Selasa, 9 Julai 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


.: Calon Pas <b>di</b> Kuala <b>Besut</b>: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor - Mso

Posted: 07 Jul 2013 06:25 PM PDT

ANALISA                                                                                           

Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas.


Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal.

Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya.

Bekas Pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh berkeras mengatakan UBN mempunyai kelebihan majoriti di DUN dengan adanya satu undi dari speaker. Belum ada precedent mengenai hal ini sebelum ini, jadi adalah elok juga kalau persimbangan itu diwujudkan.

Untuk menyaksikan situasi demikian kerusi Kuala Besut harus dimenangi oleh Pas. Sekiranya Pas menang pilihan raya kecil Kuala Besut satu senario baru selepas PRU-13 akan wujud. Senario itu juga akan mengubah perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berbalik kepada nama-nama yang disenarai-pendekkan, ada tiga nama itu iaitu; Nik Zawawi Nik Salleh iaini ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Zakaria Harun, seorang taukeh ikan di Kuala Besut dan Enduk@Azlan Jusoh yang dikenali dengan Che Long seorang kontrektor.

Nik Zawawi pernah menang kerusi Kuala Besut dalam pilihan raya 1999 bagaimana pun kalah dalam tahun 2004. Dalam pilihan raya lalu beliau tidak diletak bertanding di mana-mana kerusi. Ketidaan beliau dalam pilihan raya lalu menunjukkan Nik Zawawi bukan harapan Pas. Zakaria pula merupakan penyokong setia Pas di Besut, manakala Che Long adalah Bendahari Pas Besut.

Ketiga-tiga nama ini dikira layak untuk menjadi calon Pas. Pas Pusat mungkin mempunyai pandangan tersendiri untuk memilih salah seorang dari mereka. Kalau Pas meletakkan soal latar belakang dan perwatakan berbudaya Arab atau pun yang bergelar ustaz sebagai kriteria utamanya, sudah pasti Nik Zawawi adalah pilihan Pas.

Sebaliknya kalau Pas mengenepikan 'roma-roma' demikian sebaliknya lebih mementingkan kehendak pengundi bawahan Harun dan Che Long yang akan dipertimbangkan. Dalam tinjauan rambang di peringkat bawahan di Kuala Besut, menunjukkan pengundi tidak begitu minat untuk berwakil rakyat kepada mereka yang berbudaya elit yang renggang dengan rakyat. Nik Zawawi dilihat sebagai elitis dalam Pas.

Nama Harun dikatakan menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. Penglibatannya dalam bidang perniagaan meyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat serta disenangi oleh rakyat. Tetapi apa yang 'ugah' sedikit beliau kurang berminat untuk menjadi calon. Tetaoi sedia memikul tanggungjawab kalau tidak ada pilihan.

Sekiranya Harun menolak sudah pasti Pas akan memilih Che Long. Bendahari Pas itu juga sesuai dengan kehendak dan mood pengundi hari ini yang mahukan orang mudah diketengahkan. Usia Che Long di bawah 50-an di mana usia itu sesuai dengan mood dan selera pengundi muda yang mahu melihat golongan mereka diletak di hadapan.

Mengambil kira kepada perkembangan semasa dan keperluan sudah pasti mesyuarat Dewan Harian Pas malam ini akan memilih kontrektor berasal dari kampung Nail Besut itu sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Kuala Besut. Dalam pada itu majlis pengumuman calon akan diadakan malam besok bertempat di Kampung Nail yang akan dilakukan oleh presiden Abdul Hadi Awang.

Semua pimpinan tertinggi Pas juga hadir dan akan berceramah. Mereka termasuk Mohamad Sabu, Husam Musa, Wahid Enduk dan lain-lain. [wm.kl.9:24 am 08/07/13]

Pasukan peguam pantau politik wang <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 09 Jul 2013 04:00 AM PDT

BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.

"Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.

"Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.

Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.

Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.

BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan "simple majority" dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.

Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN.

(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Gambar Percutian Tiz Zakyah <b>Di Pulau Perhentian</b> (14 GAMBAR <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 06:41 PM PDT


Gambar Percutian Tiz Zakyah Di Pulau Perhentian (14 GAMBAR) | Pelakon yang dahulunya pernah popular dengan drama bersiri Nur Kasih dan kini semakin popular dengan drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia sememangnya seorang yang tidak suka menyorokkan kisah cintanya daripada pengetahuan umum dan pihak media.

Baru-baru ini,pelakon cantik ini dikatakan bercuti di Pulau Perhentian bersama-sama dengan kekasih hatinya iaitu Daniel Haziq dan beberapa rakan karib mereka.Nampaknya Tiz Zakyah yang dahulunya pernah bercinta dengan salah seorang aktor kacak dan popular dilihat semakin bahagia dan ceria dengan kekasih hantinya ini.

Lagi 13 keping gambar yang dikongsikan oleh Tiz Zakyah melalui laman instagram miliknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Jom Terjah : Gambar Terkini Anne Ngasri Yang Sedang Mengandung (5 GAMBAR)













13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


bersantai <b>di</b> hutan lipur sekayu, <b>hulu terengganu</b> - brahim nyior

Posted: 02 Jun 2013 08:42 PM PDT

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Cuti sekolah kali ini, adik beradik sebelah isteri, berpakat untuk bersantai di Hutan Lipur Sekayu, 80 km dari bandar raya Kuala Terengganu. Sebenarnya, perancangan untuk ke Sekayu hanya dibuat secara kebetulan dan 'ad hoc' pada awal pagi Khamis, apabila kami kebetulan berbincang sementelah adik beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul di rumah mertua di Batu Rakit.
Paginya merancang, dan menjelang tengah hari kami bertolak ke sana yang mengambil masa kira-kira satu jam. Kami melalui pekan Kuala Berang, yang sudah maju dan pesat berbanding era 90-an dan tiba kira-kira pukul 2 petang. Dari jalan utama, kami perlu masuk ke laluan kampung sejauh 15 km sebelum tiba ke lokasi tersebut. Cuaca yang redup membantu memberi ketenangan menghilangkan keletihan dalam perjalanan. Suasana yang damai dikelilingi kehijauan pohon hutan hujan berusia jutaan tahun amat menenangkan.
Sekayu terkenal sebagai lokasi percutian jauh daripada hiruk-pikuk kota

Kami perlu membayar dua kali sebelum dibenarkan berkelah di sini. Pertama, bayaran parkir kenderaan yang dikutip di pintu masuk ke Sekayu. Sebaik tiba di sini, bayaran sekali lagi perlu dibayar kepada petugas yang menunggu di pondok bersebelahan pintu palang. Ironinya, menurut adik beradik ipar saya, sebelum ini tiada bayaran pun dikenakan. Tak mengapalah, fikir saya, kerana mungkin bayaran tersebut untuk menampung kos penyelenggaraan tandas dan kemudahan lain. 
Kami memilih lokasi yang tidak jauh dari lata yang berdekatan tempat persalinan. Di situ, sudah ada meja batu untuk duduk berehat. Ibu mertua saya yang agak keletihan mudah duduk di situ berbanding bersila di atas tikar. Setelah semuanya dikeluarkan dari kenderaan, kami mula memanggang ayam yang diperap dengan rempah istimewa oleh isteri dan adik-adiknya.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi di kawasan ini. Sengaja saya pilih kawasan yang kurang risiko. Tempatnya agak cetek dan arusnya kurang deras, berbanding di kawasan yang lebih dalam di bahagian atas. Berdasarkan pengalaman, lubuk yang dalamnya melebihi 7 kaki boleh membahayakan nyawa kanak-kanak. Apatah lagi fenomena 'kepala air' boleh menghanyutkan pengunjung yang tidak berhati-hati. 'Kepala air' adalah arus deras yang diakibatkan hujan di puncak bukit. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dengan amaran deruan air yang kuat sebelum ia 'melanggar' apa sahaja di laluannya.


Lewat petang, santai kami di Sekayu sampai ke penghujungnya. Segalanya menarik untuk kami kongsikan, tetapi beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan Sekayu menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk berehat. Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah:
1. Kemudahan di tandas yang tidak mempunyai bekalan air berbanding tempat lain.
2. Kebersihan kawasan sekitar tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan sampah-sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung yang kurang kesedaran sivik bersepah di mana-mana. 
3. Tidak perlu kutipan yuran masuk yang tidak masuk akal jika kemudahan masih ditakuk lama. 

Sekayu, amat indah panoramanya. Insya-Allah, hujung tahun ini, kami merancang ke Tasik Kenyir pula!


13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Mayat wanita ditemui dalam keadaan bogel <b>di</b> LPT <b>Ajil</b> - Naluri Rakyat

Posted: 05 Jul 2013 11:47 PM PDT

eorang mayat wanita berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun berbangsa melayu telah di temui mati di LPT KM 41.1 Bukit Besi ke Kuala Terengganu dalam keadaan yang mengerikan di mana kesan pecah di kepala dan posisi mayat berada di kaki lima higway.

Keadaan mayat tidak memakai kain & seluar dalam mangsa dalam keadaan terlondeh ke paras lutut, Dipercayai meninggal dunia antara jam 6:00 pg-7:00 pagi kerana pengawal keselamatan R&R Ajil melalui tempat kejadian sebelum pergi solat subuh masih tiada mayat di kawasan tersebut, didapati mangsa bukanlah dari penduduk setempat.

Siasatan keatas mangsa masih lagi dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 11:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 12:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Batu Buruk jadi tumpuan | BH Auto

Posted: 06 Mar 2013 07:28 AM PST

Ribuan peminat motosikal banjiri Terengganu Bike Week 2013

Umzarul Faiz
Gambar: Chopper Rockers Media

Siapa sangka, deruman umpama guruh yang bergema adalah deruman jentera berkuasa tinggi yang melintasi perkarangan Dataran Batu Buruk sempena acara Terenggganu Bike Week 2013 (TBW 2013) bagi tahun kedua pada 1 dan 2 Mac yang lalu begitu menggamatkan.

Penyertaan seramai 2,500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kecil yang mewakili lebih 100 kelab permotoran dan persatuan termasuk dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan.

Program anjuran Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) ini adalah bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013, sekali gus menjadikan beberapa destinasi pelancongan yang menarik sebagai destinasi konvoi untuk dilawati oleh para peserta.

Presiden PPT Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, jika pada program TBW 2012, destinasi Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu menjadi pilihan penganjur, kali ini peserta konvoi berpeluang melihat lebih dekat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai timur.

Selain itu, antara destinasi menarik lain yang dilalui peserta konvoi ialah Bandar Permaisuri, Setiu sebelum konvoi berakhir dengan jamuan makan tengah hari di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Rombongan konvoi membabitkan lebih 1,000 motosikal berkuasa tinggi turut membuat lawatan amal ke Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kehadiran peserta konvoi ke asrama berkenaan turut disertai Tengku Datuk Hassan Archibald dari Johor, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat serta penghuni asrama berkenaan. Konvoi telah diiringi oleh pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu diketuai Asisten Superintendan Ismail Man.

Tengku Baharudin dan Tengku Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada asrama berkenaan selain derma yang dikumpul daripada peserta konvoi.

Acara penutup disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang diadakan penuh dengan warna warni membabitkan artis kugiran tempatan.

Antara acara yang dinantikan oleh peserta ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa enam motosikal di antaranya KTM Duke 200cc sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

INFO NOMBOR

2 tahun
Memasuki penganjuran tahun kedua

100
Kelab motosikal turun padang

2,500
Pemilik menyertai TBW 2013

1,000
Motosikal mengambil bahagian

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 11:47 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal Terangganu Malaysia | Beliafun Blogging 2010 - 2012

Posted: 12 Nov 2012 11:56 AM PST

cyristal-mosque-kuala-ter.jpg 

Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli bermutu tinggi malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini dan berwarna biru ..Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2013 11:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

Taman Tamadun Islam <b>di</b> Kuala Terengganu: Review? | Cuti Malaysia

Posted: 28 May 2013 05:02 PM PDT

Bercuti Terengganu Taman Tamadun Islam

Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu  ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama diMalaysia ini dibina berlatar belakangkan sungai Terengganu. Cantik betul pemandangan di sini, paling best sebab berangin.

Hendak ke Taman Tamadun Islam, jika inginkan kelainan bolehlah mencuba naik bas Bandar yang unik tu. Boleh ambil dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Dengan bayaran hanya RM1, bas Bandar ni akan terus membawa anda ke Muzium Negeri dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam. Suka tengok bas ni, klasik!

bas bandar taman tamadun islam

  • Lokasi: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu (Bersebelahan Muzium Negeri)
  • Waktu Operasi: 10 am – 7pm Setiap Hari
  • Bayaran Masuk Taman Tamadun Islam: Percuma
  • Bayaran Masuk Taman Monumen Islam: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Bayaran Terengganu River Cruise: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Menarik di Taman Tamadun Islam: Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise

Untuk lebih detail pakej yang disediakan sila rujuk sini;

Tiket Taman Tamadun Islam

Dalam Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam serta Terengganu River Cruise. Ini ialah Masjid Kristal atau masjid terapung. Cantik kan, rekabentuknya memang lain dari yang lain. Masjid Kristal juga merupakan salah satu ikon Negeri Terengganu.

Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

Dari Masjid Kristal Cuti Malaysia ke Taman Monumen. Masuk ke sini, anda diberi Passport atau buku paduan perjalanan, baucer Kedai Cenderamata dan baucer F&B di kafenya.

Taman Monumen do Taman Tamadun Islam

Bagi Cuti Malaysia, boleh dikatakan tempat ni ala ala Taman Tema Islam dimana 21 replika mercu tanda Islam terpilih dari seluruh dunia dibina di sini. Memang cukup menarik kerana berpeluang mengenali mercu tanda negara negara Islam seluruh dunia. Untuk gambaran apa yang ada di sini, boleh rujuk peta interaksi Taman Tamadun Islam ni.

Taman Tamadun Islam

Di sini antara monumen paling menarik termasuklah Taj Mahal di India, Dome of Rock (Kubah As Sakhra) di Palestin, Kincir Air,  Masjid Sulaimen Turki dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Antara monumen ini, disediakan mini Muzium dan tayangan video yang menerangkan tentang monumen tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat juga monumen yang anda boleh masuk ke dalamnya. Cuti Malaysia aritu berpeluanglah masuk ke Kubah As Sakhra atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock. Kalau anda pernah dengar kisah sebiji batu yang ingin mengikut Rasulullah ke langit pada kejadian Isra Mikraj tapi tak diizinkan lalu batu itu kekal terapung hingga kini. Di kubah AsSakhra inilah terletaknya batu terapung ini.

Untuk menjelajah Tamadun Islam, ada disediakan beberapa pilihan kenderaan untuk anda, dari basikal untuk seorang hinggalah basikal untuk 6 orang. Ada juga tram dan buggy. Semuanya berlainan harga. Cuti Malaysia bawa budak-budak lebih senang menggunakan tram dengan bayaran RM3 seorang dewasa.  Diakhir lawatan jangan lupa guna baucer Kedai Cenderahati dan membasahkan tekak di Café Taman Tamadun.

Selain Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam, di sini juga ada disediakan perkhidamatan Cruise Sungai Terengganu. Time Cuti Malaysia selesai jalan-jalan di Taman Monumen dah lewat petang, Cruise pun dah tutup. Lain kali datang lagi mesti cuba hee..

Layan dulu beberapa gambar Cuti Malaysia di Taman Tamadun Islam;

Gambar Taman Tamadun Islam

Sememangnya banyak tempat jalan menarik di Terengganu. Jom Cuti Cuti Malaysia Terengganu 2013!

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Cipan, Tapir & Tenuk (C++): Darurat <b>Di Kemaman</b>

Posted: 23 Jun 2013 05:25 PM PDT

Bhai... Kalu nak tunggu MB Terengganu (Ahmad Said) tue declare Darurat di Kemaman... gua rasa MB Terengganu nak tunggu ada yang mati dulu kot.... Payah.. Payah....

Jadi... gua dengan ini mengambil inisiatif sendiri dengan mengisytiharkan bahawa Kemaman adalah kawasan darurat disebabkan indeks pencemaran udara yang agak teruk.... malah lebih teruk daripada Kuala Lumpur dan hampir sama dengan Pelabuhan Kelang bagi bacaan IPU... bahaya nih... aiyark.. tabley nak bernafas la....

Kepada murid-murid sekolah, sila jangan terlibat dengan aktiviti luar dan kepada sesiapa yang terlibat dengan urusan diluar... sila kurangkan sikit aktiviti...
Kesihatan lu orang sumer adalah keperihatinan gua....

Gua cadangkan sekolah ditutup sementara hari ini sehingga kadar IPU turun kepada dibawah 100 mata dan gua akan arahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengagihkan secara percuma topeng muka kepada semua pelajar dan juga penduduk Daerah Kemaman.

Gua juga arahkan diujudkan pusat khas menangani masalah kesihan yang berkaitan dengan pencemaran udara dibuka 24jam di Hospital Kemaman dan setiap laporan mesti dihantar kepada gua.

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


ESP buat hazini jatuh cinta dengan Shaklee...pengedar shaklee <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 04:20 PM PDT

Assalam dan selamat pagi...semalam saya perkenalkan kak jess dari miri...tapi pagi ni saya nak kenalkan hazini pulak sebagai distributor baru anda di kerteh..
Hmmm...serba sedikit pasal zini...mula2 rasa nak join shaklee ni sebab die rasa nak resign suatu hari nanti..hihii..yela..buat pe nak keje kalau boleh buat bisnes dari rumah ye...seronok anak depan mata...kita pon tak payah nak keluar2 penat2...home sweet home..eceh...
Zini ni aura boleh dikatakan kuat jugakla..yela..baru bulan pertama buat sale..dah berdesup orang cari die..itulah dinamakan rezeki...pengalaman zini mula2 yng membuatkan dia jatuh cinta dengan shaklee adalah disebabkan ESP...sorang lagi jatuh cinta sebab ESP..hihui..sb tu la ESP ni my TOP PRODUCT tau..my BEST SELLER la katakan....sebab memang sekali guna...rasa PUAS HATIII sangat..yang belum cuba ESP tu bolehla cuba...
Zini amik ESP unt sahur..katanya tak lapar pon..tak lembik pon seharian...rasa bertenaga....memang pon..ESP mengenyangkan...lagipon ia adalah protin..bagus unt kulit,kesihatan semuanya la..sebab protin kan asas sel...wallaaa...tiba2 rasa nak minum ESP sekarang jugak.hihii..
Ok2...ni citer bab zini..sesiapa nak cuba shaklee di dungun,paka dan kertih.boleh hubungi hazini di 0195257968...
Ubah brand suplimen yang anda makan kerana ia MERUBAH HIDUP anda..shaklee adalah suplimen yang kukuh di dunia suplimen lebih dari 56tahun...ia dijamin 100% berkesan, 100% semulajadi dan 100% mesra alam...
Published with Blogger-droid v2.0.10

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Detikdaily - PRK <b>Kuala</b> Besut: <b>Terengganu di</b> hujung tanduk

Posted: 02 Jul 2013 06:11 PM PDT


You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at tokayah(at)hotmail(dot)com.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 107.23.207.126
Client IP: none
Forwarded For: none

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Husam : Pas Yakin Boleh Menang <b>Di Kuala Besut</b> - Selangorku

Posted: 08 Jul 2013 10:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Pas yakin akan mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata walaupun Umno-BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dengan majoriti yang selesa dalam pilihanraya umum ke-13, Pas masih ada peluang untuk menakluk kerusi itu.

"Kita masih ada peluang untuk menang. Kita sudah ada calon, lepas tengok calon BN. Baru kita boleh tahu berapa peratus kita akan menang," katanya dalam sidang media, di sini.

Husam turut menyifatkan kenyataan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh  yang menyatakan Umno akan mempertahankan kemenangan itu dengan majoriti yang lebih besar sebagai kenyataan yang 'angkuh'.

"Walaupun majoriti BN menang itu besar dan sah, namun PRK ini adalah tugas yang berat.

"Saya yakin rakyat boleh menilainya secara keseluruhannya. Jika Pas menang, agenda rakyat dapat dirangka dengan komprehensif," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya berkata calon yang akan bertanding pada pilihanraya itu akan diumumkan malam ini oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Dalam PRU-13, Dr A. Rahman Mokhtar daripada Umno-BN memenangi kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi.

Pendapat Anda

Pendapat

ads