Khamis, 15 November 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


e-Book SK Tok Jiring: Program Frog VLE @ SK <b>Seberang Takir</b>

Posted: 03 Nov 2012 09:01 AM PDT

Pada 3 November 2012 (Sabtu), satu program Latihan FROG VLE telah diadakan di SK Seberang Takir. Seramai 4 orang murid SK Tok Jiring telah dipilih untuk menyertai program ini. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang Program Frog VLE yang bakal digunakan pada tahun hadapan.Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan, insyaAllah ;)

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


11 Permis /Restoran <b>Di</b> Pekan Ranau Bersama 6 <b>Di</b> Kundasang <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 03:34 AM PDT


Sebelas buah premis (gerai makan) di pekan Ranau dan empat lagi di Pekan Kundasang telah diarah supaya ditutup buat sementara kerana tahap kebersihannya tidak mematuhi garis panduan seperti yang ditetapkan  Kementerian Kesihatan.
Dalam operasi pemeriksaan bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Ranau dan pihak Penguat-Kuasa  Majlis Daerah Ranau (MDR) selama tiga hari (8-10 OKtober) itu melibatkan 50 buah premis di pekan Ranau dan 23 buah di pekan Kundasang, mendapati kebanyakan para pemilik premis yang diarah ditutup itu tidak mematuhi pelbagai siri kebersihan termasuklah, keberihan ruang dapur, penyimpanan bahan mentah, kebersihan penyediaan makanan, pekerja premis tidak memilik kad pemeriksaan kesihatan terutama suntikan typhoid, berkuku panjang, tidak berpakaian kemas  dan gagal menyediakan tahap kebersihan tandas.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Unit Kesihatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau, Saimin Bin Wahaman bersama Pegawai Eksekuitif MDR, Jupirin Haji Ruhimin ketika ditemui memberitahu, operasi bersepadu itu merupakan antara usaha murni kedua-dua agensi berkenaan sebagai menyahut seruan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan  pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan mempastikan  kebersihan semua premis atau gerai makan di seluruh negara termasuk di Sabah  berada ditahap yang terbaik.
"Program Pengredan Premis makanan seumpama ini, di daerah Ranau dan Kundasang difikirkan wajar  secara berterusan, memandangkan kedua-dua kawasan ini merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia", kata Saimin yang juga  'Turun Padang' menyertai program tersebut.
Menurut Saimin para pemilik premis yang diarah supaya ditutup itu berkuat-kuasa serta-merta sehingga tempuh 14 hari dan kegagalan untuk mematuhi peraturan seperti yang kehendaki, boleh dikenakan tindakan kompaun tertakluk kepada akta makanan 1985.
"Bagaimanapun, jika para pengusaha premis yang diarah tutup itu, dapat memperbaiki kelemahan/kekurangan yang ada, dalam tempuh 14 hari maka kita akan membenarkan  mereka membuka  semuala premis", jelas Saimin sambil membayangkan operasi yang sama akan dijalankan melibatkan semua pusat penginapan atau resort dan  Homestay (Enam Desa) di kawasan Ranau dan Kundasang, bagi mempastikan tahap kebersihan persekitaran terutama ruang dapur atau premis di tempat tumpuan pelancong  sentiasa bersih.
Saimin menjelaskan, operasi bersepadu dengan MDR itu bukanlah bertujuan untuk menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih menjurus kepada memberi kesedaran kepada para pengusaha terlibat supaya sentiasa menjaga kebersihan premis masing-masing secara berterusan.
"Mereka perlu sedar tentang keperluan kebersihan persekitaran premis mereka terutama bahagian dapur dan peralatan yang digunakan, untuk mengelakkan sebarang bentuk keracunan makanan melibatkan orang awam atau pelanggan", kata Saimin.
Sementara itu, Jupirin pula mengingatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada PBT untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan  keindahan pekan Ranau, memandangkan pekan itu adalah pekan persinggahan dan lokasi peranginan menarik bukan sahaja  para pengunjung tempatan malah pelancong luar negara.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Tunas Islam: Iftar PASTI <b>Jerangau</b> & Sumbangan Fakir Miskin

Posted: 15 Nov 2012 03:11 AM PST

12 Ogos 2012 - PASTI Jerangau, Bukit Besi

Iftar PASTI Jerangau pada tahun ini dilaksanakan di PASTI baru Jerangau. Tazkirah diberikan oleh Ustaz Nordin Osman daripada Lajnah Taribyah PAS Kawasan Dungun.

Sumbangan kepada anak-anak setempat yang fakir dan miskin juga diberikan oleh pengurusan PASTI Cawangan bersama sumbangan daripada PASTI Kawasan.

Teruskan usaha murni ini. Takbir ! Takbir !

 Ustaz Nordin Osman memberi takzirah

 Jawatankuasa PASTI Cawangan bersama masyarakat setempat Qaryah Felda Jerangau

Sumbangan kepada anak-anak tunas Islam

Paras Air Sungai Selangor <b>Di</b> Kuala Badong Lebih Paras Bahaya <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 07:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di sekitar Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor berjaga-jaga berikutan air sungai berkenaan telah melebihi aras bahaya dengan bacaan 4.04 meter.

We also give some image about paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya hope you like this, we got this images from arround the web using this related keywords paras air compressor, paras air tasik galilee, paras air sungai, paras air pasang surut, paras air empangan timah tasoh, paras air sungai kelantan, paras air sungai perlis, paras air ketuban normal, paras air sungai mada, paras air, paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya .

keeping taps in selangor flowing worldnews paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya 480x360

keeping taps in selangor flowing worldnews image by article.wn.com

main bahasa mb selangor gesa pembangkang hentikan kelirukan paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya 400x327

main bahasa mb selangor gesa pembangkang hentikan kelirukan image by www.themalaysianinsider.com

bukti air empangan selangor merosot paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya 640x447

bukti air empangan selangor merosot image by www.malaysia-terkini.com

gangguan bekalan air di jerangau berpunca paras air sungai surut paras air sungai selangor di kuala badong lebih paras bahaya 480x360

gangguan bekalan air di jerangau berpunca paras air sungai surut image by article.wn.com

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


LIVE TELECAST! Merdeka Rakyat From <b>Kuala Terengganu</b>! (in Malay)

Posted: 09 Nov 2012 04:47 AM PST



Setelah semalam, Jelajah Merdeka Rakyat berada di dua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan, malam ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi akan menyampaikan ceramah bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan dan negeri.
Anwar yang dikejutkan dengan insiden sebelum solat Jumaat tadi di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu oleh 25 ahli Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan masjid konon membantah kehadirannya tidak menghadapi masalah meneruskan perjalanannya menuju ibu negeri Kuala Terengganu.
Setibanya di Dataran Syahbandar, ribuan penduduk setempat sekitar Ladang yang sudah mendapat maklumat kehadiran rombongan bas dua tingkat itu terus mengerumuni sekitar kawasan tersebut sambil tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama bas yang sangat digeruni Umno hingga dipecahkan cermin hadapan di Kota Bharu dan disimbah cat merah di lokasi yang sama.
Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya', rombongan tersebut akan bergerak ke tapak ceramah pertama di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong dalam parlimen Hulu Terengganu.
Manakala untuk ceramah kedua di Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, Anwar dijangka berceramah bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Majlis Pimpnan KEADILAN negeri yang juga ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat, Ng Chai Heng dan ADUN Bukit Tunggal, Alias Abdul Razak.
Sebagai bonus, saksikan antara paparan menarik semasa sambutan Jelajah Merdeka Rakyat petang tadi di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Untuk mengikuti siaran langsung ceramah ini sila klik pada pautan di bawah dan selamat menonton!

source : Jalan Pulang

MEDIA TERENGGANU: Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT

"Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.
Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

Sumber : www.terenggganutoday.com

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


LIVE TELECAST! Merdeka Rakyat From <b>Kuala Terengganu</b>! (in Malay)

Posted: 09 Nov 2012 04:47 AM PST



Setelah semalam, Jelajah Merdeka Rakyat berada di dua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan, malam ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi akan menyampaikan ceramah bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan dan negeri.
Anwar yang dikejutkan dengan insiden sebelum solat Jumaat tadi di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu oleh 25 ahli Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan masjid konon membantah kehadirannya tidak menghadapi masalah meneruskan perjalanannya menuju ibu negeri Kuala Terengganu.
Setibanya di Dataran Syahbandar, ribuan penduduk setempat sekitar Ladang yang sudah mendapat maklumat kehadiran rombongan bas dua tingkat itu terus mengerumuni sekitar kawasan tersebut sambil tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama bas yang sangat digeruni Umno hingga dipecahkan cermin hadapan di Kota Bharu dan disimbah cat merah di lokasi yang sama.
Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya', rombongan tersebut akan bergerak ke tapak ceramah pertama di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong dalam parlimen Hulu Terengganu.
Manakala untuk ceramah kedua di Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, Anwar dijangka berceramah bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Majlis Pimpnan KEADILAN negeri yang juga ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat, Ng Chai Heng dan ADUN Bukit Tunggal, Alias Abdul Razak.
Sebagai bonus, saksikan antara paparan menarik semasa sambutan Jelajah Merdeka Rakyat petang tadi di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Untuk mengikuti siaran langsung ceramah ini sila klik pada pautan di bawah dan selamat menonton!

source : Jalan Pulang

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Homestay Kota Bharu – Jom Bercuti – MURAH BEB

Posted: 26 Oct 2012 05:31 PM PDT

Ingin percutian yang menarik di Kota Bharu ?

Anda harus cuba Homestay Kota Bharu. Homestay disini adalah antara yang terbaik di Pantai Timur

Kenapa Homestay Kota Bharu?

  1. Murah
  2. Selesa
  3. Terjamin
  4. Bagus

Kebaikan Homestay Kota Bharu ?

  1. Berdekatan dengan bandar
  2. Banyak kedai berdekatan
  3. Suasana kampung tapi berciri bandar
  4. Keselesaan terjamin
Homestay Kota Bharu 4

Homestay Kota Bharu 4

Homestay Kota Bharu 3

Homestay Kota Bharu 3

Homestay Kota Bharu

Homestay Kota Bharu

Homestay Kota Bharu 2

Homestay Kota Bharu 2

Sedikit Info Kota Bharu ?

Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah 491,237 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Sedikit Info Tentang Kelantan ?

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand . Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
Jajahan Kota Bharu
Jajahan Pasir Mas
Jajahan Tumpat
Jajahan Pasir Puteh
Jajahan Bachok
Jajahan Kuala Krai
Jajahan Machang
Jajahan Tanah Merah
Jajahan Jeli
Jajahan Gua Musang
Jajahan Kecil Lojing

Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Kegiatan Homestay seperti di Homestay Kota Bharu semakin meluas di setiap jajahan. Ia disebabkan faktor kedatangan pelancong di dalam dan luar neagra yang merancakkan ekonomi negeri ini.

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 21 °C.

Cubalah Homestay Kota Bharu !!

Anda pasti takkan rugi…. Servis first class tu :-)

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


PM Ziarahi Bekas ADUN <b>Kemasik</b> | Terengganu Today

Posted: 06 Oct 2012 05:27 PM PDT

PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa menziarahi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Dato' Abu Bakar Ali, 66, di Kertih walaupun sibuk dengan lawatan kerjanya ke negeri ini semalam.

Najib yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengambil peluang itu bertanyakan khabar keadaan veteran UMNO itu yang uzur sejak lebih tiga bulan lalu akibat penyakit spondylosis yang menjejaskan saraf dan pergerakannya.

Sementara itu Abu Bakar berkata, beliau terharu dengan kunjungan Perdana Menteri itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang berusaha meluangkan masa menziarahi saya," ujarnya.

Abu Bakar yang kini semakin pulih, pernah koma selama hampir dua minggu dan telah menjalani pembedahan di Kuala Lumpur pada awal Ogos lalu.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Kor dan cukup disenangi penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik, beliau menjadi wakil rakyat selama lima penggal dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2008.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & STAF SMK <b>WAKAF TAPAI</b> 2012

Posted: 20 Oct 2012 07:57 PM PDT



18 Oktober 2011, Khamis : Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SMK Wakaf Tapai telah diadakan di Hotel Primula Beach Resort, Khamis jam 2.00 - 5.00 petang. Jamuan pada kali ini sungguh istimewa kerana turut dihadiri oleh pihak yang dirai iaitu Pn. Jahsilawati Mad Ali, Guru Kaunselor  yang bertukar ke sekolah SMK Pengkalan Berangan, Pn. Rozanahaida Suhaini Bt Muda, Guru Penolong yang bertukar ke SMK Seberang Marang dan Pn Siti Yuliza bt Md Ali, Pembantu Makmal yang bertukar ke SMK Tun Telanai.

Cik Sh. Ernie Zulastinie bt Syed Md. Nor menjaga bahagian pendaftaran dan sekaligus menyambut kedatangan semua guru dan para tetamu yang dirai.


1. Majlis dimulakan dengan ucapan  Pengerusi KEKWA 2012, Tn. Syed Safwan Faisal bin Syed Md Nor.

2. Pn. Siti Yuliza bt Mad Ali wakil pihak yang dirai menyampaikan sepatah dua kata.

3. Ucapan daripada Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf.

4. Ustaz Aseri bin Embong mengetuai bacaan doa sebelum makan. 

Guru-guru dan staf SMK Wakaf Tapai

Semasa acara makan bermula

Cenderamata kepada Pn. Jahsilawati bt Md Ali, Pn. Rozanahaida Suhaini bt Muda dan Pn. Siti Yuliza bt Md Ali .
Penyampaian cenderamata daripada KEKWA kepada guru-guru dan staf-staf SMKWT.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:55 PM PDT



"Tanah yang kita bagi pada rakyat miskin malah ada yang sudah membina rumah secara berdikit-dikit, bila PAS kalah Umno ambil balik tanah dan rumah rakyat dirobohkan.

"Dalam masa yang sama pula 13 wakil rakyat BN pula dikurniakan tanah satu hingga dua hektar setiap seorang oleh kerajaan," jelas Wahid, ADUN Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Haji Wahid mendakwa, tanah yang seluas satu hektar itu sekiranya dipecah kepada lot ianya boleh diagihkan kepada 20 orang di kalangan rakyat Terengganu.

Bahkan katanya, dengan keluasan satu hektar ini seandainya dipecahkan kepada 20 lot dengan keluasan 500 meter selot ia boleh mencecah RM50,000 setiap satu lot.

"Ini bermakna pemilik tanah tersebut mampu menjana sehingga RM 1 juta untuk 20 lot," katanya.

Wahid turut mendedahkan empat orang wakil rakyat dan bekas wakil rakyat BN Terengganu mendapat tanah di Kawasan Bukit Dendong Mukim Tembila Daerah Besut.

Masing-masing mereka mendapat tanah seluas satu hektar yang terletak di 'layout' tapak rumah Kawasan Bukit Dendong tepi pantai Laut Cina Selatan yang berlot PT6964, PT6904, PT6903, dan PT6902.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi memberi amaran agar wakil rakyat BN yang dianugerahkan tanah menyerahkan semula kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata rakyat Terengganu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar bagi menuntut hak milik tanah yang dinafikan kerajaan negeri.

"Sekiranya tidak, rakyat yang tidak memiliki tanah ini akan berhimpun di hadapan pejabat MB bagi mendapatkan tanah mereka yang dirampas sebelum ini," katanya dalam sidang media.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan sikap rakus kerajaan BN Terengganu yang tanpa rasa bersalah menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya dengan minima satu hektar sedangkan ratusan ribu rakyat mereka masih tidak mempunyai tapak kediaman.

"Ini satu yang malang, apabila sebuah negeri yang kaya raya tetapi rakyat terus dibelenggu dengan kemiskinan," katanya. - sumber Harakahdaily

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Okt 2012

Posted: 22 Oct 2012 11:30 AM PDT

JAWATAN:
1. PEMBANTU PERTANIAN
2. RENJER HUTAN
3. PENGAWAS HUTAN

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON ONLINE:
http://spn.terengganu.gov.my/v4/index.php?lang=bm

Tarikh Tutup : 12 November 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: 01/03 Sejarah <b>BUKIT BESI</b> Dungun Terengganu

Posted: 14 Nov 2012 10:23 AM PST

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

ads