Rabu, 14 Mac 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Jangan sisihkan Orang Asli

Posted: 13 Mar 2012 07:16 PM PDT


Yadim menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada masyarakat Orang Asli di 25 perkampungan yang dimasuki sepanjang Jelajah Silaturrahim Orang Asli Seluruh Malaysia, baru-baru ini.

MEMANG tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Orang Asli memiliki cara hidup dan budaya yang cukup unik. Maka tidak hairan, atas tiket kelainan itulah menjadikan golongan ini sentiasa menerima kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Pun begitu, dalam keterbukaan Orang Asli menerima tetamu, mereka masih merasa rendah diri dek kerana perbezaan budaya dan penampilan diri yang ketara, meskipun bilangan itu terlalu kecil.

Keterlanjuran kata-kata sesetengah pihak yang berbaur negatif terhadap kehidupan Orang Asli boleh menyebabkan penduduk yang rata-ratanya tinggal di kawasan pedalaman itu tersinggung dan terasa hati.

Hal ini boleh memberi kesan negatif terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Ini kerana tohmahan buruk tersebut membuatkan mereka merasa tersisih. Lantas, mengambil keputusan untuk terus hidup bersama suku kaumnya dengan mengekalkan rutin harian lama.

Perasaan rendah hati itu juga boleh membuatkan mereka takut dan malu untuk bercampur dengan masyarakat. Apa lagi, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang dilalui sepanjang hidupnya.

Kesannya, berlaku keciciran pelajaran dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli, kemunduran daripada mengikuti peredaran arus kemodenan semasa dunia dan kekal hidup dalam kemiskinan serta kedaifan.

Perkara ini yang dibimbangi pelbagai pihak kerana dikhuatiri akan berterusan dalam kalangan orang asli hingga ke generasi depan.

Oleh itu, sikap berkasih sayang dan saling hormat-menghormati perlu menjadi asas kepada perpaduan masyarakat tidak mengira kaum, agama, bangsa dan warna kulit.

"Kasih sayang merupakan salah satu rahsia kepada perpaduan umat. Melalui kasih sayang, masyarakat akan bersatu padu dan saling menghormati sesama insan tidak mengira kaum dan bangsa.

"Selain mengutamakan kasih sayang kepada tuhan dan ibu bapa, ia juga perlu diutamakan dalam kehidupan seharian. Kerana semua manusia adalah sama, kita adalah hamba Allah," kata penceramah ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Syeikh Ismail Hashim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Silaturrahim Orang Asli Seluruh Malaysia Yadim kepada masyarakat Orang Asli di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Ulu Jabor, Kemaman Terengganu, baru-baru ini.

Seramai 20 orang anggota Yadim dan sukarelawan mengikuti jelajah di seluruh Semenanjung Malaysia yang diadakan selama 14 hari itu.

Menurut Ismail, Islam menuntut umatnya agar berkasih sayang kerana selain dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT ia turut mendatangkan manfaat kepada manusia.

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

"Kasih sayang adalah sangat penting dalam kehidupan. Ini kerana melalui kasih sayang masyarakat akan merasa kesamarataan dan menghilangkan sifat takbur serta rendah hati.

"Jadi tiada masalah seumpama itu berlaku lagi, disebabkan oleh tiadanya jurang antara masyarakat pedalaman dengan bandar," katanya.

Tegas Ismail, Orang Asli juga berpotensi untuk berjaya dan mendapat tempat yang baik dalam masyarakat. Ini dibuktikan oleh kejayaan beberapa tokoh dan pakar dalam segala bidang yang disandang oleh Orang Asli.

Menerima kekurangan

Sementara itu, pengarah program Jelajah Silaturahim Yadim, Mohammad Noor Abdul Rahman menasihatkan, orang ramai terutamanya masyarakat bandar menerima dan bergaul dengan Orang Asli seperti rakan bandar yang lain.

Ini kerana, menerusi percampuran itu akan membuatkan Orang Asli bersemangat dan merangsang motivasi diri mereka untuk mengubah kehidupan seperti masyarakat bandar.

"Kita tidak boleh melayan Orang Asli seperti mereka ini terlalu kotor dan jijik. Sepatutnya kita boleh menasihati mereka dan membimbing mereka membuat perubahan, bukan dengan terus menyisihkan golongan ini.

"Lebih-lebih lagi, jika berkaitan dengan hal keagamaan seperti menyempurnakan kewajipan solat berjemaah atau menyambut perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menceritakan satu kejadian yang berlaku ke atas penduduk di sebuah perkampungan yang menyisihkan masyarakat Orang Asli ketika solat.

Mohammad Noor berkata, kejadian itu berlaku ketika orang Islam daripada sebuah perkampungan Orang Asli datang untuk melaksanakan solat Jumaat berjemaah di masjid berhampiran kampung tersebut.

"Maklumlah, pakaian segelintir masyarakat Orang Asli yang ala kadar, ditambah pula dengan tubuhnya yang agak berbau. Itu yang menjadi alasan untuk jemaah masjid di kampung tersebut mengusirnya," jelasnya.

Perkara ini membuatkan Orang Asli berasa tersisih dan mendorong mereka untuk hidup seperti biasa dan mengamalkan kepercayaan turun-temurun.

Kaedah dakwah baru

Sehubungan itu, Yadim mengatur kaedah baru dalam menyebarkan dakwah Islam dengan mensasarkan kepada masyarakat Orang Asli.

Dengan bertemakan Membumikan Kasih Sayang program Jelajah Silaturrahim Orang Asli dilihat lebih berkesan dan bersesuaian dengan kehendak serta penerimaan golongan pendalaman tersebut.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, bertepatan dengan mesej Yadim sampaikan walaupun satu ayat, pendekatan turun padang seperti itu membolehkan mesej Yadim diterjemahkan dan dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan dengan lebih berkesan.

Tema kasih sayang itu juga katanya, dipilih selari dengan misi Yadim untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui kaedah mengeratkan hubungan akrab antara Yadim dengan penduduk Orang Asli.

"Tujuan kita menganjurkan jelajah ini adalah untuk memperkenalkan dan menarik minat golongan Orang Asli kepada agama Islam. Melalui kaedah turun padang, anggota Yadim dapat menyelami sendiri keadaan sebenar masyarakat Orang Asli.

"Anggota jelajah dapat membantu dengan menyampaikan sumbangan. Ini secara tidak langsung, memberi peluang untuk mendekati serta mendengar keluhan dan maklum balas yang daripada golongan tersebut," katanya.

Selain itu, rombongan jelajah Yadim turut mengadakan aktiviti lain bagi menarik perhatian masyarakat Orang Asli.

Antaranya; penyediaan burger panas Yadim secara percuma, ceramah agama, ramah mesra, pendaftaran sahabat Yadim dan juga memupuk persahabatan dan keceriaan melalui persembahan karaoke.

"Melalui pendekatan kasih sayang, mesra, ceria serta santai, program ini juga pastinya memberi kesan kepada masyarakat Orang Asli terutama golongan remajanya.

"Ini terbukti lalui sambutan menggalakkan yang diberikan dalam program Yadim di perkampungan Orang Asli sebelum ini," katanya.

Justeru, Aziz Jamaludin berkata, Yadim mengambil peluang tersebut untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan menyebarkan agama Islam yang menggalakkan kasih sayang, keamanan dan perpaduan dengan menunjukkan teladan yang baik.

"Orang Asli juga mempunyai hak sama rata seperti masyarakat bandar yang lain. Mereka juga perlu diberikan perhatian dan berhak mendapatkan tunjuk ajar dengan sinaran agama Islam.

"Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bekerjasama memastikan kebajikan penduduk Orang Asli terpelihara dan tidak terabai," ujarnya.

Tambahnya, Yadim akan memberikan derma sebanyak 25 set alat penapis air di beberapa perkampungan terpilih dalam usaha meneruskan usaha menjaga kebajikan dan kemajuan Orang Asli.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Baitul Abrar: TAKLIMAT PERCUMA <b>DI KEMASIK</b>

Posted: 14 Mar 2012 01:11 AM PDT

Kami akan mengadakan PENGENALAN ASAS TEKNIK AL-BAGHDADI di KEMASIK
TARIKH : 18 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.00 MALAM - 10.MALAM
TEMPAT : HALALMART KEMASEK 124 RUMAH MURAH KEMASEK
HUBUNGI : 012-988 7109 ( CIKGU AZIAN)
       : 017-9060969 (ZAMREE)

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


100 Tahun Memertabatkan Islam <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:17 AM PST

'Hairan bin Ajaib' apabila  pemimpin Umno, khususnya pemimpin Umno negeri Terengganu tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.

Samada pemimpin-pemimpin Umno jahil atau sengaja mahu menolak undang-undang Islam, kerana sesungguhnya undang-undang Islam telah wujud dan dilaksanakan di negeri Terengganu sejak tahun 1303 Masehi/ 702 Hijrah.

Dan sedarlah kita semua bahawa, apa pun diberikan nama undang-undang itu, samada undang-undang Batu Bersurat atau Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk, atau Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, semuanya adalah berdasarkan undang-undang Islam yang mesti kita, sebagai orang-orang Islam menerima dan melaksanakannya.


Tuduhan Hudud PAS bukan Hudud Islam, yang digunakan oleh Umno serta konco-konconya tidak benar samasekali, kerana sejarah telah membuktikan, hukuman Hudud yang serupa pernah tercatat diatas Batu Bersurat dan pada Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk.

Negeri Terengganu Paling Awal Laksanakan Undang-undang Islam

Negeri Terengganu ialah diantara negeri yang terawal menerima dan melaksanakannya undang-undang Islam berdasarkan Batu bersurat telah dijumpai pada tahun di Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua"

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Undang-undang Islam Batu Bersurat

Ianya sebagai satu bukti undang-undang Islam telah dilaksanakan di Terengganu.

Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran

Pada batu bersurat tersebut jelas menyatakan antaranya hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)

Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian Batu yang tidak dapat dikesan. Peraturan yang keempat ialah berkaitan hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana sebahagian hurufnya telah hilang.  Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.

Peraturan yang jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik ialah berkaitan zina, seperti berikut[16]:

"Orang berbuat bala cara laki laki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus ratun jika merdeka beristeri Atawa perempuan bersuami ditanam hingga ka Pinggang di hambalang dengan batu dimatikan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama tarikh yang terpahat pada batu bersurat tersebut iaitu 1303M. Tarikh ini adalah mendahului pengislaman Sultan Melaka iaitu sekitar 1404M selama seratus tahun. Ini bermakna dalam konteks sejarah tanah Melayu, sistem pemerintahan Islam telah lama berdiri di Kuala Berang jauh sebelum berdirinya sebuah kerajaan beragama Islam di Melaka. Tarikh ini sebenarnya tidak begitu menonjol kerana pada waktu yang sama berdiri sebuah Kerajaan beragama Islam di Samudera Pasai dengan Islamnya raja Meurah Silu

Ia juga membuktikan undang-undang Islam telah diistiharkan sebagai Undang-undang negeri.

>>>Baca lagi dari sumber>>>

Komen:

ads