Rabu, 15 Ogos 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Shafie Nor: 4 kawasan kemalangan tinggi <b>di Besut</b>

Posted: 06 Aug 2012 01:28 AM PDT

BESUT, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt. Noor Zainy Mohd. Noor berkata, lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

"Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.— BERNAMA

Gemersik Bayu Pantai: Semua kerusi <b>di Besut</b> ada potensi menang?

Posted: 29 Jul 2012 08:27 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Sandaran utama PAS menyusun senarai kerusi-kerusi berpotensi dimenangi dalam pilihan raya ialah penilaian tahap kekuatan dan keupayaan parti di kawasan-kawasan terbabit. Salah satu kayu ukur kekuatan itu ialah jumlah undi diraih calon PAS dalam pilihan raya lepas berbanding undi diperolehi parti lawan. Makanya, yang menjadi perkiraan utama ialah majoriti kemenangan atau kekalahan di kerusi-kerusi dimaksudkan.
Difahamkan, itulah yang secara tradisinya menjadi antara asas penyenaraian kerusi-kerusi berdasarkan keutamaan letak kerja mencapai kemenangan dalam pilihan raya berikutnya. Berdasarkan kepada asas itu, maka menerajui kekuatan PAS Terengganu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang disandang Dato' Seri Tuan Guru Presiden sendiri. Beliau menewaskan calon BN dengan majoriti 2,686 undi.
Kerusi kedua terkuat ialah Wakaf Mempelam (menang 2,193 undi) disandang Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, diikuti Batu Burok (1,161) dan Sura (1,000).
Empat lagi kerusi dimenangi PAS mengikut susunatur kekuatannya ialah Manir (432), Bukit Tunggal (336), Bukit Payong (115) dan Ladang (31).
Setelah selesai menyenaraikan kerusi-kerusi dimenangi PAS, ia disambung pula dengan kerusi-kerusi dimenangi BN, tetapi mengikut susunan terbalik. Majoriti paling kecil melambangkan kekuataan BN paling rendah, sekaligus paling berpotensi dirampas oleh PAS.
Maka, menduduki tangga kesembilan selepas lapan kerusi milik PAS kini ialah Dun Paka yang dimenangi BN dengan majoriti hanya 344 undi. Ia diikuti Tepoh (430 undi), Teluk Pasu (462), Cukai (769), Rantau Abang (790) dan Alor Limbat (799).
Senarai keutamaan itu diteruskan di tangga ke-15 oleh Jabi (804), Pengkalan Berangan (930), Bandar (1,142) dan Batu Rakit (1,486). Itulah senarai 18 kerusi yang menjadi sasaran.
Jika diperhatikan, kerusi-kerusi disenaraikan itu telah mewakili hampir kesemua kawasan Parlimen, kecuali Besut. Setiu ada dua, Kuala Nerus (3), Kuala Terengganu (4), Hulu Terengganu (1), Marang (4), Dungun (3) dan Kemaman (1).
Ertinya, dalam menepati sasaran 18 kerusi itu, dua kawasan Parlimen diharapkan dapat mencapai 'sapu bersih', apabila keempat-empat kerusi Dun dikategorikan 'mesti menang'.
Manakala empat kerusi yang diletakkan sebagai 'bonus' untuk memperkuatkan kemenangan ialah Kuala Berang (1,592), Kemasek (2118), Seberang Takir (2,430) dan Hulu Besut (2,453). Ertinya, jika berhasrat menang 22 kerusi, maka Parlimen Kuala Nerus juga dikategorikan sebagai sasaran 'sapu bersih'.
"Itulah signifikannya PGU 4.0 ini. Ia sebenarnya patut dibaca 'PAS Ganti Umno 4-0', iaitu kita (PAS) menang keempat-empat kerusi, sapu bersih dalam beberapa Parlimen sasaran kita," ulas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, dalam perbualannya dengan penulis berhubung Himpunan Hijau PGU 4.0 dianjurkan PAS di Marang baru-baru ini.
Senarai keutamaan kerusi-kerusi tadi boleh disambung hingga selesai kesemua 32 kerusi. Namun yang menjadi sasaran ialah sama ada 18 atau 20, atau mungkin 22 kerusi sahaja.
Dalam konteks Besut, kerusi terbaiknya mengikut penyusunan di atas hanya datang di tangga ke 22, iaitu Hulu Besut. Ia hanya di kategori 'bonus' dan bukannya 'mesti menang'. Keutamaan itu diikuti Kuala Besut (2,631) pada tangga ke 25. Manakala, dua kerusi lagi, Jertih (3,046) dan Kota Putera (3332) masing-masing berada di tangga ke 26 dan 28.
"Memang kita akui senarai asalnya begitu (Hulu Besut dan Kuala Besut sebagai sasaran), tapi kami di PAS Kawasan (Besut) melihat beberapa faktor dan perkembangan lain. Memang, aci boleh kita nak menang belaka, kalau boleh Kuala Besut pun kita nak menangkan. Tapi kalau dikatakan dua kerusi terbaik, maka kita pilih Jertih, selain Hulu Besut", kata Setiausaha PAS Kawasan Besut, Aminuddin Muhammad Ali.
Seraya memperakui kerusi Hulu Besut sebagai pilihan, beliau turut melontarkan beberapa sandaran memilih Jertih berbanding Kuala Besut. Antaranya, katanya pergolakan dalaman Umno paling ketara di Jertih, sehingga menyukarkan Umno bahagian menentukan lebih awal siapa akan diletakkan sebagai calon BN di situ. Kemelut itu semakin mengusut ekoran ura-ura pengunduran penyandangnya yang disebut-sebut bakal beralih angin ke kerusi Parlimen.
Turut disebutnya sebagai faktor mencerahkan potensi PAS di Jertih ialah hakikat keterbukaan minda pengundi di situ yang lebih terdedah kepada maklumat. Masyarakat Jertih agak 'metro' berbanding kawasan lain di Besut. Pendedahan mereka kepada lebih banyak maklumat sekaligus memberikan harapan berhubung kepekaan mereka terhadap angin perubahan politik yang melanda negara. Logiknya, pengundi yang lebih banyak terdedah kepada maklumat peringkat lebih atas (negeri dan nasional) akan lebih mudah untuk berubah.
Penulis sendiri cenderung bersetuju dengan Aminuddin di atas hujah keduanya ini. Di atas hujah sama, penulis tampil dengan senarai susunatur kerusi yang berbeza. Bagi penulis, satu lagi Dun memiliki ciri serupa dengan Jertih (pengundinya celik maklumat) dan berpotensi dimenangi ialah Kota Putera. Bahkan, ia jauh lebih berpotensi berubah berbanding Kuala Besut mahu pun Hulu Besut.
Ertinya, terdapat tiga senarai berbeza dari segi keutamaan atau pilihan kerusi untuk menang di Besut. Jika senarai asal (berdasarkan majoriti kekalahan) meletakkan Kuala Besut dan Hulu Besut, pihak PAS Kawasan kini pula (berdasarkan keyakinan Setiausahanya) memilih Jertih berbanding Kuala Besut, di samping mengekalkan Hulu Besut.
Manakala penulis sendiri pula, selaku pemerhati dari luar kepimpinan parti tetapi dari dalam masyarakat di daerah itu, telah menyatakan pandangan berbeza. Seraya mengekalkan Jertih sebagai pilihan, penulis lebih berminat mencagarkan Kota Putera berbanding Hulu Besut.
Dalam ertikata lain, keempat-empat kerusi Dun di Besut nampaknya ada sandaran hujah dan penilaian berbeza untuk didakwa sebagai berpotensi untuk dimenangi PAS. Menarik, bukan?
(Artikel ini adalah versi lebih panjang (sebelum potong) kepada versi disiarkan akhbar Harakah Bil: 1764, 30 Julai 2012 di ruangan N4 EDITORIAL dengan tajuk sama)

teganuku: 4 Kawasan Kemalangan Tinggi <b>Di Besut</b>

Posted: 06 Aug 2012 10:57 AM PDT

Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt. Noor Zainy Mohd. Noor berkata, lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini," katanya semalam.

Kata beliau, kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

ads