Isnin, 22 Julai 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Seorang Pemuda Maut Terbabit Dalam Kemalangan <b>Di</b> Jalan <b>Paka</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 05:30 PM PDT

- 2013-07-15 08:30:46'.

Kemalangan-Jalan-Paka

Hasrat seorang pemuda untuk berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian-apabila maut dalam satu kemalangan jalanraya, petang semalam.

Kejadian berlaku 20 minit sebelum masuk waktu Maghrib ketika motosikal yang di tunggangi mangsa bergesal dengan sebuah kenderaan di Jalan Paka, Terengganu.

Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=35523

'); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) {return;} js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); } }); $.post('http://din.huluselangor.net/wp-admin/admin-ajax.php', { action: 'fbc_ping', post_id: '35523', nonce: '1a69afa0c4' }); })(jQuery); Komentar

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Buletin Online: Hentikan &#39;Operasi Pemutihan&#39; <b>Di</b> Pasar <b>Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 07:40 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ustaz%20Wan%20Azhar.jpgBESUT - PAS Kawasan Besut memandang serius gerakan 'Operasi Pemutihan' yang sedang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Besut terhadap peniaga-peniaga di pasar Jerteh selepas pilihanraya Umum ke 13 berakhir.

Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, tindakan memberhentikan mereka secara drastik dari menjalankan perniagaan bagi menampung kos dan sara hidup keluarga serta anak-anak, amat keterlaluan kerana sebagai peniaga mereka juga mempunyai hak untuk menjadi rakyat di bawah sistem demokrasi yan diamalkan di negara ini.

"Saya difahamkan tindakan tersebut ada kaitan dengan syarat dan perjanjian yang tidak diperbaharui. Juga berhubung dengan sewaan yang tidak dijelaskan.
"Tetapi situasi tersebut berlaku kepada peniaga dalam jumlah yang agak ramai. Namun tindakan tertumpu kepada sebilangan dari mereka yang dicop sebagai pro pembangkang,"ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/titah%20ucapan%20sultan1.jpgBeliau yakin para peniaga terbabit adalah rakyat yang baik, yang tidak akan 'merusuh' atau 'membuli' para pelanggan dan pembeli dengan harga jualan yang melampau.

Katanya, mereka bersaing sesama sendiri secara sihat dan berinteraksi sesama mereka amat berhemah dan oleh itu, beliau menambah, kerajaan sepatutnya berasa beruntung mempunyai rakyat dan peniaga seperti mereka.

Justeru, beliau menggesa pihak Majlis Daerah Besut menjalinkan hubungan yang baik, mengenepikan sentimen perbezaan dan tidak terbawa-bawa dengan pengaruh politik 'prejudis' Umno pada pilihanraya umum yang lalu.

"Sedikit kontra dari sudut pandangan dan pendapat sewaktu pilihanraya umum baru-baru ini janganlah dianggap biadap dan satu kesalahan kerana mereka juga mempunyai hak yang dijamin dan dibenarkan oleh perlembagaan.

"saya mendesak supaya pihak Majlis Daerah Besut mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam menyelesaikan kemelut ini. Tidaklah suatu yang mengaibkan jika ruang niaga itu dikembalikan kepada mereka melalui perbincangan yang terpisah dari sikap prejudis serta terpisah dari sebarang tekanan mana-mana pihak,"jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS akan melakukan tindakan susulan jika tindakan pemurnian dan pencerahan tidak diberikan keutamaan dalam merungkai masalah tersebut.

"Dan yang lebih penting, hayatilah titah Tuanku Sultan Terengganu yang mahukan semua pihak membuang sentimen kepartian dalam mentadbirurus perjalanan kerajaan negeri,"tambahnya

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


prk kuala besut: mahfuz tuduh adun <b>chukai</b> menipu??? - Semut Hitam

Posted: 17 Jul 2013 01:15 AM PDT

Jika kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz ni, memang kita akan dapat lihat bahawa Si Mahfuz Bean tu cuba nak menuduh ADUN Chukai menipu.

Sebelum ini, ADUN Chukai tu yang bertemu dengan pihak media dan menyatakan bahawa PAS mengenaikan tindakan 'Tutup Mulut' terhadap calon mereka di Kuala Besut.

Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. 

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. 

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. 

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. 

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. 

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media. 

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Laporan tersebut dikeluarkan dan diterbitkan oleh Sinar Harian. Persoalannya, kenapa pulak Si Mahfuz Bean ni nak menafikan perkara tersebut?

"Saya rasa PAS tidak pernah keluarkan kenyataan untuk calon tidak boleh keluarkan arahan, saya rasa setakat ini tiada. 

"Dan kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut," katanya kepada pemberita hari ini di lobi Parlimen di sini.

Ayat kedua dalam kenyataan Si Mahfuz tu kelihatan seperti dia nak menyalahkan Si Husam Kambing dan juga ADUN Chukai selaku Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.

Adakah dia anggap ADUN Chukai tu berbohong kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tersebut melalui Sinar Harian?

Atau, adakah pihak Sinar Harian tersilap petik dan telah memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh ADUN Chukai tu sehingga ianya menimbulkan persoalan? 

Jika benar PAS tak keluarkan arahan sedemikian, kenapa tak saman je Sinar Harian tu?

Andaikata betul la kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut, bermakna malang sungguh nasib pengundi di Chukai sebab dapat wakil rakyat yang kuat menipu. Dan ianya diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS!!!

Buletin Online: Adun <b>Chukai</b>, Hanafiah Mat, Akan Terus Berada <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 10:51 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/haji%20hanafiah%20mat.pngKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai Haji Hanafiah Mat, yang mewakili PAS dan Pakatan Rakyat berikrar akan terus berada di lapangan memberikan khidmat dan bantuan kepada seluruh masyarakat, tanpa mengira bangsa, kaum dan latar belakang politik.

Beliau bekata, ia bukan 'retorik' kerana beliau telah pun berkhidmat sepenuhnya, sebelum dipilih sebagai Adun pada pilihanraya umum kali ke-13 Ahad lalu.

"saya akan berada di lapangan.......bersama-sama dengan rakyat.......waktu senang dan waktu susah, ini janji saya, kalau saya dapat memerintah .............pembangunan akan saya wujudkan di Kemaman kerana Kemaman merupakan pusat industri,

"tapi bila negeri Terengganu tidak diperintah (PAS dan Pakatan Rakyat) maka saya sentiasa berada dengan rakyat, sentiasa memberikan pertolongan, kebajikan kepada rakyat Chukai .....ini akan saya lakukakn dari masa ke semasa,"tegasnya.

Haji hanafiah berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Ceramah Sempena Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu di Rusila, Marang pada Rabu malam, 8 Mei. [Lihat Video]
Katanya, khidmat beliau kepada seluruh warga Chukai, tidak kira samada kepada kaum Melayu, Cina atau India telah dilakukan oleh beliau sejak lima tahun yang lalu, sebaik beliau tidak menang dalam pilihanraya umum kali ke-12, tahun 2008.

"(sebaik diisytiharkan menang sehingga) kelmarin, saya telah turun dari kedai ke kedai, rumah ke rumah, bertemu dengan semua pengundi untuk bersamaa-sama meraikan kemenangan dan sentiasa berada di hati rakyat,

"bukan cakap sahaja......bukan retorik tapi perlaksanaan.....semua orang boleh lihat,"jelasnya.

Beliau berkata, beliau tidak akan melantik seorang pegawai khas bagi melaksanakan keja-kerja khidmat beliau kerana katanya, beliau sendiri akan turun bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Datuk calon BN pengasas PAS <b>di Kuala Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 21 Jul 2013 01:22 AM PDT

BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.

"Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.

"Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

"Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

"Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan," ujarnya.

Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS  Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.

Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.

Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.

"Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun  pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat," katanya.

Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.   

Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.

"Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya," ujar beliau.

Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya.

Kejutan Luarbiasa <b>Di Kuala Besut</b> | AIDC

Posted: 11 Jul 2013 12:12 AM PDT

kickdefella – Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN.

Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang 'LUARBIASA' bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu.

Ramai pemerhati melihat ia tidak lebih dari mengubati hati Husam yang telah disisihkan dari jawatan exco negeri setelah PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan, manakala secara peribadi saya beranggapan ia bakal menambahkan lagi senarai kegagalan kepada 'track rekod' Husam selepas membuat berbagai 'KEJUTAN LUARBIASA PADA RAKYAT KELANTAN'.

Apakah nanti akan ada pengumuman luar biasa seperti 'STADIUM BARU TERAPUNG ' di Kuala Besut bakal dijanjikan? Sama sama kita tunggu, kerana di dalam suasana Pilihanraya Kecil begini isu isu setempat lebih dominan dalam menentukan pola pengundi di sini. Para pengundi tidak akan terkesan sangat dengan cerita cerita diluar seperti isu BLACKOUT, mereka juga agak sukar melihat BANGLA berkeliaran di Kuala Besut untuk termakan dengan isu pengundi Hantu. Jadi jalan yang perlu dipilih oleh PAS adalah dengan menjanjikan sesuatu yang agak luarbiasa untuk memikat hati rakyat Kuala Besut.

Idea kerusi dun 16:16 juga , diperingkat ini bukanlah suatu yang boleh memikat hati rakyat Kuala Besut kerana ia seolah olah ' cuba memperjudikan nasib' mereka kepada sesuatu yang belum pasti apabila Dun 'tergantung', ramai dari penduduk Kuala Besut tidak mahu mereka dijadikan bahan ujian untuk sebuah masa depan yang belum pasti. Dengan majoriti 2434 amat sukar untuk PAS memenangi isu dan inilah yang membuatkan tidak nampak kesungguhan di pihak PAS untuk memenangi Dun Kuala Besut, hanya sekadar untuk 'cukup syarat' bertanding.

ads