Sabtu, 26 Februari 2011

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


OHBULAN!

Posted: 26 Feb 2011 11:27 PM PST

OHBULAN!


(Gambar) Majlis Nikah Siti Sarah & Shuib Raja Lawak

Posted: 26 Feb 2011 09:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]

borak kosong

Posted: 26 Feb 2011 09:37 PM PST

borak kosong


Remaja Selamat Tanpa Lumpuh Meskipun Lehernya Patah Di Tiga Tempat

Posted: 26 Feb 2011 09:00 PM PST

Fisher Lukas, remaja usia 18 berasal Droitwich, Worcestershire, nyaris mati dalam kemalangan kereta yang mengerikan.

Kereta yang dipandunya dalam kelajuan tinggi menghentam pokok Tubuh remaja ini pun terlempar dan kepalanya terhentak benda keras dengan hebat.


Menurut perhitungan doktor, nyawanya tidak boleh diselamatkan. Dia mengalami patah leher di tiga tempat. "Lehernya patah di tiga tempat. Kalau sembuh, kemungkinan dia akan lumpuh. Namun, dia berhasil mengatasi krisis," kata doktor yang merawat.

Boleh percaya boleh tidak. Empat hari setelah dirawat, Lukas diizinkan dokter meninggalkan RS Universitas Conventri.

Lukas mengaku mengalami keajaiban kerana nyawanya diselamatkan oleh tato malaikat pelindung, yang dilukiskan dibadannya dua hari (48 jam) sebelum kecelakaan.

Tato malaikat pelindung dengan kata-kata "Hanya yang kuat mampu bertahan". Tato ini menyapu samping dari dada hingga punggung ke bawah.

Lukas, yang harus menggunakan penyangga leher dan kepala ini, memerlukankan waktu tiga bulan dan fisioterapi selama 18 bulan.

"Aku tidak lumpuh. Aku telah diselamatkan malaikatku. Setelah sembuh, aku akan bergabung dengan angkatan darat," katanya.

Menurut Lukas, tato miliknya diciptakan oleh rumah tato God of Ink di Worcestershire selama 16 jam.

Gambar tato yang dibuat seniman tato Nick Fletcher ini dimulai di kaki kanan dan badan, lalu salah satu sayap malaikat di dada, dan yang lain berada di punggung. Jadi, seolah-olah gambar malaikat tersebut sedang memeluknya.

Tato Lukas ini akhirnya menginspirasi remaja lain agar dengan membuat gambar tato tersebut, dia juga akan memperoleh keberuntungan seperti yang dialami Lukas.

bk-sebenarnya bukan tato yang membuat dia masih boleh hidup tetapi sebenarnya ajalnya belum sampai

Kambing Aneh, Suka Makan Roti, Minum Kopi dan Wanita Cantik

Posted: 26 Feb 2011 08:00 PM PST


TASIKMALAYA, RIMANEWS- Kambing adalah binatang herbivore yang biasa memakan dedaunan. Namun berbeza dengan kambing milik pasangan Kurnia dan Wati, warga Sukadana, Kecamatan Rajapolah, Tasikmalaya, Jawa Barat, yang setiap hari memakan nasi, roti, mi segera, atau meneguk kopi dan minuman berenergi.

Kurnia memberi nama kambingnya dengan Hengki Kurniawati. Setiap hari dia mengajak Hengki pergi ke warung terdekat. Di sana, kambing tersebut dibelikan roti atau kuih–layaknya anak kecil yang biasa membeli jajan.

Jika biasa haiwan tak takut kotor, Hengki sebaliknya. Dia tak pernah mahu memakan makanan yang sudah kotor atau bekas orang. Selama enam tahun terakhir, Kurnia harus mengeluarkan uang Rp 10 ribu setiap harinya.

"Kambing itu setiap hari makanannya seperti manusia. Bahkan tidak mahu rumput. Dia juga suka minum kopi atau susu dan makan roti yang biasa dibeli di warung," ujar Kurnia.

Menurut Kurnia, kambing miliknya juga suka dengan wanita cantik, apalagi yang berpakaian seksi.

Kesepian, Isteri Pengusaha Berlaku Curang Melalui Facebook

Posted: 26 Feb 2011 07:00 PM PST

Hobi facebook di internet, isteri pengusaha , berlaku curang dengan lelaki bujang juga yang juga seorang pengusaha di bidang komputer. Namun, sepandai-pandainya menutup  perbuatan akhirnya cinta segitiga yang dijalani Lara di ketahui juga oleh suaminya, bernama San,40. Merasa direndahkan martabat dan harga dirinya sebagai suami, Osa langsung melaporkan kepada Sentra Pelayanan Kepolisian (SPK) Polda Metro Jaya. Dikutip ruanghati.com dari Pos Kota Online Pengaduan tersebut didaftar dalam surat pengaduannya     LP/3073/K/X/2009/SPK Unit 1, Lara dituduh telah melakukan perzinahan sesuai pasal 284 KUHP.


Facebook sangat berpotensi membuat seseorang curang, setujukah?

Terbongkarnya cinta segita itu ketika  suaminya yang baru pulang dari luar kota Lampung mendapati SMS di handphone isterinya dari seorang laki-laki. Dalam pesan singkat itu, menyebutkan nama seorang lelaki Win yang berniat ingin meminjam buku kepada Lara. Melihat itu, San curiga. Pengusaha kontraktor itu lalu menanyakan pada isterinya  siapa  pengirim pesan tersebut. Semula Lara, tidak mahu bercakap jujur, namun kerana terus didesak akhirnya wanita yang dinikahi 4 tahun lalu itu mengakui kalau laki-laki tersebut kekasih gelapnya. Sambil menanggis, Lara menceritakan kecurangannya dengan Win.

Kepada suaminya, Lara mengaku mengenal Win sejak dirinya suka melayari jejaring facebook. Kerana seringnya chatting kedua insan berlainan jenis itu pun bercinta. Bahkan keduanya juga mengaku sering bertemu.Dari pertemuan itulah keduanya lalu menjalin hubungan seperti layaknya suami isteri di sebuah apartment di kawasan Kemayoran Jakarta Pusat. Dia mengaku sebelum melakukan hubungan tersebut wanita yang belum dikurniakan anak mengaku dihidangkan minuman oleh Win hingga mabuk. Hubungan badan dirinya dengan Win katanya baru sekali dilakukan. (Pos Kota)-ruanghati.com

Lelaki buat aduan ke polis kerana harga minyak naik

Posted: 26 Feb 2011 06:00 PM PST

Pemandu berang kenaikan berlaku ketika sedang isi bahan bakar 
saya petik dari Berita Harian

WASHINGTON: Pejabat Sherif St John The Baptist Parish menerima panggilan paling pelik minggu ini apabila seorang pemandu meminta bantuan polis kerana pengusaha stesen minyak menaikkan harga ketika dia sedang mengisi minyak kenderaannya, lapor akhbar.
Panggilan itu pada Khamis lalu mengejutkan pegawai polis sekali gus dikelaskan dalam senarai baru, 'aduan paling luar biasa'.

Aduan yang pernah diterima sebelum ini termasuk tak tahan bunyi anjing menyalak dan 'anak saya tak mahu pergi ke sekolah.'

Apapun, panggilan paling luar biasa itu mungkin menunjukkan perubahan corak aduan sejajar dengan perubahan era.

Pada 2 petang hari itu, panggilan kecemasan 911 Sherif menerima panggilan seorang pemandu yang 'naik darah' melihat harga minyak tiba-tiba naik ketika dia masih mengisi minyak.

Pemandu tidak dinamakan itu memberitahu, ketika dia mula mengisi minyak di stesen itu yang terletak di 901 East Airline Highway, harga di pam adalah AS$3.049 segelen.
Tetapi, ketika dia masih mengisi, harga itu naik kepada AS$3.189 menyebabkan pemandu terbabit bertikam lidah dengan atendan stesen dan kemudian menelefon polis kerana tidak puas hati dengan apa yang dijelaskan.

"Pemandu itu anggap perbuatan stesen berkenaan tidak adil. Selain itu, atendan stesen pula tidak memberi kerjasama menyebabkannya menelefon kami," kata Kapten Dane Clement.

Bagaimanapun, tiada siapa ditahan dan laporan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dikategori sebagai 'aduan sivil.'

Pengurus stesen, Sam Aljousi, berkata pemandu terbabit berhenti di stesen berkenaan ketika harga sedang diubah dan mahu harganya diturunkan.

"Semua orang sepatutnya menunggu (sehingga harga baru ditunjukkan). Jadi, tidak mungkin harga diturunkan.  
Lagipun, ia dilakukan komputer," katanya lagi. – Agensi

Lelaki curi itik mati dipukul

Posted: 26 Feb 2011 05:00 PM PST

Tak pasal-pasal mati kerana curi itik..
saya petik daripada Berita Harian

BANDA ACEH: Polis di daerah tenggara Aceh menyoal beberapa penduduk yang dipercaya ada kaitan dengan pembunuhan dua lelaki Khamis lalu kerana disyaki mencuri itik. 

"Kejadian itu berlaku di perkampungan Lawe Serke, dalam daerah Lawe Sigala-gala," kata ketua polis daerah itu, Adjung Arsyad. 
Katanya, penduduk kampung yang melakukan kawalan waktu malam menemui tiga lelaki tidak dikenali dan mengejar mereka selepas menganggap bertanggungjawab atas beberapa kes kecurian itik. 

"Seorang daripada tiga lelaki dilaporkan terlepas, namun dua ditangkap. Mereka ditemui bersama lapan ekor itik, yang menyebabkan penduduk kampung mula menyerang," kata Adjung. 

Katanya, serangan itu menyebabkan kematian apabila penduduk mula memukul lelaki terbabit dengan pelbagai   
senjata, termasuk pisau dan parang. – Agensi

Inilah Game Kontroversi Wii ‘Pesta Seks’

Posted: 26 Feb 2011 04:35 PM PST

INILAH.COM, Jakarta- Permainan komputer 'pesta seks' yang mengandung kandungan seksual dewasa membuat orangtua marah. Pasalnya, game ini boleh dinikmati anak berusia 12 tahun.

Game Nintendo Wii 'We Dare' mengatakan diri sebagai permainan seksi namun memberi ratingpemain 12+. Ini bererti permainan tersebut boleh digunakan anak berusia di atas 12 tahun. Batasan tersebut membuat orangtua marah kerana dianggap terlalu rendah.

Trailer bergambar sedikit cabul itu mempromosikan permainan dua pasangan yang berada dalam serangkaian situasi seksual. Bahkan, ada pula rakaman yang menunjukkan dua gadis saling berciuman, pasangan yang sedang membuka pakaian satu sama lain dan saling memukul.

Dalam video berdurasi 2 minit yang menampilkan perempuan menari di tiang, ganti pasangan dan pesta seks, setidaknya 150 ribu khalayak menonton itu di YouTube.

Permainan ini akan dirilis di Wii dan Playstation 3 bulan depan dengan kalimat promosi, "Semakin banyak teman yang Anda undang ke pesta maka semakin panas permainan!"

Namun, para orangtua khuaatir gambar ini boleh merosak pola fikir anak dan remaja berusia 12 tahun ke atas. "Saya punya anak perempuan berusia 13 tahun dan jika saya tahu ia bermain game seksual eksplisit ini dengan lelaki, saya akan sangat terkejut," kata Laura Pearson, 52 tahun, asal Birmingham.

Gambar Iklan Komersial di Jerman ini.. Lucu Atau Menyeramkan ?

Posted: 26 Feb 2011 10:01 AM PST

Gambar Iklan Komersial di Jerman.. Lucu Atau Menyeramkan .Iklan ini nampak menyeramkan tetapi dilihat lagi sebenarnya lucu.Cuba nilaikan sendiri sama ada iklan ini lucu atau menyeramkan.






Gila…Mengaku Lesbian, Lelaki Jerat 49 Remaja di Internet

Posted: 26 Feb 2011 09:01 AM PST

 Seoarang paedofil yang mengaku lesbian di internet meresahkan masyarakat. Dia menjerat 49 remaja perempuan untuk berhubungan seks melalui webcam.

Barry McCluskey, 39, berasal Glasgow, Scotland, memikat puluhan perempuan yang menjadi korbannya untuk melakukan hubungan seks di internet.Targetnya ialah remaja berusia 10-15 tahun di web Bebo dan MSN. Bekas jururawat yang memiliki dua orang anak ini menyamar sebagai perempuan yang suka sesama jenis.

"Selanjutnya, McCluskey mengirim pesan ancaman kemangsa  untuk beberapa kali melakukan hubungan seks. Jika tidak, rakaman tersebut akan disebarkan ke teman dan keluarga mereka," ujar pihak Pengadilan Tinggi Glasgow.

Salah satu korban bahkan memohon untuk tidak diganggu lagi. Namun, McCluskey tetap meminta remaja itu melakukan sesuatu. Pihak polis menemukan 10.000 foto anak berusia di bawah umur dalam pose tak senonoh di komputer McCluskey.

Ayah dan Anak Laki-laki Bergaduh Kerana Foto Telanjang

Posted: 26 Feb 2011 08:01 AM PST

TRIBUNNEWS.COM – Seorang remaja berusia 18 tahun ditangkap setelah mengancam ayahnya melalui telefon. Demikian dilapor FoxNews dan dikutipTribunnews.com.

Menurut pihak polis Lakeville, Minnesota, Amerika Syarikat (AS), insiden ini bermula ketika remaja bernama Christian Rider meminta agar sang ayah menjemputnya di rumah kawannya. Sang ayah menolak kerana dia menemukan foto telanjang anaknya dikirim ke kekasihnya melalui handphone milik sang ayah.

Sejumlah tetangganya mengatakan jika pada musim panas lalu, Rider menghabiskan waktu belajar memanah dengan sang ayah. Tentu saja sang ayah tidak menduga jika anaknya akan menggunakan panah untuk mengancamnya.

Polis kemudian datang ke rumahnya setelah Rider mengirim SMS ke ayahnya yang berbunyi. "Sata akan membunuhmu jika kamu ada di dekat saya. Satu di antara kita akan masuk ke hospital ketika saya pulang ke rumah."

Pihak polis mengatakan ketika Rider tiba di rumah dia kemudian membawa panah dan menunggu ayahnya datang. Ketika sang ayah datang,d ia menunggu di tangga jauh dari anaknya, dan menelefon polis.Rider kemudian dilepas dari penjara dengan wang jaminan 50 ribu dollar AS  dan kembali tinggal dengan keluarganya

Kanak-kanak 4 tahun boleh menulis dalam 13 Bahasa dengan 2 Tangan sekaligus |

Posted: 26 Feb 2011 07:00 AM PST

Gadis kecil dari India ini bernama Shalini berusia empat tahun tapi walaupun kecil dia tidak seperti anak kecil pada umumnya, dia memiliki kemampuan yang luar biasa dia boleh menulis dengan kedua tangannya sekaligus, kemampuan semacam ini dinamakan mirror writting.


Dan yang lebih hebat lagi adalah dia boleh menulis huruf dalam 13 bahasa iaitu: Kannada, Inggeris, Hindi, Tamil, Malayalam, Telugu, Gujarati, Assamese, Punjabi,Oriya, Tulu, Urdu dan huruf bengali.

SHALINI adalah anak dari pasangan Latha dan Manjunath, menurut Manjunath sendiri anaknya tersebut sangat suka menulis sejak dua tahun yang lalu. "Shalini boleh menulis huruf urdu hanya dengan mempelajarinya selama 7 jam ."

Pasangan ini memang biasa melatih dia dalam multi bahasa. sekitar 3 bulan yang lalu dia boleh menulis setidaknya dalam 4 bahasa, dan dengan waktu yang lebih pendek dia boleh menguasai 9 bahasa, pasangan tersebut biasanya memberi bahan pelajaran tersebut dengan mengcopy dari internet. kini  Shalini boleh menulis dengan kedua tangannya secara bersamaan. sebagai contoh Shalini juga boleh menulis nama seseorang sekaigus tempat orang tersebut tinggal secara bersamaan. untuk itu Shalini tercatat dalam rekod dunia.

sumber : http://www.taukahkamu.com

Bagaimana kalau si cantik ini disuruh jadi model playboy?

Posted: 26 Feb 2011 06:37 AM PST

image

Kau pondan rupanya!!!

Posted: 26 Feb 2011 05:45 AM PST

image
Gaya kau kalau sekali lihat macam perempuan asli…tetapi bila kau kencing
baru tahu kau pondan rupanya….

Kejamnya manusia

Posted: 26 Feb 2011 04:40 AM PST

Saksikan video dibawah...
betapa kejamnya manusia yang perangai
lebih teruk daripada haiwan.Sanggup buang kedalam sungai 
bayi yang tak berdosa...



Sibuk dengan telefon sampai lupa seluar terkoyak

Posted: 26 Feb 2011 03:00 AM PST

image
kesian abang ni…asyik sangat dengan telefon sampai seluar terkoyak pun tak sedar
sumber gambar : stomp.com.sg

Remaja 15 Tahun Pertama Gunakan Jantung Robot

Posted: 26 Feb 2011 02:00 AM PST

 Seorang remaja berusia 15 tahun menjadi remaja pertama di dunia yang di dalam tubuhnya berhasil ditanam jantung robot.

Remaja yang tak disebutkabn namanya ini menjalani 10 jam pembedahan dan akan sembuh dalam pengawasan intensif.

Remaja ini memiliki penyakit sindrom Duchenne di mana membuat remaja ini tak memenuhi syarat untuk cangkok jantung.

Remaja ini hampir meninggal ketika doktor bedah memutuskan menyelamatkan dia menggunakan jantung robot.

Antonio Amodeo merupakan dokter yang memimpin jalannya operasi tersebut di rumah sakit anak Bambino Gesu di Roma, dilaporkan dari Daily Mail.

Pejabat mengatakan jantung robot ini diharapkan dapat memberi remaja ini 'kehidupan normal' selama 20-25 tahun ke depan.

Amodeo mengatakan jantung robot ini memiliki panjang 2,5 inci (6,7 cm) dan ditempatkan di dalam  jantung yang terhubung aorta.

"Alat ini diaktifkan menggunakan pam hidrolik dan sepenuhnya berada di dalam Thorax untuk mengurangi risiko infeksi," kata dokter tersebut.

"Jantung robot ini terhubung dengan baterai yang berada di belakang telinga pasien dan diisi ulang pada malam hari seperti ponsel," tambahnya.

Jantung robot ini merupakan alat pertama yang ditanamkan dalam tubuh orang dan diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit meskipun sedang menderita sindrom Duchenne

Ibu pun Menangis Melihat Beatty Memakai Jilbab

Posted: 26 Feb 2011 01:30 AM PST

Diana Beatty pertama kali bertemu dengan seorang muslim ketika di bangku kuliah. Setelah itu dia mengenal beberapa muslim lagi yang pelahan-pelahan membuatnya sedar betapa selama ini dia bersikap arogan terhadap Islam dan Muslim.

Beatty banyak mendengar informasi tentang Islam dan Muslim, tapi kebanyakan yang dia dengar adalah hal-hal yang buruk. Setelah berinteraksi dengan beberapa Muslim yang dijumpainya, muncul rasa ingin tahu yang besar dalam dirinya untuk lebih mengenal Islam, kerana orang-orang Islam yang dia jumpai menunjukkan sikap dan perilaku yang membuatnya kagum, jauh berbeza dengan apa yang dia dengar selama ini. Beatty juga tertarik dengan ketulusan dan aspek-aspek ibadah yang dilakukan orang Islam, terutama solat.

"Agama yang membimbing kita dalam semua aspek kehidupan, adalah sesuatu yang saya cari selama ini. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian dan ketika saya mengenal beberapa orang Islam, saya adalah orang taat agama dan serius mempelajari Alkitab," kisah Beatty.

"Tapi banyak pertanyaan saya tentang isi Alkitab yang tidak terjawab, dan saya justru menemukan jawabannya dalam Al-Quran. Awalnya, saya tidak suka membaca isi Al-Quran kerana Al-Quran menyebutkan bahawa Yesus bukan anak Tuhan dan Al-Quran menyebut tentang perang yang membuat saya teringat kembali pada apa yang saya dengar tentang teroris muslim dan kekerasan …"

"Tapi orang-orang Islam yang saya kenal, menjadi contoh buat saya seperti apa sebenarnya seorang muslim dan saya melihat bahawa stereotipe yang terbangun dalam pandangannya saya selama ini tentang muslim, tidak sesuai dengan fakta yang saya lihat," tutur Beatty.

Perempuan yang berasal Colorado AS itu pun berfikir, bagaimana dia boleh tahu bahawa Alkitab itu benar dan Al-Quran salah, jika ia tidak mempelajarinya. "Terutama ketika banyak hal yang sama antara keduanya, Alkitab dan Al-Quran sepertinya berasal dari sumber yang sama," sambung Beatty.

Semakin dalam mempelajari Al-Quran, Betty menemukan perbezaannya dengan Alkitab. Dalam Alkitab ia menemukan banyak kesalahan dan kontradiksi, tapi tidak dalam Al-Quran. Dia mengatakan, "Apa yang Quran katakan tentang Tuhan dan apa tujuan manusia hidup di dunia, buat saya lebih logik dan mudah untuk difahami."

Berbulan-bulan Beatty melakukan perbandingan antara agama Kristian yang dianutnya dengan agama Islam yang sedang dipelajarinya. Dan masa itu merupakan masa-masa yang sulit baginya. Tapi hati Beatty memenangkan Islam. Dia makin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar, yang dikirim Allah untuk umat manusia.

"Saya pun memutuskan untuk masuk Islam. Saat itu saya masih belum yakin tentang banyak hal, khususnya tentang jilbab. Saya juga belum tahu bagaimana melakukan solat, dan ibadah yang lainnya. Tapi saya mula belajar," ungkap Beatty.

Dia tak membantah bahawa di hati kecilnya ada rasa takut ketika memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Berat baginya membayangkan akan berhadapan dengan keluarganya dan melakukan sesuatu yang mereka benci dan tidak mereka mengerti. Sempat tebisik dalam hatinya, bagaimana jika dia membuat keputusan yang salah? Beatty khuatir respon negatif yang akan dia terima dari teman-temannya, rakan kerja, atasan di pejabat dan dia khuatir dikeluarkan dari keluarganya.

Keluarga Beatty memang tidak suka melihat Beatty menjadi seorang muslim, tapi Beatty tetap diterima oleh keluarganya. "Tiap kali saya berbincang dengan ibu, dia mengeluhkan busana muslimah yang saya kenakan, sepertinya hal itu sangat mengganggunya lebih dari apapun dan dia akan menyatakan berbagai syarahan Kristian pada saya," tutur Beatty.

Beatty bercerita, ibunya merasa terluka dan menangis selama seminggu ketika Beatty memutuskan untuk mengenakan jilbab. Dalam surat, sang ibu mengatakan bahawa apa yang dilakukan Beatty adalah tamparan keras di wajahnya, Beatty dianggap telah melanggar didikan orang tuanya dan sedang berusaha menjadi orang Arab. Keluarga Beatty juga menuding bahawa Beatty melakukan itu gara-gara suami Beatty yang seorang muslim. Keluarga Beatty tidak menyukainya dan meminta Beatty bercerai.

"Keluarga saya berkata, saya akan masuk neraka. Buat saya, tidak sulit menghindar dari makanan yang tidak halal, menjauhkan diri dari alkohol. Tidak sulit buat saya untuk belajar solat dan mengenakan jilbab. Satu-satunya yang berat buat saya adalah tekan daripada keluarga," imbuh Beatty.

Pada titik ini Beatty merasakan, tantangan yang berat setelah dia menjadi muslim adalah keluarganya sendiri, kerana teman-teman dan orang-orang yang dia kenal, ternyata boleh menerima pilihannya menjadi muslim.

Tiga tahun sudah Beatty memeluk Islam. Dia mengakui bahawa Islam banyak memberikan perubahan dan meningkatkan kualiti hidupnya. "Islam mengubah saya secara total. Sekarang, saya tidak ragu lagi akan tujuan hidup saya di dunia ini dan bahawa saya sudah mengikuti jalan yang benar. Dulu, saya bahkan tidak menyedari bahawa saya sedang kehilangan arah. Tapi ketika saya menemukan Islam dan merenungkannya kembali, sangat jelas buat saya bahawa Islam-lah yang saya cari selama ini," papar Beatty.

Beatty bersyukur menjadi seorang muslim kerana Islam memualiakan hidupnya sebagai seorang perempuan. Dia melihat sendiri bahawa lelaki muslim yang baik akan memperlakukan perempuan dengan baik. Suatu hal yang jarang dia temui dalam budaya masyarakat Amerika, dimana ia dibesarkan.

"Memilih masuk Islam, buat saya seperti kembali pulang ke rumah setelah sekian lama berkelana,"ujar Beatty yang sekarang menggunakan nama Islamnya Masuuma Amatullah.

Sumber : http://www.eramuslim.com

Betapa sedihnya jika seorang ibu melihat anak perempuannya seperti ini

Posted: 26 Feb 2011 12:45 AM PST


betapa hancur dan luruhnya hati bila anak yang dididik
dan dibelai berkelakuan begini bila dewasa....

Ibu adalah seorang wanita yang sangat tegar dan penuh pengorbanan. Di saat kita masih di dalam kandungan seorang ibu, kita sudah diberi kasih sayang yang sangat besar olehnya. Selama 9 bulan seorang ibu mengandung anaknya tanpa ada rasa erti penat dan lelah. Dan dengan perjuangan seorang ibu, kita dapat terlahir di dunia ini dengan taruhan hidup atau mati. Setelah seorang bayi di lahirkan dan setelah itu ibu juga yang merawat dan
membesarkannya dengan ikhlas.
Jika seorang bayi menangis di tengah malam ibu bangun dan menimangnya.
Dan jika
seorang bayi haus maka seorang ibu yang memberikan air susu. Sungguh banyak sekali
pengorbanan
seorang ibu kepada anaknya.

Tetapi mengapa seorang anak yang sudah tumbuh besar dan dewasa

tidak mahu berbakti kepada ibu ataupun orang tuanya? Apakah

mereka merasa dirinya itu tidak lagi memerlukan seorang ibu yang telah

membesarkannya dari kecil?

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu pasti tidak dapat tergantikan oleh apa dan

akan ada untuk anaknya selamanya meskipun anaknya tidak berbakti kepadanya.

SUNGGUH SANGAT BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA MAKA DARI ITU KITA JANGAN SAMPAI MELUKAI HATI SEORANG IBU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA.

Seorang pengemis jumpa anaknya kembali melalui twitter

Posted: 25 Feb 2011 11:35 PM PST

INILAH.COM.-Seorang pengemis yang hidup di New York berhasil bertemu dengan anak perempuannya yang tidak pernah ditemui selama 11 tahun. Ini berkat Twitter.

Daniel Morales diberikan telefon tangan prabayar untuk membuat akaun Twitter, sebagai bahagian dari projek Underhead untuk peningkatan kualiti hidup pengemis di New York. Tiga minggu setelah projek tersebut,lelaki berusia 58 tahun ini memutuskan memanfaatkan jejaring sosial itu untuk menemukan anak perempuannya, Sarah Rivera, 27 tahun.

Daniel Morales dan Sarah Rivera tidak pernah bertemu sejak 11 tahun lalu. New York Daily News melaporkan Morales menaruh nomor telefon, nama dan foto dari anak perempuannya ketika berusia 16 tahun. Selanjutnya, Sarah Rivera mengubungi ayahnya.

Morales mengaku sangat bahagia. Anaknya yang tinggal di Brooklyn juga menganggap keberadaan jejaring sosial sangat menakjubkan.

Di Sangka Terjatuh kerana Stroke.. CT Scan Menunjukkan Peluru Tertanam di Otaknya

Posted: 25 Feb 2011 10:49 PM PST

Seorang datuk bernama Petrus Hesford terjatuh ketika bekerja di kebun, keluarga khuatir dia terkena stroke. Tapi kenyataan yang terjadi membuktikan keadaan bahkan lebih mengkhuatirkan.

Hasil scan menunjukkan bahawa ada peluru entah bagaimana memasuki rongga mata dan tertanam dalam otaknya. Yang menghairankan,datuk berusia 61 tahun itu selamat, meskipun dia harus mengalami kelumpuhan  dan hilangnya suara.



Polis  percaya insiden itu satu kemalangan dan sedang berusaha untuk mencari dari mana tembakan itu berasal. Mereka berfikir peluru itu ditembakkan ke udara beberapa jauh dan menembus rongga mata tukang bangunan.

Dengan harapan dapat memecahkan permasalahan yang sangat misteri itu, mereka membuat CT scan menunjukkan peluru yang luar biasa masih ada tertanam di bahagian belakang kepala Mr Hesford.



Penembakan itu terjadi di pinggiran kota Manchester, sekitar dua km dari daerah Moss Side. Tapi kata para ahli balistik peluru lebih mungkin telah ditembakkan dari beberapa ratus meter, dari senjata api yang digunakan untuk menembak haiwan liar. Mr Hesford sedang bersiap untuk membuat taman depan rumah bertingkat di Chorlton ketika dia jatuh ke tanah.

Mendengar kemalangan itu, anak perempuannya Rea 18 tahun bergegas keluar. "Aku baru saja melihatnya bersandar di pagar dengan darah keluar dari matanya," katanya Ibunya Marie Fuller, menambahkan: "Kami berfikir bahawa dia telah mengalami stroke dan kaca matanya pecah pada sesuatu ketika dia jatuh, menyebabkan matanya terluka. Suaranya tidak jelas sehingga dia tidak boleh memberitahu kami apa yang telah terjadi. "

Tapi setelah dia dilarikan ke hospital, sinar-X menunjukkan sebuah benda kecil bersarang di otaknya. Semasa CT scan dilihat peluru telah melewati rongga mata kirinya dan tertanam dalam kepalanya, entah bagaimana, merosak tengkoraknya menyebabkan dia tak sedar.



"Ini begitu mengejutkan, dan sangat sulit difahami bahawa sesuatu seperti ini telah terjadi pada kami," kata Miss Fuller, 50, seorang jururawat kesihatan mental. "Ini seperti mimpi buruk."

Setelah penembakan doktor bedah berusaha untuk mengangkat peluru tapi begitu dalam tertanam, mereka masih memikirkan  kerana sangat fatal. Mr Hesford telah diberitahu apa yang terjadi, tetapi dia tidak dapat mengingat peristiwa dan doktor percaya dia menderita stres traumatis amnesia-pos.

Serta kehilangan penglihatan mata kirinya, sebahagian lumpuh sebelah kanannya. Percakapnya tidak jelas, ingatannya telah memburuk dan dia menghabiskan sebahagian besar waktu dengan tidur. Dia dirawat di Hospital  Hope di Salford dalam keadaani serius tapi stabil. Polis mengatakan mereka tidak punya alasan untuk mempercayai Mr Hesford sengaja ditembak.

sumber : daily mail

Utusan Online - Hiburan

Posted: 26 Feb 2011 03:33 PM PST

Utusan Online - Hiburan


Bob tak nak berdosa, katanya

Posted:

Bob tak nak berdosa, katanya

Bob tak nak berdosa, katanya



TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.

Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.

Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karyawan perlu minta maaf

Posted:

Karyawan perlu minta maaf

Karyawan perlu minta maaf

KERANA pulut santan binasa, kerana mulut persatuan binasa. Joyah ni bukan nak sebelah mana-mana pihak tetapi Joyah nak ingatkan orang-orang persatuan yang ada di Malaysia ni supaya jangan bercakap banyak sangat, nanti boleh bawa padah juga.

Macam kes Persatuan Karyawan dan Prism (Performance and Artistes Right (M) yang sudah bercakaran sejak tahun 2002, akhirnya memihak kepada Prism.

Kalau ikut kata Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu, dia mahu Freddie menjaga persatuan sendiri daripada sibuk menjaga urusan persatuan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

Kemelut yang melanda Prism dan Karyawan apabila Freddie menuduh Prism menyeleweng duit persatuan yang berjumlah jutaan ringgit.

Krisis antara dua persatuan itu bermula pada 2002 apabila Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) dan Prism mengemukakan fail saman kepada Karyawan.

Akhirnya mahkamah memerintahkan Karyawan membayar pampasan RM10,000 kepada Prism. Kalau pihak Karyawan memohon maaf rasmi secara terbuka dalam tempoh 30 hari dengan syarat yang boleh diterima oleh Prism, bayaran pampasan itu akan dikurangkan sebanyak RM5,000.

Hmmm... Entahlah. Harap selepas ini bila kes sudah selesai, sama-samalah rapatkan saf semula. Bekerjalah dengan lebih baik untuk persatuan masing-masing. Tahniah kepada Prism kerana menang, tahniah juga kepada Karyawan sebab tak menang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Posted: 26 Feb 2011 03:28 PM PST

Celebrity News


Gambar Perkahwinan Siti Sarah dan Suib Kumpulan Sepah

Posted: 26 Feb 2011 10:18 AM PST

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Siti Sarah sah menjadi isteri kepada Suib Juara Raja Lawak yakni kumpulan Sepah.


Siti Sarah berbaju Salmon Peach rekaan busana Hatta Dolmat menjadi pilihan dan tampil anggun dihadapan sanak saudara di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar.


Dan menurut pasangan ini ingin berbulan madu di Ireland tetapi tarikh masih belum diketahui.




Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat mereka.


Zoom : Apa Kata Anda Di ZoOmartis @ Facebook. ?

Berita Harian: Hip

Posted: 26 Feb 2011 12:13 PM PST

Berita Harian: Hip


Ancaman mengancam

Posted: 25 Feb 2011 02:43 PM PST

Hip

Vanessa Williams cuba tidak bayangi pelakon asal Desperate Housewives

WATAK Wilhelmina Slater yang dipegang Vanessa Williams dalam siri Ugly Betty cukup berbekas di hati penonton. Bagaimanapun, watak menarik itu tidak lagi akan menghiburkan peminat apabila program komedi adaptasi siri popular dari Colombia berjudul Yo Soy Betty La Fea itu melabuhkan tirainya pada 14 April tahun lalu, selepas bersiaran sejak 2006.

Wataknya yang suka membuli Betty Suarez (lakonan America Ferrera) sangat diingati. Namun, ketiadaan siri itu tidak bererti wajah Ratu Amerika 1984 itu tidak boleh ditonton lagi. Kini, pelakon yang turut bergelar penyanyi itu ditampilkan pula dalam siri Desperate Housewives musim ketujuh. Memegang watak sebagai Renee Perry, Williams dijangka menggamatkan lagi kawasan kejiranan Wisteria Lane yang selama ini kecoh dengan kehadiran karakter Susan Delfino, Lynnett Scavo, Bree Van de Kamp dan Gabrielle Solis. Renee ialah rakan sekolej Lynette.

Sebanyak 22 episod program berkenaan akan menemui penonton 8TV, dengan episod pertama sudah pun disiarkan 15 Februari lalu, jam 10.30 malam.

Menurut Williams, selepas Ugly Betty ditamatkan, dia terbabit dengan persembahan Broadway, Sondheim and Sondheim, dan seterusnya Desperate Housewives.

"Saya tidak sempat melakukan transisi daripada satu watak ke satu watak yang diamanahkan kepada saya. Tawaran berlakon drama Desperate Housewives datang dua minggu selepas saya tamat melunaskan persembahan Broadway terbabit. Jadi faktor masa antara kekangan untuk saya melakukan transisi keseluruhan watak yang diberi," kata penyanyi lagu Save the Best for Last itu.
Kata Williams, peluang melakonkan watak Renee muncul pengalaman berharga buatnya. Apatah lagi Desperate Housewives mencipta fenomena sendiri di kalangan peminat drama komedi. Sejak disiarkan pada 2004, drama itu sudah menerima pelbagai anugerah seperti Emmy, Golden Globe dan Screen Actors Guild.

"Pihak produksi dan pelakon sangat mengalu-alukan kehadiran saya. Mereka bersikap cukup terbuka. Mereka juga mengharapkan saya mampu menyuntik elemen drama dan humor seperti mana yang dilakukan pelakon terdahulu. Ia cukup menyeronokkan dan drama ini jelas mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

"Sebagai 'wajah baru', saya cuba sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dalam keluarga ini. Saya akan menyerlah dengan cara sendiri dan sekali gus cuba untuk tidak membayangi karakter sedia ada. Mereka sebenarnya melayan saya dengan cukup istimewa," kata pemilik nama sebenar Vanessa Lynn Williams ini.

Berat hati tulis buku biografi

MENGINTAI sisi peribadinya pula, Williams tabah memegang gelaran janda selepas dua perkahwinannya sebelum ini menemui titik noktah. Perkahwinan pertamanya dengan Ramon Hervey II pada 1987 berakhir pada 1997. Mereka dikurniakan tiga anak, Melanie, Jillian dan Devin.

Perkahwinan keduanya dengan bekas pemain bola keranjang NBA, Rick Fox, pada 1999 turut diceriakan dengan kehadiran anak perempuan bernama Sasha pada Mei 2000. Bagaimanapun, selepas Fox didakwa curang, mereka memilih haluan masing-masing.

Fox dan Williams bagaimanapun masih kekal berkawan. Malah, Fox pernah tampil berlakon bersama Williams menemaninya dalam Ugly Betty musim kedua.
Difahamkan, ada pihak berminat untuk membukukan kisah hidup Williams berdasarkan pandangannya terhadap dua bekas suaminya.

"Memang saya ada menerima tawaran menghasilkan buku itu dan perbincangan diadakan membabitkan beberapa penulis. Tetapi saya tahu apa yang penerbit buku mahukan, yakni mereka mahukan saya berkongsi luar dan dalam mengenai kisah hidup saya.

"Sedangkan itu bukan cara saya. Saya impikan sebuah buku yang menceritakan siapa saya dan apa yang mendorong saya hingga ke usia sekarang. Kami ada melontarkan idea dan pelbagai sudut pandangan. Tapi selepas berlaku percanggahan di antara kami, saya rasa berat hati pula untuk melakukannya," katanya.

Ditanya mengenai perancangan dalam masa terdekat dan pada masa mendatang, wanita kelahiran Millwood, New York itu pantas meluahkan hasrat untuk bergelar penerbit TV.

"Memang saya dalam proses perbincangan membangunkan sebuah program TV. Kalau jadi seperti yang dirancang, saya akan bergelar penerbit eksekutif sebuah program TV dan buat julung kali saya tidak akan terbabit di depan kamera. Saya harap ia bakal menjadi kenyataan," katanya yang melihat peluang ini sebagai alasan untuk dirinya menjadi lebih kreatif.

INFO: Desperate Housewives musim ketujuh

  • SUSAN dan Mike berdepan masalah kewangan yang kritikal dan memaksa mereka meninggalkan Wisteria Lane. Selain itu kemunculan, Paige Scavo menambah lagi bilangan ahli dan huru-hara dalam keluarga Scavo.
  • KEMURUNGAN Tom dan jadual harian Lynette yang sibuk menyebabkan dia mengupah Susan sebagai pengasuh bayinya yang baru.
  • BREE pula sukar untuk menyesuaikan diri tinggal berseorangan kerana umurnya yang sudah menjangkau separuh abad. Selepas bercerai dengan Orson, kini hatinya mula tertarik pada Keith Watson, jejaka 20 tahun lebih muda daripadanya.
  • GABRIELLE sibuk mencari anak kandungnya yang hilang kerana insiden tertukar bayi yang berlaku di hospital. Apakah yang bakal berlaku pada Juanita apabila Gabrielle berjumpa dengan anak kandungnya? Adakah Gabrielle akan meninggalkan Juanita?
  • MUSIM ini juga bakal menyaksikan kehadiran Vanessa Williams sebagai suri rumah baru, Renee Perry, yang juga rakan Lynette sewaktu di kolej dulu. Walaupun rumah Renee berdekatan dengan Lynette namun Renee ternyata menyimpan banyak rahsia sulit yang mampu memusnahkan rumah tangga Lynette dan Tom.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mesti Tonton: Kembara menuntut bela

    Posted: 25 Feb 2011 02:28 PM PST

    Hip

    Sentuhan Spielberg, Coen hasilkan semula filem klasik True Grit dengan penuh bergaya

    BAGI penggemar filem klasik Amerika, mungkin filem terbaru arahan Joel dan Ethan Coen berjudul True Grit yang berkisar sekitar zaman 1870-an mampu membuatkan penonton terpegun dengan sinematografi dan jalan ceritanya yang menarik.

    Filem yang diadaptasi daripada novel bersiri nukilan Charles Portis ini mengisahkan gadis berusia 14 tahun, Mattie Ross (Hailee Steinfeld) yang berusaha menjejaki pembunuh bapanya di bandar Fort Smith, Arkansas. Pembunuh terbabit, Tom Chaney (Josh Brolin) melarikan diri ke Indiana selepas menembak mati lelaki itu, gara-gara dua keping emas.

    Namun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi Ross di sepanjang perjalanannya. Dia yang tidak mempunyai sumber kewangan sebaik saja tiba dari Yelle terpaksa menjual harta peninggalan bapanya bagi mengupah seorang Marsyal yang cekap, Rooster Cogburn (Jeff Bridges), yang juga mempunyai sikap tamat dan pemabuk.

    Ross berjanji untuk membayar Cogburn ASD100 sebagai upah dan membayarnya separuh daripadanya sebagai deposit, tetapi dengan syarat dia sendiri mengikuti perjalanan Cogburn mencari Chaney. Begitupun Ross mendapat halangan daripada renjer dari Texas, LaBoeuf (Matt Damon).

    LaBoeuf diarahkan ibu Ross untuk membawanya pulang ke Yelle, begitupun Ross enggan selagi belum bertemu dengan pembunuh bapanya. Sebaliknya LaBoeuf turut memburu Chaney kerana lelaki terbabit didakwa membunuh senator Texas.
    Ross mengetahui niat LaBoeuf untuk membawa pulang Chaney ke Texas bagi menjalani hukuman, namun demi keadilan, Ross mahu Chaney dikenakan hukuman di bandar bapanya dibunuh.

    Filem yang turut mendapat sentuhan eksekutif produser seperti Steven Spielberg, Robert Graf, David Ellison, Paul Schwake and Megan Ellison ini sarat dengan elemen mencemaskan, dengan debaran memuncak ketika babak Ross terjatuh ke dalam gaung di mana beberapa ekor ular turut berada di situ.

    Begitu juga True Grit yang pernah difilemkan pada 1969 menyentuh menyentuh perasaan penonton, seperti babak Cogburn berusaha menyelamat Ross dengan membawanya pulang ke Fort Smith untuk mendapatkan rawatan namun, tangan kiri gadis itu terpaksa di potong.

    Ketika yang sama, filem yang penuh dengan drama dan aksi ini turut diselitkan dengan unsur jenaka bagi menarik minat penonton, malah jalan ceritanya juga tidak membosankan, membuatkan penonton teruja untuk mengikuti kisah dipaparkan sehingga ke akhir.

    Paling menarik, selain lakonan hebat barisan bintangnya, tidak kira baru atau lama, teknik sinematografinya yang cukup meyakinkan, sehingga penonton seolah-olah berada pada zaman klasik Amerika Barat itu.

    Namun begitu, tumpuan pasti terarah kepada Jeff Bridges yang kini dilihat sebagai antara pencabar terhebat untuk membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Academy ke-83, pada Isnin ini (waktu Malaysia).

    Selain penyenaraian Bridges dalam kategori lakonan, filem ini juga dicalonkan dalam sembilan kategori lain, menjadikannya antara filem disebut-sebut untuk mencatat kejayaan besar pada anugerah berprestij terbabit. Pendek kata, ia berbaloi dihasilkan semula untuk tontonan generasi lebih muda.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    Posted: 26 Feb 2011 09:15 AM PST

    :: MYARTIS.COM ::


    NOSTALGIA SHAHIR...

    Posted: 25 Feb 2011 03:20 PM PST

    Umum mungkin sudah sedia maklum tentang Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, yang dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

    "Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

    "Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

    "Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.
    Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

    "Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

    "Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

    Istimewa di myartis, jom kita lihat nostalgia Shahir ketika dia masih berhingus sebelum meraih populariti seperti sekarang. Semoga ada sesutau yang dapat kita pelajari daripada Shahir sebagai pendorong kejayaan hari esok


    Klik untuk imej besar...


    Shahir ketika menyertai kumpulan Saujana


    Shahir ketika menyertai kumpulan Saujana



    Kecil-kecil sudah banyak terima hadiah..


    Ketika masih di Tadika...




    GAMBAR2 LAIN... SILA KLIK DI SINI...




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    Blog Sensasi Ohbayu

    Posted: 26 Feb 2011 03:24 AM PST

    Blog Sensasi Ohbayu


    (Gambar) Lagi Kisah Mayat Berjalan Di Indonesia

    Posted: 25 Feb 2011 04:47 AM PST

    (Warning: Entri ini mengandungi gambar-gambar yang kurang menyenangkan untuk dilihat)

    Photobucket

    Ramai juga yang memberi komen-komen yang hangat-hangat dan ada yang memberi pendapat adalah hasil hipnotisme yang dilakukan ke atas mayat


    Kononnya di sebuah gua di kampung Sillanang, Toradja, Sulawesi Selatan sejak tahun 1905 telah ditemui mayat manusia yang tidak rosak, tidak busuk sehingga sekarang. Mayat itu tidak diawet seperti yang dilakukan orang-orang Mesir Purba bahkan tidak diletakkan apa-apa ramuan pun.

    Menurut pendapat setengah orang, kemungkinan ada semacam zat di gua itu yang boleh mengawetkan mayat manusia.

    Di samping mayat yang anti busuk, ada pula mayat manusia yang boleh berjalan diatas kedua kakinya, bagaikan orang hidup yang tidak kurang suatu apa pun.

    Photobucket

    Katanya mayat itu berjalan dengan kaku dan agak terhentak-hentak (macam robot agaknya). Dan dalam perjalanan itu ia ditemani oleh orang hidup yang mengawalnya, sampai ke rumahnya sendiri.

    Bagaimana boleh terjadi? Ingat ya mayat tersebut bukan hidup semula cuma boleh berjalan sendiri.

    Kononnya begini, orang-orang Toradja biasanya menjelajah kampungnya yang bergunung-ganang dan banyak gaung itu hanya dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan yang sukar itu kemungkinan jatuh sakit dan mati selalu ada.

    Supaya mayat tidak ditinggalkan di luar daerahnya sendiri (orang Toraja menghormati roh setiap orang yang meninggal) dan juga supaya ia tidak menyusahkan orang lain (terpaksa memikul mayat berjalan di kawasan yang sukar berhari-hari), maka dengan satu ilmu ghaib, mungkin sejenis hipnotisme menurut istilah orang sekarang, mayat boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti apabila dia sampai di rumahnya sendiri.

    Bayangkan, mayat itu tahu arah jalan ke rumahnya sendiri, kerana pantang-larang upacara tersebut: mayat yang berjalan itu tidak boleh disentuh. Mungkin kalau disentuh magiknya dengan serta merta hilang.

    Kemungkinan juga mayat-mayat tersebut dirasuk dengan jin atau syaitan.Syaitan memang suka menyesatkan manusia dan kalau mereka disembah dengan jampi serapah yang syirik itu tidak mustahil dia akan membantu mayat itu berjalan.

    Dikatakan juga masyarakat Torodja menganggap tidak ada beza orang hidup dan orang mati. Orang mati pun hidup bermasyarakat jadi mereka membuat "satu perkampungan" untuk meletakkan mayat orang yang dah mati ni.

    Photobucket

    Photobucket

    sumber:isuhangat

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Di Dada Ada Tangan Dan Kaki

    Posted: 25 Feb 2011 04:44 AM PST

    Photobucket

    Deepak Kumar Paswaan,8 tahun dari Indian akhirnya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain setelah 'kembar parasit'nya dipisahkan dari badannya.

    Kanak-kanak ini yang mendapat gelaran 'budak sotong' dilahirkan bersama kaki dan tangan yang lengkap seperti kembar siam yang membesar di dadanya.

    Satu pembedahan selama 4 jam dilakukan kepadanya untuk memisahkan kembarnya itu di Hospital Fortis, Bangalore dan berjaya.

    "Saya penat menjadi budak yang lain dari kanak-kanak lain, saya mahu hidup normal" Ujar Deepak selepas pembedahan.

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    Sumber : isuhangat

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    macam macam hiburan terkini

    Posted: 26 Feb 2011 03:10 AM PST

    macam macam hiburan terkini


    Daphne Kahwin, Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal

    Posted: 25 Feb 2011 08:34 AM PST


    PETALING JAYA: Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

    Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

    Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.

    Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.

    "Dalam Islam, tanggungjawab saya besar untuk membimbing dan menjaganya dengan baik. Keputusan kami untuk bernikah juga bagi menghindari fitnah," katanya seperti dipetik dari Daily Chili Jumaat.

    Sementara itu, Daphne memberitahu bahawa Joe merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.

    "Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," katanya.

    Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India.

    Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.

    "Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

    Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalnkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti 2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama, homoseksual dan perubahan jantina.

    "Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung sebagai rakan kongsi.

    "Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat publisiti meluas," katanya.

    google: daphne iking, daphne iking peluk islam, nama islam daphne iking, gambar daphne iking, suami daphne iking baru, daphne iking dan suami baru, foto daphne iking dan suami, bila daphne iking peluk islam, nama suami daphne iking, nama islam daphne iking, gambar suami baru daphne iking

    Ainul Aishah Kemalangan Selepas Habis Penggambaran

    Posted: 25 Feb 2011 08:33 AM PST


    PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.

    Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran salah satu daripada beberapa episod drama Begitukah Cinta kira-kira pukul 6.45 petang, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

    "Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

    "Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja," ujarnya.


    Ainul Aishah
    Kereta jenis Honda City tersebut mengalami kerosakan agak teruk dan kini sedang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

    Tambah Ainul, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tetap berasa terkejut dan lebih berwaspada ketika memandu.

    "Akibat kemalangan itu, kereta saya mengalami kerosakan agak teruk dan kini berada di bengkel. Buat masa ini saya gunakan kereta abang saya sementara menunggu kereta tersebut siap dibaiki.

    "Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat," katanya.

    Tambah Ainul, dia mengakui sikap tergesa-gesanya mendatangkan bahaya kepada banyak pihak dan menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepadanya.

    "Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Allah selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya.

    Shahir Disyaki Sakit Kanser Hati

    Posted: 25 Feb 2011 08:32 AM PST


    KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu.

    Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

    "Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

    "Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

    "Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

    Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

    "Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

    "Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

    Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

    Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

    Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor.

    Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya.

    Kontroversi 'Halimah Jongang', Sheera Hilang Tawaran Berlakon

    Posted: 25 Feb 2011 08:31 AM PST


    SUBANG JAYA: Pelakon Sheera Iskandar mengakui selepas tamat penggambaran drama Halimah Jongang bersama produksi milik A.Aida, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

    Menurut Sheera, dia bertambah kesal apabila kontroversi dituduh "melanggar kontrak" A.Aida sebelum ini telah memberi kesan teruk terhadap kerjaya sebagai seorang pelakon.

    "Perkara ini memberi kesan yang agak teruk kepada saya terutama dalam industri. Ramai produser yang takut untuk ambil saya berlakon kerana telah dituduh tamak dengan tawaran. Saya tahu ada yang penyampai dan bercakap-cakap tentang perkara itu kepada penerbit-penerbit drama.

    "Drama Iparku Diva yang sedang saya lakonkan sekarang itu pun sudah ditandatangani sebelum kontroversi Halimah Jongang berlaku. Kalau tidak, saya tak tahulah apa jadi dengan nasib saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pengacara dan Penyampai untuk Anugerah Bintang Popular, di sini, Khamis.

    Sebelum ini, A.Aida mendakwa Sheera melanggar kontrak termasuk mengambil tawaran produksi lain ketika penggambaran Halimah Jongang.

    A.Aida turut menyifatkan Sheera sebagai kurang ajar kerana memotong rambut sehingga menyebabkan berlakunya rombakan skrip dalam drama tersebut.

    Tambah Sheera, di kecewa apabila kontroversi tersebut telah menjadikannya mangsa sehingga hampir membunuh kerjayanya sebagai pelakon.

    "Saya malu untuk keluar menemui orang ramai terutamanya di tempat awam. Mereka yang tidak faham pasti akan menyalahkan saya seratus peratus. Jika duduk di rumah pula rasa sangat tertekan. Kalau saya terlalu fikirkan perkara itu, badan boleh jadi sakit-sakit.

    "Saya juga tak boleh tengok rambut palsu dan topi kerana sentiasa teringatkan watak Halimah Jongang yang hampir membunuh kerjaya saya," katanya.

    Bagaimanapun, menurut Shira dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan dalam bidang lakonan dan percaya kepada rezeki daripada Allah.

    Ketika ditanya tentang tindakan susulan daripada tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pemilik A.Aida Production itu, Sheera hanya memberitahu dia memilih untuk berdiam diri.

    "Kami tak akan ambil apa-apa tindakan kecuali dia sudah memulakan dahulu. Tapi sehingga kini belum ada apa-apa lagi perancangan.

    "Walaupun begitu, kami juga ada meminta pandangan dan khidmat nasihat daripada peguam tentang perkara ini.

    "Mereka menasihatkan agar berdiam dan tunggu apa yang akan mereka lakukan terlebih dahulu. Lagipun kes saman-menyaman ini perlukan kos dan bukan percuma," katanya.

    Tuntutan Harta Sepencarian Norish Karman Ditangguh Ke April

    Posted: 25 Feb 2011 08:30 AM PST


    SHAH ALAM: Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

    Peguam syarie Amli Embong yang mewakili Norish memberitahu, tarikh itu ditetapkan bagi memberi peluang kepada Hashimuddin untuk menjawab pindaan penyataan tuntutan Norish, sekiranya ada.

    Pindaan penyataan tuntutan tersebut difailkan pada Khamis, seperti yang telah diarahkan oleh Hakim Syarie Mohammad Adib Husain.

    Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15Julai 2008.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

    Pelakon drama Spa Q tersebut memfailkan permohonan itu selepas kaedahmelalui sulh (perbincangan secara baik) yang dibuat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti pada tahun 1995 itu gagal mencari kata sepakat.

    Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, dekat sini.

    Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.

    Jay Iswazir (Pilih Kasih 2) Anggap Parut Bawa Tuah

    Posted: 25 Feb 2011 08:24 AM PST


    PETALING JAYA: Artis Pilih Kasih musim kedua, Jay Iswazir yang diumumkan sebagai Pelakon Terbaik TM pada Pentas Akhir Pilih Kasih 2 di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini, Ahad lalu akan mengekalkan parut di pipi kanannya.

    Ini kerana, kata pemilik nama Ahmad Iswazir 29, parut itu memberi tuah kepadanya terutama peluang ditawarkan berlakon watak antagonis.

    Tidak dinafikan suatu ketika dulu dia pernah berasa rendah diri dengan kecacatan pada wajahnya itu namun lama-kelamaan dia semakin selesa dan tidak menghiraukan pandangan orang lagi.

    "Sebenarnya, parut ini terjadi kerana muka saya ditimpa ketuhar ketika berumur lima tahun. Waktu itu, kulit antara mulut ke pipi saya terkoyak dan doktor terpaksa menjahit bahagian itu.

    "Menurut doktor, parut ini boleh dihilangkan tetapi waktu itu saya tidak terfikir untuk membuangnya.

    "Walaupun telah menceburi bidang seni, saya belum merancang untuk berbuat demikian. Tetapi mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah bersedia baru saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online.

    Jay berkata, dia mengambil contoh pelakon Adlin Aman Ramli yang sebelum ini pernah mempunyai 'tanda' di pipi tetapi berjaya juga menerima tawaran berlakon.

    Bercerita tentang program realiti tersebut, Jay terpaksa akur apabila hanya menang sorak tetapi kalah dengan mendapat tempat keempat.

    "Saya rasa sedikit kecewa kerana saya memasuki program ini untuk bergelar juara.

    "Bagaimanapun, saya tidak menyangka yang saya mempunyai ramai peminat tetapi dalam masa yang sama saya agak pelik apabila undian untuk saya agak tercorot," kata graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ini.

    Namun begitu, kekalahan itu tidak melemahkan semangat Jay yang sebelum ini menjadikan pemenang tempat ketiga, Ku Hariz sebagai saingannya.

    Sementara itu, Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 26, akui tidak terguris apabila menjadi bahan usikan oleh juri iaitu Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah serta Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor kerana fizikalnya yang rendah.


    Ku Hariz ketika pementasan teater muzikal.
    "Saya percaya dalam kekurangan ini pasti ada kelebihan kepada saya. Saya akan cuba mencari peluang dalam bidang lakonan ini walaupun ditawarkan watak kecil sekalipun.

    "Saya akan cuba menerimanya asalkan watak itu dan skripnya menarik," katanya.

    Bagi Yuzwan Yunus atau nama sebenarnya Mohd Izwan Yunus, 24, yang memenangi tempat kedua dalam program itu berjanji akan menjaga tingkah laku dan disiplin setelah bergelar seorang pelakon selepas ini.

    "Walaupun saya tidak mempunyai paras rupa yang menarik, namun saya akan cuba mencari kelebihan lain yang boleh dilakukan.

    "Saya akan mengkaji watak dan kelemahan saya serta mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan secara sepenuh masa.

    "Saya sukakan watak antagonis dan berminat untuk mencuba pelbagai jenis watak selepas ini," ujarnya yang pernah bekerja sebagai usahawan tani.

    Konsert 'Untukmu Loloq' Di Istana Budaya April Depan

    Posted: 25 Feb 2011 08:23 AM PST


    KUALA LUMPUR: Menterinya Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan idea bagi menghargai pengorbanan penulis lirik Loloq atau Rosli Khamis dengan penganjuran Konsert 'Untukmu Loloq' yang bakal berlangsung di Istana Budaya dari 22 hingga 24 April depan.

    Idea sebagai tanda penghargaan Zahid kepada Loloq kerana mereka pernah mengelilingi satu Malaysia selama seminggu ketika Zahid bergelar Timbalan Menteri Penerangan sebelum ini.

    Konsert tersebut melibatkan 60 orang terdiri dari pemuzik bekas tentera darat, artis tari dari Kementerian Pertahanan, kumpulan koir dari Kementerian Pertahanan, pengarah persembahan Lokman Ghani, pengarah muzik Eddy Marzuki, penerbit Den Wahab dan penulis skrip Ad Samad.

    "Ia terbahagi kepada empat segmen iaitu berkisar latar belakang arwah, nyanyian lagu-lagu popular karya Loloq oleh kumpulan Spider, Ella dan Ramli Sarip, sketsa pendek tentang Loloq dan penampilan khas M.Nasir.

    "Dijangkakan sebanyak 24 lagu hasil tulisan Loloq akan dinyanyikan dan lirik lagu tersebut akan dipaparkan di tepi pentas supaya penonton dapat menghayatinya," kata Lokman Ghani ketika sidang media di Istana Budaya, di sini, Khamis.

    Tambahnya: "Saya pernah berlakon dengan Loloq selama seminggu dalam drama Hujan Di Hati Kamariah arahan Fauziah Ahmad Daud tetapi sehingga sekarang drama itu tidak disiarkan di televisyen.

    "Banyak perkara yang kita tidak tahu tentang arwah akan dipaparkan pada konsert itu hasil cerita kawan-kawan rapat arwah. Misalnya arwah gemar melakukan pelbagai aksi melucukan ketika menulis lirik di atas lantai.

    "Kemungkinan salah seorang ahli keluarga Loloq akan muncul dalam konsert ini," katanya.

    Bagaimanapun, balu Loloq, Hariah Yaacob,39, akan meneliti dan membaca skrip konsert terbitan Global Network Entertainment itu dahulu sebelum memulakan latihan pementasan yang dijadualkan bermula April ini.

    Pada 26 Februari ini, sesi uji bakat untuk mencari pelakon yang boleh melakonkan watak Loloq akan diadakan.

    Kriteria yang dicari tidak semestinya mempunyai wajah seiras Loloq tetapi yang penting adalah memiliki karakter sepertinya.

    Loloq aktif menulis lirik sejak berusia 20 tahun dan terkenal dengan beberapa nama pena lain seperti Nurbisa dan Pistol Bimbo.

    Selain itu dia juga dikenali sebagai pelakon filem dan drama televisyen sepertiPari-Pari, Lang Buana, Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa.

    Antara lirik lagu ciptaannya adalah Andalusia, Ghazal Untuk Rabiah, Mentera Semerah Padi, Apokalips, Bonda dan Aladin.

    Harga tiket 'Untukmu Loloq' dijual pada harga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM295 dan RM450.

    Sementara itu Kementerian Pertahanan berhasrat untuk membiayai pengajian anak-anak Loloq yang akan diumumkan kemudian oleh Zahid.

    Hasil perkahwinan Loloq dengan Hariah mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Krsty, 15, Jaevnur, 12, dan Yashanur, 10.

    Fouziah Gous Cerewet Soal Watak Dan Pakaian

    Posted: 25 Feb 2011 08:21 AM PST


    PETALING JAYA: Pelakon Fouziah Gous menitik beratkan pemilihan pakaian apabila melakonkan sesebuah cerita agar ia menepati watak yang dilakonkan.

    Sekiranya watak wanita kampung, pelakon drama Trilogi Cinta ini akan memastikan dia memakai baju lusuh dan kain batik.

    Sebaliknya jika melakonkan watak wanita moden, dia akan mengenakan pakaian yang kelihatan moden dan memastikan ia tidak sama seperti fesyen yang digayakan olehnya sebelum ini.

    "Saya agak cerewet dan teliti apabila bab memilih pakaian ketika berlakon kerana tidak mahu nampak macam ala kadar sahaja. Biasanya sebelum memulakan penggambaran, saya akan bincang dengan pihak yang menguruskan pakaian pelakon dan pengarah tentang apa yang sesuai dipakai.

    "Seperti lakonan saya dalam drama Mantera Anjasmoro, saya perlu menonjolkan elemen muda kerana saya merupakan isteri kedua.



    Fouziah melakonkan watak isteri kedua kepada Zahid lakonan Ady Putra dan Siti Shahrizah (Eja) sebagai isteri pertama Zahid.
    "Sementara lakonan saya dalam drama Trilogi Cinta pula saya perlu nampak betul-betul macam orang kampung. Jadi saya memakai baju T dan kain batik.

    "Warna pakaian juga memainkan peranan penting. Saya akan mencari sendiri pakaian tersebut dan sekiranya saya rasa perlu beli pakaian itu, saya akan membelinya tetapi biasanya jarang berlaku," kata Fouziah.

    Tambahnya: "Saya tidak mahu dibayangi dengan diri sendiri dalam setiap lakonan saya dan sebolehnya mahu betul-betul nampak lain dan biarlah penonton menilai lakonan saya kerana watak yang dilakonkan itu.

    "Saya tidak nafikan, ramai yang menggemari lakonan saya sebagai Norjinah dalam Trilogi Cinta sehingga mereka menganggap diri saya betul-betul baik dan lemah-lembut.

    "Sedangkan pada saya bukan mudah untuk melakonkan watak baik berbanding watak jahat."

    Menurutnya dalam Mantera Anjasmoro dia perlu melakonkan watak seorang wanita jahat yang tidak menonjolkan sisi jahatnya. Dia terdesak menjadi jahat kerana terlalu sayangkan suami.

    Selain itu, dia turut meluahkan perasaan seronok kerana dapat bekerjasama dengan pengarah Aidilfitri Mohamad Yunos dalam drama berkeaan.

    "Saya menggemari cara pengarahan Abang Aidil kerana drama arahannya kelihatan moden dan banyak ruang yang besar.

    "Kalau boleh saya mahu bekerja dengannya lagi selepas ini," katanya.

    Penonton boleh menyaksikan drama Mantera Anjasmoro pada setiap Khamis, pukul 9 malam mulai 3 Mac ini di TV3.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 26 Feb 2011 01:29 AM PST

    Kosmo Online - Hiburan


    Percaturan bijak Portman

    Posted:

    Percaturan bijak Portman

    Percaturan bijak Portman



    LEON (The Professional). Heat. Beautiful Girls. Star Wars. Black Swan. No Strings Attached. Sekadar menyebut beberapa filem lakonannya. Tidak perlu diberi mukadimah yang panjang, wanita dengan nama asal Natalie Hershlag yang lebih terkenal dengan nama pentas Natalie Portman diketahui bukan calang-calang pelakon.

    Dia berada dalam wilayah tersendiri, yang tidak tersentuh oleh orang lain.

    Portman - si bijaksana lulusan Universiti Harvard dengan ijazah psikologi yang boleh menguasai bahasa Perancis, Jepun dan Arab dengan baik ini punya ceritera yang luar biasa tentang kariernya. Sejak kecil dia sudah menentukan apa yang diinginkan untuk kehidupan kini.

    Sewaktu berusia 10 tahun, Portman dilamar produk kecantikan gergasi, Revlon untuk menjadi salah seorang model mereka.

    Namun tidak mengambil masa yang lama, dia menolak tawaran yang barangkali tidak akan ditolak oleh anak kecil lain. Sebaliknya, dia memilih untuk fokus terhadap bidang yang dicintainya - dunia lakonan.

    Alasan Portman yang kini telah menggoda dunia dengan karismanya: "Saya berbeza dengan kanak-kanak lain. Saya berusaha keras untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Saya adalah seorang kanak-kanak yang serius."

    Dia yang kini berusia 30 tahun nyata memang tahu aturan dan kemahuan hidup sendiri. Wanita ini telah mempersona dunia dengan karisma, kredibiliti dan profesionalisme yang cukup teguh.

    Sewaktu kariernya memuncak, Portman tidak gentar untuk mengendurkan aktiviti lakonannya demi mengejar ilmu.

    Persepsi yang dilontar oleh segelintir pemerhati dunia hiburan tentang Portman akan gagal dalam kerjayanya kerana menuntut ilmu dipintas sinis oleh wanita yang dilahirkan di Jerusalem, Israel itu.


    FIGURA Hollywood paling menggoda saat ini, Natalie Portman merupakan gabungan kejelitaan, kredibiliti dan realiti yang membentuk suatu kesempurnaan yang berkuasa meyakinkan khalayak terhadap posisinya sebagai seorang aktres terbilang global.


    "Saya lebih rela menjadi orang yang bijak daripada tidak menjadi sesiapa," katanya penuh yakin. Ternyata apa yang dikatakan Portman bukan satu dialog kosong.

    Usai pengajian pada tahun 2003, termometer kariernya masih tinggi.

    Sekadar menyelak portfolio Portman, sejak penampilan perdananya pada usia 13 tahun menerusi filem Léon (The Professional), dia telah memacak tanda aras yang tinggi buat diri sendiri. Pada usia sementah itu dia membuktikan kehadirannya bukan datang untuk mengejar glamor, tetapi wujudnya dia dalam pentas hiburan adalah untuk dipuja khalayak yang menghargai bakat seorang pelakon yang berpendidikan tinggi.

    Kata wanita yang juga terkenal sebagai aktivis politik ini: "Sewaktu saya mula berlakon semasa kecil, saya mahu membahagiakan semua orang dan sering memerlukan restu semua orang. Namun apabila saya membesar dan masih lagi ingin berlakon, saya berlakon bukan untuk membahagiakan orang lain lagi. Saya berlakon untuk kepuasan diri sendiri."

    Benar apa yang dikata Portman. Semakin menginjak dewasa, dia mula lebih selektif dan hanya akan muncul dalam naskhah-naskhah yang mempunyai magis tersendiri. Paling dihindari sejak dahulu adalah melakonkan aksi bogel. Bagi Portman, tindakan berbogel dalam filem yang dilakukan kebanyakan pelakon wanita pada usia muda mereka akan memberi impak negatif apabila mereka meningkat dewasa.

    Ia, kata Portman lagi bukan satu perlakuan yang bijak untuk membuat diri seorang pelakon diberi penghormatan. Kecuali ia mempunyai sebab yang cukup kukuh untuk berbogel, bukan untuk tujuan komersial semata-mata.

    Malah dalam hampir setiap naskhah yang dituang dengan keupayaannya sebagai pelakon, dia akan pulang dengan penghargaan.

    Begitu yang terjadi apabila dia memegang karakter 'misteri' Nina Sayers si penari balet dalam filem Black Swan yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.


    KUTCHER merupakan gandingan Portman dalam filem romantik komedi sulung lakonannya, No Strings Attached.


    Melalui karakter Nina sahaja, dia telah menggondol tujuh anugerah termasuk dalam Anugerah Golden Globe yang kesemuanya mengangkat dia sebagai Aktres Wanita Terbaik.

    Bersama tujuh penghargaan tersebut, Portman kini diramal bakal merangkul satu lagi anugerah yang sama melalui majlis penghargaan paling berpengaruh, Oscar yang akan berlangsung pada hari Isnin ini.

    Bersaing dengan empat pencalonan yang juga tidak kalah hebat iaitu Annette Bening (The Kids Are All Right), Nicole Kidman (Rabbit Hole), Michelle Williams (Blue Valentine) dan Jennifer Lawrence (Winter's Bone), Portman bagaimanapun diramal akan membawa pulang trofi Aktres Wanita Terbaik kerana keberkesanan lakonannya dalam filem arahan Darren Aronofsky itu.

    Jika Portman berjaya membawa pulang Oscar dan telah menerima tujuh penghargaan terdahulu yang diklasifikasikannya sebagai satu penghormatan besar buatnya, ia sebenarnya berbaloi dengan kepayahan yang dilalui sewaktu menjalani penggambaran filem tersebut.

    Dia menjalani rejim latihan yang ketat - lima jam sehari, tujuh hari seminggu dan dia dilatih dua bulan sebelum filem memulakan penggambaran oleh penari New York Coty Ballet yang berpengalaman selama 10 tahun, Mary Helen Bowers.

    Selain Mary, Portman yang memang mempunyai asas tarian sejak usia empat tahun dibantu oleh koreografer Benjamin Millepied yang juga merupakan tunang dan bapa kepada cahaya mata mereka kelak.

    "Latihan tarian yang saya jalani membuat banyak otot terkejut. Saya harus kurang makan dan sempat cedera di bahagian rusuk, tetapi saya sangat sukakan balet," katanya tentang kepayahan yang berbaloi menjadi Nina.

    Saat ditanya berapa dekat Nina dengan kehidupan sebenarnya, Portman memberitahu, secara jujur dia tidak tahu untuk mengatakan jika Nina mempunyai persamaan dengan dirinya. Malah dia juga takut untuk bersetuju jika Nina, penari balet yang mempunyai sisi gelap dan eksentrik itu 'hidup' dalam dirinya.

    Cuma kata Portman, setiap pelakon memang akan cuba mengaitkan watak yang dimainkan dengan kehidupan peribadi mereka.Jika tidak banyak, pasti ada sedikit.


    SELEPAS 17 tahun menghambakan diri dalam dunia ranjau lakonan, 2011 menjadi tahun buat Portman untuk menuai segala hasil penah lelahnya itu selama ini.


    Namun buat Nina 'hidup' di dalam Portman, wanita ini hanya menjawab: "Yang saya tahu, saya amat sukakan Nina kerana karakter ini ditulis dengan begitu spesifik. Jadi tidak perlu untuk berusaha menjadi dia atau dia menjadi saya."

    Bersaing dengan Black Swan, Portman sebenarnya turut mempertaruhkan kredibilitinya dalam filem komedi romantik buat pertama kali sepanjang karier lakonannya iaitu menerusi No Strings Attached.

    Dia yang berpasangan dengan Ashton Kutcher turut terlibat sebagai penerbit eksekutif.

    Bercakap tentang pembabitan perdana sebagai penerbit eksekutif sekali gus pelakon, Portman memberitahu: "Ia adalah proses yang mengujakan apabila saya dapat melibatkan diri di belakang tabir dan di depan layar."

    Dengan pembukaan dua filem hebat pada tahun ini, Portman sebenarnya mempunyai beberapa naskhah yang dijangka akan meneruskan keteguhan wilayah kehebatannya sendiri termasuk untuk filem adaptasi Thor dan bakal membawa karakter Elizabeth Bennet yang juga diadaptasi daripada novel Pride and Prejudice serta Zombies.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hidup saya lebih sempurna - Lan

    Posted:

    Hidup saya lebih sempurna - Lan

    Hidup saya lebih sempurna - Lan

    Oleh HARYATI KARIM
    haryati.karim@kosmo.com.my


    WAJAH terbaru Lan yang dirakam di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.


    VOKALIS band Azlan & The Typewiter, Norazlan Rosle, 27, atau Lan kini telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Normala Hassan, 27, yang dinikahinya pada 1 Januari lalu.

    Ia berlaku selepas majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada November tahun lalu ditunda.

    Bercakap tentang alam perkahwinan yang baru ditempuhinya, Lan yang ditemui pada majlis pelancaran program RTM, Xpresi Kembara di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini, dia mengakui kehidupannya kini lebih sempurna selepas bergelar suami.

    "Saya tidak tahu macam mana ingin menterjemahkan kebahagiaan selepas berkahwin. Memang saya bahagia dan seronok melalui kehidupan saya sekarang," tuturnya.

    Meskipun telah selamat melangsungkan perkahwinannya di Cheras, namun masih terdapat khabar yang kurang enak berhubung majlis perkahwinannya.

    Ini kerana Lan tidak mengotakan janjinya sebelum ini untuk menjemput pihak media.

    Disoal, mungkinkah Lan cuba menyembunyikan sesuatu apabila tidak menjemput pihak media, Lan menjelaskan kesibukan menjelang hari perkahwinannya menyebabkannya dia tidak sempat untuk menjemput pihak media.

    Sementelah katanya, majlis tersebut diuruskan oleh isterinya.

    "Majlis perkahwinan saya diuruskan oleh isteri kerana ketika itu saya sibuk dengan Anugerah Juara Lagu dan persembahan pentas.

    "Bayangkan saya sendiri menolak banyak persembahan pada tahun baru. Saya terlalu sibuk, bukannya saya tidak mahu jemput media," ungkap Lan.

    Tambahnya: "Lagipun, tiada apa yang saya mahu sembunyikan. Rasanya ramai pihak media kenal siapa isteri saya.

    "Jadi, tidak ada apa yang mahu disorokkan pada majlis perkahwinan saya itu. Majlis itu berlangsung secara sederhana. Saya berharap semua pihak doakan kebahagiaan saya," katanya.

    Jumpa dua kali seminggu

    Walaupun sudah bergelar suami isteri, namun kata Lan dia dan isterinya hanya berjumpa dua kali seminggu dek kesibukan kerjayanya sebagai penyanyi yang mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.

    "Memang kami berjumpa sekali atau dua kali seminggu, nasib baik saya dapat isteri yang memahami kerjaya saya sebagai penyanyi, kalau tidak susah juga.


    SIBUK dengan kerjaya seni, Lan turut menjadi anggota band A.P.I dan Prima Domestik, selain Azlan & The Typewritter.


    "Kalau saya ingin bawa dia ikut persembahan pentas tidak boleh juga sebab dia ada kerjayanya sendiri di Kuala Lumpur," ucapnya lagi.

    Apabila berbicara soal cahayamata, ujar Lan, mereka membuat perancangan untuk memiliki anak buat masa yang terdekat ini.

    "Bagi saya untuk ada anak, ia memerlukan kepada suatu komitmen yang besar terutama daripada segi masa,.

    "Sekarang ini kami masing-masing sibuk, kalau ada anak dan tidak dapat beri sepenuh perhatian susah juga. Tengoklah macam mana, andai ada rezeki dan mengikut perancangannya, saya memang teringin anak," beritahunya sambil tersenyum lebar.

    Selepas menjadi seorang suami, kata Lan, dia masih orang yang sama tiada apa yang berubah. Kerjayanya juga masih kukuh sebagai penyanyi dan pemuzik.

    "Kalau daripada segi luaran tiada apa yang berubah tetapi segi dalaman memang banyak berubah terutama berkaitan dengan faktor kematangan menguruskan keluarga dan tanggungjawab yang semakin bertambah," akuinya.

    Selain memberi tumpuan kepada band Azlan & The Typewritter, Lan juga merupakan anggota band projek A.P.I dan terbaru, Prima Domestik gabungan bersama Hillary (Search) , Joe (Wings) serta Kelly dan Ujang (Exists).

    "Syukur, rezeki saya tidak hanya terikat dengan band sendiri sebaliknya projek-projek band yang lain juga.

    "Saya kini juga vokalis untuk band Prima Domestik dan kami telah merakamkan empat buat lagu.

    "Kemungkinan besar akan ada enam buah lagu secara keseluruhannya. Single pertama yang akan keluar berjudul Sedingin Pluto," jelasnya yang telah mula membuat rakaman pada bulan Disember tahun lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    KD sanggup tinggal di Dili

    Posted:

    KD sanggup tinggal di Dili

    KD sanggup tinggal di Dili


    KRISDAYANTI dan Raul Lemos.


    MENJELANG pernikahannya dengan Raul Lemos, Krisdayanti atau KD memberitahu bakal suaminya itu lebih sibuk berbanding dirinya.

    Dia memberitahu, Raul merancang dan membuat segala perkahwinan mereka. Malah, Raul sanggup mengenepikan urusan perniagaannya untuk memberi fokus terhadap persiapan perkahwinan mereka.

    "Jujur, dia (Raul) yang paling sibuk menguruskan persiapan perkahwinan kami. Banyak projeknya yang banyak terbengkalai kerana mengurus persiapan ini. Pekerjaan jadi sedikit tidak terurus kerana harus berulang alik Jakarta - Dili," ungkap KD.

    Mereka akan bernikah pada 24 Mac, bertepatan dengan ulang tahun Krisdayanti yang ke-36. Persiapan sedang dilakukan oleh keduanya, dan majlis perkahwinan akan berlangsung di Jakarta.

    "Ya di Jakarta saja, tidak menyusahkan semua orang," tegas KD lagi.

    Malah seperti satu balasan atas kebaikan Raul, KD tidak menolak untuk hidup dan tinggal di Dili selepas berkahwin.

    Katanya: "Ya, saya siap tinggal di Dili, kerana harus mendampingi suami. Selepas sudah bernikah dan ada komitmen, saya berusaha untuk tetap bersama suami."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 26 Feb 2011 01:04 AM PST

    Harian Metro: Rap


    Mahu bina masjid lagi

    Posted: 25 Feb 2011 06:44 AM PST

    APABILA menyebut 'membina masjid' pasti kita lebih terbayangkan dua insan yang ingin mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, berbeza dengan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana sejak kecil lagi masing-masing sudah memasang impian untuk benar-benar membina sebuah masjid - tempat bagi umat islam beribadah.

    Nyata penyatuan dua jiwa yang sudah bergelar haji dan hajah itu akhirnya memungkinkan hajat mereka menjadi kenyataan apabila terbinanya Masjid Al-Khalidiah yang tersergam indah di Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah. Ia selamat dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 19 Februari lalu.


    Masjid yang dibina dengan kos RM1.7 juta itu diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh umat Islam khususnya masyarakat setempat.

    Ia dibangunkan Yayasan Nurjiwa yang diasaskan Siti dan Khalid bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896 di tapak sama.

    "Sebelum terbinanya masjid baru itu, suami Siti selalu melihat kerosakan pada masjid yang lama dulu apabila bumbungnya bocor dan banyak yang rosak.

    "Suami Siti terus berbincang dengan penduduk kampung untuk membina masjid baru untuk keselesaan mereka beribadah. Lalu menerusi wang yang terkumpul dalam Yayasan Nurjiwa, kami salurkan kepada pembinaan masjid ini.

    "Kebetulan masih ada lagi tanah di sekeliling masjid lama yang belum digunakan maka dapatlah kita membina masjid baru yang lebih besar.

    "Masjid ini mula digunakan untuk solat Aidilfitri tahun lalu. Bagaimanapun, ketika itu hanya ruang untuk solat saja yang baru siap. Masjid itu hampir siap sepenuhnya pada Aidiladha lalu," kata Siti.


    Siti berkata, mereka sekeluarga sangat gembira dengan pembinaan masjid itu kerana dapat memenuhi hajat dia dan suaminya.


    "Arwah bapa mentua Siti suka membuat kerja kebajikan dan sejak kecil suami itu kagum dengan usaha bapanya itu. Sekarang suami Siti meneruskan apa yang biasa dilakukan bapanya dulu. Dengan adanya masjid baru ini, penduduk kampung pun seronok dan bersemangat untuk bersolat jemaah.

    "Dengan kemudahan baru, mudah-mudahan dapatlah mereka mengadakan pelbagai aktiviti di masjid itu," katanya.


    Siti turut berdoa Allah SWT meluaskan lagi rezeki dirinya dan suami untuk membina sebuah masjid di kampungnya pula iaitu di Kuala Lipis, Pahang. Walaupun belum dapat membina masjid di kampungnya, Siti akan cuba membantu masyarakat di sana dalam cara berbeza. Contohnya, ketika banjir melanda Johor dan Pahang, Yayasan Nurjiwa juga turun padang memberikan sumbangan untuk mengurangkan beban mereka yang ditimpa bencana.

    "Yayasan Nurjiwa juga ingin membantu orang miskin membina kehidupan yang lebih baik," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Siti sudah bersedia untuk merakamkan musim kedua program bual bicara SITI yang kini rancak ke udara di Astro Ria, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam.


    "Siti masih dalam proses belajar menjadi pengacara yang baik. Masih kekok kerana siapalah Siti kalau hendak dibandingkan dengan pengacara yang sudah terkenal. Bagi membaiki apa yang kurang untuk musim kedua, kami akan melakukan 'brainstorming'. Kalau tiada aral, rakaman musim kedua akan dibuat bulan depan," katanya.


    Program bual bicara itu dibahagikan kepada enam segmen yang menonjolkan karisma Siti selaku penghibur dan pengacara yang peka.


    Enam segmen itu adalah Gambit Pembukaan dan Muzikal, Sesi Temu Ramah, Interaksi Siti Dengan Audien, Perspektif Siti, Sentuhan Kasih dan Siti Bersama Bakat Istimewa Minggu Ini.

    Segmen Sentuhan Kasih misalnya, akan menyentuh perasaan dan jiwa penonton. Di sini, Siti akan berkongsi kes mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat. Kisah dan cabaran hidup mereka akan diketengahkan dan Siti akan mengajak penonton supaya bersama-sama prihatin, mempunyai sifat mengasihani dan mengambil bahagian dalam tugas membantu mereka yang memerlukan.

    Menyentuh perjalanan dunia nyanyiannya, Siti berkata dia masih menyanyi, namun aktiviti seni terpaksa diperlahankan sedikit kerana memberi tumpuan kepada perniagaan kosmetiknya, SimplySiti.

    "Siti dalam rangka mempromosikan SimplySiti dan bertemu peminat di beberapa lokasi antaranya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan beberapa daerah di luar bandar. Sekarang SimplySiti ada lebih 100 produk termasuk kosmetik dan penjagaan kulit," katanya.


    Hampir lima tahun berkahwin, Siti dan suami terus mengharapkan kehadiran cahaya mata namun penyanyi nombor satu negara itu tidak mahu terlalu memikirkannya sangat soal itu agar tidak memberikan tekanan hidup.


    "Siti akan terus bekerja seperti biasa dan berdoa agar Allah SWT mengurniakan kami zuriat satu hari nanti," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Cabaran teater Terima Kasih Cinta

    Posted: 25 Feb 2011 06:36 AM PST

    MENGANGKAT naskhah asal filem menjadi teater muzikal bukan satu kerja mudah, ia memerlukan keberanian tinggi untuk dilaksanakan. Apatah lagi jika filem itu mempunyai jumlah penonton yang ramai sewaktu ditayangkan dan pernah diangkat menjadi karya terbaik.

    Cabaran untuk mementaskan teater muzikal yang diangkat daripada filem juga besar. Lebih-lebih lagi jika jalan cerita ditampilkan sama dengan filem asal. Untuk mengekalkan cita rasa dan perasaan penonton juga tidak mudah. Paling tidak, teater muzikal dihasilkan itu perlu sama atau seimbang dari sudut penghayatan dan permainan watak dengan filem asal. Jika ini tidak berlaku, pementasan dilaksanakan pasti dilihat sebagai satu usaha sia-sia.


    Walaupun tahu risiko dihadapi besar, ia bukan penghalang The Creative Partnership Sdn Bhd mementaskan Terima Kasih Cinta (TKC) yang mengangkat naskhah asal filem Cinta. Selain berjaya membuat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM2 juta sewaktu ditayangkan, Cinta diarahkan Kabir Bhatia dan skrip ditulis isterinya, Mira Mustaffa turut memenangi anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20).

    Menerusi TKC, pengarahnya yang juga seorang pereka tari terkenal, Pat Ibrahim mengangkat kembali keajaiban cinta Hariss dan Airin, Elyas dan Rubiah, Dian dan Dhani, Adiranna dan Taufiq serta Azlan dan Azura.


    Pelakon terbabit dalam teater muzikal TKC yang mula dipentaskan pada 17 Februari lalu hingga 6 Mac ini di Istana Budaya juga ternyata berbeza berbanding filem asal.


    Pementasan TKC dibintangi Latif Ibrahim melakonkan watak Elyas, Safura (Rubiah), Diddy Hirdy (Amin), Tony Eusoff (Hariss), Norish Karman (Airin), Shajiry Damery (Azlan), Farahdhiya (Azura), Anding Idrawani (Dhani), Deja Moss (Dian), Vince Chong (Taufik) dan Nadia Aqilah (Ariana). Ia turut menampilkan hampir 20 orang esemble yang banyak menyokong perjalanan teater muzikal TKC. Ada antara mereka dikenali dan berbakat besar seperti Sharifah Aleeya yang turut memegang peranan sebagai pemilik kedai buku, Akma AF, Qhaud, Eliza dan bintang muda yang semakin mencipta nama di pentas teater, Amar. Bagi mereka yang pernah menjayakan filem Cinta menganggap apa yang dilakukan The Creative Partnership Sdn Bhd adalah usaha yang bagus. Apatah lagi ia pertama kali dilaksanakan.

    Kabir yang ditemui sempena pementasan gala yang diadakan kelmarin secara jujur menyatakan persembahan TKC tidak mengecewakan.


    "Ia bermula dengan baik, begitu juga dengan set pentasnya begitu menarik. Tenaga produksi pementasan ini juga kreatif apabila berjaya memaparkan lima jalan cerita berbeza di atas pentas yang sama.

    "Begitupun, emosi dimainkan pelakon seharusnya lebih menonjol. Namun, saya faham ia tidak mudah untuk dilaksanakan kerana filem dan teater adalah dua medium berbeza. Begitupun saya ucapkan syabas kepada usaha dibuat," katanya.


    Bagi Mira pula, ada beberapa elemen dalam TKC ini menarik minatnya seperti muzik ditampilkan juga persembahan vokal daripada barisan pelakon.


    "Pementasan ini juga sebenarnya perlu mengambil beberapa babak menarik daripada filem asal. Bagaimanapun, saya faham kerana filem dan teater adalah berbeza. Untuk melaksanakannya juga tidak mudah.


    "Adaptasi daripada filem juga agak mencabar kerana ramai yang sudah mengetahui naskhah asalnya. Begitupun, ada antara babak ditampilkan mampu mencuit hati. Saya tidak tahu sama ada ia dilakukan secara bersahaja atau memang sudah tertulis dalam olahan skrip kerana ia tidak ada dalam filem terutama babak membabitkan Ariana dan Elyas," katanya.


    Bagi Fatimah Abu Bakar yang memegang watak Rubiah dalam filem Cinta berpendapat, TKC seimbang sekiranya dibandingkan dengan filem. Malah dia turut mengagumi persembahan diberikan esemble teater muzikal ini.


    "Jangan bandingkan teater muzikal TKC dengan filem Cinta kerana ia ternyata berbeza. Filem boleh disunting sedangkan pentas teater ini persembahannya secara langsung. Cuma saya terkilan kenapa Vince yang melakonkan watak Taufik tidak dilebihkan. Namun, apabila difikirkan kembali, tentu payah kerana ia membabitkan lima jalan cerita.


    "Melihat kepada reka pentas, ia juga mengagumkan dan sangat kreatif. Jika penghayatan lebih diberikan tumpuan, saya percaya ia cukup kuat dan tidak malu sekiranya orang luar menontonnya. Malah mungkin ia menjadi satu pementasan bertaraf dunia," katanya.


    Persembahan Vince dan Nadia juga dirasakan begitu serasi pada pandangan Fatimah sehingga menyebabkan dia mahu menyaksikan mereka lebih lagi. Selain itu, dia turut memuji lakonan Tony Eusoff dan Anding. Begitu juga dengan Latiff yang begitu bersahaja dan mencuit hati. Gandingan pelakon veteran itu dengan Safura dirasakan mantap dan menyentuh perasaan.


    Bagi Sharifah Amani pula yang sebelum ini melakonkan watak Ariana dalam filem Cinta berpendapat, secara keseluruhan teater muzikal TKC adalah baik. Malah dia faham untuk mementaskan naskhah diangkat dari filem terbaik tidak mudah.


    "Mementaskan teater ini cabarannya besar, begitupun ada beberapa babak yang saya rasakan menarik. Persembahan daripada esemble juga memantapkan lagi persembahan dalam TKC. Sayang Vince hanya mempersembahkan satu atau dua lagu saja," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Posted: 25 Feb 2011 11:35 PM PST

    Zon Artis


    (Gambar) Nurul AF2 Sudah Menjadi Tunangan Orang

    Posted: 25 Feb 2011 06:04 AM PST

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    Agak lama juga kami tidak mendengar berita dan cerita si gadis kecik molek yang berasal dari Sarawak ini iaitu Nurul, tup-tup kami menerima khabar yang dia sudah menjadi tunangan orang.

    Nurul yang merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-2 mengikat tali pertunangan dengan seorang pensyarah sebuah IPTA yang berasal dari Kuala Lumpur. Namanya Munzil (sorry, nama penuh tidak diketahui).

    So, tahniah kami ucapkan kepada Nurul dan Munzil kerana telah bertunang. Kami turut doakan agar ikatan pertunangan anda berkekalan sehingga diijabkabulkan. Amin.

    Kat bawah ni ada beberapa gambar Nurul sekitar majlis pertunangan'nya itu. Gambar Nurul je ada, gambar tunang takde. Tak nak expose katanya. Apa-apa pun, kredit gambar kepada Tarmizi Shukri.

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    GAMBAR PERTUNANGAN NURUL AF2

    Ada beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Nurul yang kami tak paparkan. Kalau rasa nak tengok, anda boleh tengok di sini.

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    ads