Jumaat, 13 Julai 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Langgar lari, warga emas maut <b>di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 25 May 2012 05:29 AM PDT

BESUT: Seorang warga emas maut dalam kejadian langgar lari di kilometer 16 Jalan Kuala Besut-Kampung Raja, awal hari ini.

Yusof Abdullah, 68, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata warga emas terbabit dilapor dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan ketika dia berjalan berseorangan di tepi jalan itu pada pukul 3.30 pagi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut melalui talian 09-6956222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PeRCuTiaN PuTuS FiUS <b>Di PuLaU PeRHeNTiaN</b>...

Posted: 12 Jul 2012 11:26 PM PDT

Assalammulaikum...

Salam Bersahaja buat semua...

Tetiba jer terasa cam nak update plak blog hehehe... sorry lahs ebab dah terlalu lama aku meninggalkan dunia blogging...

Just nak update mungkin sebab rajin kot hahaha

Baru2 ni Geng Putus Fius ada buats atu trip di mana trip ni adalah di  organize oleh ahkak Gonjeng a.k.a Kak Heze... Trip ke mana??? Ke Pulau Perhentian...

Dah lama rasanya aku tak berjalan sakan (tak der lah sakan sangat kan hahaha) so memandangkan dah lama tak jumpa bebudak neh (katanya...) so aku decide nak join...

Date : 06/07/2012 - 09/07/2012

Khamis (05/07/2012)

Gegeh aku gie opis dengan memakai pakaian santai dengan beg cam public phone bergerak. Aku tengok dah cam nak g medan perang jew gayanya hahaha... semua barang aku sumbatkan dalam satu beg. Aku janji dengan Remy jumpa kat komuter Setia Jaya dalam kul 5.30 petang (pas abis kerja).

Si Remy plak kemain gegeh gie sebelum tu g Pyramid katanya wat rawatan rambut... semangat sungguh!!! So kami nek lah komuter sampai ke Hentian Putra. Berkumpul kat McD. Aku rasa kalau ada wat anugerah sampai awal confirm aku dapat sebab sampai2 jer non ada org key hahaha semangat sungguh!!! Aku dengan beg sandang si remy plak dengan beg AF hahahaha gegeh sungguh...

 Apa2 hal makan dulu key... lapo dari pagi tak makan kang dalam bas kebuloq... jgn nak feeling2 kononnya nek flight key....

Kedatangan :
1 & 2 : Aku & Remy : penat siot bawak beg hahaha
3. Kak Heze : dalam ramai2 org kat McD tu tak pasan aku ang kak hahaha
4. Nemo : orang jauh Nemo (sian dia katanya bas lambat.... elok bas sampai jer ko jer lah bawak bas tu nemo oiii hahaha... apa pun alhamdulillah ang selamat sampai..)
5 & 6 : Pojie & Wife : cantik rambut hahaha
7. Que : aku dah pasan dah budak nie masa dok ke hulu hilir depan pintu McD... cam kenai tapi nama lupa hahaha ilang ingatan kekdahnya hahaha... surprise katanya.... tak sangka dia join gak sebab dari Pahang tue... apa pun mekasih sebab sudi join...
8. Rhuddy : mamat paling bz dalam geng putus fius nie... susah giler nak jumpa... aku gie pun salah sebab dia arr hahaha
9. Nizam : budak kecik mengendong beg hahaha pssst ... sebenarnya kalu ikutkan beg ang pun dalam kategori beg AF kan tapi takut kena bahan kendong jer lah sepanjang perjalanan hahahaha
10 & 11 : Iz & Khai : budak baru (katanya hahaha) baru join kitaorg tu kawan si Que....
12 : Agen..

Masa ni masing2 dok memalu ... jgn tanya kenapa tak ajak makan McD lah kan hahaha... tapi malu pada yg tak kenal gie arr. Pastu dah cam rombongan Cik Kiah plak memasing dok angkut beg gie Hentian Putra plak...1st time aku nek bas 2 tingkat neh hahahah excited beb... dah lebihd ari 10 tahun x nek pengangkutan awam neh hahahaha cam jakun plak aku kan hahaha.. tapi malangnya tempat duduk kami cam bersepah plak... mmg kojaqqqqqq.... aku, rhudy ngan kak heze dok paling belakang adoaiiii malang betul dah arr bising siap pakej.... panas key!!!! pojie & wife dok tetengah (kira ok lah tu) si nemo & remy atas kepada drebar wakakakak mmg adventure depa... yang lain dok bawah.... mati kesejukkan lah depa sampai ada yg dok rembat langsir bas wat selimut wakakaka tu laaaa masing2 dok feeling duduk dalam saljikan x reti nak bawak sweater wakakaka

Ok t sambung citer gie... nak wat keje plak hehehehe sambil menyelam minum air uols....

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Jengka 19: Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 13 Jul 2012 01:15 AM PDT


Amah amuk sepak bayi

Posted: 12 Jul 2012 03:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian 'amuk' wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.

Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.


"Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13


Serik pakai cincin

Posted: 12 Jul 2012 03:50 PM PDT

KUALA TERENGGANU: "Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari," kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.

Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.


Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.

Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.


"Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.


"Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ," katanya.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.


"Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.

"Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.


"Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan," katanya.


Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/13


Serik Pakai Cincin !! | ! LYSSA FAIZUREEN !

Posted: 12 Jul 2012 06:37 PM PDT


Peacee Yo(!) ^_^v

KUALA TERENGGANU: "Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari," kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.

Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.
Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

"Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

"Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ," katanya.
Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

"Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.
"Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.

"Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan," katanya.

Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin. - HM
LF : Alahaiii . Terasa seram pulak bulu roma ni lepas baca je artikel kat atas ni kan . Disebabkan cincin , mangsa hampir kehilangan jari telunjuknya . Eeee . Dia rasa sebak bila lihat jari telunjuknya yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu. Ahh ! Tak dapat den nak banyang kan . Bahaya jugak kan kalau tak berhati-hati . Mulalah tetiba LF rasa serik pulak nak pakai cincin . Wuu -.- Menakottttkan :(

Tirai HiduP PelaNgi Sepi: Serik pakai cincin

Posted: 13 Jul 2012 12:10 AM PDT

Views

pix_middle

Baidillah Ibrahim, 27 sudah serik untuk memakai cincin kerana telah  menyebabkan dia nyaris kehilangan jari…..

dia  yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.

Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari .. episod hitam itu bermula bila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau

sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

"Ketika itulah kakinya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri  yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan  dari  rebah.

"Dia cuba membuka cincin besi itu, tapi usaha itu gagal kerana ketat doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

"Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.

jari telunjuk hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan dari cincin itu.

Sumber : metro

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Fact About <b>Ajil</b> | super7

Posted: 06 Jul 2012 10:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Fact About Ajil. Ini diaaaaaa si imut Ajil. Ini foto dapet dari kakaknya, kak Aya. Oh ya, ini fotonya saat Ajil ke Medan, tempat kelahirannya beberapa hari yang lalu. Imut dan ganteng ya! Ajil lahir di Medan. Sekarang Ajil tinggal ...

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Dua SMK baru akan beroperasi <b>di Kemaman</b> dalam masa terdekat <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 01:17 AM PDT

Dua SMK baru akan beroperasi di Kemaman dalam masa terdekat

KEMAMAN - SMK Banggol  dan SMK Bukit Kuang dijangka dapat beroperasi dalam masa terdekat. SMK Banggol berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara di kawasan Paya Berenjut akan memberi peluang kepada penduduk sekitar yang selama ini anak-anak mereka bersekolah di SMK Geliga atau SMK Bukit Mentok. Ianya juga memberi peluang kepada penduduk sempadan di Cendor untuk menghantar anak ke SMK Banggol ini melalui jalan pintas yang baru siap dibina.

Sementara bagi penduduk Bukit Kuang khususnya anak-anak mereka yang belajar di SMK Sultan Ismail dan SMK Sultan Ismail II dan mungkin jika ada di SMK Kijal dengan  beroperasinya SMK Bukit Kuang banyak menjimatkan masa,tenaga dan risiko kepada ibubapa dan anak-anak mereka.

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan dua sekolah ini telah diadakan pagi tadi di SMK Banggol yang dipengerusi sendiri oleh En. Zakaria Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Pembangunan JPNT, Timbalan PPD Kemaman, Pegawai dari JPNT dan PPD. Pasukan Pengurusan Sekolah SMK Banggol dan SMK Bukit Kuang serta guru-guru yang akan bertugas di SMK Banggol yang akan memulakan operasi pada 16 Julai ini. Sementara SMK Bukit Kuang dijangka pada 1 Ogos depan.

Kita berharap dengan beroperasinya dua sekolah ini ibubapa dan masyarakat setempat dapat memberi sokongan, kerjasama dan dokongan padu kepada sekolah untuk membangunkan pendidikan anak-anak supaya hasrat melahirkan isan terbilang melalui pendidikan berkualiti dapat direalisasikan .

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Pasangan edar dadah sembunyi dalam pondok | Darul Iman

Posted: 12 Jul 2012 04:15 PM PDT

KEMAMAN – Metro: Bagi mengelak kegiatan mengedar dadah dikesan polis, sepasang kekasih nekad menjadikan pondok yang didirikan sementara dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini sebagai tempat tinggal sejak hampir setahun lalu.

Malah untuk mengaburi mata polis, pasangan terbabit dikatakan bijak menyembunyikan pondok berkenaan apabila menutup bahagian atas pondok yang dibina menggunakan kotak kertas itu dengan pelepah sawit.

Bagaimanapun, taktik digunakan pasangan terbabit masing-masing berusia 20 dan 36 tahun terbongkar selepas kawasan persembunyian mereka di ladang sawit Felda Neram, di sini, dikesan dalam satu operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dolah, Selasa lalu.

Menurut sumber, operasi dilakukan hasil risikan bahagian berkenaan selepas menerima aduan penduduk setempat itu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 517 gram heroin bernilai hampir RM40,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah di empat kawasan Felda berhampiran iaitu Neram 1 dan 2, Jabor serta Cheneh.

"Serbuan di pondok berkenaan dilakukan pada jam 7.30 pagi dan ketika diserbu, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah untuk diserahkan kepada pengedar dadah di empat kawasan felda terbabit.

"Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,640, sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000, alat penimbang dan penyukat serta plastik kecil yang digunakan untuk mengisi dadah," katanya.

Susulan tangkapan itu, polis yang menjadikan pasangan terbabit sebagai umpan turut berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun di kawasan itu.

"Semua lelaki terbabit adalah pengedar dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan felda di daerah ini," katanya.

Pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Cakna Rakyat Dari PM Kita <b>Di Dungun</b> Terengganu.....

Posted: 13 Jul 2012 03:00 AM PDT

Inilah sikap PM kita yang menghormati orang lain...ANWAR ada buat macam ni...Minta Maaflah. ANWAR asyik diceramahnya mengajar rakyat membenci kerajaan dan tidak bersyukur.Janji Bulan Dan Bintang untuk rakyat ...itulah ceramah ANWAR...tapi rakyat yang menyokong nya lagi tak ada "OTAK"

T E G A N U K I TA: PM temu lebih 10000 pelajar <b>di Dungun</b>

Posted: 10 Jul 2012 02:33 AM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Lebih 10,000 pelajar dari seluruh negara dijangka menyertai Program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' di Arena Square, Dungun, Jumaaat ini, yang bakal dilancarkan Dataran Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Mereka akan menyertai kira-kira 10,000 penduduk tempatan yang akan membanjiri dataran itu bagi menyambut Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Terengganu.

Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Ketih, kira-kira jam 8.45 pagi dan terus ke Arena Sduare bagi menyampaikan amanat, seterusnya melancarkan program tersebut.

Selepas itu beliau dan rombongan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Bukit Payong dan hadir pada Majlis Jamuan Rakyat di Dataran Bukit Payong, pada jam 2 petang.

Pemimpin nombor satu negara itu akan menghadiri Program Bersama Anggota Rela di Stadium Tertutup Gong Badak yang dijangka dihadiri 20,000 anggota berkenaan dari seluruh negeri, sebaik selesai program berkenaan.

Beliau dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas selesai majlis tersebut.

Banyaknya Bas Kat Majlis Najib <b>Di Dungun</b>. Wak Gapo? - Kerabu <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 10:46 PM PDT

Berpuluh-puluh buah bas mengangkut pengunjung kelihatan di tapak program Najib di Dungun sebentar tadi

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tinggal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 05:09 PM PDT

KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,

Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. [Gambar Atas]

Komen:

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Joe: Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG <b>Bukit Besi</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 10:35 PM PDT

Pada 22 Mac 2012 yang lalu, SK Pasir Raja sebagai tuan rumah Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG Bukit Besi, Dungun Terengganu 2012. SK Pasir Raja sebagai tuan rumah karnival ini, semua pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan karnival yang telah diadakan ini. Karnival pertandingan ini telah disertai oleh 14 buah sekolah PKG Bukit Besi.   Karnival ini melibatkan dua kategori iaitu cerita dan pidato. Kedua-dua kategori mempunyai dua bahagian. Hanya kategori pidato sahaja yang semestinya peserta yang sama bagi kedua-dua bahagian. Bahagian pertama setiap kategori, murid telah mempunyai tajuk cerita dan pidato masing-masing. Bagi bahagian kedua,  tajuk mesti diundi dan menyampaikannya secara spontan.
 

Pemenang tempat pertama dan kedua bagi setiap bahagian untuk kedua-dua kategori dipilih mewakili PKG Bukit Besi ke peringkat zon di daerah Dungun. Dalam karnival pertandingan ini, kategori cerita tahap satu telah dimenangi oleh  peserta dari SK Ladang Gajah Mati sebagai johan. Tempat kedua ialah peserta dari SK Durian Mas 2 dan tempat ketiga peserta dari SK Bukit Besi.
Kategori cerita tahap dua, johan ialah peserta dari SK Ladang Gajah Mati. Manakala tempat kedua juga peserta dari SK Durian Mas 2 dan peserta dari SK LKTP Jerangau menduduki tempat yang ketiga.
Kategori pidato pula, johan ialah peserta dari SK Kampung Wa. Manakala peserta dari SK Durian Mas 2 menduduki tempat yang kedua dan tempat ketiga ialah peserta dari SK Ladang Gajah Mati.
Secara kesimpulannya, karnival pertandingan ini dapat dijalankan dengan baik dan memuaskan. Dari segi tempat pertandingan, tempat letak kenderaan, makanan, kawalan murid, penyediaan alatan, jemputan hakim-hakim, tempat duduk penonton dan lain-lain lagi amat memuaskan. Guru Besar SK pasir Raja mengucapkan tahniah kepada sekolah yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya terutama Sk Pasir Raja sendiri sebagai tuan rumah, berusaha bersungguh-sungguh akan dipraktikkan oleh semua guru dan murid untuk mewakili PKG Bukit Besi dalam pertandingan seperti ini pada tahun-tahun akan datang. Guru Besar SK Pasir Raja sebagai pentadbir sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang dapat menjayakan karnival ini.

ads