masing2 tak berani nak berdiri sebab takut gedebush dalam laut due to unbalance... last2 kitorang kena halau balik deck sebab pakcik yg drive...ehhh betul ke word drive bot hah?? lantakkkk.... pakcik yg drive tu tak nampak jalan sebab kitorang besar sangat la kot...
 lisa lagi..kan aku dah cakap, muka kau banyak... dia ni artis tau.. check out band Summer on September.. dia ni vokalis.. suara dia sedap gila..aku geram sangat sampai nak picit2 je dia bila dia tengah nyanyi..
 hahhh! scandal of the day.. aku tengok korang ni macam ada pape je... hahhaa.. saje menyibukkk
disebabkan kitorang di bagi masa hanya 45 minit untuk memancing..kitorang tak sempat nak ambil gambar.. khusuk dan tawadhuk mancing ikan.. partner mancing aku crush aku, dilema sampai nak mancing ikan ke nak mancing hati dia..awhhhh.. gedik terlampau kau farahhhh... kitorang dapat 3 ekor ikan je..dia pancing, aku tertonggeng-tonggeng tengok mata kail...
ada part 2, kat situ aku update pasal kitorang pergi snorkelling dgn kayaking!!
p/s: actually aku tak puas hati sgt sebab aku tak letak banyak gambar, yela.. ambil gambar pun kat kamera orang kan... campur2..tak tahu kat mana.. ni je la yg mampu..


FARAH HUDA IZZATI IS A DOCTOR IN THE FUTURE

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


UPSR, PMR dan SPM..amat cemerlang <b>di negeri</b> Kelantan dan <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2013 03:23 AM PST

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana. 

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Design Bilik - Deluxe Suite <b>di</b> Awana <b>Kijal</b>, Terengganu - Embracing <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 08:18 PM PDT

Akhir bulan Julai lepas saya kena ke offshore sbb tiba2 ada kerja, dan terpaksa menginap di Awana Kijal sebelum bertolak esok pagi. Sebab last minute, hanya ada bilik Deluxe Suite, harga corporate rate ialah RM 550 including sahur (bln puasa time tu). Selalunya bilik yg kami dapat harga dalam RM 250 je.

Besarnya bilik dia, ada dua adjoining rooms.. Bosan duduk sorang2! Teringat masa kami dapat free bilik kat Palace of Golden Horses, konsep bilik nya macam ni jugak.

Jom tengok konsep bilik dia..



Nampsk macam furnishing lama, terutamanya langsir dia.. Tak suka langsir style berat camni tapi hotel takpe la..

Headboard katil style tak minat jugak .. :P



Ni adalah bilik yang lagi satu. Ada sofa, tv (ada dua tv, satu lg dalam bilik tidur), ada meja makan dan bilik air. Memang boleh jadi tempat tidur jugak sini kann..
Saya suka mirror belakang sofa tu.. Perasan tak ada full length mirror belakang sofa tu.. :)

Bahagian tv.



Ni toilet dalam bilik ruang tamu tu. Kecik dan susah sket nak ambil gmbr.


Yang ni pulak bilik air dalam bedroom. Macam biasa kemasan dia mmg style Awana Kijal. Sink besar granite style camni menjadi idaman utk bilik air nanti...hmmmm...

Ada cermin kaca to separate toilet dgn bilik air lain. Mungkin taknak basah kot. Cakap pasal basah, byk kali dah cakap dgn Hubby, I want a dry toilet.. Kena usahakan dan mungkin idea partition di toilet bowl dan bina shower box will help to create a dry toilet. Berangan je la dulu kan.

Sink. Haritu di expo Perfect Livin kami tengok banyak design tap, contohnya design tap dari brand Grohe and kebanyakannya ada valve yang let us choose air panas atau sejuk. To me that's overkill, i.e. tak perlu pun beli design camtu, kita bukan guna air panas. Tap2 dia cantik2 tapi mostly macam tu.

Tu sahaja laporan hotel yang pernah dan selalu dilawati iaitu Awana Kijal.



If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

TOO GOOD TO BE TRUE: WW : Basah <b>Di</b> Resorts World <b>Kijal</b>

Posted: 24 Sep 2013 06:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]WW : Basah Di Resorts World Kijal. Posted by Ruziawati Yusof at 9/25/2013 09:31:00 AM · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. Labels: JALAN-JALAN, MANDI KOLAM, MY FAMILY, RESORTS WORLD KIJAL...

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


DAP sedia bantu PAS <b>di Kuala Besut</b> - Harakah Daily

Posted: 02 Jul 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban turut menjelaskan walaupun PAS mempunyai kekuatan sendiri di Terengganu, namun apa-apa pertolongan yang diperlukan dari DAP akan dipenuhi.

"Saya yakin PAS mempunyai kekuatan mereka sendiri terutamanya di Terengganu, tetapi sebagai rakan DAP akan membantu mengikut apa yang mereka perlukan," sambung beliau.

Menurut beliau memandangkan komposisi Melayu di kawasan Kuala Besut adalah lebih 98 peratus Melayu, DAP mungkin diperlukan untuk peranan sokongan.

"Kalau di pantai timur kempen itu akan dikendalikan oleh PAS, cuma kita akan memainkan peranan sokongan.

"Kita lihat bentuk sokongan yang diperlukan oleh PAS, DAP sedia membantu dan apa yang pasti pimpinan utama DAP akan turun berkempen pada PRK nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang menegaskan PRK ini merupakan pilihanraya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat, kemenangan PAS akan mengubah keseluruhan senario politik di Terengganu.

ads