Rabu, 18 April 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BoLonG punYa ceRiTa...=): LATIHAN LANJUTAN... Terakhir

Posted: 12 Apr 2012 04:59 AM PDT

:: sepanjang Latihan lanjutan kami PALAPES UDARA UUM sesi 11/12 [senior session] ::
Latihan / program yang kami jalankan...
sekitar Terengganu dan Kelantan
6hb April... bergerak ke Kelantan... kg. nering Pasir Putih...
~kat kampung ni, kitaorang pegi baksis
7hb April... still baksis sebelah pagi... petang dalam jam 6 bergerak ke bukit keluang
~kawasan pantai, tgh2 malam dirikan khemah, dan BBQ time
8April... PT pagi kat tepi pantai... sukaneka sebelah pagi sehingga petang
~sebelh tgh hari hujan lebat/ribut... lintang pukang robohkan khemah...
yg penting... dapat juga aku mandi ait laut China Selatan
~sebelah petang, bertolak ke PUGK (pangkalan Udara Gong Kedak)
9April... LAwatan di PUGK
~lawatan ke no.11 Skn, cawang operasi dan bomba, perlawanan persahabatan bola tampar dengan player2 PUGK.. Lelaki dan Perempuan
~malam... dinner kat mess pegawai... sempat nyanyi Ombak Rindu
10April... StiLL lawatan kat Simulator Sukoi...
~dapat juga tengok2 pemanduan sukoi... pening2... kepala pusing...
~bertolak baLik UUM... singgah setiap daerah hantar mereka2 yg pulang kampung
11april... dalam jam 2pagi... sampai UUM
~loading barang2 masuk stor... tido...
best juga.. tahniah kepada pengarh projek yang banyak berusaha ===>siti nadirah...
dapat juga melawat Kelantan walaupun sebelum ni pernah pegi tapi tak singgah
kali ni betul2 dapat pijak tanah kelantan
apa yang pasti... aku 3 hari sakit perut lepas makan nasi ayam kat bukit keluang tu
kaki pown krem sebab mandi laut lama sangat...
apapun... lawatan ke pangkalan udara GOng Kedak memang kenangan paling best...
sebab bukan senang2 nak masuk sana... nak tangkap gamabr dengan SUKOI
juga nak masuk simulator Sukoi...
ALhamduLiLLAh... apa yang penting... sempat jumpa senior yg bertugas sebagai jurutera/mekanik kat No.11 SKN... we are Airforce...
p/s :: lepas2 ni.. tiada sudah peluang maw jalan2 pigi Pangkalan Udara kan... next lawatan... maybe PU LABUAN... insya ALLAH kalau ada rezeki (pigi sendiri la)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: MBD DAN MBM

Posted: 09 Apr 2012 06:23 PM PDT


Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini.
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.
Tujuan-tujuan utama majlis ialah :
Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan belia.
Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.
Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM.
Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.
Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sekarang ini terdapat 36 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta 4 buah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.
Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.
i. Organisasi Belia Biasa
Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antarapersatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah :
1. Gerakan Belia 4B Malaysia  
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
ii. Organisasi Belia Beruniform
Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :
1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
4. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
5. St. John Ambulans Malaysia
iii. Organisasi Belia Agama
Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
iv. Organisasi Belia Pelajar
Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :
1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing.
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)    
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia    
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)   
5. Gerakan Belia 4B Malaysia  
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia    
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia 
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia 
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia 
16. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)  
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia   
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis    
22. Majlis Belia Negeri Kedah      
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang   
24. Majlis Belia Negeri Perak   
25. Majlis Belia Selangor       
26. Majlis Belia Negeri Sembilan   
27. Majlis Gabungan Belia Melaka  
28. Majlis Belia Negeri Johor   
29. Majlis Belia Negeri Pahang   
30. Majlis Belia Negeri Terengganu  
31. Majlis Belia Negeri Kelantan  
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah    
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37. Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
i. Hubungan dengan Kerajaan
MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.
ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan
MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-ain agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan dan sebagainya.
iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa
Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang dianjurkan.
Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.
Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.
Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya.
Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi.
Berikut terdapat Jawatankuasa  Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada  yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan lain-lain.
Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa.
THE Malaysian Youth Council (MYC) is the national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council was established on July 23, 1948. It has three million members in 40 affiliates.

MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.

Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.

The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.

Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.

MYC achieves its targets by strengthening youth organisations through idealism, activism and intellectualism. It also encourages the exploration of new fields in youth and national development and heightens the spirit of volunteerism among youths.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


the emmiey&#39;s: escape to <b>Pulau Kapas</b>, Terengganu

Posted: 12 Apr 2012 02:00 AM PDT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku lihat keindahan dunia ciptaannya :)

actually, dah lama aku teringin nak pergi pantai atau pulau. tempat yang best untuk tenang kan diri dengan pemandangan yang sangat cantik, angin sepoi-sepoi, bunyi ombak. hee best sangat. tinggal dekat bandar ni penuh dengan bunyi2 bising kereta lalu lalang, traffic jammed, dengan pencemaran udara, bunyi and so on.. huhu lagipun, aku tak pernah merantau kat tempat lain, sedih. dari tadika sampai universiti, aku masih dalam area selangor atau kuala lumpur. huhu nasib lahh.. hehe

so, hari tu aku dengan kawan2 decide nak pergi jalan2 la sempena cuti midsem yang seminggu ni. most of us, orang selangor and kuala lumpur, so we decided nak pergi area pantai timur. macam best. btw, ade kawan kitorang duduk area terengganu.. yayy lagi senang lah nampaknya :)

so selepas ditetapkan tarikh dan masanya.. kami pun bertolak ke Terengganu :)
(serius excited sebab first time naik bas nak pergi jauh2 dengan kawan2)

bosan dah naik KTM dgn bas rapid bile balik rumah. jom naik bas ekspress pulak.
beg2 tu bakal beranak. soon, soon... trust me. :P
memang best bila perjalanan tu cuaca sgt baik dan view sgt cantik.
terharu mcm tak percaya dah sampai terengganu. haha
 (over =__=" padahal mata gatal tgk brg2 nak shopping :P )
first night. lepas makan keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan kerang bakar.
hee makan tepi laut tuuu ^__^
Pulau Kapas, here we come :)
dapat bilik betul2 depan laut. rumah untuk family. ade tingkat atas and bawah. 

first day kita penuhkan dgn aktiviti. jalan2 sekitar pulau, lepas tu baru snorkeling and canoeing.
first time snorkeling. awesome ! alhamdulillah. hee 

second day, lepas subuh terus pergi tepi pantai hee 
since tak ramai orang hari tu, kitorang dapat offer untuk snorkeling kat 
tempat yang lagi best. yayayy memang best sgt.
cantik sangat dasar laut, macam2 warna, jenis ikan, terumbu karang, hidupan laut.
hanya dapat rakam dalam memori je :)
satu jam lebih snorkeling, habes sunburn semuaaaa hehe

settle dekat Pulau Kapas. sekarang balik ke mainland.
shopping dekat Pasar Payang. hehe
penuh boot kereta dgn keropok, kain batik, baju. beg.. hoho
nama pun perempuan kannn.. hehe 
tapi malam tu dah bertolak balik dah. nasib baik cukup tangan nak bawak segala barang2 tu. kalau tak, 
last but not least. hehe gonna miss this two cute and brilliant kids. fatimah and diyak. 
hehe insyaAllah ade masa, kak amy dtg lagi okay.. :)
alhamdulillah. akhirnya dapat jugak escape :) yay yay tapi bila balik je konfem kerja yang sangat banyak menanti. huhu takpe, tingkatkan semangat ! ^__^ semua boleh settle :) thank you kawan-kawan. thank you eyda n family yg jadi tourist guide kitorang + homestay + masakan mak kau yang sangat sedap tu :) 
thank you eyna, kiah, kak long sudi escape bersama-sama. :P hehe 
thank you mak n abah bagi izin :)
thank you Allah untuk kesempatan ni :)
#done escape. back to reality....with new spirit ! ^__^
#thanks nazrin untuk angry bird putih ! haha mentang2 aku dah hitam, perli la tu bila bg yang putih tu. =__='
#balik2 je demam T__T dugaan. 
#dapat rase perasaan seorang perantau, acehhh lepas ni nak naik kereta api pulak lah. :P
#short and sweet 3days and 2night escape.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa

Posted: 31 Mar 2012 04:12 PM PDT

Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.


Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Komen:

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Baiki Jalan <b>Jabor</b>-Kota Bharu

Posted: 12 Dec 2011 03:02 PM PST

KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk.

Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun.

"Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang.

"Kita amat berharap pihak berkenaan khususnya JKR di kedua-dua negeri terbabit segera mengambil tindakan sewajarnya termasuk menampal segera lubang-lubang tersebut kerana ia membahayakan keselamatan pengguna," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Firdaus berkata, berikutan masalah itu, laluan tersebut seolah- olah tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh kenderaan ringan dan hanya untuk kenderaan berat sahaja.

Beliau menambah, maklum balas positif daripada pihak berkenaan amat dialu-alukan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Katanya, para pengguna mengharapkan keadaan jalan yang berbaloi dengan jumlah insurans dan cukai jalan yang dibayar mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Welcome To Smiles19 World !: 5 Masjid Tercantik <b>Di</b> Malaysia

Posted: 05 Apr 2012 07:13 AM PDT


Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

 
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Post by,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19 XD

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


FUH!!!MUJUR KHALWAT DI BERLAKU <b>DI DUNGUN</b> BUKAN <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 08:09 PM PDT

SURA GATE, DUNGUN – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan 5 sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

ads