Ahad, 21 Julai 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Kembara Jr : Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, <b>Rantau Abang</b>

Posted: 17 Jul 2013 10:37 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, calon-calon PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berjalan di negeri Terengganu. Sebelum ini, perbicaraan telah berjalan di Kelantan.

Mahkamah 10 Julai lalu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Datuk calon BN pengasas PAS <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 21 Jul 2013 01:22 AM PDT

BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.

"Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.

"Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

"Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

"Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan," ujarnya.

Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS  Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.

Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.

Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.

"Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun  pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat," katanya.

Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.   

Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.

"Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya," ujar beliau.

Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya.

PAS Terus Kelam-Kabut <b>Di</b> Kuala <b>Besut</b> - mykmu.net: demi sebuah <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 09:12 AM PDT

July 19, 2013   ·   5 Comments

besut

Walaupun PAS menyenaraikan ramai penceramah 'handalan' termasuklah Mat Sabu dan Nik Aziz, selain Azhar Idrus yang dijangka dapat menarik puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agama versi lawaknya di Kuala Besut, hakikatnya pertempuran sesama sendiri, selain pembuktian betapa peranan mereka diperlukan di Kuala Besut, sedang berlangsung dengan hebatnya.

Mujurlah berbanding UMNO, PAS lebih bijak menyembunyikan masalah mereka menerusi pelbagai kerenah kontroversi dan polemik.

Perjalanan dan pergerakan Jabatan Pilihanraya PAS kali ini, amat tempang dan bercelaru. Dari awal lagi, iaitu sebaik-baik sahaja Husam Musa diumumkan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut, masalah telah pun bermula. Masalah berkenaan, bertambah lagi apabila Azlan @ Endut Jusuh pula diumumkan sebagai calon, sekaligus mengenepikan kuota Muslimat PAS di Kuala Besut.

Pada PRU lalu, calon PAS adalah Nafisah Ismail. Nafisah kalah di tangan Allahyarham Dr. Abdul Rahman dengan majoriti lebih dari 2000.

Ada cerita di Kuala Besut yang enggan didedahkan oleh PAS. Malah PAS enggan mengakui bahawa kepincangan terbesar dalam PRK kali ini di Kuala Besut ialah, kempen PAS tidak disertai oleh Muslimat PAS lagi terutama dari Kuala Besut.

Kalau ada pun Muslimat yang datang berkempen, kebanyakan daripada mereka didatangkan dari luar, tertama Kelantan oleh Husam Musa. Muslimat PAS Kuala Besut dilihat mengambil sikap berdiam diri dan 'memulaukan' program.

Bertambah kelam-kabut lagi ialah apabila kebanyakan ceramah dan kempen yang dijalankan oleh PAS, langsung tidak mendapat sambutan. Ceramah di bazar Ramadan Tok Bali dan di bazar Ramadan Kampung Raja, sekadar memalukan para penceramah apabila orang ramai langsung tidak memberian perhatian kepada penceramah yang berceramah atas atas lori. Bahkan sekali pandang, para penceramah PAS tidak ubah seperti penjual ubat kuat yang sedang cuba melarikan bahan jualannya.

PAS seperti tenggelam punca di Kuala Besut. Bantuan daripada PKR pula nampaknya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar memakan padi. Apakan tidak, PKR yang mendatangkan Nurul Izzah, Chegu Bard dan Hishamuddin Rais, lebih banyak mewujudkan persepsi negatif terhadap PAS berbanding menarik sokongan dan perhatian daripada golongan anak muda di Kuala Besut. Bahkan kehadiran mereka juga langsung tidak memberikan impak atau daya tarikan yang besar.

Ceramah yang melibatkan Mat Sabu telah beberapa kali dibatalkan kerana ketiadaan pendengar. Nik Aziz yang turut didatangkan untuk berceramah memandangkan reputasi dan cerita hebat tentang Nik Aziz dianggap mampu menjadi pemangkin kepada sokongan untuk PAS juga, nampaknya goyah dengan sambutan yang tidak disangka-sangka.

Sedangkan pada masa yang sama, calon Barisan Nasional yang dikatakan bukan orang tempatan meskipun ibu bapanya masih tinggal di Kuala Besut, kelihatan lebih selesa dengan corak kempen gaya semulajadi tanpa melibatkan ceramah-ceramah yang agresif. Begitu juga dengan jentera propaganda UMNO, kelihatan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Sudah ramai yang bertanya sesama sendiri dan kita boleh dengar di kedai-kedai kopi terutama di Dataran Kuala Besut yang memperkatakan tentang kemelut PAS. Jangan terkejut kalau kita dapat mendengar sendiri dari mulut orang PAS bahawa apa yang berlaku kepada PAS di Kuala Besut, tidak sahaja kerana kifarah Husam Musa, tetapi juga kerana doa laknat dan segala bidaah sesat yang diamalkan oleh PAS selama ini.

Doa kehancuran yang kerap kali menjadi kebanggaan PAS, sekarang ini sudah terpalit dan terkena ke batang hidung PAS sendiri.

Kalau PAS berasakan ini adalah taktik terbaik mereka dengan sandaran kepada apa yang berlaku di Kelantan sewaktu PRU-13 lalu, mereka ternyata melakukan kesilapan besar. Sepertimana silapnya UMNO dan Barisan Nasional menilai sokongan masyarakat Cina pada PRU yang sama!

By


13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


PSS SK Felda <b>Jerangau</b> Barat, Hulu Terengganu ke peringkat <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 05:00 AM PDT

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Operasi Mencari Mangsa Bot Terbalik <b>Di Dungun</b> Diteruskan - Tv3

Posted: 11 Jun 2013 09:11 PM PDT

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

12 Jun 2013, 12:11pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED



Perkembangan kejadian bot terbalik di perairan pantai Sura Hujung.

Sehingga kini, operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Dahlan Mohd Noor yang dihubungi TV3 sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 4:45 petang semalam, bot dinaiki tiga nelayan, terbalik.

Mohd Mazli Mohamad, 30 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai sementara mayat Halim Hurus, 22 tahun, ditemui jam satu pagi tadi.

Seorang lagi mangsa, Mohd Saifuddin Shafie, 18 tahun, masih hilang.


13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tiada kesan rogol pada mayat di LPT <b>Bukit Besi</b> ABN News | BM

Posted: 07 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Kilometer 41.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ular, semalam tiada kesan rogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul. 

Katanya, siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.

"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah. Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam.

"Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.

Manoharan berkata, hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengcaman mayat," katanya.  - Bernama

PAS vs PKR : BN yakin menang <b>di Bukit Besi</b> - Rakyat Tranung <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 02:38 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Encik Roslee Daud , 53, menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) mempertaruhkan dua wakil dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi yang sama memberi kelebihan kepada BN untuk kekal mempertahan kerusi itu.

"Pecahan undi pembangkang kepada PR boleh menyebelahi kita disebabkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan mereka yang mahu menampilkan wakil masing-masing.

"Jadi faktor itu memberi kelebihan kepada BN disebabkan kemungkinan penyokong mereka akan berpecah sekaligus BN akan tetap memenangi DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan Pas yang mengambil keputusan saat akhir untuk tetap meletakkan calonnya sedangkan PKR lebih dahulu mengumumkan calonnya di situ, membuktikan PR dari awal lagi tidak mampu menemui kata sepakat dalam aspek meletakkan calon, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negeri dan negara sebagaimana hasrat kepimpinan pembangkang itu.

Encik Roslee yang juga Setiausaha Umno Bahagian Dungun sejak lima tahun lalu juga yakin dengan kekuatan jentera parti termasuk sokongan akar umbi serta penyandang kerusi itu sebelum ini, Dato' Din Adam yang akan tetap bersama membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"BN di DUN Bukit Besi sudah memiliki kekuatan tersendiri berikutan kita mempunyai keahlian Umno yang berdaftar lebih 6,000 orang, selain kekuatan padu jentera parti. Oleh itu, kita berasa yakin mengekalkan kemenangan walaupun berdepan tiga penjuru kali ini," katanya.

Beliau yang berkecimpung dalam kancah politik lebih 30 tahun lalu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Bukit Besi yang juga kawasan kelahirannya itu, sebagaimana kepimpinan BN sebelum ini, selain berusaha mengatasi masalah rakyat khususnya isu perumahan dan membuka peluang pekerjaan baru.

- Teganukita

ads