Jumaat, 26 Oktober 2012

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: IKBN <b>Kemasik</b> turut beri manfaat kepada <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 11:56 PM PDT

Oleh: Suriati Ali


Kewujudan Institut Kemarihan Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bukan saja menawarkan kursus berkaitan kepada pelajar malah turut memberi faedah kepada masyarakat setempat berikutan menawarkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek dan berpeluang menggunakan kemudahan di institut itu.

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Shabery Cheek, berkata apa yang ditawarkan kepada penduduk, terutama suri rumah dan ibu tunggal seperti kursus memasak, menjahit, membuat kek dan pastri itu mampu mengubahkan graf kemiskinan keluarga kepada kehidupan lebih selesa.

"Selain itu, kemudahan peralatan sukan, dewan asrama turut boleh diguna pakai oleh masyarakat luar sebagai inisiatif melahirkan individu sihat dan gemar bersukan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian IKBN Kemasik, Kemaman, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan IKBN itu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda.

Penubuhan IKBN tersebut merupakan satu bukti kecaknaan kerajaan terhadap golongan belia di negara dalam usaha menyediakan pelbagai latihan dalam memberi nilai tambah kepada golongan itu.

Dato' Seri Shabery turut memberitahu melalui IKBN Kemasik golongan belia mampu mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan mampu menempatkan diri dalam sektor perindustrian yang berkembang pesat di negara pada masa ini.

"Kita berharap dengan kemudahan seperti ini dapat dimanfaat golongan muda untuk menempatkan diri mereka di dalam bidang perindustrian dan kerjaya-kerjaya lain apatah lagi di IKBN Kemasik turut menawarkan fokus kerjaya yang jarang dikenali sebelum ini iaitu kedi.

" Ia dikendalikan di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf yang kini telah pun melahirkan kira-kira 50 kedi dan telah mendapat pekerjaan di seluruh kelab golf di negara.

 "Selain itu, bidang-bidang seperti perhotelan juga merupakan satu bidang yang semakin mendapat tempat di dalam industri dan saya berharap pada masa akan datang IKBN dapat membina sebuah hotel latihannya sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik serta menjadi tanda aras kepada sekolah-sekolah perhotelan lain," katanya.

 

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Smk <b>Wakaf Tapai</b>: SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012

Posted: 10 Oct 2012 12:26 AM PDT

Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Solat Hajat Perdana PMR & SPM pada 4 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Surau SMK Wakaf Tapai. Majlis ini diadakan sempena musim peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November tahun ini. Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis, En. Mohamed Roki bin Abdullah sebelum solat maghrib dengan bacaan doa. Pada jam 7.05 malam para pelajar dan para hadirin menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab bin Ahmad,Imam Masjid Kg Rawai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat maghrib. Program disambung dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi hadir.
Syabas kami ucapkan kepada pihak sekolah  yang telah berjaya menguruskan perjalanan majlis ini dengan sungguh baik sekali. Besarlah harapan kami, agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


ask ckin_home: pengalamanku <b>di pulau bidong</b>

Posted: 19 Oct 2012 01:32 AM PDT

pada 16/10/2012........tarikh keramat bagi kos saya poseso ola....pergi meneroka di pulau biong...
pulau bidong merupakan pulau yang diwartakan kerajaan kepada universiti malaysia terengganu. pulau bidong juga merupakan pusat penyelidikan umt yang hanya didatangi oleh warga umt saja.
saya sebagai pelajar tahun 1 di umt telah diberi peluang untk meneroka pulau bidong. pulau bidong memang xdikenali oleh orang luar...tapi pulau ni telah menyimpan seribu keindahan dan seribu warisan serta keunikan tersendiri yang tidak pernah disentuh oleh manusia yg mementingkan keuntungan..................first time sy pergi pulau bidong memang byk pengalaman yg yang dapat di sana ..walau cuma 1 hari 1 malam je api byk pengajaran dan hati sy betul2 tersentuh dengan ciptaan Tuhan yg indah sekali di sana.memang iktkan naluri hati ni memang xpuas saya ke sana....
sy bertolak dr umt menaiki bas ke setiu sb pulau bidong terletk di daerah setiu..lbh kurang pukul 7.30 kitaorg naik bas ke jeti masa perjalanan ke sana lbh kurang 1 jam..sampai di jeti kami kena naik bot untuk ke pulau bidong.wow...best sgt..lbh kurang setengah jam kami ambil masa dlm bot utk tiba di sana...sepanjang menaiki bot macam2 karenah kwn2 saya yg kelihatan...ada yg mabuk laut tu memang xblh bla la..hehe nsb baik sy ni antibodinya kuat...sy langsung xmabuk...bangga tu...dpt la saya menikmati udara yg segar di samping melihat kebiruan air laut yg jernih....
sampai di pulau bidong kami telah diberi taklimat dan aktiviti pertama yg perlu kami lakukan ialah water confident..memang aktiviti kami padat la mcm maraton...water confident yg sy lakukan memang mendebarkan sy yela kami kena meredah lautan sedalam 35kaki dr aras laut guna life jaket berenang  ke arah kapal umt ...sbnrnya sy xreti sgt berenang memang penat masa tu...mcm nak patah balik je tp mengeluh mcm mana pon saya mst kena sampai ke bot yg sejauh 300meter mcm tu...mula2 sy xconfident sb kepenatan...tp lps sy sampai di bot dgn selamat confidental sy mula naik..hehe..bila kami dah sampai ke kapal kami kena terjun pula ke dasar laut menuju ke tepi pantai semula.....masa tu saya dah teruja sgt nak berenang ke tepi pantai sb saya dah reti berenang.......hehehhe yes! satu pengalaman yg berharga....kemudian lps water confident kami kena junggle treking di pulau tersebut..tapi xjauh sgt la...naik turun cerun curam tu biasa la memang mesti ada...hehe tp sy dah biasa treking di hutan ni so rasa pnt tu x berapa sgt la...yg menariknya di hutan bidong tu ada tinggalan sejarah mengenai penempatan masyarakat vietnam pada 1978..ada monumen2 tinggalan lama yg masih utuh lagi tu,...warisan mereka masih lagi ada di stu ..fasi saya memaklumkan bhw dulunya pulau tersebut menjadi penempatan rkyat vietnam...monumen2 yg ada kat situ spt pub,wayang,tokong,patung,tempat sembayang,kapal yg dibina....tu la bekas monumenyg masih lg kelihatan walaupun dah hampir runtuh....tp masih boleh dijadikan tinggalan sejarah..
owh saya lupa sblm kami treking kami telah berkayak dulu...owh tidakkk sungguh memenatkan! saya memang kalau bab kayak ni sy blur skt lg2 pada masa tu yg jd pasangan kkayak sy ialah kawan saya berbangsa india..di duduk di bhg belakang dan sy depan..memang ade konflik masa saya naik kayak bersamanya tp mls nak citer la...yg pnting kami sampai ke destinasi sejauh 1500m...jauh kan,,pnt tau...tp xpe la pengalaman tu...susah nk dpt...kat umt je ada..heheh bangga jd warga umt..
kemudian kami dibawa menaiki bot ke tengah lautan untuk aktiviti seterusnya iaitu memancing ikan...perh mmg xterkata sy pertama kali berada ditengah lautan yg hny saya nmpak bila tgk ats nmpk langit yg membiru tgk bwh memang lautan la..dan dibwh pancaran terik matahari kami memancing ikan. kami diberi pancing dan umoan sotong dan memcing dalam keadaan kapal yg terumbang ambing dipukul gelora kecil ombak yg membuatkan kawan2 saya mabuk dan muntah2...nsb baik sy x muntah tp pening sikit tu tipu la kalau xde....sy teruskan memancing cuma seekor je ikan kerisi yg sy dapat...lama tau nak tunggu ikan makan umpan kita...dan iktibar yg sy peroleh ialah sy baru mgerti betapa susahnya nelayan untuk mendapat seekor ikan dl keadaan pans terik dan bot yg terumabng ambing..sy bangga menjadi seorg nelayan walaupun hnya 2jam saja..tp cukup bermakana untuk sy jdkan iktibar dan sbg motivasi dlm hidup ni.....
aktiviti terakhir yg saya lakukan memang xsabar nak buat iaitu snorkelling...kami diberi google,mask dan kasut itik untuk snorkelling...wow sungguh indah ciptaan Tuhan yg tersembunyi ini...first time sy tgk spesies marin yg pelbagai ni...memang xterkata betapa cantiknya kandungan lautan ni yg menyimpan beribu2 hidupan yg unik dan exotic ni...hanya Tuhan je tahu betapa exitednya perasaan sy melihat ikan2,,terumbu karang yg subur,dan elbagai lagi...saya juga dpt melihat bangkai kapal vietnam yg ditenggelamkan di situ....menjadi hbitat ikan2 yg unik2 tau....

ads