Sabtu, 6 Ogos 2011

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: SM Sains <b>Setiu</b> Jadi Sekolah <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2011 06:19 AM PDT

Tiga lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dibuka menjelang akhir tahun ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata tiga SBP itu ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Setiu (Terengganu), SM Sains Sembrong (Johor) dan SM Sains Banting (Selangor).

Beliau berkata, sehingga Jun tahun ini, terdapat 60 SBP yang beroperasi sepenuhnya dengan jumlah pelajar kini mencecah 37,543 orang.

"Jumlah permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat yang semakin meningkat setiap tahun jelas menunjukkan kecemerlangan SBP.

"Tahun lalu seramai 86,504 permohonan diterima sedangkan tempat yang disediakan hanyalah 6,090. Keyakinan ini juga membolehkan program SBP mendapat tajaan swasta," katanya dalam teks ucapannya pada perasmian Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-38 di Kuala Lumpur hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Dr Khair Mohamad Yusof.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Pasca Bersih : Ceramah DS Anwar Ibrahim <b>Di Besut</b>.

Posted: 15 Jul 2011 07:51 PM PDT

I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG TERKINI EXXONMOBIL <b>DI KUALA TERENGGANU</b> | SMART <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 10:53 PM PDT

Kerja Kosong di ExxonMobil Terkini

ExxonMobil Corporation is the world's largest publicly traded international oil & gas company, having presence in over 200 countries. We are industry leaders in almost every aspect of the energy and petrochemical business. In Malaysia, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) has business activities ranging from exploration, development and production of oil and gas. We operate more than 40 offshore platforms in 17 fields off the east coast of Peninsular Malaysia with a Turbo Machinery fleet of over 700,000 horsepower. We produce nearly a fifth of Malaysia's crude oil and condensate and half of Peninsular Malaysia's gas supply.

1. Open Interview

- Visit us at an open interview session to learn more positions in the offshore Terengganu.

Jobs Requirements:

- Certificate or Degree From Technical Institute

Do not forget to bring along your resume!

Date: Jumaat, 29 Julai 2011
Location: Awana Kijal Resort, Kijal, Terengganu
Time: 10.00 pagi – 4.30 petang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Pertandingan Memancing Terbuka <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 01:19 AM PDT

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Temu Mesra Warga <b>FELDA Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 12:11 AM PDT

PERIHATIN...Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu bersama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau meluangkan masa melawat warga FELDA Jerangau

Pada 2 Mac 2011 yang lalu Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu Tuan Haji Malib telah meluangkan masa melawat ke beberapa buah rumah warga FELDA Jerangau bersempena Program Temu Mesra Warga FELDA Jerangau Bersama Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu. Pada sebelah pagi Pengurus Besar bersama-sama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau dan kakitangan beserta Jawatankuasa Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau telah meluangkan masa untuk bersama-sama warga felda bagi bertanya khabar serta menyampaikan hamper bagi mereka yang mangalami sakit kronik. Pada sebelah petang pula telah diadakan program dialog bagi merungkaikan persoalan yang telah sekian lama berlegar di fikiran warga felda. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Welcome To TaD169&#39;s MULTIPLY page!! - Enak Cemar <b>Di Ajil</b>

Posted: 16 Sep 2006 09:32 AM PDT

"; } body.innerHTML = prevNextPhotoHTML + '
' + FBPopup + '

' + fbd_html + '

' + Subjects[index] + '

' + Bodies[index] + '

' + (FBH[index] || '') + '

'; if (! FaceboxDisabled) { getEl('photoimg').onclick = start_facebox; } add_class(body, 'singlephotoview'); if (next 0 && hash_index != CurrentIndex) { show_photo(hash_index); } else if (CurrentIndex != 0 && hash_index == -1) { show_album(); } else { return; } } function assign_reply_links(index) { if (index && index > 0) { var areply_btn = getEl('areplybutton'); if (areply_btn) { areply_btn.href = AudioReplyURLS[index]; } var vreply_btn = getEl('vreplybutton'); if (vreply_btn) { vreply_btn.href = VideoReplyURLS[index]; } } } var single_print; function order_photoproducts() { display('nonpromo', 0); prev = TotalPhotos; next = 1; getEl('shoppromonav').innerHTML = nav_table('order'); show_comments('none'); display('itemreplyform', 0); display('itemactions', 0); display('albumreplies', 0); display('shoppromo', 1); CurrentIndex = 'order'; scroll_to_top(); var hash = hash_param('photo') || window.location.hash; hash = hash.replace(/^#/, ''); single_print = hash.match(/^\d+$/) ? hash : ""; set_hash_param('photo', 'order'); track_url('/photo/item (ajax - promo)'); } function order_photoprints(link) { if (single_print) link.href += ':' + single_print; return true; } setInterval(check_uri, 1000); window.onresize = handle_resize;
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


..::~**Sinar Kehidupanku**~::..: Happy Birthday Buat Insan Tersayang

Posted: 18 Jul 2011 08:59 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat UlangTahun Kelahiran buat suami saya Mohd Khata Bin Jabor di sini. Kalau ucapan betul2 tu sejak dari semalam lagi dah ucap daaaa, cuma tak berkesempatan nak buat n3 khas buat suami saya kat sini. Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari UlangTahun ke 43 buat suami saya, moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm lindungan dan limpah rahmat Allah SWT selalu. Buat suamiku, terima kasih kerana memahami diri ini semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Seorang guru terbunuh dalam perjalanan mengambil isterinya <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2011 04:43 PM PDT

No of View :378

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu.

Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supritendan Rohaizat Mohd Ani berkata ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis mengajar.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.

Rohaizat bagaimanapun memberitahu maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.

"Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata Rohaizat ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


PAS Pekan <b>Kemasik</b>: CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 <b>DI</b> DUN <b>KEMASIK</b>

Posted: 24 Jul 2011 09:46 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 DI DUN KEMASIK. Posted by PAS Pekan Kemasik. Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. Labels: bersih ...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: Perlombongan, Kilang <b>Besi</b> Bawa <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 06:44 PM PDT


Analisis oleh Hambali Abdul Latiff
Banyak pihak memberikan pandangan dan reaksi positif dari segi usaha kerajaan negeri meneroka sumber ekonomi yang boleh dianggap baru di Terengganu iaitu bijih besi.

Walaupun kegiatan melombong besi bukan baru, khususnya di Bukit Besi, Dungun, namun dengan keyakinan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendekatan baru bagi menjayakan aktiviti ini, ia dijamin membawa kesan ekonomi yang besar dalam konteks pembangunan negeri, swasta dan rakyat.

Berdasarkan kajian awal, pembukaan semula lombong dan diikuti kilang memproses keluli akan mendatangkan pendapatan penting kepada Terengganu pada masa hadapan, selain dianggap berpotensi besar dalam mewujudkan pekerjaan.

Dengan keputusan Perwaja Holdings Bhd membina kilang pemekatan dan pempeletan bijih besinya sendiri di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu dijangka mencergaskan semula industri keluli tempatan.

Menurut Penganalisis Kanan MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin, antara manfaat untuk industri itu ialah mengurangkan pergantungan ke atas import pelet bijih besi.

Perwaja yang merupakan antara pengeluar terbesar produk keluli utama negara seperti bilet, membekalkan produknya secara terus kepada pengeluaran hiliran dalam pasaran tempatan dan luar negara, termasuk Timur Tengah.

OSK Research pula dalam laporannya berkata jika Perwaja memperoleh lesen perlombongan, ia boleh menjimatkan kos lebih daripada AS$100 setan bijih besi mentah.

Perkiraan itu adalan berasaskan pada harga semasa bijih besi mentah yang diimport pada AS$160 setan berbanding kos perlombongan tempatan yang mungkin kurang daripada AS$50 setan, katanya.

Sementara itu, kawasan yang telah dikenal pasti di Bukit Besi membabitkan perlombongan ialah seluas 97,124 hektar dan kerja pengukuran kawasan telah diserahkan kepada juruukur berlesen.

Mengikut kajian yang dilakukan pada 1921, terdapat kira-kira 100 juta metrik tan bijih besi di kawasan itu (Bukit Besi) dan selepas kerja melombong bijih besi oleh sebuah syarikat British, sehingga 1971, masih terdapat kira-kira 50 juta tan metrik lagi bijih besi bermutu tinggi di kawasan berkenaan.

Dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan kajian mendalam dilakukan di kawasan berkenaan, sambil melawat kawasan itu beberapa kali dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk dari China, kerajaan negeri benar-benar mahukan kerja melombong bijih ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ahmad Said merasmikan upacara pecah tanah Loji Concentration and Pelletizing Perwaja bersebelahan Perwaja Steel di kawasan perindustrian Telok Kalong di Kemaman sebagai menandakan bahawa kerajaan negeri sudah memulakan langkah ke arah menjadikan Bukit Besi dan Teluk Kalong sebagai kawasan kembar bagi industri melombong san memproses bahan berkenaan.

Perwaja Holdings Berhad sudah melabur RM400 juta bagi membina loji berkenaan yang mampu mengeluarkan sebanyak 1.2 juta tan metrik besi pilet bagi fasa pertama tahun depan dan 2.4 juta tan metrik bagi fasa kedua pada 2013.

Loji Consentration and Pelletizing adalah logi pertama di Asia Tenggara, dijangka siap pada Ogos atau September tahun depan dengan mampu menyediakan peluang pekerjaan sehingga 3,000 orang.

Pengerusi eksekutif Perwaja, Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan, selain menyediakan pekerjaan, Perwaja turut meneroka teknologi dan idea baru bagi membaiki pengeluaran dan menurunkan kos operasi bagi membolehkan produk syarikat terbabit bersaing di arena antarabangsa.

Kerana itu pihaknya berusaha menghasilkan bijih besi mentah dalam bentuk pelet memandangkan harga bahan mentah dalam bentuk pelet meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun bekalan bahan mentah atau pellet di seluruh dunia dikawal oleh sebilangan pembekal besar sahaja. Dengan kedudukan ini, harga bijih besi yang ditetapkan oleh pembekal besar ini sangat tidak menggalakkan operator seperti Perwaja

Kerana itu menurut Abu Sahid, Perwaja mengambil inisiatif memperkenalkan proses 'beneficiation' dan 'pelletizing'. Ia adalah nilai tambah untuk mengolah besi mentah tempatan menjadi pellet.

Kerja mengolah besi mentah yang akan dilakukan di loji baru di Teluk Kalong itu akan membabitkan beberapa proses fizikal dan kimia dan Perwaja amat yakin teknologi baru ini boleh ditangani dengan mudah oleh pasukan kakitangan Perwaja.

Menteri Besar mengumumkan, selain Perwaja, terdapat beberapa syarikat lain memohon untuk menjalankan kerja melombong di Bukit Besi, tetapi sehingga ini kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan.

Hakikatnya, kerajaan negeri tidak bergantung kepada besi yang dihasilkan melalui lombong di Bukit Besi sahaja kerana terdapat beberapa kawasan lain seperti di daerah Kemaman yang dipercayai mengandungi kira-kira 25 juta tan metrik bijih besi yang masih belum diusahakan.

Memandangkan Perwaja bersedia untuk menyertai industri ini, syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk melombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Dengan Bukit Besi mempunyai simpanan sebanyak 50 juta tan metrik bijih besi, Perwaja melihat potensi itu sangat menguntungkan dan memudahkan bekalan untuk lojinya di Teluk Kalong.

Berikutan itu, Abu Sahid sudah mengemukakan cadangan permohonan lesen untuk melombong bijih besi itu sambil mengharapkan kerajaan negeri membuat pertimbangan.

Abu Sahid berkata pada Sabtu lepas, kilang baharu syarikat itu memerlukan dua juta tan bijih besi mentah setahun untuk beroperasi pada kapasiti maksimum untuk menghasilkan 1.2 juta tan pelet bijih besi apabila fasa pertama siap tahun depan.

Keperluan itu akan meningkat kepada empat juta tan bijih besi mentah setahun bagi mengeluar 2.4 juta tan pelet apabila fasa keduanya siap pada 2013.

Berdasarkan keperluan semasa operasi penuh, syarikat akan menjimatkan sehingga RM840 juta setahun, termasuk 20 peratus atau RM600 juta kos bahan mentah.

Abu Sahid berkata ia juga menyediakan bekalan dan harga yang stabil dalam pasaran tempatan, yang kini didominasi oleh tiga peserta antarabangsa utama.

Kepada Menteri Besar, kerajaan negeri bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada Perwaja bagi kerja melombong bijih Besi di Bukit Besi untuk kegunaan syarikat itu yang kini dalam proses membina Loji 'Concentration' dan Pelletizing' sendiri yang pertama di Asia Tenggara.

Pada dasar dan prinsipnya, Kerajaan Negeri telah bersetuju menimbang untuk bekerjasama bersama Perwaja bagi kerja mengeluarkan bijih besi itu di sebahagian kawasan di Bukit Besi.

Bagaimanapun katanya, ada beberapa syarikat lain yang juga akan diberikan peluang kerana kerajaan mahu membuat lebih baik daripada yang lain.

Dengan kata lain, kerajaan negeri tidak akan hanya mengeluarkan lesen semata-mata dan ia perlu memberi kebaikan kepada semua pihak.

Antara syarat yang akan dikenakan kerajaan negeri ialah syarikat berminat perlu mempunyai 60 peratus pekerja tempatan selain menjalankan kerja secara usahasama dengan kerajaan negeri.

Syarat ini dikenakan kerana bagi Menteri Besar, nikmat daripada Allah perlu ditadbir secara terbaik untuk kepentingan dan dirasai hasilnya oleh rakyat Terengganu dan bukan untuk kepentingan segolongan individu sahaja.

Walau dalam apa juga bidang pembangunan, termasuk dalam industri melombong dan memproses bijih besi ini, Datuk Seri Ahmad Said tetap meletakkan kepentingan dan cakna rakyat sebagai syarat utama.

Syarat dan langkah ini sengat bersesuaian dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang digembleng kerajaan negeri ketika ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads