Jumaat, 14 Disember 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Anwar Cabar Najib Tanding <b>Di Marang</b> | MyNewsHub

Posted: 06 Nov 2012 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.

Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.

Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Syazwan Che Deraman: Red Velvet <b>Di Besut</b>.

Posted: 06 Dec 2012 04:51 AM PST

Nok dekat 4-5 hari jugok ambo dok die dale blog ni. Bukae apo, ambo tak berapo sihat bena 3, 4 hari nihhh. Keh main futsal lah nih, dae ore ajok main gakkk, haaaaa, tok kabar ingat doh, streching pong tok, warm up pong tokkk..ore suruh masuk court, kito pakat masok jahh, mugo team student ambo pilih doh. Pastu mula lah, raso nok reboh maso main, dale perut ni gak, seroo panah semacce jahh..Aaahhh, tok kiro, selagi tok reboh, ambo nyepak kot mano mano pong..
Ambikk nok, 2 hari lepah tuh, nak jalae pong payoh..habis urat badae sero terik jah, dari tapok kaki, naik pah betihh, gi pah poho, punggung pon sero sakit, naik pah pingge, pastu ngesuttt kat atas belakae..tamboh pulok nge sakit tekok nge jerawat dale telingo..sakit sakit...ambo demae koott..bad mood jah, adik masuk bilik ata baju pong ambo marohhh..dek pong tok ketuk bilik maso masuk..ambo tokleh bena ore lagu tuh.
Nok royak bendo ni, hari tu, ambo ado odar kek red velvet. nok bui ko Shuhada, lamo jamae doh dio nok..sebelum ni, ambo gi cari rato rato kat kedai kek, ore jual kek pon pelik, gonamo kek red velvet, hooohh, mari angin sungguh, tok kae ore jual kek pon tok kenal namo kek, kek angry bird jual pulokkk!!..baso gong...dok lamo lepah tu, baru ambo sedar, kek goni ore tok jual kedaii..ore buat di rumoh jah..kironya homemade laaa..hoooooo..gitu..pah gak, dale kapong ambo ni, ado ko ore nego kek?
malu bena nok tunjuk gambar ado i love you ni..jange suko ko ambo deh..sedaakkk.
Suko bena dio make kek goni. Ambo make tigo jahh..13 lagi ko dio sore..gilo kek doh gewe ambo nihh..memea pesen dio dohh..bab kek gakk, nombor satu..mujur gilo kek, kalo keno ko hok gilo beg beg mahal, baju mahal mahal..pah ko ambo jadi giloo..hahahahha..Hok mano sero nok tepoh nge make kek baldu meroh ni, kalo sero dok area besut ko, pasir puteh ko, koto bharu ko, adik kakok buleh singgoh blog.
http://amalia-chocolate-cupcake.blogspot.com/
sero sedak pulok tulih gini..sero buleh lepas semo.tapi sie kokre lain la hok nok baco. 
pahae dok?
sekali sekalo tok apo dok?

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


PaPa MiFz: Pakej <b>Pulau Redang</b>

Posted: 09 Dec 2012 02:36 AM PST

As salam semuo...

Jika hari tuh PM ada kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian...dalam entry ini pula, PM hendak kongsikan pakej Pulau Redang yang PM pernah ambik semasa pergi bercuti ke Pulau Redang pada bulan Julai 2011..

Percutian ke Pulau Redang ketika itu ialah sempena menyambut harijadi wife PM...dah plan sebuah kejutan untuk wife PM di sana...tapi kejutan tak menjadi akhirnya...huhu...tapi percutian ke Pulau Redang masih meninggalkan banyak kenangan indah...kenangan seperti pemandangan yang indah dari tingkap bilik, aktiviti snorkeling yang ohsem, penantian matahari terbit dan suasana malam yang damai masih kekal aktif di minda...:)

Ketika di Pulau Redang, PM menginap di Laguna Redang Island Resort...sebuah resort yang cantik...sudah 2 kali PM menginap di sana...pertama kali dulu ketika zaman belajar bersama-sama kawan sekuliah...

Jika ke Pulau Perhentian PM memilih pakej percutian yang disediakan oleh pihak agen, sebaliknya ketika ke Pulau Redang PM memilih pakej yang disediakan oleh Laguna Redang Island Resort...

* klik untuk tumbesaran


Harga pakej di atas ialah untuk penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang, ianya termasuk makan dan minum, pengangkutan  bot pergi dan balik, pengangkutan bas pergi dan balik dari airport Kuala Terengganu, kek harijadi untuk wife , kelengkapan untuk bersnorkeling dan tiket untuk memasuki taman laut...

Pada PM ianya sebuah pakej yang berbaloi...servis serta layanan yang baik dari pekerja-pekerja, makanan yang di sediakan juga sangat sedap dan terdapat banyak pilihan...suasana dan keadaan bilik juga sangat selesa...

Insyallah jika berpeluang ke Pulau Redang lagi suatu hari nanti, Laguna Redang Island Resort pasti menjadi pilihan...

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan akhir tahun sk. <b>ajil di</b> anjung bistro - sekolah kebangsaan <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 10:22 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Pengunjung TTI Dijangka Meningkat 20 Peratus Tahun Ini <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 12:00 AM PST

Jumlah pengunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini dijangka meningkat sebanyak 20 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata pada tahun lepas hampir 600,000 pelawat mengunjungi TTI.

"Angka sebenar tahun ini belum ada lagi, tapi saya jangka peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun lepas," katanya di sini.

Katanya jangkaan itu berdasarkan kepada banyaknya program yang dijalankan pihak pengurusan TTI sepanjang tahun ini, terutamanya ketika musim cuti persekolahan.

Berdasarkan trend lalu, jumlah pelawat tertinggi yang mengunjungi TTI tahun lalu ialah sekitar bulan Mei iaitu seramai 55,463 pelawat, Jun (73,986), September (52,397), Oktober (62,736), November (53,000) dan Disember (52,000) pelawat, katanya.

Abdul Rahin berkata Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 kelak, dijangka menyumbang kepada kerancakan pengunjung ke TTI memandangkan ia merupakan antara destinasi pelancongan yang hebat dipromosikan.

TMT menyasarkan untuk menarik lebih 4 juta pelancong ke negeri ini, ujarnya.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Sang Pujangga Langit(Penawar Rindu): Sedetik <b>di Kemasik</b>

Posted: 14 Dec 2012 06:11 AM PST

koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Mega HOM <b>di Jertih</b> 14 Disember 2012 | faridzulasyraf.com

Posted: 11 Dec 2012 11:05 PM PST

By joegrimjow, on December 8th, 2012

Siapa orang jerteh angkat tangan!!

saya akan berada di Jerteh Jumaat ini untuk meluaskan lagi empayar Herbalife saya (Amboi ayat) Lepas Jumaat iA anda akan temui saya dan team saya di sekitar bandar Jerteh untuk diadakan roadshow. Jam 6 petang, jemput semua orang Jerteh dan kawasan yang sekitar dengannya untuk datang ke Basic Training yang super best. Terbuka kepada semua yang ingin tahu bagaimana nak lakukan bisnes Herbalife.

Jam 8 malam pula, MEGA HOM! Yang ni memang kena datang sebab guest speaker memang super best. Mill Team Nasir! Kena datang untuk tahu KENAPA anak dato seri, dah ada butik yang tip top punya sanggup tutup semua butik dia dan sekarang buat Herbalife secara fulltime. Kena datang okeh

Nak info lebih, jangan lupa hubungi saya 0169640972 – Masuk PERCUMA!

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


First Day Praktikum <b>di</b> SK Kuala Ping, <b>Kuala Berang</b>. | Atiqah Aiza

Posted: 07 Sep 2012 08:44 AM PDT


Assalamualaikum..

Hari ni hari pertama aku dan Pyza memulakan praktikum kami di SK Kuala Ping di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tak sangka, drpd cabutan undi, kami antara manusia yang kena prktikum jauh dari maktab kat Batu Rakit tu huk2.

Ingat lagi aku pada hari kitorang cabut undi. Masa mula-mula dapat tau sekolah ni yang kitorang dapat, MasyaAllah, buntunya kepala otak. Nak sewa rumah kat mana, nak pergi sekolah macam, nak makan minum kat mana. Yela, sekolah tu agak jauh dari bandar Kuala Berang, ambil masa 30 minit la jugak. Apatah lagi sekolah tu agak jauh ke dalam.

Nak tak nak, aku pujukkan hati, kuatkan semangat. Alhamdulillah, mujur ada ex-schoolmate aku masa sekolah rendah dulu, Atie yang belajar di Politeknik Kuala Berang ni. Dapatlah aku berteduh menumpang sewa kat rumah dia. Kat sini makan n sewa rumah pun agak mahal. Apatah lagi kalau nak sewa sebulan je, susah orang nak bagi.

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Hari ni first day kitorang pergi sekolah. Maka, bermulalah hidup kami sebagai seorang guru praktikum di SK Kuala Ping. First time ke sana, agak terkejut jugak jalan dia. Jalannya banyak rosak, bengkang-bengkok, paling dasyat ada satu jalan tu turun bukit terus jumpe selekoh sgtla tajam. Kalo tak teror kat situ tu, nahasla. Pagi ni kitorang bertolak awal, dalam 6.40 pagi kalo tak silap. Maklumlah hari first x maula tunjuk imej yg negatif kan hehe..



Gambar-gambar jalan kat atas ni kitorang amik masa on the way balik. Nak amik pic pagi2 tapi gelap lagi waktu, maklumla bertolak awal! hehe

Kami sampai awal kat sekolah, dalam 7.10pagi. Masa tu, baru seorang dua cikgu yang baru datang. Yela, awal gila kot sampai, hehe. Tempat first pergi of coz la pejabat untuk daftar diri. Pastu, join perhimpunan kenalkan diri kat semua guru dan murid.

First impression aku bila tengok murid beratur, Ya Allah sikitnya murid. Dalam 100 orang murid je tak silap aku. Kecik-kecik je budaknya. Hehe.. comel. Cikgu-cikgu dia pun cuma 16 orang je. Kat sini, murid sangat sikit, 1 tahun, 1 kelas. Itupun tak ramai, paling ramai dalam 25 orang je sekelas.

Kami diperkenalkan dengan cikgu-cikgu, terutama cikgu pembimbing, Kak Na. Hari first ni tak banyak benda nak wat, just ronda-ronda dan kenal-kenal kawasan sekolah dulu. Aku duduk di sebelah Kak Sal dan pyza, berdepan dengan Kak Ti. Segan  nak berbual, kelu lidah la gak. Tapi berusaha untuk senyum, maniskan muka, ringankan mulut bertegur sapa. Seronok sebab cikgu-cikgu dan staf2 kat sini mesra-mesra.

Belum pape, hari first lagi aku dah diberi jadual oleh GPK1, Cikgu Mazlan. Waah wah, memang berkakilebar la GPK1 aku ni. Kiranya, inilah hari pertama aku masuk ke kelas, Tahun 4, masa akhir. Apa lagi hari first, kenalkan diri n kenal dengan murid-murid jela..

Alamak, dengar citer cikgu-cikgu ni minggu ni sibuk dengan macam-macam program dan pertandingan. Apa dia ye? Hurmmm~~~

Bersambung....

katakan like jika best ya!

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Hospital baru bakal ganti yang lama <b>di Dungun</b>

Posted: 12 Dec 2012 02:23 PM PST

KUALA TERENGGANU – Sebuah hospital baru bernilai kira-kira RM150 juta bakal dibina tidak lama lagi menggantikan hospital sedia ada di Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata hospital itu dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara 'Private Financing Initiative' (PFI).

Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya.

"Bagi peringkat permulaan kita akan menempatkan sebanyak 108 katil sebaik sahaja hospital itu siap," katanya selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum itu, semasa sesi penggulungan, Dr. A. Rahman (BN-Kuala Besut) berkata, biarpun hospital baru akan dibina di Dungun, kerajaan negeri masih bercadang untuk mengekalkan hospital asal yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun.

"Hospital sedia ada itu kita mungkin guna untuk tujuan lain termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Bagaimanapun, ia belum diputuskan lagi buat masa ini," katanya.

Sementara itu Dr. A. Rahman memberi jaminan masalah kesesakan pesakit terutama yang melibatkan kes bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)  akan diselesaikan apabila Kompleks Pakar Materniti siap pada Mac tahun depan.

Kompleks enam tingkat itu dibina bersebelahan HSNZ mempunyai 210 katil di wad, selain 24 unit katil bersalin.

Beliau menjawab Dr Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal) semalam, yang menyatakan keadaan wad bersalin HSNZ yang mengaibkan berikutan tidak mempunyai kemudahan dan ruang yang selesa untuk menempatkan ramai pesakit wanita khususnya bagi kes bersalin.

Dr A Rahman berkata, pembinaan kompleks itu juga dapat menyelesaikan masalah parkir di HSNZ apabila sebanyak 385 tempat letak kereta dibina. – Bernama

Apa Komen Anda Mengenai Berita Ini?? Mari Kongsikan Bersama Kami Dengan Meninggalkan Pendapat & Kritikal Bernas Anda Di Ruangan Komen.

Jenazah Hanisah selamat dikebumikan <b>di Dungun</b> pagi tadi | Mai <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 10:09 PM PDT

DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran
semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.

Sementara itu, bapa Allahyarham Hanisah, Mohd Shah Salleh, 62, berkata mereka redha dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Muhd Shah pemergian selama-lamanya anak itu ibarat pengorbanan murni kerana menuntut ilmu bagi menabur bakti kepada negara meskipun hasrat anaknya itu tidak kesampaian.

"Sedih memang sedih, namun kami redha dengan ketentuan ini. Saya harap anak bangsa yang lain dapat meneruskan impian Allahyarham untuk berbakti pada negara," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah di tanah
perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini pagi tadi.

Muhd Shah dan isterinya Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya Hanisah akhirya berubah fikiran dengan mencium jenazah anaknya untuk kali terakhir sebelum pengebumian itu.

Jelasnya, beliau dan isterinya sebelum itu tidak mahu berbuat demikian kerana mahu menjadikan kenangan manis wajah keceriaan anaknya sepanjang dua bulan bercuti di Kampung serta saat perpisahan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 Sept lalu kekal dalam memori sanubari mereka.

Sementara itu Pengarah Mara di Rusia, Suhaimi Zainuddin serta beberapa pegawainya yang lain turut hadir pada upacara pengebumian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Muhd Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mara yang menguruskan dan memberikan kerjasama yang baik untuk pengurusan membawa balik jenazah anaknya.

Jenazah Hanisah selamat dikebumikan di Dungun pagi tadi

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Perhimpunan & Perarakan Selamatkan Gaza <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 06:48 PM PST

Alhamdulillah IKRAM Terengganu dan Aqsa Syarif Terengganu telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan dan perarakan aman selamatkan Gaza di Kuala Terengganu semalam, 23 November 2012 bersamaan 9 Muharam 1434. Ianya merupakan satu lagi landmark kepada usaha penggemblingan ummah berhubung isu Palestin di negeri ini. Program ini telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Negeri iaitu Masjid Abidin dimana perarakan bermula dan berakhir di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Program ini turut disertai Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Hj Azizi Saidi bin Abdul Aziz dan beberapa NGO yang lain termasuk ABIM, WADAH dan Haluan.

Ahli-ahli IKRAM dari luar Kuala Terengganu telah mula berkumpul di Pejabat IKRAM Negeri sebelum solat Jumaat lagi.

Manakala para petugas program yang diketuai Dr Afandi Salleh yang juga wakil Aqsa Syarif Terengganu telah mula melakukan persiapan di perkarangan masjid.

Imam Masjid Negeri di dalam ucapan sebelum khutbah Jumaat telah menyeru semua ahli jamaah untuk turut serta menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh IKRAM ini sebagai tanda sokongan dan prihatin terhadap isu Palestin ini. Beliau yang juga menyampaikan khutbah dan menjadi imam telah sekali lagi mengingatkan ahli jamaah selepas doa selepas solat untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini. Ini satu lagi kejayaan IKRAM di dalam melibatkan tokoh masyarakat di dalam program ini.
Perhimpunan dan perarakan ini disertai hampir 1000 orang ini telah dipimpin oleh YDP IKRAM Negeri Ustaz Hj Mohd Lokman bin Dato' Awang disertai pimpinan IKRAM Negeri dan Daerah termasuk YDP IKRAM Kuala Terengganu Ustaz Dr Zawawi Ali, YDP IKRAM Dungun Hj Nawawi Yusof dan YDP IKRAM Kemaman Ustaz Hj Mazlan Ahmad. Disamping itu pimpinan NGO lain yang turut bersama ialah YDP ABIM Terengganu Hj Zukiferee Ibrahim, Penasihat PEMIKIR Mat Azizur Raziz dan YDP WADAH Ustaz Hj Harun bersama Imam Besar Masjid Negeri.

Perarakan bermula dengan ucapan menaikkan semangat untuk menyertai perhimpunan ini oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Sejagat Ustaz Muzahar Hitam di selang seli oleh laungan semangat jihad membantu Palestin dan Gaza yang berterusan oleh beberapa orang anak muda diketuai Qayyim Hafidzi dan Ubaidullah Harith yang juga Pengerusi Siswa IKRAM Terengganu Utara. Program ini juga mendapat kerjasama dan kawalan pihak keselamatan bagi melancarkan perjalanan perhimpunan ini.


Perarakan berhenti berkumpul di Dataran Syahbandar dimana ucapan pimpinan NGO telah dimulakan oleh YDP IKRAM Terengganu Ustaz Lokman Awang. Beliau menyeru agar masyarakat Islam di negeri Terengganu khususnya untuk terus bangkit dan cakna berhubung perjuangan membantu Palestin membebaskan negara mereka daripada penjajah Israel dan memberi peluang kepada rakyat termasuk anak-anak Gaza untuk hidup dengan aman. Beliau mengajak umat Islam agar terus membantu memberikan sokongan material dengan bantuan harta dan wang ringgit dan spiritual menerusi doa dan munajat yang berterusan. Ustaz Hj Harun yang mewakili WADAH dan ABIM pula menyentuh tentang sejarah perjuangan rakyat Palestin dan penubuhan negara haram Israel yang mendapat restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau juga mengajak umat Islam untuk terus memboikot barangan Israel dan dagangan Malaysia dengan Israel khususnya dalam penjualan minyak sawit ke negara itu oleh kerajaan Malaysia. Manakala Dr Afandi Salleh selaku wakil Aqsa Syarif mengingatkan umat Islam agar terus mengaktifkan gerakan menyokong perjuangan membebaskan Palestin dan menyelamatkan Masjidil-Aqsa daripada penguasaan Zionis Israel. Majlis ucapan yang dipengerusikan Ustaz Muzahar Hitam ini berakhir sekitar 3.30 petang dengan bacaan doa yang cukup syahdu oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Hj Azizi Saidi.




Satu flash mob Palestin telah dianjurkan oleh mahasiswi Persatuan Fakulti Perubatan UNISZA dan IKRAM Siswa selepas berakhir do'a penutup program ini.
Sidang media telah diadakan selepas perhimpunan disertai beberapa media termasuk Berita Harian, Sinar Harian dan Metro. Program ini telah mendapat liputan TV3 di dalam Berita Jam 8 malam pada hari yang sama.

Semoga program ini meningkatkan lagi kesedaran ummah tentang perjuangan rakyat Palestin dan merapatkan kerjasama agensi dan NGO di negeri ini inshaAllah. Penggemblingan ahli-ahli IKRAM termasuk anak-anak muda dan wanita yang menjadi penggerak utama kepada perjalanan program ini juga wajar diberikan ucapan tahniah!

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 6 Maut Kemalangan <b>Di Kijal</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:18 PM PDT

10/10/2012 11:18:00

Enam maut selepas sebuah kereta bertembung dengan bas ekspress di Kijal dekat Kemaman.

Dalam kejadian jam 3:50 pagi tadi, dua orang lagi parah.

Kereta Perodua Viva yang dinaiki lapan individu itu dipercayai menghala ke Kuantan.

Ketika tiba di di hadapan Sekolah Meraga, Beris, kereta berkenaan bertembung dengan bas ekspress yang tidak berpenumpang.

Enam mangsa maut di tempat kejadian

Pemandu bas terbabit tak mengalami kecederaan.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

ads