Khamis, 18 April 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


With Julia...: Part 7: Panorama memukau <b>di</b> Pantai <b>Rantau Abang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 05:54 PM PDT

As Salam...Salam 1Malaysia...dan Salam Sejahtera...
Mukadimah bukan mainnn kan :) ...hehhe jawab ye jawab kalo x dosa haa...selalu kan dak2 tecik kt sekolah ckp cm tuh hehhe :p
Alright...mari kita bersegmen kali nih Part 7...Pantai Rantau Abangggg.....amboiii namaaa dia...kelassssssss...mmg dari tecik2 dah dengar dah nama pantai nih...biasalah tecik2 mana tau pantai nih dok tang mana sekian2 kan...umur baru 29 thn baru jejak kaki kt sana hehhehe kna tggu jodoh baru leh pi KT....itu semua Allah yg tentukan...
Mesti ramai yg boring kan asyik2 msuk je blog umi Qi nih x hbs dok citer pasal KT bla bla bla....haa ramai ruper blogger2 dan teman2 umi yg rindu dan x pernah pi lagi visit kt sana...so rasa happy bila blogger mama yaya, mama ibu lala, mama jaja, dan mama2 yg lain2 tuh terasa nak pi sana lagi kan...bg ju ini adalah menu rindu anda untuk ke sana lagi...bagi ju yg pertama kali ke sana haruslah rasa bangga sgt2 dan bersyukur dpt kecapi keindahan di Pantai Timur Malaysia... :)
Ok...lepas membeli belah di pasar payang terus kereta walid meluncur laju ke destinasi seterusnya ialah Pantai Rantau Abang....
Yeyyyy dah sampai.....jom bergambor gan abang penyu encem yg dok setia kt signboard nih....panas terik time nih tp berlakon ala2 mat saleh x takot panas hahahhaha pastu posing ala2 mcm tourist yg baru pertama kali mai KT....betui dah tuh hahaha....sun block harusssss
Bersebelahan dengan dengan signboard penyu tuh ada kedai cenderahati...cantikkk...moh beli satu dua bawak balik :)
Nih gambar apo lak nih umi oiii...hahha nih nak tunjuk jln nak pi pantai rantau abanggg yokkkk...dari kiri cepat jalan....
Haaa jln tecikkkk ja wpun jln comel tp sgt2 elok je turapnya...kalo ada basikal nih syokkkk layan bawak sambil hirup udara segar petang2 kan...laa nih tengahhariiiiiiiii panassssssss....jgn ko...nak itammmm? hehhe
Biru awan...maknanya ada pantai kt depan tuh...weeeeeeee x sabaqqqqq dah rasa nk larikkkk dah pi pantai tinggai walid...dukung Qaiser buh atas kepala lari derasss2 hahhaha tp x buat pun kan hahhahha...sanggup nak lari dgn Qaiser yg beranyat 8.2 kg? Dkt 10kg beras tuh uwaaaaaaa 
Sampai dah....syukur...ini salah satu pantai luas yg terletak di Rantau Abg KT...ada byk site cantik2...so kita visit sini dulu...amik udaraaaaaaaa bersih
Site berdekatan dengan bot2 nelayan...suka tgk bot nelayan...
Seeeee....time nih panas terik tengahhari pun x hirau dah... CANTIK kan?....pantai almost kt KT mmg x leh mandi...curammmm...so keindahan panorama alam pantai je boleh kita hayati...selami...dan verangannnnnnn....hahhaa buattt tuh umi ckp hehhe
Mana dtg model nih..heheh model perahuuu perinduuu rantau abangg hehhe peaceeee....cantik lak tgk walid amik pic nih...mcm lukisannn
Alhamdulilahhhhhhhh.....langit membiru...pantai yg sgt2 memukau pandangan...walid suh masuk keta sbb panas pun buat2 x dengarrrrrrr....hahhaha
Ok...jom masuk keta...pi pantai rantau abg lg sebelah...tgk2 Qaiser buat aksi kaki mcm nk kasi penendang maut kt umi sambil mamah teething rusk heinz...hamboiiiiiii....mau kasi penendang ? Gollllllllllllll hehhehe
Muka? Umi leh describe Qaiser ngantuk and penat...dia x buat apa2...cuma duduk dan dengaq umi dan walid dia bebel lalallalallalala....sbb tuh kot mukeee dia describe ada Qi kisahhhh? 
Bucuk umi laporrrrrrrr susu...minummm dulu!
Korang pernah tengok Movie terkenal 'Mael Lambong'????
Best kan citer dia...byk kali umi tgk mael lambong hahha...zizan berlakon kt sinilah...
Uuwaaaa jatuh cintan tgk panorama Pantai Rantau Abang nih....lautnya sgt2 memukauuuu....biruuuuu ayaq lautttttttt....
amboiiiiiiiiiiiiiiiii...sampai2 ja terus pelepukkk posing ala2 bollywood gan sang pencinta yg baru belajar apa itu pantaiiiiiii....hahhaha jgn marahhh eh...posing maut mengalahkan retis2...hahha yg ptg umi nk tonjolkan kt sini adalah pokok2, batu2 dan laut yg sgt2 mengiurkan...dan angin pantai yg sepoi2 bahasa...kalo lah ada hotel kt rantau abg nihhhh soh kami nk booking...ari2 ngadap pantai :)
Walid gan Qi....tgk la laut dan pantai rantau abg...marvelossss
One and only....pandai posing dak tecik nih kalo pic dia sorang2 hahahha
Akhirnya....gambar ber3 dpt dipahatkan di Pantai Rantau Abang
suka sgt2 tgk pic nih...umi and walid senyum nampak gigi....hahhaha Qaiser ilman????
Lariiii mata tgk awek ler tuh ahahhaha...
<<<Bila mengarang pic2 nih, terasa sedang bercerita secara live ok...sungguh rasa gembira dpt nukilkan terbit pengalaman di dalam blog...ia satu kepuasan utk di tatapkan pada hari2 akan dtg dan utk rujukan anda jua....esok nak cerita Part 8: Menu breakfast di Hotel Permai...uwaaaa awat la cerita last sekali? 
Best kot last sekali cerita pasal mkn2 hahhaha...ok gengs stay tune ye esok...ada video si Qaiser bfast sekali....siap tepuk2 meja panggil waiterrrrrrrrr....please serve my bfast now hahhahah x cayer? Tgk esok bar u cayerrrrrrrrr.... see u olls tommorow...daaaaaaa :* >>>

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Hartanah Untuk Dijual: Banglo Setingkat <b>di Paka</b> Dungun

Posted: 02 Apr 2013 07:32 PM PDT

LOKASI : TAMAN MURNI PERDANA FASA III
PINTU & TINGKAT DIPASANG GRILL
KELUASAN TANAH : 520 METER PERSEGI
STATUS TANAH : PAJAKAN 99 TAHUN
KELUASAN LANTAI : 1524 KAKI PERSEGI
DEPOSIT : 10%  dari Harga Jualbeli
EARNEST DEPOSIT : 3% dari Harga Jualbeli
Baki Deposit 7% dari Harga Jualbeli
semasa menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli
URUSAN PINJAMAN & GUAMAN DISEDIAKAN

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Peragut Dibelasah Orang Ramai <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 05:33 AM PDT

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Dua orang peragut yang meragut seorang jurujual dipukul orang ramai dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud di sini Sabtu lalu.

Kedua-duanya yang juga buruh binaan sebelum itu turut melarikan diri dari polis selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata peragut sebelum itu meragut jurujual berumur 27 tahun berkenaan kira-kira pukul 10 malam di hadapan Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya telah dihimpit motosikal yang dinaiki peragut dan merampas beg tangan mangsa yang diletak di dalam bakul motosikal sebelum suspek melarilkan diri.

"Mangsa yang panik dengan kejadian itu bertindak menekan hon motosikalnya bagi mendapat perhatian orang ramai yang telah disedari seorang anggota polis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Anggota itu bertindak mengejar peragut dengan keretanya sehingga peragut mencampak beg tangan mangsa di tengah jalan berhadapan Stadium Negeri. Para peragut terus melarikan diri sebelum diberkas dan dipukul pula oleh sekumpulan orang awam yang berada tidak jauh dari situ.

"Akibat pukulan itu, kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Gong Sentul cedera di pipi dan mata," kata Manoharan.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang turut positif dadah dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes ragut di sekitar bandaraya ini.

Mereka kini direman untuk disiasat kerana menyamun. – Bernama

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Older Post - teganuku

Posted: 01 Apr 2013 10:19 PM PDT


Polis memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merempuh kereta peronda ketika anggota polis terbabit menjalankan Ops Lejang dan kegiatan mencuri motor di Kampung Batu Rakit, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kenderaan polis yang sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

Beliau berkata, kereta itu berhenti di sebuah chalet di tepi pantai sebelum seorang lelaki dan seorang wanita keluar menuju ke rumah penginapan berkenaan.

"Curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu, pihak polis menghampiri kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum pemandu kereta berkenaan mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta polis.

"Akibat rempuhan itu, kereta pasukan polis kemek di bahagian kiri penumpang sebelum lelaki itu bertindak memecut kereta dan melanggar pintu hadapan chalet tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Manoharan berkata suspek kemudian terus melarikan diri menghala Kuala Terengganu dan pihaknya menghubungi balai berhampiran meminta bantuan untuk mengesan suspek.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam chalet itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang berasal dari Kelantan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri kerana terlibat dalam kes jenayah dan pengedaran dadah, ini kerana dua rakan suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Manoharan berkata setakat ini, pihaknya memperoleh maklumat lanjut berhubung suspek dan masih mengesan lelaki itu untuk tangkapan.

 Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAt 10 (TASIK KENYIR <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 06:10 PM PST

stage-10-ltdl-2013Kemuncak Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 hari ini bakal bermula dari Dataran Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menuju ke Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sejauh 114.8km. Saingan peringkat ke-10 yang merupakan peringkat terakhir bagi edisi ke-18 bakal mengharungi laluan landai dengan tiga zon pecutan di Padang Air (47.4km), Dataran Shahbandar (82.4km) dan Dataran Shahbandar (98.6km) tanpa zon pendakian.

Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Berang di Hulu Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang cantik dan terbesar di Asia Tenggara seluas 260,000 hektar dengan memiliki 340 pulau kecil. Tasik ini terbentuk ekoran pembinaan Empangan Kenyir yang bermula pada tahun 1978 dan siap pada 1985 untuk Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud. Stesen janakuasa hidroelektrik ini memiliki 4 turbin dengan keupayaan 100 MW setiap satu dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Kawasan ini terkenal sebagai salah satu denstinasi eko-perlancongan di Terengganu yang memiliki keindahan alam semulajadi yang unik di mana menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat selain pelbagai spesis ikan air tawar yang terdapat di tasik ini menjadi lokasi tumpuan kaki pancing. Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.

Selain itu, kawasan ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi penempatan manusia terawal di Semenjung Tanah Melayu dengan penemuan tinggalan manusia pra-sejarah zaman Mesolitik dan Neolitik di Gua Taat dan Gua Bewah yang dianggarkan berusia 8,000 hingga 11,000 tahun. Saingan hari ini bakal disajikan dengan keindahan alam semulajadi yang sememangnya menjadi aset utama kepada negeri Terengganu sepanjang laluan menuju ke Dataran Syahbandar di Kuala Terengganu.

city-kuala-terengganu-malaysiaKuala Terengganu mendapat mendapat nama ekoran penempatannya yang terletak di muara Sungai Terengganu dengan memiliki keluasan 605 km² merupakan pusat pentadbiran dan bandar diraja Terengganu. Kuala Terengganu telah mendapat status bandaraya pada 1 Januari 2008 yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan Pesisir Air lantaran penempatan ini terkenal sebagai pelabuhan utama dan kerajaan maritim bebas di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-12.

Bandar yang terletak di pesisir Laut China Selatan ini muncul sebagai destinasi tumpuan pelancong ketiga tertinggi di Malaysia bagi tahun 2012. Antara lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu termasuk Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Losong, Pulau Duyong, Terengganu Chinatown, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Pasar Payang, Pantai Batu Burok, dan banyak lagi. Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan produk perlancongan yang unik dan menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • basikal air kuala terengganu
  • tumbuhan yang terdapat di dataran syahbandar
  • Eko-Pelancongan Di Negeri Terengganu Tasik Kenyir
  • sejarah gua taat di Tasik Kenyir
  • rtm ltdl tasik kenyir
  • perlepasan basikal di tasik kenyir
  • ltdl peringkat kenyir
  • ltdl kenyir to kuala terengganu
  • berkayak dan basikal air di terengganu
  • laluan ltdl peringkat 10

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


KEADILAN tanding 6 DUN <b>di Terengganu</b>, Azan Ismail calon Bandar

Posted: 17 Apr 2013 02:45 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 17 April: KEADILAN akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu. Kawasan terlibat adalah DUN Bandar (N14), Bukit Besi (N25), Telemung (N21), Seberang Takir (N11), ...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


UiTM <b>BUKIT BESI</b> AKAN DIBUKA JUN INI | Disket Hitam

Posted: 25 Mar 2013 12:00 AM PDT

Pengambilan pertama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi yang dibina dengan peruntukan RM93 juta akan dimulakan Jun ini, kata Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib.

Beliau berkata buat permulaan kampus UiTM ke-36 itu akan menempatkan 600 pelajar dengan memberi tumpuan kepada program sains dan teknologi selain kejuruteraan makanikal dan kimia.

"Kampus di Bukit Besi itu apabila siap keseluruhannya akan menempatkan seramai 3,000 pelajar, namun  ketika ini kita hanya mampu menempatkan antara 500 dan 600 pelajar kerana ketiadaan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan UiTM Kampus Bukit Besi oleh Jabatan Kerja Raya di kampus itu di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah JKR Terengganu Shafii Mohamad.

Suhaimi berkata fasa pertama kampus UiTM Bukit Besi yang mula dibina pada 2009 itu merangkumi asrama, medan selera melibatkan peruntukan  RM20 juta; fasa kedua pembinaan perpustakaan, bangunan pentadbiran dan infrastruktur melibatkan peruntukan RM45 juta; dan fasa ketiga bagi  menyediakan blok akademik, dewan kuliah dan makmal melibatkan peruntukan RM28 juta.

Katanya kerajaan Terengganu menyediakan tapak untuk UiTM kampus Bukit Besi seluas 400 hektar dan daripada jumlah itu sebanyak 60 hektar telah dibangunkan.

"Kita telah memohon daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk projek fasa kedua bagi membina asrama untuk menampung 3,000 pelajar yang  dijangka siap pada 2016 nanti," katanya.

Suhaimi berkata dengan pembukaan kampus baharu itu, UiTM kini mempunyai kira-kira 170,000 pelajar di 36 kampus UiTM di seluruh negara.

Katanya beberapa kampus baharu UiTM sedang dalam pembinaan bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar antaranya Kampus Dengkil, Selangor,  yang mampu menampung 5,000 pelajar, Rembau (Negeri Sembilan), Raub (Pahang) dan Balik Pulau (Pulau Pinang) yang masing-masing mampu  menempatkan 3,000 pelajar.

ads