Rabu, 7 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: RM27 Juta Bina Jalan & Lebar Jalan <b>Di</b> daerah Dungun <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 11:25 AM PST


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan hampir RM12 juta bagi pembinaaan jalan dan longkang di seluruh daerah Dungun, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan juga menaikkan jumlah peruntukan kepada RM750,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah itu berbanding RM500,000 sebelum ini bagi menaiktaraf sistem perparitan, longkang dan jalan kampung di DUN berkenaan.

"Bagi DUN Rantau Abang pula, kita meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaiktaraf dan mendalamkan Sungai Pimpin," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di daerah Dungun, semalam.

Turut mengiringi Menteri Besar melawat beberapa projek perparitan dan jalan di daerah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri, Paka Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali.

Selain itu, katanya, kerajaaan negeri juga meluluskan peruntukan RM15 juta bagi melebarkan jalan raya kepada empat lorong di Rantau Abang.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Pasti Juara Pendidikan Pra-Sekolah <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 03 Mar 2012 03:42 PM PST

PULAU REDANG – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan di pulau ini sejak 10 tahun lalu, kini menjadi pilihan utama kepada lebih 1400 orang penduduknya berbanding pendidikan pra-sekolah Tadika Kemas.

Jumlah pelajar yang mendaftar di Pasti pada sesi persekolahan baru 2012 adalah seramai 44 orang berbanding 24 orang pada sesi lalu.

Manakala, pelajar Tadika Kemas yang dianjurkan Umno semakin meleset dengan seramai 11 orang sahaja yang menjadi pelajarnya pada sesi ini berbanding 20 orang pada sesi lalu.

Menurut Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong, program-program pendidikan yang dilaksanakan oleh Pasti mememuhi kehendak semasa.

"hari ini kita menggerakkan Pasti memenuhi kehendak keperluan pendidikan semasa, sebab itu apabila (kerajaan) menekanekan (kaedah) 3M kita (Pasti) memperkenalkan 5M,

"supaya anak-anak yang keluar daripada Pasti ini bukan sahaja cemerlang dari kurikulumnya, tetapi juga dari sudut amalannya,"Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pasti bersama ibu bapa pelajar dalam Lawatan Kerja Pasti Negeri Terengganu ke Pasti An-Nadwah, di sini Sabtu 3 Mac.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Satu perlawatan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pasti Negeri Terengganu dengan Penduduk Pulau turut diadakan sempena lawatan tersebut.

>> Berita lanjut menyusul>>

Komen:

ads